Maaf teman yang kukenali dan tidak kukenali.Aku tidak bersama kalian. Kesihatan ku tidak mengizinkan untuk bersama kalian hari ini.Perjuangan walau sekecil mana sekali pun anda adalah pejuang.Jangan jadi hamba kepada kerajaan korup yang hanya menghukum rakyat dengan berbagai bebanan dan tekanan.Sistem yang dilihat semakin memburuk dengan bebanan diletakkan dibahu rakyat.Bangun lah semula sebagaimana pernah tuan tuan dan puan puan lakukan dahulu.Bagi yang telah meninggalkan kita,doakan mereka dirahmati dan bagi yang masih kental, lakukanlah dengan semangat perjuangan sebagaimana pernah kita laksanakan.
WRLR...
ALANGKAH BURUK, ZALIM DAN KEJI...DAN MEREKA KINI DI HUKUM KARMA...DIKEJI DAN MAKIN DILUPAKAN.......
"BUAT APA ADA NAMA, PANGKAT HARTA TAPI ORANG BENCI.WALAU SAYA DICERCA,DIHINA DIAIBKAN RAKYAT BANGUN SOKONG SAYA.ALHAMDULILLAH"
DEKLARASI PERMATANG PAUH
Maka ALANGKAH BURUKNYA seorang Presiden, atau Sultan, atau Raja, atau Perdana Menteri, atau Menteri Besar, atau Menteri yang makan dengan mewah daripada peruntukan harta negara atau negeri sedangkan rakyatnya dalam kesusahan.
Ketika rakyat membilang butiran beras, helaian ringgit untuk persekolahan anak, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, sementara mereka yang berkuasa ini pula menghadiri jamuan negara dan negeri itu dan ini.
Bermewahan dengan pertunjukan dan hiburan dari peruntukan wang negara. Kemudian bercuti rehat, tanpa rakyat ketahui apakah kepenatannya untuk rakyat. Kos itu pula ditanggung oleh negara tanpa sebarang pulangan keuntungan buat rakyat.
ALANGKAH ZALIM! ALANGKAH KEJI sikap yang sedemikian rupa.
Saya kadang-kala begitu hairan apabila seseorang dianggap ‘berjiwa rakyat’, hanya kerana makan nasi yang dijamu oleh rakyat, atau masuk ke kampung mendukung anak rakyat untuk beberapa minit bagi membolehkan wartawan mengambil foto. Apakah itu dinamakan berjiwa rakyat? Jika hendak diiktiraf sebagai berjiwa rakyat, rasailah apa yang rakyat rasai.
Orang seperti ‘Umar bin Al-Khattab lebih mulia daripada segala keturunan atau pangkat yang ada di kalangan manusia. Kemuliaannya telah diiktiraf oleh Allah dan RasulNya. Dia ahli syurga dengan jaminan Allah dan RasulNya sementara politiknya tidak ada saingan yang menggugatnya.
Namun tetap amanah dan jujurnya terhadap rakyatnya. Merasai penderitaan rakyat. Beliau idola kepimpinan kita sepatutnya. Walaupun beliau tidak pernah menyuruh orang menyembah atau menjulangnya, namun beliau dipuja oleh sejarah dan diangkat oleh Allah.
PENULIS
MAZA
MUFTI PERLIS
MAZA
MUFTI PERLIS