KERAJAAN PIMPINAN MUHYIDDIN KEKAL LEMAH , TAK STABIL
Walaupun Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 atau belanjawan tambahan berjaya diluluskan dalam undian belah bahagi di Parlimen petang tadi, tetapi realitinya kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin kekal lemah, tidak stabil serta tidak diyakini.
Dalam undian yang diadakan, 111 menyokong, 106 menolak manakala 5 Ahli Parlimen tidak hadir.
Mereka yang tidak hadir ialah dua daripada PN iaitu Maximus Ongkili (PBS – Kota Marudu) serta Tengku Razaleigh Hamzah (UMNO – Gua Musang) dan tiga daripada blok pembangkang iaitu Wilfred Madius Tangau (Upko – Tuaran), Shafie Apdal (Warisan – Semporna) dan Christina Liew (PH – Tawau).
Dalam undian memilih Speaker Parlimen sebelum ini, Azhar Azizan Harun disokong oleh 111 undi, sementara yang menolaknya ialah 109.
Maximus Ongkili yang dirawat di hospital juga tidak hadir ketika undian memilih Speaker dan Rashid Hasnon (Batu Pahat) tidak mengundi kerana mempengerusikan mesyuarat.
Tetapi, dalam undian belanjawan tambahan ini, oleh kerana Azhar yang mempengerusikan mesyuarat dan Timbalan Speaker boleh mengundi, malangnya undi yang diperolehi blok kerajaan kekal 111.
Kalau dicampur dengan Tengku Razaleigh yang dulu hadir tetapi kali ini tidak hadir, undi yang memihak kepada kerajaan menjadi 112.
Di blok pembangkang, tiga Ahli Parlimen daripada Sabah tidak dapat hadir ke Parlimen hari ini kerana ada kes saman yang difailkan oleh Musa Aman di mahkamah negeri itu.
Ketiga-tiga mereka adalah pemimpin utama kerajaan negeri Sabah di bawah Warisan di mana Shafie adalh Ketua Menteri, manakala Wilfred Madius Tangau dan Christina Liew adalah Timbalan Ketua Menteri.
Selain itu, ketiga-tiga mereka juga sedang sibuk dalam persiapan menghadapi PRN Sabah 26 September depan.
Jika ketiga-tiga mereka hadir, undi blok pembangkang akan menjadi 109 berbanding penyokong kerajaan adalah 111.
Maknanya, meskipun sepatutnya PN bolen mendapat 112 undi, termasuk undi Timbalan Speaker, tetapi kekal 111 kerana ketidakhadiran Tengku Razaleigh.
Itupun, sebelum pengundian petang tadi, Speaker telah menangguhkan mesyuarat selama 10 minit terlebih dahulu, dipercayai untuk memastikan jumlah Ahli Parlimen kerajaan yang berada di dalam dewan benar-benar mencukupi untuk menang undian.
Penangguhan seperti itu adalah suatu keadaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Apakah tanda semua itu?
Tidak lain ia menandakan kerajaan PN pimpinan Muhyiddin sekarang benar-benar lemah dan tidak stabil.
Selepas ini banyak lagi rang undang-undang perlu diluluskan di Parlimen melalui undian, termasuk Belanjawan 2021 pada sesi akan datang.
Mampukan Muhyiddin menanganinya?
Apakah nanti, Speaker perlu menangguhkan mesyuarat juga setiap kali sebelum undian dijalankan?
(Shahbudindotcom 17/08/2020)
Henti tubuhkan kementerian baru untuk kroni
Penubuhan
kementerian-kementerian baharu dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu
dihentikan kerana ia dianggap hanya digunakan untuk memberi imbuhan kepada
kroni dan mendapat sokongan politik.
Malah,
Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata peruntukan tambahan sebanyak
RM7.184 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM7.8 bilion untuk perbelanjaan
pembangunan tidak mencerminkan jumlah sebenar yang diterima oleh
kementerian-kementerian baharu.
"Sebenarnya
ada perbelanjaan tambahan untuk negeri dan perbelanjaan tambahan untuk setiap
kementerian, jadi tentu sekali ada penambahan dari segi emolumen.
"Tetapi
perkara ini tidak dirujuk menteri kewangan dalam Rang Undang-Undang (RUU)
Perbekalan Tambahan, cara ini mengelirukan rakyat sebenarnya.
