SOSMA: PENGAJARAN TATKALA BERKUASA

 

FAIZAL RAHMAN



SOSMA: PENGAJARAN TATKALA BERKUASA

1. Terserlah kemunafikan PAS bilamana menyokong usul “menghidupkan” semula SOSMA. Jika dahulunya SOSMA zalim & bercanggah dengan Islam tetapi kini, SOSMA yg sama di katakan selari dengan Islam. Bagaimana dengan susuk tubuh bernama Aisyah yg dulunya PAS beria-ia membela beliau???

2. Demi kesucian Islam & keadilan Islam, PAS sesungguhnya adalah kelompok manusia yg paling hipokrit, munafik & hina!

3. UMNO tak relevan untuk di perkatakan lagi kerana mereka sudah sebati dengan draconian law. Kezaliman UMNO terhadap rakyat tidak perlu lagi di ulas.

4. Kezaliman SOSMA ini bermula apabila ruang penyalahgunaan kuasa berlaku secara berleluasa, kezaliman terhadap orang yg di tangkap, keluarga di nafikan akses, dunia mereka menjadi kelam, definisi keganasan terlalu luas. Bukan sedikit perkongsian tahanan bagaimana mereka di torture mental dan emosi, semata-mata untuk mendapatkan keterangan yg akhirnya menjerat mereka sendiri. Keterangan mereka di pandu kepada suatu arah tertentu yg mana mereka berikan dlm keadaan mental mereka sendiri separa sedar akibat di tekan berminggu-minggu lamanya.

5. Antara cerita-cerita sempat di rakam:

5.1 tahanan di ugut dengan anak yg baru 2 minggu di lahirkan, isteri yg masih dlm pantang, alamat rumah di dedahkan termasuk kedua ibu bapa mereka dan di ancam untuk di “usik”. Di simpan dalam bilik kecil yg lampu di pasang 24 jam, tidak tahu siang dan malam, penghawa dingin 24jam, ada ketika menjadi sgt sejuk. Semua ini di semata-mata menekan tahanan utk menjawab soalan mengikut selera team siasatan.

5.2 Bertemu dengan peguam hanya setelah sebulan keluarga tidak mengetahui di mana tahanan berada. Ada kes yg di pukul teruk dan lebam-lebam di badan. Peguam bertemu tahanan dalam keadaan di kelilingi angota polis yg lengkap bersenjata di badan. Dalam keadaan itu, memang tidak ada apa-apa keterangan yg dpt di rekodkan. Kerana mereka sudah di “pesan” untuk berdiam diri kalau tidak mahu menerima “habuan”.

6. Untuk orang awam di luar sana, usah cakap “siapa suruh buat salah, kalau tidak salah mesti tidak di tahan SOSMA”. Kerana anda atau keluarga anda belum tahu lagi nasib anda bagaimana. Dalam sejarah tahanan SOSMA, pelbagai latar belakang yg sudah menjadi mangsa; memiliki baju yg tidak pernah di haramkan, memiliki buku yg di jual di pasaran, buku di pamerkan di perpustakaan, bergambar dengan kawan, memberi sumbangan pun kena. Dari peniaga air balang, penganggur, student, berjawatan dan sebagainya. Seakannya ada “usaha” untuk membuat profile tersendiri SOSMA.

7. Di sebalik kekesalan terhadap laporan SOSMA di parlimen hari ini, jauh di sudut hati aku, aku terkilan dan menyalahkan kerajaan PH yg ketika itu tidak serious untuk memansuhkannya. Masih lagi mengambil pendapat pemegang taruh yg cenderung SOSMA di pertahankan. Meskipun kumpulan pengganas di pulau pinang kebal tidak terusik. Kesalahan boleh kalau hendak di halakan kepada muhyiddin yassin yg ketika itu hanya mahu meminda SOSMA. Kesudahannya tersadung dek Langkah semburit sheraton.

