PALA HOTAK KO


 

Adakah PAS itu ISLAM atau ISLAM itu PAS?

 

Adakah PAS itu ISLAM atau ISLAM itu PAS?





Doktrin PAS, Memaki Hamun, keaiban, mencarut, Syurga Neraka PAS tentukan, Berbohong demi Maslahat, Tidak faham berkaitan Ekonomi dan Kewangan sanggup dusta Tax jadi Taxi, Dusta atas nama Nabi dan para sahabat. Malaikat pegang IC undi PAS, Malah QAZAF terhadap Para Sahabat kerana berzina bukan kata berzina Hobi berzina. semasa Jahiliah. Nauzubillah Min Zalik


Adakah mereka ini membawa ISLAM dan di namakan ISLAM?





Pernah dengar pasal Terusan Pinglu?


Muhamad







 China buat terusan akan siap hujung 2026. Habislah Malaysia akan kena tempias nanti...Boleh jadi buruk pada kita? 


Pernah dengar pasal Terusan Pinglu?


Kalau belum, kena ambil tahu sekarang sebab projek mega ini bukan sekadar bina parit besar,


tapi ia adalah 'game changer' ekonomi dunia yang akan siap hujung tahun ini juga. 

... 

... 


#Ceritera1 


=Apa Itu Terusan Sebenarnya?=


Bagi yang jarang dengar, terusan ialah jalan air buatan manusia yang dibina untuk membolehkan kapal melintas kawasan daratan.


Fungsinya mudah, potong jalan.


Selesai. 


Daripada kapal kena pusing jauh ikut laut, mereka lalu 'highway' air ini untuk jimat masa, jimat minyak, dan jimat kos.

... 

... 


#Ceritera2 


=Fakta "Gila" Terusan Pinglu=


China sedang membelanjakan USD 10 bilion (sekitar RM47 bilion) untuk membina laluan sepanjang 134.2 kilometer. 


Ia menghubungkan terus Takungan Xijin melalui Teluk Beibu. 


China adalah sebuah negara yang besar.


Nak bawa barang dari industri yang letaknya dari pedalaman China tak perlu lagi pusing ikut Guangdong,


tapi boleh potong terus dengan Terusan Pinglu. 


Mereka boleh jimat 560 kilometer perjalanan. 


Selain boleh dilalui kapal gergasi seberat 5,000 tan, China dijangka jimat RM3.4 bilion kos logistik setiap tahun.

... 

... 


#Ceritera4 


=🇲🇾 Apa Kesannya Pada Kita Di Malaysia?=


Ini bahagian yang paling penting untuk kita faham.


Adakah kita di Malaysia akan untvng atau rvgi?


✅1. Barang China Makin Murah & Cepat


Bayangkan kau beli barang di "Rumah Oren" atau "Rumah Hitam" dari China.


Sebelum ini, barang mungkin ambil masa seminggu.


Dengan terusan ini, rantaian bekalan jadi lebih pantas (mungkin jim4t sekitar 2 hari).


Produk seperti kereta elektrik (EV) dan panel solar akan masuk ke pasaran Malaysia dengan kos yang lebih kompetitif.

... 


✅2. Nasib Selat Melaka: "Bye-bye" atau "Welcome"?


Ramai risau kapal takkan lalu Selat Melaka lagi.


TENANG..TENANG... 


Terusan Pinglu TIDAK memintas Selat Melaka. 


Ia cuma jalan pintas di dalam China sendiri untuk sampai ke laut.


Malah, bila kos perdagangan China jadi mur4h, lebih banyak kapal akan keluar berdagang ke arah Barat (Eropah & Asia Barat).


Hasilnya, Selat Melaka mungkin jadi MAKIN SIBUK dan padat. 

... 

... 


#Ceritera4 


=Cabaran Buat Peniaga Tempatan=


Ini sisi gelapnya.


Bila barang China makin murah masuk ke Malaysia, peniaga kecil kita (seperti industri perabot atau seramik) perlu lebih kreatif untuk bersaing dari segi h4rga.


Sebab... 


H4rga terus dari China mungkin makin turun, dan rakyat Malaysia akan pilih yang lebih mesra poket. 


Usahawan Malaysia kena bersaing untuk dapatkan pelanggan supaya tak "bungkus".


