Universiti perlu kemuka idea baharu bangunkan pendidikan negara







Oleh: Helmi Mohd Foad



Institusi pengajian tinggi (IPT) perlu diberi kelonggaran untuk mengemukakan idea-idea baharu dalam bidang pendidikan negara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Perdana Menteri berkata, perkara itu penting bagi memastikan pusat pengajian tinggi negara dapat bersaing di peringkat serantau dan dunia sekali gus melahirkan mahasiswa berdisiplin dan berkualiti tinggi.



"Kementerian Pendidikan Tinggi hanya harus selaraskan (program) bagi mengelakkan apa-apa pertindihan atau permasalahan tapi beri lebih banyak ruang kepada unversiti, lihat lebih banyak program yang lebih baik, kalau tidak kita ubah kepimpinan (IPT)," katanya ketika berucap pada program Wacana Strategi Kementerian Pendidikan Tinggi di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur hari ini.



Hadir sama Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Perdana Menteri berkata mahasiswa di negara ini juga perlu bersungguh-sungguh menimba ilmu termasuk melakukan kajian lebih berkualiti.



Jelas beliau berdasarkan pengalamannya menjadi tenaga pengajar termasuk menjadi felo pelawat di beberapa universiti di luar negara, golongan mahasiswa di Barat mempunyai disiplin pembelajaran yang tinggi.

"Saya tidak fikir kita boleh bersaing dalam dunia pendidikan, melawan China, Taiwan, Finland dan negara lain, kalau mahasiswa tidak memiliki disiplin yang tinggi," katanya.



Anwar turut menyeru golongan pemikir, intelek dan ahli akademik untuk bersama-sama membantu kerajaan dalam memperbaiki kelemahan negara serta mengangkat martabat anak-anak muda dalam pembelajaran.



"Pokoknya dalam kalangan pemikir bangsa, keutamaannya adalah menggunakan ruang perbaiki kelemahan kita, keutamaan kita mendidik anak-anak kita supaya dalam masa lima enam tahun, mereka bersaing dengan yakin dengan negara-negara maju di dunia ini," katanya.



Beliau turut mahu penggunaan bahasa Melayu diutamakan dalam pengajaran dan pembelajaran di IPT namun dalam masa sama menekankan kepentingan menguasai bahasa Inggeris.

 

 

Institusi pengajian tinggi perlu angkat imej negara - PM


 

Oleh: Abdullah Zaid



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar misi kerajaan membawa Malaysia ke persada dunia perlu disambut oleh semua pihak terutama institusi pengajian tinggi.



Kerajaan melalui semua kementerian, katanya, giat melakukan perubahan dasar yang memerlukan penyelesaian segera dan pantas demi mengangkat semula kedudukan Malaysia di mata dunia.



"Situasi dunia pasca normal yang dirumuskan sebagai kompleks ini semuanya berlaku dalam perkara (waktu) sama seperti digital, climate change, transisi tenaga dan penguasaan bahasa,



"Jadi semua cabaran dan permasalah termasuk isu pembenturan idea mesti diselesaikan dalam masa singkat dan segera," katanya ketika menyampaikan ucapan pada majlis Perasmian Wacana Strategi Pendidikan Tinggi di Pusat Dagangan Dunia (WTC), hari ini.



Amanat beliau yang juga Pengerusi Sekretariat Kerajaan Perpaduan itu turut disiarkan secara langsung di Facebook rasmi Kementerian Pengajian tinggi.



Justeru, Perdana Menteri menyeru tenaga pengajar dalam bidang pendidikan tinggi perlu mengangkat semula martabat dan kualiti generasi muda agar mampu bersaing dengan negara luar.



"Anda (tenaga pengajar) semua, pemikir bangsa harus melihat keutamaan mengangkat martabat bangsa, negara dan keutamaan agama.



"Oleh itu, gunakan ruang untuk perbaiki kelemahan-kelemahan kita, keutamaan adalah mendidik anak-anak kita supaya lima hingga 10 tahun lagi mereka mampu bersaing dengan yakin dengan negara luar," ujarnya lagi.