"Justeru,
saya cabar menteri kewangan supaya letak penambahan jumlah emolumen menteri,
timbalan menteri dan ketua setiausaha kementerian baharu, kalau tidak kita
tidak boleh lulus RUU ini," katanya dalam perbahasan Dewan Rakyat.
Pada
masa sama, Fuziah juga menganggap beberapa kementerian baharu tidak sepatutnya
diwujudkan seperti Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.
"Kementerian
Tenaga dan Sumber Asli tidak perlu peruntukan tambahan tetapi ia dipisahkan dari
Kementerian Alam Sekitar semata-mata untuk mendapatkan imbuhan dan untuk
dapatkan sokongan kepada menteri dan perdana menteri dalam kerajaan PN
"Kita
boleh bergerak efektif dan efisien, tetapi janganlah semata-mata tambah
kementerian dan menstruktur semula kementerian untuk dapatkan sokongan, ini
salah," katanya.
Fuziah
yang merupakan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) turut
mempersoalkan kewujudan Kementerian Perpaduan Negara, sebaliknya menggesa
kerajaan supaya menubuhkan Kementerian Hal Ehwal Agama.
"Kementerian
perpaduan yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) hanyalah
kementerian kecil dan hanya menguruskan beberapa badan seperti rukun tetangga.
"Lebih
elok tubuh kementerian untuk hal ehwal agama yang lebih wajar ada ketua
setiausaha kerana sukar untuk uruskan isu agama apabila melibatkan agensi
dibawah agama
"Malah,
tidak ada yang mengurus mengenai soal jawab di Parlimen, jadi rasionalnya tidak
kena dengan kerajaan PN ketika ini.
"Perbadanan
Pembangunan Halal (HDC) yang kini diletakkan dibawah Kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Industri (MITI) juga perlu diletakkan semula di bawah
Kementerian Hal Ehwal Agama.
"Agensi
ini amat penting untuk bangunkan industri halal negara bagi membantu industri
kecil dan sederhana (IKS) serta perniagaaan mikro.
Kerajaan boros, kementerian baru jadi lubuk wang politik PN
Cara dan pendekatan kerajaan Perikatan
Nasional (PN) dalam menguruskan perbelanjaan dan peruntukan ketika ini dilihat
bermotifkan politik semata-mata.
Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad
berpandangan bahawa saiz kabinet PN yang begitu besar dengan penambahan jumlah
timbalan menteri dari kebiasaaan bukanlah cara baik untuk kerajaan bergerak ke
depan.
"Malah, lantikan ahli parlimen
dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan badan berkanun biasanya untuk
memastikan asas pembentukan sesebuah badan itu seiring dengan dasar kerajaan.
"Malangnya, dalam pengalaman lepas
ia tidak berlaku begitu, sebaliknya ia jadi lubuk sesetengah pihak mengatur
wang untuk politik kepartian sempit," katanya dalam perbahasan Rang
Undang-Undang (RUU) Perbekalan ( Penguntukan Semula
Peruntukan Perbelanjaan) Tahun 2020 di
Dewan Rakyat.
Pada masa sama, Amin turut mencadangkan
supaya Akta Perkhidmatan Parlimen dikembalikan bagi membolehkan peruntukan
untuk setiap kawasan Parlimen diagihkan secara demokratik.
"Di disinilah (Parlimen) kerajaan
membuat keputusan tertinggi dan tidak ada alasan untuk memperkasakan institusi
Parlimen.
"Akta itu juga akan menetapkan
setiap kawasan Parlimen untuk menyediakan peruntukan yang sama dan disalurkan
oleh Parlimen, bukan melalui peruntukan khas dari menteri serta bukan
mengurangkan peruntukan untuk pengaruh politik bersifat memihak.
"Ini membolehkan rakyat seluruhnya
mendapat peruntukan pembangunan dan kebajikan yang diperlukan.
"Kita tidak perlukan ahli parlimen
mempengaruhi GLC dan badan berkanun secara tidak wajar, sebaliknya ahli
parlimen turun kawasan dan membantu penduduk serta memberi maklum balas
mengenai apa yang dibahaskan di Parlimen," katanya.
