HANYA TIKTOKERS YANG SIBUK NAK JATUHKAN KERAJAAN…


 Bagi mereka yang suka atau kerap menengok TikTok, pasti sedar tentang gelagat dua tiga orang TikTokers yang hari-hari bercakap mengenai kejatuhan kerajaan dan Anwar Ibrahim akan disingkirkan sebagai Perdana Menteri.

Selain itu mereka juga kerap membuat live untuk meyakinkan penonton bahawa Anwar pasti akan jatuh dalam waktu terdekat ini.

Sesekali tertengok apa yang mereka perkatakan, saya selalunya tidak dapat menahan daripada ketawa untuk tempoh yang agak lama.

Kesimpulan saya mudah – hanya mereka yang duduk dalam gua saja akan percaya tentang propa TikTokers tersebut.

Apa yang mereka perkatakan tentang Anwar bakal tumbang langsung tiada asasnya dan sama sekali tidak berpijak di bumi nyata – sekurang-kurangnya untuk tempoh terdekat ini.

Konon jumlah Ahli Parlimen sudah cukup dan senarai mereka yang sedia menyokong pembentukan kerajaan baru telah dipersembahkan ke Istana Negara hanyalah rekaan serta khayalan semata-mata.

Ia tidak lebih hanya sebuah rekaan dan khayalan untuk “content”, selain TikTokers tersebut juga tidak cukup arif untuk mengulas isu-isu semasa yang lain.

Isu yang mereka tahu – kerajaan akan jatuh, Anwar akan tumbang serta bercakap tentang isu peribadi yang sudah basi dan tidak lagi laku berkaitan Perdana Menteri.


Jadi, hari-harilah mereka bercakap isu yang sama secara berulang-ulang tanpa memperdulikan sama ada orang percaya atau sebaliknya.

Tun Mahathir Mohamad pun gagal menghalang Anwar daripada menjadi Perdana Menteri dengan isu tersebut, maka di mana munasabahnya sekadar TikTokers saja mampu menjatuhkan Anwar yang sudah berada di kerusi Perdana Menteri dengan isu yang sama?

Kadangkala terdetik juga dalam hati saya – tak letihkah mereka melayan khayalan sendiri setiap hari?

Memandangkan kemungkinan kerajaan perpaduan ini mampu bertahan sehingga PRU16 adalah sangat tinggi, bayangkan TikTokers tersebut bakal merapu kira-kira empat tahun lagi lamanya.


Sekali lagi – tak letih dan tak bosan ke?

Yang lebih malang lagi, di ketika TikTokers tersebut setiap hari bercakap tentang kejatuhan kerajaan, hakikatnya tiada pun gerakan ke arah itu daripada blok pembangkang.

Pemimpin utama pembangkang ketika ini bukan saja sibuk dengan urusan masing-masing, bahkan sebahagian besarnya sama ada sedang bercuti di luar negara bersama keluarga masing-masing atau pergi menunaikan umrah di Mekah.

Nak bertukar kerajaan macam mana kalau begitu keadaannya?

Hanya TikTokers tersebut saja yang sibuk nak menjatuhkan kerajaan, sedangkan pemimpin pembangkang tidak pun berbuat apa-apa.

Siapa sebenarnya yang nak jatuhkan kerajaan?

Biasanya sebarang gerakan menjatuhkan kerajaan mestilah dimulakan oleh mereka yang bergelar pemimpin dan pengaruh media sosial, baik FB, X, TikTok serta lain-lain adalah berperanan untuk merangsang dan mempengaruhi fikiran rakyat agar turut sama memberi sokongan.

Ini tidak, hanya dua tiga TikTokers yang sibuk hendak menjatuhkan, sedangkan tiada apa-apa dilakukan oleh mereka yang bergelar pemimpin daripada blok pembangkang.

Sebab itu, sebagaimana disebut awal tadi – hanya mereka yang duduk dalam gua saja akan percaya propa mamat TikTokers tersebut. – ShahbudinHusin 25/12/2023.



MAT SABU KEKAL PRESIDEN, BERTAMBAH MEROYAN PAS

SEPANDAI-PANDAI TUPAI LOMPAT AKHIRNYA JATUH JUGA KANTOI!!

