Posted By: Redzuan RF8 Mediaon:
PEMECATAN TAJUDDIN PETUNJUK UMNO BAKAL PECAH BESAR?
Pemecatan Tajuddin Abdul Rahman sebagai ahli MT UMNO di saat-saat parti itu makin meningkatkan tekanan agar Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob segera membubarkan Parlimen, isyarat paling mudah difahami daripadanya ialah perpecahan lebih besar kian hampir mendekati ambang pintu.
Tindakan Zahid Hamidi memecat Ahli Parlimen Pasir Salak dan Duta Besar ke Indonesia hanya beberapa jam sebelum mesyuarat MT UMNO malam Jumaat lalu, sekaligus mengundang kaitan dengan ketidakhadiran Ismail Sabri dalam mesyuarat itu.
Sebagaimana yang diketahui dan bukan lagi rahsia, Tajuddin adalah penyokong kuat Ismail Sabri yang secara terbuka berani menunjukkan pendirian tidak setujunya terhadap kepimpinan Zahid Hamdi dalam beberapa isu.
Keputusan Ismail Sabri tidak hadir dalam mesyuarat itu tentu saja kerana beliau ingin meredakan keadaan berhubung desakan kluster mahkamah mahu PRU diawalkan, tambahan lagi Isham Jalil yang merupakan pendokong kuat Najib Razak diumumkan sebagai pengganti Tajuddin.
Jika pemimpin lain, misalnya yang berjawatan Ketua UMNO Bahagian dilantik menggantikan Tajuddin dan bukan Isham Jalil yang diketahui seorang yang totok Najib serta tiada sebarang jawatan dalam mana-mana hireaki kepimpinan, kebarangkalian untuk Ismail Sabri hadir mesyuarat MT mungkin masih ada.
Begitu pun, tidak hadir dan tidak melayan buat seketika desakan PRU awal di ketika rakyat sedang terbeban dan merungut dengan pelbagai perkara berkaitan kos sara hidup, ini boleh dikira tindakan bijaksana telah ditunjukkan oleh Perdana Menteri.
Di waktu yang sama, pemecatan Tajuddin bukan saja memberi isyarat bahawa Zahid Hamidi sedia memecat lebih ramai lagi mereka yang bersikap menentang dan tidak sebulu dengan kemahuan kepimpinan sedia ada, bahkan ia juga tidak lari daripada petunjuk semua penentang itu bakal digugurkan sebagai calon dalam PRU15 akan datang.
Dalam keadaan sekarang, jika PRU15 diadakan di ketika Zahid Hamidi masih Presiden UMNO dan Najib pula kekal sebagai “de facto” yang menguasai parti, sudah hampir pasti Tajuddin tidak akan dicalonkan lagi.
Bersamanya, tidak mustahil Annuar Musa, Shahidan Kassim, Khairy Jamaluddin dan beberapa pemimpin UMNO lain yang sealiran dengan Tajuddin dan pro Ismail Sabri, akan turut menerima nasib yang sama.
Adalah dijangkakan Zahid Hamidi akan memilih hanya mereka yang sehati sejiwa dengannya saja sebagai calon, manakala yang menentang semuanya bakal diketepikan.
Ia tidak lain, walaupun UMNO telah bersetuju meletakkan Ismail Sabri sebagai “poster boy” dalam PRU15 akan datang, Zahid Hamidi tetap mahu meletakkan dirinya lebih kukuh dan pencatur barisan kabinet jika ditakdirkan BN mampu membentuk kerajaan.
Dalam keadaan itu nanti, semua orang memahami, kehendak Zahid Hamidi dan Najib ialah mahu menjadikan Ismail Sabri sebagai “tawanannya” semata-mata.
Bagaimanapun, sebelum semua perancangan Zahid Hamidi dan Najib itu boleh direalisasikan menjadi kenyataan, perkara buruk yang paling hampir di depan mata berikutan tindak-tanduknya ketika ini ialah UMNO sedang menuju perpecahan yang serius.
Semua perpecahan itu akan menjadi tatapan kita semua apabila senarai calon diumumkan dan di ketika terbukti ramai pemimpin yang berada dalam kerajaan, tetapi tidak sehati sejiwa dengan Zahid Hamidi, digugurkan satu persatu.
Ia tidak saja akan mencetuskan rasa tidak puas hati dan mungkin pemberontakan, lebih buruk jika pemimpin UMNO yang digugurkan itu diambil pula oleh parti lain, misalnya Bersatu atau Pas, sebagai calon mereka.