Macam mana caranya? 


Kenalah sama-sama fikir. 

... 

... 


#Ceritera5 


=Peluang atau Ancaman?=


China sedang bergerak pantas mengatasi "Dilema Melaka" mereka, iaitu ketakutan jika Selat Melaka disekat.


Walaupun Terusan Pinglu hanya 'pintu keluar', ia adalah simbolik betapa agresifnya mereka menguasai ekonomi dunia.


Bagi kita di Malaysia, terutamanya yang berada di koridor Selat Melaka,


kita perlu bersedia dengan infrastruktur pelabuhan yang lebih hebat untuk menyambut limpahan trafik ini.


Kalian rasa macam mana?


Adakah Malaysia akan terus jadi 'Raja' di Selat Melaka, atau kita kena mula risau?





HATI BAIK KELUAR DARI MULUT PUN BAIK


 

BERPUSING-PUSING MACAM ULAMAK PAS YANG MENGHINA SAHABAT NABI.



Aman Muhamad









Aku telah menonton video terbaru 'penjelasan' MB Kedah mengeai LRA Sungai Limau.


Dan seperti yang dijangka, MB Kedah punya sembang berpusing-pusing spin sana sini sebijik modus operandi ulamak PAS penghina Sahabat Nabi tu.


Seperti biasa juga, dia salahkan semua orang lain, kecuali diri dia.


Dan seperti biasa juga, dia selit jugak maki dan sindir Menteri Ekonomi, iaitu YB Akmal Nasir.


Dalam banyak-banyak dia pusing tu, ada satu benda je yang dia tak sebut.


Apa dia?


IAITU JANJI MB KEDAH NAK SIAPKAN LRA PADA JANUARI 2025.


Kenapa MB Kedah taknak sebut pasal janji tu?


Tak payah spin jauh-jauh.

Soalan simple je tu.


Kesimpulannya.


MB Kedah berjanji.

Berjanji nak siapkan LRA Sungai Limau.

Bukan sekali berjanji, bahkan dua kali MB berjanji.

Tahun 2020, MB Kedah berjanji siap 2023.

Tahun 2024, MB Kedah berjanji sekali lagi siap 2025.


Dan bukan LRA saja.

Pelaburan RM60 bilion Widad mana?

Yang MB Kedah janji 100,000 peluang pekerja semasa kempen pilihanraya tu mana?

Litar lumba mana?

Stadiium mana?


Tu kalau nak ungkit benda lain yang MB Kedah janji la.


Tapi sekarang ni, bab LRA Sungai Limau ni, MB Kedah yang janji nak siapkan.


Nasihat aku, 

sudah-sudah la MB Kedah berbohong.

Sudah-sudah la MB Kedah asyik nak spin kepada orang lain.

Akui sahajalah MB Kedah sudah gagal mentadbir negeri dengan baik, gagal tunai janji sebagai kerajaan.


Sultan Kedah mahu Kedah jadi The Greater Kedah.

Tapi MB jadikan Kedah sebagai The Greater Kencing pula.


Letaklah jawatan MB.

Berilah Adun Bersatu jadi MB.

Itu lebih baik.

Bersatu jadi MB Perlis, makin bertambah elok negeri tu selepas PAS tak jadi MB.


:)


p/s: Oh ya, satu lagi nasihat, pesan kat exco seorang tu, sudah-sudah la claim kerja orang dalam bab pelaburan Kedah. MB Kedah kena jujur, kena cerita betul, pelaburan di Kedah tu, Madani/MITI yang bawa masuk, bukan pasukan MB pun. 


insya Allah rakyat Kedah akan jatuhkan PAS sekali lagi, sebagaimana rakyat Kedah pernah jatuhkan PAS dalam PRU 2013.




SPRM PERLU SIASATA PROJEK LRA DI KEDAH

 



SPRM perlu siasat projek Loji Rawatan Air Sungai Limau, Kedah, yang terbengkalai dan terpaksa diambil alih pengurusannya oleh Kerajaan Madani.





(Tonton perkembangan terkini di YouTube Raggie Jessy Rithaudeen) 


Siasatan perlu merangkumi, antara lain:


1. Perbelanjaan peruntukan RM900 juta yang Kerajaan Kedah terima daripada kerajaan Pusat (PN pada ketika itu, tahun 2020) untuk bina 4 LRA, termasuk LRA Sungai Limau, di mana Menteri Besar Kedah berjanji masalah air Kedah akan selesai menjelang 2023.