KEKAL TIGA PENGGAL, ERTINYA LENGKAP PUSINGAN MOHAMAD SABU PIMPIN AMANAH

 

Di sebalik khabar terdapat gerakan kuat mahu menyingkirkannya, malah di saat-saat akhir ramai pula yang mengatakan beliau akan kecundang, tetapi Mohamad Sabu akhirnya berjaya juga mengekalkan jawatannya sebagai Presiden Amanah.

Meskipun di berada di kedudukan nombor lapan daripada 27 Ahli Jawatankuasa yang dipilih, mereka yang terpilih itu sepakat memilih Mohamad Sabu untuk terus memimpin parti tersebut.

Turut dipersetujui ialah Mujahid Yusof Rawa sebagai Timbalan Presiden, manakala Naib Presiden adalah Dr Dzulkefly Ahmad, Dr Siti Mariah Mahmud dan Adly Zahari.

Ini adalah penggal ketiga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu diberi mandat mengetuai Amanah, sekaligus merupakan penggal terakhir baginya.

Turut dipersetujui ialah Mujahid Yusof Rawa sebagai Timbalan Presiden, manakala Naib Presiden adalah Dr Dzulkefly Ahmad, Dr Siti Mariah Mahmud dan Adly Zahari.

Ini adalah penggal ketiga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu diberi mandat mengetuai Amanah, sekaligus merupakan penggal terakhir baginya.

Memandangkan perlembagaan Amanah menetapkan seseorang itu hanya boleh menjadi Presiden selama tiga penggal, secara automatik pada pemilihan tahun 2026 nanti, seorang ketua baru akan muncul mengetuai parti tersebut.

Dalam hal ini bermakna, 27 Ahli Jawatankuasa Amanah lebih memikirkan kestabilan dan perpaduan, selain punya budi bahasa dan tahu mengenang budi serta sumbangan seorang ketua.

Mereka tidak membuang ketua di tengah jalan, tetapi terus meyakininya sehingga ke penghujung perhentian agar kemudiannya boleh memilih destinasi lain dengan aman.

Dengan sendirinya, peralihan kepimpinan pada tahun 2026 akan datang adalah terbuka, bebas dan bukan lagi sebahagian agenda untuk menyingkirkan sesiapa.

Sekali lagi ketika itu nanti, 27 Ahli Jawatankuasa akan memutuskan siapa yang terbaik di kalangan mereka yang terpilih itu untuk mengetuai Amanah.

Siapa yang dirasakan terbaik dan paling diyakini, orang itulah yang akan diberi mandat sebagai ketua.

Tiga tahun lagi juga, Mohamad Sabu boleh memilih sama ada untuk bersara atau menjadi penasihat saja kepada Amanah.

Ini adalah proses yang benar-benar harmoni yang bukan saja dapat memastikan Amanah terus kuat dan kukuh, bahkan menyumbang kepada kestabilan kerajaan perpaduan.

Sepertimana dimaklumi semua, Mohamad Sabu, baik melalui Amanah yang dipimpinnya atau ketika menjadi Timbalan Presiden Pas sebelum ini, beliau sebenarnya mempunyai sumbangan serta peranan yang besar kepada kejayaan PH dan juga Anwar Ibrahim yang kini akhirnya telah tertabal sebagai Perdana Menteri.

Dengan itu, mengekalkan lagi beliau untuk terus memimpin Amanah di ketika PH dan Anwar sedang berada di gerbang kejayaan adalah sesuatu yang signifikan dalam erti masih ramai ada hati yang suci dalam berparti.

Jika suatu masa nanti Mohamad Sabu berundur pergi, pengundurannya adalah pengunduran yang diingati dan dihormati.

Apa pun, tahniah kepada Mohamad Sabu kerana berjaya melengkapkan pusingan yang sempurna dalam mengetuai Amanah, selain memimpin sebuah parti yang bermula daripada kosong sehingga menjadi sebahagian kerajaan. – ShahbudinHusin 25/12/2023.


[bongkar] MP PAS BERBINCANG UNTUK BERPALING TADAH DAN SOKONG PMX?