Bagaimana pula jika sebagai tanda protes atas pengguguran ramai nama besar itu sebagai calon, beberapa pemimpin UMNO lain yang selama ini berdiam diri turut bertindak memihak kepada penama-penama yang digugurkan itu?
Dalam keadaan itu, masih ada lagikah peluang untuk UMNO dan BN memenangi PRU15?
Akhirnya, jika UMNO kalah sekali lagi, bukankah Zahid Hamidi yang menjadi punca parti berpecah seharusnya diletakkan semua beban kesalahan dan kekalahan? – ShahbudinHusin 26/06/2022.
MASAALAHNYA YANG MERASUAH TU PARTI MANA YA ? JANGAN DOK BUAT HAIRAN LA...
Bekas MB Johor sangsi politik stabil, bimbang pemimpin dibelenggu korupsi selepas PRU15
PETALING JAYA: Politik negara dibimbangi kekal tidak stabil, selain korupsi terus membelenggu pemimpin walaupun selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata bekas menteri besar Johor, Abdul Ghani Othman.
Beliau yang menjadi menteri besar selama 18 tahun bermula 1995 hingga 2013, berkata keupayaan kepimpinan mengurus negara juga turut menjadi kebimbangannya.
“Ada tiga kebimbangan saya, yang pertama adakah akan berterusan keadaan politik yang tidak stabil? Besar kemungkinan politik negara kita akan terus tidak stabil walaupun selepas PRU15.
“Yang kedua, korupsi dalam kalangan pemimpin dan ketiga keupayaan kepimpinan memimpin serta mengurus tadbir negara kita,” katanya menurut laporan Sinar Harian.
Ads by
Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Johor, di Bangunan Umno Johor, di Johor Bahru.
Ghani turut berharap kestabilan politik dapat dicapai oleh parti politik bertanding, pada PRU15.
“Menjadi harapan kita juga supaya pemimpin yang dipilih tidak korup dan ada keupayaan daripada segi intelektual untuk memimpin dan mengurus tadbir negeri dan negara,” katanya yang menjadi memimpin Johor dari 1995 hingga 2013.
Beliau turut berharap pemimpin muda diberi tanggungjawab mengemudi negeri dan negara dapat menjalankan tugas dengan baik serta mengemukakan idea baharu yang lebih segar.
“Alhamdulillah, contohnya sudah wujud di Johor ini (menteri besar muda). Semoga mereka dapat membawa negeri dan negara kita dengan lebih baik,” katanya.
GENG KATAK CUBA SABOTAJ RUU ANTI LOMPAT PARTI SEBAB TAKUT PATAH KAKI*
*GENG KATAK CUBA SABOTAJ RUU ANTI LOMPAT PARTI SEBAB TAKUT PATAH KAKI*
- Saya sudah mendengar pelbagai polemik mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti ini sejak hampir setahun lalu lagi.
- Pada awal cadangannya, ramai pihak terutamanya ahli-ahli politik begitu beriya-iya menyokong RUU ini dengan harapan mahu membendung MP-MP melompat parti dan mengelakkan pengkhianatan terhadap mandat rakyat serta parti.
- Masing-masing bersemangat beri kenyataan. Ada yang menyokong penuh, ada yang mahu disegerakan dan tak kurang juga yang 'claim' mereka kononnya sudah lama memperjuangkan RUU Anti Lompat Parti ini.
- Namun bila proses perundangan ini mula dirangka dan mahu dibentangkan di Parlimen, tiba-tiba pula macam banyak halangan. Macam susah sangat nak dibentangkan. Macam ada cubaan untuk menangguhkan atau mensabotaj perbentangan RUU Anti Lompat Parti ini.
- Kemelut ini diakui sendiri oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam Facebook beliau. “Dengan kata lain, perundangan ‘Antilompat’ akan mengambil masa yang panjang, berdepan risiko ditangguh untuk sekian kali. Kelewatan ini seolah-olah tiada keseriusan dan ketegasan, malah kurang keazaman politik untuk digubal, bahas dan diluluskan. Adakah terdapat gunting dalam lipatan di sebalik kelewatan ini?,” kata Zahid.
- Kenapa Zahid cakap begitu? Kerana UMNO ialah parti yang paling terkesan dan menjadi mangsa lompat parti apabila terdapat Ahli Parlimennya yang melompat parti selepas Barisan Nasional (BN) tewas.
- Anda rasa siapakah yang cuba mensabotaj pembentangan, kelulusan dan pelaksanaan RUU Anti Lompat Parti ini? Mestilah katak-katak yang sebelum ini begitu ghairah bertukar parti demi menjaga kepentingan mereka.