8. Jadi bilamana hari ini ia di hidupkan semula, ketahuilah rakyat akan kembali di war-war kan dengan pelbagai kes “keganasan” yg mana definisi keganasan itu tertakluk atas mereka sang penguasa! Maka tidak ada sesiapa yg boleh menjamin terlepas. Silap hari bulan, hobi (collector) memilliki set buku-buku strategi peperangan, set buku-buku senjata api/bom juga anda boleh di klasifikasikan sebagai memiliki bahan-bahan keganasan. Itu belum lagi sentuh bab perbezaan pendapat di kalangan ilmuan islam. 1 ketika Ibn Taymiyah hampir pasti di jadikan asbab/punca melahirkan pengganas yg hampir membawa kpd barangsiapa yg memetik pendapatnya, boleh jadi boleh di tuduh sebagai pengganas. Begitulah betapa carca marbanya SOSMA. Belum lagi kita persoalankan tentang “team pemulihan” pengganas yg entah di kutip daripada mana.

9. Harapan aku sekiranya PH mentadbir semula, usah lagi membuat tindakan U-Turn terhadap sesuatu manifesto termasuklah penghapusan undang2 draconian SOSMA ini. Menghapuskan SOSMA bukanlah bermaksud melaksanakan manifesto sebagai akujanji kepada pengundi semata-mata, tetapi menghapuskan SOSMA juga bermaksud, negara ini menjunjung hak & keadilan meskipun melibatkan isu keselamatan. Peruntukan undang-undang sedia ada sudah memadai untuk membendung ancaman keganasan.

10. Untuk rakyat Malaysia, berhati-hatilah kerana SOSMA itu lebih banyak memangsakan manusia tidak berdosa daripada “pengganas” atau “keganasan” yg sebenar.

 

TIKTOK PAS SOKONG SOSMA








 

MUKA SOKONG LOMPAT AKAN TAHU

 





TAK TAU NAK KATA APA...KALAU DAH NYANYUK BAIK TAK PAYAH CAKAP LAH...ORANG NAK BANTERAS LOMPAT PARTI SEBAB RAKYAT MEMILIH.PARTI CINONET CARILAH PENGARUH DULU UNTUK BERGABUNG BUKAN SAHAJA PARTI , TETAPI CALON.

 


Dr M cadang benar ‘seluruh parti lompat’ jika dapat restu, demi tubuh kerajaan stabil.





Dr Mahathir Mohamad berkata, lompat parti membabitkan seluruh parti
 perlu dibenarkan demi membentuk kerajaan majoriti dan berwibawa.

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad mahu “lompat” membabitkan keseluruhan parti dibenarkan, dengan syarat mendapat restu tertinggi parti terlebih dulu.

Ahli Parlimen Langkawi itu menjelaskan, ia penting seandainya berlaku situasi tidak ada sebuah parti pun yang memenangi lebih 50% kerusi dalam pilihan raya umum (PRU) untuk membentuk kerajaan.

“Kalau kita tegah semua tidak boleh lompat parti, maka tidak akan ada kerajaan yang majoriti dan berwibawa.

“Sebaliknya, PRU perlu diadakan semula untuk mengelakkan daripada itu, saya percaya kalau lompat parti dilakukan seluruh parti masuk parti yang tidak cukup kerusi, tapi dengan syarat aktiviti itu dilakukan dengan persetujuan parti mengikut undang-undang parti yang dibuat oleh kuasa tertinggi parti.”

Beliau berkata demikian ketika membahas Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 dan Peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti di Dewan Rakyat.

Mahathir berkata, seluruh parti boleh bekerjasama dalam sebuah gabungan dengan parti yang kalah tanpa bimbang kehilangan kerusi.

Pengerusi Pejuang itu berkata, aktiviti lompat parti perlu dihalang, namun terdapat keperluan dalam keadaan tertentu, khususnya membabitkan parti yang tidak mendapat majoriti kukuh di Dewan Rakyat.

“Aktiviti lompat parti perlu ditegah, tapi kadangkala kita perlu ada lompat parti kerana dalam PRU tidak ada satu pun parti yang mendapat lebih 50% kerusi supaya dapat bentuk kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, parti yang mendapat kurang daripada 50% kerusi boleh menubuhkan kerajaan minoriti, namun kerajaan seperti itu berisiko tumbang.

“Apabila datang ke Dewan Rakyat, maka kerajaan itu boleh dijatuhkan dengan hanya mengundi usul tidak percaya kerajaan.

