LIVE NOW‼️PAS BER"KALI-KALI" JUMPA PMX?😄 PAS DAH GILA TALAK?😂

Ucapan Penuh PM Anwar Ibrahim di Majlis Perasmian CRM Trial Connect 2025

PM Anwar Gesa CRM Teroka Kerjasama Lebih Luas Hasilkan Penemuan Baharu, Kurangkan Kos Perubatan

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap merasmikan majlis CRM Trial Connect 2025 di Kuala Lumpur pada 8 Mei 2025.

KUALA LUMPUR, 8 Mei – Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Clinical Research Malaysia (CRM) meneroka kerjasama lebih luas dengan negara anggota ASEAN dan institusi tempatan bagi menghasilkan penemuan yang bukan saja baharu, malah mampu mengurangkan kos perubatan serta sesuai dengan iklim serantau.

Perdana Menteri berkata, industri perubatan boleh mendatangkan beban sekiranya hanya bergantung pada syarikat pengeluar besar yang mengaut keuntungan terlalu tinggi, bukan saja terhadap kerajaan tetapi juga kepada pesakit.

“Cabaran kita ialah untuk memastikan kos perubatan tidak melambung. Justeru, CRM punya tugas besar untuk bertugas dalam bidang penyelidikan klinikal dan ada sinergi dengan semua institusi penyelidikan.

“Dalam mesyuarat Majlis Sains Negara, saya memberikan arahan sangat jelas bahawa tiada satu institusi yang bekerja secara berasingan… bermakna keberkesanan CRM ini mesti dilakukan dengan kerjasama semua institusi penyelidikan dalam negara dan universiti tempatan.

“Setiap fakulti perubatan mesti dirangkul bersama supaya semua kegiatan itu dapat dijalankan secara bersama. Dengan cara ini, kita akan memastikan hasilnya itu jauh lebih berkesan.

“Kita dapat melihat hasilnya sekarang tetapi kita mahu strategi bersama ASEAN supaya kerjasama itu lebih dekat dan mantap,” katanya ketika berucap merasmikan majlis CRM Trial Connect 2025, di sini, hari ini.

“Saya selalu tekankan kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad supaya memaklumkan kepada kakitangannya, bukan hanya mengetahui tentang penyakit dalam bidang kesihatan tetapi turut memahami penyakit ekonomi dan polisi ekonomi mikro.

“Setiap kementerian, jabatan dan pusat penyelidikan tentunya mahukan lebih banyak penyelidikan. Begitulah negara ini. Namun kita juga perlu melihat kepada sekolah, infrastruktur jalan raya, klinik dan hospital,” katanya.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, setiap kawasan dan bandar pasti mempunyai permintaan tersendiri dalam aspek kesihatan, namun kerajaan tidak mampu memenuhi semuanya tanpa kefahaman mendalam terhadap keutamaan serta kekangan sumber.

Katanya, meskipun negara giat memperluas usaha dalam bidang penyelidikan dan pembangunan, tekanan akibat permintaan yang meningkat turut dirasai rakyat serta golongan profesional khususnya dalam kalangan doktor.

“Doktor adalah kumpulan profesional yang sangat sensitif. Ini yang saya tahu daripada pengalaman Datuk Seri Dr. Wan Azizah. Sebab itulah pentingnya untuk memahami polisi ekonomi mikro dan kelemahannya, pasti ada,” katanya.


Pelan Pembangunan Belia Desa Dirangka, Perkukuh Kemahiran, Celik Digital

 

Zahid Hamidi menyampaikan Watikah Pertubuhan Belia Desa KEDA kepada penerima pada Majlis Perhimpunan Bulan Mei KKDW di Putrajaya pada 8 Mei 2025. Foto Faiz Alif Zubir

PUTRAJAYA, 8 Mei – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mahu satu pelan pembangunan belia desa dirangka untuk memperkukuhkan kemahiran golongan itu terutama celik digital dan berpendidikan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, inisiatif itu sekali gus melengkapkan belia dengan kemahiran dan mampu beradaptasi dalam apa jua keadaan.

“Saya mahu satu hari nanti lahirnya Hab Gig Desa yang membuka peluang pekerjaan baharu, lahirnya Duta Belia Desa yang menjadi suara generasi baharu.