[memalukan] APA CER USTAZAH MINTA DERMA !LEBAI LUPAKAN TEBUK ATAP!



Setahun setelah Kerajaan Perpaduan ditubuhkan, perikatan parti parti politik dalam gabungan tersebut semakin mantap dan hampir mustahil boleh digoyahkan. Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata demikian dalam ucapan pidato Presiden di Konvensyen Nasional parti Amanah Negara yang diadakan di dewan Wyndham Acmar, Klang, hari ini. Katanya, peluang terakhir Perikatan Nasional boleh menggugat Kerajaan Perpaduan adalah melalui Pilihan Raya Negeri pada Ogos lalu. Selepas kedudukan kekal dengan 3 negeri dikuasai blok Perpaduan dan 3 lagi PN maka tiada pilihanraya besar yang boleh dijadikan modal untuk mengalih sokongan Ahli Parlimen Perpaduan. "Dijangkakan, tidak ada lagi pilihan raya negeri yang boleh digunakan pihak Pembangkang untuk menggugat ketenteraman negara atau kononnya untuk melakukan 'Referendum' kepada Kerajaan PMX. "Terawal adalah Disember 2025 untuk negeri Sabah, dan sehingga Februari, 2027 di Melaka dan April, 2027 di Sarawak. "Mungkin sahaja boleh berlaku pilihan raya kecil, akibat kematian penyandang, di peringkat parlimen mahupun negeri atau dibatalkan kemenangan oleh SPR seumpama di Kuala Terengganu dan Kemaman, yang di menangi Pembangkang. Sumber Berita 1. FB Bro ISwardy 2. https://www.suarakeadilan.my/post/ker...





LAPORAN POLIS TDRHADAP TUN DAIM PADA TAHUN 1999. PMX TAK CAKAP KOSONG.

 



Kemungkaran yang sangat besar baru dapat disiasat untuk dicegah. 


Itulah Anwar Ibrahim yang kamu benci dan tuduhnya sebagai musuh Islam wahai pewalak2 perjuangan Islam palsu! 


**************


LAPORAN POLIS DATO' SERI ANWAR IBRAHIM TERHADAP RASUAH TUN DAIM ZAINUDDIN PADA 30 JUL 99


LAPORAN POLIS TUN HS LEE 20455/99


Pada 14 April 1999 , tatkala memberikan kenyataan di mahkamah , saya telah merujuk kepada beberapa perlakuan rasuah besar oleh pemimpin-pemimpin negara. Saya juga telah merujuk kepada surat-surat dari tiga tokoh korporat ditujukan kepada Tun Daim Zainuddin , ketika itu Menteri Kewangan, yang membuktikan dengan jelas bahawa beliau menerima wang tunai dan saham berjumlah ratusan juta ringgit. Perdana Menteri Dato Seri Dr. Mahathir Mohammad bukan sekadar menghalang tindakan, bahkan terus melindungi rasuah besar yang dilakukan oleh Tun Daim sejak beliau menjadi Menteri Kewangan buat pertama kalinya dahulu.Malahan, sehingga kini, saya di fahamkan tidak ada siasatan oleh pihak polis atau Badan Pencegah Rasuah dilakukan.


Dengan ini, saya sertakan dokumen sah bagi membuktikan rasuah, iaitu tiga pucuk surat yang masing-masing di tulis oleh Tan Sri Halim Saad, Tan Sri Tajuddin Ramli dan Tan Sri Wan Azmi Hamzah.


Tan Sri Halim, dalam surat bertarikh 30 April 1990, menyatakan beliau memegang sebagai pemegang amanah sebanyak 52,208,500 saham Faber Merlin Bhd (saham 1.00) dan 130,000,000 saham Renong Berhad (50 sen) bagi pihak Tun Daim. Beliau mengesahkan bahawa nilai saham itu di pegang menurut arahan Tun Daim atau penama beliau.


Tan Sri Tajuddin pula, dalam surat kepada Tun Daim bertarikh 24 Mei 1990 mengesahkan bahawa beliau memegang secara amanah bagi pihak Tun Daim wang sejumlah RM 70 juta.


