KENA TIPU PUN SOKONG LAGI

 

Aman Mohamad


Sebagai orang Kelantan, aku sebenarnya malu majoriti rakyat Kelantan begitu mudah ditipu dan diperdaya oleh PAS. 



Dulu orang kata, rakyat Kelantan ni cerdik berpolitik. Hakikatnya hari ini, majoriti orang Kelantan sebenarnya bodo berpolitik.


Begitu mudah terpedaya dan terpesona dengan imej agama.

:)


KES MEMALI... SAKSI JELAS BERCERITA


 

600 JUTA DAPAT DI. SELAMATKAN


 

APA RAKYAT DAH DAPAT DARI KERAJAAN MADANI


 

AKIBAT MULUT CELUPAR.. SANUSI TERIMA KARMA.




 

SIDANG MEDIA DAN PERTANYAAN WARTAWAN! APA PUN AMANAH LEBIH BAIH DARI PAS...

TERKINI-UCAPAN MAT SABU ISU PARTI AGAMA TUNGGANG ISU BANGSA-TAPI MEREKA KE CHINA

TUNGGANGAN HEBAT LEBAI "ISLAM TERANCAM!" DAN BENARKAH? KERAJAAN MANSUHKA...


Riuh tentang cerita pemansuhan subsidi minyak masak paket. Kerajaan tidak ada rancangan untuk memansuhkan subsidi minyak masak paket. Semasa Sesi Libat Urus RMK13 di Perlis, saya ditanya secara umum tentang ketirisan subsidi minyak masak paket.
Sudah tentu untuk setiap program, kalau ada ketirisan mestilah program itu dinilai dan dibincang tetapi yang dilapor oleh sesetengah pihak adalah “kerajaan nak mansuh subsidi minyak masak paket”. Dua perkara berbeza.
=============================================================================== Keseluruhan modal pembangkang untuk menidakkan prestasi pentadbiran kerajaan berkisar mengenai satu perkara sahaja, iaitu Melayu semakin terancam.
Dakyah Melayu terancam ini hanya akan timbul jika PH menjadi kerajaan. Jika parti lain menjadi kerajaan, tiba-tiba Melayu tidak agi terancam. Tidak kisahlah sama ada penglibatan Melayu Bumiputra di dalam ekonomi maju atau tidak.
Saya tidaklah terkesan sangat dengan permainan sentimen politik begini. Yang paling penting ialah kita buat lebih baik dari kerajaan sebelum ini. Satu fokus utama Kementerian Ekonomi ialah memperkuatkan ekosistem perniagaan Bumiputra untuk membantu usahawan Bumiputra yang benar-benar nak berkembang, mendapat bantuan sewajarnya. Satu aspek yang kita perkuatkan ialah pembiayaan.
Teraju iaitu sebuah agensi pemerkasaan ekonomi Bumiputra di bawah Kementerian Ekonomi baru-baru ini melancarkan dana pengembangan dan katalis berjumlah RM1 bilion kepada usahawan Bumiputra yang layak. Kami ambil pendekatan yang berbeza kali ini, tidak lagi menggunakan dana kerajaan untuk diberi terus kepada usahawan sebagai geran.
Teraju bekerjasama dengan 9 buah bank dan institusi kewangan untuk memastikan bagi setiap RM1 dana awam yang diletakkan, RM4 lagi ditambah dari bank-bank ini. Sebab itu kita boleh meningkatkan dana kepada RM1 bilion agar lebih banyak perniagaan Bumiputra mendapat akses pembiayaan. Pinjaman dijamin oleh Teraju dan dana pinjaman datang dari bank-bank. Dengan cara ini, usahawan Bumiputra tidak perlu menyediakan cagaran untuk membuat pinjaman.
Saya galakkan seberapa ramai usahawan Bumiputra mendaftar di Teraju di https://teraju.gov.my/ Kalau tak nak Melayu terancam, bukannya kita sembang di Tik Tok. Kita sama-sama kembangkan dan skalakan penyertaan Bumiputra dalam sektor ekonomi supaya kita tidak mudah termakan dakyah pembangkang yang hanya timbul bila mereka tidak berkuasa.