- Geng katak seperti bekas MP-MP UMNO yang melompat ke Bersatu selepas BN tewas pada PRU14 lalu, mula takut kalau RUU ini sudah diluluskan peluang mereka untuk lompat ke parti lain tak ada lagi.
- Sebenarnya ramai katak-katak dalam Bersatu itu risau dan takut tentang masa depan politik mereka selepas PRU15 nanti. Mereka tahu Bersatu tak akan menang dalam PRU15 dan hanya akan jadi sebuah parti yang hidup segan, mati tak mahu.
- Bersatu hidup dulu pun sebab Mahathir dan katak UMNO seperti Muhyiddin sekongkol dengan PH jatuhkan BN.
- Muhyiddin pun jadi PM pasal UMNO tolong angkat dia dan akhirnya sampai cita-citanya nak jadi PM. Maka dapatlah Bersatu sambung nyawa balik.
- Sekarang bila Muhyiddin suddah tak jadi PM , prospek Bersatu makin malap dan geng katak mulalah resah.
- Tambah lagi apabila, saksi dalam kes Zahid mendedahkan dalam mahkamah semalam, bahawa Muhyiddin ketika menjadi Menteri Dalam Negeri pada turut menerima imbuhan sebanyak RM1.3 juta dari projek Visa Luar Negara (VLN)! Lagilah buat Bersatu patah kaki dan terduduk.
- Jadi mereka sudah ada niat dan pelan untuk lompat parti, tinggalkan Bersatu untuk masuk semula UMNO atau mencari parti-parti lain. Memang peel katak, bila satu kolam sudah kering, ia akan cari kolam lain untuk lompat dan untuk hidup.
- Begitu juga katak politik, bila parti yang mereka sertai itu sudah tak boleh beri manfaat kepada kepentingan diri dan kuasa, mereka akan cari parti lain untuk mereka terus hidup. Macam yang YB Zuraida buat tu.
- Saya dapat tahu, bukan hanya katak-katak politik dalam Bersatu saja yang nak sabotaj RUU Anti Lompat Parti ini, ada juga dalam kalangan MP BN ketika ini yang bernada musuh politik UMNO juga mahu sabotaj RUU dengan harapan mereka dapat terus bekerjasama dengan sekutu mereka yang melompat parti.
- Sebab itulah bila kita ikuti perkembangan mengenai RUU ini, hanya pemimpin-pemimpin dari UMNO saja yang benar-benar menyokong pembentangan RUU ini. Pemimpin-pemimpin katak dalam Bersatu dan sebahagian pemimpin UMNO yang bersekutu dengan mereka seperti kunci mulut. Tak mahu bercakap dan tak mahu komen banyak. Pemimpin PH dan Pas pula hanya suam-suam kuku saja bercerita pasal RUU ini.
- Mereka takut kalau RUU ini sudah jadi undang-undang, katak-katak ini akan patah kaki dan tak boleh melompat lagi. Padan muka!
DATUK NUR JAZLAN MOHAMED
TIMBALAN PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI JOHOR MERANGKAP KETUA UMNO BAHAGIAN PULAI
KAH..KAH..KAH..PENYELESAIAN KONKRIT BILA DAPAT RATUS DOLLAR ...KAH....KAH- UNGGAS UNGGAS PULAK DAH....ADAKAH ITU BUKAN FORMULA ATAU BATU KONKRIT ?
Rakyat tak perlukan ‘raja formula’ tetapi penyelesaian konkrit, Zahid bidas Rafizi
PETALING JAYA: Rakyat tidak memerlukan “raja formula” sebaliknya penyelesaian konkrit bagi menangani kos sara hidup dan isu sekuriti makanan negara, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Presiden Umno itu membidas kenyataan Rafizi Ramli yang memperlekehkan cadangan parti terbabit menubuhkan Lembaga Unggas Kebangsaan dan pada masa sama bekas ahli Parlimen Pandan itu pula mencadangkan badan khas untuk menguruskan risiko gangguan bekalan makanan.
“Beliau katakan cadangan tersebut akan membazir wang rakyat dan menambah lagi karenah birokrasi. Tapi beliau sendiri pula mencadangkan untuk mewujudkan satu badan bebas untuk menguruskan risiko gangguan bekalan makanan.
“Tidakkah itu akan menambah lagi birokrasi dan sedikit sebanyak menggunakan wang rakyat?” soalnya di Facebook.
Ads by
Zahid berkata, ia bukan kali pertama bakal timbalan presiden PKR itu memberikan cadangan atau kritikan yang ‘self contradictory’.
“Kita semua masih ingat siapa Rafizi dan bermacam dakyah penipuan yang ditaburkan kepada rakyat sejak PRU13 lagi melalui kempen ‘Bina Semula Negara’ beliau.