“Malah, terbinanya Program Pertukaran Belia Desa ASEAN yang membawa belia kita untuk menimba ilmu dan pengalaman di pentas antarabangsa,” katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan Kementerian Kemajuan Desa Wilayah (KKDW) di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri KKDW turut mahu pihak kementerian dapat mencorakkan agenda itu dengan penglibatan semua agensi dibawahnya melalui satu platform atau jawatankuasa.

Ini demi melahirkan Belia Desa Malaysia yang mampu meneroka dunia, melangkaui sempadan, dan bersaing gagah di pentas global.

“Saya mahukan kita mewujudkan satu jadual prestasi bulanan yang lengkap, menyeluruh, dan telus.

“Kita mesti bergerak berdasarkan data, mendahului cabaran, memimpin dengan maklumat, dan menjawab dengan keyakinan,” katanya.




Wakil rakyat PN turun cari najis boleh, turun tengok flat usang tak mahu?


 ORANG BIJAK TAK TURUN CARI NAJIS BABI. KAWASAN TU SUDAH MENGGUNAKAN TEKNOLOGI PEMBERSIHAN UNTUK PENCEMARAN. ORANG TURUN TERANG PADA PENGUNDI APA ATLAMAT PARTI DAN CADANGAN MEMAJUKAN NEGARA. BUKAN CARI BABI.


HarapandailyMay 8, 2025


OLEH A. ZAHID



Dalam dunia politik, perbezaan pendekatan dan keutamaan sering mencerminkan sikap sebenar wakil rakyat terhadap rakyat yang mereka wakili.

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura dari DAP turun padang menyertai XPDC Pembaharuan Semula Bandar (PSB) yang dianjurkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Lawatan ini bertujuan untuk memberi gambaran jelas tentang cabaran pembangunan semula kawasan bandar yang usang, satu langkah penting ke arah memperkasakan komuniti bandar.

Young Syefura berkongsi dalam hantaran Facebooknya bahawa XPDC ini melibatkan lawatan ke beberapa tapak perumahan lama seperti Flat Desa Bakti dan Flat Kuchai Jaya, yang jelas memerlukan penambahbaikan untuk menjamin kesejahteraan penduduk.

Inisiatif ini juga memberi peluang kepada wakil rakyat untuk melihat sendiri kejayaan projek pembaharuan seperti Residensi Kerinchi dan 1 Razak Mansion, yang kini menjadi simbol pembangunan moden yang lebih mampan dan selamat.


AICASH



Lebih penting lagi, RUU Pembaharuan Semula Bandar yang sedang digubal ini bukan sekadar ‘lawatan biasa’, tetapi satu langkah untuk memastikan bandar-bandar lama yang terbiar dan usang dapat dipulihkan dengan lebih terancang.

Ia adalah cerminan aspirasi Malaysia MADANI, yang menekankan keseimbangan antara pembangunan ekonomi dan kesejahteraan sosial.

Inisiatif ini jelas memerlukan kerjasama semua pihak, termasuk Ahli Parlimen pembangkang, demi kepentingan rakyat.

Namun, malangnya, terdapat juga segelintir wakil rakyat yang memilih untuk ‘jual mahal’ dan enggan menyertai lawatan ini.

Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi, misalnya, menyifatkan jemputan Menteri KPKT, Nga Kor Ming, untuk melawat flat usang sebagai usaha politik semata-mata.

Baginya, wakil rakyat tidak sepatutnya “disamakan dengan pelajar sekolah” dan seharusnya lebih diberi perhatian kepada kampung-kampung yang memerlukan pembangunan.

Ironinya, walaupun enggan turun melihat keadaan sebenar perumahan rakyat di bandar, pemimpin Pas dan jentera pilihan rayanya sanggup turun ke sungai untuk mencari najis babi semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning di Perak yang baru selesai baru-baru ini.

Mereka, termasuk Ketua Penerangan Pas dan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari, mendakwa air di Sungai Bidor dicemari najis babi, sekaligus menjadikan isu ini modal politik untuk meraih undi.