“Dalam keadaan itu, kita boleh ada PRU sekali lagi, tetapi itu juga tidak akan menentukan (keadaan stabil). Sebab itu perlunya lompat parti dibenarkan supaya jumlah ahli cukup untuk menjadi kerajaan dengan majoriti,” katanya.


TIK TOK : LOMPAT PARTI MELIBATKAN RASUAH




#kadang²ada betul juga pak anwar ckp..sampai bila asyik lompat parti,buat parti🤫jommmmmm kita party time😂



 

TIKTOK ANWAR HENTAM BEUFORT KERANA TAK TAHU BEZA


Port Dickson sifatkan Beaufort sebagi ‘rabun politik’ kerana samakan usul undi tidak percaya dengan lompat parti #parlimenmalaysia #anwaribrahim

original sound - oh.myparlimen




 

TIK TOK KHALID SAMAD HENTAM PARTI AGAMA



"Saya nak supaya Islam tidak tercemar dengan kata-kata (YB) Bachok" kata Khalid Samad. #trendingnewsmalaysia #AWANInews #SisiTVParlimen #DewanRakyat


 

POTONG GAJI MENTERI KERANA GAGAL, BUKAN UNTUK KAWAL INFLASI- RAFIZI

 



Dari Rafizi Ramli

27 Julai 2022

POTONG GAJI MENTERI KERANA GAGAL, BUKAN UNTUK KAWAL INFLASI

Kenyataan Tan Sri Annuar Musa, Pengerusi Pasukan Khas “Jihad Tangani Inflasi” yang memperlekehkan desakan agar gaji menteri dipotong akibat krisis kenaikan harga barang adalah bongkak.

Beliau membentak gesaan itu dengan menuduh kononnya itu satu permainan politik kerana “tidak ada negara yang berjaya turunkan inflasi selepas memotong gaji menteri”.

Beliau lupa bahawa di negara-negara lain, layanan kepada menteri-menteri yang gagal menguruskan ekonomi sehingga menyusahkan rakyat adalah lebih keras dari potongan gaji. Ada yang dipecat, ada yang didakwa, ada yang dipenjarakan.

Oleh itu, desakan agar menteri-menteri mengambil potongan gaji bukanlah untuk mengurangkan harga barang. Ia perlambangan hasrat rakyat kebanyakan mengenai beberapa perkara berhubung kemelut kenaikan harga barang sekarang:

1. Potongan gaji menteri adalah satu isyarat dari rakyat bahawa menteri-menteri telah gagal menjalankan tugas menguruskan ekonomi sehingga kenaikan harga tidak terkawal dan menekan rakyat

2. Potongan gaji menteri memaklumkan rakyat bahawa menteri-menteri sensitif kepada kepayahan yang dialami rakyat dan ia satu bentuk solidariti bersama-sama rakyat

3. Potongan gaji menteri menghantar isyarat bahawa menteri-menteri juga tidak terkecuali dari penjimatan yang diarahkan kepada penjawat-penjawat awam, jika tidak peruntukan awam dipotong tetapi menteri-menteri tetap menikmati kemewahan yang sama

Saya berharap lebih ramai pimpinan masyarakat dan orang ramai meneruskan desakan agar menteri-menteri mengambil potongan gaji untuk membentak kembali keangkuhan menteri seperti Annuar Musa ini.

Jika tidak, mereka hanya akan mempengerusikan jawatankuasa demi jawatankuasa yang mengambil berbulan lama sebelum sesuatu keputusan konkrit diambil. Setelah satu keputusan diambil, berbulan pula masa yang diperlukan untuk melaksanakan keputusan. Apabila keputusan hendak dilaksanakan, jawatankuasa yang lain pula ditubuhkan untuk mengkaji masalah yang sama.

Kegilaan ini perlu dihentikan. Hanya melalui desakan rakyat yang kena kepada poket menteri-menteri, barulah mereka berasa keutamaan (“urgency”) untuk mengambil tindakan dengan lebih cepat.

RAFIZI RAMLI

 

TU BUKAN LOMPAT...TU TAK MAU LAGI SOKONG BN.

