

Inilah penjenayah yang melakukan kekejaman terhadap pembantu rumahnya warga Indonesia sehingga mati.Kini beliau akan menderita sepanjang hidup di penjara....rasakan nanti di dalam penjara....
LETTER TO THE EDITOR/MEDIA STATEMENT
The Chaotic Perak State Assembly
Law and order has completely broken down in the Perak State Assembly. What we are witnessing today is a farce that has brought down the dignity of the State Assembly.
This may be the first occasion in the entire history of parliamentary democracy when two separate Assemblies have met under one roof simultaneously presided over by two Speakers, with two different agendas tabled and debated.
This circus will be the order of the day when parliamentary procedures and principles are ignored frustrating the will of the people by underhand tactics with the assistance of corrupt politicians. Anarchy reigns supreme in the Perak State Assembly today.
This is what is to be expected when the majority mandate of Perakians are nullified by three unscrupulous political "frogs" who betrayed their mandate by switching party and making a mockery of Parliamentary democracy.
For this chaotic situation in the Perak State Assembly, the Barisan Nasional must be held accountable. It is they who masterminded the toppling of the Perak Pakatan State Government. It was our Prime Minister who engineered the fall of a duly elected government of the people. For all his talk of democracy and 1Malaysia, he has miserably failed to unite the people or persuade them to share his vision for the nation.
This is not the government the people wanted or elected or supported. This is the government thrust upon them by foul means. They don’t feel themselves as part of this undemocratically foisted government.
Even at this stage, it is never too late to right the grievous wrong to put matters right. The only solution is to dissolve the Perak State Assembly to seek a fresh mandate of the people. If the BN is very confident and is convinced that Perakians are solidly behind the BN, this is the time to put that belief to the test.
P Ramakrishnan
President,
Aliran
28 October 2009
Prominent blogger Raja Petra Kamarudin wrote yesterday of Anwar going into “self-destruct mode.”
“Anwar Ibrahim and many of the opposition leaders have this false feeling of grandeur… but are not grand and certainly far from great.
“They did not make March 2008 happen. The people made it happen. And what the people make the people can break. And the people are of the opinion that the opposition leaders, Anwar included, have lost their direction.”
P/S- DENGAN CERITA ORANG DISEKELILING YANG BUAT BANYAK CERITA.NAMUN AKHIRNYA TAK KEMANA JUGA.CERITA BAB SURATKHABAR PARTI SENDIRI PUN DAH HARUBIRU,INIKAN PULA BAB-BAB YANG LAIN.
JIka di katakan bahawa pakatan pembangkang adalah tersusun, namun kini menjadi sebaliknya.kalau dulu pakatan pembangkang nampak lurus bendul dan hebat , kini nampak sebaliknya pula.
Sebelum pilihan raya umum 2008, ramai yang yakin dengan kemampuan parti-parti pembangkang untuk menambah kerusi Parlimen berikutan kelemahan pentadbiran kerajaan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Mungkin tak banyak tapi pasti bertambah kerusi.Tambahan pula dengan kebebalan sikap pimpinan Umno yang bebal dan tidak mahu ditegur rakyat, undi berpihak kepada pembangkang.
Dengan hanya mempunyai 20 kerusi Parlimen (tidak termasuk satu bebas pro-Barisan Nasional) yang dimenangi pada 2004, ramai yang berharap pembangkang dapat menggandakan kerusi, atau setidak-tidaknya menambah 10 lagi. Pada masa itu BN menguasai 198 daripada 291 kerusi, atau 90.4 peratus.
Parti-parti yang dijangka dapat meraih sokongan tinggi adalah DAP dan PAS yang masing-masing mempunyai 12 dan tujuh kerusi Parlimen. Tidak ramai yang yakin dengan kemampuan Parti Keadilan Rakyat yang hanya ada kerusi tunggal di Permatang Pauh. Yang kesian kepada PKR pun hanya berani mempertaruhkan parti itu mencapai tidak lebih lima kerusi.Akan tetapi keada berlaku sebaliknya.PKR muncul mempunyai kerusi yang lebih banyak berbanding pakatan Pembangkjang yang lain.