Soalnya sekarang, apakah keutamaan sebenar mereka? Jika melihat keadaan flat usang untuk memahami masalah rakyat dianggap tidak penting, tetapi sanggup pula turun ke sungai demi isu yang lebih bersifat provokatif, maka rakyat wajar menilai niat sebenar mereka.

Adakah mereka benar-benar mahu memperjuangkan nasib rakyat atau sekadar bermain sentimen untuk kepentingan politik semata-mata?

 



KE PENJARA SUNGAI BULOH! - WAN AZRI GAGAL MOHON MAAF DENGAN KPN

TERKINI! Guan Eng menang saman Gerakan | Warisan dedah kenapa tolak 'gab...



1. Armizan Ali tegaskan, penggunaan akta 723 tidak tertakluk kepada sebarang pengecualian. 2. Naib pengerusi DAP tolak dakwaan kononnya parti itu tidak punyai pendirian konsisten. 3. Mahkamah tinggi putuskan Guan Eng menang saman fitnah terhadap pemimpin Gerakan dan China Press. 4. Shafie Apdal tegaskan, warisan bergabung bersama rakyat jadi keutamaan parti menjelang PRN. 5. DUPP gesa Kerajaan bertegas isu pensijilan halal. 6. Ketua penerangan Bersatu hulu langat dikompaun RM10,000 berkait kandungan tik tok. Ikuti perkembangan semasa isu-isu panas politik Malaysia, setiap hari, hanya di NextStep Malaysia 🇲🇾









WALAU DI FITNAH & PELBAGAI HINAAN! PERDANA MENTERI TETAP BEKERJA 100%


Pagi tadi saya telah meluncurkan Persidangan CRM Trial Connect 2025 di Bangsar. Saya menegaskan betapa negara tidak hanya menjadi antara pentas utama dalam soal ujian klinikal bertaraf dunia tetapi telah menjadi peneraju lapangan penemuan perubatan yang telah secara langsung mengubah dan menambahbaik kehidupan manusia.

Dengan angka mencapai lebih RM1.5 bilion kepada kadar pertumbuhan negara serta telah mewujudkan ribuan pekerjaan berkemahiran tinggi sejak satu dasawarsa yang lalu, pencapaian di bidang penyelidikan klininal di Malaysia tidak terbatas pada soal angka tetapi menjadi penyemarak kepada harapan pesakit dan telah menjadi penggerak utama kemajuan saintifik.
Lantaran itu, Malaysia tidak boleh sekadar menjadi penerima dan penyambung inovasi dari luar. Malah, Malaysia mesti melakar serta mencorak jejaknya yang tersendiri dalam peta penemuan perubatan global, memperkasa modal insan, memperhebat serta memperluas jaringan kerjasama lantas memperkukuh ekosistem keseluruhan aspek penyelidikan yang mampan dan berdaya saing.
Justeru, mari bersama kita memantap serta meluaskan sempadan inovasi dan bergerak sederap membentuk masa depan yang lebih sihat, makmur dan sejahtera.






NGADU KE DERIS SAGON HANG DAPAT APA ? Tam Jebat hang yang di luar tabie bukan Menteri.....

PENYONDOL....ITU LAH PAS.

 

Tegak  Keadilan


Ini lah Hadi Awang..Mulut cakap lain di hati lain dan dibuat lain.Hari ini cakap lain esok cakap laini.Sekarang bermati-matian pujuk paksa UMNO kerjasama dengan PAS nak ambil nyawa dari UMNO. Kalau rela jadi pembangkang kenapa pujuk dan paksa UMNO kerjasama dengan PAS takut kalah PRU16.




MENANTU HADI AWANG CABAR PENGGUNA FB YANG MENENTANG BELIAU SUPAYA JANGAN TURUN.

 

Ahmad Mursi








INI BUKTI PAS MUNAFIK. AKTA PEMBAHRUAN SEMULA BANDAR ZAMAN PAS DAN BERSATU SEJAK 2021 LAGI



HarapandailyMay 8, 2025


Oleh ZAIDI YUSOFF

Penggubalan Akta Pembaharuan Semula Bandar (PSB) dikatakan menghalau miskin dari bandar.

Betulkah? Mari kita dengar apa kata Menteri-Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebelum ini.

Akta tersebut adalah perancangan dalam PLAN Malaysia yang dirancang seawal tahun 2021 lagi. Boleh baca di sini.