Sidang Parlimen bertukar panas, kerajaan PN tidak cukup majoriti
Proses
Rang Undang-Undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan)
Tahun 2020 bertukar panas apabila kerajaan gagal mendapat majoriti yang
mencukupi.
Ini
selepas 15 ahli parlimen berdiri sebagai tanda bantahan terhadap usul RUU
tersebut dan memaksa speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun membuat proses
undi belah bahagian.
Azhar
menangguhkan sidang selama 10 minit dan meminta loceng dibunyikan selama dua
minit, sebelum proses belah bahagian dibuat.
Bagaimanapun,
Azhar kemudian bangun dan bertindak keluar daripada dewan, sekali gus
mengundang reaksi negatif daripada ahli parlimen dari blok pembangkang.
Tindakannya
dilihat sengaja memberi masa kepada ahli parlimen kerajaan Perikatan Nasional
(PN) untuk berada dalam dewan supaya dapat mengambil bahagian dalam proses
belah bahagian.
Ahli
Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad sendiri meluahkan rasa hairannya
terhadap situasi tersebut.
"YDP
Speaker menangguh sidang selama 10 minit selepas membunyikan loceng selama 2
minit untuk melakukan undi belah bahagian.
"Tidak
pernah berlaku sebelum ini. Unprecedented!
"Ahli-ahli
Parlimen Pembangkang terpinga-pinga! Tunggu apa atau siapa ya?" katanya di
Twitter.
Selepas
menangguhkan sidang lebih 10 minit, Azhar meluluskan RUU Perbekalan selepas
proses belah bahagian mendapat sokongan daripada 111 ahli parlimen, manakala
106 ahli parlimen membantah usul tersebut.
Terdapat
lima ahli parlimen yang tidak hadir iaitu Maximus Ongkili (Kota Marudu), Tengku
Razaleigh Hamzah (Gua Musang), Wilfred Madius Tangau (Tuaran), Shafie Apdal
(Semporna) dan Christina Liew (Tawau).
Ini
menunjukkan kerajaan PN terpaksa menggunakan taktik kotor jika tidak mempunyai
majoriti bagi meluluskan sebarang Rang Undang-Undang di Parlimen.
Menteri Agama PN dicabar bentang laporan kewangan TH di Parlimen
Bagi menjawab persoalan yang dikemukakan beberapa pimpinan parti kerajaan seperti Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Menteri Agama kerajaan Perikatan Nasional dicabar untuk membentangkan laporan kewangan tahunan Tabung Haji di Parlimen.
Ketua Pemuda AMANAH Nasional Shazni Munir Mohd Ithnin berkata sebagaimana yang diperuntukkan dalam Seksyen 5,6,7,8 dan 9 Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) (Akta 240) dan Seksyen 26 Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535), laporan kewangan Tabung Haji yang telah diaudit perlu dibentangkan.
Katanya, keperluan untuk melaksanakan tanggungjawab undang-undang ini amat penting bagi pengagihan hibah kepada pendeposit Tabung Haji.
“Ini selaras dengan peruntukan Seksyen 22 (3) Akta Tabung Haji akan keperluan untuk memastikan nilai aset melebihi nilai liabiliti tahun berkenaan dan ia boleh dipastikan melalui Laporan Tahunan yang telah diaudit dan disahkan oleh Ketua Audit Negara,’ katanya dalam satu kenyataan.
Laporan kewangan beraudit bagi tahun 2018 dan 2019 untuk Tabung Haji yang seharusnya dibentangkan oleh Dr Mujahid Yusof Rawa, mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang lalu, tidak menjadi kenyataan ekoran berlaku pertukaran kerajaan pada Februari 2020.
Malahan perkara in telah ditegaskan oleh beliau dalam program Berani Semuka anjuran Sinar Harian beberapa hari yang lepas.
Merujuk kepada kenyataan Mujahid, sebarang proses pengauditan yang berkaitan telah diselesaikan.
Justeru, bagi Pemuda AMANAH, tiada sebarang sebab yang boleh menghalang kementerian ketika ini untuk membentangkan laporan tersebut, apatah lagi jika sanggup beralasan bohong dengan mengatakan laporan tersebut masih belum siap.