Apa yang berlaku pada 8 Mac 2008 kii boleh dikatakan sudah berlalu. PKR menjadi parti pembangkang paling besar dengan 31 kerusi diikuti DAP 28 dan PAS 23 (di mana satu kerusi PAS dimiliki calon ketuanan Melayu yang pro-Umno).Rakyat juga kini mengharapkan sesuatu yang baik dan dapat melihat perubahan walau tidak banyak tetapisekurang-kurangnya ianya berjalan.
Semua orang sudah tahu yang BN telah hilang majoriti dua pertiga Parlimen dan kalah di lima negeri (dan kemudiannya Perak dirampas BN melalui lompatan Ahli Dewan Undangan Negeri PKR dan DAP menjadi “bebas pro-BN”). Keputusan itu bukan sahaja mengejutkan BN dan pembangkang, malah para pengundi sendiri tidak menyangka undi protes mereka untuk “mengajar” BN telah memberi kesan hebat kepada pembangkang.Namun pembangkang tidak boleh mendabik dada denganbkemenangan yang sementara ini.Persiapan perlu rapi,khayalan tingkat gunung harus di lihat beryapa kuasa memilih rakyat mungkin akan berubah jika masingt-masing nampak bercakaran, tidak menentu hala tujuan dan menghadapi masalah dalaman Pakatan.
Pucuk pimpinan BN, khususnya Umno, terduduk tergamam dengan keputusan itu. Sebaliknya pembangkang yang waktu itu sedang gembira ria memperkenalkan semula diri mereka sebagai Pakatan Rakyat. Lima negeri Pakatan mula menunjukkan yang mereka juga mampu mentabdir walaupun dicemuh hebat oleh pembangkang Umno di negeri masing-masing. Umno yang kucar-kacir menjadi lebih rasis pula.
Kini sudah lebih setahun setengah sorakan kemenangan berlalu. Pemimpin dan ahli Umno yang tergamam dan celupar sebelum ini semakin kelihatan agak tersusun gerakan mereka. Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri sedikit-sebanyak mula yakin dengan tindak-tanduk politiknya.Walau di hentam dengan berbagai isu dan propaganda, Najib dilihat tenang menghadapi dan kini berjaya mengharunginya , dan kini nampak gecoh pula di kalangan negeri Pakatan Rakyat.Orang mula meramal kekalahan di Bagan Pinang sebagai sesuatu yang tidak dapat di terima, malah menjadi kayu pengukur kepada keberkeanan Pakatan Pembangkang.
Yang menjadi masalah ialah komponen dalam Pakatan sendiri yang semakin sibuk menembak kaki masing-masing sejak awal tahun ini. Bermula dengan PAS yang serba-salah sama ada mahu menjadi jaguh Melayu Islam atau memenuhi hasrat slogan ciptaan sendiri “PAS Untuk Semua”, ia kini menimbulkan krisis dalaman parti itu terutama dengan kelantangan Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat menolak usaha kerjasama dengan Umno yang pernah disuarakan oleh beberapa pemimpin tertinggi parti. Malah kemelut dalaman seperti itu telah menjangkiti pula parti komponen lain.
PKR sebagai parti terbesar dilihat tidak banyak bergerak untuk mengekalkan sokongan rakyat, kalau pun tidak menambah. Pemimpin tertingginya Datuk Seri Anwar Ibrahim masih selesa dengan memenuhi jemputan antarabangsa sebagai tetamu kehormat seminar-seminar global. Para pemimpin PKR hanya tergamam melihat masalah-masalah di depan mata.Namun masih gagal lagi untuk bertindak. Ada juga yang seolah-olah tergamam tidak punya idea bagi membantu atau menonjolkan ketokohan apabila memegang jawatan.Rakyat nampak dan melihat semua ini.