MB PAS TERAMAT GAGAL BERI ALASAN LAMBAK! PAS TERUS KEKAL DENGAN POLITIK ...



Parti AMANAH NEGARA (AMANAH) Terengganu menyelar Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga Naib Presiden Pas yang berterusan “menuntut hak royalti Terengganu” bagi menampung perbelanjaan kerajaan negeri. Pengarah Komunikasinya, Muammar Qaddafi Mohd Nasir menyifatkan Samsuri cuba menyembunyikan kelemahan pentadbiran dengan meletakkan bebanan kewangan negeri kepada Kementerian Kewangan.
Menurutnya, ketidakupayaan untuk Samsuri mengurus pendanaan negeri meletakkan pemimpin Perikatan Nasional (PN) itu tidak mempunyai modal lain selain menuntut royalti minyak.
“Samsuri, dan Pas khususnya perlu malu dengan tuntutan tuntutan yang dibuat. “Pengalaman sebagai pentadbir di peringkat Persekutuan selama 33 bulan sepatutnya mendidik mereka menjadi lebih bijak dan pandai, tahu membezakan antara hak dan Ehsan.
“Malangnya, mereka terus kekal dengan politik membebalkan masyarakat dengan membelakangi fakta dan akta yang ada,” tegasnya menurut kenyataan dikeluarkan hari ini.
Beliau menegaskan bahawa tuntutan terhadap “hak royalti minyak” Terengganu amatlah janggal apabila merujuk Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan Perjanjian 1975.
“Terengganu tidak pernah mempunyai hak terhadap royalti minyak semenjak awal, sebaliknya ia merupakan wang ehsan Kerajaan Persekutuan, kepada kerajaan negeri bagi tujuan membantu rakyat negeri Terengganu.
“Pemberian wang kepada Terengganu adalah ehsan dari Perdana Menteri dan sama ada ianya ditermakan sebagai royalti ataupun wang ehsan. “Kedua-duanya adalah ehsan Perdana Menteri kerana minyak yang dijumpai di luar tiga batu nautika dari pesisir pantai negeri,” jelasnya. =================================================================================== Muhammad Sanusi Md Nor mengemukakan bermacam alasan susulan keputusan Bin Zayed International Group of Companies (BZI) menarik diri daripada projek Widad@Langkasuka di Langkawi, bernilai RM40 bilion.
Menteri Besar Kedah itu berkata, kerajaan negeri tidak mempunyai sebarang kaitan dengan keputusan itu memandangkan projek dirancang dibangunkan secara kerjasama antara syarikat swasta iaitu Widad Business Group Sdn Bhd. Menurutnya, keputusan BZI menarik diri itu juga bukan sesuatu yang baharu kerana perkara tersebut telah diumumkan kepada Bursa Malaysia sebelum ini. Bercakap pada sidang media selepas membentangkan Belanjawan 2025 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Darul Aman hari ini, Sanusi berkata, projek kerjasama antara BZI dan Widad untuk projek itu juga diumumkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tan Sri Mahiaddin Yassin di Kuala Lumpur, bukan di Kedah.
“Pengumuman (pelaburan) sebelum ini pun dibuat oleh Menteri Kewangan terdahulu yang kini menjadi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz), bukan saya pergi cari dia,” katanya.
Dalam masa sama, Sanusi berkata, kerajaan negeri juga tidak menanggung sebarang kerugian daripada keputusan BZI terbabit. Jelasnya, fungsi kerajaan negeri hanya meluluskan pelupusan tanah mengikut undang-undang.
“Apabila kita lupuskan tanah, mereka bayar premium serta cukai dan selepas itu, syarikat berkenaan yang akan memainkan peranan membangunkan tanah tersebut.
“Bayaran premium tanah itu sudah diselesaikan oleh Widad dan fasa satu projek itu saya difahamkan sedang berjalan dengan diusahakan Widad sendiri, tetapi perlahan,” tambahnya lagi.



