𝗧𝗢𝗞 𝗠𝗔𝗧 𝗡𝗔𝗞 𝗚𝗔𝗡𝗧𝗜 𝗝𝗔𝗟𝗔𝗟?



Mohd Asri M.Jamil




Dalam politik, pertukaran kepimpinan jarang bermula dengan surat rasmi.


Ia biasanya bermula dengan isyarat.


Mula-mula muncul tulisan.

Kemudian muncul video lama.

Selepas itu muncul cerita kejayaan zaman dulu.

Akhirnya, apabila suasana sudah cukup masak, barulah keputusan politik diumumkan seolah-olah ia berlaku secara semula jadi.


Itulah yang sedang kelihatan dalam UMNO Negeri Sembilan hari ini.


Datuk Seri Jalaluddin Alias masih Pengerusi UMNO Negeri Sembilan. Tetapi naratif di sekeliling UMNO negeri nampaknya sudah mula berubah. Page-page pro-UMNO semakin galak memainkan semula kisah kehebatan pentadbiran Tok Mat ketika menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan.


Ini bukan sekadar nostalgia.


Dalam politik, nostalgia selalunya digunakan sebagai alat persediaan. Ia mengingatkan ahli bahawa pernah ada zaman UMNO Negeri Sembilan lebih tersusun, lebih stabil dan lebih dihormati. Pernah ada zaman UMNO bukan sekadar lantang, tetapi mengawal rentak politik negeri.


Mesej tersiratnya mudah dibaca:


Kalau dulu Tok Mat boleh mengurus negeri, mengapa hari ini Tok Mat tidak kembali mengurus UMNO Negeri Sembilan?


Tok Jalal mungkin masih pengerusi secara rasmi. Tetapi politik tidak hanya bergerak atas jawatan. Politik bergerak atas persepsi, pengaruh dan keperluan semasa.


Pada ketika ini, persepsi yang sedang dibina ialah Tok Jalal terlalu terkait dengan krisis. Manakala Tok Mat pula sedang diposisikan semula sebagai tokoh penyelesai.


Jalal membawa watak konfrontasi.

Tok Mat membawa watak kestabilan.


Jalal membawa nada tekanan.

Tok Mat membawa ingatan kepada zaman pentadbiran yang lebih tersusun.


Jalal dilihat sebagai pemimpin dalam krisis.

Tok Mat sedang dipulihkan sebagai simbol UMNO yang lebih dominan, lebih matang dan lebih diyakini.


Sebab itu gerakan menaikkan semula nama Tok Mat tidak boleh dibaca secara bersahaja. Apabila page-page pro-UMNO mula mengulang cerita pembangunan, kestabilan dan kejayaan pentadbiran Tok Mat, ia seolah-olah sedang menyediakan ahli untuk menerima satu kemungkinan besar:


Tok Mat kembali mengetuai UMNO Negeri Sembilan.


Dalam UMNO, pertukaran kepimpinan tidak semestinya disebut sebagai penyingkiran. Ia boleh dibungkus sebagai penyusunan semula. Ia boleh dinamakan sebagai pengukuhan. Ia boleh dijual sebagai persediaan menghadapi PRU16.


Tetapi hakikatnya, apabila nama Tok Mat mula ditonjolkan semula secara konsisten, itu bukan lagi sekadar penghargaan kepada jasa lama. Itu mungkin proses pemanasan enjin.


UMNO Negeri Sembilan sedang berdepan krisis keyakinan. Parti itu tidak boleh selamanya hidup dengan retorik marah, ugutan menjadi pembangkang dan politik tekanan tanpa hala tuju yang jelas.


UMNO perlukan tokoh yang boleh menenangkan akar umbi, bercakap dengan pusat, memahami istana, membaca sentimen rakyat dan menyusun strategi pilihan raya.


Dalam konteks itu, nama Tok Mat memang sukar diketepikan.


Persoalannya sekarang bukan lagi sama ada Tok Mat layak atau tidak.


Persoalannya ialah sama ada UMNO sudah cukup bersedia untuk mengakui bahawa kepimpinan negeri sekarang tidak lagi mampu mengawal naratif.


Tok Jalal mungkin masih memegang jawatan.


Tetapi apabila naratif akar umbi mula bergerak kepada “zaman Tok Mat lebih baik”, itu petanda politik yang sangat besar.


Tok Mat bukan sekadar sedang dikenang.


Tok Mat sedang dipanggil pulang.....?





BIAR BULAN BERBICARA.

 


BIAR BULAN BERBICARA. Broery Marantika. Gambar hanya hiasan😀




ANALISIS PREDICTION #PRNJOHOR 2026


Zack Martin






1. Berdasarkan keputusan PRN yang lalu.


2. Berdasarkan perkembangan semasa :-


a) BN gerak solo. PH kena tinggal?

b) PAS gerak solo berdasarkan kemelut semasa dengan BERSATU dalam PN

c) Kemasukan parti baru, Parti BERSAMA..


3. Walaupun BN diramal mendominasi, keputusan ramalan ini boleh diterbalikkan daripada keputusan ramalan awal seperti berikut:


a) faktor 'swing voter' (atas pagar) .

b) pertambahan pengundi muda (gen Z)

c) parti BERSAMA mungkin underdog, tapi dalam pertarungan sebenar 2 kelompak di atas boleh memberikan kemenangan kepada parti BERSAMA.


(Analisis human via ChatGPT)




DAP SEBENARNYA BUKAN ISU PUN. SEMUA PARTI BIASA DENGAN DAP

 

Nik Ainol



Aduhai, letihlah tengok mentaliti kelas ketiga puak-puak ni. Nak main politik kat Johor, tapi modal masing-masing masih tak berganjak dari takuk lama.








Dia lupa agaknya yang penasihat SG4 pun awal-awal lagi dah selamba hadir konvensyen DAP, masa ni bekas PM 2 kali ni adalah Pengerusi BERSATU. Malah pemimpin PAS juga ada sejarah panjang duduk semeja, berunding, dan bekerjasama dengan DAP ketika era Pakatan Rakyat masa nak jatuhkan UMNO BN dulu. 


Jadi kalau acuan pemikiran jenis ni siapa saja yang pernah jejak kaki kat majlis DAP tu dikira sangat pahit nak telan, maknanya ramai benarlah pemimpin sendiri yang kena telan balik kahak masing-masing. Tak payahlah nak acah suci sangat.