Pemimpin yang paling digeruni di Malaysia setakat ini adalah Anwar Ibrahim...ANDA TAKUT???ANDA TENTU AMBIL RASUAH
Pemimpin yang paling digeruni di
Malaysia setakat ini adalah Anwar Ibrahim...
Sejak zaman Mahathir pertama kali
jadi perdana menteri pada thn 1981 hingga ke era Najib Razak 9 thn ditampuk
kuasa... keberadaan sosok bernama Anwar Ibrahim cukup dibimbangi..jadi mimpi
ngeri kepada pemimpin kleptokrasi..
Berbagai usaha untuk memalitkan
tuduhan terus digerakkan..satu persatu tak mampu mengetarkan sosok seorang
pejuang..
Idea mengenakan tuduhan liwat sejak
1998 kini berulangkali terus dipergunakan.. ianya tak lebih sebagai peluru
terakhir utk mengaibkan Anwar Ibrahim seumur hidup..
Kerana bagi mensabitkan tuduhan
rasuah, bagai mustahil untuk berjaya jatuhkan Anwar.. ini kerana sedari awal
sejak awal lagi Anwar tegas memerangi rasuah.
Tuduhan salahguna kuasa polis dan
salahlaku seks direka-reka semata-mata. Isu sebenar ialah rasuah dan
penyelewengan dalam kerajaan yang dilakukan oleh pucuk pimpinan tertinggi dalam
kerajaan BN ketika itu.
Perdana Menteri dan menteri-menteri
kanan yang rapat dengan Perdana Menteri waktu itu adalah pelaku-pelaku utama
rasuah dan penyelewengan itu.
Anwar cuba melancarkan perang untuk
membasmi rasuah dan penyelewengan itu.Ketika beliau memangku jawatan Pemangku
Perdana Menteri beberapa minggu ketika Dr Mahathir Mohamad bercuti di luar
negara, Anwar Ibrahim telah membentangkan Akta Pencegahan Rasuah Tahun 1997.
Inilah kesalahan besar Anwar yang
tidak dapat dimaafkan oleh Perdana Menteri dan mereka yang bersubahat dengan
Perdana Menteri. Mereka berasa tidak selamat dan terancam dengan Pindaan Akta
Pencegahan Rasuah1997 itu.
Kenapa? Kerana Akta itu boleh
mengheret seseorang Menteri yang telah berhenti dari jawatannyake mahkamah jika
ada dakwaan kukuh dia berlaku rasuah semasa memegang jawatan Menteri itu dulu.
Akta itu memberi tempoh 10 tahun
selepas berhenti untuk mendakwa Menteri yang berlaku rasuah itu.
Akta sebelumnya tidak memberi
peruntukan sedemikian. Jika seseorang Menteri itu sudah kenyang membuat rasuah,
dia boleh memilih meletak jawatan. Selepas itu, dia selamat dari dakwaan kerana
tidak ada peruntukan bagi Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk mendakwa Menteri
berkenaan.
Jika hendak didakwa seseorang Menteri
yang rasuah, mestilah didakwa sebelum ia sempat meninggalkan jawatannya.
Pindaan inilah yang menjadi
Menteri-Menteri yang melakukan rasuah berasa cemas. Mereka bimbang jika tiada
Mahathir dan Anwar menjadi Perdana Menteri, Anwar akan menggunakan Akta
Pencegahan Rasuah 1997 itu untuk mendakwa mereka. Inilah kesalahan utama Anwar
bagi mereka.
Kepada Parti Keadilan Rakyat, para
pendokong Reformasi..sudah-sudah lah mempercayai Mahathir Mohamad.
ANWAR IBRAHIM PD
Pelancaran
Bulan Kemerdekaan KEADILAN Negeri Sembilan
Tarikh : 20
Ogos 2020, Khamis
Masa : 10.00
pagi
Lokasi :
Dataran Pachitan, Kg. Pachitan, Port Dickson
#ParlimenPD
Pelancaran
Bulan Kemerdekaan KEADILAN Negeri Sembilan
Tarikh : 20
Ogos 2020, Khamis
Masa : 10.00
pagi
Lokasi :
Dataran Pachitan, Kg. Pachitan, Port Dickson
#ParlimenPD
Ziarah
jenazah dan keluarga arwah Tan Sri Abdul Rahman Arshad. Jasa allahyarham amat
besar pada negara justeru ia akan terus diingati dan dikenang oleh segenap
kita. Mendoakan kekuatan dan ketabahan buat keluarga.