“Rakyat perlukan solusi kepada permasalahan mereka. Rakyat tidak kisah tentang formula. Terutama sekali formula daripada Rafizi bersama PH sendiri tumbang selepas 22 bulan,” katanya.
Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno semalam mencadangkan kerajaan mewujudkan Lembaga Unggas Negara bagi menyelesaikan isu berkaitan bekalan ayam supaya ia dapat ditangani secara menyeluruh.
Ia termasuk menyelesaikan isu daripada aspek pengeluaran anak ayam, kos penternakan dan dedak supaya ia tidak mudah dimanipulasi pihak kartel berkepentingan.
Namun, cadangan itu mengundang kritikan Rafizi yang menyifatkan penubuhan sebuah lembaga kebangsaan bagi menangani isu terbabit sebagai satu jenaka.
“Idea Umno untuk menangani masalah kenaikan kos makanan dan sara hidup ialah dengan menubuhkan Lembaga Unggas Kebangsaan. Selepas ini apabila harga kambing pula naik, Umno akan menubuhkan Lembaga Kambing Kebangsaan.
“Akhirnya, tindakan ini hanya menambah bebanan kewangan kepada rakyat yang terus menanggung gaji, elaun dan belanja ahli-ahli politik dari parti-parti mereka yang dilantik untuk menjadi bos kepada lembaga ayam, lembaga kambing dan lain-lain,” katanya dalam kenyataan.
KONON KERAJAAN NAK IMPORT AYAM, HARGA PUN MELAMBUNG
Konon kerajaan nak import ayam, harga pun melambung
on:
Harga ayam meningkat dan kekurangan bekalan terjadi akibat lemahnya strategi pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam mengumumkan pemansuhan Permit Import (AP) ayam bulan lalu.
Menurut aktivis media sosial KEADILAN, Zainurizzaman Moharam, pengumuman itu mungkin mempengaruhi penternak dalam merancang bekalan ayam, apatah lagi kerajaan tidak berunding dengan mereka terlebih dahlu.
“Banyak pihak beri kenyataan harga ayam naik berpunca daripada permintaan melebihi penawaran.
“Menteri, Pakar ekonomi, muslimat Pas, pelajar sekolah pun tahu mengenai teori ekonomi permintaan melebihi penawaran menyebabkan harga meningkat.
“Selain harga dedak naik, faktor cuaca dan sebagainya apakah punca sebenar kenaikan ini? Inilah yang rakyat perlu tahu
“Bulan lalu kerajaan mengumumkan untuk mengimport ayam beberapa juta ekor dari luar bagi menampung kekurangan bekalan. Masalahnya tiada sebarang perbincangan antara kerajaan dengan mana-mana persatuan (penternak swasta). Atau mana-mana penternak,” katanya.
Perbincangan jika dilakukan, dakwa Zainurizzaman, mungkin hanya dengan beberapa pertubuhan di bawah kendali Kementerian Pertanian seperti Nafas yang mana abang Ismail Sabri, Zamri Yaakob menjadi pengerusinya, kerana Ismail pernah membayangkan pertubuhan itu perlu mengambil kesempatan untuk mengimport ayam.
Zainurizzaman berteori, saranan mengimport ayam itu menjadi menyebabkan penternak mengurangkan jumlah ternakan.
“Kerajaan mahu bawa masuk ayam dari luar jadi penternak bimbang akan berlaku lambakan belakan yang boleh merugikan mereka.
“Kemudian apa yang berlaku? Kerajaan gagal bawa masuk ayam yang dijanjikan kerana harga ayam import lebih mahal daripada ayam tempatan.
“Penternak sudah kurangkan pengeluaran tetapi kerajaan gagal bawa masuk ayam maka berlakulah permintaan melebihi penawaran,” katanya.
Zainurizzaman bertanya kembali, adakah kerajaan BN yang bertindak semberono dalam isu ayam ini akan mampu mengawal harga berbanding kerajaan Pakatan Harapan yang berjaya mengekalkan harga ayam bulat sekitar RM7.00 selama dua tahun.
“Jadi ini salah siapa? Jawabnya salah Ismail Sabri dan keluarga Malaysianya. Siapa yang rugi? Rakyatlah yang menanggung,” katanya lagi.
Justeru beliau mengingatkan agar rakyat lebih cerdik dalam Pilihan Raya Umum ke 15.
Sekiranya harga ayam pun tidak mampu dikawal oleh kerajaan BN – PN bagaimanakah, katanya, kerajaan itu mampu untuk menguruskan hal hal lebih rumit seperti menarik pelaburan asing atau mewujudkan pekerjaan Revolusi Industri 4.0 yang pasti tidak difahami oleh sebahagian besar Menteri di negara ini.