RAKYAT TAK AKAN SOKONG LAGI JIKA PEMIMPIN MUDA TAK TUNAI JANJI, SYED SADDIQ INGATKAN ADAM ADLI


Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengingatkan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim bahawa sokongan terhadap pemimpin muda berdepan risiko ekoran kegagalan menangani isu berkaitan belia pada masa ini.

Menyifatkan ketua Pemuda PKR itu sebagai kawannya, Syed Saddiq yang juga bekas menteri belia dan sukan mengimbau kembali bagaimana mereka pernah bekerjasama dalam kerajaan dan juga di jalanan.

“Dia bukan sahaja sahabat, bahkan sebelum saya sertai politik, dia adalah figura saya hormati dan segani, pernah turun ke jalanan lakukan protes bersama dan saya ingat lagi semasa dalam kerajaan, mereka pun tuntut beberapa isu perubahan dan saya ikut,” kata Syed Saddiq dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia yang disiarkan hari ini.

Syed Saddiq membangkitkan tindakan kerajaan PH di bawah Mahathir Mohamad pada 2018 untuk menggantung penggunaan Akta Hasutan 1948 sementara menunggu ia dimansuhkan.

“Tetapi, malangnya, hari ini ia berubah terus, buat pusingan ‘U’ beberapa kali. 

“Saya risau kerana apabila segelintir pemimpin muda dalam kerajaan dijadikan ikon dan tokoh, tetapi, jika mereka tidak dapat laksana janji, rakyat pun muak dan tidak lagi mahu mendukung kepemimpinan muda yang lain.

“Dahulu kamu (Adam Adli) kata isu PTPTN akan lawan (mansuh), hari ini tiada komen langsung,” katanya yang merupakan bekas presiden Muda.

Syed Saddiq diminta mengulas mengenai pemimpin politik yang sebelum ini, semasa menjadi aktivis dan pembangkang, berada di barisan depan dalam protes menuntut reformasi namun kini “senyap” sebaik sahaja menjadi kerajaan.

“Ini isu belia melangkaui banyak kementerian dan kita perlu pertahankan nasib anak muda yang merupakan generasi sandwich, terhimpit dari atas ke bawah. 

“Jika kita tidak berani mempertahan dan membela masa hadapan mereka maka malap masa hadapan negara,” katanya lagi.

Janji untuk memansuhkan pinjaman PTPTN termasuk dalam manifesto PH untuk PRU 2013.

Namun pada PRU 2018, ia ditukar kepada janji untuk membenarkan penangguhan pembayaran semula untuk peminjam yang berpendapatan kurang RM4,000 sebulan.

Bulan lalu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Mustapha Sakmud berkata sukar untuk kerajaan memansuhkan hutang pinjaman PTPTN dalam keadaan kewangan negara pada masa ini.

Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/726863


KAKI BOM


Ibrahim Mat Isa


 Hehehe Salam hujung minggu. Hat ni kan, kalau kat kampung aku orang panggil Nusi kaki bom! Kuat pemuhong, tapi tak buat pun.




DUDUK KAT SARAWAK AKAN FAHAM SEJAUH MANA RASISNYA MANUSIA.


 MSO


Kata menteri berbangsa Cina ini ada pelancong tanyanya jika Malaysia negara perkauman ekoran operasi berskala terhadap papan iklan bertulisan Cina. So apa yang kamu jawab kepada pelancong yang menanyai kamu itu?



Kamu jangan ambil peduli pertanyaan pelancong sebaliknya perlu jekaskan kepada mereka bahawa tindakan menurun iklan bukan bahasa Melayu itu wajar sebab negara ini negara Melayu dan bahasa Melayu adakah bahasa kebangsaan.


Juga sudah ada akta yang menetapkan semua iklan hendaklah dipasang dalam bahasa Melayu. Masakan itupun hendak diajar. Dangkal sangatlah anda sebagai menteri Malaysia kalau asyik bermain dengan sentimen kaum. 