Tan Sri Wan Azmi pula, dalam surat kepada Tun Daim bertarikh 30 April 1990 mengaku memegang bagi pihak Tun Daim wang sejumlah RM 150 juta.


Ini tentunya sebahagian kecil dari perolehan Tun Daim yang juga bertindak bagi pihak Dato Seri Dr. Mahathir. Saya menerima maklumat bahawa sebahagian besar wang tersebut adalah hasil pengagihan saham Resorts World, syarikat perjudian yang disenaraikan atas kelulusan Tun Daim sejurus sebelum meninggalkan Kementerian Kewangan pada tahun 1991 dahulu.


Dengan kaedah sedemikian beliau telah menggunakan kedudukannya dalam kerajaan bagi mengambil manfaat bagi dirinya. Bagaimana pula dengan puluhan syarikat lainnya? Saya yakin bahawa dengan cara sedemikian, Tun Daim dengan restu Dato Seri Dr. Mahathir telah berjaya mengumpulkan berbillion ringgit.


Saya juga telah mendapat maklumat bahawa syarikat Hati Budi yang dahulunya dikatakan dikuasai oleh UMNO telah diluputkan kepentingan oleh dua orang penama, iaitu Tan Sri Halim Saad dan Dato' Anuar Othman. Adalah difahamkan 400 juta saham yang dipegang oleh Dato' Anuar Othman yang disebut sebagai amanah untuk UMNO telah diarah oleh Tun Daim supaya dipindah kepada syarikat United Engineers dan Tan Sri Halim. Apabila saya laporkan masalah tersebut kepada Dato Seri Dr. Mahathir dalam tahun 1996, beliau menyatakan bahawa Tun Daim yang akan menguruskannya, dan mengarahkan saya supaya jangan mencampuri hal tersebut.


Hanya setelah saya mendedahkan maklumat tersebut, maka Tun Daim segera berdalih menyatakan dalam Perhimpunan Agong UMNO 1999 baru-baru ini bahawa wang dan saham dari tiga ahli korporat itu adalah untuk UMNO. Nyatalah, bila nampak tersepit, barulah di sebut harta yang dikumpulkan itu hak Parti UMNO. Setahu saya, berdasarkan bukti surat, dan dari akaun dan maklumat Majlis Tertinggi atau Perhimpunan Agong UMNO, tidak pernah timbul sama sekali kepentingan Parti.


Keduanya, selaku Menteri Kewangan menerima sumbangan peribadi beratus-ratus juta ringgit adalah rasuah besar dan pecah amanah jenayah. Sekiranya beliau sekarang mendakwa bahawa wang tersebut adalah hak Parti, beliau tetap bersalah kerana tidak pernah memberi laporan kepada Parti tentang wang tersebut. Hanya apabila saya mendedahkan mengenainya, baru beliau menyebutnya dalam Perhimpunan Agong yang lalu.


Pertanyaan dan teguran tentang masalah tersebut semasa saya berada dalam Parti dan Kerajaaan, telah menimbulkan kemarahan Perdana Menteri dan ketakutan dikalangan kuncu-kuncunya teutama Tun Daim. Hanya orang-orang rasuah, punyai kepentingan bersama yang akan terus melindungi perlakuan rasuah berjumlah berbillion ringgit. Dari maklumat yang diberikan ini sahaja terbukti rasuah berbillion ringgit dan pecah amanah jenayah.


Saya juga sedar tanggungjawab besar Polis dan BPR untuk menyiasat dan bertindak. Rasuah telah menjadi barah dan berpunca di kepala dan merebak ke bawah.Ia memerlukan ketegasan dan keberanian untuk bertindak sebelum negara dimusnahkan oleh mereka.


Disertakan bersama ini Eksibit A (surat Tan Sri Halim Saad); Eksibit B (surat Tan Sri Tajuddin Ramli); Eksibit C (surat Tan Sri Azmi Wan Hamzah).


Anwar Ibrahim


12.28 t/hari (30 Julai 1999)



 🇲🇾 Malaysia takes the top spot in the SGIE 2022 ranking!



SGIE stands for the State of the Global Islamic Economy. This is an annual report on the global halal economy compiled and published by Dinar Standard.


