LUPAKAN PKR.. KITA DENGAQ HADI AWANG BELETER.... KANG BAGUIH.. SEGALA DUNIA DIA KUMPOI... NOHHHHH


 

SEMUA INI PERISTIWA LALU YANG AKHIRNYA DIKENANG KINI BILA TIBA GILIRAN RAFIZI

 

*_Kredit Penulisan Dari Hamdan Taha mantan Exco Pemuda keADILan_* 


_Ada juga yang tanya kenapa saya tulis dan nampak marah NIA menang, sebenarnya seperti yang selalu saya sebut saya bukan penyokong Rafizi dan saya tak peduli pun apa yang berlaku dalam PKR ni..._ 


_Semenjak saya tak bersama lagi dalam PKR dan kempimpinannya selama 20 tahun saya tidak mengambil sikap menyerang berlebihan PKR dan anwar Ibrahim walaupun banyak modal saya untuk menyerang, saya tak ikut Ezam, Lokman, Zahid mat Arip dan yang lain lainnya saya jadi orang yang tak mahu lagi terlibat politik_


_Apabila Anwar dah jadi PM dan bergabung pulak dengan UMNO baru lah saya ambil sikap, dan sikap saya selalunya saya menulis mempertahankan Kerajaaan Perpaduan ni dan tidak menyong mereka yang menyerang Kerajaan Perpaduan ini... Itu jelas sikap yang saya ambil... Ambil perhatian yang itu ye_


_Apabila pemilihan PKR suka hati lah PKR saya pun tak ada ambil peduli pun sehingga lah tiba tiba NIA umum bertanding jawatan baru saya ambil sikap mengkritik apa yang berlaku kerana saya pernah berhabis duit tenaga dan masa depan kerana parti PKR ni dan Kerana Percaya Anwar lebih baik dari pemimpin lain. Tapi ternyata salah dan benar semuanya pandangan sahabat sahabat saya yang pernah bersama Anwar secara rapat dan berada dalam rumah Anwar... Sebenarnya siapa Anwar Allah dah tunjukkan..._


_Pengalaman saya semua pemimpin politik tak suka orang bijak pandai dan bukan Yes Men berada bersama mereka, tapi dalam ceramah mereka kepada rakyat kononnya mereka nak pemimpin hebat sebagai penganti atau berada dalam parti.... Semua lakunan belaka..._ 


_Semasa saya awal awal dalam PKR timbalan Presiden ialah Chanra Muzaffar orgnya OKT pergerakan menggunakan kerusi roda tapi prinsip perjuangannya kental dan bukan orang politik, Anwar guna dia buat seketika dan kemudian buang dia, kerana dia ada pendapat dia sendiri dan tak setuju dengan banyak perkara arahan Anwar dan Azizah, maka dia Terkeluar_ 


_Kemudian di ganti dengan Rahman Osman sama juga, Rahman Osman ada duit dan dia di gunakan untuk menanggung kewangan parti dia juga tak lama, kerana dia juga orang pandai dan tak setuju cara parti bergerak dan arahan Anwar dan Azizah, akhirnya dia keluar parti juga, selepas tu barulah Syed Hussin bekas Presiden PRM, beliau juga sebenarnya banyak tak setuju dengan Anwar dan Azizah, tapi kerana dia agak di perlukan maka dia kekal agak lama, selepas itu Azmin Ali, Azmin pula mula jadi musuh kepada Anwar apabila Azmin dah jadi MB dan Menteri dan di lihat ancaman kerana Azmin adalah ahli politik, dah ada kuasa dan duit pun ada dia gunakan untuk kekuatan sendiri, ini bagi Anwar ancaman wajib di bunuh, bertembunglah peperangan mereka dan Rafizi di gunakan untuk membunuh Azmin..._


_Bila Azmin berjaya di singkirkan oleh Anwar (bukan Rafizi tapi Anwar dan Azizah) rafizi jadi Timbalan maka Anwar guna sepenuhnya Rafizi, tapi bila jadi Kerajaan dan Perdana Menteri Anwar tak mahu Rafizi menjadi Timbalan yang hebat dan Menteri yang hebat, itu sebab walaupun nama Menteri Ekonomi orang yang dekat dengan pentadbiran kerajaan dan parti tau Rafizi hanya Nama sahaja Menteri Ekonomi tapi peranan yang boleh di mainkan tak sama macam Menteri Ekonomi sebelum ini, kuasa telah di pindahkan ke PMO dan mOF... Maka Rafizi menteri yang terpaksa cari sesuatu untuk popular.... Ejensi tidak bersama beliau..._


_Rafizi pula budak pandai keras kepada, dan ada pandangan sendiri, pengalaman saya Anwar suka masa dia tak ada kuasa, tapi bila dah berkuasa dia cukup tak suka jenis watak watak ni, dalam ucapan rafizi dia panggil Presiden dengan nama saudara Anwar sahaja itu dalam hati Anwar sangat Geram dan marah dia tak suka Rafizi buat begitu, kami sangat faham itu, Azmin pun dalam ucapan ada berbuat begitu sebanarnya Anwar cukup tidak selesa.... Anwar ketika berkuasa ni dia nak semua Yes Yes man dan hanya ikut arahan dia sahaja..._


