SEMUA HILANG KAT MALAYSIA....DARI ENJIN KAPAL TERBANG ...ORANG PUN HILANG
Orang hilang: Di mana 3,479 belum ditemui |
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 8 Nov: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menyerahkan memorandum mendesak pihak polis lebih agresif menyelesaikan kes orang hilang kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Parlimen hari ini. Menurut Ketuanya, Nasrudin Hassan, statistik jumlah keseluruhan orang hilang di negara ini dari tahun 2007 hingga 2010 iaitu seramai 7,312 orang yang dilaporkan PDRM amat membimbangkan rakyat. Daripada jumlah itu, seramai 3,653 orang yang telah ditemui manakala bakinya sejumlah 3,479 masih belum ditemui. "Meskipun daripada jumlah yang ditemui tersebut lebih 95 peratus daripadanya dijumpai masih hidup, namun jumlah yang masih gagal ditemui menjadi titik persoalan yang besar. "DPPP mendapati antara faktor utama kes kehilangan orang ini adalah disebabkan oleh masalah institusi kekeluargaan, masalah perhubungan di kalangan remaja, penculikan dan kelemahan pengawasan serta penyelesaian daripada PDRM," kata Nasrudin dalam sidang media di lobi Parlimen sebelum penyerahan memorandum berkenaan. Beliau memberitahu, memorandum berkenaan mengandungi empat tuntutan dan cadangan tindakan daripada DPPP. Salah satunya adalah mendesak pihak polis segera menubuhkan task force khas yang merangkumi beberapa agensi kerajaan seperti Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan serta Ikatan Relawan Masyarakat (Rela) termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, institusi media, parti-parti politik dan sukarelawan. "Penubuhan task force ini adalah sebagai satu komitmen bersama untuk terus menggerakkan usaha mencari orang-orang yang masih lagi belum dijumpai. "Ia juga sewajarnya dapat mewujudkan satu pelan bertindak bersama dalam tempoh masa tertentu bagi memastikan ia mencapai matlamat yang disasarkan secara efisyen dan efektif," katanya lagi. DPPP juga mendesak kerajaan agar dapat menjalankan satu kajian yang komprehensif untuk mengenal pasti faktor dan motif kes orang hilang yang terlalu banyak berlaku dalam negara kerana ia dikhuatiri ada kena mengena dengan kes penculikan, pembunuhan dan pemerdagangan orang yang sedang aktif bergerak di negara ini. Selain itu, Nasrudin berkata, DPPP turut menggesa kerajaan dan pihak polis meningkatkan mutu perkhidmatan terbaik agar kes-kes yang masih belum dapat diselesaikan boleh ditangani dengan lebih cepat dan berkesan. "Berdasarkan kepada penguatkuasaan undang-undang, pihak kerajaan diharapkan agar dapat mengkaji semula beberapa peruntukan sekiranya ia melibatkan isu-isu jenayah seperti penculikan atau pemerdagangan manusia. Ini bagi memastikan hukuman yang setimpal dapat dikenakan ke atas mereka yang tidak bertanggungjawab," katanya. Dalam pada itu, DPPP akan melancarkan kempen besar-besaran di seluruh negara untuk menyebarkan maklumat dan memberikan kesedaran kepada masyarakat berhubung kes ini sebagai medium pengesanan yang efektif dan sistematik. "Antara bahan kempen yang akan dilakaukan seperti penerbitan bahan bercetak, pembinaan laman web dan pemantauan berkala di kawasan-kawasan panas yang telah dikenal pasti," katanya. DPPP juga, katanya akan menubuhkan Pusat Aduan Rakyat bagi memudahkan medium pengantara dan melicinkan sistem penyampaian maklumat selain menjalinkan kerjasama di antara Jabatan Amal DPPP dan PDRM. |
BETUL..MENTALITI KAMPUNGAN...
NANTI KALAU DIA MASUK KAWASAN ORANG LAIN....BUAT MACAM TU JUGA Ng: Salahkah masuk kawasan wakil rakyat lain? | |||
|
Namun, beliau tetap dipukul oleh sekumpulan samseng apabila tiba di tempat berkenaan.
"Saya mahu nyatakan sebagai ADUN saya mendengar rintihan dan rungutan rakyat, adakah itu salah?," katanya ketika bercakap kepada wartawan ketika ditemui di bangunan annexe DUN Selangor hari ini,
Ng hari ini turut mengedarkan beberapa keping gambar yang dirakamkan ketika kejadian itu berlaku.
"Sebagai seorang ADUN, walaupun dari Sekinchan, saya wajib prihatin kepada semua kawasan di Selangor. Noh Omar kata saya telah masuk ke kawasan dia, jadi saya kena pukul.
"Ini adalah dunia tanpa sempadan, ADUN dan MP juga tidak ada sempadan. Sempadan yang ada hanyalah mentaliti kekampungan Noh Omar, menteri kampung yang bermentaliti kampung," katanya lagi.