2. Proses penilaian, pertimbangan dan pemberian kontrak kepada Widad Builders Sdn Bhd, bagi:


a. LRA Sungai Limau, bernilai RM89.8 juta (bagi tempoh projek 2 Mei 2021 hingga 28 Oktober 2023), dan


b. LRA Bukit Selambau, bernilai RM129.4 juta.


Siasatan perlu meneliti "track record" Widad semasa kontrak diberikan, termasuk pegangan saham dan hubungkait, jika ada, dengan mana-mana pihak berkepentingan. 


3. Kegagalan siap projek ikut jadual yang dijanjikan (sepatutnya siap 2023, tapi tak siap), alasan-alasan yang diberikan, di samping pertimbangan kerajaan negeri dalam memberi EOT (lanjutan masa), termasuk syarat-syarat EOT (janji baru: projek siap tahun 2025).


4.Sebab projek langsung tak bergerak berdasarkan spot check kementerian pada 2024, termasuk dakwaan MB Kedah yang menyalahkan kontraktor, pandemik dan sebagainya. 


5. Sebab projek terus terbengkalai pada 2025 dan proses pemberhentian kontraktor lama, termasuk penilian dan pertimbangan terbabit, di samping jumlah dana yang disalurkan kepada kontraktor lama dan maklumat terperinci bagaimana dana tersebut dibelanjakan.


Ini perlu, antara lain, merangkumi sebarang perjanjian yang ada antara kerajaan negeri dan pihak kontraktor, termasuk terma-terma perjanjian, bagaimana jangkaan perbelanjaan projek dan mekanisme pembayaran diolah dan diputuskan, dan kepincangan yang mungkin ada. 


Tanpa Prejudis, 


RJ Rithaudeen





SAYA MENGUCAP PANJANG BILA KEMBALI KE KEDAH. TAPI KENAPA BILA DAH LAMA MB TIDSK DISIASAT..

 


Akmal Nasir


Saya ingat tak akan berjumpa lagi dengan projek Loji Rawatan Air (LRA) selepas berpindah di kementerian baru.




Tetapi baru saja beberapa minggu di Kementerian Ekonomi, kami didatangi satu surat.


Surat permohonan NOC untuk menaikkan kos projek LRA Sungai Limau sampai ke Kementerian Ekonomi.


Projek yang saya sudah tiga kali turun di Kementerian lama 🤦🏻‍♂️


Sebelum ini saya berikan amaran bahawa keadaan akan bertambah teruk jika tak serius siapkan.


Tetapi saya dicemuh dan kerisauan saya diperkecilkan.


Kini, satu demi satu amaran itu TELAH BERLAKU.


Lebih saya kesal, kegagalan projek ini mengekori saya dari PETRA sehingga ke Kementerian Ekonomi 🤦🏻‍♂️


Dulu saya beri amaran kos akan meningkat jika tak cepat disiapkan.


Sekarang saya berhadapan dengan permohonan naikkan kos projek, amaran yang saya dah berbuih mulut cakap dulu ‼️


Tipu kalau saya tak istighfar panjang.



INI DIA BILA DIBERI KEPERCAYAAN JADI KERAJAAN.


 

PATUT PUN DIKECAM


 

KES TIKAM WANITA 61 KALI







Muhammad Hazim Muhammad, 19, telah didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Nurfisya Zulkifly, 19, 1 Mei 2026 lalu di Jalan Pengkalan Piah, Ketereh, Kelantan dengan 61 kesan tikaman di badan dan muka.


Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali, jika tidak dijatuhi hukuman mati.


Mahkamah kemudian menetapkan tarikh sebutan semula bagi pengurusan kes dan laporan pakar pada 2 Julai 2026. Mahkamah juga tidak membenarkan tertuduh diiikat jamin.


Sumber : Sinar Harian




INI LAH YANG DIKATAKAN DERHAKA PARTI DERHAKA SEMALAYSIA.


 

MACAM NI PUNYA PEMIMPIN PUN WALAUN TERIMA.