_Maka Timbalan perlu di tukar terjadi lah seperti sekarang Rafizi kalah dan memang di buat untuk kalah, Naib Naib presiden tu Semua dah di atur, Anwar dan teamnya bagi arahan jelas nak Ramanan menang sebab nak kan wakil India supaya PRU india kekal dan saya jangka dia akan di angkat jadi Menteri dalam masa terdekat, MB Negeri 9 Anwar benci tu kerana sokong rafizi tapi tak boleh di buang wajib kena menang juga kerana jika di buang N9 dan NIA susah kerana tak dapat tarik penyong Rafizi, begitu juga naib seorang lagi wakil Cina dan Dia menteri tak boleh di kalahkan.... Itu sebab keputusan undian begitu dua orang Rafizi menang, hakikatnya mereka menang kerana di arahkan menang supaya nampak kenyataan Rafizi itu Fitnah dan salah tentang sistem yang telah di atur.... Maka parti dapat menyelamatkan keadaan... Nik Nazmi memang kena buang seperti Rafizi kerana dia memang setianya pada Rafizi bukan Anwar maka wajib di bunuh bersama sama...._


_Jadi saya menulis dan mengkritik PKR dan Anwar kerana mereka parti Kerajaaan dan mereka setelah berkuasa menipu ahli mereka dan cuba menaikkan NIA sebagai PM akan datang. Malaysia ni bukan milik keluarga dan cara politik begini wajib di tegur dan di kritik...._


🫣🫣🫣


_*makin terserLah anwar's true coLour*_



UNTUNG UNTUNG BOLEH JADI PA NI

 

Untung juga jadi macam saya – bila banyak menulis tentang PKR, saya sendiri dihubungi oleh pihak yang rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dan Nurul Izzah (NI). Mereka minta saya beri ruang untuk menjelaskan supaya saya tak terlalu menyerang keluarga Anwar. Antara hujah yang disampaikan kepada saya adalah seperti berikut:


1. PKR Adalah Parti Anwar


Menurut mereka, PKR adalah parti yang diasaskan oleh Anwar dan Dr. Wan Azizah selepas pemecatan Anwar pada tahun 1998. Tanpa mereka, PKR tidak akan wujud. Maka, sebagai pengasas dan 'roh' kepada gerakan reformasi, Anwar diyakini mempunyai hak penuh untuk menentukan siapa pengganti beliau sebagai Presiden. Mereka percaya, hanya keluarga beliau mampu mengekalkan semangat dan sokongan terhadap PKR. Reformasi kini hanyalah slogan untuk mengekalkan semangat, bukan lagi satu gerakan terbuka.


2. Pemilihan Tak Boleh Ditangguh


Mereka turut menjelaskan kenapa pemilihan parti tidak boleh ditangguhkan selepas PRU. Faktor umur Anwar, risiko kesihatan, dan kemungkinan kalah PRU menjadi pertimbangan. Jika berlaku sesuatu ketika itu, Anwar tidak lagi mempunyai kuasa penuh untuk melantik pengganti – khususnya Nurul Izzah. Maka, pemilihan perlu dibuat sekarang sebelum PRU demi keselamatan kuasa politik keluarga beliau.


3. Rafizi Tidak Disenangi 'Team Presiden'


Rafizi Ramli tidak disenangi oleh kem Presiden, termasuk Dr. Wan Azizah dan Nurul Izzah sendiri. Dahulu, NI pernah bersama Rafizi menentang Azmin Ali. Namun, selepas PRU14, hubungan mereka renggang. Ramai Ketua Cabang dan pimpinan merungut bahawa Rafizi tidak melayan mereka dengan baik. Ini dianggap merosakkan keharmonian dalaman parti.


4. Saifuddin Tidak Mampu Lawan Rafizi


Saifuddin Nasution dilihat tidak cukup kuat untuk mengalahkan Rafizi secara adil. Jika beliau menang sekalipun, kemenangan itu dianggap hasil 'setting' dan bukan kekuatan sebenar. Saifuddin juga mempunyai rekod kalah dalam banyak PRU dan tidak dilihat sebagai tokoh yang boleh memperkukuh PKR. Maka, beliau bukan pilihan ideal untuk menjadi Timbalan Presiden.


5. Rafizi Tidak Sehaluan Dalam Isu Calon


Berlaku banyak ketegangan antara Rafizi dan Presiden dalam pemilihan calon PRU. Contoh yang disebut: di Sungai Buloh, Rafizi berkeras mahukan calon dari kem beliau, sedangkan Anwar telah berjanji kepada Ramanan. Di Ampang juga berlaku situasi yang sama. Jika Rafizi kekal sebagai Pengarah Pilihan Raya, perselisihan seperti ini dijangka berulang pada PRU akan datang.