Ng berkata demikian ketika mengulas kenyataan Noh sebelum ini yang menyatakan kepada Ng supaya tidak bersikap 'kurang ajar' dan supaya tidak memasuki kawasan orang lain.
Datuk Seri Noh Omar yang juga ahli parlimen Tanjung Karang juga telah menafikan bahawa anggota Umno telah menyerang ADUN Sekinchan itu seperti didakwa Ng.
Dalam pada itu, ketua whip PKR dalam DUN tersebut Azmin Ali mengutuk sekeras-kerasnya, tindakan samseng seperti itu.
Bercakap kepada pemberita selepas itu, Azmin juga berharap polis akan mengambil tindakan secara profesional dan tegas dalam isu tersebut.
PAKATAN RAKYAT AKAN ANJURKAN CERAMAH NASIONAL JIKA KERAJAAN MEMUTUSKAN UNTUK MEBAILOUT PENSWASTAAN AIR SELANGOR
KUALA LUMPUR, 8 November - anggota parlemenPakatan Rakyat (PR) telah mengancam untuk mengadakan road show nasional jika administrasi/pentadiran Najib melanjutkan dengan bailout bernilai jutaan ringgit dari industri privatisasi/penswastan air di Selangor.
setiausaha publisiti DAP Tony Pua dan sekretariat nasional dan anggota komite pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad mendakwa bahawa seperti bailout hanya akan menyelamatkan Barisan Nasional (BN) "kroni" menguntungkan "sangat" dari privatisasi pemerintah.
"Pengakuan pemerintah pusat tentang kemungkinan membailout/melunaskan hutang dari konsesi air dimana kerajan BN yang secara jelas mengutamakan kepentingan para kroninya dari kepentingan rakyat .
"Datuk Seri Peter Chin harus menyatakan dengan tegas bahawa tidak akan ada dana talangan dari kewangan perusahaan air-bermasalah dan malah mengarahkan mereka untuk mencapai penyelesaian dengan pemerintah negara atas pelaksanaan restrukturisasi industri air.
"Jika pemerintah federal/pusat dilanjutkan dengan bailout-mega pada akhir tahun dengan melakukan obligasi yang ada dengan triple-A yang didukung pemerintah tanpa terlebih dahulu menyelesaikan masalah restrukturisasi, Pakatan Rakyat akan segera mengadakan road show nasional untuk memprotes tindakan dan biarkan rakyat tahu bagaimana pemerintah privatises semua keuntungan, tetapi socialises semua kewajiban dan kerugian, "kata Pua hari ini, dalam menanggapi pernyataan Chin minggu lalu.
Chin mengatakan kepada The Insider Malaysia pekan lalu bahwa pemerintah federal mungkin datang untuk menyelamatkan pemegang obligasi air Selangor dengan melakukan swap obligasi jika tidak ada kemajuan dalam pembicaraan dilakukan secepatnya air terhenti konsolidasi.
Menteri untuk energi, teknologi hijau dan air kemudian mengungkapkan bahwa menukar obligasi yang ada dengan yang triple-A yang didukung pemerintah adalah salah satu pilihan di atas meja untuk membeli stakeholder lebih banyak waktu sebagai pemerintah negara bagian dan federal mencoba untuk memecahkan kebuntuan saat ini.
air Selangor's pemain - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) dan Konsortium ABASS - berada pada risiko kegagalan pembayaran hutang sebagai obligasi air pendekatan mereka 31 Desember jatuh tempo.
Masalah utang layanan menjulang dimulai ketika Syabas dilarang menerapkan 37 persen per kenaikan tarif disepakati pada Januari 2009, setelah pemerintah Selangor diklaim distributor tunggal air sudah tidak cukup untuk mengurangi kebocoran yang biaya jutaan negara.
Hal ini pada gilirannya menyebabkan masalah pembayaran antara Syabas dan konsesi pengolahan air PNSB, Splash dan Konsortium ABASS, yang memasok dengan air diobati.
Keempat peminjam pinjaman jangka sudah di default teknis berikut ketidakmampuan mereka untuk mempertahankan nilai enam bulan cadangan pada rekening khusus digunakan untuk membayar pemegang obligasi. kekurangan ini dipahami beberapa RM50 juta, meskipun defisit ini bisa dua kali lipat dalam enam bulan.
Chin terakhir awal pekan lalu memperingatkan bahwa Air Perusahaan Pengelola Aset (PAAB) tidak bisa menaikkan obligasi senilai RM10.98 miliar sebagai yang akan mengakibatkan "meroket" kenaikan tarif dan mengatakan Kementerian sepenuhnya milik perusahaan Inc Keuangan hanya bersedia menawarkan RM1.1 miliar untuk aktiva air Selangor's.
Hari ini, Pua menegaskan bahwa Komisi Layanan Air Nasional (Span) telah diberdayakan untuk bersyafaat dalam kasus-kasus di mana perusahaan air menghadapi kesulitan keuangan.