The report covers 81 countries, evaluating five key indicators: halal food, Islamic finance, Muslim-friendly travel, modest fashion, halal pharmaceuticals, halal cosmetics, Islamic media, and recreation.


#Seasia #SeasiaStats #SoutheastAsia #MalaysiaSGIE2022 #GlobalIslamicEconomy #HalalEconomy #DinarStandard #TopRankingMalaysia #HalalFood #IslamicFinance #MuslimFriendlyTravel #ModestFashion #HalalPharmaceuticals #HalalCosmetics #IslamicMedia #Recreation #SGIEIndicators #EconomicAchievement #IslamicEconomicReport



STATUS HUJAN BERET BERET : SIAPA AHLI KITAB?


CHE IBRAHIM

Ramai juga pakar pakar agama persendirian yang tidak menerima pandangan jumhur ulama yang mengatakan ahli kitab ialah merujuk kpd penganut agama Kristian Dan Yahudi, bahkan menolak undang undang Islam yang mengiktiraf perkahwinan dengan wanita ahli kitab, memakan sembelihan mereka atas alasan penganut agama Kristian/yahudi hari ini tidak sama dengan Kristian/yahudi zaman dulu dulu.

Bukankah banyak ayat ayat Al Quran yang mendedahkan agama Kristian ini telah diselewengkan oleh paderi paderi dan rahib mereka, mengubah kitab Taurat dan Injil, mengaku Isa anak Tuhan dsbnya....

Maknanya penyelewangan/inhirop ini telah berlaku sebelum kebangkitan Rasulullah saw, iaitu beratus ratus tahun sebelum rasulullah saw dilahirkan, tetapi ternyata Islam masih mengiktiraf beberapa hukum berkaitan Kristian dan yahudi ini seperti halal sembelihan mereka dan halal berkahwin dgn perempuan mereka.

Hukum ini telah wujud dan diamalkan di zaman Rasulullah saw, sedangkan penyelewengan kepada ajaran asal Nabi Isa dan Nabi Musa telah berlaku sebelum Islam. Maknanya ketika Rasulullah diutuskan, agama Kristian dan Yahudi telah diselewengkan, mereka disebut sbg golongan bukan Islam/kafir, tetapi hukum halal sembelihan mereka dan berkahwin dengan perempuan mereka tetap dibolehkan atas dasar mereka adalah ahli kitab.

Ada hujah yang mengatakan ahli kitab hanya khas untuk Bani Israel kerana Nabi Musa dan dan Nabi Isa diutuskan kepada Bani Israel. Persoalannya mengapa Rasulullah saw mengiktiraf penganut Kristian dan Yahudi di Rom sebagai ahli kitab sedangkan mereka bukan Bani Israel??

Kesimpulannya ahli kitab adalah merujuk kpd penganut agama Kristian dan Yahudi, itulah yang diterimapakai oleh jumhur ulama. Kalau kamu tidak boleh menerima hukum tersebut, itu hak kamu sebagaimana ada yang tidak boleh menerima hukum boleh poligami, boleh makan dhab, tapi jangan menafikan hak orang lain yang mahu beramal dengan hukum tersebut.


Berhati-hati Dengan Minda Khawarij

 


Saya sengaja membiarkan perbahasan berkaitan isu Ashabul Kahfi seperti yang ditimbulkan oleh sesetengah pihak di media sosial beberapa ketika. Ternyata benar telahan PMX, iaitu dia akan dilabelkan liberal malah lebih dari itu iaitu pemimpin yang sesat dan menyesatkan.

Pada saya tiada apa yang perlu dikomen jika kita menonton video ucapan PMX, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan perkara tersebut, dengan minda yang terbuka dan ikhlas.

Mesej beliau adalah ketegasan mempertahankan prinsip tanpa mengira usia. Hadapilah segala kesusahan sehingga terpaksa memencilkan diri dengan bersembunyi di gua yang sempit dan merimaskan.

Inilah mesej yang diangkat oleh al-Quran. Keikhlasan mempertahankan aqidah adalah suatu yang dituntut dan dimuliakan dalam Islam.