6. Rafizi Desak Kerajaan Ikut Agendanya


Rafizi juga dilihat terlalu mendesak kerajaan mengikut agendanya. Contohnya isu kenaikan harga petrol – Anwar umum tidak akan naikkan harga petrol, walaupun ia dicadangkan kuat oleh Rafizi dan Kementerian Ekonomi. Banyak lagi cadangan Rafizi tidak disukai oleh ahli kabinet dan parti-parti lain dalam Kerajaan Perpaduan. Maka, beliau dilihat sebagai liabiliti politik.


Namun, kerana Rafizi adalah Timbalan Presiden, beliau tidak boleh digugurkan begitu sahaja. Maka, pemilihan parti perlu disegerakan untuk menggantikan Rafizi dan juga Nik Nazmi, yang turut dianggap sebagai Menteri yang gagal berfungsi. Presiden tidak boleh menggugurkan mereka selagi mereka memegang jawatan dalam parti. Pemilihan ini dianggap satu cara 'membersihkan' pasukan kepimpinan.


Saya ulang: Ini bukan hujah saya. Ini hujah dari orang Anwar yang minta saya tulis dan jelaskan kepada umum di wall saya. Katanya, tulisan saya banyak disalin dan berlegar di media sosial, jadi mereka harap saya boleh bantu orang faham naratif dari pihak mereka.


Hamdan Taha




[[LIVE]]24.5.25 SELAMAT TINGGAL RAFIZI. IZZAH DITUNTUT TUNAI JANJI

Sorak kemenangan tak ingat dunia,,, Ruyup baru nak sembang kehilangan....

KENYATAAN TERKINI DARI DS RAFIZI RAMLI! MARI LIHAT INTI PATI KENYATAAN D...




𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛

Saya telah mengendalikan banyak kempen politik sebelum ini. Tidak pernah dalam mana-mana kempen itu, yang begitu ramai rakyat biasa lantang menyokong dan membina naratif kempen yang memuncak, kemudian disusuli kekalahan yang begitu ketara.

Oleh itu, saya terhutang budi yang amat besar kepada rakyat Malaysia biasa yang menyokong kempen saya. Terima kasih yang tidak terhingga, hanya Allah yang dapat membalas kebaikan semua. Saya tidak mahu meneruskan polemik mengenai keputusan pemilihan. Sejak kempen bermula, saya mengambil pendekatan telus dan lantang dalam menyuarakan kebimbangan saya terhadap pelbagai isu: daripada perubahan kepada sistem pengundian satu ahli satu undi, kepada integriti sistem pengundian digital, sehinggalah kepada sikap sambil lewa dalam menyelesaikan isu-isu ini.

Saya faham rasa kecewa dan putus asa di kalangan ahli biasa PKR dan penyokong. Kita memerlukan masa untuk pulih dari perasaan seolah-olah segala usaha dan dedikasi bertahun-tahun kepada idealisme PKR telah sia-sia.

Saya juga manusia biasa, tidak terkecuali daripada rasa yang sama, walaupun seketika. Hampir separuh usia dewasa saya, lebih tepat, hampir 27 tahun, telah saya curahkan kepada perjuangan ini: daripada menggerakkan Kempen Antarabangsa Bebaskan Anwar, menyertai kepimpinan awal Pemuda Keadilan, hinggalah menulis sebuah buku untuk menerangkan kes mahkamah Anwar Ibrahim kepada orang awam. Saya meninggalkan kerjaya korporat yang baik pada usia yang muda, atas permintaan Anwar, untuk menjadi Ketua Staf beliau di Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor. Sehingga kini, saya telah mengharungi 16 kes mahkamah: 7 jenayah dan 9 saman sivil, kerana mendedahkan pelbagai skandal kewangan awam. Mungkin saya menghabiskan lebih banyak masa di mahkamah berbanding peguam biasa. Saya pernah dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun (ditangguhkan dan diganti dengan bon berkelakuan baik) di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana peranan saya dalam mendedahkan skandal 1MDB.

Jujurnya, saya tidak langsung kecewa. Malah saya rasa agak lega kerana kini saya boleh kembali menjadi orang biasa, diselamatkan dari sandiwara kuasa dan politik kelas tinggi.

Saya terjebak di dalam gerakan reformasi (sebelum pun PKR dilancarkan) kerana sebuah idealisme. Saya mahu melihat perubahan kerajaan secara demokratik berlaku buat pertama kali kerana saya percaya persaingan sihat antara parti-parti politik adalah baik untuk rakyat. Saya percaya rakyat berhak mendapat pasukan terbaik untuk mentadbir negara. Persaingan mengangkat merit dan memaksa ahli politik lebih bertanggungjawab. Ia adalah penawar kepada budaya rasuah yang berleluasa di kalangan ahli politik kerana mereka boleh dihumban dari kuasa.