Hasilnya, rakyat terutama mereka yang telah memberi undi kepada Pakatan mula gelisah. Ramai yang tertanya-tanya sama ada Pakatan mampu menjadi alternatif kepada BN atau sekadar selesa sebagai pembangkang yang cekap.Malahan jika dilihat dan ditinjau akan apa yang berlaku di negeri pentadbiran pembangkang, wujudnya exco, namun tidak berjalan sebagaimana yang diharapkan rakyat.Manipulasi berita masih lagi menjadi-jadi oleh media arus perdana.Ditambah pula dengan kerjasama media arus perdana memainkan isu dan menjadi penghasut ke[ada kejadian dalaman negeri pentadbiran Pakatan.
Jika hanya mahu menjadi pembangkang, undi mungkin kembali kepada BN dalam pilihan raya umum akan datang. Trend konservatif pengundi Malaysia sering menunjukkan keselesaan rakyat kepada kerajaan yang menawarkan kestabilan politik, walau pun banyak kekangan demokrasi dan hak asasi.Rakyat lebih yakin kepada pemerintah yang dapat memenuhi kehendak mereka. Itu semua maklum dengan jentera ,wang dan juga alat propaganda lainnya.
DAP pula jelas berjaya sebagai kerajaan negeri di Pulau Pinang tetapi di peringkat nasional, ia masih dilihat sebagai pembangkang tradisi, seolah-olah belum bersedia untuk menjadi komponen kerajaan pusat yang baru. Mungkin ini kerana orang kuatnya Lim Guan Eng yang berjawatan Setiausaha Agung terlalu sibuk mentadbir negeri sebagai Ketua Menteri.Malah DAP juga seolah-olah sednag memfokuskan usaha kepada sebuah negeri yang berjaya di tawannya.Bagaimana pula kedudukan Melayu di Pulau Pinang.Rakyat memikirkan bahawa biar Umno memerintah sekurang-kurangnya punya suar yang kuat di Pualau Pinang dan kewujudan Melayu di negeri tersebut.
Keadaan seperti ini memberi peluang kepada Najib dan Umno untuk memulihkan semangat mereka yang terpukul teruk selepas Mac 8 tahun lalu. Jika Najib berjaya menghembuskan semula nafas politik baru kepada komponen-komponen BN seperti MCA, Gerakan dan MIC, tidak mustahil akar kekuatan gabungan persekutuan itu diperkukuhkan semula.
Lagi pula keadaan politik di Sabah dan Sarawak di mana 54 daripada 56 kerusi Parlimen atau 96 peratus kekal berpihak kepada BN. Dalam masa yang sama pembangkang di kedua-dua negeri itu belum berjaya keluar dari kemelut perselisihan dan perebutan kedudukan.
Sehingga saat ini, belum ada tanda-tanda kesungguhan Pakatan untuk mencari penyelesaian. Majlis menteri besar dan ketua menteri Pakatan yang ditubuhkan pada Januari tahun ini sepi tanpa berita. Mesyuarat-mesyuarat pimpinan Pakatan sering berkisar isu-isu semasa tanpa membicarakan persoalan-persoalan pokok. Soal dasar dan strategi bersama entah ke mana.
Yang masih berpihak kepada Pakatan tetapi jarang diberi perhatian pimpinan ialah kerjasama komponen Pakatan di peringkat akar umbi. Khabar-khabar dari kampung dan kawasan perumahan mencerminkan akar umbi Pakatan dari pelbagai kaum erat dan rapat silaturahim mereka. Biar sehebat mana suara kokok pucuk pimpinan, akar umbilah yang akan menentukan kalah menang di dalam gelanggang.
Jika rakyat masih kelabu dengan apa yang Pakatan mahu lakukan — sama ada bersiap sedia untuk menjadi kerajaan pusat atau sekadar ingin menyelamatkan seberapa banyak kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum akan datang — ia bererti mendung bakal berarak di langit gabungan pembangkang.
