ZAHID HAMIDI PATUT BERANI SEPERTI ANWAR, CUKUPLAH DALAM UMNO SAJA ADA SEKATAN
Siapa pun yang sedang berkuasa dan menjadi kerajaan, mereka akan cuba sedaya upaya mempertahankan kuasa tersebut.
Dan siapa pun yang menjadi pembangkang, kerjanya tidak lain ialah untuk merenggut atau merampas kuasa daripada mereka yang sedang berkuasa.
Kuasa adalah rebutan atau permainan dalam politik dan merupakan nikmat paling tak ternilai dalam kehidupan orang-orang politik.
Daripada kuasalah akan menyebabkan datangnya kekayaan, kemasyhuran dan kemampuan mencipta seribu satu macam keseronokan.
Itulah lumrah politik di mana-mana ceruk juga di dunia ini.
Jangankan kuasa sebagai Perdana Menteri atau Menteri, kuasa sebagai Ketua Bahagian atau Ketua Cabang saja kadang-kadang sudah sipi-sipi nikmat syurga apa yang dirasa.
Tetapi, sama seperti mempertahankan kuasa atau merebut kuasa, nikmatnya jauh lebih bernilai jika diperolehi melalui perebutan dan persaingan, bukan kerana dilindungi oleh undang-undang.
Selain tiada kenikmatan, ia juga melambangkan jiwa pengecut seseorang dalam berlawan.
Sebab itu, cadangan Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Zahid agar digubal suatu undang-undang bagi menghalang pertukaran kerajaan selain melalui pilihan raya adalah cadangan yang tidak diterima, tidak masuk akal dan tidak demokrarik.
Mereka yang kental jiwa maskulinnya sentiasa suka dengan cabaran dan tidak gentar untuk menghadapi perlawanan.
Memang benar pilihan raya adalah proses untuk beroleh kuasa atau menukar kerajaan, tetapi kaedah lain selain daripada itu bukanlah pula suatu kesalahan.
Seluruh dunia yang mengamalkan sistem demokrasi membenarkan amalan menukar kerajaan di pertengahan jalan dan sudah banyak pun negara yang bertukar kerajaan bukan melalui pilihan raya.
Kenapa mereka boleh menerima proses tersebut?
Mengapa pula Zahid Hamidi mahu kuasa dilindungi oleh undang-undang di mana hanya melalui pilihan raya saja kerajaan boleh dijatuhkan?
Lupakah Zahid Hamidi, beliau sendiri pernah menjadi pencetus dan sebahagian karektor kejatuhan kerajaan di luar proses pilihan raya ketika era Mahiaddin Md Yasin dahulu?
Mengapa sekarang, mentang-mentang sudah berjaya memegang kuasa, tiba-tiba mahu digubal suatu undang-undang pula agar orang lain tidak boleh menjatuhkannya?
Sepatutnya, oleh kerana Zahid Hamidi sendiri pernah menjatuhkan kerajaan di pertengahan jalan, beliau haruslah berlapang dada dengan apa jua cabaran, bahkan tidak takut untuk dijatuhkan.
Itu baru adil dan gentleman namanya.
Ataukah Zahid Hamidi sudah mula goyang dengan cerita-cerita kerajaan hendak dijatuhkan akhir-akhir ini?
Zahid Hamidi seharusnya mencontohi jiwa berani dan sedia berlawan yang dimiliki oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Setiap kali ada cubaan mahu menjatuhkan kerajaan atau menumbangkannya sebagai Perdana Menteri, Anwar sentiasa mencabar mereka yang berkenaan agar membawa usul undi tidak percaya di Parlimen.
Ini baru ada jiwa jantan, sesuai dengan tindakannya sendiri yang pernah beberapa kali cuba menjatuhkan kerajaan di pertengahan jalan sebelum ini.
Ingatkan bila sudah menjadi timbalan kepada Anwar yang sentiasa berjiwa berani dan jantan, Zahid Hamidi setidak-tidak haruslah juga ada sikit-sikit ciri sedemikian.