[ADMIN]
Pejabat
Parlimen Port Dickson menyampaikan sumbangan kepada Sjn Norasyikin & Cikgu
Shahril di Kg. Paya, Port Dickson yang ditimpa musibah akibat ribut petir pada
awal pagi tadi.
Penghargaan
juga kepada pihak tentera yang bertindak segera menggantikan bumbung yang rosak
di rumah mereka berdua.
#ParlimenPD
Mendapat
khabar sedih bahawa Dr Essam el-Erian telah meninggal dunia tatkala di penjara
di Mesir. Beliau adalah seorang doktor perubatan dan juga Naib Presiden Parti
Kebebasan dan Keadilan Mesir yang sentiasa komited mendukung prinsip tersebut
sepanjang hayatnya.
Saya menyeru
agar tahanan politik, wartawan dan individu yang ditahan secara salah di Mesir
segera dibebaskan dari tirai besi agar kematian tragik dalam tahanan seperti
ini tidak berulang.
ANWAR
IBRAHIM
Foto:
AFP/MEE
Bersama
kumpulan Ahli Parlimen Digital. Saya tekankan soal maruah dan prinsip yang
tidak harus diambil mudah oleh golongan muda.
Saya juga
turut berbicara mengenai agenda reformasi yang menjadi landasan perjuangan
sejak lebih 20 tahun.
Sebagai
generasi muda mereka ini merupakan penerus legasi reformasi dan kesinambungan
perubahan.
#Parlimen
#ParlimenDigital
3 ADUN BERSATU AKAN AKAN KELUAR PARTI?
3 ADUN Bersatu akan akan keluar parti?
InfoPertiwi
Khabar gempar dari Selatan
Ada sebab rupanya kenapa Abah Kau kalut ribut berkejar ke Johor walaupun kini Bersatu sedang ada pemilihan dan Konvensyen Tahunan Bersatu…
Sampai buat perjumpaan bertemu ahli dan pimpinan akar umbi di Johor, rupa-rupanya serangan jantung naik mendadak hampir lepas tahap 4…
Katanya, sekurang-kurangnya ada 3 Adun PN Johor bakal buat PC nak isytihar tinggalkan PN dan kembali sokong PH, halah kalau abah kau kalut ribut tu dah tentu Adun Bersatu kan kan kaann??
Sudahnya DUN Johor sekarang kedudukan tak rasmi buat masa ni PH 30 vs PN 26…..hai la badan…hai la nyawaa, maaatiilla kau badan matiilaa kau nyawa, buatnya jadi betul ni, malunyelaah abah yidin kau..
scheme of thing kali ni berapa juta pulak abah kau nak labur sambil doa neh??
eh acik tanye ajee, entah betul ke tidak, bak kata bangsa joho, kalau pokok tu bergoyang tentu ada beruk duk melompat kat sana tu haa
E-WALLET RM50, KELEBIHAN KEPADA GUAN ENG
E-wallet RM50, kelebihan kepada Guan Eng
Oleh: Pentadbir
Ipohmali
Alhamdulillah, Sekali lagi hikmah tertubuhnya Kerajaan tebuk atap, Akhirnya Allah zahirkan Kebenaran untuk Lim Guan eng yang terfitnah selama ini,, Samalah dengan isu penanaman buluh sebelum ini kepada Teresa Kok…Kebenaran itu hadir dari tindakan dan pengakuan mereka yang mengfitnah itu sendiri.. watak utamanya Ulama jahat seperti takiri, Sedangkan mereka lah yang mencemuh selama ini..
Itu sebab aku kata sebelum ni, Kerajaan PN perlu dikekalkan sehingga hujung tahun ini, Sebab siri siri jawapan dari Allah ini adalah jawapan terbaik,dan hikmah terbesar buat PH . Siapa yang fitnah Lim Guan eng dan PH selama ini ? dari isu tanam buluh sampailah isu E-Wallet..ia bukan datang dari UMNO..kebanyakan fitnah ini datang dari orang agama, Ulama jahat dalam PAS sendiri..