SEGERAKAN RUU PENDANAAN POLITIK, ELAK KRISIS KEYAKINAN
Segerakan RUU Pendanaan Politik, elak krisis keyakinan
Rang Undang undang (RUU) Akta Pendanaan Politik perlu segera dibentangkan di Parlimen memandangkan banyaknya pendedahan di mahkamah melibatkan nama nama tokoh politik utama negara menerima wang daripada entiti swasta.
Sehubungan itu, Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid menggesa Kerajaan BN – PN bertindak segera memandangkan menteri menteri mereka telah dinamakan sebagai penerima sejumlah dana.
Katanya, dengan Akta Pendanaan Politik maka jumlah yang boleh diterima, cara penerimaan dan sumber dana berkenaan boleh dikawal serta didedahkan kepada umum.
Tanpa akta itu, kata Abdullah, keyakinan umum terhadap ahli politik sangat buruk dan mengaitkan mereka dengan rasuah serta mengamalkan kronisme terhadap syarikat yang menyumbang dana.
“Di Amerika Syarikat ada undang-undang menerima sumbangan politik tetapi Malaysia tidak mengizinkan perkara itu berlaku
“Justeru, kerajaan perlu mengambil tindakan di atas keterangan Mahkamah ini. Kerajaan juga perlu menyeragamkan tindakan terhadap penerima wang.
“Wajar satu akta diwujudkan untuk membolehkan semua sumbangan politik dikawal. Kita sarankan perkara ini (Akta Pendanaan Politik dibawa) ke Parlimen,” katanya ketika dihubungi.
Berkenaan pendedahan nama nama menteri yang didedahkan menerima dana seperti Datuk Seri Khairy Jamaluddin, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Tan Sri Mahiaddin Yassin dan sebagainya dalam perbicaraan kes salahguna kuasa bekas Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi, Abdullah Sani menegaskan perkara itu perlu diuruskan mengikut undang undang sedia ada.
Katanya, setiap dana yang diberi perlu disiasat apakah ada imbalan sebaliknya diperolehi oleh syarikat yang menyumbang.
“Kita nak heret semua termasuk Muhyiddin, takkan nak sabitkan Zahid sahaja, ini tidak adil. Kalau Zahid Hamidi dikategorikan sebagai rasuah, mereka semua itu juga rasuah,” ujarnya.
Dalam pada itu, Abdullah tidak bersetuju dengan kempen penafian salah satu parti komponen kerajaan kononnya mereka lebih bersih daripada pemimpin Umno.
Katanya, rakyat Malaysia harus membuka luas pemikiran mereka bahawa semua yang terlibat dalam parti pemerintah tidak terkecuali daripada aktiviti menerima dana berkenaan.
“PRU 15 nanti tak payahlah laung soal ketelusan dan mereka ini tidak layak langsung bercakap soal itu.
“Hal ini kerana pemimpin mereka telah merosakkan imej negara,” sinis Abdullah lagi.
HUSAM MUSA & MAZLAN ALIMAN - ISU POLITIK KELANTAN, FELDA & DIALOG BERSAM...
HUSAM MUSA & MAZLAN ALIMAN - ISU POLITIK KELANTAN, FELDA & DIALOG BERSAMA WARGA PENEROKA
YBhg Datuk Husam Musa (Pengerusi Save Kelantan)
Datuk Mazlan Aliman Penasihat Persatuan Anak Felda Kebangsaan(ANAK)
PERARAKAN RAKYAT! MARAH DENGAN KERAJAAN CAP AYAM!! HARGA BARANG NAIK (BN)
Jun 26, 2022 RAKYAT SEMAKIN TERTEKAN DENGAN KEGAGAKAN KERAJAAN MENGAWAL HARGA BARANG YANG SEMAKIN MEMBIMBANGKAN.
RENTASAN 1155 | GEMPAR!! PENYELEWENGAN AHLI LEMBAGA PENGARAH FGV KINI DI...
MENARIK DALAM RENTASAN 1155
1. LAYAKKAH AHLI LEMBAGA PENGARAH FGV DIBAYAR ELAUN LUMAYAN?
2. APABILA TENTERA SIBUK BERLADANG, SIAPA JAGA SEMPADAN?
3. KATAK TAKUT PATAH KAKI KALAU ADA AKTA ANTI LOMPAT PARTI
4. DANA POLITIK ATAU BARAH POLTIK?
PANAS!! INI MOTIFNYA SEBILANGAN MASYARAKAT MELAYU MASIH LEKA?