 

TURUN LAH....KAMI SEDIAKAN MAKANAN.....DI KEDAH SANA PUN ADA BABI


 

KALAULAH PIMPINAN NEGARA JUMPA PEMIMPIN PAP...WALAUN SAHIH HENTAM KAW KAW.....LIHAT APA BERLAKU KEPADA PIMPINAN MEREKA.TIADA MASAALAH.


 

BANGSAT


 

PAS TAK COVER SEBAB KENA KE PARTI MEREKA. ...


 

Hari ini aku nak share, kisah aku kene perangkap dengan Sarjan dari IPD Sepang.


Penang NETIZEN



 Hari ini aku nak share, kisah aku kene perangkap dengan Sarjan dari IPD Sepang. 

Aku tak pernah cerita sgt benda ni, now aku nak cerita. 




3 years of my life, almost wasted, going up and down to court. 


Chronology -

March 2023 - aku beli kereta Merc A35 amg dari seorang perempuan, nama dah ditukar kepada saya, saya owner baru, geran nama saya. 

Hujung April 2023 - Tiba tiba Penjual kereta (Pengadu) buat report cakap tak terima bayaran kereta.


May 2023 - Saya ditangkap oleh Sarjan dari Sepang, phone dirampas, kereta merc saya dirampas, saya dituduh di Mahkamah Sepang di bawah seksyen 420KK Penipuan (hukuman penjara DAN sebatan). 


Saya masa itu mmg dah nak give up, saya dah taktahu nak buat apa. Sarjan ni cakap, aku akan masuk penjara, dan bukti bukti Whatsapp, gambar dalam phone aku tu, dia cakap akan hantar ke "Forensik" , tetapi mungkin semua data akan hilang. 


Dari situ aku dah tahu, dia nak perangkap aku.


Jadi apa dia suruh aku buat? Dia suruh aku thumbprint balik kereta tu , sedangkan aku dah beli dan bayar kereta tu RM250k. 


Aku masa tu, mmg down teruk, yela, kau berdepan hukuman penjara, and bukti dalam phone kau, semua dia ckp akan hilang. 8 bulan aku tak pergi kerja, business aku semua hancur, dkt almost 150k hilang bayar gaji staff sahaja tapi job takda sebab aku stress. 


Akhirnya, aku pilih untuk MELAWAN HABIS HABIS. 


Aku dpt tahu, rupanya, PEREMPUAN tu SCANDAL dengan SARJAN sepang ni.


Dan akhirnya, mereka DITANGKAP KHALWAT oleh JAIS di sebuah condo di CYBERJAYA DAN TERPAKSA BERKAHWIN. 


Oleh kerana TIDAK BERPUAS HATI DITANGKAP KHALWAT, sarjan ini telah buat Laporan Polis PALSU, mengatakan aku selalu UGUT dia, EKORI dia, dan polis polis dari IPD SEPANG datang cari aku dkt rumah FAMILY AKU tapi tak jumpa. Dia buat report itu untuk takutkan aku dan gertak aku kerana tidak puas hati ditangkap khalwat oleh JAIS.


Aku telah Viralkan apa yang terjadi dekat TT aku, dan buat laporan ke JIPS bukit aman. 


Kemudian, Bicara di mahkamah. 

- Pengadu telah Mengaku BERBOHONG di dalam mahkamah semasa soal balas dengan lawyer aku. 

- Pengadu telah mengaku bekerja dengan DATUK PAIMAN seorang scammer yang WANTED polis dan sudah lari keluar negara.

- LAPORAN FORENSIK PHONE SAYA tidak di bawa ke MAHKAMAH, sarjan ini telah sorok laporan forensik saya. 

- Phone PENGADU (Scandal Sarjan) TIDAK PERNAH DIRAMPAS utk forensik.


- Saksi RUNNER JPJ yang dtg THUMBPRINT nama kereta tu semasa jual beli, sendiri mengaku yang memang dia datang untuk tukar kereta nama mercedes dari Penjual ke Pembeli (Saya)


Dan AKHIRNYA, selepas 3 TAHUN, AKU MENANG KES INI pada 30APRIL2026 (LEPAS DAN BEBAS). 