"Span memiliki kekuatan di bawah Undang-Undang Layanan Air Industri (WSIA) 2006 Bagian 113 dan 114 untuk campur tangan ... Span sampai saat ini menolak untuk campur tangan terutama di Syabas yang telah mengancam akan menghentikan pemeliharaan pipa air dalam keadaan karena kekurangan dana,
HORMATI KEPUTUSAN AHLI???
Zaid tarik diri: Hormati keputusan ahli, gesa Azmin
SHAH ALAM, 8 Nov — Calon timbalan presiden PKR Azmin Ali berkata keputusan ahli parti mesti dihormati di sebalik tindakan Datuk Zaid Ibrahim yang memutuskan untuk menarik diri daripada saingan kerusi nombor dua itu atas alasan wujudnya kecacatan dalam pemilihan pusat.
“Kita mesti menghormati keputusan dibuat oleh ahli,” kata Azmin kepada pemberita di sini hari ini ketika diminta mengulas tindakan Zaid awal pagi ini.
Selain memutuskan menarik diri daripada bertanding, Zaid juga mengambil keputusan meletakkan semua jawatan dalam parti.
Bercakap di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Azmin yang juga Adun Bukit Antarabangsa berkata demikian sebagai menafikan spekulasi umum bahawa beliau berperanan di belakang Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) sehingga mengakibatkan keputusan pemilihan pusat di Sabah pada Sabtu dan Ahad lalu tidak menyebelahi Zaid.
Selepas 87 cabang iaitu satu pertiga daripada 222 cabang selesai pemilihan, keputusan tidak rasmi menunjukkan Azmin (picture) di depan dengan majoriti 2,620 undi.
Azmin mendapat 6,525 undi manakala Zaid menerima 3,905 undi setakat ini. Mustaffa Kamil Ayub masih di belakang dengan 1,215 undi.
“Malangnya, saya dianggap di belakang semua ini,” Azmin berseloroh selepas diserbu wartawan.
Bagaimanapun, Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak menganggap pengumuman yang dibuat Zaid pagi tadi harus dihormati kerana tindakan tersebut adalah sebahagian daripada proses demokrasi parti.
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail hari ini menganggap pengumuman Zaid itu adalah tidak rasmi.
“Itu keputusan dia, dari awal saya melihat itu sebagai persaingan dalam parti, perlawanan persahabatan untuk menawarkan khidmat (untuk parti).
“Dari awal sumbangannya (Zaid) untuk bersama-sama membawa perubahan, tetapi kita harus menghormati keputusan sehingga hari ini yang dibuat oleh anggota-anggota parti khususnya di negeri Sabah.
“Ini adalah satu proses demokrasi yang harus diterima oleh calon-calon yang bertanding,” jelas Azmin sambil menganggap keputusan Zaid yang juga Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah bersifat peribadi, bukan berkepentingan parti.
Zaid membuat pengumuman mengejut pagi tadi kerana menganggap proses pemilihan PKR berlangsung secara tidak telus dan ada kecacatan.
Bagi Azmin, sekiranya pengunduran Zaid itu adalah rasmi sekalipun, tidak timbul soal beliau mempunyai peluang cerah untuk menang kerana proses pemilihan yang demokratik sebenarnya bergantung pada undi di kalangan anggota berdaftar.
“Saya fikir, kita harus terus menghormati proses pemilihan yang demokratik ini,” kata beliau.
Beliau turut menganggap respons Saifuddin mendedahkan empat ciri keselamatan pengundian sebagai menafikan dakwaan aktivis sosial Haris Ibrahim kononnya ada anasir jual kertas undi semalam adalah memadai.
TEKS BELANJAWA NEGERI PUALU PINANG
TEKS UCAPAN Y.A.B. KETUA MENTERI PULAU PINANG
MENGENAI RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN
DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2011
DI PERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI
PADA 2 NOVEMBER 2010
BAJET KERAJAAN NEGERI
KE ARAH MEMARTABATKAN RAKYAT
NEGERI PULAU PINANG
Y.B. Dato’ Speaker,
BAJET NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2011
Saya mohon mencadangkan supaya rang undang-undang yang
bernama ”Suatu enakmen bagi menggunakan sejumlah wang
daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun
2011 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan tahun
itu” dibaca kali kedua.
PENDAHULUAN
Y.B. Dato’ Speaker,
1. Sempena dengan persidangan Dewan yang mulia ini dan
sebelum saya membentangkan Bajet Negeri Pulau Pinang bagi
Tahun 2011, saya bagi pihak Kerajaan Negeri mengambil
kesempatan di sini merakamkan setinggi-tinggi terima kasih
1
kepada Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri di atas
segala pandangan, tunjuk ajar dan nasihat yang telah diberi bagi
memajukan Negeri Pulau Pinang. Semoga Tuhan sentiasa
meredhakan T.Y.T. dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan dalam
keadaan sihat dan selamat untuk terus menerajui negeri bertuah
ini.
2. Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Hari
Deepavali kepada semua Ahli Yang Berhormat dan hadirin yang
beragama Hindu yang akan merayakannya pada 5 November
2010 nanti.
3. Bajet 2011 ini memberi pengertian yang amat bermakna kerana
ia merupakan bajet kali ketiga yang dibentangkan oleh Kerajaan
Pakatan Rakyat, dan lebih penting lagi merupakan bajet tahun
pertama dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-
10). Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9) akan
melabuhkan tirai tidak lama lagi dalam masa 59 hari, dan kita
akan mula mengorak langkah ke RMKe-10 yang akan bermula
tahun 2011 hingga 2015.
4. Agenda dan strategi utama Kerajaan Negeri dalam tahun 2011
ialah untuk memastikan pembangunan negeri terus maju dan
kekal ke hadapan dan Pulau Pinang menjadi sebuah negeri
bertaraf antarabangsa. Ke arah ini, ianya memerlukan
penggemblengan semua pihak; iaitu anggota perkhidmatan
awam yang berupaya mentransformasikan perkhidmatan awam
2
yang bertaraf antarabangsa selaras dengan konsep Cekap,
Akauntabiliti dan Telus (CAT), pihak swasta akan terus
memainkan peranan utama dalam menjana transformasi
terutama di dalam sektor perdagangan serta ekonomi dan rakyat
negeri ini keseluruhannya untuk terus memberi mandat dan
kepercayaan yang jitu dan tulen kepada Kerajaan Negeri
Pakatan Rakyat untuk meneruskan agenda memartabatkan
rakyat negeri ini dengan berkonsepkan 3P iaitu perkasakan
rakyat, perkuasakan rakyat dan perkayakan rakyat.
5. Kerajaan Negeri sejak mengambilalih pemerintahan mulai Mac
2008 telah mengamalkan perbelanjaan berhemah dan urus
tadbir berlandaskan prinsip CAT telah berjaya mencatatkan
prestasi kewangan yang membanggakan. Bagi dua tahun
berturut-turut sebelum ini Kerajaan Negeri telah mencatat
lebihan dalam belanjawannya, iaitu lebihan sebanyak RM88.02
juta pada akhir tahun 2008 berbanding jangkaan defisit RM35.66
juta, dan diulangi lagi pada tahun 2009 iaitu lebihan sebanyak
RM77.34 juta berbanding jangkaan defisit RM39.46 juta. Jumlah
lebihan bagi tahun 2009 akan menjadi lebih besar iaitu RM92
juta sekiranya bayaran untuk skandal tanah Tang Hak Ju
sebanyak RM14.7 juta tidak dibayar pada tahun 2009 lalu.
6. Pentadbiran CAT Pulau Pinang telah dipuji serta mendapat
pengiktirafan oleh badan antarabangsa anti-rasuah iaitu
Transparency International. Kejayaan Kerajaan Negeri dalam
membanteras rasuah dan mengukuhkan kedudukan
3
kewangannya, telah membolehkan Kerajaan Negeri meneruskan
program-program sosial yang mengutamakan rakyat dalam
tahun semasa 2010, seperti:
i. Program penghargaan warga emas dengan bayaran tahunan
RM100.00 kepada penduduk berusia 60 tahun ke atas dan
sumbangan RM1,000.00 kepada waris warga emas yang
meninggal dunia yang melibatkan peruntukan sebanyak RM20
juta setahun. Program mulia lagi murni ini telah ditohmahi
kononnya pembayaran yang dilakukan kepada warga emas
dan juga kepada rakyat miskin ialah daripada sumbangan yang
diterima daripada sumber tidak halal iaitu sumbangan daripada
Kelab Lumba Kuda. Sesungguhnya Kerajaan Negeri di bawah
Pakatan Rakyat sekali lagi menegaskan di sini bahawa
pemberian program warga emas yang telah dibuat ialah
daripada peruntukan RM20 juta dari hasil Kerajaan Negeri yang
telah dikhususkan dalam bajet 2010 dan bukan sumbangan
Kelab Lumba Kuda ataupun mana-mana syarikat;
ii. Program bantuan pendidikan sebanyak RM11.3 juta setahun
yang dimanfaati oleh 172 buah sekolah meliputi Sekolah
Agama Rakyat, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil dan
Sekolah Mubaligh;
iii. Bantuan kewangan bulanan bagi memastikan Ketua Isi Rumah
terkeluar daripada kepompong miskin tegar yang menelan
belanja sebanyak RM2.3 juta setahun;
4
iv. Pemberian ex gratia kepada penyelia dan guru-guru kelas
KAFA, bayaran saguhati pegawai-pegawai masjid, sumbangan
kepada guru KAFA dan sumbangan kepada para huffaz yang
menelan belanja keseluruhannya sebanyak RM2.749 juta
setahun;
v. Dan pelbagai sumbangan dan bantuan-bantuan lain yang telah
dinikmati oleh semua lapisan masyarakat Pulau Pinang
samada secara langsung dan tidak langsung.