Saya mahu melihat sebuah Malaysia yang majmuk dan progresif kerana kita adalah sebuah negara kecil. Masyarakat majmuk membuka fikiran kita untuk bersaing secara sihat. Ia membolehkan kita belajar antara satu sama lain supaya kita menggarap budaya kerja terbaik. Ia membina ihsan, kepercayaan dan rasa hormat. Persaingan mempersiapkan kita untuk bersaing di peringkat global. Semua ini mampu membawa kemakmuran dan kehidupan yang jauh lebih baik kepada ramai rakyat Malaysia. 𝗥𝗮𝗳𝗶𝘇𝗶 𝗥𝗮𝗺𝗹𝗶 𝟮𝟰 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟱




LA NI SAPA NAK ULAS BAB NI. PROBONO MACAM AKU TAK LAQAT DAH TENTANG APA ORANG KATA... LAMA DAH AKU DOK BUAT KERJA NI... LA NI YANG MENANG JAWAB PULAK

 


JOM KITA BACA KOMEN BILA PRESIDEN PKR TULIS.

 Anwar Ibrahim. 



Usai Kongres Nasional KEADILAN, saya berkesempatan bertemu skuad Harimau Malaya yang kini sedang menjalani latihan di Johor Bahru.









Saya titipkan kata-kata semangat kepada mereka yang bakal menghadapi perlawanan penting dalam pusingan kelayakan akhir Piala Asia 2027 menentang Vietnam, bulan depan.


Seluruh rakyat Malaysia akan berdiri teguh di belakang kalian, memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi.


#MalaysiaMADANI

#MADANIbekerja

#HarimauMalaya



SEMBANG PA BHAI?


 MMMS


Mula-mula tertanya-tanya juga apa formula untuk dapat 80 kerusi  PKR, lepas menang jawatan baru dapat jawapan. 






Kalau macam ini bukan takat 80, 800 kerusi campur meja pun boleh capai, eloklah tu dari lingkup terus ghuyub.


Help me to understand, apa jasa dia pada PKR@PH selama ini yang signifikan?


TIGA TUGAS BERAT MENANTI NURUL IZZAH

 



24 May 2025

Saya telah menulis sebelum ini bahawa pertembungan antara Rafizi Ramli dengan Nurul Izzah Anwar bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PKR kali ini adalah peluang terbuka untuk kedua-dua pemimpin itu melakar sejarah.

Dalam sejarah yang terlakar sejak PKR ditubuhkan, tidak pernah mana-mana pemimpin yang memegang jawatan Timbalan Presiden dapat lepas ke kerusi Presiden.

Semuanya tersadai di tengah jalan – sama ada meletak jawatan dan kemudian keluar parti, berundur  atau dipecat.

Artikel berkenaan boleh dibaca di sini – https://shahbudindotcom.net/2025/05/rafizi-dan-nurul-izzah-peluang-melakar-sejarah/

Tetapi, disebabkan Anwar Ibrahim tidak dibenarkan lagi meletakkan dirinya memegang jawatan Presiden pada pemilihan 2028 akan datang, maka siapa yang menang Timbalan Presiden pada 2025 ini akan berpeluang cerah untuk melangkah selesa duduk di kerusi kepresidenan parti.

Oleh sebab Rafizi tewas kepada Nurul Izzah, bererti beliau hanya mampu menuruti sejarah pendahulu-pendahulu Timbalan Presiden PKR sebelum ini yang juga tersungkur di tengah jalan.

Malah, Rafizi juga mencipta sejarah kerana satu-satunya Timbalan Presiden yang dikalahkan dalam pertandingan dan sebab itu beliau dilaporkan membuat keputusan membawa diri tidak hadir di hari terakhir Kongres PKR di Johor Bahru hari ini.

Bagi Nurul Izzah, dengan kemenangannya ini, laluannya untuk beliau mengambil tempat duduk di kerusi Presiden yang sebelum ini diduduki bapanya ternampak tiada masalah lagi.

Cuma, ada halangan besar yang perlu dilalui dengan kerja berat terlebih dahulu oleh Puteri Reformasi itu.

Sebagai Timbalan Presiden yang baru, perkara paling dekat yang mesti dilakukan oleh Nurul Izzah sebaik berkahirnya Kongres PKR ini bagaimana beliau harus berusaha untuk menyatukan kembali penyokong-penyokong Rafizi yang ketika fasa kempen begitu agresif menolak, mengecam dan tidak meyakininya.

Nurul Izzah tiada pilihan lain melainkan perlu menunjukkan kewibawaannya dan meyakinkan mereka untuk kembali bersama-sama parti, khususnya bagi mendepani PRU16 akan datang.

Sekarang ini, penyokong Rafizi memang diketahui lebih “mendonia” di media sosial dan kini mereka terbahagi kepada dua kelompok – satu memilih untuk berehat daripada kerja-kerja sukarela membantu parti, manakala satu kelompok lagi ternampak terus mempertikai kemampuan anak sulung Anwar itu, termasuk terus bercakap isu nepotisme yang dikaitkan dengannya.