Memang senang bercakap, atau menulis. Jalannya memang tidak mudah. Media arus perdana masih menjadi alat propaganda BN. Banyak agensi kerajaan bertindak seolah-olah mereka suara BN di mana mereka sering mensasarkan tindakan terhadap para pemimpin Pakatan. Isu kaum dan agama pula masih menjadi duri dalam daging masyarakat. Semua ini ranjau sepanjang jalan buat Pakatan.
Namun hati manusia mampu dipujuk. Sekeras-keras kerak nasi, kena air lembut juga jadinya. Mungkin ada baiknya pimpinan Pakatan menyusur akar, melihat bagaimana akrabnya akar umbi pada masa ini. Memanglah tidak semua keadaannya riang gembira belaka.
Setidak-tidaknya di kalangan akar umbi yang berjaya mewujudkan semangat setiakawan, pasti ada rahsia persahabatan mereka di kalangan PKR, DAP dan PAS yang perlu dipelajari dan difahami pucuk pimpinan. Dari situ mungkin bakal lahir dasar dan program bersama Pakatan yang benar-benar mampu mencabar BN.
OKT 22 — Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata buat-buat tak nampak.
Itulah yang saya tahu mengenai A. Kadir Jasin, seorang wartawan dan pengarang terkenal yang berkhidmat penuh setia di bawah rejim Tun Dr Mahathir Mohamad dahulu. Secara peribadi, saya tak pernah kenal mesra dengan Kadir. Oleh itu saya hairan mengapa dalam blognya dia telah begitu bersungguh sungguh melemparkan tuduhan liar tanpa sedikit pun rasa tanggungjawab terhadap kebenaran. Malah saya tak pernah bertemu dengan mana-mana wartawan atau pengarang yang begitu hitam kesumatnya sehingga sanggup memfitnah orang lain seperti Kadir ini.
Dalam blognya, dia menggelar saya Hurricane Hattie, satu watak kartun tahun 60an yang suka mengacau orang lain. Saya ini dianggap oleh Kadir sebagai pengacau dalam Umno dan kini pengacau dalam PKR. Dia kata dia tidak berniat jahat tetapi setiap ayat yang ditulisnya berbau busuk dan jahat. Dia kata saya ini kaya-raya kerana Umno. Tuduhan ini sebiji sama dengan tuduhan “boss” Kadir, iaitu Dr Mahathir. Dia tuduh kononnya saya kaya setelah Umno diharamkan. Saya kononnya menjadi orang perantaraan dalam penyelewangan harta Umno tersebut. Jadi dari situlah harta Umno hilang dan orang seperti saya menjadi kaya-raya. MasyaAllah!
Selalunya orang yang berlatarbelakang kewartawanan seperti Kadir sepatutnya membuat penyelidikan dahulu supaya semua fakta lengkap dan tepat bagi memastikan tulisannya adil dan seimbang. Saya boleh menerima tuduhan asalkan ada fakta dan maklumat yang tepat. Tapi nampaknya Kadir tidak pernah berubah sikapnya sebagai budak suruhan. Sejak zaman dulu, kewartawanan yang dibawanya memang propaganda basi dan bohong semata-mata. Sebagaimana yang diajar kepada budak-budak wartawannya, cara tulisan Kadir hanya mahu ajak ramai orang merasa benci kepada saya. Walaupun apa yang ditulis itu adalah fitnah dan tidak berasas.