7. Dalam pembentangan bajet semasa 2010 pada tahun lalu,
Kerajaan Negeri telah mengambil pendekatan bajet berdefisit
sebanyak RM78.98 juta supaya dapat memberangsangkan lagi
perkembangan dan pertumbuhan ekonomi negeri. Namun
begitu berdasarkan tadbir urus CAT, setakat 15 September 2010
Kerajaan Negeri masih berupaya mencatat lebihan RM53 juta
berbanding defisit RM78.98 juta yang dijangka. Sekiranya
keadaan kewangan masih boleh dikekalkan maka defisit
RM78.98 juta boleh dikurangkan ataupun mencapai lebihan.
DASAR DAN STRATEGI PEMBANGUNAN NEGERI
8. Dalam tempoh 2001 hingga 2010, Pelan Strategik Pembangunan
Pulau Pinang Kedua atau 2nd Penang Strategic Development
Plan (PSDP2) telah mencarta pembangunan negeri ini pada
dekad pertama era milineum. Selanjutnya Kerajaan Negeri telah
menggubal Penang Blueprint yang turut memberi penekanan
5
kepada pembangunan lestari, daya saing ekonomi,
keseimbangan ekologi, nilai penyayang dan berkongsi, budaya
segar dan urus tadbir baik. Penang Blueprint ini juga akan
bertindak sebagai pelan induk untuk mencarta pembangunan
Pulau Pinang bagi tempoh 5 tahun akan datang, mulai tahun
2011 hingga 2015 dan bakal mendorong untuk memacu
pembangunan negeri ke taraf dan persada antarabangsa dan
ekonomi berpendapatan tinggi dengan jayanya.
USAHA MEMACU DAN MENINGKATKAN DAYA SAING
EKONOMI
i. Mempertingkatkan Sektor Perindustrian
9. Bagi tahun 2010, Kerajaan Negeri mensasarkan untuk
memperolehi sekurang-kurangnya RM4.2 bilion nilai pelaburan,
iaitu sekali ganda jumlah pelaburan 2009 sebanyak RM2.1 bilion.
Sehingga Julai 2010, Pulau Pinang telah berjaya menarik
pelaburan bernilai RM2.25 bilion. Kejayaan ini telah
menempatkan Pulau Pinang sebagai negeri ketiga selepas
Selangor dan Johor dalam menarik pelaburan terbesar di
Malaysia. Selanjutnya bagi memastikan permintaan oleh pelabur
asing ke negeri ini dapat dipenuhi, Kerajaan Negeri melalui
Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) telah dan
sedang meneruskan perancangan mengambil langkah
memperluaskan kawasan perindustrian di Seberang Perai. Bagi
tujuan ini kawasan seluas 121.86 ekar di Juru, Seberang Perai
6
Tengah, sedang dibuat pengambilan balik tanah bagi
membolehkan Projek Fasa 1 Taman Sains Pulau Pinang
dibangunkan.
10.Untuk memastikan sasaran nilai pelaburan RM4.2 bilion tercapai,
Kerajaan Negeri juga melalui investPenang telah
mempelbagaikan aktiviti-aktiviti galakan pelaburan bagi sektorsektor
baru yang berpotensi menjana pulangan yang besar
khususnya yang berteknologi tinggi melalui inisiatif awam-swasta
atau dengan izin public-private partnership. Empat (4) sektor
utama yang menjadi fokus kepada rancangan galakan pelaburan
oleh Kerajaan Negeri ialah LED atau dengan izin light emiting
diode, peralatan perubatan, solar dan fotovoltaik dan
pelancongan perubatan.
11.Pada masa yang sama Kerajaan Negeri juga melaksanakan
kajian rantaian bekalan untuk industri-industri strategik di atas
bagi mengenalpasti syarikat-syarikat multi nasional (MNC) yang
boleh digalakkan untuk melabur di Pulau Pinang di samping
mengenalpasti peluang-peluang yang wujud bagi syarikatsyarikat
enterpris kecil dan sederhana tempatan untuk menjadi
sebahagian daripada rantaian bekalan syarikat-syarikat MNC.
12. Kesungguhan Kerajaan Negeri dalam membantu rakyat
menghadapi krisis ekonomi ini juga telah dizahirkan dengan
penubuhan Pusat Kerjaya dan Latihan Negeri Pulau Pinang atau
Penang CAT (Career Assistance and Training) Centre pada 4
7
Mac 2009. Sepanjang operasi pusat ini sehingga Julai 2010,
sebanyak 4,872 kekosongan jawatan daripada pelbagai sektor
telah dikenalpasti dan daripada 3,123 orang yang mendaftar
dengan Penang CAT Centre, 2,795 orang telah dipadan rujuk
kepada majikan-majikan yang menawarkan jawatan-jawatan
kosong tersebut.