1) Ketika itu Menteri KPKT Kerajaan Perikatan Nasional (PN) Perdana Menteri Muhyidin, Zuraida Kamarudin kata perlu pinda akta berkaitan untuk menjayakan PLAN Malaysia ini.

2) Selepas itu, cadangan Akta Pembaharuan Semula Bandar telah diutarakan oleh Menteri KPKT zaman Kerajaan PN seterusnya yang dipimpin Datuk Seri Ismail Sabri, Datuk Seri Reezal Merican.

Boleh ikuti jawapan menteri ketika itu:

3) Apabila Kementerian sekarang cadang untuk kelulusan sekarang tiba-tiba kata nak halau orang miskin lah… Malaysian Malaysia lah…

4) Semasa mereka jadi Menteri dan buat cadangan yang sama masa PN jadi kerajaan dulu, tiada pula timbul isu halau orang miskin atau halau Melayu atau isu Malaysian Malaysia.

5) Kakitangan kerajaan dalam kementerian yang samalah zaman PN dan kerajaan sekarang yang rangka undang-undang tersebutlah..

6) Jadi, kepada pemimpin jangan jadi munafik dan kepada ahli jangan mudah sangat kepala kena kencing.

Zaman mereka yang rancang, tiba-tiba orang lain pula jadi konon nak halau penduduk.

7) Allah bagi akal, ilmu dan agama untuk pastikan bahawa agama ini tertegak dengan dengan hujah dan dalil bukan dengan sampah-sarap.














Pemimpin Bersatu ini dikompaun RM10,000, boleh pula dakwa menteri ‘sakit hati’





Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengenakan kompaun RM10,000 terhadap Mohamad Shafiq Abdul Halim atas kandungan jelik di TikTok yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama berkaitan isu pekerja Menara KL pada 31 Mac lalu.

Tindakan kompaun terhadap Ketua Penerangan Bersatu Bahagian Hulu Langat itu dibuat di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, menurut MCMC dalam satu kenyataan.


MCMC berkata, akta tersebut melarang penggunaan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi untuk menyebarkan kandungan yang bersifat lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik melampau.


“Penyebaran kandungan yang boleh menjejaskan sensitiviti agama, kaum atau institusi diraja tidak akan dikompromi,” jelas MCMC dalam satu kenyataan.


Dalam masa sama, MCMC turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa bertanggungjawab dan beretika dalam setiap perkongsian yang dilakukan dalam talian.


Agensi kerajaan yang berstatus badan berkanun di bawah Kementerian Komunikasi itu terus komited untuk terus memastikan ruang siber negara kekal selamat, teratur dan harmoni.


Ia seiring usaha memperkukuh perpaduan nasional serta menjamin kesejahteraan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.


Sementara itu, Mohamad Shafiq dalam kenyataannya menafikan dakwaan pihak MCMC memandangkan semasa sesi siasatan, jelasnya, dia telah mengemukakan rujukan fakta yang relevan kepada pegawai penyiasat.


“Adalah tidak mustahil bahawa kemungkinan tawaran kompaun ini mempunyai kaitan dengan Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil, yang sakit hati terhadap saya berhubung isu konsesi Menara Kuala Lumpur.


“Saya juga telah mendapatkan nasihat perundangan, dan pihak peguam sedang dalam proses menyediakan jawapan rasmi terhadap surat tawaran tersebut dalam masa terdekat,” kata Shafiq lagi.


 

Menantu Hadi Awang bersumpah rumahnya hancur jika bantah Akta PSB kerana politik

 





Menantu kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang membuat sumpah laknat atau mubahalah bahawa rumahnya akan hancur sekiranya himpunan menentang Akta Pembaharuan Semula Bandar (PSB) dilakukan untuk politik semata-mata.




Zaharudin Muhammad membuat sumpah laknat itu  ketika seruannya supaya orang Melayu turut serta berhimpun, dianggap “membuang masa dan sia-sia” oleh seorang pengguna Facebook.

Beliau membalas komen pengguna tersebut dengan mendoakan rumah individu itu dirampas dan diroboh.


Beliau juga mencabar individu berkenaan membuat sumpah laknat sepertinya.