Gagal membawa mereka ini kembali bersama parti bererti PKR akan terus berpecah dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Kelompok ini, jika tidak didekati kembali juga, bererti PKR sengaja mengundang bahaya pada PRU16 akan datang.

Perkara kedua yang perlu didepani oleh Nurul Izzah ialah segera melakukan siri “engagement” atau libat urus dengan pelbagai kelompok masyarakat yang berada di luar parti.

Ketika ini, mereka juga secara umumnya lebih meyakini Rafizi berbanding Nurul Izzah sebagai pemimpin yang berkemampuan dan ada menarik sokongan selepas Anwar.

Dengan itu, Nurul Izzah harus segera turun padang bertemu, bersemuka dan berdialog dengan mereka bagi menimbulkan keyakinan itu.

Tanpa sokongan atau penerimaan daripada masyarakat luar, Nurul Izzah akan kelihatan tempang dan tidak cukup “ummphhh” untuk mengambil alih jawatan Presiden PKR.

Perkara ketiga yang akan menentukan sama Nurul Izzah mampu mengambil alih jawatan Presiden PKR pada 2028 nanti banyak sekali bergantung kepada keputusan PRU16 yang dimesti diadakan sebelum 2027.

Jika beliau berjaya membantu PKR dan membantu Presiden mengecapi keputusan lebih baik atau sekurang-kurangnya sama seperti keputusan PRU15 lalu dan PH kekal lagi sebagai kerajaan, memang permaidani merah lagi tebal akan disediakan di laluannya.

Ketika itu, beliau bukan saja sangat dialu-alukan untuk menjadi Presiden PKR, malah juga sebagai Perdana Menteri selepas Anwar.

Namun begitu, jika keputusan PRU16 nanti lebih buruk hasilnya, ketika itu tidak mustahil Rafizi akan dicari kembali. – ShahbudinHusin 24Mei2025.

 

TAKUT KEHILANGAN!! - TAPI HANGPA TOLAK DIA KETEPI | SAIFUDDIN Mengenang ...

PKR Parti Kronisma Rupanya


Zuwairi Md Yusof





Dr Xavier Jeyakumar antara geng kartel AZMIN ALI yg menumbangkan kerajaan PH 1.0 dengan pengkhianatan pada tahun 2020.Kehadiran beliau pada kongress PKR 2025 kelmarin kerana anaknya SANGETHA A/P XAVIER JEYAKUMAR menang tanding pemilihan jawatan apa tu?


Gambar kedua anak perempuan pengkianat PH1.0 di sebelah Zaliha Mustafa.Seluruh 1 300 000 dan JUTA2 PENGUNDI2 ATAS PAGAR,ambil perhatian yang ni.PKR nampaknya indah kabar dari rupa,propa popia aja.Inilah yang Rafizi dan pasukannya tentang sejak mula2 perjuangan 1998 dahulu.Nampaknya semuanya kembali berputar ke titik asal cuma di lain waktu.



MASA KEMPEN PEMILIHAN SERANG RAFIZI, SEKARANG TAKUT HILANG RAFIZI! HIPOK...

Jupiter Aerobatic Team - LIMA '25

KABINET BAKAL DIROMBAK TERUTAMANYA DS RAFIZI YANG BAKAL MELETAK JAWATAN!

TERIMA KASIH DARI RAFIZI.

 𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛





Saya telah mengendalikan banyak kempen politik sebelum ini. Tidak pernah dalam mana-mana kempen itu, yang begitu ramai rakyat biasa lantang menyokong dan membina naratif kempen yang memuncak, kemudian disusuli kekalahan yang begitu ketara.


Oleh itu, saya terhutang budi yang amat besar kepada rakyat Malaysia biasa yang menyokong kempen saya. Terima kasih yang tidak terhingga, hanya Allah yang dapat membalas kebaikan semua.


Saya tidak mahu meneruskan polemik mengenai keputusan pemilihan. Sejak kempen bermula, saya mengambil pendekatan telus dan lantang dalam menyuarakan kebimbangan saya terhadap pelbagai isu: daripada perubahan kepada sistem pengundian satu ahli satu undi, kepada integriti sistem pengundian digital, sehinggalah kepada sikap sambil lewa dalam menyelesaikan isu-isu ini.


Saya faham rasa kecewa dan putus asa di kalangan ahli biasa PKR dan penyokong. Kita memerlukan masa untuk pulih dari perasaan seolah-olah segala usaha dan dedikasi bertahun-tahun kepada idealisme PKR telah sia-sia.