Sifat dan sikap Ashabul Kahfi, yang menginsafi bahawa mereka perlu membawa diri dan bersembunyi bagi menyelamatkan aqidah mereka atas asas ilmu dan keperluan semasa.

Ia juga adalah ihsan Allah s.w.t. yang memilih mereka, dari kelompok pemuda atas dasar keikhlasan mereka beriman.

Kegopohan menggelar PMX sebagai pemimpin yang sesat dan menyesatkan oleh Ustaz Azhar Idrus bukanlah satu teladan yang baik utk masyarakat. Tambahan pula beliau sendiri pernah mengeluarkan pandangan yang hampir serupa dengan PMX pada tahun 2018.

Gelagat pendakwah sebegini pernah terjadi di waktu Imam al-Ghazali lagi. Satu kekecohan akibat kritikan yang melampau oleh seorang penceramah sehingga menimbulkan pergaduhan dan mengakibatkan kematian di dalam masjid.

Antara insiden yang berlaku adalah pada tahun 469H, apabila Sheikh Abu Ishak Syairazi dan Abu Sa'ad Shufi, mencela ajaran Imam Hanbal lalu Abu Ja'afar bin Musa dan pengikut Mazhab Hanbali, menyerang kembali lalu berlaku pergaduhan dan mengakibatkan kematian.

Insiden seperti ini berlaku akibat ketaksuban pengikut dan akhlaq pendakwah yang buruk, yang mengeluarkan kata-kata yang boleh menyalakan api kebencian dan kemarahan.

Imam al-Ghazali menyimpulkan ia sebagai penyelewengan misi ulama. Penyelewengan ini bermula dari sejenis penyakit hati yang dinamakan 'ghurur' (غرور) atau dalam bahasa kita sebagai penipu-dayaan.

Mereka yang terkena penyakit ini menyangka bahawa segala kelebihan samada berbentuk ilmu, kekuatan beribadah, ramainya pengikut mahu pun kemampuan bersedekah adalah petunjuk mereka berada atas landasan kebenaran, lantas memandang hina kelompok yang tidak bersama mereka. Mereka sanggup melabel dan mengeluarkan segala kata-kata yang menjelekkan dengan andaian ia adalah sesuatu yang diharuskan kerana mereka berada di pihak yang benar.

Sikap seperti ini menjurus kepada 'ghuluw' (غلوا), melampaui batas, sehingga sanggup mengeluarkan ugutan bunuh, menanam mayat di jirat Cina dan sebagainya.

Sabda Baginda s.a.w :

يا أيها الناس إياكم والغلو في الدين فإنه أهلك من كان قبلكم الغلو في الدين

Wahai sekalian manusia jauhilah anda daripada sifat melampau. Sesungguhnya orang-orang yang sebelum daripada kamu binasa kerana melampau dalam agama.

(Sunan Ibnu Majah: 3029: Sahih)

Inilah bunga-bunga fahaman 'Khawarij' (خوارج). Kelompok Khawarij ini dalam sejarah sanggup berbunuhan sesama Islam, malah bekerjasama dengan kelompok musuh Islam untuk membunuh umat Islam.

Kita boleh sahaja tidak bersetuju dengan mana-mana pemimpin hatta Perdana Menteri sekali pun, namun menggelar atau melabel dengan label yang seolah-olah meragui kesahihan aqidahnya seperti sesat, liberal dan seumpamanya hendaklah dielakkan. Jika ada dalam kalangan pengikut atau penggemar kita berkelakuan sedemikian hendaklah ditegur agar kerosakan akhlak dapat dibendung dan dihentikan.

Inilah yang ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w :

هلك المتنطعون قالها ثلاثا

Binasalah orang yang melampau. Baginda menyebutnya tiga kali.

(Sahih Muslim : 2670, Sahih)

Kegigihan al-Ghazali dalam melakukan islah dari sudut aqidah, keilmuan, falsafah, dakwah dan akhlaq akhirnya melahirkan generasi Salahuddin Al-Ayyubi yang mampu membebaskan Baitul Maqdis dari belenggu penjajahan dan kezaliman.

Hj. Amidi bin Abdul Manan,

Pengarah,

Jabatan Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR.