"MENCARI MELAYU YANG BERJAYA & BERJIWA"
ENGGAN LAYAN MEMO PEMUDA UMNO, MACAM MANA TENGKU ZAFRUL NAK JAGA PENGUNDI MARHAEN KUALA SELANGOR?
Marah benar Ahli MT UMNO, Zahidi Zainal Abidin terhadap sikap Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang enggan melayan memorandum bantahan Pemuda UMNO berhubung isu Digital Nasional Berhad yang melaksanakan rangkaian 5G ke seluruh negara.
Berikutan memo itu diserahkan kepadanya selaku Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Zahidi lalu berjumpa dengan Tengku Zafrul untuk meminta penjelasan.
Bagaimanapun, sebagaimana disebut oleh Zahidi seperti dilaporkan media, Tengku Zafrul enggan melayan atau memberi penjelasan berhubung bantahan yang dikemukakan Pemuda UMNO itu.
Malah beliau seolah-olah mencabar pula mereka untuk berlawan dengan kuasa yang dimilikinya selaku Menteri Kewangan.
“Saya wakil MKT ingin mendapat penjelasan pasal isu memorandum, dia (Tengku Zafrul) tak mahu dengar, nak lawan kita lawan…itu jawapan dia,” ujar Zahidi.
Sehubungan dengannya, Ahli Parlimen Padang Besar itu menggesa MT UMNO melakukan sesuatu dan memanjangkan kepada kabinet agar Tengku Zafrul ditukar sebagai Menteri Kewangan.
“Pasal Menteri Kewangan ini saya dah minta dalam mesyuarat kalau boleh kita tukarkan beliau sebagai Menteri Kewangan,” tambah Zahidi lagi.
Meskipun bukan kuasa MT UMNO untuk mencadangkan pertukaran mana-mana menteri, tetapi apa yang dilakukan Zahidi adalah manifestasi rasa marahnya yang tertahan lagi.
Jika benarlah itu sikap Tengku Zafrul dalam berhadapan atau melayan memorandum bantahan daripada Pemuda UMNO yang disampaikan oleh seorang ahli MT dan timbalan menteri, ia bukan saja sesuatu yang tidak wajar, malah boleh dianggap keterlaluan.
Bagaimana boleh seorang menteri yang gajinya dibayar melalui titik peluh dan cukai rakyat boleh bersikap sombong dan tidak melayan rintihan daripada rakyat?
Dengan bersikap demikian, Tengku Zafrul selain tidak layak menjadi Menteri Kewangan, bahkan juga tidak wajar sama sekali memegang apa-apa jawatan berkaitan kepentingan awam.
Seseorang yang memegang jawatan berkaitan kepentingan awam yang gajinya dibayar daripada hasil titik peluh rakyat semestinya perlu berkhidmat setulus hati untuk kepentingan rakyat.
Lebih daripada itu, melalui sikap Tengku Zafrul yang didedahkan Zahidi itu, beliau juga jelas tidak hormat kepada UMNO sebagai sebuah parti yang mewakili rakyat.
Sedemikian, UMNO tidak harus memberi sebarang ruang atau laluan kepadanya untuk bertanding di Parlimen Kuala Selangor atas tiket parti itu dalam PRU akan datang sebagaimana minat yang ditunjukkannya kebelakangan ini.
Beliau tidak layak menumpang atas tiket UMNO kerana sikap kayangannya bertentangan dengan penampilan yang sewajarnya bagi seseorang pemimpin yang hendak mewakili parti akar umbi yang tidak dapat lari daripada sentiasa membela kepentingan rakyat.
Kalau memorandun Pemuda UMNO pun tidak dilayannya, lagi jadi mangsa pengundi marhaen Kuala Selangor dengan berwakilkan beliau sebagai Ahli Parlimen kawasan itu. – ShahbudinHusin 26/06/2022.
Hipotesis Politik Jun 2022
1) Saya masih dengan pendapat saya yang PRU15 sampai habis
penggal walaupun ramai yang kata PRU dalam bulan Ogos atau September
a) Hujah saya mudah, hari ni kita dapat lihat satu lagi crack
dalam UMNO bila Isnail tak hadir dalam mesyuarat MT; dan orang kuat Isnail,
probok2 di pecat dari jadi MT UMNO. Jadi kestabilan yang BN canang itu hanyalah
fantasi sahaja.
b) Ini semua pressure dari kluster Mahkamah untuk bubarkan
parlimen tapi kuasa bubar parlimen hanya boleh di minta oleh PM.