“Cuba mubahalah jika berani. Saya jual..

“Saya zaharudin muhammad bersumpah dengan nama Allah swt, saya kempen ini kerana mambantu mangsa yang ditindas. jika saya turun dan lakukan himpunan ini kerana kepentingan politik semata-mata, bukan niat ingin membela nasib mangsa yang dizalimi. Semoga Allah meruntuhkan rumah saya.


“Ini saya dah jual. Cuba awak beli mubahalah saya ni,” katanya membalas komen pengguna berkenaan.

Sebelum itu beliau memuat naik hantaran menyeru orang Melayu untuk berhimpun pada 24 Mei nanti.

Orang ramai mengkritik sumpah laknat dibuat ahli Pas itu yang dianggap berlebihan hanya kerana ada yang tidak setuju dengan himpunan tersebut.


Gambar dari Facebook Hasnul Zulkarnain


DENGAR DN FAHAMKAN


 

KALAU BERSATU TIDAK PERCAYA PAD PAS, IKUT HAUAN MASING MASING LAH.


 

TUNTUTAN PALESU


 

KERAJAAN PERPADUAN AKAN TERUS KEKAL HINGGA PRU 16


 



BANGKAI DALAM MULUT

Amran Jan


 Limau purut tiga serangkai,

Kepala berserban, mulut bau bangkai.!

.



Rafizi sudah beritahu Anwar hasrat letak jawatan dan tidak sertai Kabinet



 

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli telah mengutarakan hasrat untuk meletakkan jawatan dalam parti kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan tidak menyertai Kabinet.

Beliau berkata, ia bagi memberi tumpuan kepada kempen akar umbi menjelang Pilihanraya Umum ke-16 (PRU16) yang dilihatnya ketika ini tidak agresif seperti dahulu.

Rafizi yang juga Menteri Ekonomi berkata, kebimbangan beliau banyak berkisar kepada keadaan semasa yang mana kempen kerajaan dilihat terlalu bertahan (𝘥𝘦𝘧𝘦𝘯𝘴𝘪𝘷𝘦), dan tidak menyerang (𝘰𝘧𝘧𝘦𝘯𝘴𝘪𝘷𝘦) seperti rentak PKR semasa menjadi pembangkang.


“Saya menyatakan (kepada Perdana Menteri) bahawa saya bersedia untuk tidak bertanding Timbalan Presiden dan tidak menyertai Kabinet untuk memberi tumpuan kepada kempen akar umbi.

“Kedudukan saya sebagai seorang menteri menyebabkan saya terikat dengan konsensus pentadbiran kerajaan dan menyukarkan saya bersuara dengan lebih bebas, seperti sebelum ini.

“Ia menyumbang sedikit sebanyak kepada keadaan kempen PKR yang dilihat tidak agresif,” katanya dalam satu penjelasan panjang di sosial media miliknya.



Rafizi berkata, sepanjang tempoh bercuti, beliau telah bertemu dengan Anwar dan Datuk Seri Saifuddin Nasution untuk membincangkan hasratnya itu.

Dalam pertemuan itu beliau turut menyatakan kesediaannya memberi laluan kepada Saifuddin untuk bertanding sebagai Timbalan Presiden.

Namun kata putus belum dicapai. Rafizi akan mempertimbang semula pandangan Anwar dan Saifuddin yang mahukan beliau tetap di dalam Kabinet.

Ini bagi membolehkannya kembali berkempen secara bebas dan agresif ke arah PRU16 tanpa perlu terikat kepada peraturan Kabinet dan kerajaan.



“Kedua-dua mereka memberi pandangan bahawa ada keperluan untuk saya kekal bertanding Timbalan Presiden dan menjadi sebahagian dari kabinet. Saya nyatakan bahawa saya akan mengambil kira semua pandangan dalam membuat keputusan akhir,” ujarnya.




AFNAN JANGAN KOYAKLAH ! KENAPA TAKUT UNTUK HADIR ?

RENTASAN 1703 | AKTA PSB: INI TAWARAN BAKAL DITERIMA PENDUDUK FLAT JIKA ...

