YBM- INI BARU BERANI- NAZRI HAMDAN BANYAK MEGULAS ISU EKONOMI DALAM TIKTOK- TAK SEMUA DIA SETUJU DALAM DASARVKERAJAAN. TAPI DIA BERANI.

 


Podcast Yang Bakar Menteri (YBM) yang pertama akan bermula pada 8 Januari 2024 dan disiarkan secara live jam 8 malam.


Tetamu pertama YBM adalah Nazri Hamdan. 


Saudara Nazri banyak mengupas isu-isu ekonomi semasa dan juga dasar dan program terbaru ekonomi negara. Ada yang beliau setuju, ada yang beliau hentam, tapi saya hargai fungsi beliau memberi pencerahan ekonomi kepada rakyat.


Kali ini Sdr Nazri untuk ‘bakar’ saya dalam isu-isu ekonomi dan negara. 


Podcast YBM bertujuan untuk merancakkan ruang diskusi rakyat mengenai isu ekonomi dan negara. Lebih banyak dibincangkan, lebih banyak perspektif dapat dibawa yang akhirnya membantu masyarakat dan negara.


Pimpinan kerajaan boleh mendengar sendiri perspektif rakyat yang mungkin kami terlepas pandang. Orang ramai boleh mendengar perspektif kerajaan kenapa sesuatu diaturkan sedemikian rupa.


Yang penting rakyat perlu membuat penilaian dan keputusan berasaskan ilmu dan fakta yang betul.


Saya akan ke udara setiap dua minggu sekali dan bersemuka dengan tetamu yang mewakili semua lapisan masyarakat. Kami akan terus mencari geng pertikaian yang terpaling ekonomis dari kalangan PN, walaupun setakat ini semua yang dijemput tidak berani dan banyak berdalih.


Kita budayakan amalan membakar demi ilmu. Kita bakar menteri dulu.