Kalau ikutkan ,dia sebagai manusia yang waras pun mesti nakkan sebuah kerajaan yang mampu bagi peluang pekerjaan, tingkatkan tangga gaji, bawa masuk pelaburan, dan menjaga kebajikan rakyat seperti mana yang kerajaan BN Johor tengah buat sekarang. 


Tapi tulah, masalahnya dalam kepala dia penuh taik politik sampai benda realistik macam ni pun langsung tak boleh nak hadam. Macam puak dia kena tipu dengan manifesto Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan dulu... berhentilah bawa isu bodoh dan mula sembang pasal dasar ekonomi dan kebajikan rakyat,  yang betul betul kenyangkan perut rakyat .





MENGAPA UMNO TERLALU CEPAT BUBAR DUN JOHOR?


Che Ibrahim





Tempoh penggal Dun Johor sepatutnya berakhir pada 21hb April 2027. Selepas itu PRN perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas Dun terbubar, maknanya selewat lewatnya sebelum 21 Jun 2027, kira kira kurang sedikit setahun lagi. 


Walaupun Dato' Mat Hasan, Timbalan Presiden UMNO kata keputusan membubar Dun Johor adalah kuasa mutlak Sultan Johor, namun ianya mustahil berlaku tanpa kehendak dalaman UMNO sendiri terutama MB Johor.


Jadi mengapa UMNO atau MB Johor memilih membubar Dun Johor terlalu awal? 


Mungkin UMNO tidak sabar untuk menguji apa yang dikatakan kebangkitan semula UMNO setelah kecundang dalam PRU 15, atau sebagai medan ujian menguji sokongan kepada UMNO setelah dipaksa berkongsi kuasa dengan PH  dan terpaksa akur berPMkan DSAI?


Kedudukan PMX dan PH dilihat sedikit goyah apabila terpaksa berhadapan dengan penentangan dalaman terutama dari kumpulan yang kecewa dari kalangan pimpinan atau bekas pimpinan PH sendiri selain serangan bertalu talu kepada Dap, terkini Rafizi dengan Bersamanya dan perletakan jawatan pimpinan di berbagai peringkat parti - satu cabaran dan ujian kepada PH dibawah kepimpinan PMX.


Di sebelah pembangkang pula, PN tak payah cerita, retak menunggu belah, bahkan mungkin bakal wujud satu penjajaran politik atau pakatan pembangkang yang baru terutama dari Pas dan gerakan RESET yang diketuai oleh Hamzah.


Situasi inilah barangkali diambil kesempatan oleh UMNO untuk membubar Dun Johor selain untuk memuktamadkan masa depan hubungan BN PH dalam Kerajaan Madani yang dianggap tidur sebantal tetapi mimpi lain lain. 


Apa pun masih ramai yang mengharapkan ada bersefahaman antara BN dan PH dalam agihan kerusi supaya tidak berlaku bertandingan sesama parti kerajaan perpaduan - napok tak comel bedoah - selain ada juga yang berkira kira Umno akan bersama Pas untuk menghalang PMX dari terus menguasai Putrajaya. 


Alik ambo sebagai pendokong PH, nak berkawan pun boleh, nak berlawan pun boleh. Politik adalah perkara ijtihadi, bukan nassi yang tidak boleh diubah ubah.



PENAFIAN DATUK DR HJ AZHAR AHMAD “TAMPAR” MAHASISWA.



 PENAFIAN DATUK DR HJ AZHAR AHMAD “TAMPAR” MAHASISWA. 




Susulan penularan sebuah video di media sosial yang mencetuskan pelbagai reaksi dan persepsi awam, Datuk Dr. Hj. Azhar Bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tok Arr Beruas tampil memberikan penjelasan rasmi berhubung dakwaan kononnya beliau telah menampar seorang pelajar semasa Program Pemerkasaan Bangsa Pemimpin Pelajar dan Pengurusan Kanan Jabatan Hal Ehwal Pelajar UiTM yang berlangsung di Institut Latihan Memperkasa Ummah (ILMU), Janda Baik pada 20 Mei 2026.


Menurut beliau, dakwaan tersebut adalah tidak benar dan telah disalah tafsir daripada situasi sebenar yang berlaku. Beliau menjelaskan bahawa pertemuan tersebut berlaku dalam suasana mesra selepas sesi syarahan apabila beliau diperkenalkan kepada Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Kelantan yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan sahabat beliau. Tindakan menyentuh pipi pelajar berkenaan hanyalah sebagai tanda kemesraan dan bukannya satu bentuk serangan fizikal seperti yang didakwa.


Beliau turut menegaskan bahawa kejadian tersebut berlaku secara terbuka di hadapan pihak pengurusan Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM, pegawai-pegawai serta peserta program yang hadir, dan tiada sebarang insiden tamparan atau kekasaran berlaku. Sehubungan itu, beliau melahirkan rasa kesal terhadap penyebaran rakaman video yang tidak memaparkan keseluruhan konteks kejadian sehingga menimbulkan persepsi negatif serta mencemarkan reputasinya.


Datuk Dr. Hj. Azhar turut menyeru semua pihak agar meneliti fakta sebenar sebelum membuat sebarang kesimpulan atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih. Beliau juga menegaskan bahawa hak perundangannya akan digunakan terhadap mana-mana pihak yang didapati menyebarkan fitnah atau kenyataan palsu yang boleh menjejaskan nama baik serta reputasi beliau.

#umnoperak #peneranganumnoperak #datukdrazharahmad #nikkalifahmad #tamparmahasiswa



TANDING SENDIRI KALAU KUAT SANGAT..

 





Hisham AK yang juga Ketua Penerangan Bersatu Melaka dah sound parti Pas. 


Takkan parti Pas Melaka diam membisu.


Ketua Pemuda Pas Selangor juga berani bersuara.


Ketua Pemuda Pas Melaka dan rakan-rakannya senyap membisu. Telur kena pegang ke?


Tak dengar langsung suara dari Pas Melaka mempertahankan Presiden Pas.





𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐓𝐒 𝐇𝐈𝐍𝐆𝐆𝐀 𝐑𝐌𝟏𝟏𝟎 𝐁𝐈𝐋𝐈𝐎𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐁𝐔𝐑𝐀𝐍, 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈




Pakatan Harapan akan membuktikan sesuatu yang luar jangka dalam Pilihan Raya Negeri Johor akan datang, sebagaimana yang berlaku dalam PRU15 apabila rakyat Johor memberikan kepercayaan kepada Pakatan Harapan untuk menguasai 14 kerusi Parlimen berbanding hanya 9 kerusi Parlimen dimenangi UMNO-Barisan Nasional. Keputusan itu membuktikan bahawa apabila rakyat Johor keluar mengundi dalam jumlah yang lebih besar, mereka membuat pilihan berdasarkan prestasi dan masa depan, bukannya semata-mata berdasarkan keputusan pilihan raya yang lalu.


Hari ini, rakyat Johor sedang menyaksikan sendiri perubahan yang berlaku di depan mata mereka. Sebab itu saya yakin rakyat semakin sedar bahawa kejayaan pembangunan Johor hari ini bukan berlaku secara kebetulan. Kejayaan pembangunan Johor hari ini adalah hasil kerjasama erat antara Kerajaan Negeri Johor dan Kerajaan Persekutuan MADANI yang dipimpin oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.


Kita perlu bercakap dengan jujur. Jika bukan kerana sokongan dan komitmen Kerajaan Persekutuan pimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, mustahil Johor mampu muncul sebagai negeri yang merekodkan pelaburan tertinggi di Malaysia. Jika bukan kerana hubungan baik antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan, mustahil Johor mampu menjadi tumpuan pelabur global yang membawa pelaburan bernilai lebih RM110 bilion. Jika bukan kerana keberanian Kerajaan MADANI melaksanakan dasar ekonomi yang jelas dan meyakinkan pelabur antarabangsa, mustahil Johor mampu menjadi destinasi utama pelaburan berteknologi tinggi di rantau ini.


Rakyat Johor juga perlu bertanya kepada diri sendiri, siapakah yang menggerakkan Johor-Singapore Special Economic Zone (JS-SEZ) sehingga berjaya mendapat perhatian dunia? Siapakah yang berunding dengan Singapura dan memastikan Johor menjadi pintu masuk utama pelaburan antarabangsa ke Malaysia. Jawapannya adalah Kerajaan Persekutuan MADANI yang dipimpin oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama Kerajaan Negeri Johor.


Hari ini kita bercakap tentang peluang pekerjaan baharu, gaji yang lebih baik, pelaburan berteknologi tinggi, pusat data bernilai berbilion ringgit dan pembangunan industri masa depan. Semua ini tidak berlaku secara sendiri. Semua ini berlaku kerana wujud kerjasama erat antara Johor dan Kerajaan MADANI di Putrajaya yang dipimpin oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim.


Begitu juga dengan isu kesesakan di Tambak Johor yang sekian lama menjadi beban kepada rakyat. Selama puluhan tahun rakyat terpaksa berdepan kesesakan setiap hari. Hari ini projek RTS sedang dibangunkan dengan pantas dan bakal menjadi penyelesaian terbesar kepada masalah tersebut. Rakyat perlu tahu bahawa RTS bukan projek Kerajaan Negeri semata-mata. RTS tidak akan menjadi kenyataan tanpa sokongan, komitmen dan rundingan Kerajaan Persekutuan MADANI yang dipimpin oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim.


Begitu juga dengan usaha mengurangkan kesesakan di CIQ, penambahbaikan sistem imigresen menggunakan kod QR, pembangunan infrastruktur sempadan dan pelbagai projek logistik yang sedang berjalan. Hakikatnya, kejayaan-kejayaan ini lahir daripada kerjasama erat antara Kerajaan Negeri Johor dan Kerajaan Persekutuan MADANI yang dipimpin oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim.


Apabila kita bercakap mengenai projek tebatan banjir, rakyat juga perlu tahu bahawa sebahagian besar projek tersebut memerlukan peruntukan dan kelulusan daripada Kerajaan Persekutuan. Ketika rakyat Johor memerlukan penyelesaian kepada masalah banjir, Kerajaan MADANI tampil membantu. Ketika Johor memerlukan pelaburan, Kerajaan MADANI membuka pintu kepada pelabur dunia. Ketika Johor memerlukan projek pengangkutan moden seperti RTS, Kerajaan MADANI memastikan projek itu diteruskan. Ketika Johor memerlukan hubungan ekonomi yang lebih kukuh dengan Singapura, Kerajaan MADANI memimpin rundingan dan merealisasikannya.


Sebab itu saya ingin tegaskan bahawa rakyat Johor tidak boleh melihat pembangunan yang berlaku hari ini secara terpisah daripada peranan Kerajaan Persekutuan. Setiap kejayaan besar Johor hari ini mempunyai satu persamaan yang jelas iaitu wujudnya kerjasama erat dengan Kerajaan MADANI yang dipimpin oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.


Hakikatnya, Johor tidak menjadi negeri pelaburan nombor satu Malaysia secara kebetulan. Johor tidak menerima limpahan pelaburan berbilion ringgit secara kebetulan. Johor tidak memperoleh RTS secara kebetulan. Johor tidak menikmati pembangunan JS-SEZ secara kebetulan. Johor tidak menerima pelbagai projek infrastruktur dan tebatan banjir secara kebetulan.


Semua ini berlaku kerana Johor hari ini mendapat manfaat daripada sebuah Kerajaan Persekutuan yang stabil, mesra pelaburan dan berwibawa yang dipimpin oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.


Atas sebab itu, saya yakin rakyat Johor akan membuat penilaian yang adil pada pilihan raya akan datang. Mereka akan melihat bukan sahaja siapa yang memerintah negeri, tetapi siapa yang membawa pelaburan, siapa yang membuka peluang pekerjaan, siapa yang menyelesaikan masalah rakyat dan siapa yang mempunyai kemampuan untuk membawa lebih banyak pembangunan ke Johor.


Secara tuntas, rakyat melihat kepada fakta tersebut, mereka akan memahami satu perkara yang sangat jelas. Kejayaan pembangunan Johor hari ini adalah hasil kerjasama erat antara Kerajaan Negeri Johor dan Kerajaan MADANI yang dipimpin oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Tanpa kerjasama ini, banyak kejayaan yang sedang dinikmati rakyat Johor hari ini tidak mungkin menjadi kenyataan.