23 Disember 2023.

 

KENA KENCING LA PULAK

 


MAT MAT


Kalah saman.?? "Tentuan kan adaaa.."

Selain dari memanjangkan #Fitnah , depa ajak sekali subahat pelahab saham fitnah sorang sikittt buat bekal kat sanaaa..begitulah zalimnya UlarMakkk & Ustazah2 #pas pada pengikut merekaaa..hadeiii355Description: 😁..

.

 

BEZA CYBERTROOPER PN DAN PH. PH PUNYA PUN DAPAT HABUAN JUGA. CUMA BEZANYA PN LEBIH MENONJOL.







MOHD FAIRUL AL-QASAS


Beza betul cybertrooper rujukan PN banding dengan zaman PH jadi pembangkang.

Kalau kita tengok Iswardy Morni Utama dulu dan sekarang akan ulas isu semasa dan beri pandangan professional.

Kalau Rafizi Ramli dulu, sentiasa beri idea dan formula majukan negara.

Cybertrooper PN, hari-hari fitnah, maki hamun, buat jenayah qazaf..hina orang..bukan sahaja dibenarkan oleh ulama PN, tapi diikuti dan jadi sumber maklumat pulak oleh pengikut mereka.

Kerosakan sebuah negara apabila kita membenarkan kebodohan dan fitnah.


PM seru sebar kebaikan tanpa kira perbezaan agama, budaya


 Sambutan Hari Krismas kali ini diharap menjadi momentum kebaikan sesama insan terus disebarkan tanpa mengira perbezaan latar belakang masyarakat.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perutusannya berkata, kebersamaan seluruh rakyat dituntut agar negara terus membangun dari segi ekonomi, peningkatan pelaburan dan juga menoktahkan kemiskinan tegar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Ia supaya sikap selalu mencintai, mengasihani dan menebar kebaikan sesama insan itu akan terus subur.


"Selamat menyambut Hari Krismas kepada masyarakat beragama Kristian di seluruh negara. Hari Krismas atau Hari Natal adalah hari besar buat penganut Kristian dan mereka meraikannya dengan keluarga dan sahabat handai setiap tahun.


"Semoga sambutan Krismas tahun ini terus membawa kegembiraan, kedamaian, keamanan, keharmonian, kemakmuran dan perpaduan kepada negara dan rakyat Malaysia," katanya dalam perutusan Hari Krismas 2023 kepada penganut Kristian yang menyambut perayaan itu hari ini.

KERTAS PANDORA YANG DIGERUNI


Menara Ilham difahamkan mempunyai ketinggian 274 meter merangkumi hotel empat bintang, pejabat rasmi, galeri, medan selera serta kedai cenderamata, manakala sebanyak 33 tingkat aras untuk kegunaan pejabat dan selebihnya adalah apartmen. Ia siap dibina pada 2015 juga dikenali sebagai Menara IB, singkatan kepada Ilham Baru.





CUKAI LVG HANYA 10 PERATUS, LINDUNGI PENGELUAR TEMPATAN


Pelaksanaan cukai barang bernilai rendah (LVG) di bawah nilai RM500 harus dilihat menyeluruh dan bukan secara terpisah kononnya kerajaan bertindak keterlaluan mengenakan cukai baharu bagi mendapatkan hasil.

Menurut Ketua Komunikasi dan Penerangan Cabang Kemaman, Ahmad Nadhir Yop, cukai LVG yang dijangka bermula awal Januari depan telah ditangguhkan kerana kerajaan khuatir sesetengah rakyat dan penjual barangan belum bersedia

Namun hal itu katanya, perlu bagi menjaga perusahaan tempatan yang membuat barangan sama tetapi telah dicukai di dalam negara.

“Ada yang berpendapat cukai ini akan membebankan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah dan juga golongan rentan

“Kerisauan ini biasa berlaku setiap kali regulasi cukai baru diperkenalkan oleh kerajaan.

“Namun begitu, perlaksanaan cukai LVG ini harus dilihat secara holistik dan bukan secara terpisah dan berjuzuk,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas Ahmad Nadhir, perlaksanaan cukai LVG hanya kepada transaksi atas talian, selain kadar yang dikenakan sebanyak 10% itu melibatkan barang-barang import sahaja.