Aduhhh…Tuan Presiden, cukuplah dalam UMNO saja dikuatkuasakan sekatan dan undang-undang tidak boleh berlawan itu. ShahbudinHusin 14/01/2024.
https://shahbudindotcom.net/2024/01/14/zahid-hamidi-patut-berani-seperti-anwar.html
MB KEDAH USAH BICARA TUKAR KERAJAAN, BANGUNKAN NEGERI DAHULU
Keangkuhan Menteri Besar (MB) Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md
Nor yang membayangkan Kerajaan Persekutuan akan bertukar sedikit waktu lagi
dalam sidang medianya semalam dibidas Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Taufiq
Johari.
Bagi Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah itu, Sanusi tidak
seharusnya cakap besar kononnya PN boleh mentadbir Kerajaan Persekutuan,
sebaliknya beliau perlu menunjukkan kebolehan sebagai pemimpin PN mentadbir
negeri Kedah.
Sehubungan itu, Taufiq mempersoalkan janji Sanusi mahu membina
litar lumba untuk anak muda Kedah yang setelah lebih setahun tidak menjadi
kenyataan.
“Sebagai Menteri Besar setiap percakapan (janji) perlu ada sikap
bertanggungjawab. Jika sebaliknya, maka kamu gagal sebagai Menteri Besar,”
katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.
Selain itu, Taufiq turut mengingatkan MB itu untuk memberi tumpuan
kepada industri pelancongan di negeri ‘Jelapang Padi’ yang semakin merosot di
bawah pentadbirannya.
Katanya, masyarakat luar tidak lagi melihat Kedah sebagai kawasan
pelancongan sebaliknya lebih tertarik untuk melancong ke Thailand.
“Kita lihat Kedah tidak lagi menjadi kawasan pelancongan, rakyat
berpusu-pusu melancong terus ke Thailand dan tidak lagi pergi ke Langkawi
mahupun Kuala Kedah.
“Hal ini kerana kita tidak ada pemimpin yang menyentuh pembangunan
negeri. Jadi saya saran lebih baik Sanusi sebagai Menteri Besar fokus bangunkan
Kedah dan usahlah sibuk berpolitik sahaja,” ujarnya lagi.
Sanusi dibidas sebelum ini apabila mengesahkan wujudnya rancangan
di pihak Perikatan Nasional (PN) untuk menumbangkan Kerajaan Persekutuan dalam
sidang media di Wisma Darul Aman di Alor Setar, semalam.
Kenyataan Sanusi yang tidak berasaskan fakta itu mengundang
netizen mempersoalkan tujuan utama pemimpin PN berpolitik, sama ada mahu
menjaga kebajikan rakyat atau pun hanya berusaha merebut kuasa.
‘GUNA SOSMA SEKAT PENSABOTAJ EKONOMI NEGARA’ – LOKMAN
Kerajaan Madani dicadang menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan
(Langkah-Langkah Khas) atau SOSMA bagi menyekat tindakan menggugat kestabilan
politik dan seterusnya merudumkan ekonomi melalui fitnah cubaan menumbangkan
kerajaan yang dipropagandakan di media sosial.
Menurut Pengarah Komunikasi UMNO Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam,
kebebasan bersuara atau mengkritik yang praktikkan pembangkang seharusnya ada
batas dan tidak boleh aktiviti memfitnah dibiarkan berleluasa.
“Kebebasan bersuara itu betul, kebebasan media tidak ada masalah
tetapi (tentulah) tidak boleh dibenarkan kebebasan memfitnah, mensabotaj
ekonomi negara, keamanan yang kita kecapi.
“Tanpa kestabilan politik pelabur tak masuk. FDI tak meningkat,
kita punya kadar pengangguran yang sebelum ini berada dalam keadaan parah tidak
akan mengukuh balik.
“Kenapa kita boleh mengecapi kadar pengangguran rendah, ekonomi
baik, kerana kita ada kestabilan politik dan ekonomi.