Satu je, aku takkan menang kalau bukan sebab Lawyer aku Adi Zulkarnain. Lawyer aku tu byk gila tolong aku, dan lawyer aku dapat tanya soalan perangkap dekat Pengadu sampai dia mengaku berbohong dalam mahkamah.


Aku memang tak menyesal appoint satu lawyer yang sangat power. 


Now , kereta Merc aku, dah 3 tahun di Stor Ipd Sepang. Masih tak boleh bawak keluar lagi kerana lepas aku menang kes, Pendakwa raya Sepang buat rayuan pulak. So sampai sekarang kereta aku masih di sana. 


Dan, Sarjan yang sama juga, tinggal di dalam IPD Sepang , di mana kereta aku berada, dan tak pernah dipindah keluar ke tempat lain. 


Aku akan post video dekat tiktok tak lama lagi. Just perlukan masa untuk relax sekejap.


Kredit to thread owner:hamzah.rashid


Semoga tuan empunya badan bertabah dan diberikan pengadilan seadilnya


#StoriesThatStay #LikeFollowShare #CreditToTheOwner




WAKIL KERAJAAN TERUS MEMPERBAIKI DAN MENINGKATKAN PENGURUSAN NEGARA

 

Hadid David




Wakil² rakyat PKR sedang sibuk memperbetulkan segala sistem, menyekat pembaziran, mencegah salah guna kuasa, memperkemas segala kelemahan, mempercekap audit, memastikan pertanggung jawaban disemua peringkat, memanglah buat masa ini mereka nampak kurang popular. Tengok 6 bulan sebelum PRU dimana banyak usaha mereka mula menampakkan kesan positif. Kau akan lihat wajah sebenar PKR. 



InsyaaAllah mereka akan jadi Parti yang paling menarik kepada generasi muda, yang paling meyakinkan kepada generasi tua, yang paling merayakan rakyat berbilang bangsa dan agama. Itulah parti impian rakyat yang akan menghancurkan segala naratif negatif pembangkang.


 Bersama PHBN dan PKR Malaysia mendunia, kemiskinan diminima, pencapaian teknoloji melangit, ekonomi menakjubkan dan rasuah takkan lagi kedengaran. Amin dan InsyaaAllah.



IKUT LAH SUAMI KAMU .ISTERI BELA SUAMI KRITIK KERAJAAN. KRITIK ATAU MENGHINA? CACI MAKI ?

 

Hasnul Zulkarnain


Salam Cikgu Wawa Helin.. adakah komen puan ini berkaitan dengan posting fb suami puan..? Suami puan ditukarkan 24 jam kerana mengkritik dasar kerajaan..??





Puan sebagai pendidik di Taiping, adakah puan bersetuju dengan saya, bahasa suami puan tu bukan mengkritik sebaliknya ayat menghina bahasa kesat…??


Saya tegur puan@cikgu di medsos sebab puan@cikgu wawa komen secara terbuka dalam fb..




KENYATAAN MEDIA BIRO PEMAHAMAN DAN PEMANTAPAN AGAMA MAJLIS PIMPINAN NEGERI (MPN) PERAK






Merujuk kepada video dan kenyataan yang dikaitkan dengan Ustaz Dato’ Nik Zawawi sebagaimana yang tular dalam poster di media sosial, adalah diharapkan agar penjelasan serta pembetulan dapat dilakukan sekiranya terdapat kekhilafan atau kekeliruan dalam penyampaian berkaitan para sahabat Rasulullah ﷺ.


Perkara melibatkan Saidina Abu Bakar RA dan Saidina Umar Al-Khattab RA hendaklah ditangani dengan penuh adab, ilmu dan berhati-hati kerana kedua-duanya merupakan sahabat agung yang sangat dimuliakan dalam Islam serta dijanjikan syurga oleh Rasulullah ﷺ.


Allah SWT berfirman:

“Dan orang-orang yang datang kemudian daripada mereka berkata: Wahai Tuhan kami, ampunkanlah kami dan saudara-saudara kami yang lebih dahulu beriman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami perasaan dengki terhadap orang-orang yang beriman.” (Surah al-Hasyr: 10)


Rasulullah ﷺ bersabda:

“Janganlah kamu mencela para sahabatku…” — Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Dan sabda Baginda ﷺ:

“Abu Bakar di syurga, Umar di syurga…” — Riwayat al-Tirmizi


Justeru, sebarang kisah yang tidak sahih, tidak tepat atau boleh membawa salah faham terhadap kemuliaan para sahabat Nabi ﷺ sewajarnya diperbetulkan dan tidak diulang kembali dalam ceramah atau penyampaian umum. Pendakwah dan penceramah mempunyai tanggungjawab besar untuk memastikan setiap fakta sejarah dan agama disampaikan secara amanah, berautoriti serta tidak menimbulkan fitnah kepada tokoh-tokoh Islam yang dimuliakan.