𝐃𝐀𝐍𝐈𝐒𝐇 𝐇𝐀𝐈𝐑𝐔𝐃𝐈𝐍

𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐀𝐌𝐊 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚.



OWHH..GITU..


 

NAK MELINGKUP PILIH PN.

 

Asuwadi Ismail.






Jika kita lihat pola pengundian di Johor ni BN dan PH sama2 ada peluang untuk menang...

    Pas dan Bersatu serta parti2 lain tolak tepi lah ye...jangan lah marah 😂 

     PRN dulu BN menang besar sebab peratusan keluar mengundi agak rendah kerana zaman tu ada covid...

     Masa tu yang keluar mengundi ni hanyalah yang duduk kat Johor sahaja...

     Rakyat Malaysia yang duduk kat Singapura dan negeri2 lain tak balik waktu tu kerana covid...

       Kali ni jika ramai pengundi yang duduk kat Singapura balik mungkin suasana berbeza seperti keputusan PRU 15

     Apa pun selepas BN menang kat Johor pada PRN lepas banyak juga dia buat untuk rakyat selain isu pengundi luar...

     Makna peluang BN dan PH tetap ada...kita serah pada rakyat Johor buat pilihan..

      Janji jangan PAS dan PN sahaja...jahanam negeri Johor 😂





ASAL BUKAN ANWAR?







M.Asri M. Jamil



Tetapi dalam masa yang sama, mereka lupa bahawa banyak bantuan rakyat hari ini sedang berjalan, diteruskan, diperluas dan diperkukuh di bawah Kerajaan MADANI pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Kita boleh berbeza pandangan politik. Itu hak masing-masing.


Tetapi jangan sampai politik menutup kejujuran untuk mengakui fakta.


Hakikatnya, di bawah Kerajaan MADANI, pelbagai bantuan dan inisiatif telah sampai kepada rakyat pelbagai lapisan. Ada yang baharu diperkenalkan. Ada yang diteruskan. Ada yang diperluas. Ada juga yang diperkukuh supaya manfaatnya lebih tersasar kepada rakyat yang benar-benar memerlukan.


Antaranya:


1. Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

2. Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

3. Bantuan Awal Persekolahan

4. Bantuan Khas Aidilfitri

5. Bantuan Khas Penjawat Awam

6. Bantuan Khas Pesara Kerajaan

7. Bakul RAHMAH MADANI

8. Menu RAHMAH MADANI

9. Jualan RAHMAH MADANI

10. Bazar Ramadan RAHMAH

11. Jualan RAHMAH Bergerak

12. Pakej RAHMAH

13. Payung RAHMAH MADANI

14. eBelia Rahmah

15. eMADANI RM100

16. Subsidi barangan asas

17. Diskaun bil elektrik kepada kumpulan layak

18. Skim Perubatan MADANI

19. mySalam

20. PeKa B40

21. Saringan kesihatan percuma

22. Bantuan OKU dan kebajikan JKM

23. Bantuan Warga Emas JKM

24. Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR)

25. Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR)

26. Program MySTEP

27. Latihan Kemahiran dan TVET

28. Insentif PERKESO dan peluang pekerjaan graduan

29. Latihan pekerja gig

30. Bantuan pendidikan dan baucar pelajar

31. Elaun latihan industri

32. Subsidi yuran TASKA/TADIKA bagi kumpulan layak

33. Kredit Mikro MADANI

34. TEKUN Niaga

35. Teman TEKUN

36. TEKUN-Wanita

37. Skim Pembiayaan Online TEKUN (SPOT)

38. AIM dan pembiayaan mikro usahawan

39. Dana usahawan tani

40. Geran padanan usahawan muda

41. Program Rezeki Tani MADANI

42. SJKP MADANI / Skim Jaminan Kredit Perumahan

43. Pengecualian duti setem rumah pertama

44. Rumah Mesra Rakyat

45. Perumahan MADANI

46. Pas My50

47. MyBAS50 Johor Bahru

48. Diskaun pengangkutan pelajar dan warga emas

49. Tambang percuma OKU bagi perkhidmatan tertentu

50. Bas percuma wilayah / perkhidmatan bas setempat tertentu

51. BUDI MADANI / BUDI Diesel

52. Bantuan tunai diesel bersasar

53. Penstrukturan subsidi diesel bersasar

54. Subsidi pesawah

55. Bantuan input pertanian

56. Subsidi baja dan racun

57. Insentif Harga Getah (IPG)

58. Insentif Pengeluaran Lateks (IPL)

59. Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

60. Elaun Sara Hidup Nelayan

61. Insentif tangkapan laut dan darat

62. Elaun pekebun kecil / bantuan pekebun kecil

63. Elaun imam

64. Elaun bilal

65. Elaun siak

66. Elaun guru KAFA

67. Insentif khas guru KAFA

68. Bantuan Sekolah Agama Rakyat

69. Peruntukan masjid dan surau

70. Sumbangan Maal Hijrah

71. Pelarasan gaji penjawat awam melalui SSPA

72. Bayaran khas kepada kumpulan penjawat awam tertentu

73. Kenaikan gaji minimum kepada RM1,700

74. Peluang Kedua kebankrapan golongan rentan

75. Peningkatan had pelaburan ASB dan ASB2

76. Program MADANI Rakyat

77. Portal Ihsan MADANI

78. Ihsan RAHMAH Swasta dan Industri

79. Live Hub TikTok Shop x TEKUN

80. Pembiayaan mikro untuk peniaga kecil dan usahawan


Maka, sebelum terlalu ghairah melaungkan “Asal Bukan Anwar”, tanya dahulu:


Adakah mereka juga mahu menolak STR?


Adakah mereka mahu menolak SARA?


Adakah mereka mahu menolak Menu Rahmah, Jualan Rahmah, bantuan persekolahan, bantuan pesawah, bantuan nelayan, bantuan OKU, bantuan warga emas, bantuan usahawan kecil, bantuan perumahan, bantuan pengangkutan dan pelarasan gaji penjawat awam?


Kritik kerajaan jika ada kelemahan.


Tegur dasar jika ada kekurangan.


Itu hak rakyat dalam sebuah negara demokrasi.


Tetapi jangan berpura-pura seolah-olah tiada apa yang dilakukan.