Untuk rekod, Wacana Strategi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) selama dua hari bermula hari ini bertujuan menyelaraskan semula strategi, merangka hala tuju strategik KPT, mencadangkan program atau inisiatif serta membincangkan isu-isu strategik berkaitan KPT dan cadangan penyelesaian bagi tahun ini.



Pelaksanaan objektif wacana ini diteriemahkan dalam beberapa sesi pembentangan dan forum secara interaktif oleh pembentang, ahli panel serta pakar dalam bidang masing-masing.

 

RENTASAN 1519 | GEMPAR!! SOKONGAN TERHADAP PMX BAKAL TERUS BERTAMBAH?







MENARIK DALAM RENTASAN 1519

1. MB KEDAH MINTA RAKYAT TUNGGU APA? 2. NEGARA DI LANDASAN TEPAT, KENAPA PERLU DIGUGAT 3. KE MANA PERGINYA FAIZAL AZUMU



[solat jumaat] PMX SELESAI SOLAT JUMAAT, GILIRAN HADI PULA MEROYAN HABIS!


Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata parti itu dan PN tidak mengamalkan budaya membeli ahli parlimen untuk menukar kerajaan, susulan dakwaan wujudnya 'Langkah Dubai' yang dikaitkan dengan gabungan itu. Abdul Hadi berkata, PAS pada masa sama tetap bersedia dan berusaha menunggu perubahan kerajaan melalui proses demokrasi dan Raja Berperlembagaan. "PAS dan rakan-rakan dalam PN memilih pendekatan mempertahankan kepercayaan rakyat secara langsung dan tidak langsung. Sumber Video/Berita 1. FB Suara Keadilan




Jatuhkan kerajaan hanya melalui undi tidak percaya di Dewan Rakyat





Oleh: Helmi Mohd Foad



Usaha pembangkang mahu menukar kerajaan melalui pintu belakang sudah gagal melainkan mereka menggunakan sidang Dewan Rakyat pada 28 Februari depan untuk membuat usul Undi Percaya atau tidak percaya terhadap Perdana Menteri.



Pengarah Komunikasi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam berkata, sebarang langkah untuk menukar kerajaan secara 'tebuk atap' buat masa ini boleh dianggap suatu perkara 'bodoh' kerana ia pasti tidak berjaya.



"Habis kuat ketika sidang Parlimen buat undi percaya atau tidak percaya. Perdana Menteri adalah seorang yang terbuka, nak buat undi silakan.



"Bila dapat kuasa dia sendiri buat inisiatif buat undi percaya dan dapat sokongan 148 Ahli Parlimen tetapi Dr Mahathir pujuk Syed Saddiq (Ahli Parlimen Muar) tarik sokongan tetapi lima Ahli Parlimen (PN) masuk (beri sokongan kepada PM), katanya ada lapan lagi (yang akan masuk)," katanya dalam program bual bicara Persepsi: Jalan Liku Seribu di saluran YouTube Amir Hijaz Fan pada 3 Januari lalu.



Lokman berkata, wakil rakyat tidak mempunyai halangan untuk memberikan sokongan kepada undi tidak percaya kerana ia dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan tetapi dianggap melanggar peraturan parti jika memberikan akujanji untuk menyokong Perdana Menteri lain.



Jelasnya gerakan untuk menjatuhkan Perdana Menteri dengan mencuri ahli parlimen Barisan Nasional (BN) atau mana-mana wakil rakyat sehingga mencukupkan jumlah sama ada 112 atau 115 sokongan majoriti juga tidak akan mampu membentuk kerajaan baharu.



"Dia mungkin buat gerakan jatuhkan PM tapi hendak angkat Perdana Menteri baharu apa syaratnya? Boleh turunkan tetapi hendak jadikan PM boleh ke?