Dalam masa yang sama, umat Islam diseru untuk terus berakhlak dengan tenang, matang dan berlapang dada dalam menegur, serta mengutamakan pendekatan hikmah dan nasihat yang baik demi menjaga kesatuan umat dan kemuliaan agama Islam.


USTAZ SYAHID ZAINI

BIRO PEMAHAMAN DAN PEMANTAPAN AGAMA MPN PERAK

PARTI KEADILAN RAKYAT MALAYSIA


#keadilanbukitgantang #keadilanperak 

#bippa





SELAGI WALAUN MAKI PMX ..KINI TUHAN ALIHKAN KEBURUKAN MELALUI MAKLUK TAK GUNA NI


Anwar Ibrahim Fans



 "Saidina Umar sama level dengan syaitan"


"Saidina Umar boleh suka-suka ambil bini orang"


"Berzina tu hobi dia je"



Cuba bayangkan kalau Anwar Ibrahim atau pemimpin PH guna ayat ni, mahu penuh Padang Merbok dan semua poster "Kalau diam saat Islam dihina, tukar pakaian kamu dengan kain kafan".


Tapi sebabkan yang cakap ni Pemimpin PAS dan Perikatan Nasional, kemarahan tu tak cukup panas walaupun penggunaan ayat tu sejijik-jijiknya.




BERSATU PAS GADOH LAGI.

 


Arus Malaysia


Pertelingkahan terbuka dalam Perikatan Nasional (PN) semakin membara apabila pemimpin Bersatu mula membalas secara keras kenyataan seorang Adun PAS yang sebelum ini mencadangkan parti itu keluar daripada gabungan tersebut. 






Timbalan Ketua Bersatu Selangor, Rafiq Abdullah menempelak Adun Sura, Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Md Fauzi dengan menyifatkan kenyataan itu sebagai tidak mengenang jasa politik PN yang menjadi platform kemenangan PAS hari ini.


Menurut Rafiq, Tengku Fakhruddin perlu sedar bahawa kedudukannya sebagai wakil rakyat juga tidak dapat dipisahkan daripada kekuatan PN serta sokongan Bersatu dalam gabungan itu. 


Malah beliau menyamakan tindakan pemimpin PAS itu sebagai “kacang lupakan kulit”, sekali gus memberi bayangan bahawa hubungan antara PAS dan Bersatu kini semakin retak di sebalik slogan perpaduan pembangkang yang sering dilaungkan sebelum ini.


Kenyataan panas itu hadir selepas Tengku Fakhruddin menggelar tindakan Bersatu memecat dan menggantung beberapa pemimpin parti sebagai satu “penyembelihan politik” demi mengekalkan kuasa dalaman. 


Dalam hantaran media sosialnya, beliau malah mencadangkan Bersatu meninggalkan PN kerana mendakwa parti itu kini sudah “hilang roh” dan semakin tenggelam tanpa arah. 


Kenyataan tersebut mencetuskan kejutan besar dalam kalangan penyokong PN apabila kritikan itu datang daripada pemimpin PAS sendiri.


Kemelut dalaman Bersatu kini dilihat semakin serius selepas beberapa pemimpin kanan termasuk Ahli Parlimen dan Adun dikenakan tindakan disiplin secara besar-besaran. 


Penganalisis politik melihat perang terbuka antara pemimpin PAS dan Bersatu ini boleh menjadi petanda awal bahawa PN sedang berdepan krisis kepercayaan paling kritikal menjelang PRU16, sekali gus membuka persoalan sama ada gabungan itu masih benar-benar kukuh atau sedang menunggu masa untuk berpecah.