Jangan kerana benci politik, semua manfaat yang sampai kepada rakyat pun mahu dinafikan.


Hakikatnya, banyak bantuan rakyat hari ini berjalan di bawah Kerajaan MADANI. Ada yang diperkenalkan sebagai inisiatif baharu. Ada yang diteruskan daripada dasar terdahulu. Ada yang diperluas. Ada yang diperkukuh supaya lebih tersasar kepada rakyat yang benar-benar memerlukan.


Itulah beza antara politik slogan dengan pentadbiran yang bekerja.


Kerajaan MADANI bukan sekadar bercakap tentang reformasi.


Kerajaan MADANI sedang melaksanakan bantuan langsung kepada rakyat pelbagai lapisan.


Bukan semua sempurna.


Tetapi tidak jujur jika menafikan bahawa rakyat sedang menerima manfaat.


Kritiklah jika perlu. Tetapi akuilah fakta.


Bantuan rakyat tetap berjalan di bawah Kerajaan MADANI pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


#MalaysiaMadani

#KerajaanMADANI

#AnwarIbrahim

#RahmahUntukRakyat





KENYATAAN MEDIA PAKATAN HARAPAN JOHOR




PEMBUBARAN DUN JOHOR


1.  Pakatan Harapan Johor ambil maklum pengumuman oleh MB Johor Dato' Onn Hafiz berkaitan pembubaran DUN Johor berkuatkuasa hari ini.


2.  Dari awal lagi PH telah menjangkakan BN akan membubarkan DUN dalam masa terdekat. Dan ternyata sidang DUN yang diumumkan akan diadakan pada 22 Jun nanti adalah 'tidak masuk akal' sama sekali.


3.  Atas semangat demokrasi, Pakatan Harapan akan meneruskan persiapan sedia ada bagi menghadapi pilihan raya ini.


4.  Pakatan Harapan Johor juga akan memanjangkan perbincangan ke peringkat Majlis Presiden Pakatan Harapan Pusat bagi merangka langkah seterusnya.


5.  Bagi kami, tidak ada pilihan raya yang mudah. Pakatan Harapan siap sedia menggembeling usaha sebaik mungkin untuk memenangi PRN kali ini.


TAMAT


YB HJ AMINOLHUDA HASSAN

(Pengerusi AMANAH Johor merangkap Pengerusi Pakatan Harapan Johor)


YB DATUK SERI DR ZALIHA MUSTAFA

(Pengerusi KeADILan Johor)


YB TEO NIE CHING

(Pengerusi DAP Johor)




BAGUS LA..PATUT DAH LAMA SEKAT. MAK BAPAK PUN SATU HAL..GUNA HP UNTUK MENGASUH ANAK. MEMANG DAK LA.

 


BILA UMNO RASA PARTINYA SUDAH KUAT MENGUSAI BUMI MALAYSIA.

 


Malaysia Story


JOHOR BAHRU – UMNO Johor mendakwa DAP tidak menghargai peranan UMNO dan BN dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan selepas PRU15, malah menyifatkannya seperti “menggigit tangan yang membantu”. Pada masa sama, UMNO Johor menegaskan hasrat bertanding di semua 56 kerusi DUN pada PRN Johor bukanlah tindakan “menikam belakang” mana-mana parti.






Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tenggara, Dr Naqib Ghazali berkata, tuduhan tersebut tidak wajar memandangkan pembentukan Kerajaan Perpaduan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) berlaku hasil kesediaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) bekerjasama demi kestabilan negara.


Menurut beliau, tanpa sokongan UMNO dan BN ketika itu, DAP serta Pakatan Harapan (PH) mungkin tidak berada dalam kerajaan pada hari ini.


Beliau mendakwa tindakan segelintir pemimpin DAP yang kini mempertikaikan pendirian UMNO seolah-olah melupakan peranan parti itu dalam membolehkan Kerajaan Perpaduan dibentuk selepas PRU15 yang menyaksikan tiada parti memperoleh majoriti mudah.


Katanya, UMNO dan BN tidak pernah berjanji untuk bergabung dengan PH sebelum pilihan raya, malah kedua-dua pihak selama ini merupakan seteru politik yang sering bertembung dalam pelbagai isu.


Namun, atas titah Yang di-Pertuan Agong serta demi memastikan kestabilan politik negara, UMNO dan BN membuat keputusan untuk menyokong pembentukan kerajaan walaupun langkah tersebut menerima pelbagai reaksi daripada penyokong.


Dr Naqib turut mempersoalkan mengapa hasrat UMNO Johor untuk bertanding di semua kerusi DUN dianggap sebagai satu pengkhianatan sedangkan setiap parti politik mempunyai hak untuk menawarkan diri kepada pengundi.


Beliau menegaskan rakyat Johor cukup matang untuk menilai rekod dan perjuangan setiap parti serta menentukan sendiri pilihan mereka pada pilihan raya akan datang.


Sehubungan itu, beliau menyatakan sokongan penuh terhadap pendirian kepimpinan UMNO Johor untuk meletakkan calon di semua 56 kerusi DUN dan menyerahkan sepenuhnya kepada rakyat untuk membuat keputusan mengenai masa depan negeri itu.





TAK PASAI PASAI MAKAN PENAMPAR.

 

Zuhel Zulkifli


Cucu kepada mantan Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Tok Guru Tan Sri Dato' Bentara Setia Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, mendakwa ditampar oleh seorang senator ketika menghadiri program rasmi sebuah universiti di Janda Baik, Pahang pada 20 Mei lalu.






Nik Alif Aiman bin Abdul Ariffahmi yang juga Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sebuah universiti berkata, kejadian didakwa berlaku sekitar jam 6 petang selepas selesai sesi ceramah sempena Program Pemerkasaan Bangsa 2.0 di Institut Latihan Memperkasa Ummah (ILMU).


Menurutnya, insiden berlaku selepas seorang pegawai universiti memperkenalkannya kepada senator berkenaan sebagai cucu kepada Allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz.


Beliau mendakwa perbualan kemudian beralih kepada isu politik sebelum senator terbabit secara tiba-tiba menampar pipi kirinya.


"Tamparan itu tidak menyebabkan kecederaan fizikal, namun cukup kuat sehingga kepala dan muka saya teralih ke sebelah kanan akibat impaknya," katanya.