"Pertama kerana Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah pernah bertitah bahawa dalam pentadbirannya (tempoh menjadi Agong) ada empat PM, harap Anwar yang terakhir, jadi kalau tukar kerajaan takkan Tuanku nak terbalik apa yang baginda titahkan?" katanya.

Jelas beliau, Yang di-Pertuan Agong adalah seorang yang teliti dan sering kali merujuk kepada Majlis Raja-Raja kerana tidak mahu dilihat membuat keputusan sendiri dan pasti akan mengelakkan sebarang langkah yang boleh membuat rakyat bangkit menentang.



Katanya sekarang telah ada Akta Anti Lompat Parti selain semua wakil rakyat BN telah menandatangani aku janji memberikan mandat kepada ketua-ketua parti untuk membuat keputusan.



"Akujanji adalah mereka tidak pernah memberikan sebarang aku janji (SD) kepada mana-mana pihak. Setiap calon memberi mandat kepada ketua parti untuk berunding dan buat keputusan siapa akan diangkat menjadi PM," katanya.



Tambahnya, setiap calon BN membuat akujanji memberikan mandat kepada ketua parti untuk memilih dengan parti mana untuk bergabung membentuk kerajaan.



"Dalam erti kata lain kalau langgar (akujanji), Setiausaha Agung BN hanya perlu hantar notis kepada Speaker Dewan Rakyat memaklumkan kerusi itu kosong dan dapat RM100 juta daripada setiap seorang," ujarnya.

 

 

PAS BOLEH SABAR, TAK PERCAYA BUDAYA ‘SHOPPING’ UNTUK TUBUH KERAJAAN – HADI AWANG

 

Presiden PAS, Hadi Awang berkata partinya sedia menunggu perubahan kerajaan melalui “proses demokrasi dan raja berperlembagaan”.

Mengulas “Langkah Dubai” dalam kolum Harakah Daily, Ahli Parlimen Marang itu berkata, semua parti politik mahu menjadi kerajaan, bukannya pembangkang sepanjang masa.

“Pihak kerajaan pula tetap akan mempertahankan kedudukannya.

“Dalam sistem demokrasi, perubahan dilakukan rakyat secara langsung melalui pilihan raya atau wakil rakyat yang dipilih mengadakan undi tidak percaya di Parlimen atau melalui akuan berkanun (SD) yang mencukupi jumlahnya (untuk membuktikan perdana menteri kekurangan sokongan).”


Spekulasi “Langkah Dubai” timbul minggu lalu susulan perbincangan didakwa antara pemimpin pembangkang dan wakil kerajaan tertentu ketika lawatan mereka ke Emiriah Arab Bersatu baru-baru ini.

Pertemuan itu didakwa bertujuan membahagikan tugas kepada “ejen” untuk mengenal pasti Ahli Parlimen yang boleh menukar sokongan mereka kepada pembangkang dan membentuk kerajaan baharu.

Pemimpin kerajaan, termasuk Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi dan Fadillah Yusof menolak “Langkah Dubai” dengan berkata usaha menggulingkan kerajaan perpaduan membuang masa.

Hadi berkata, PAS dan sekutunya dalam Perikatan Nasional tidak percaya kepada budaya “shopping” sokongan Ahli Parlimen menggunakan wang atau janji, sebaliknya mengamalkan “politik demokrasi sebenar”.


Katanya, PAS terus bersabar sejak ditubuhkan pada 1951, walaupun hanya dengan satu kerusi, dan terus beristiqamah dalam semua keadaan.

“Bagaimanapun, PAS tetap bersedia dan berusaha menunggu perubahan kerajaan melalui proses demokrasi dan raja berperlembagaan,” katanya sambil mengkritik kerajaan yang didakwa gagal menunaikan janji dan mentadbir dengan lancar.

Sumber – https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/01/05/pas-sabar-tunggu-tukar-kerajaan-melalui-proses-demokrasi-kata-hadi/



SKETSA MIMPI YANG HILANG

 



Zaki Abdul Sani


Mereka takut

Mereka ngeri

Mereka terdesak

Mereka tidak pedulikan rakyat

Mereka Cuma mahu Pastikan mereka tidak meringkok di dalam Sungai buluh..Di atas dosa2 silam mereka

Merompak

Menyamun

Membolot semua kekayaan negara dan Duit Rakyat.. 