PM, Saifudin Tidak Setuju Saya Letak Jawatan Kabinet - Rafizi #MGFlash



Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli mengakui telah melahirkan kesediaan untuk meletakkan jawatan daripada Kabinet kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. As the video platform of Malaysia's leading online news portal https://malaysiagazette.com/, we deliver authentic, fact-checked reports covering a wide range of topics: national news, international developments, human-interest stories, politics, economics, educational contents and everything happening in the country and beyond. Stay informed with our in-depth coverage, exclusive interviews, and insightful analyses designed to keep you connected to the pulse of the nation. Subscribe to MalaysiaGazette now for daily updates and never miss the stories that matter most to you.







JIRAN PANIK !! Malaysia Rusia Sepakat Memproduksi Massal Jet Pejuang MiG-35

Malaysia aiming for zero-rated tariffs on exports to US, says Tengku Zafrul

ELOK PENJARAKAN - Minta maaf tak ikhlas, KPN mohon kebenaran mahkamah penjarakan Papagomo



 

Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran Mahkamah Tinggi supaya blogger kontroversi, Papagomo, dikenakan perintah komital dan dipenjara kerana menghina mahkamah.

Razarudin membuat permohonan itu kerana mendakwa permohonan maaf yang dibuat Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris pada 30 April lalu di dalam mahkamah bersifat tidak ikhlas dan tanpa penyesalan.


Penulis blog itu sepatutnya menyiarkan permohonan maaf di platform YouTube, Tiktok dan X sekurang-kurangnya selama tujuh hari.


Ia termasuklah perintah untuk memadamkan kenyataan pada 14 Januari lalu serta imej Razarudin yang disunting pada 15 Januari. Namun dia tidak melakukan sedemkkian.

Sehubungan itu Razarudin mengemukakan permohonan kali kedua selepas Papagomo gagal mematuhi perintah yang menghendakinya menyiarkan permohonan maaf tanpa syarat kepada KPN dan mahkamah.

Wan Muhammad Azri juga didakwa dengan sengaja telah menerbitkan satu video di aplikasi TikTok atas nama Papa Azri dan YouTube (Sir Azri), pada jam 8.30 malam, 1 Mei.



“Tindakan itu merupakan penghinaan kali kedua terhadap mahkamah,” kata pemimpin tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu.

Mahkamah menetapkan prosiding pendengaran permohonan itu pada Jumaat ini.

Sebelum ini pada 1 Mei, Papagomo mendakwa dia adalah pihak yang “menang” biarpun selepas mengemukakan permohonan maaf tanpa bersyarat Razarudin Husain dan Mahkamah Tinggi.


Menerusi video dikongsikannya di TikTok, Papagomo berkata dia “menang” kerana selama ini pihak tertentu mahu memenjarakannya di Penjara Sungai Buloh.




Kempen Kerajaan bertahan dah tak selari masa Keadilan membangkang - Rafi...

PETUA



 Kena simpan ilmu ni sebaiknya

Orangnya pun dah takda lagi.😔







 (AlMarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din)


1) - Apabila dipatuk ular, penawar ada pada ular itu.

 -Ambil sisik terakhir (hujung ekor ) ular tersebut.

 -Ambil & makan. InsyaAllah ia akan jadi penawar bagi bisa ular itu.


2) - Disengat ikan sembilang atau ikan keli, penawar ada pada otak ikan tersebut.

 - Ketuk kepala ikan, ambil kecik seperti gel

 - Ambil & sapu pada bahagian yang disengat


3) - Terkena duri kelapa sawit. Penawarnya ada pada buah kelapa sawit.

 - Ambil buah, diketuk/ dipecahkan dan diambil minyaknya

 - Jangan ambil menggunakan tangan, sapu menggunakan sabut kelapa sawit itu sekali

 - InsyaAllah hilang rasa sakit & cepat sembuh


4) Terkena sihir untuk menceraikan suami isteri

 Surah Al - Baqarah, ayat 102


5 ) Resdung

 - Ambil 7 botol air kolah dari 7 buah masjid yg berlainan

 - Mestilah masjid yang aktif (masjid yang ada org dtg bersolat)

 - Setiap kolah masjid, 1 botol.

 - Ambil air, letak atas sejadah, buat solat hajat untuk sembuhkan penyakit resdung

 - Letak air pada tangan kanan, Baca surah Al- Anbya' , ayat 83.