Inilah dikata petola belum matang sudah diambil untuk dijadikan bibit. Trims.



NI MACAM AKU KATA TADI.. PENYOKONG DAN PEMIMPIN SAMA JA LEVEL... KEH.. KEH... KIOK.


 

NI LEVEL WALAUN... KO TAK BUAT LAK... WOI.. LAIN KALI KALAU BERANI BUAT LA.... KO TAK KENA. CEKUP LAGI.


 

KEH.. KEH.. KEH.... DIA NI LEVEL BODO DIA TAK LEH BLAH LA... DIA PUNYA CERAMAH NEGARA NI BAGI KE CHINA HABIH DAH... LAST LAST DIA PI KE CHINA NU.. APA PUNYA TAK DA VALUE LA HANG...


 

MP PAS NGAN WALAUN SAMA JA LEVEL... HENTAM HENTAM LAST KENA BALIK.. SEBAB APA.. SEBAB TAK DSK ISU EKONOMI NAK BANTU MELAYU PUN


 

JANGAN DOK LAYAN ORANG BODO.... KITA TUNGGU FADLI SAARI DAN MAT JARGON BALIK. BERAPA BILLION PELABUR NAK MASUK...


 

KES NAFAS... LAMA BERLAKU.. TAPI BEKAS MP PN TERKAIT KE? IYA ADA YANG BAKAL TERKAIT


 

KOYAK KA SANUSI... LAIN KALI, JANGAN. AKAP BESAR.


 

JADIKAN NEGARA YANG LEBIH BERJAYA DAN LEBIH MAJU SEBAGAI JALAN UNTUK MEMAJUKAN NEGARA. BUKAN MAKAN RASUAH DAN KITA BERSETUJU.


 

ORANG KALAU CERDIK, MASUK JA PAS... HABIS.. KALAU KUTUK KENA HENTAM... TU LA DIA.. NI SALAH SOQANG.. MP PAS MANA ADA CERDIK


 

DIA BUKA MULUT MEMANG MUHONG. DULU DIA DOK KUTUK ANWAR. LA SATU APA PUN TARAK.. WALAUN JA MELOPONG. KALAU DENGAR DIA CAKAP, DIA LA HEBAT. LA APA MACAM.


 

BARU TAU KA.. 2 TAHUN DULU ORANG DOK KATA... KEH.. KEH.. KEH

 


Asyik disindir pembangkang, Anwar berseloroh nak ambil gaji tahun depan

 


Ketika sambutan ulang tahun Kerajaan MADANI hari ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan kenapa beliau sejak menjawat jawatan itu tidak mengambil gaji sebagai Perdana Menteri.

Ini kerana katanya, beliau masih mempunyai elaun sebagai Ahli Parlimen Tambun.

Sedar dirinya disindir pembangkang hanya kerana tidak mengambil gaji, Anwar secara berseloroh berkata beliau akan mengambil gaji mulai tahun hadapan.


“Bila saya kata tak ambil gaji, kena sindir. Jadi saya fikir mungkin tahun depan saya nak ambil baliklah.

“Kita tak ambil gaji (tetapi) elaun Parlimen kita ambil. (Datuk Seri Dr) Azizah (Wan Ismail) juga ada elaun Parlimen. Campur-campur oklah. Saya bukan miskin,” katanya di KLCC hari ini.

Sementara itu, Anwar menegaskan kerajaan telah membuat pengorbanan bagi memastikan kesaksamaan, termasuk pengurangan 20 peratus gaji menteri, manakala gaji penjawat awam dinaikkan baru-baru ini.



Walaupun dengan langkah-langkah ini, Anwar mengambil maklum bahawa ada pihak yang menurutnya masih pantas membuat kritikan tanpa memberikan cadangan yang membina.

“Demikianlah politik picisan yang ada. Mereka tak hargai langkah yang diambil (tapi) boleh kritik,” katanya.