c) Jika PM bubar Ogos ini misalnya, kuasa lantikan calon
terletak pada Pengerusi BN iaitu Wak Akal Budi. Kenapa Ogos? Sebab Ogos juga
tarikh pengujahan kes pecah amanah. Kalau Wak di dapati bersalah dan dia masih
nak bertanding; dia akan jadi libiliti pada BN; jadi mereka akan cuba bubar
sebelum tarikh tersebut.
d) Kalau kepimpinan sama, geng-geng kluster menteri pasti takkan
di lantik semula. (yang ironis majoriti mereka ini juga penerima derma dari
UKSB dan penerima derma dari kes terowong LGE)
2) Jadi perkara
terbaik
yang Isnail boleh buat ialah demgan drag pembuburan parlimen
sehingga ujung penggal. Isnail dan geng kluster menteri hanya akan setuju bubar
kalau mereka yakin dapat secure lantikan untuk PRU which is kalau Isnail dapat
ambil alih tampuk kepimpinan BN.
3) Semalam juga kita dengar cerita yang lebai nak guna balik
logo mereka sendiri; jadi kita boleh tahu yang mereka sudah rasa modal
"abah baca doa" dah tak boleh jalan. Boleh jadi juga dedak dari sudah
habis, kini bersatu ibarat habis madu sepah di buang. Sama ada Lebai akan
bersama dengan BN atau tidak itu isu kedua, yang penting bila lebai tidak
bersama dengan bersatu; undi atas pagar akan jadi lebih banyak dan up for grab.
4) Kita boleh lihat abah PDF semakin cemas, sibuk nak kerjasama
dengan orang lain padahal dulu masa ada kuasa, dia bukan main sombong. Ingatlah
janji Allah pada mereka yang berkhianat. Kes terima duit UKSB ini hanya tips of
the iceberg. Ini baru cerita satu kementerian; kalau buka semua alamat 3/4
pemimpin dalam UMNO dah sangkut. Tapi depa tak sangkut walaupun kes heli tak
jumpa sebab ada orang simpan cita-cita peribadi untuk berkuasa lebih dari
perjanjian.
5) Saya setuju dengan gerakkan macam #ayuhmalaysia
oleh Rafizi dan #saveKelantan
oleh Husam. Benda yang macam ini yang akan bagi impak besar pada pengundi baru
dan pengundi atas pagar. Yang dok canang-canang dengan perkataan buruk macam
"polit@ik" atau orang politik ini semua sama adalah orang yang sama
yang undi barisan nasional lepas dapat dedak RM200. Lepas tu canang semua orang
politik sama padahal mereka sendiri adalah enabler politik jijik macam itu.
Yang penting target kita adalah pengundi atas pagar.
6) Mengikut firasat saya kalau PAS bertanding dengan logo
sendiri, peluang mereka untuk tewas di Kelantan adalah sangat tinggi. Dengan
pemimpin yang angkuh, tak boleh pakai, hanya pandai berceramah; yang penyokong
parti sendiri pun dah turut menyampah. Cuma yang penting bagi kita, undi mereka
jangan terlepas pula pada UMNO. sebab UMNO ini dua kali 5. Bala yang rakyat
kita tanggung sekarang ini salah satu dari tinggalan PM Facebook, 2.5 billion
setahun kena bayar bunga dan prinsipal hutang 1MDB.
7) Dan Isnail juga telah di nobat sebagai PM paling lemah oleh
orang UMNO sendiri (Baca Jazlan); tengok track record dia pun dah tahu. Bising
bab Adib waktu jadi ketua pembangkang, sampai sekarang tak settle. Buat Digital
Mara pun bungkus. Bab harga barang jangan ceritalah. Ini elektrik pun pakat
u-turn lepas tak tahan kena kecam. Style dia macam Abah PDF, semua benda
autopilot + blur.
Benda yang
paling penting sekarang ialah PH kena dapatkan balik sokongan golongan T20 dan
M40 yang sokong PH waktu PRU14 dulu. Sebab itu PM Facebook saja bagi cadangan
tak masuk akal nak naikkan RON95 konon2nya golongan T20 yang banyak salah guna,
dia buat ini sebab dia tahu golongan T20 banyak yang cerdik; dan orang cerdik
takkan sokong dia. Jadi bila naikkan harga RON95, duit subsidi itu boleh bagi
CASH pada pengundi B40 (sekarang ini di apungkan guna formula Rafizi tu). Tapi
yang PM Facebook tak cerita pasal rantaian kenaikan harga barang-barang lain
kalau RON95 tak ada subsidi; dia peduli apa harga barang naik, berlian bini dia
pun juta-juta guna duit rakyat.