 - Sebelum masukkan air ke dalam hidung, baca selawat syifa'

 - Masukkan air ke dalam hidung & buang semula

 - Ulang sebanyak 7 kali

 Surah Al - Anbya', ayat 83


6) Masalah sakit tumit / sakit2 sendi (rheumatism)

 - Gunakan minyak zaitun

 - Baca Al - Fatihah & Ayat kursi

 - Sapu minyak tersebut atau urut sambil membaca doa di bawah ini :

 Surah At- Taubah ayat 14

 &

 surah Al - Hashr ayat 21


7) Fibroid, atau masalah yang melibatkan wanita

 - Menggunakan madu asli

 - Baca Al- Fatihah & Ayat kursi

 - Baca Surah An - Nahl, ayt 69, jampi ayat tersebut pada madu

 - Makan 1 sudu sehari

 Surah An -Nahl, ayat 69


8 ) Angin pasang

 - Menggunakan madu

 - Amalkan ayat- ayat di bawah ini

 -Surah Al - Isra', ayat 82

 Surah Al - Hashr, ayat 21

 Surah Ash - Shua'ra' ayat 70


9) Penyakit darah tinggi, kencing manis, & masalah jantung

 Bahan - bahan :

 - Ambil serai 3 batang ( titikkan supaya pecah)

 - Halba (yang selalu diletakkan dalam nasi dagang)

 - Buah kelapa (yang berhingus)

 Cara - cara :

 - Serai apabila sudah dititikkan, letak dalam buah kelapa,1 buah kelapa, 3 btg serai.

 - Ambil 7 halba, letak sekali dlm buah kelapa.

 - Ambil buah kelapa, letak atas api gas & pnaskan.

 - Jadikan serai sebagai sudu, ambil isi guna serai.

 - Minum air kelapa yang telah suam.

 *Satu bji kelapa, selang 2 hari.


10) Susah tidur malam

 Surah Al - kahf, ayat 11


11) Angin dalam badan, sakit - sakit sendi

 Surah - fussilat, ayat 44


12) Merawat histeria

 - Genggam tangan kanan, baca Bismillah, MasyaAllah..

 - Baca 3 kali, tiup dalam penumbuk, muncungkan mulut, tiup dengan tiupan yg halus, Tepuk atas tulang belikat pesakit yang terkena histeria.

 *Pagar diri dahulu sebelum mengubati orang lain

 - As saffat , ayat 7


[Almarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din]


Ilmu yang harus dikongsi bersama...SHARE


kredit : Friends of Bomba Malaysia



KPM JUMPA PM ANWAR

 


Menerima kunjungan Menteri Pendidikan bersama barisan pengurusan tertinggi kementerian petang tadi bagi membincangkan strategi dan hala tuju baharu pendidikan menjelang lembaran Rancangan Malaysia Ke-13.










Antara yang dibicarakan termasuklah pendidikan prasekolah, latihan guru dan peningkatan kemahiran di Institut Pendidikan Guru, pelaksanaan CPD sebagai wahana memperkasa tenaga pengajar serta pemantapan STEM bagi melonjakkan daya saing masa depan. 


Turut dibincangkan pengajian peringkat Tingkatan 6 dan matrikulasi, isu keciciran murid, permit mengajar sektor awam dan swasta serta keperluan menyusun semula Pelan Induk Pendidikan Negara agar lebih sejajar dengan keperluan semasa.


Segala intipati dan iltizam yang terbit daripada perbincangan ini harus digerakkan segera secara menyeluruh, tersusun dan berani demi masa depan anak-anak, para pendidik dan ekosistem pendidikan negara. 


Dunia sedang berubah pantas dan kita tidak boleh berpuas hati dan terperangkap dengan nostalgia lama atau terpuruk dalam perancangan silam yang mungkin sudah tidak relevan. 


Dasar lama perlu disemak dan pendekatan perlu disegarkan agar setiap wang yang dilaburkan menerusi Rancangan Malaysia Ke-13 membenihkan sistem pendidikan yang lebih adil, berpandangan jauh dan mampan demi menjulang masa depan negara yang lebih makmur dan sejahtera.


#MalaysiaMADANI

#MADANIBekerja