“Tetapi kalau dibiarkan manusia macam Raja Petra, Papagomo
berleluasa menabur fitnah benda yang tak betul, saya risau keajaan stabil pun
akan tumbang kerana rakyat Malaysia bukan semua menggunakan otak mereka yang
waras,” katanya dalam siaran langsung Facebook, semalam.
Lokman dalam pada itu memberi amaran bahawa rakyat Malaysia belum
betul betul matang untuk menghadapi naratif songsang politik yang kini tersebar
luas di media sosial.
Katanya, Pilihan Raya Umum ke 15 tahun 2022 lalu adalah bukti
bahawa rakyat mudah terpedaya dengan kempen pembangkang biar pun banyak yang
dipropagandakan itu tidak logik.
“Kalau rakyat 100% pakai otak tak adalah 4.2 juta yang mengundi PN
pada PRU lepas. Selepas apa yang PN buat pada mereka sehingga hilang pendapatan
sempurna, hilang kerja, hilang ahli keluarga, pinjam along, bunuh diri
sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
“Akhirnya bila mereka (PN) menabur fitnah keterlaluan, ramai yang
tiba tiba jadi bodoh dan mengundi mereka,” katanya.
Tegas Lokman, pembangkang dan laskar siber pembangkang hari ini
tidak tahu berterima kasih. Kerajaan telah memberi mereka kebebasan bersuara
yang hampir sama sebagaimana diterima rakyat di negara maju.
Katanya, andai mereka hidup di zaman penasihat PN, Tun Mahathir
Mohamad berkuasa maka kesemua mereka telah disapu bersih ditahan di bawah Akta
Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan apa yang telah mereka lakukan di media
sosial.
“Cukuplah sampai bila nak cerita kerajaan tumbang tetapi tak
tumbang? Logik mana. Hari ini kerajaan perlu gunakan SOSMA. Kalau dulu zaman
Mahathir mereka sudah pun gunakan ISA.
“Apa istimewanya mereka yang menggunakan (naratif) macam macam
langkah. Langkah Dubai (dan pelbagai tarikh tumbang kerajaan) tak kan kita nak
biarkan mereka menjahanamkan negara.
“Kalau orang Malaysia yang duduk dalam negara ini boleh percaya
cerita dongeng Raja Petra, Papagomo, maknanya tadensi pelabur untuk percaya dan
lari, elak dari menanam modal di sini juga ada. Akhirnya yang menerima padah
rakyat Malaysia,” katanya lagi.
[gempak] "BERTAUBAT JADI BAPA PREJUDIS"! MP PAS MEROYAN TIDAK TENTU PASAL!
Pembangkang jangan beri alasan, masukkan usul percaya di parlimen jika berani
Pihak pembangkang dan penyokong mereka tidak seharusnya
mempropagandakan pertukaran kerajaan menggunakan Akuan Berkanun (SD) yang tidak
lagi dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan.
Sebaliknya, menurut Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK)
Setiawangsa, Muhammad Azha Salahudin, pembangkang PN terbuka untuk memasukkan
usul undi percaya atau tidak percaya menjelang sidang Dewan Rakyat pada 26
Februari depan.
Beliau juga menempelak kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli
Parlimen Pasir Mas merangkap Ketua Penerangan Bersatu, Fadhli Shari yang
berkata bahawa banyak usul yang dibawa oleh PN telah ditolak mentah mentah oleh
Speaker Dewan Rakyat.
Kata Azha, Fadhli sendiri boleh memasukkan usul undi tidak percaya
dan mengumumkannya sekiranya beliau seorang berwibawa.
"Sebagai Ahli Parlimen pembangkang, YB Fadhli Shari mempunyai
kuasa untuk menghantar usul undi tidak percaya kepada Speaker Dewan Rakyat 14
hari sebelum persidangan parlimen yang bersidang pada 28 Februari depan bagi
membuktikan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah hilang
sokongan majoriti sebagai Perdana Menteri.
"Namun pembangkang terus memberikan seribu satu alasan yang
bersikap bacul," katanya dalam satu kenyataan.