 


Anwar nafi minta MP Kerajaan lompat parti pada 2008



Hasimi Muhamad
Anwar nafi minta MP Kerajaan lompat parti pada 2008
Menurut Ketua Pembangkang itu, sebaliknya beberapa ahli Parlimen berkenaan didakwa menghubungi beliau untuk menyokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan bahawa beliau telah mengarahkan ahli Parlimen Kerajaan bertukar parti pada 2008 bagi membentuk kerajaan ketika itu.
Menurut Ketua Pembangkang itu, sebaliknya beberapa ahli Parlimen berkenaan didakwa menghubungi beliau untuk menyokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.
Ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi memimpin kerajaan sebagai Perdana Menteri, dan Barisan Nasional (BN) menang 140 kerusi dalam Pilihan Raya Umum 2008.
"YB Beaufort (Datuk Seri Azizah Mohd Dun) ini dia rabun dari segi kefahaman politik. Kalau ikut kenyataan pada masa iut, beberapa Ahli Parlimen menghubungi untuk menyokong usul undi tidak percaya, ia tidak ada kena mengena dengan lompat parti. Beaufort biar faham sedikit...
"Kerana itu Perdana Menteri enggan meluluskan dan menerima undi tidak percaya dan Yang Dipertua Dewan seperti biasa patuh kepada Perdana Menteri. Oleh sebab itu, ada pesawat khas yang bawa ahli Parlimen untuk belajar pertanian di Taiwan... jadi biar kita tahu faktanya.
"Tidak ada unsur sogokan atau kedudukan kepada mereka kerana ini (seramai) 40 orang (ahli Parlimen). Nak jadi 40 menteri...," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Anwar (PH-Port Dickson) berkata demikian menjawab celahan Azizah pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 dan Peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti.
Mengulas lanjut, Anwar berkata situasi sama berlaku ketika mana ahli Parlimen daripada blok kerajaan didakwa menyatakan sokongan kepadanya untuk menjadi Perdana Menteri selepas Langkah Sheraton.
Tegasnya, tiada sebarang tawaran diberikan kepada mereka untuk berbuat demikian.
"Pengakuan bersumpah yang ditandatangani dan dikemukakan kepada Yang Dipertuan Agong (sebagai) Perdana Menteri bukan untuk lompat parti, mereka kekal dalam parti mereka. Saya tidak usulkan mereka lompat parti... ramai yang ada di sini (ahli Parlimen yang didakwa menyokong).
"Saya nak tunjukkan di sini bahawa kedudukan dan integriti politik begitu parah sehinggakan pengakuan bersumpak kepada Yang Dipertuan Agong pun dipermainkan oleh mereka," ujarnya lagi.
Parlimen tidak harus dijadikan tempat menggondol kekayaan - Anwar

ULASAN FORUM KERAJAAN KELANTAN DAN DPMCK

 

SHAM GHAZ



Ulasan pasal Forum Kerajaan Negeri dengan Dewan Perniagaan Melayu - Cina Kelantan.

Kerajaan Negeri diwakili oleh Dato Mohd Amar dan Dato Hanifa.

Nota; Forum malam tadi saya tonton dari awal sampai akhir

Pandangan saya kedua panel;

• Panel tidak menjawab soalan secara tepat (mutar), akhir sekali akan jawab itu keputusan dasar dan akan bawa ke Mesyuarat Exco dulu.

• Tiada idea baru untuk pembangunan Negeri, stereotaip cara lama kecuali naikan cukai/lesen. Dan buat benda sedia ada dah.

• Masalah yang dibangkitkan oleh audience tidak dapat dijawab dan diselesaikan.

• Ringkas cerita kerajaan Kelantan takda pemikir yg bagus untuk majukan Kelantan dari sudut ekonomi, pentadbiran, sumber baru dan sosial.