Ucapan Anwar Ibrahim dalam sesi Townhall sempena 2 Tahun Kerajaan Madani



Alhamdulillah, Kerajaan MADANI telah memperkenalkan pelbagai anjakan dan reformasi sepanjang dua tahun mentadbir negara terutama bagi memacu pertumbuhan ekonomi, perdagangan, pelaburan dan kebajikan rakyat. Pelbagai inisiatif dan bantuan dilaksanakan untuk berkongsi kemakmuran secara adil kepada rakyat, di samping mengangkat imej negara di pentas antarabangsa hingga menarik minat syarikat gergasi dunia untuk melabur di Malaysia.
Ini hanyalah permulaan dan banyak lagi perancangan sedang dirangka untuk mencipta lebih banyak kejayaan, termasuk dengan memperbaiki kelemahan dan perkhidmatan kepada rakyat.
Kejayaan yang dikecapi ini adalah hasil daripada kestabilan politik dan kebersamaan pimpinan untuk bergerak sederap dan senada, di samping iltizam penjawat awam yang menunjukkan kesediaan melakukan reformasi serta meningkatkan kecekapan.
Pihak swasta turut mainkan peranan kritikal untuk untuk menjayakan agenda MADANI menerusi kemahiran dan kepakaran yang dimiliki. Namun paling penting adalah tenaga kerja dalam kalangan rakyat sama ada pekerja, petani atau nelayan yang menunjukkan kesediaan menjadikan Malaysia negara hebat, terkenal dan dihormati.
Di sebalik kebersamaan ini, masih ada suara-suara dangkal yang cuba meremehkan usaha Kerajaan MADANI membersihkan negara daripada kebobrokan dan rasuah, hingga mereka yang merompak kekayaan negara diangkat dan dipuji, manakala pihak yang bersih dicerca.
Namun saya percaya dengan kebijaksanaan rakyat untuk melihat sendiri usaha-usaha Kerajaan MADANI dalam mengangkat martabat rakyat, antaranya memastikan gaji bermaruah kepada pekerja, mempertingkat khidmat kesihatan, memperkasa pendidikan dan menjaga kebajikan isi rumah dengan bantuan-bantuan berbilion ringgit.
Insya-Allah, Kerajaan MADANI bertekad untuk terus bekerja dan meningkatkan usaha membawa lebih banyak kejayaan dan kemakmuran untuk rakyat serta memastikan IMEJ NEGARA DIANGAKAT KE SEANTARIO DUNIA.



SANUSI GAGAL HABIS, KANTOI DAN KOYAK TERUK! PELABUR LARI KERANA TIDAK YAKIN DENGAN PENTADBIRANNYA


BZI tarik diri projek Langkasuka di Langkawi Ditanya mengenai projek Langkasuka di Langkawi, Kedah beliau mengesahkan kumpulan itu telah menarik diri daripada projek itu.
"Kami tidak lagi terlibat dengan projek Langkasuka. Sejak 2022, kami memutuskan untuk menarik diri dan memberi tumpuan kepada peluang yang lebih baik, realistik dan potensi lebih besar," katanya.
Pada 2021, Widad Business Group Sdn Bhd menjalin kerjasama strategik dengan BZI untuk membantu membangunkan pembangunan bercampur RM40 bilion yang dikenali sebagai Widad@Langkasuka di Langkawi.
Langkasuka, Langkawi adalah projek pembangunan bercampur di tapak seluas 2,000 ekar pulau buatan dan akan dibangunkan dalam dua fasa dalam tempoh 15 tahun. Fasa pertama akan terdiri daripada padang golf bertaraf antarabangsa dan sedia kejohanan di tepi laut, vila dan rumah peranginan dengan unsur seni bina Melayu yang diberikan dengan pemandangan panorama padang golf dan matahari terbenam Langkawi.