Langkah demi langkah mereka laksana kan

Untuk memastikan kerajaan Tumbang sebelum

Pertabalan Agong yg baru..


Kenapa?

Hanya mahathir, Muhyiddin dan H20 sahaja Yg tahu..


Hamzah

Azmin.

Hadi mereka ni hanya tamak kuasa sahaja..


Mail bera?

Dia ni tak tahu malu sahaja..


Sanusi..

Dia ni bodoh piang

Lok lak.. Kepala Masuk air

Chaw kit dan lorong haji taib pon dia tak tau nak beza kan..



Contoh bersih dan stabil. Ni mesti negeri DAP kan?



MMMS


Pelik juga clue litar lumba dan projek loji takungan air, macam pernah dengar. 


Apa-apa pun kita karaoke dulu, hanya liberal sahaja yang tak suka karaoke. 📏


-------------------------------------------------


ALOR SETAR - Empat individu termasuk seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) dan dua wakil perunding sebuah persatuan bola sepak di utara tanah air ditahan reman selama tiga hari bermula Jumaat sehingga 7 Januari depan.


Kesemua mereka disyaki meminta serta menerima wang rasuah bernilai lebih RM6 juta.


Perintah reman dikeluarkan Majistret Siti Norhidayah Mohd Noor selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Alor Setar pada Jumaat.


Menurut sumber, keempat-empat suspek lelaki berusia antara 40 hingga 60 tahun itu ditahan sekitar jam 5 hingga 6.30 petang pada Khamis ketika hadir di Pejabat SPRM Kedah bagi rakaman keterangan.


"Berdasarkan siasatan dijalankan, wang lebih RM6 juta berkenaan telah dimasukkan ke dalam akaun sebuah persatuan bola sepak.


"Wang rasuah berkenaan dipercayai sebagai balasan kerana membantu seorang pemilik sebuah syarikat untuk mendapatkan tender projek pembinaan litar lumba dan projek mengurus, mengoperasi serta menyelenggara lima loji takungan air di sebuah negeri," katanya.



ANWAR ZIARAH HADI AWANG DI IJN LEPAA SOLAT JUMAAT


 

PMX SOLAT JUMAAT DI SELAYANG


 

HEBAT ..DALAM SPITAL BOLEH MENULIS LAGI


Che Ibrahim


Hebat tok guru ambo, walaupun dalam wad IJN, masih sempat menulis Minda Presiden.





AMANAH TEMERLOH SAMPAIKAN BANTUAN BANJIR

 








Ahli Jawatankuasa pimpinan Nasional YBrs Muhammad Faiz Fadzil bersama PH Temerloh menyantuni mereka yang terkesan banjir di Kg Batu Kapur,Mentakab.


Terima kasih diucapkan kpd Tok4 Kg Batu Kapur Mat Rasul bin Yurit selaku tuan rumah yang berusaha menjayakan program ini.


Semoga dengan bantuan ini dapatlah meringankan serba sedikit beban yang ditanggung.


#AmanahProgresifPeduli

#HarapanTemerloh

#MalaysiaMadani



PELAWAK DAN ANGGOTA KUMPULAN SENARIO MENINGGAL DUNIA.



 Pelawak dan anggota kumpulan Senario, Hamdan Ramli, 55, yang ditidurkan akibat komplikasi buah pinggang di Hospital Sultanah Aminah (HSA) telah menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi pada Jam 12.50 tengahari. 


Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman! 🤲🏻


Untuk Maklumat Hamdan adalah berasal dari Batu Gajah, Perak. 


Foto : MStar



LANGKAH CHOW KIT DAN LOQ SETAQ




 

YBM- INI BARU BERANI- NAZRI HAMDAN BANYAK MEGULAS ISU EKONOMI DALAM TIKTOK- TAK SEMUA DIA SETUJU DALAM DASARVKERAJAAN. TAPI DIA BERANI.