Sepertimana semalam PM tebuk atap membentang pakej Rangsangan, Dengan Manafsirkan RM 50 E-wallet itu sebagai rangsangan penggunaan pembayaran tanpa tunai, Atau Cashless Society..begitu jugalah Lim Guan Eng meletakkan bayaran RM 30 itu dibawah tajuk “PAKEJ RANGSANGAN DIGITAL ” dalam belanjawan 2020.. Bukan sebagai bantuan Rakyat..
Tapi pelik, jahatnya ramai dari pemimpin PAS..sampaikan hat mengaku Pakar Ekonomi mainkan isu E-Wallet sebagai senjata Perkauman dan Agama.. Seolah olah ia bertujuan, usaha DAP mencuri Data peribadi, Menjadikan E-wallet kononnya sebagai alat musuh Islam.. fitnah ini disebarkan dalam group sekolah,Taman dan masjid..bertapa dahsyatnya fitnah mereka..
Lagi teruk Selama ini, Depa bandingkan pulak dengan bantuan Rakyat seperti BSH dan BPN.. Sedangkan apa kena mengena E-Wallet, atau Pakej Rangsangan Digital dengan Bantuan Rakyat.. Hakikatnya di bawah LGE, BSH masih ada, Ada My-salam..Ada I-Suri.. apa kaitan dengan Bantuan Rakyat.. ?
Sekarang Allah taqdirkan mereka sendiri terpaksa telan apa yang mereka fitnahkan sebelum ini.. Kita masih menantikan selepas ini fitnah mereka dalam siri siri seterusnya InsyaAllah..dari isu Mabuk, Arak, LGBT, LTTE,Sekolah Vernakular.. akan terjawab dengan sendirinya,,,
Tapi itulah Jahatnya Fitnah dan Mainan sentimen kaum dan Agama.. Dari Mufti ,sampai kepada agamawan.. Tu sebab Nabi bila ditanya akan kelompok Khawarij..Nabi ulangi 3 kali agar kita perangi kelompok ini.. sebab depa telah bawakan fitnah kepada Agama.. mereka ni sebenarnya perosak Agama..
Mereka Sangkakan mereka depa buat demi Islam..Demi Agama.. lalu depa fitnah kepada bukan Islam.. inilah perbuatan Zalim yg dilarang oleh Nabi ﷺ.. Nabi pernah sampaikan satu peringatan kepada mereka yang berlaku zalim ini..Hatta kepada Non Muslim.. Jangan ingat kemuliaan dan gelaran kamu akan menyelamatkan kamu dari kerja kerja jahat ini…
Sebagaimana Sabda Nabi ﷺ..
اتَّقُوا دَعْوَةَ الْمَظْلُومِ وَإِنْ كَانَ كَافِرًا فَإِنَّهُ لَيْسَ دُونَهَا حِجَابٌ…
“Takutlah kamu akan doa orang yang di zalimi sekalipun yang berdoa itu orang kafir kerana sesungguhnya tiada hijab yang menghalang (tiada pembelaan) di antaranya dengan Tuhannya (saat manusia yang dizalimi itu meminta kepada tuhannya).”
(riwayat Ahmad)
PAS TIDAK BERNILAI DI MATA UMNO JOHOR?
Pas tidak bernilai di mata Umno Johor?
Oleh: Redzuan RF8 Media
Ekoran isu Pas di Johor yang dilihat tersisih dari pentadbiran kerajaan negeri, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Salahuddin Ayub menyatakan bahawa Pas tidak ada nilai dan harga di Johor dari kacamata pemerintah yang diketuai oleh Umno.
Ujarnya ketika dihubungi berkata, sememangnya Umno hanya mempergunakan Pas untuk mendapat pemerintahan bukan ikhlas dalam hubungan sebagai seorang sahabat karib.
Katanya, beliau mengimbau sejarah sewaktu kerajaan campuran pada tahun 1974 yang lalu di mana Pas hanya dijadikan alat untuk Umno memerintah serta memenangi hati rakyat.
“Inilah yang berlaku semasa dalam kerajaan campuran di tahun 1974. Memang di zaman itu, agihan kerusi di Johor memperlihatkan bahawa Pas selalunya dianak tirikan.