Dari segi runcit, juga akan terdapat pusat beli-belah dengan nama Designers' Brand Mall, bazar beli-belah dikenali sebagai The Langkasuka Village, hotel lima bintang dengan pemandangan laut menghadap Laut Andaman serta kondominium mewah dengan pemandangan hadapan laut. Selain hartanah, Bin Zayed International telah mengenal pasti syarikat dalam sektor tenaga baharu untuk menyokong rancangan pengembangannya di Malaysia.
"Kami telah mengenal pasti syarikat tertentu dan sedang berunding dengan mereka untuk melihat keperluan mereka dalam menjadikan mereka pemain global secepat mungkin," kata Shamir.

Terdahulu, Johari Abdul dalam ucapannya berkata kerjasama antara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu adalah cerminan hubungan yang semakin erat antara kedua-dua negara. "Kami percaya dengan kepakaran, visi dan komitmen Bin Zayed International terhadap inovasi, Malaysia akan menjadi hab pusat perniagaan di Asia Tenggara.
"Ketika Malaysia melakukan persiapan sebagai pengerusi ASEAN pada 2025, tumpuan kami pada keterangkuman dan kemampanan akan memacu usaha untuk menggalakkan keamanan, kestabilan dan kemakmuran bersama di rantau ini," katanya.

Johari menekankan bahawa kerajaan terus komited untuk bekerjasama dengan sektor swasta untuk mewujudkan dasar memupuk pertumbuhan dan persekitaran perniagaan yang kompetitif di Malaysia.




LOKMAN ADAM JAWAB HILMAN BERHUBUNG PEMBIAYAAN SWASTA SEMASA LAWATAN PM KE LUAR NEGARA




1. Terlebih dahulu, sebagai rakyat Malaysia, kita harus berbangga dengan kejayaan yang dikecapi hasil Lawatan Kerja Rasmi Delegasi Kerajaan Malaysia ke luar negara baru-baru ini;


2. Delegasi yang diketuai oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, selaku Perdana Menteri ke Kaherah, Riyadh, Lima, Rio de Janeiro dan Doha ini telah berjaya memperolehi jumlah pelaburan yang besar iaitu RM12.8 bilion.


3. Selain itu, lawatan ini juga adalah bagi memenuhi undangan dan mengadakan pertemuan rasmi dengan  pemimpin-pemimpin kerajaan dari 19 buah negara disamping mengeratkan hubungan antarabangsa serta membuka jalan kepada peluang baharu untuk kemakmuran rakyat dan negara ketika landskap geopolitik dunia sarat dengan ketidaktentuan;


4. Memandangkan lawatan selama 11 hari ini merupakan satu lawatan yang panjang dan sudah pasti menelan belanja yang tinggi, YAB Perdana Menteri juga telah berkongsi atau memaklumkan di dalam Dewan Rakyat mengenai pengurusan dana kerajaan sepanjang lawatan ini berlangsung;


5. Semasa sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada Jumaat, 22 November 2024, YAB Perdana Menteri telah memaklumkan bahawa 70-80 peratus perbelanjaan untuk lawatan ini telah ditanggung oleh pihak swasta;


6. Dalam penjelasan ini, YAB Perdana Menteri telah memberikan justifikasi bahawa penglibatan pihak swasta adalah untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan ia merupakan satu pendekatan baharu di Jabatan Perdana Menteri untuk mengekang pembaziran serta ketidakcekapan pengurusan kewangan semasa lawatan rasmi kerajaan di luar negara;


7. Bagi merealisasikan perkara ini, pihak kerajaan dan dengan kerjasama Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah membuka pelawaan kepada syarikat-syarikat seperti Petronas, Sapura Energy, Yinson, Proton dan beberapa syarikat semikonduktor yang berminat untuk kembangkan perniagaan mereka dan menyertai lawatan ini dengan kos perbelanjaan ditanggung oleh pihak mereka sendiri;


8. Ini bermaksud, Kerajaan Malaysia telah menggunakan pendekatan win-win situation di mana membantu mempromosi atau memperkenalkan syarikat-syarikat tempatan dan dalam masa yang sama pihak kerajaan tidak perlu keluarkan kos besar untuk membawa syarikat ini ke pentas dunia;