 


Podcast Yang Bakar Menteri (YBM) yang pertama akan bermula pada 8 Januari 2024 dan disiarkan secara live jam 8 malam.


Tetamu pertama YBM adalah Nazri Hamdan. 


Saudara Nazri banyak mengupas isu-isu ekonomi semasa dan juga dasar dan program terbaru ekonomi negara. Ada yang beliau setuju, ada yang beliau hentam, tapi saya hargai fungsi beliau memberi pencerahan ekonomi kepada rakyat.


Kali ini Sdr Nazri untuk ‘bakar’ saya dalam isu-isu ekonomi dan negara. 


Podcast YBM bertujuan untuk merancakkan ruang diskusi rakyat mengenai isu ekonomi dan negara. Lebih banyak dibincangkan, lebih banyak perspektif dapat dibawa yang akhirnya membantu masyarakat dan negara.


Pimpinan kerajaan boleh mendengar sendiri perspektif rakyat yang mungkin kami terlepas pandang. Orang ramai boleh mendengar perspektif kerajaan kenapa sesuatu diaturkan sedemikian rupa.


Yang penting rakyat perlu membuat penilaian dan keputusan berasaskan ilmu dan fakta yang betul.


Saya akan ke udara setiap dua minggu sekali dan bersemuka dengan tetamu yang mewakili semua lapisan masyarakat. Kami akan terus mencari geng pertikaian yang terpaling ekonomis dari kalangan PN, walaupun setakat ini semua yang dijemput tidak berani dan banyak berdalih.


Kita budayakan amalan membakar demi ilmu. Kita bakar menteri dulu.



MENANTI HARI ESOK. JANGAN MENGGELABAH


 

Zunar Cartoonist Fan Club

JANGAN LUPA SANUSI. 18 JAN NI.KITA JUMPA DI MAHKAMAH. LANGKAH PENJARA...KESIAN HANG....HANG HINA DIA ..DIA DUDUK BELAS TAHUN LAM PENJARA...HANG BELOM TENTU BOLEH HADAP LAGI.BOLEH KURUS OOOO...NAK KARAOKE TAK BOLEH.PIISHAAANNGGG


 

HARIMAU MASUK KAMPUNG KERANA KELAPARAN.


 

PATUT TAKUT


 

BODO ADALAH GANETIK. MUNG PAHANG KE DOK PAHANG

 


Che Ibrahim


1.Abu Jahal bukan pak sedara nabi.

2. Nabi gelarkan dia dengan panggilan Abu Jahal bukan kerana dia bodo, tapi kerana nafikan kebenaran, semua wat Nabi Saw royat, dia tolak belaka, semua wat orang Islam buat dia kata tak betul belaka, hanya dia jah yang betul.

3. Maknaya siapa saja yg jenis feel degil, keras kepala, orang lain semua tak betul belaka, dia sorang jah yang betul, maka itulah Abu Jahal moden, firaun versi baru kepada umat ini.

4. Bodo adalah sifat semulajadi, ada kaitan dengan genetik, jahil adalah feel yang terangsang, bukan sama jadi dengan kejadiannya.




PENYOKONG YANG BANGANG...

 

Mutalib Uthman


Punyalah bangang bila teringat balik dulu beli minyak masak RM40 sebotol.



JADI KHADAM PENJAJAH TAPI MENINGGALKAN SEDIKIT SEBANYAK CERITA SEJARAH. JANGAN JADI KHADAM MAHATHIR....MATI KATAK NGAN MATI SYAHID PUN TAK TAU BEZA




Jamzuri Ardani


 Bukan sekadar orang yang hidup sahaja dituduh 'khadam', orang yang sudah meninggal dunia pun dituduh khadam. 


Menang benar dikalangan cendikiawan Melayu, Munsyi Abdullah adalah tokoh yang kontroversial.  Ada yang menyanjung dan ramai juga yang mengkritik. 