13. Kini Pulau Pinang menghadapi masalah kekurangan pekerja
yang boleh dilihat bukan sekadar bilangan pemberhentian kerja
telah berkurangan daripada seramai 5,776 orang pada 2008
kepada 3,565 orang pada 2009. Malah 20,000 kekosongan
pekerja di semua sektor sedia menunggu untuk diisi yang
mencerminkan pemulihan ekonomi kepada tahap cergas
sebelum krisis ekonomi global pada 2009.
14. Dalam memantapkan sektor perindustrian di Pulau Pinang ianya
tidak terhad sekadar membantu pekerja-pekerja yang
diberhentikan semata-mata. Sebagai langkah jangka masa
panjang bagi memastikan keperluan sektor ini terhadap modal
insan profesional dan separa mahir dapat dipenuhi, Kerajaan
Negeri telah mewujudkan Majlis Sains Negeri Pulau Pinang atau
dengan izin Penang Science Council pada 25 Januari 2010.
Majlis ini digerakkan sepenuhnya oleh sektor swasta khususnya
MNC untuk memasyarakatkan bidang sains dan teknologi.
Dengan bertemakan ‘Ilhamkan Inovasi’ atau dengan izin
Inspiring Innovation, 5 tonggak telah dikenalpasti dan diketuai
8
oleh nama-nama unggul dalam industri seperti Agilent, Motorola,
Mini Circuits, Intel dan BBraun.
15. Salah satu daripada 5 tonggak ini ialah untuk mewujudkan
sebuah Pusat Sains dan Teknologi yang akan dikenali sebagai
Penang Tech Center yang dimodelkan mengikut contoh San
Jose Tech Centre. Sebidang tanah telah dikenalpasti bagi tujuan
pembinaan kompleks ini di Kawasan Perindustrian Bebas Bayan
Lepas dan kos pembinaannya dianggarkan berjumlah sekurangkurangnya
RM100 juta yang akan dibiayai secara berkongsi atau
bersama dengan pihak industri/swasta mengikut model Public
Private Partnership. Penang Tech Center akan berfungsi bukan
sahaja sebagai showcase perkembangan sains dan teknologi
sepanjang pembabitan Pulau Pinang dalam industri pembuatan
selama hampir 40 tahun, tetapi juga sebagai pusat sehenti (onestop
centre) bagi menyelaras dan memperluas aktiviti industri
berkaitan bidang sains dan teknologi di negeri ini dalam usaha
memperbanyakkan peluang perniagaan dan melahirkan tenaga
kerja profesional yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.
ii. Merancakkan Sektor Pelancongan
16. Sektor pelancongan kini masih dan akan terus menjadi
penyumbang kedua terbesar kepada pertumbuhan ekonomi
Negeri Pulau Pinang. Selaras dengan itu, Kerajaan Negeri
mensasarkan Pulau Pinang sebagai hab pelancongan pelbagai
bertaraf antarabangsa dengan sasaran ketibaan pelancong
9
seramai 6 juta orang pada tahun 2010 dan peningkatan
pendapatan sektor ini daripada RM5.31 bilion pada 2000 kepada
RM10.8 bilion pada tahun 2010. Adalah diharapkan 10 juta
pelancong boleh melawat Pulau Pinang menjelang 2014.
17. Jumlah pelancong asing yang berkunjung ke Pulau Pinang
menunjukkan peningkatan pada tahun 2009 seramai 2.97 juta
orang berbanding 2.81 juta pelancong bagi tahun 2008. Untuk
enam bulan pertama 2010 kenaikan adalah lebih ketara
sebanyak 40% daripada 405,932 berbanding 244,146 untuk
tempoh yang sama tahun lepas. Berdasarkan data yang
diperolehi daripada Malaysia Association of Hotels, jumlah
pelancong yang menginap di hotel-hotel di Pulau Pinang pada
tahun 2009 ialah seramai 822,887 orang dan mereka telah
membelanjakan sejumlah RM307.52 juta untuk tujuan
penginapan.
18. Penglibatan Kerajaan Negeri secara langsung dan penyertaan
anak syarikat PDC, Penang Global Tourism Sdn Bhd, sebagai
wakil Kerajaan Negeri ke pameran dan ekspo antarabangsa
telah berupaya menarik kemasukan pelancong ke negeri ini.
19. Pengiktirafan bandar George Town sebagai Tapak Warisan
Dunia UNESCO pada 7 Julai 2008 merupakan satu
pengiktirafan. Diantaranya adalah sambutan George Town
Festival yang dianjurkan pada bulan Julai tahun ini dengan
begitu berjaya yang memaparkan kepelbagaian kebudayaan dan
10
warisan negeri ini dan akan diteruskan dalam tahun 2011. Demi
mempromosi warisan, Kerajaan Negeri akan memperuntukkan
RM2.65 juta untuk tahun 2011.