9. Mengenai isu pihak swasta menaja kos lawatan rasmi YAB Perdana Menteri sepanjang lawatan 11 hari tersebut, ia adalah satu tuduhan yang tidak tepat dan mengelirukan kerana untuk lawatan ini, kerajaan menanggung sepenuhnya kos YAB Perdana Menteri di luar negara;

 

10. Kerajaan hanya membayar RM1.66 juta atau 27 peratus kos lawatan rasmi YAB Perdana Menteri ke 5 buah negara, berbanding kos sebenar atau keseluruhan berjumlah RM6.162 juta. Selebihnya RM4.5 juta atau 73 peratus, ditanggung oleh syarikat yang terlibat;


11. Selain itu, pendekatan penjimatan oleh Jabatan Perdana Menteri ini telah menjimatkan sejumlah RM900 ribu untuk sewaan pesawat berbanding kos yang terpaksa ditanggung sebanyak RM2.5 juta untuk pesawat sedia ada;


12. Selain itu juga, delegasi YAB Perdana Menteri (Kerajaan Malaysia) juga tidak melibatkan sebarang kos untuk penginapan, makanan dan pengangkutan kerana penganjuran seperti Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) dan Sidang Kemuncak G20 ditanggung oleh tuan rumah negara yang terlibat;


13. Selain perkara ini, kehadiran anak sulong YAB Perdana Menteri iaitu Nurul Izzah bersama delegasi ini adalah kerana jemputan oleh pihak penganjur. Jemputan ini atas kapasiti Nurul Izzah sebagai Pengarah Social & Economic Research Initiative (Seri) dan kehadiran beliau juga turut mewakili Datuk Seri Dr. Wan Azizah yang tidak menyertai lawatan ini; dan


14. Kesimpulannya, lawatan rasmi ini dilihat bukan untuk tujuan peribadi, tetapi mengarah kepada satu agenda yang besar iaitu pemulihan ekonomi dan menggamit pelabur antarabangsa untuk melabur di Malaysia.  Jumlah pelaburan sebanyak RM6 bilion yang diperolehi oleh pihak Petronas di Brazil misalnya adalah salah satu bukti kejayaan besar lawatan YAB Perdana Menteri baru-baru ini.



CUKUP LAH ELAUNS SAYA DAN AZIZAH.

BETOI JUGA , INI SAPU SEMUA SELAGI BOLEH..PASANG LAK BINI DUA TIGA ORANG.,..MAKAN LAK GAJI BUTA..SENANG SANGAT LA HIDUP. 

KERJA LAIN TAK BUAT, KERJA HASUT, PECAH BELAH DAN KELUAR DALIL. BUKAN SAJA NABI DI BUAT MAIN MAIN DALAM MIMPI...TUHAN PUN BUAT MAIN MAIN...





 Kita tak ambil (gaji) tapi gaji elaun Parlimen kita ambil, (Datuk Seri) Wan Azizah pun ada elaun Parlimen (Bandar Tun Razak), jadi campur-campur okeylah.


https://suara.tv/23/11/2024/campur-elaun-parlimen-saya-dan-azizah-cukuplah-tak-miskin-anwar/

ULANG TAHUN KERAJAAN MADANI. BERJAYA MENGANGKAT MARUAH PEKERJA PERAJAAN DAN SWASTA.

 

Dr Wan Azizah.


@withregram • @anwaribrahim_my Alhamdulillah, 











Kerajaan MADANI telah memperkenalkan pelbagai anjakan dan reformasi sepanjang dua tahun mentadbir negara terutama bagi memacu pertumbuhan ekonomi, perdagangan, pelaburan dan kebajikan rakyat.


Pelbagai inisiatif dan bantuan dilaksanakan untuk berkongsi kemakmuran secara adil kepada rakyat, di samping mengangkat imej negara di pentas antarabangsa hingga menarik minat syarikat gergasi dunia untuk melabur di Malaysia.


Ini hanyalah permulaan dan banyak lagi perancangan sedang dirangka untuk mencipta lebih banyak kejayaan, termasuk dengan memperbaiki kelemahan dan perkhidmatan kepada rakyat.