Sebelum ini, kata Azha, pembangkang juga gagal membawa usul undi
tidak percaya dalam cubaan menjatuhkan Kerajaan Madani pada Mei 2023.
"Perikatan Nasional juga pernah gagal membawa usul undi tidak
percaya kepada Perdana Menteri pada persidangan Dewan Rakyat 22 Mei 2023 yang
lalu, walaupun telah dicabar oleh pihak kerajaan untuk berbuat demikian.
"Ternyata kegagalan Ahli Parlimen pembangkang untuk membawa
usul ini telah membuktikan bahawa mereka tidak mendapat sokongan majoriti
seperti yang dikatakan oleh sesetengah pihak. Mereka tidak mahu penyokong
mereka sedar atas penipuan yang mereka sendiri lakukan," katanya lagi.
Justeru, Naib Pengerusi Biro Pendidikan AMK Malaysia itu berharap
PN lebih serius selepas ini dalam permainan politik mereka.
Katanya, pembangkang perlu menunjukkan mereka lebih bermaruah dan
bukan membiarkan para penyokong serta laskar siber berkokok di media sosial yang
mensabotaj kestabilan negara sedangkan tiada sebarang langkah dilakukan untuk
melakukan cabaran politik secara berperlembagaan.
AMANAH TEMERLOH LANCAR DERMA KILAT BANTU KELUARGA KEHILANGAN RUMAH TERBAKAR
AMANAH Temerloh melancarkan DERMA KILAT bagi membantu meringankan beban seorang ibu tunggal yang baru kehilangan rumah yang musnah akibat kebakaran pada 13 Januari baru-baru ini.
Oleh itu, AMANAH Temerloh mengalu-alukan sumbangan semua.Wang sumbangan ini akan diserahkan oleh AMANAH Kawasan pada masa yang akan ditetapkan kemudian.
Semoga sumbangan kita semua memberi sinar baru kepada keluarga ini.
#PEDULITEMERLOH
#BINABERSAMA
#AMANAHTEMERLOH
MASA KAMU JADI PM BERAPA BANYAK CINA DAN INDIA JADI BILLIONAIR...
Dr M tidak wajar pertikai kesetiaan Cina, India, pecah belah keharmonian
Bekas Perdana Menteri (PM) selama lebih dua dekad Tun Mahathir
Mohamad diingatkan agar tidak membuat kenyataan yang memecah belahkan
keharmonian antara kaum di negara ini.
Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, kesetiaan orang India
dan Cina di Malaysia terhadap negara tidak boleh dipersoalkan hanya kerana
mereka bercakap dalam bahasa ibunda dan menganut budaya serta adat mereka
sendiri seperti diluahkan oleh Dr Mahathir dalam satu temuramah media baru baru
ini.
"Amat malang walaupun telah menerajui negara ini selama
bertahun-tahun, Tun Dr Mahathir masih merasa wajar untuk membuat kenyataan yang
bersifat memecahbelahkan terutamanya dalam hal kaum.
"Malaysia adalah sebuah negara berbilang bangsa dan kaum.
Warga Malaysia adalah dari pelbagai latar belakang agama dan budaya.
"Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf perkara ini dengan
jelas, bahawa kecuali sebagaimana yang dibenarkan secara nyata oleh
Perlembagaan itu sendiri, tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara
hanya atas alasan agama, bangsa, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam
mana-mana undang-undang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Tegas Gobind, telah menjadi keunikan rakyat Malaysia yang berbilang
kaum bercakap dalam pelbagai bahasa dan fasih berbahasa lebih daripada satu
bahasa.
Hal itu katanya, tidak pernah menjadi masalah atau dianggap
sebagai ketidaksetiaan kepada negara sebelum ini.
"Ia juga diterima umum ramai rakyat kita bercakap lebih
daripada satu bahasa, kebanyakan mereka fasih dalam Bahasa Malaysia dan bahasa
ibunda mereka sendiri yang termasuk antaranya Cina, Tamil, Iban atau Kadazan.