Nik Alif Aiman berkata, kejadian itu berlaku di hadapan kira-kira 10 hingga 15 individu termasuk pegawai kanan universiti dan rakan-rakan MPP.


Beliau memaklumkan tidak membalas tindakan tersebut kerana menghormati senator berkenaan yang lebih berusia, namun mengakui berasa terhina, malu dan terkesan dari segi emosi kerana insiden itu berlaku di hadapan orang ramai.


Menurutnya, tindakan berkenaan turut dianggap sebagai penghinaan terhadap keluarganya yang mempunyai hubungan rapat dengan Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz, tokoh agama dan pemimpin yang dihormati ramai.


Selepas kejadian itu, senator terbabit didakwa mengajaknya makan bersama, namun pelawaan tersebut ditolak sebagai tanda protes.


Susulan insiden berkenaan, Nik Alif Aiman telah membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan, termasuk mendapatkan keterangan saksi yang berada di lokasi kejadian.


Sementara itu, bapanya, Abdul Ariffahmi Abd Rahman, mengesahkan laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu pada Sabtu sebelum anaknya dipanggil untuk memberi keterangan.


Beliau berkata, pihak keluarga turut hadir ke Bentong, Pahang pada Ahad bagi membantu siasatan dan menunjukkan lokasi kejadian kepada pihak polis.


Katanya, Nik Alif Aiman masih berasa sedih dan terkilan dengan apa yang berlaku, lebih-lebih lagi sebagai seorang pemimpin pelajar yang diperlakukan sedemikian di khalayak ramai.


#info #infoterkini #infosemasa #infoterbaru #isusemasa #isuterkini #foryoupage #foryou #viral #fyp




KEH KEH KEH...ADUN JENGKA.

 


Fakrul AKMAL



ADUN Jengka nampak garang masa buat video TikTok. 


Tapi hari ini kita dapat tengok sisi lucu beliau. 


Boleh tahan kelakar orang nya. 


Hiburan sebegini kadang - kadang elok juga dalam konteks meredakan ketegangan perbahasan. 


Wakil rakyat wajib hafal perkara asas seperti Nama YB Exco. 


Walaupun orang itu bukan dari parti yang sama. 


Sidang dewan bukan hal main - main. Ada video live pulak tu. 


Harap tidak berulang.




PH JOHOR SIAP SEDIA LAWAN UMNO.

 


Dra Major


Pakatan Harapan (PH) Johor mengakui mereka bakal berdepan cabaran besar dalam usaha meraih kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.






Pengarah Komunikasi PH Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata gabungan itu sememangnya sudah menjangkakan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) lebih awal daripada sidang yang dijadualkan pada 22 Jun.


Malah, beliau berkata PH menyifatkan pengumuman sidang DUN tersebut sebagai:


“tidak masuk akal sama sekali.”


Namun, PH tetap meneruskan persiapan menghadapi PRN.


“Atas semangat demokrasi, PH akan meneruskan persiapan sedia ada bagi menghadapi PRN ini.”


Susulan pengumuman pembubaran DUN oleh Pengerusi BN Johor, Onn Hafiz Ghazi, PH Johor akan membawa perbincangan ke peringkat Majlis Presiden bagi menentukan langkah seterusnya.


Menurut Sheikh Umar:


“Bagi kami, tidak ada pilihan raya yang mudah. PH siap sedia menggembeling usaha sebaik mungkin untuk memenangi PRN kali ini.”


Terdahulu, Onn Hafiz yang juga Menteri Besar Johor mengumumkan DUN Johor dibubarkan berkuat kuasa hari ini selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.


Pembubaran itu membuka laluan kepada PRN Johor yang perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.


Untuk rekod, PRN Johor terakhir berlangsung pada 12 Mac 2022. Kali ini, BN Johor memilih untuk bergerak solo dengan mengumumkan akan bertanding di kesemua 56 kerusi DUN.


#sheikhumarbagharibali #DAPMalaysia #DAPJohor #PakatanHarapan #BarisanNasional #UMNOMalaysia #PRNJohor #MBJohor #onnhafizghazi #politikmalaysia #isusemasa




NAK PILIHANRAYA KATAKAN.NI WALAUN TAK KATA APA LA.SEBAB BELAH MEREKA. CUBA PMX DOK DALAM TU....WALAUN BODO MAKI SIANG MALAM. TU LA DIA. .BAB TUNGGANG AGAMA NI SERAH KE PAS....

 




Majlis Silaturrahim Bersama Gereja St Micheal Alor Setar.













Alhamdulillah, dua hari lepas iaitu pada 30 Mei 2026, saya bersama rakan-rakan Lajnah Dakwah PAS Pusat telah dengan jayanya mengadakan majlis silaturrahim bersama umat Gereja St Micheal Alor Star yang diketuai oleh Paderi Rev.Fr.Dato Micheal Cheah.


Majlis yang diadakan di dewan besar bersebelahan gereja tersebut turut dihadiri YB ustaz Shahril Long dan pengerusi gereja, Dr Edwin Jude.


Majlis yang dihadiri sekitar 60 orang itu adalah dengan matlamat membina dan mengukuhkan lagi jaringan persefahaman, kasih mesra dan keharmonian hidup di dalam negara kita yang berlatarkan kemajmukan bangsa, agama dan budaya.


Majlis yang menemukan kami antara penganut Islam dan penganut Kristian ini amatlah bermakna terutama di dalam meluaskan kefahaman bersama mengenai matlamat perjuangan PAS di dalam politik Islamnya.


Saya menekankan peri pentingnya negara meletakkan agama sebagai tiang seri pembinaan akhlak bangsa dan negara. Jika penganut agama menghayati isi dan ajaran agama masing-masing, ia cukup untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara contoh di dalam aspek pembangunan bangsa dan negara yang maju, aman dan berjaya.


Dunia hari menjadi kucar kacir disebabkan penguasa dan masyarakat yang terlalu mementingkan material sehingga nilai-nilai harmoni agama ditinggalkan. Seruan perdamaian hari ini mestilah bersama seruan menghormati dan menghayati ajaran agama.


Saya yakin majlis kali ini telah berjaya mencapai matlamatnya yang baik dan mulia.