Sedikit catitan point - point dari YB Dato Mohd Amar dan Yb Dato Hanifa; malam tadi;

• 17.9 ekar tanah di Tunjong akan dibuat KB Central….. - Dato Hanifa

• Airport Pengkalan Chepa akan jadi International Airport, dalam proses & peringkat ASEAN dulu…. - Dato Hanifa

• Ada kerja kosong di Ladang Sawit (ganti Indon & Bangla) walaupun gaji mahal Anak Kelate tak minat…. - Dato Mohd Amar

• Anak Kelate KURANG MINAT kerja dalam Negeri…. - Dato Mohd Amar

• Jem di Kelate setiap kali musim perayaan takleh lari…. - Dato Mohd Amar

• Kedai Tutup waktu Cuti Aidiladha sebenarnya untuk PASARAYA sahaja…. Dato Mohd Amar

• AIR ASIA tarik balik cadangan asal nak buka Regional Hub di Kelantan, lokasi dicadangkan di Sg Bagan, Machang… - Dato Mohd Amar

• RM 9 Juta bantuan Kerajaan Negeri ke 45 DUN/YB iaitu RM200,000 setiap Tok Wakil/Dun untuk bantu Usahawan Muda terjejas Covid… - Dato Hanifa

• Ore nak Panggung Wayang ni sebab Mat Kilau jah, lepas habis Mat Kilau ni?

Kelantan Kekal tidak buka panggung wayang. - Dato Mohd Amar

• Cukai/Lesen Rumah Burung Walit daripada RM150 kepada RM8,000 di Kuala Krai… - Pengusaha Sarang Burung Walit Kuala Krai

Peserta forum kebanyakan bertanya;

1. Nak tukar hakmilik mahal dan ambil masa lama

2. Nak tukar nama non Malay ambil masa 1 tahun

3. Nak kawasan Industri Besi Baru

4. Bandar Perabot Gua Musang

5. Litar Lumba

6. Permudahkan lesen niaga

7. Bantuan usahawan ore muda

8. Kauta non malay kena banyak setiap kawasan

9. Mesyuarat Exco lambat lulus tanah ore luar kelantan/non malays

10. Lesen Burung Walit naik

11. Tarik pelaburan China

12. Nak kawasan berbasikal

13. Nak kawasan perabot SME di KB

14. One stop center tempat lapor masalah

15. Isu jalan kecil, longkang/Parit

16. Buka kawasan Industri baru lengkap air, elektrik, jalan

Sebagai rakyat Kelantan yang sayangkan Negeri Kelantan, apa pandangan anda tentang level Exco Kelantan dalam bab ni;

• Reputasi

• Prestasi

• Kredibiliti

• Karakter

• Level of Thinking

Ayuh Selamatkan Kelantan

Syam Ghaz

#SaveKelantan

 

OOOWHHHH...BANYAK KALI DAH DENGAR FATWA DEMI MENUNGGANG AGAMA NI

 


MOHD MUKHLIS


Pengamal fiqh yahud "halaluna wa haramukum".

Kira ikut sifir dia undi PAS = undi Islam, lawan PAS = lawan Islam.

Macam-macam gila isim sekarang.




 

MENTERI PALING RAMAI TAKUT POTONG GAJI DEMI RAKYAT ?


 

TUKAR PEGUAM UNTUK MELAMBATKAN PERBICARAAN BAKAL MEMAKAN DIRI NAJIB ?

 


Strategi menukar peguam semata-mata untuk menangguhkan sesebuah kes perbicaraan adalah bertentangan dengan prinsip dan etika pengamal undang-undang.

Perkara itu terkandung dalam Peraturan Majlis Peguam dan Kaedah Profesion Undang-Undang (Praktis dan Etika) 1978 yang digubal di bawah Akta Profesion Undang-Undang 1976.

Peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, berdasarkan Kaedah 6 di bawah Kaedah Amalan Guaman akta tersebut antara lain mengatakan seseorang peguam tidak boleh mengambil arahan guaman baharu melainkan dia sudah bersedia untuk menghadiri mahkamah.

“Jadi berpandukan kaedah ini, Mahkamah Persekutuan boleh bertanya kepada peguam kenapa dia bersetuju untuk mengambil kes yang tarikh perbicaraannya telah ditetapkan.

“Jadi peguam tidak boleh katakan kepada mahkamah yang dia tidak bersedia untuk mengambil kes kerana masih belum bersedia kerana baharu sahaja mengambil alih kes,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Jelas Mohamed Hanif, hakim boleh memakai prinsip tersebut dalam menggunakan budi bicaranya ketika memberikan keputusan terhadap sesuatu permohonan penangguhan.