9) PH kena bagi manifesto dan alternatif untuk mereka yang tak
suka korupsi dan tak suka penunggang agama. Bukti 22 bulan banyak benda yang
bagus macam perlaksanaan akta guaman syarie, kewangan tabung haji yang kembali
stabil (yang duk fitnah PH jual asset dulu, masa TH jual, dia jadi timbalan
menteri sebab itu settle luar mahkamah) dan paling penting harga barang-barang
yang munasabah.
10) Orang melayu sendiri boleh tengok selama 3 tahun kerajaan
PN\BN ini, mereka paling teruk dalam menjaga hak orang melayu. Di kelantan dan
macam rejim zionis, kena halau dari tanah sendiri rumah pun tak dapat.
11) Bonus kalau PH boleh tubuh kerajaan; tapi kalau BN juga
menang, bersiap sedialah untuk jadi Zimbabwe dan Sri Lanka yang baru. Cuma kita
akan lihat pimpinan PN + Lebai jadi kluster Mahkamah.
BIAQ BETOI
Bukan barang order. Juga bukan barang order.
Last baca sajak angkat bakul sendiri ini bila Abah PDF lingkup
lepas 17 bulan cubaan prorouge parlimen tak berjaya akibat tak cukup majoriti.
Ni paklong Isnail pun start puji diri sendiri, nampak dah exhibit pattern
melingkup yang sama. Ini sintom sama dengan orang yang dok like post sendiri,
kalau miskin sangat pun janganlah dok like status sendiri.
Apalah malang rakyat Malaysia dapat PM varian auto pilot + blur.
MEREKA BUKAN NAK KISAH RAKYAT BOLEH HIDUP ATAU TIDAK- MEREKA MEREKA MAKAN RASUAH KUAT
Kenaikan elaun pengerusi, pengarah FGV tak sensitif derita rakyat
PETALING JAYA: Keputusan menaikkan elaun pengerusi bukan eksekutif dan pengarah bukan eksekutif FGV Holdings Bhd (FGV) adalah keputusan terburu-buru dan tidak sensitif terhadap penderitaan rakyat.
Penasihat Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman berkata, perkara itu akan menyebabkan kemarahan warga peneroka memandangkan pegangan Felda kepada FGV adalah 80%.
“Dikala rakyat termasuk warga Felda terkesan dengan kos sara hidup, kenaikan harga barang dan mulai 1 Julai subsidi minyak masak, ayam dan telur ayam ditarik, keputusan ini terburu-buru dan tidak sensitif dengan beban ditanggung rakyat.
“Hampir 70% warga Felda adalah Generasi Baharu Felda kerana ibu bapa (peneroka asal) telah meninggal dunia.
Ads by
“Meskipun harga sawit stabil ketika ini, tapi pendapatan diagihkan sesama adik beradik. Jika kebun dalam proses tanam semula dan pokok sawit tua, berapa sangat hasil diterima setiap bulan,” katanya kepada FMT.
Beliau bagaimanapun tidak menafikan keuntungan dicapai FGV susulan kenaikan harga minyak sawit mentah (MSM) di pasaran global hasil dedikasi kakitangan.
Namun, katanya, ia tidak bermakna elaun jawatan berkenaan perlu dinaikkan.
“Keuntungan FGV pun sebahagian besarnya disumbang kesan kenaikan harga sawit kebelakangan ini dari krisis dunia. Apakah jaminan kestabilan harga komoditi sawit boleh dipertahankan? Walhal kita sedia maklum turun naik harga sawit sentiasa berlaku sejak sekian lama,” katanya.
Sehubungan itu, Mazlan menggesa kerajaan mempertimbangkan semula keputusan AGM FGV dengan mengambil kira kedudukan ekonomi negara.
Beliau juga menggesa kerajaan mengutamakan Pelan Pemilihan Felda seperti kandungan kertas putih yang dibentang April 2019.
Baru-baru ini dilaporkan elaun pengerusi bukan eksekutif FGV Holdings Bhd (FGV) dinaikkan kepada RM40,000 sebulan, berbanding RM25,000 sebelum ini, antara 13 resolusi diluluskan majoriti pemegang sahamnya dalam mesyuarat AGM syarikat itu.
Menurut notis AGM itu, elaun pengerusi bukan eksekutif FGV dinaikkan daripada RM300,000 kepada RM480,000 atau bersamaan RM25,000 sebulan kepada RM40,000 sebulan bagi tempoh setahun, bermula 24 Jun 2022 hingga AGM akan datang.
Imbuhan pengarah bukan eksekutif FGV bagi tempoh sama juga naik daripada RM120,000 kepada RM150,000 atau daripada RM10,000 sebulan kepada RM12,500 sebulan.
Subscribe to:
Posts (Atom)