 

Insya Allah, kami melalui Lujnah Dakwah PAS Pusat akan terus maju dengan program dan majlis pertemuan yang mengukuhkan lagi jaringan persahabatan, persaudaraan dan keharmonian antara masyarakat dalam negara tercinta ini.




BERSAMA RAKYAT.


 ANWAR IBRAHIM ADALAH PERDANA MENTERI PALING DEKAT DENGAN RAKYAT




VIDEO KEMALANGAN SIMPANG RENGGAM.

 









Inilah wajah pemandu BMW yang memandu laju dan berbahaya sebelum terlibat dalam kemalangan yang meragut empat nyawa di di Jalan Renggam-Simpang Renggam, hari ini.






Menurut sumber di media sosial, suspek merupakan anak kepada tauke j*di di Simpang Renggam.


Dalam pada itu, tular sebuah video dashcam yang memaparkan kereta berkenaan sedang berlumba sebelum kejadian berlaku.


Video berdurasi 1.01 saat itu dipercayai dirakam oleh pengguna jalan raya yang bergerak dari arah sama dengan kedua-dua kereta terbabit.


Semoga kematian mangsa mendapat pembelaan sewajarnya dan suspek menerima hukuman yang paling berat.





ULAMAK POLITIK TAK KOMEN PUN...


 

KENAPA JOHOR BUBAR DUN TERLALU AWAL ? MASIH ADA 11 BULAN



Norman Radzun


 Kenapa Johor bubar DUN terlalu awal?

SEDANGKAN MASIH ADA TEMPOH 11 BULAN






DUN Johor dibubarkan bukan menghairankan, cuma tertanya tanya kenapa ia dilakukan terlalu awal? Sdgkan jika utk kestabilan UMNO mempunyai majoriti yg kukuh tanpa mampu digugat?


Secara peribadi hasil penilitian saya ada dua faktor. Faktor kecil mungkin Onn Hafiz melihat ketika ini kedudukan PN dan PH sedang bergocak sesama sendiri.


PN bergaduh antara PAS dan BERSATU. Kini PH pula diserang oleh Rafizi. Suasana ini dilihat peluang yg baik diambil oleh UMNO Johor.


Sdgkan BN dilihat agak tenang tapi utk saya ia hanyalah atas kertas. Jadi ini masa paling sesuai utk UMNO mengadakan pilihanraya.


Jika saya menjadi bangsa Johor, saya penat dan kerana kekerapan pilihanraya. Tahun 21, hujung 22 dan 26 sekali lagi terpaksa turun mengundi.


Saya lebih terpengaruh dari analisis yg saya lakukan bahawa ia adalah signal kebangkitan team B UMNO. 


Bermula di N9 tapi mereka gagal lakukan utk pecahkan UMNO dan PH kerana kuasa Istana dan MB bukan dipihak mereka.


Maka langkah perlu diambil segera di Johor di mana UMNO mempunyai majoriti. Siapa team B?


Datuk Jalal dikatakan adalah dari barisan team B UMNO. Team B dikatakan sgt berpengaruh di selatan tanahair samada di N9, Melaka dan Johor.


Jika kita melihat situasi di Johor, Presiden, Setiausaha Agung UMNO dan beberapa pimpinan pusat tidak seghairah utk meraikannya.


Bacaan politik saya, keputusan ini tidak menyenangkan Presiden UMNO sendiri kerana ia seolah ada gerakan agresif dari team B. 


Ia bukan soal menang kalah di Johor tetapi lebih dari itu iaitu masa depan Zahid sendiri sebagai Presiden UMNO. Membenarkan kembali KJ dan H20 kembali menurut rakan UMNO saya… seperti Zahid menghulurkan senjata kpd saingan politiknya.


Team Zahid lebih kuat di utara seperti di Perak, Pahang, PP dan segelintir di Selangor. Malah dilihat UMNO Perak dan Pahang juga tidak begitu ghairah dgn tindakan UMNO Johor.


UMNO B mahukan Muafakat Nasional kembali. Mereka mahu kembali bersama PAS dlm hadapi pilihanraya nanti utk mereka kembali menduduki kerusi nombor satu.


PAS mulakan gerakan cari salah BERSATU. UMNO team B mula mulakan pilihanraya solo utk berikan signal pada Zahid, kami mahu bersama PAS.


Ibarat pasangan suami dan isteri org bercinta. Perancangan si suami mesti cari pasal utk ceraikan isterinya, si isteri pula mesti cari pasal utk diceraikan suaminya barulah mereka boleh berkahwin.


Namun ia tidak semudah seperti disangka. PAS sendiri mempunyai team A dan team B. Dr Sam jika anda perhatikan dari gerak tarinya… dia tidak gemar utk PAS bergabung dgn UMNO.


Ini kerana keberangkalian utk beliau duduki kerusi nombor satu pasti tergugat. Dr Sam tahu keghairahan UMNO utk bersama mereka utk merebut kerusi nombor satu tersebut.


Analisis saya ia bukan semudah disangka UMNO utk gabungan tersebut. Pemain politik melihat Hadi Awang hanyalah politician kampung… tapi sebenarnya mereka silap… Hadi sgt licik.


Bukan sekadar bijak menggunakan ayat agama tetapi bijak utk menunggang parti2 yg bersama mereka. Dia boleh kafirkan dan binatangkan UMNO, tapi tanpa rasa bersalah dia boleh mengajak UMNO bersatu dgn mereka.


Sepertimana beliau dulu mengatakan mangsa Memali Syahid tetapi bila ditanyakan kembali mengenainya dakwanya soalan itu soalan syaitan.


Terbaru Hadi sindir kerajaan perpaduan ini gabungan Dap dan Kristian Sabah Sarawak. Tapi dlm masa sama beliau mahu bergabung dgn Sabah dan Sarawak yg dikatakan Kristian tersebut utk bentuk kerajaan bersama UMNO. 


Kenapa saya tidak mengkritik UMNO, pandangan peribadi saya UMNO sepenuhnya tidak boleh dipersalahkan kerana UMNO juga mempunyai masalah sendiri.


Lihatlah KP UMNO sendiri telah dinasihati oleh MPT UMNO tetapi dia tetap bangga utk terus menyerang PMX. Politik tanpa parti dominan mudah utk ahli tunjuk taring dan beri ugutan.


Ini pandangan saya bila ditanya semalam mengapa tiba2 UMNO bubarkan DUN.