 

MASIH ADA MUSIBAT DALAM PARTI

 

PKR mohon tangguh beri penjelasan kepada JPPM, kata Saifuddin



Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail enggan mengulas
 lanjut bentuk tindakan yang akan diambil terhadap pengadu,
 sebaliknya berkata ketika ini pihaknya hanya mahu memberikan
 kerjasama kepada JPPM.

PETALING JAYA: PKR memohon penangguhan mengemukakan penjelasan penuh kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (JPPM) berhubung pelbagai aduan berkaitan proses pemilihan parti itu yang berlangsung baru-baru ini.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, berkata pihaknya telah memberikan maklumat awal kepada JPPM berdasarkan peruntukan 14(2) 1966 Akta Pertubuhan berdasarkan surat yang diterima 5 Julai lalu.

“Saya diberi tempoh 14 hari berakhir 19 Julai, kemudian saya beri surat mohon penangguhan. Masa itu saya tumpu kepada penganjuran Kongres PKR dan JPPM setuju bagi penangguhan, jadi saya kena beri maklumat yang diperlukan sebelum 2 Ogos iaitu tarikh baru.

“Walaupun saya mendapat penangguhan, saya telah memberi maklum balas awal kepada JPPM. Pada masa yang sama saya juga kena bagi jawapan yang lebih lengkap,” katanya kepada FMT.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Saifuddin berkata demikian ketika diminta memaklumkan perkembangan terkini setelah menerima surat dari JPPM bagi menjelaskan keputusan pemilihan parti itu baru-baru ini.

Dalam Kongres PKR Nasional PKR 17 Julai lalu, Saifuddin berkata pihaknya akan mengambil tindakan ke atas “watak pemecah belah dalam parti”.

Selain itu, Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil menyifatkan tindakan pihak yang membuat laporan kepada polis dan JPPM sebagai “menyerah tengkuk kepada musuh”, manakala bekas Ketua Wanita, Fuziah Salleh menggesa parti “menyenaraihitamkan” individu yang berbuat demikian.

Ketika diminta mengulas bentuk tindakan yang akan diambil terhadap pengadu, Saifuddin enggan mengulas lanjut, sebaliknya berkata ketika ini pihaknya hanya mahu memberikan kerjasama kepada JPPM.

Ditanya mengenai kesan yang bakal dihadapi PKR serta masa depan parti itu dalam menghadapi PRU15, Saifuddin menjawab: “Belum tahu dan masih terlalu awal kerana tidak tahu keputusan akhir”.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Dr Zaliha Mustafa berkata sehingga kini terdapat 40 aduan yang telah dikemukakan ahli parti kepada JPPM.

“JPP hanya bagi input untuk maklumat yang diperlukan kepada Pejabat Setiausaha Agung. JPP dah laksanakan apa yang perlu dikemukakan kepada JPPM.


KEH...KEH....NAJIB NAJIB...




 ZUNAR CARTOONIST FAN CLUB



PARTI LEBAI MUNAFK....DULU HENTAM SOSMA..SEKARANG SOKONG


 

SOSMA - DULU ADA DALIL HARAM, KINI ADA DALIL HALAL - ITULAH PAS PARTI PENUNGGANG AGAMA DIMANA ADA UNTUNG UNTUK PARTI MEREKA



Dulu mengamuk sakan ..hingga bergegar bumi. Bertepik di Padang Merbuk. Hudud. !. RUU355...!  Kematian Adib..!  Pakaian patuh syarie pramugari. !. Arak Timah..!  Judi 8 ke 22.  !  Pemandu mabuk. ,! Sijil UEC. !  Sajad. ! . Siti Kasim..!! LGBT..! . Islam terancam. !.

 

Itu cerita dulu....

 

SEKARANG  ...senyap. Demi 💰...dan kuasa 💪...serta


ANWAR PUJI ERDOGAN BERJAYA BENARKAN UKRAINE EKSPORT GANDUM


PH DIKATA CABAR ISLAM, BILA PAS MENTADBIR ISLAM TERBELAKANG? CUBA LIHAT SENDIRI DENGAN MATA ANDA

 

KENAPA TANGGUH KEMUDAHAN CUTI BERSALIN BERGAJI GURU KAFA?