TUN MAHATHIR DITANGKAP MENJELANG PRU 14?

TUN MAHATHIR CALON PM PH STRATEGI PIKAT SOKONGAN MELAYU

MUSUH SEBENAR UMNO ADALAH NAJIB, BUKAN TUN MAHATHIR

Image may contain: 3 people, people smiling, people standing


ADAKAH MEREKA INI HADIR PAU 2017????

UMNO terlihat benar-benar terdesak untuk menang dalam PRU 14 akan datang sehingga buat julung kalinya Perhimpunan Agung UMNO 2017 dijadikan pentas untuk menayangkan poster dan karikatur mengecam pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan.

Dengan keadaan itu, sudah tentu intipati perasmian PAU 2017 oleh Najib Razak dan ucapan pembahas-pembahas turut melorong ke arah yang sama.

Tun Mahathir Mohamah yang menjadi Pengerusi Pakatan Harapan telah dijadikan sasaran utama kecaman, selain DAP, Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim, Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Azmin Ali, Lim Guan Eng, Muhyiddin Yassin dan lain-lainnya.

Menayangkan poster dan karikatur mengecam pemimpin-pemimpin pembangkang menjelang pilihanraya tidak pernah dilakukan dalam mana-mana PAU sebelum ini dan tindakan itu benar-benar memperlihatkan sikap keterdesakan untuk menonjolkan diri sendiri yang penuh dengan kekotoran dan skandal.

Hakikatnya, yang hadir dalam PAU, baik perwakilan atau pemerhati, semuanya adalah ahli dan penyokong UMNO belaka. Mereka ini sudah tentu akan mengundi BN, tambah lagi jika kedatangan mereka ke PWTC ditaja oleh UMNO dan diberikan sedikit duit poket untuk berbelanja.
Jadi, untuk apa ditayangkan poster dan karikatur yang mengecam Tun Mahathir, Anwar, Dr. Wan Azizah, Muhyiddin dan Lim Kit Siang kepada ahli dan penyokong UMNO yang memang sah akan mengundi BN?

Apakah UMNO masih meragui mereka atau kekotoran dan skandal yang melingkari Najib membuatkan keraguan itu sentiasa menimbulkan ketakutan undi mereka juga boleh beralih pada bila-bila masa?

Yang menentukan menang atau kalahnya BN ialah pengundi atas pagar dan tidak berdaftar dengan mana-mana parti. Ahli UMNO cuma 3.5 juta, tetapi jumlah pengundi yang tidak menyertai mana-mana parti lebih besar daripada itu.

Pada PRU 13 lalu, jumlah pengundi berdaftar melebihi 13 juta orang dan untuk PRU 14 akan datang pula, jumlahnya mungkin menghampiri 20 juta daripada 31 juta keseluruhan rakyat Malaysia.

Ditolak 3.5 juta ahli UMNO dan sekitar 2 juta lagi mungkin menganggotai lain-lain parti, bermakna daripada anggaran 20 juta pengundi berdaftar, ada seramai 12 atau 13 juta yang selebihnya adalah mereka yang berkecuali dan tidak terikat kepada mana-mana parti.

Jika 70 peratus daripada pengundi atas pagar itu tidak menyukai UMNO dan menolak Najib kerana benci dan tidak mahu bersubahat dengan kekotoran serta skandal yang ada pada dirinya, bolehkah BN menang pilihanraya akan datang?

Kenapa dalam pilihanraya-pilihanraya sebelum ini, meskipun berlaku pelbagai kemelut dan perpecahan di kalangan orang Melayu, UMNO masih mampu mengemudi BN menuju kejayaan?

Mengapa kali ini, di bawah pimpinan Najib, UMNO masih terkapai-kapai mencari rentak kemenangan sehingga ruang PAU dijadikan pentas macam kempen pilihanraya?

Sempena PAU 2017 yang merupakan perhimpunan terakhir sebelum PRU 14 dan kemungkinan besar juga yang terakhir ketika UMNO masih memegang kuasa, parti itu harus menyedari musuh sebenar mereka bukanlah Tun Mahathir, Lim Kit Siang, Anwar, DAP dan Pakatan Harapan.

Musuh sebenar UMNO ialah Najib sendiri yang meletakkan dirinya sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia pertama terpalit dalam skandal kewangan  terbesar, bukan saja dalam negara, malahan juga di peringkat dunia.

Jika kita berbangga dengan Lee Chong Wei merangkul kejuaraan badminton dunia atau Azizulhasni Awang menjuarai kejohanan lumba basikal dunia, kehebatan Najib dinobatkan dengan skandal 1MDB dan kemasukan wang RM2,600 juta dalam akaun peribadi yang dianggap terbesar pernah berlaku di peringkat dunia, itulah yang sebenarnya memalukan UMNO dan menghakis sokongan rakyat terhadap BN.

Menyokong mengekalkan lagi UMNO serta BN bukan saja seperti merestui apa yang dilakukan Najib selama ini, bahkan bagai memberi lesen tambahan untuk beliau terus mencipta skandal dan rekod lain yang lebih buruk selepas ini.

Relakah kita sebagai rakyat yang merdeka diperlakukan sebegitu rupa?

Dan akhirnya, cuba bayangkan jika Perdana Menteri kita bukan Najib atau jika ianya Najib, tetapi tidak terpalit dengan semua skandal yang menjuarai dunia, tidak menubuhkan 1MDB dan tidak berkawan dengan Jho Low, apakah seperti ini juga nazaknya UMNO menghadapi pilihanraya? (ShahbudinHusin 06/12/2017)

BERSEMPENA DENGAN PERHIMPUNAN AGUNG Umno