Pun begitu, Islam mengajar kita untuk tidak mencela seorang muslim yang telah meninggal dunia. 


Istilah 'khadam' adalah kasar dan tidak beradap. Itu bahasa orang yang mulutnya celupar.  Kalau orang macam saya guna istilah 'khadam' mungkin kesannya tidak seberapa. Tetapi kalau seorang yang punya puluhan ribu pentaksub menuturkan bicara sebegitu, ia boleh merosakkan akhlak bangsa.



APA PUNYA LEKEH- NAK JATUHKAN KERAJAAN, JATUHKANLAH BETUL-BETUL…


Cerita mahu menjatuhkan kerajaan nampaknya terus menjadi bualan dan diperkatakan di mana-mana di sebalik khayalan Langkah Dubai terbukti telah tersadai di laluan angan-angan.


Mentang-mentang untuk berkhayal dan berilusi tak perlu bayar sebarang yuran, suka-suka hati saja mereka mengoptimumkannya.


Kononnya masih ada lagi langkah lain akan digerakkan selepas ini bagi menjatuhkan kerajaan.


Kadangkala susah juga memikir logik cerita tukar kerajaan ini kerana jumlah Ahli Parlimen PN yang mewakili blok pembangkang sekarang ini bukannya makin bertambah, tetapi semakin berkurangan.


Daripada 74 Ahli Parlimen yang mereka ada sebelum ini, kini hanya tinggal 69 orang saja lagi setelah lima daripadanya mengisytiharkan sokongan terbuka kepada kerajaan.


Kalau daripada 74 tiba-tiba bertambah jadi 84 atau 90, barangkali bersambung jugalah sel-sel otak untuk menerima logik kerajaan boleh bertukar tangan.


Ini tidak, jumlah mereka makin berkurangan, tetapi nafsu ingin menjatuhkan kerajaan makin meninggi seolah-olah esok hari pokok pisang hendak ditumbangkan.


Ingatkan nafsu lelaki ingin beristeri lebih saja yang sentiasa tinggi walaupun hakikatnya mereka takut bini, rupa-rupanya nafsu mahu menjatuhkan kerajaan sudah merampas kedudukan di tempat pertama.


Menjatuhkan kerajaan pada hakikatnya bukanlah suatu kesalahan – selain melalui pilihan raya, cara lain yang dibenarkan ialah dengan cara menarik sokongan.


Cuma yang ingin diketahui, daripada 153 Ahli Parlimen yang sedia ada menyokong kerajaan, siapa di antara mereka yang mahu menarik sokongan?


Untuk tubuh kerajaan, perlu ada sekurang-kurangnya 112 sokongan Ahli Parlimen.


Dengan PN hanya tinggal ada 69 Ahli Parlimen, bermakna jumlah yang diperlukan untuk menjadikan 112 bagi memungkinkan diwujudkan sebuah kerajaan baru ialah 43 orang.


Ertinya dalam hal ini, jika ingin menjatuhkan kerajaan, PN kena menarik 43 daripada 153 Ahli Parlimen yang sekarang menyokong kerajaan.


Cuba congak-congak, boleh dapat ke?


Sebab itu, jika mahu menjatuhkan kerajaan, ia bukanlah kerja main-main.


Jangan syok sendiri dan jangan juga memberi harapan palsu kepada para penyokong yang tertunggu-tunggu.


Kalau nak jatuhkan kerajaan, jatuhkanlah betul-betul sehingga ia benar-benar jatuh dan menjadi kenyataan.


Kadang-kadang ada seronoknya juga melihat kerajaan jatuh dan bertukar ganti ini, setidak-tidaknya ada yang kembali kenal rumput di bumi dan tidaklah mereka memanjang mendongak ke langit saja.


Jika serius ingin menjatuhkan kerajaan, lihatlah bagaimana UMNO melakukannya kepada Mahiddin Md Yasin sebelum ini – umum tarik sokongan dan Presiden Bersatu itu terus letak jawatan sebagai Perdana Menteri.