Kadir patut sedar bahawa propaganda murahan zaman dia berkuasa di New Straits Times sudah tak laku lagi. Lebih baik bagi Kadir jika dia menyatakan apa yang benar. Ramai orang tahu Kadir baik dengan Tun Daim Zainuddin, iaitu Bendahari Umno pada masa itu. Sudah tentu rapat juga hubungannya dengan Presiden Umno Baru Dr Mahathir. Begitu juga dengan orang kaya Umno Tan Sri Halim Saad. Peguam Negara pada masa itu pula ialah Tan Sri Abu Talib yang bertanggungjawab kepada pejabat Official Assignee tahu ke mana harta Umno pergi; semua mereka ini masih hidup. Biarlah mereka yang mendedahkan penyelewengan ini.
Berilah fakta dengan tepat bagaimana, jika benar, saya “meraih” harta tersebut. Sebenarnya orang seperti Kadir tak ada apa-apa selain dari membuat tuduhan liar. Seperti yang saya terangkan dalam buku saya “Saya Pun Melayu” saya tidak pernah menjadi orang kanan Umno dan rapat dengan pemimpin tertinggi Umno. Saya tak sampai taraf Kadir yang berselisih bahu dengan pucuk pimpinan Umno waktu Dr Mahathir hebat dulu. Saya bukan peguam korporat Umno. Yang jadi peguam korporat Umno masa itu adalah Rashid & Lee, termasuklah Ketua Hakim Negara yang ada sekarang. Saya hanya buat seketika menjadi peguam kepada UEM dalam kes penswastaan Lebuh Raya Utara Selatan. Saya tidak pernah terlibat dalam apa -apa “corporate deals” berhubung Halim atau sesiapa pun. Ini semua telah saya jelaskan dalam buku saya tanpa berselindung.
Orang macam Kadir ini masih ramai dalam pimpinan Umno. Mereka tahu apa yang sebenar berlaku. Malah ramai pula yang dapat habuan dari Umno. Agaknya mereka rasa bersalah dan cuba nak palit dengan orang lain pula. Bila mereka rasa besar diri dan sedar ramai ahli biasa Umno tidak mengetahui banyak hal-hal dalaman, mudah bagi mereka membuat tuduhan terhadap orang seperti saya untuk melindungi penyamun yang sebenar. Pada zaman Kadir bermaharajalela sebagai pengarang untuk media milik Umno, saya hanyalah ahli Umno biasa. Jadi dia rasa mudah untuk membuat tuduhan palsu supaya orang benci saya. Mungkin bila Pakatan Rakyat diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah Malaysia, kita akan tahu cerita sebenar; bukan sekadar macam mana harta Umno hilang tetapi juga mengapa Umno diharamkan atau dimatikan. Malah mungkin juga terbongkar rahsia siapa penyamun sebenar.
Agaknya boss-boss Kadir takut saya berjaya dalam usaha kecil saya untuk merapatkan parti-parti pembangkang sebagai satu wadah kukuh serta mempunyai dasar bersama untuk melawan Barisan Nasional. Jadi wartawan pencen pun digunakan untuk memburuk-burukkan peribadi orang. Golongan ini tahu jika satu dasar bersama dijayakan oleh Pakatan, banyak masalah dalaman akan selesai dan Pakatan akan bersiap sedia untuk menggantikan BN sebagai pilihan rakyat.
InsyaAllah, jika rakyat memberi mandat, kerajaan pusat Pakatan Rakyat akan memberikan kebebasan kepada semua media untuk memilih pengarang yang benar-benar jujur, ikhlas dan berani dalam profesion mereka di kalangan wartawan sebenar. Ini akan memastikan tidak ada lagi “political assassins” seperti Kadir yang hanya tahu menembak curi orang-orang yang berjuang demi rakyat dan demokrasi.
Bagi saya, kalau PKR, PAS atau DAP yang mendakwa saya ini satu watak kartun dan seorang pengacau, maka saya perlu meneliti tuduhan tersebut. Tetapi kalau setakat penulis upahan Umno yang membuat tuduhan, saya rasa saya masih lagi boleh tidur nyenyak. Lagi pun tak berapa syok nak melayan budak-budak upahan, terutamanya yang hati mereka dah terlalu busuk.