Pilihanraya hari ini, bukan lagi mengenai siapa menang banyak dalam pilihanraya.


Aman Muhamad









Bukan lagi mengenai siapa gerak solo dalam pilihanraya.


Tapi gabungan apa yang bakal dibentuk selepas pilihanraya.


Penganalisis berkata, pilihanraya selepas ini agak sukar untuk satu-satu gabungan menang tunggal, kerana untuk menjadi kerajaan mahu tidak mahu gabungan politik harus membentuk kerajaan perpaduan.


Ambil contoh PAS.


Sebelum pilihanraya, Presiden PAS dengan angkuh berkata:


"TIDAK AKAN KERJASAMA DENGAN BN!"


"PAS RELA JADI PEMBANGKANG DARI KERJASAMA DENGAN BN!"


"JANGAN UNDI BN PENYAMUN!"


Namun, Allah nak tunjuk.

Selepas PRU15, apa yang PAS buat?

PAS lah yang paling kalut dan pelahap pergi kutip SD-SD dari MP BN tanpa sebarang rundingan dengan Pengerusi BN.


Begitulah kehikpokritan dan kemunafikan PAS yang jelas Allah nak tunjuk.


Samalah jugak dengan hari ini.

PAS kononnya marah dengan BN gerak solo masa pilihanraya tapi lepas pilihanraya akan kerjasama balik dengan PH.


Sedangkan PAS sendiri jika tak chukop jumloh nanti, akan cari UMNO jugak. Kenapa nak munafik sangat?


GInilah.

Untuk elakkan BN kerjasama dengan PH, PAS janganlah masu bertanding. 

Biarlah BN satu lawan satu dengan PH.

Disebabkan ada pihak ketiga seperti PAS/PN lah menyebabkan berlakunya kerajaan perpaduan.


Jika tiada PAS/PN, maka BN dan PH tidak akan bekerjasama.


Untuk apa lagi PAS nak masuk bertanding jika BN dah lawan semua kerusi DAP?

PAS sendiri pun tak berani lawan kerusi DAP.

Pengecut.


Begitulah bila Allah nak tunjuk kemunafikan PAS.

:)



Tuan Ibrahim Calon PM - Muhyiddin



CnP






1. Dalam kehidupan ini sesuatu yang baik atau yang buruk, yang kita lakukan terhadap orang lain, pasti akan kembali menemui si pelaku. 


2. Balasan tidak semestinya hadir dalam bentuk yang sama, tetapi ianya tetap membawa pengajaran yang setimpal. 


3. Rakaman audio percakapan Wan Saiful berlegar-legar di medsos beberapa hari ini. 


4. Katanya Presiden PAS mahu Hamzah menjadi calon PM bagi PN. 


5. Itu tidak salah….yang salahnya adalah cara orang tua yang juga seorang ketua memainkan peranan. 


6. Sebagai orang tua, sepatutnya mereka lebih tahu adab. 


7. Mungkin kerana kes itulah yang membuatkan Hamzah naik syeh dan melakukan gerakan menggulingkan presidennya. 


8. Disitulah puncanya berlaku perpecahan kepada Bersatu. 


9. Bagaimana jika TSMY berjumpa ahli2 parlimen PAS, kemudian beliau berkata, saya mahu Tuan Ibrahim Tuan Man menjadi calon PM ❓


10. Itu satu hal, dan ianya berlaku sebelum kejadian di Perlis. 


11. Sebelum kejadian di Perlis juga, satu pertemuan sulit telah berlaku di Bangkok antara Hamzah dan Takiyuddin bersama Zahid Hamidi. 


12. Ketika itu TSMY masih lagi Pengerusi PN dan juga Presiden Bersatu. 


13. Manakala Tan Sri Hadi Awang ketika itu Timb Pengerusi PN dan juga Presiden PAS. 


14. Mengapa pertemuan itu disorok supaya tidak sampai ke pengetahuan TSMY ❓


15. Ahaaaaa….disini ia kelihatan terkait dengan rakaman audio perbualan Wan Saiful. Perkara itu kelihatan selari. 


16. Apa salah sebagai ketua dengan ketua , sebagai orang tua dengan orang tua, Tan Sri Hadi menghubungi TSMY dan berkata ;


17. Hello Din, mung apa kabor  ? Ambe Alhamdullilah segor…..


18. Din, ni ambe nak kabor sikit….Zahid ada nak ttemu Ketua Pembangkang di Bangkok, jadi ambe nak minta Hamzah pergi dengan Taki selaku Ketua Whip…


19. Ok lah Din…nanti ambe kirim kerepok lekor Makcik Gemuk Marang kat mung buat makan petang2….


20. Kan lebih molek, lebih manis dan lebih terserlah adab berjemaah. 


21. Bukannya bila dah kantoi, baru nak buat pengakuan. 


22. Setiap kebaikan Allah akan balas dengan kebaikan, dan setiap keburukan juga pasti akan ada balasannya. 


23. Balik dari Bangkok, pommmmmmm….meletuplah isu Perlis. 


24. Saya tidak mahulah berkata, “nah ambil kau Allah bayar cash..”


25. Cuma ini mengingatkan saya kepada ayat di dalam Surah Al Imran, “Wamakaru wamakarallah wallahu khairul makirin.” 


26. Apabila manusia merancang untuk menjatuhkan, menganiaya, atau melakukan perkara buruk kepada kita, ingatlah bahawasanya perancangan Allah SWT adalah lebih sempurna dan mengatasi segala tipu daya.


27. Apabila baca ayat ini, terus teringat kepada N.Gobalakrishnan (reformis). Dia selalu baca ayat ini dalam keadaan pelat2 atas pentas ceramah zaman reformasi dulu 😂. 


28. Apabila meletup yang Perlis, cepat2 dia alih senjata kepada pihak lain kononnya itu adalah pengkhianatan. 


29. Inilah yang dinamakan play victim….alih kesalahan dan berlakon menjadikan diri sebagai korban. Ianya satu seni untuk menyembunyikan kesalahan sendiri. 


30. Bagi orang yang menjadi mangsa play victim, biasanya mereka mencari jalan penyelesaian. Orang yang play victim pula sibuk mencari penonton. Akhirnya dia hanya akan menang sorak kampung tergadai.