Buat apa bersembunyi pendirian, duduk macam menyokong kerajaan, tetapi sebenarnya hati ingin menjatuhkan kerajaan.


Lagi pula, menarik sokongan bukanlah suatu kesalahan dari segi akta lompat parti sebagaimana Ahli Parlimen blok pembangkang juga tidak melakukan kesalahan apabila mengumumkan sokongan kepada kerajaan.


Satu lagi cara, buatlah sidang akhbar seperti mana dilakukan Anwar Ibrahim sebelumnya dengan menyatakan sudah memiliki jumlah sokongan mencukupi untuk mengambil alih kerajaan serta surat untuk mengadap turut diutus ke Istana Negara.


Asyik sibuk dengan langkah itu langkah ini, malangnya selangkah pun tidak melangkah ke mana-mana.


Akhirnya hanya jadi kerja buang masa, jika pun tidak seperti ungkapan popular mendiang Samy Vellu – ini semua kerja orang gila!! – ShahbudinHusin 04/01/2023.


https://shahbudindotcom.net/2024/01/04/nak-jatuhkan-kerajaan-jatuhkanlah-betul-betul.html



PMX UCAP SELAMAT BERJUANG BUAT HARIMAU MALAYA..


 Selepas 42 tahun, kini Harimau Malaya kembali beraksi di pentas Piala Asia 2023 di Qatar.

Selamat berjuang saya ucapkan dan saya menaruh keyakinan tinggi pasukan kendalian jurulatih Kim Pan Gon mampu beri saingan mantap dalam kejohanan kali ini.

Mewakili seluruh rakyat Malaysia, saya mendoakan kejayaan buat skuad Harimau Malaya. Berjuanglah sepenuh jiwa demi lencana di dada!

Kepada peminat bola sepak negara, saksikan secara langsung di RTM dan ayuh kita berikan sokongan sebaiknya!

#MalaysiaMADANI 
#PialaAsia
#AsianCup2023
#HarimauMalaya


CHOOIHHH..NEGARAWAN KA TAK KETAHUAN


 

YB VIRAL TINJAU KAWASAN TREK UNTUK KAWASAN BELIAU


 

DAEEIII..THAMBI..YENNA POOODAAHH


 

GAYA SAJA..LAIN HANCUR

 

Ada kata hukumnya makruh.

Ada kata harus.

Che Abdullah.

Biasa dengar, azam tahun baharu. Boleh ke set² un, dia azan tahun baharu...hihihi



Seingat saya, semasa Malaya merdeka dulu, di Stadium Merdeka, dilaungkan azan.


Kerisauan sekarang,  kalau tahun baru Masihi boleh azan, tahun baru cina boleh tak azan?



KISAH ABU JAHAL DAN PUAK KHAWARIJ

 

Ni contoh khawarij. Abu Jahal pun boleh gak pangge.




Che Ibrahim


Rasulullah saw menggelarkan "Abu Jahal" kerana beliau telah lari jauh dari kebenaran, apa saja yang Nabi saw bawa, dia akan bersikap sebaliknya, apa saja yang dibuat oleh umat Islam dianggap tidak betul oleh Abu Jahal. Dia sorang jah berasa dia betul, orang lain tak betul belaka, lalu Nabi panggil dia Abu Jahal. Beliau ialah antara pemuka quraish, bukan bapa saudara nabi saw. 




Adapun UAI, semua orang dianggap bodo, dia sendiri pun dia kata bodo....hampir sama dengan feel Abu Jahal.



TAHUN BARU MURID SEKOLAH MENDAPAT SUSU BARU DALAM RMT.


 Susu perisa coklat. Murid riang menerima dan tiada lagi terbuang tidak minum dan tidak laku.

Kini murid sekolah lebih gem ira dan tiada laginkes murid letak susu kotak di merata rata.

Harap PN. .sakaw saja kerjanya..anak murid lantak lah susu paling murah dibekalkan. Manakala tandas pula macam setan.