Menurut Nazri menjawab soalan bertulis dari YB Guan Eng, kes tersebut telah menjelaskan bahwa 3 kes telah di gugurkan sebab tidak cukup bukti dan tidak releven manakala 1 kes lagi sedang dijalankan siasatan lanjut di tangan SPRM.
Nazri berkata kes siasatan yang di klasifikasikan sebagai "tiada siasatan lanjut", kerana tiada tertuduh yang sanggup untuk mengaku dan menyerahkan dokumen apabila diadakan temujanji dengan Pihak Hakim mahkamah tinggi.
| |||||||
Pengarah Strategik Parti KeAdilan Rakyat (PKR) Tian Chua mengemukakan bukti berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohamad Shafie Apdal dalam pemberian projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di Sabah dan Sarawak.
Beliau dalam satu sidang media di lobi parlimen semalam menjawab kembali penafian yang dibuat Shafie semalam mengenai salahguna kuasa itu. "Saya memang ada bukti mengenai perkara ini.Sebab itu saya buat sidang media semalam. Hari ini saya nak 'follow up' dengan bukti tambahan."katanya. Kelmarin Tian Chua yang juga ahli parlimen Batu mendedahkan wujud penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dalam pemberian projek BELB di Sabah dan Sarawak. Shafie didakwa sebagai menteri yang bertanggungjawab telah menggunakan kroni-kroninya sebagai `broker' untuk menganugerahkan projek BELB kepada kontraktor yang sudi memberi komisyen kepada beliau.Makalumat yang diberikan projek yang bernilai RM200 juta itu pada asalnya diberikan tender terbuka kepada 4 bauh syarikat, namun syafie kemudiannya telah menambah 4 syarikat lagi kepada 8 syarikat dan peruntukan sebanyak rm200 juta itu kemudiannya menjadi kan jumlah keseluruhan kepada rm300 juta. Kenyataan akhbar yang mempunyai 12 helai muka surat diserahkan beliau kepada media ketika persidangan dewan rakyat berlangsung. Menurutnya kelmarin, BELB merupakan salah satu dasar pembangunan dalam KLBW dan juga dasar utama Kerajaan Pusat tetapi projek�projek di bawah BELB menjadi punca sumber kewangan kepada individu dan kroni-kroninya. Semalam pula, Tian Chua mendedahkan bukti mengenai dua lagi syarikat yang diberikan kontrak berjumlah RM30 hingga RM80 juta oleh BELB melalui rundingan terus, bukan melalui tender. Menurutnya, dua syarikat berkenaan iaitu Magnate Innovation Sdn Bhd dan Ternama Tabah Sdn Bhd tidak memenuhi kriteria sebagai syarikat kontraktor kerana tidak berdaftar dengan pusat khidmat kontraktor (PKK) dan tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga serta tiada sijil pengiktirafan taraf bumiputera. Magnate Innovation Sdn Bhd didaftarkan pada 12 Februari lalu dengan modal hanya RM2. Manakala Ternama Tabah Sdn Bhd bermodalkan RM100. "Kita ingin tahu bagaimana syarikat yang begini tarafnya boleh diberi kontrak berjumlah RM30 hingga RM80 juta. Ini bermaksud syarikat ini diwujudkan hanya untuk menerima kontrak dan tiada rekod perkhidmatan sebelum ini."katanya. Sehubungan itu, beliau meminta Shafie memberikan penjelasan mengenai perkara itu sebelum ia dibawa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). "Kalau beliau (Shafie) enggan memberikan penjelasan, kita tiada pilihan lain selain bawa perkara ini kepada SPRM."katanya. Kelmarin, Shafie yang juga ahli parlimen Samporna menafikan dakwaan Tian Chua itu dan menyifatkannya sebagai pembohongan semata-mata. Beliau turut memberi amaran akan megambil tindakan undang-undang kepada sesiapa yang membuat dakwaan itu. _ |
|