"Ini tidak pernah menjadi masalah kepada kami. Sebaliknya,
kepelbagaian itulah yang telah menguatkan kita dan meletakkan kita dalam
kedudukan untuk mendapat manfaat daripada dunia hari ini yang sebahagian
besarnya bersifat global," katanya.
Oleh itu, Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP Malaysia itu berasa
agak kecewa apabila Dr Mahathir yang hidup di Malaysia sejak sebelum merdeka
dan menjadi ahli politik di hampir dua per tiga usianya yang mencecah satu abad
itu memberi pendapat seolah olah beliau tidak pernah menyaksikan semua bangsa
bergandingan tangan dan berjerih perih membangun Malaysia menjadi negara
terbilang sebagaimana hari ini.
"Dr Mahathir mesti mengakui semua rakyat Malaysia sama ada
Melayu, Cina, India, Sabah atau Sarawak telah bekerja dan masih bertungkus
lumus membina negara ini.
"Tidak salah jika kita datang daripada latar belakang kaum,
agama dan budaya yang berbeza atau bercakap dalam bahasa yang berbeza. Kita
sememangnya rakyat Malaysia dan setia kepada negara kita," katanya lagi.
Dr Mahathir baru baru ini dalam temu bual eksklusif secara dalam
talian bersama saluran TV satelit India, Thanthi TV berkata, seseorang itu
harus dikenali sebagai orang Melayu dahulu untuk berhak menganggap Malaysia
sebagai negara sendiri.
Beliau kemudian mengaitkan orang India yang tidak bercakap bahasa
Melayu sebagai bahasa asal mereka, sebaliknya bercakap bahasa Tamil.
"SUAMI ISTERI GUNA PASPORT PALSU DIPENJARA"
TEMERLOH - Sepasang suami isteri warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Sesyen PATI Kemayan semalam kerana memiliki pasport Indonesia yang telah dipalsukan.
Hakim Ahmad Rizki bin Abdul Jalil menjatuhkan hukuman penjara 8 bulan ke atas Iwan Shah Putra, 38, dan penjara 7 bulan ke atas Rapika Dewi, 41, setelah kedua-dua tertuduh mengaku bersalah terhadap perbuatan mereka yang menyalahi Seksyen 12(1)(a) Akta Pasport 1966.
Iwan Shah Putra juga dijatuhi hukuman penjara 10 bulan atas kesalahan di bawah Seksyen 56(1)(l) Akta Imigresen 1959/63 kerana memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara yang palsu, dan hukuman penjara 6 bulan atas kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki pas yang sah, manakala isterinya turut dijatuhi hukuman penjara 8 bulan atas kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal lebih masa.
Kedua-dua tertuduh ditangkap oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Pahang pada 4 Januari 2024 lalu di rumah sewa mereka di Kampung Jaya Gading, Kuantan.
Dalam pada itu mahkamah yang sama juga menjatuhkan hukuman penjara antara 5 hingga 8 bulan ke atas 21 orang imigran Myanmar dan 5 Indonesia serta denda RM1,000 ke atas seorang imigran Bangladesh atas kesalahan masing-masing.
Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa JIM Pahang Kamal Azmil Abdul Ghafar, Rosemi Daud dan Anuar Kamal Arifin.
Jabatan Imigresen Malaysia
Friends Of Immigration.
Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Pahang Media
Depot Imigresen Kemayan Pahang
KALAU DAH CUKUP JOOMLAH BAWA LA MASJK DEWAN. JANGAN MELATAH KUAT DIK.
Che Ibrahim
Dik....Kalau Speaker tolak usul undi tidak percaya, keluar Dewan beramai ramai dan buat kenyataan media, semua MP yang terlibat berada sebaris di belakang bakal PMXI...biar dunia tahu PMX dah hilang sokongan majoriti, tak payah la dok berdalih dalih....
Bukankah pembangkang dah biasa keluar Dewan bila tak setuju dengan keputusan Speaker??
Benda mudah jangan dipayahkan...