Saya juga manusia biasa, tidak terkecuali daripada rasa yang sama, walaupun seketika. Hampir separuh usia dewasa saya, lebih tepat, hampir 27 tahun, telah saya curahkan kepada perjuangan ini: daripada menggerakkan Kempen Antarabangsa Bebaskan Anwar, menyertai kepimpinan awal Pemuda Keadilan, hinggalah menulis sebuah buku untuk menerangkan kes mahkamah Anwar Ibrahim kepada orang awam.


Saya meninggalkan kerjaya korporat yang baik pada usia yang muda, atas permintaan Anwar, untuk menjadi Ketua Staf beliau di Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor. Sehingga kini, saya telah mengharungi 16 kes mahkamah: 7 jenayah dan 9 saman sivil, kerana mendedahkan pelbagai skandal kewangan awam. Mungkin saya menghabiskan lebih banyak masa di mahkamah berbanding peguam biasa. Saya pernah dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun (ditangguhkan dan diganti dengan bon berkelakuan baik) di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana peranan saya dalam mendedahkan skandal 1MDB.


Jujurnya, saya tidak langsung kecewa. Malah saya rasa agak lega kerana kini saya boleh kembali menjadi orang biasa, diselamatkan dari sandiwara kuasa dan politik kelas tinggi.


Saya terjebak di dalam gerakan reformasi (sebelum pun PKR dilancarkan) kerana sebuah idealisme. Saya mahu melihat perubahan kerajaan secara demokratik berlaku buat pertama kali kerana saya percaya persaingan sihat antara parti-parti politik adalah baik untuk rakyat. Saya percaya rakyat berhak mendapat pasukan terbaik untuk mentadbir negara. Persaingan mengangkat merit dan memaksa ahli politik lebih bertanggungjawab. Ia adalah penawar kepada budaya rasuah yang berleluasa di kalangan ahli politik kerana mereka boleh dihumban dari kuasa.


Saya mahu melihat sebuah Malaysia yang majmuk dan progresif kerana kita adalah sebuah negara kecil. Masyarakat majmuk membuka fikiran kita untuk bersaing secara sihat. Ia membolehkan kita belajar antara satu sama lain supaya kita menggarap budaya kerja terbaik. Ia membina ihsan, kepercayaan dan rasa hormat. Persaingan mempersiapkan kita untuk bersaing di peringkat global. Semua ini mampu membawa kemakmuran dan kehidupan yang jauh lebih baik kepada ramai rakyat Malaysia.


Saya menyertai PKR kerana idealisme ini dan manfaatnya kepada rakyat. Saya tidak menyertai PKR demi jawatan atau kedudukan Menteri, apatah lagi untuk membina kekayaan. Saya faham nasib Anwar Ibrahim berkait rapat dengan PKR, namun saya percaya keabsahan PKR di mata rakyat melangkaui Anwar atau mana-mana individu. Pemimpin datang dan pergi, tetapi idealisme tetap kekal.


Saya kekal dalam PKR selama 27 tahun, lebih lama daripada ramai perintis dan tokoh parti yang lebih kanan, kerana saya percaya PKR baru berlari anak. Walaupun kita telah menyumbang dalam memberi pencerahan dan mematangkan masyarakat Malaysia, kita masih jauh daripada mencapai matlamat yang dijanjikan idealisme itu.


Saya tidak pernah percaya bahawa memegang jawatan dalam kerajaan adalah satu-satunya cara untuk mencapai matlamat itu. Masyarakat mesti berubah lebih cepat daripada kerajaan untuk merealisasikan sebuah Malaysia yang majmuk dan progresif - cita-cita kita yang masih dalam pembikinan.


Saya amat berbangga dengan ahli biasa PKR dan penyokong yang tetap teguh mempertahankan idealisme ini sepanjang kempen, walaupun segala-galanya telah disusun untuk tidak memihak kepada saya. Cita-cita reformasi sebenarnya masih ada harapan.


Terima kasih atas ratusan mesej sokongan yang saya terima. Terima kasih juga kepada mereka yang mendoakan saya dan bersolat hajat. Saya sangat tersentuh apabila beberapa ahli muda parti menitiskan air mata semasa saya meninggalkan dewan, sambil merayu agar saya tidak meninggalkan PKR walaupun dilayan sedemikian rupa.


Saya tidak berniat untuk berputus asa dan lari dari cita-cita idealisme kita selama ini, iaitu Malaysia berhak mendapat sesuatu yang lebih baik - cita-cita itulah yang telah menjerumuskan saya ke dalam aktivisme dan politik dahulu. Setiap satu masalah ada pelbagai penyelesaiannya. Setiap satu rintangan ada banyak jalan pintasnya.


Dengan lebih banyak masa yang ada, Insya Allah saya akan dapat meluangkan lebih banyak masa bersama rakyat biasa selepas ini.


Dalam masa terdekat, sekurang-kurangnya saya akan cuba membalas seberapa banyak mesej sokongan yang saya terima.


Kepada mereka yang kecewa, kita mesti redha dengan ketetapan dan hikmah di sebaliknya. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.


Sekali lagi, terima kasih yang tidak terhingga dari lubuk hati saya.