20. Kerajaan Negeri juga telah melancarkan kempen 12 produk
mesti beli, 12 tempat pelancongan menarik yang mesti dilawati di
Pulau Pinang dan 12 makanan terbaik yang boleh didapati di
Pulau Pinang sebagai langkah dan usaha untuk terus
mempromosi dan menyemarakkan lagi sektor pelancongan di
Pulau Pinang.
21. Penubuhan Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang yang
secara khusus berperanan dalam membangunkan Bukit Bendera
sebagai destinasi pelancong bertaraf antarabangsa dijangka
dapat menarik lebih ramai pelancong. Peruntukan
pembangunan sebanyak RM8.6 juta disediakan pada tahun 2011
bagi membiayai kerja-kerja yang perlu dijalankan bagi
membangun dan menaik taraf kemudahan-kemudahan di Bukit
Bendera untuk menarik lebih ramai pelancong. Produk-produk
baru pelancongan juga sedang diwujudkan antaranya ialah
menaik taraf kawasan gerai makan sebagai Penang Flag Hill
Centre, pembinaan sebuah Titian Silara (Canopy Walk) yang
baru, pembangunan semula Hotel Crag serta mewujudkan pakej
untuk laluan-laluan denai atau trails bagi mereka yang ingin
menikmati keindahan alam semulajadi. Disamping itu projek
menaik taraf Keretapi Bukit Bendera sebanyak RM63 juta
dijangka siap pada Januari 2011.
11
22. Peruntukan sejumlah RM5.0 juta, yang merupakan tambahan
RM2.0 juta daripada RM3.0 juta pada tahun 2010, akan
diperuntukkan untuk tahun 2011 bagi merancak dan
memperluaskan akitiviti-aktiviti promosi dan galakan
pelancongan, bagi meletakkan Pulau Pinang sebagai destinasi
global pelancongan.
iii. Menyedia Dan Meningkatkan Kemudahan Infrastruktur Dan
Utiliti
23. Pembangunan prasarana pengangkutan dan kemudahan awam
yang berkualiti merupakan asas dalam pembangunan ekonomi
Negeri Pulau Pinang dan penyumbang utama kepada
peningkatan kualiti hidup rakyat. Nisbah bilangan kenderaan
kepada penduduk adalah 1:1 dengan bilangan kenderaan
sebanyak 1,867,542.
24. Bagi memastikan rakyat di negeri ini sentiasa mendapat
kemudahan infrastruktur jalan yang selesa dan selamat,
Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan berjumlah RM28.71
juta bagi pelaksanaan 94 projek infrastruktur jalan dalam tahun
2011, berbanding RM10.52 juta yang disediakan dalam tahun
2010. Pertambahan peruntukan sebanyak RM18.19 juta atau
172.91 peratus untuk kemudahan infrastruktur jalan adalah
sebagai jaminan sistem aliran lalulintas yang lebih selesa.
12
25. Oleh itu khusus bagi projek Pelebaran Jalan dan Menaik Taraf
Jambatan di Jalan Song Ban Kheng, Bukit Mertajam, Seberang
Perai Tengah sejumlah RM10 juta telah diperuntukkan. Bagi
menyelesaikan masalah kesesakan akibat keadaan jalan yang
sempit (bottleneck) di Jalan Masjid Negeri, MPPP telah
meluluskan satu kajian decongesting di jalan Masjid Negeri.
Peruntukan yang telah diluluskan untuk menjayakan cadangan
ini adalah sebanyak RM27 juta.
26. Memandangkan keseluruhan peruntukan pembangunan untuk
Jabatan Kerja Raya (JKR) yang disediakan pada tahun 2011
sebanyak RM33.76 juta merupakan peningkatan sebanyak
RM20.19 juta berbanding peruntukan pembangunan tahun 2010
sebanyak RM13.57 juta, maka Kerajaan Negeri akan
mewujudkan Jawatankuasa Pemandu Projek (JPP) khusus untuk
memantau pelaksanaan projek pembangunan JKR dan JPS
serta menilai keberhasilan (outcome) dan impak program
pembangunan yang dilaksanakan serta memastikan efisiensi,
produktiviti dan integriti dapat dipertingkatkan.
27. Selain daripada itu, Projek Sistem Pengangkutan Pintar
(Intelligent Transport System) yang merupakan projek
penyelenggaraan sistem lampu isyarat bersepadu telah
dilaksanakan bagi tujuan memastikan lampu-lampu isyarat
sentiasa berada di dalam keadaan baik demi keselamatan
pengguna jalan raya.