IKUT SUKA DALIL
Learry Jabul
Pasti ramai umat Islam sejati yang akan gerun mendengarnya, Tapi mungkin bukan bagi pemimpin parti Pas kot... Mereka seperti ya ada mempunyai dalil untuk menangguhkan hukum Tuhan...
(Ejaan telah dibetulkan)
PANDANGAN TN GURU AL SNAKEKE
Wang Xiang
KALAU berdasarkan pandangan Tg Guru ini maka benarlah bahawa golongan walaun/titsss adalah mereka yang taksub membuta tuli SEBAB akal mereka pendek rupanya.
Bab duit pula satu hal jugak .... hukum dan dalil boleh berubah.
🤣🤣🤣
ANWAR DAN WAN AZIZAH HADIRI PERNIKAHAN KELUARGA DIRAJA BRUNEI
Saya dan Azizah hari ini menghadiri Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan.
Kami berdua amat berbesar hati menerima jemputan daripada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha ke Istiadat Perkahwinan Diraja putera baginda berdua.
Dititipkan doa semoga perkahwinan ini diberkati dan dirahmati Allah SWT.
Saya turut berkesempatan bertemu dengan pimpinan ASEAN lain yang turut hadir ke majlis tersebut antaranya Presiden Indonesia Joko Widodo; Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.
#MalaysiaMADANI
SPRM TURUN SIASAT PENGGUNAAN RM 3 JUTA ITU
Learry Jabul
Rasanya, untuk mengelak masyarakat membuat spekulasi liar terhadap isu ini maka SPRM harus la terlibat dalam melakukn siasatan terhadap penggunaan Dana RM3 juta tersebut...
KENYATAAN MEDIA JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA. SINDIKET PELACURAN DAN PUSAT HIBURAN TUMPAS
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah berjaya menumpaskan satu sindiket pelacuran dan pusat hiburan dalam satu Operasi Khas dijalankan pada 12 Januari 2024 di 5 lokasi iaitu 2 premis pusat pelacuran dan 3 premis pusat hiburan KTV di Perak. Operasi bermula pada jam 11.00 malam melibatkan sepasukan pegawai dan anggota pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya, Pasukan Taktikal Khas (PASTAK), Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor, Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Perak dan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Perlis.
Operasi ini dijalankan berdasarkan aduan dan risikan yang dijalankan oleh Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya selama 1 bulan. Berdasarkan maklumat yang diperolehi pasukan operasi telah diatur gerak ke 5 premis dan telah menahan 52 orang perempuan warganegara China, 41 orang perempuan warganegara Vietnam, 21 orang perempuan warganegara Thailand, 2 orang perempuan warganegara Indonesia, seorang perempuan warganegara Laos, 8 orang lelaki warganegara Bangladesh, 4 orang lelaki warganegara Myanmar, seorang lelaki warganegara Indonesia dan seorang lelaki stateless. Kesemua yang ditahan berusia antara 18 hingga 36 tahun. Manakala 7 orang lelaki warganegara Malaysia dan 3 orang perempuan warganegara Malaysia sebagai penjaga premis berusia antara 35 hingga 44 tahun turut ditahan. Jumlah keseluruhan yang telah ditahan adalah seramai 141 orang.
Hasil semakan awal, 32 orang perempuan warganegara China, 15 orang perempuan warganegara Vietnam, 8 orang perempuan warganegara Thailand, 2 orang perempuan warganegara Indonesia dan seorang lelaki Myanmar yang ditahan memiliki Pas Lawatan Sosial (PLS), Pas Khas, Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS), Pas Penggajian (Employment Pass) yang masih sahlaku dan warganegara asing yang lain tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau Pas yang sah untuk berada di negara ini.
Pasukan operasi telah merampas sejumlah kondom, dokumen premis, rekod perniagaan, kunci premis, peralatan seks, 32 naskhah pasport China, 15 naskhah pasport Vietnam, 8 naskhah pasport Thailand, 2 naskhah pasport Indonesia, 1 naskhah pasport Myanmar, wang tunai sebanyak RM14,155.00, 12 unit telefon bimbit, kad perakam waktu, tuala dan peralatan kamera litar tertutup (CCTV).