𝗥𝗮𝗳𝗶𝘇𝗶 𝗥𝗮𝗺𝗹𝗶

𝟮𝟰 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟱



WOIII LEBAI...KO TAK YAH KUTUK ORANG LA...HADI AWANG DENGAN ANAK MENANTU BESAN BAGAI LAGI ....

 


Keputusan pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2025 mengukuhkan persepsi bahawa parti itu kini jelas sebagai ‘parti anak beranak’, menurut Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.





Beliau berkata, keputusan tersebut pasti memberi kesan kepada landskap politik negara memandangkan PKR merupakan komponen utama dalam kerajaan yang sedang memerintah.


“Apapun, bagi Pas kita tidak campurkan urusan parti lain, walaupun keputusan ini akan mendatangkan kesan kerana ia adalah parti yang menjadi kerajaan yang memerintah,” katanya kepada Astro AWANI pada Jumaat.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews




BUKAN MUDAH BILA BANYAK YANG DI TOLONG



 Bukan mudah jadi Rafizi.... manusia yang tegas dengan pendirian...respect...tapi dalam politic bukan mudah navigate dengan hanya pendirian yang tegas...amat sukar...




WARKAH BUAT RAFIZI.

 



58 AHLI AMANAH DIPECAT KERANA SERTAI PEMILIHAN PARTI LAIN.

 

Che Ibrahim


Setahu ambo 58 ahli Amanah yang dipecat adalah disebabkan mereka telah bertanding dalam pemilihan PKR 2025, bukan semata mata menyertai PKR. 






Sebagai contoh ada seorang Ketua Pemuda Amanah Kawasan di Kelantan telah bertanding jawatan Ketua AMK PKR di satu Cabang di Kelantan. 


Ambo tak pasti adakah seorang pemegang jawatan dalam parti Amanah, apabila bertanding dalam pemilihan PKR dianggap bukan satu perkara luarbiasa kerana kita sama sama dalam PH




SEMOGA PKR MENJADI PARTI YANG KUKUH

Ini senarai penuh keputusan pemilihan pusat PKR 20255-2028

Harapandaily

Berikut ialah senarai penuh keputusan Pemilihan Pusat PKR seperti yang diumumkan semalam.

Pimpinan Tertinggi PKR

Presiden:
• Datuk Seri Anwar Ibrahim – Menang tanpa bertanding

Timbalan Presiden:
• Nurul Izzah Anwar – 9,803 undi

Naib Presiden (4 orang tertinggi):

1. Amirudin Shari – 7,955 undi

2. Ramanan Ramakrishnan – 5,895 undi

3. Aminuddin Harun @ Tokmin – 5,889 undi

4. Chang Lih Kang – 5,757 undi

Majlis Pimpinan Pusat (MPP) (antara calon yang mendapat undi tertinggi):

1. Fahmi Fadzil – 4,811 undi

2. Adam Adli – 4,798

3. Chan Ming Kai – 4,753

4. Gunarajah R George – 4,699

5. Azlan Helmi – 4,699

6. Dr Maszlee Malik – 4,694

7. Goh Choon Aik – 4,669

8. Nurin Aina – 4,669

9. Elizabeth Wong Keat Ping – 4,668

10. Abg Zulkifli Abg Engkeh – 4,668

11. Siti Aishah Shaik Ismail – 4,665

12. Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad @ Altimet – 4,467

13. Akmal Nasrullah Mohd Nasir – 4,455

14. Amidi Abdul Manan – 4,444

15. Lee Chean Chung – 4,416

16. Azam Karap – 4,403

17. Syed Ibrahim Syed Noh – 4,389

18. Kumaresan Aramugam – 4,373

19. Sim Chon Siang – 4,372

20. Sivamalar Genapathy – 4,366

ANGKATAN MUDA KEADILAN (AMK)

Ketua AMK:


• Muhammad Kamil Abdul Munim – Menang tanpa bertanding


Timbalan Ketua AMK:
• Izuan Kasim – 3,339 undi


Naib Ketua AMK Pusat:


1. Nabil Halimi – 2,784 undi

2. Dr. Mohammed Taufiq Bin Johari – 2,780 undi

3. Chiew Choon Man (CM) – 2,353 undi



Majlis Pimpinan AMK Pusat (20 nama):