JANGAN BAGI ALASAN

 


Em Jay





Tertangguh sebab isu pengambilan tanah, itu kuasa kerajaan negeri. Kerajaan Negeri kena urus pengambilan tanah, penggantian penempatan rakyat yang terlibat, jangan nak salahkan orang lain pulak. Duit untuk RTB telah diberi peruntukkan oleh Kerajaan Pusat, kenapa Sanusi masih nak tangguh dan tak mampu laksanakan?





SEMOGA CIKGU TENANG DITEMPAT BARU....KALAU KPM SIASAT CIKGU INI, BUANG TERUS JA.

 



Semoga Cikgu Rohailizam kekal tenang berkhidmat di SK Pos Sg Pelantok, Ulu Kuang, Chemor. 


Perjalanan yg jauh elok disulam dgn berzikir, ubat utk menenang hati.


Selamat maju jaya di tempat yang baru..





TERKINI TENTANG KEMELUT N9

 



Therealnehuism


TERKINI TENTANG KEMELUT N9 | Retak Menanti Belah  — Darurat atau Pilihan Raya Mengejut Kini Kelihatan Tidak Dapat Dielakkan


Minggu lalu, menurut jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil, krisis di Negeri Sembilan dikatakan sudah “settle” selepas satu pertemuan antara pimpinan tertinggi PH dan Umno.


Kenapa Fahmi berkata begitu?


Menurut Fahmi, kemelut di Negeri Sembilan dianggap sudah "settle"  kerana selepas mesyuarat itu, pimpinan tertinggi PH dan Umno bersetuju bahawa ADUN-ADUN Umno akan terus menyokong kerajaan negeri pimpinan Aminuddin Harun, dan sekiranya timbul sebarang masalah antara Umno dan PH di Negeri Sembilan, perkara itu akan dirujuk kepada kepimpinan pusat kedua-dua parti.


Tetapi benarkah kemelut di Negeri Sembilan sudah benar-benar "settle" seperti yang Fahmi umumkan ?


Sudah tentu tidak — Fahmi mungkin hanya mangatakan yang ianya sudah "settle" kerana apa lagi yang boleh dia katakan - sebagai  seorang jurucakap kerajaan, ,memang itu sahaja yang boleh dia cakap, tak kira lah  sama ada apa yang dia cakap itu adalah hakikat ataupun tidak.


Kalau difikirkan secara logik, jika kemelut di Negeri Sembilan benar-benar sudah selesai, maka sebarang isu yang timbul di Negeri Sembilan pada masa depan tidak perlu pun dirujuk kepada pimpinan pusat PH dan Umno untuk diselesaikan, bukan? Ia sepatutnya boleh diselesaikan di Negeri Sembilan sendiri oleh wakil dan pemimpin Negeri Sembilan.


Malah, hakikat bahawa isu-isu di Negeri Sembilan kini perlu dibawa ke peringkat pusat untuk diselesaikan sebenarnya boleh dianggap sebagai petanda bahawa krisis di Negeri Sembilan ini hanya tinggal beberapa langkah sahaja lagi sebelum mencetuskan pengisytiharan Darurat.


Secara asasnya, hanya apabila Darurat diisytiharkan di sesebuah negeri, urusan negeri itu akan dikendalikan oleh kerajaan pusat dan bukannya kerajaan negeri.


Jadi, berdasarkan logik itu, apabila Negeri Sembilan kini berada dalam keadaan di mana masalah dalam negeri perlu dirujuk dan diselesaikan oleh pimpinan pusat PH dan Umno, bukankah itu menunjukkan bahawa Negeri Sembilan sebenarnya sudah berada dalam keadaan Darurat tidak rasmi atau Darurat secara tidak langsung?


Dan sebagai satu lagi petunjuk bahawa krisis ini masih belum selesai, Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun, turut mengesahkan bahawa empat jawatan exco yang dikosongkan oleh ADUN Umno tidak akan diisi buat masa ini. Sebaliknya, portfolio tersebut akan dipikul sementara oleh enam lagi anggota exco PH yang masih ada.


Cuba kita fikirkan sejenak.


Kalau krisis di Negeri Sembilan benar-benar sudah selesai seperti yang Fahmi katakan, bukankah agak pelik apabila hanya PH yang kini menjalankan pentadbiran kerajaan negeri, dan hanya 6 daripada 10 jawatan exco di Negeri Sembilan diisi?