Kejayaan yang dikecapi ini adalah hasil daripada kestabilan politik dan kebersamaan pimpinan untuk bergerak sederap dan senada, di samping iltizam penjawat awam yang menunjukkan kesediaan melakukan reformasi serta meningkatkan kecekapan.


Pihak swasta turut mainkan peranan kritikal untuk untuk menjayakan agenda MADANI menerusi kemahiran dan kepakaran yang dimiliki. Namun paling penting adalah tenaga kerja dalam kalangan rakyat sama ada pekerja, petani atau nelayan yang menunjukkan kesediaan menjadikan Malaysia negara hebat, terkenal dan dihormati. 


Di sebalik kebersamaan ini, masih ada suara-suara dangkal yang cuba meremehkan usaha Kerajaan MADANI membersihkan negara daripada kebobrokan dan rasuah, hingga mereka yang merompak kekayaan negara diangkat dan dipuji, manakala pihak yang bersih dicerca. 


Namun saya percaya dengan kebijaksanaan rakyat untuk melihat sendiri usaha-usaha Kerajaan MADANI dalam mengangkat martabat rakyat, antaranya memastikan gaji bermaruah kepada pekerja, mempertingkat khidmat kesihatan, memperkasa pendidikan dan menjaga kebajikan isi rumah dengan bantuan-bantuan berbilion ringgit.


Insya-Allah, Kerajaan MADANI bertekad untuk terus bekerja dan meningkatkan usaha membawa lebih banyak kejayaan dan kemakmuran untuk rakyat serta memastikan imej Malaysia gah di seantero dunia.


#MalaysiaMADANI



JANGAN KECEWA USAHA TEBUK ATAP TAK JADI JADI.


Cinta Jannah


 24 November 2022 - 24 November 2024


Selamat Ulangtahun ke 2 tahun DSAI di angkat menjadi PM ke 10.. Alhamdulillah 🥰🥰🥰




BAGI YANG TAK FAHAM MATEMATIK PENGIRAAN PERJALANAN PMX.

 

Fairul Al Qasas


Oleh kerana masih ramai tak faham penerangan YB Menteri dan Jason pun up video takde detailed explanation, meh sini saya terangkan.




PMX pergi Mesir, Arab Saudi, Peru dan Brazil dengan sewa pesawat MAS, Airbus A350.


Kos sewa - RM6.162 juta


A350 ni kapasitinya besar. Jadi apa kerajaan buat ialah berkongsi dengan pihak swasta untuk naik pesawat ni sama-sama dan bayar sewa ikut pax.


Untuk kerajaan, bayar 27% atau RM1.662 juta.


Untuk swasta, bayar baki 73% atau RM4.5 juta.


Sekiranya tak guna kaedah di atas, pilihan kerajaan yang ada ialah guna pesawat milik kerajaan, iaitu Airbus ACJ320.


Kalau naik ACJ320, kos mencecah RM2.5 juta. Tapi pesawat ini kecil dan tak boleh nak berkongsi naik sama-sama dengan delegasi swasta.


Jadi dengan guna kaedah perkongsian pesawat tadi, kerajaan berjaya jimat hampir RM1 juta (berbanding guna ACJ320).


Kat gambar bawah ni pesawat MAS A350 yang PMX guna, dan pesawat ACJ320 yang Najib Razak selalu guna dulu untuk pergi merata dunia.


cc X Muhammad Najib



NOHHHH HHAAAIHHH..PUJAN HATI WALAUN

 La Jo Ir


Pujaan hati walaun2..jagan silap tulis walaun akn melenting marah  akn bematian  pertahankan..




Keh.. Keh.. Keh....

 

Romna


Kedah liberal....

Kohkohkoh....

😆😆😆




KATA INTERNATIONAL... TU JA YANG DATANG... KEH. KEH.. KEH..

W. Faudzin. 

 

Nama hebat dah,  International Summit.  Tapi yang datang, mahathir, lebai Hadi dengan anak dia.