“Apabila kita melihat pengenaan cukai ini hanya kepada barangan import, ia adalah satu insentif menggalakkan masyarakat supaya membeli dan mengutamakan barangan tempatan.

“Pemain industri kecil sederhana tempatan seharusnya mengambil peluang untuk meningkatkan lagi kualiti produk mereka dan juga menggunakan strategi pemasaran yang lebih berkesan untuk produk mereka bagi bersaing dengan produk import,” jelasnya lagi.

Ujarnya, pelaksanaan cukai berkenaan juga akan meningkatkan kuasa ringgit Malaysia melalui permintaan domestik dan mengurangkan kebergantungan negara kepada pertukaran matawang asing.

Selain itu, kata Nadhir, pengenaan cukai itu juga boleh dilihat sebagai galakan masyarakat membeli barangan tempatan secara atas talian.

“Oleh itu, masyarakat haruslah memahami bahawa pengenaan cukai ini bukanlah satu bentuk beban kepada kepada rakyat tetapi lebih kepada galakan kepada pertumbuhan ekonomi dan juga menambah hasil negara,” ujarnya lagi.

Kerajaan menjelaskan pelaksanaan cukai LVG adalah bertujuan untuk mengelakkan perusahaan kecil dan sederhana tempatan mengalami kerugian akibat barangan murah dari luar negara bernilai rendah dibeli secara atas talian, terutama dari negara China.

Sedangkan produk tersebut juga dibuat oleh perusahaan dalam negara dengan kualiti yang setara tetapi telah dikenakan Cukai Jualan 10%. Oleh itu produk luar juga dicukai LVG sebanyak 10% bagi keseimbangan harga.


Respon PMX kepada UAI berkaitan isu ASHABUL KAHFI

WARGA CHINA DAPAT STATUS PR: JANGAN SEBAR BERITA PALSU. WALAUN WALAUNTIT SEBAR BERITA UNTUK KUATKAN DAP

 


Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menegur Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati bahawa beliau tidak sepatutnya menyebarkan berita tidak benar berkaitan program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H).

Beliau berkata Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tiong King Sing sendiri telah menafikan dakwaan Pengerusi Jawatankuasa Kira Wang Negara (PAC) itu mengenai kelulusan status Pemastautin Tetap (PR) sudah diberikan kepada pemohon MM2H warga China.

“Menteri Pelancongan dah nafikan pun. Pengerusi PAC tak patut sebar berita tak benar. Menteri Pelancongan sendiri sedia nak jelaskan, kalau YB Masjid Tanah masih tak faham,” katanya dalam hantaran di laman Facebook dan X semalam.

Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan ketika menolak dakwaan Mas Ermieyati itu berkata, “Kalau nak ‘dengar cerita’ PN, bulan Ogos dah tukar kerajaan dah…”

Terdahulu Mas Ermieyati dalam laman X dipetik sebagai berkata; “Dengar cerita YB Menteri Pelancongan buat announcement (pengumumuman) bagi warga China yang sertai dan dapat pas MM2H terus layak dapat PR,”

Sabtu lalu, King Sing dalam kenyataannya membidas dakwaan Mas Ermieyati berhubung program MM2H yang disifatkan sebagai mengelirukan fakta hingga mencetuskan isu perkauman sedangkan ia menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Jelas beliau banyak negara mempunyai program seperti MM2H seperti Malaysia dengan keseluruhan proses permohonan disahkan dengan teliti dan ketat.

Katanya lagi, setiap pemohon tanpa mengira kewarganegaraan mesti mematuhi syarat permohonan kategori platinum sebelum dibenarkan membuat permohonana status PR.

Tegas beliau penambahbaikan kriteria dan syarat MM2H bertujuan untuk menarik lebih banyak permohonan terutamanya yang mempunyai potensi kewangan yang baik.

“Sudah tentu setiap permohonan dari mana-mana negara yang layak memohon akan diteliti secara telus. Dakwaan Mas Ermieyati berhubung isu ini dilihat hanyalah untuk menagih populariti politik peribadinya,” katanya.