Modus operandi sindiket di 2 premis ini adalah melakukan promosi wanita warganegara asing dengan menggunakan foto-foto mereka melalui aplikasi Telegram dan Whats App. Wanita warganegara asing yang dipilih akan diuruskan oleh lelaki warganegara Malaysia yang dipercayai sebagai penjaga premis sebelum pelanggan ke bilik yang disediakan. Bayaran yang dikenakan ke atas pelanggan di premis antara RM200.00 hingga RM500.00 dan untuk outcall girl bayaran yang dikenakan adalah antara RM800.00 hingga RM1,000.00. Transaksi bayaran yang dilakukan pelanggan adalah melalui tunai atau secara dalam talian sebelum perempuan warganegara asing diserahkan kepada pelanggan.
Modus operandi sindiket di 3 premis yang lain adalah menyediakan perkhidmatan pelayan perempuan warganegara asing dan mensasarkan kepada pelanggan tetap sahaja dengan membuat tempahan melalui panggilan telefon. Terdapat laluan masuk dan keluar selain pintu masuk utama bagi pelanggan dan pelayan perempuan warganegara asing sekiranya pihak berkuasa melakukan pemeriksaan. Untuk tempahan bilik, pelanggan dikenakan bayaran antara RM800.00 hingga RM10,000.00 mengikut kategori bilik manakala untuk tempahan wanita warganegara asing dikenakan bayaran RM150.00 bagi 1 jam. Sindiket ini telah beroperasi selama 1 tahun dan telah mengaut keuntungan sebanyak RM24,000.00 sebulan.
Semasa serbuan dilakukan di 3 premis ini, perempuan warganegara asing yang bekerja sebagai pelayan pusat hiburan cuba lari dan bersembunyi di bilik-bilik rahsia yang dibina khas bagi mengaburi pegawai penguatkuasa termasuk bersembunyi di atas syiling dan bumbung bangunan pusat hiburan, namun segala usaha warga asing ini berjaya dipatahkan oleh anggota serbuan. Terdapat juga pelanggan yang cuba melakukan provokasi dengan membuat bising dan cuba menghalang pasukan melakukan penggeledahan namun tindakan tersebut turut berjaya dipatahkan.
Kesemua warganegara asing ditahan kerana disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan dibawa ke Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Perak, Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Ipoh, Perak untuk tindakan lanjut. Manakala 7 orang lelaki warganegara Malaysia dan 3 orang perempuan warganegara Malaysia ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63. Seramai 69 orang lelaki warganegara Malaysia, 2 orang lelaki warganegara Bangladesh dan seorang perempuan warganegara Malaysia diberikan Notis untuk hadir ke pejabat bagi membantu siasatan.
Jabatan akan meneruskan tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).
JAFRI BIN EMBOK TAHA
TIMBALAN KETUA PENGARAH (OPERASI)
JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA
#imigresen #jim #kdnmadani #MalaysiaMadani #KDN_TogetherWeAreOne #KeselamatanTanggungjawabBersama
© 2024 Unit Komunikasi Korporat | JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA
Jom Ikuti Media Sosial Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)
➡️ https://t.co/4W2bb4XoGI
MENCARI ORANG HILANG BERSAMA HUTANG TAK MO BAYAR 23K LAGI. WALAUN PUN TAK MO TOLONG KO SEBAB KAKI FITNAH.. POOODAH...
Learry Jabul
Pemimpin pas nihhh kalau dalam ceramah mereka, pung pang pung pang kata adalah haram kalau tak bayar hutang... Hutang mesti dibayar... Tp bila dapat kat puak-puak dia, liat pula mereka nak bayar hutang... Macam nihh ka nak kata pemimpin??
MERACAU
Nazril Iznil
Rakyat Malaysia bakal disajikan dengan lebih banyak kenyataan bersifat kontroversi atau provokasi dari Saka Tua ini.