13
28. Kerajaan Negeri amat berterima kasih kepada Kerajaan
Persekutuan kerana turut membiayai projek-projek
pembangunan infrastruktur mega di negeri ini. Projek Jambatan
Kedua Pulau Pinang sepanjang 24 km dengan kos sebanyak
RM4.5 bilion sedang dalam proses pembinaan. Sehingga 31
Julai 2010, kemajuan fizikal projek adalah sebanyak 29 peratus
dan dijangka siap sepenuhnya pada September 2013. Manakala
projek Landasan Berkembar Elektrik antara Ipoh dan Padang
Besar yang bernilai RM12.5 billion sedang giat dilaksanakan dan
dijangka siap pada penghujung tahun 2013. Sehingga 15 Ogos
2010, kemajuan fizikal projek landasan ini di Negeri Pulau
Pinang adalah 41.04 peratus.
29. Projek Pembesaran Pangkalan Kontena Butterworth Utara
Fasa 3 sedang rancak dijalankan melibatkan pembinaan
dermaga kontena sepanjang 600 meter. Projek ini yang telah
bermula pada tahun 2008 dijangka siap pada awal tahun 2011
dengan kos berjumlah RM840 juta. Pada masa yang sama,
Penang Port Sdn Bhd (PPSB) juga sedang merancang untuk
membangunkan Projek Centralized Tankage Facilities bersama
sebuah syarikat swasta. Projek ini melibatkan pembinaan
dermaga dan jambatan oleh PPSB dan pembinaan fasiliti tangki
untuk penyimpanan minyak dan gas yang akan dijalankan oleh
syarikat swasta terbabit. Projek ini bakal disiapkan menjelang
tahun 2012 dengan kos dianggarkan sebanyak RM322 juta.
14
30. Selain daripada itu, Projek Capital Dredging yang dianggarkan
bernilai RM352 juta melibatkan kerja-kerja mendalamkan Selat
Utara dari paras 11 meter kepada 14.5 meter bagi laluan utama
kapal-kapal masuk ke Pelabuhan Pulau Pinang masih belum
diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan.
31. Kerajaan Negeri juga amat berharap agar Projek Menaik Taraf
Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas dapat
dilaksanakan di bawah RMKe-10 bagi memenuhi piawaian
antarabangsa iaitu landasan sepanjang 4,000 meter untuk
membolehkan pesawat yang lebih besar seperti Airbus 380
membuat pendaratan. Untuk itu, Kerajaan Negeri menyediakan
peruntukan sebanyak RM60 juta dalam tahun 2011 bagi
membiayai kos pengambilan balik tanah-tanah yang terlibat
untuk tujuan pembesaran lapangan terbang.
32. Bagi menambahbaik sistem pengangkutan dan pengurusan
lalulintas ke arah yang lebih efisien, bersepadu dan mampan
Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM2 juta untuk
pelaksanaan Kajian Pelan Induk Pengangkutan dan Pengurusan
Lalu lintas Negeri Pulau Pinang (Penang Transport Master Plan).
33. Kajian Pelan Induk Pengangkutan dan Pengurusan Lalu Lintas
Negeri Pulau Pinang ini juga akan meneliti dengan lebih
mendalam mod-mod pengangkutan air yang dilihat berpotensi
untuk dijadikan alternatif kepada sistem pengangkutan awam
darat sedia ada dalam penyelesaian isu kesesakan lalu lintas di
15
negeri ini. Dalam hal ini, Kerajaan Negeri bekerjasama dengan
Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara untuk
mengintegrasikan Kajian Perkhidmatan Teksi Air dalam kajian ini
agar perkhidmatan teksi air yang akan dilaksanakan kelak benarbenar
memberi impak kepada sistem pengangkutan awam di
negeri ini.
34. Kerajaan Negeri juga bekerjasama dengan Rapid Penang Sdn
Bhd dalam mempertingkatkan perkhidmatan bas di Pulau Pinang
untuk kebaikan rakyat jelata. Rapid Penang telah mencadangkan
untuk melaksanakan sistem Park and Ride, di mana hub/terminal
akan disediakan di beberapa kawasan di Seberang Perai.
Pekerja-pekerja di Free Trade Zone (FTZ) dan Seberang Perai
adalah dicadangkan meletakkan kenderaan mereka di
hub/terminal tersebut dan mengambil bas shuttle secara
percuma yang disediakan oleh Rapid Penang. Kos membiayai
bas shuttle ini dari Seberang Perai ke Bayan Lepas adalah
RM600,000.00 untuk 6 bulan. Tujuan utama pelaksanaan sistem
Park and Ride adalah untuk mempromosikan pengangkutan
awam kepada masyarakat dan menggalakkan pekerja-pekerja di
FTZ Bayan Lepas menggunakan perkhidmatan bas yang dapat
mengurangkan kesesakan jalan raya terutamanya Jambatan
Pulau Pinang. Perbelanjaan RM600,000.00 untuk 6 bulan
membiayai kos operasi Rapid Penang bagi mempromosikan dan
menggalakkan sistem BEST (Bridge Express Shuttle Transit) ini
akan mengurangkan 2,000 - 3,000 buah kenderaan sehari.