“Jadi Pas tidak belajar daripada kesilapan hanya segelintir saja daripada pimpinan yang mendapat kepimpinan dan ghanimah serta tidak mendapat apa di negeri-negeri di kawasan pantai barat di semenanjung.
“Seperti di Johor, Pas telah disampahkan oleh Umno dan sememangnya Pas tidak ada makna langsung bagi Umno di Johor,” katanya dipetik.
Dalam pada itu, semalam telah hangat diperkatakan berkenaan dengan gegantung yang mendakwa Umno di Johor telah menipu Pas dengan tidak meraikan parti komponen kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Johor itu.
Gegantung tersebut turut disifatkan sebagai tanda protes dari akar umbi Pas yang tidak berpuas hati dengan agihan jawatan di negeri ini.
Perkara tersebut turut menzahirkan bahawa kerajaan Umno Johor sememangnya tidak mempedulikan rakannya dari Pas dan sekaligus membenarkan kenyataan daripada Salahuddin itu.
SURAT IKLAS DARI SEORANG LELAKI YANG BUDIMAN, HANSEM, TAMPAN,IKLAS DAN BIJAK BUAT HADI AWANG
Akhirnya RUU 355 hanya sandiwara, alat kempen pilihan raya
APA nak dikata, segala-galanya makin terang dan nyata dan apa yang acapkali dikata sebagai sandiwara sebelum ini, nyata tidak dapat disembunyikan lagi.
Begitulah apa yang terzahir di penghujung cerita di sebalik permainan UMNO dan Pas dalam menjadikan Akta 355 sebagai alat dan geli-gelian untuk rakyat jelata.
RUU355..Adi Awang dah ngaku...ianya semata-mata untuk tujuan Politik dan bukanlah matlamat utama PASik.
TITM dah menghampiri ciri-ciri seorang lelaki Melayu yang Munafiq apabila memberitahu bahawa RUU355 memang tidak lengkap dan cuma di gunakan bagi tujuan Politik sahaja kerana status PASik sebagai PEMBANGANG (pada masa itu)!!!.
Semasa duduk sebagai PEMBANGANG...puak-puak lebai PASik turut mempersoalkan bible di dalam bilik hotel, Pakaian Peramugari, isu Allahyarham Adib, Pengisytiharan harta dan berbagai-bagai lagi perkara-perkara lain demi MEMFITNAH DENGAN MENGGUNAKAN AGAMA sebagai platform utama bagi mencapai kemenangan.
Hari ini, puak-puak PASik dengan jelas mengakui kebiadapan mereka yang telah menghina, melacurkan dan mempersenda-sendakan agama.
Mereka (lebai2 Pasik) juga dengan jelas telah memungkiri janji kepada ahli-ahli 'Parti Asuhan Syaitan' dengan berjimak, bermukah, berlucahan, bersundalan dan menjadi jalang kepada parti umngok sdn bhd ketika mana UMNGOK hari ini, masih tidak pernah berubah iaitu mereka terus-menerus mengagung-agungkan SEKULARISME & LGBT (contoh Timbalan Speaker).
Maka, aku sanggup menjadi saksi di di Mahsyar nanti dan mengakui bahawa "kami telah dan pernah menyedarkan mereka supaya menjauhi ulamak-ulamak Suk Ya Allah...dan meminta mereka keluar dari bersepakat dengan kumpulan-kumpulan yang menjadi perompak @ pencuri wang negara dan rakyat (umngok). Namun mereka menolak sapaan @ teguran kami itu Ya Allah kerana mereka terlalu walak kepada ulamak-jlamak PASik. Dan ada di kalangan mereka telah mendapat habuan berupa wang ringgit, pangkat, jawatan, perempuan dan jalang-jalangdari tepi jalan".
"Moga Allah mengampunkan aku dan ramai lagi rakan-rakanku yang lain yang GAGAL mengembalikan aqidah pewalak-pewalak syaitan tersebut yang di ketuai oleh Diktator Abd Adi a/l Bawang marang perapu kepunden sotong sekeper!!!".
Wallahhua'lam....
Yang ikhlas, benar, jujur, bijak, tampan dan beriman (kepada Allah swt) :
Mohd Asri Bakar
Subscribe to:
Posts (Atom)