1. Dzul Hilmi Zainol – 1,936 undi

2. Atillah Sani – 1,935 undi

3. Muhammad Fadzli Roslan – 1,935 undi

4. Dharshinee A/P Suresh Kumar – 1,934 undi

5. Muhammad Haziq Azfar Bin Ishak – 1,934 undi

6. Nurhanani Dhamirah Binti Razaleh – 1,934 undi

7. Nurazri Bin Mohd Arifin – 1,934 undi

8. Zaim Sidqi – 1,934 undi

9. Syamil Luthfi – 1,933 undi

10. Farzana Hayani Binti Mohd Nasir – 1,932 undi

11. Christopher Ong Kean Li – 1,932 undi

12. Amira Binti Alias – 1,932 undi

13. Amelia Zainabila – 1,926 undi

14. Khalid Imran Bin Mas Ahmad Nasruddin – 1,915 undi

15. Luqman Syafiq Bin Ahmad Fadzli – 1,889 undi

16. Gopiraj Nair A/L Nagarajan – 1,888 undi

17. Ooi Boon Sheng – 1,886 undi

18. Jalex Lee – 1,882 undi

19. Bariqul Zaman Bin Batharul Zaman – 1,851 undi

20. Mohd Nur Hilmie Bin Milus – 1,792 undi

WANITA KEADILAN


Ketua Wanita:


• Fadhlina Sidek – 2,890 undi



Timbalan Ketua Wanita:



• Juwairiya Zulkifli – 2,760 undi.



Naib Ketua Wanita Pusat:


1. Rozana Binti Zainal Abidin – 2,610 undi

2. Loh Ker Chean – 2,608 undi

3. Datin Rufinah Binti Pengeran – 2,598 undi



Majlis Pimpinan Wanita Pusat (semua 20 nama):



1. Yong Bazilah Binti Abu Bakar – 2,077 undi

2. Nurhidayah Binti Che Rose – 2,076 undi

3. Noraziah Binti Mohd Razit – 2,060 undi

4. Saira Banu – 2,047 undi

5. Idawate Binti Pariman – 2,018 undi

6. Telagapathi A/P A. Marimuthu – 1,971 undi

7. Farahida Binti Fauzi – 1,945 undi

8. Nor Azmiza Mamat – 1,934 undi

9. Armila Binti Alias – 1,938 undi

10. Rosmawaty Binti Muhamad Ros – 1,937 undi

11. Victoria Anak Musa – 1,937 undi

12. Lim Kim Eng – 1,823 undi

13. Camelia Binti Jaikop – 1,818 undi

14. Maisarah Binti Ismail – 1,737 undi

15. Ginie Lim – 1,707 undi

16. Nur Jafni Abdullah – 1,706 undi

17. Karen Kasturi A/P James – 1,646 undi

18. Siti Norffinie Binti Mohamed Yassin – 1,639 undi

19. Datin Sabrina – 1,560 undi

20. Junaidah Binti Makku @ Junn – 1,527 undi

 

 

"Toruk Makto" Su-30 special scheme - LIMA '25

HRC LIVE!! - SEMUA DISUSUN MENJADI - TERGADAIKAH PKR DALAM PRU16 NANTI? ...

ISWARDY ANALISA RAFIZI KALAH DAN KENAPA IZZAH BOLEH MENANG ?

RENTASAN 1708 | PANAS!! AKHIRNYA AGENDA TERSEMBUNYI PAS UNTUK LAWAN RAJA...


MENARIK DALAM RENTASAN 1708 1. PMX GARISKAN VISI BERANI ASEAN DENGAN INTEGRASI EKONOMI 2. MYKIOSK: MCA DICABAR KEMUKA DAKWAAN PENYELEWENGAN 3. MB PERAK ARAH JAIPK SIASAT DAKWAAN PEMIMPIN PAS CERAMAH DI MASJID






Kenyataan Hamzah tepat, namun pembangkang (PN) tiada kemampuan reset pol...

TAK BOLEH DAH NAK KUTUK MAHATHIR...HADI AWANG.. SAMA JUGA YA...ZAHID ? ZAHID LAK TAK DAK ANAK JADI AHLI POLITIK DALAM UMNO.

 

HAMDAN TAHA


PKR 1


Ketua Umum

Anwar Ibrahim


Presiden


Wan Azizah


PKR 2


Ketua Umum


Azizah


Presiden Anwar Ibrahim


Naib Nurul Izah Anwae


PKR 3


Ketua Umum


Wan Azizah


Presiden


Anwar Ibrahim


Timbalan Presiden


Nurul Izah


Tak ada beza pun sebenarnya, ada le sikit je beza. Tapi ni lah PKR



Kemunculan Rafizi di kongres disambut laungan reformasi


 

Kemunculan Rafizi di kongres disambut laungan reformasi

SITI NUR ZAWANIMay 23, 2025

Kemunculan Rafizi Ramli di Kongres Nasional PKR di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada malam ini disambut dengan laungan reformasi yang bergema seluruh dewan.

Kehadiran beliau itu di tengah-tengah khabar yang mula tersebar bahawa beliau tidak dapat mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden.

Pun begitu kehadirannya disambut dengan sorakan anggota ketika menuju ke pentas utama.

Menggayakan baju Melayu berwarna biru muda, Rafizi mengambil tempat duduk di sebelah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sehingga waktu ini, keputusan tidak rasmi yang dilaporkan media-media mendakwa Ahli Parlimen Pandan itu tewas kepada Nurul Izzah.

Tidak pasti bila keputusan rasmi akan diumumkan.