Hakikat bahawa hanya sehari selepas Fahmi mengumumkan krisis itu telah selesai, Aminuddin pula sudah menggesa ahli-ahli PH bersedia menghadapi pilihan raya mengejut dalam satu ceramah mega di Paroi juga menunjukkan bahawa kenyataan Fahmi itu adalah tidak berasaskan realiti.


Dan hakikat bahawa sehari selepas ceramah PH itu, Ketua Pemuda Umno Negeri Sembilan, Fadil Zin, pula menyatakan bahawa Umno bersedia bergerak solo dalam pilihan raya negeri akan datang — lebih-lebih lagi selepas beberapa pemimpin Pakatan Harapan secara terbuka menyerang Barisan Nasional dalam ceramah mega malam sebelumnya — jelas menunjukkan bahawa jaminan Fahmi itu sebenarnya tidak berharga.


Jadi kalau kedua-dua PH dan Umno sudah bersedia untuk membawa pertikaian mereka ke tahap seterusnya di Negeri Sembilan, apa sebenarnya yang mereka tunggu?


Kalau ditanya kepada saya, jawapan saya ialah mereka hanya menunggu masa yang sesuai.


Ahli politik hanya akan bertarung hanya jikalau ada ganjaran untuk dimenangi. 


Ganjaran itu boleh datang dalam bentuk jawatan, pengaruh, darjat, kemuliaan ataupun nama — tetapi sesebuah parti politik atau seseorang ahli politik mesti mempunyai sesuatu untuk dimenangi sebelum  mereka akan turun ke gelanggang untuk bertarung.


Buat masa sekarang, PH dan Umno masih belum bertembung secara terbuka kerana belum ada apa-apa yang boleh mereka menangi.


Jika mereka bergaduh sekarang, satu-satunya perkara yang mereka akan dapat hanyalah malu dan kecaman rakyat, kerana rakyat akan menyalahkan mereka kerana mencetuskan masalah politik ketika rakyat sedang berdepan isu yang jauh lebih penting seperti ekonomi dan kos sara hidup.


Sebab itu kedua-dua pihak sedang menunggu masa yang paling sesuai — masa di mana rakyat sendiri mungkin akan menyokong mereka apabila mereka akhirnya mula menyerang antara satu sama lain.


Bilakah masa yang sesuai itu akan tiba?


Kita tidak boleh meramal denga tepat bila masa ini akan sampai , kerana sama seperti dalam pergaduhan fizikal, kita tidak boleh menentukan dari awal lagi bila masa terbaik untuk menumbuk atau menendang lawan. Dalam politik pun begitu.


Apa yang boleh kita lakukan ialah membuat persiapan dan menumpukan perhatian terhadap perubahan keadaan, bagi  menunggu peluang yang baik datang sebelum kita membuka langkah. 


Namun begitu, kalau ditanya kepada saya, masa yang sesuai itu mungkin akan tiba dalam masa yang terdekant, dan ia berkemungkinan besar akan tercetus melalui krisis institusi diraja di Negeri Sembilan.


Setakat ini, kemelut antara Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan empat Undang yang memilih baginda dilihat semakin meruncing.


Di satu pihak, Undang Sungai Ujong telah dilucutkan dan digantikan, walaupun tindakan itu sendiri telah membuka satu lagi rangkaian masalah yang baharu.


Pada masa yang sama, keempat-empat Undang Negeri Sembilan juga dilihat mula melawan balik dengan membawa pertikaian itu ke mahkamah.


Pendek kata, saya berani mengatakan bahawa tidak lama lagi, pertikaian antara Yang di-Pertuan Besar dan empat Undang akan menjadi semakin serius sehingga memaksa Umno dan PH memilih pihak. Kedua-dua parti ini kemudiannya akan menggunakan krisis diraja itu untuk menampilkan diri sebagai pembela adat dan tradisi Negeri Sembilan — sambil dalam masa yang sama melancarkan pertembungan politik antara mereka demi kepentingan dan cita-cita politik masing-masing.


Maksudnya, buat masa ini, apa yang kita perlu lakukan hanyalah memerhati bagaimana krisis diraja itu berlangsung.


Itulah juga barangkali yang sedang dilakukan oleh Umno dan PH sekarang.


Sebaik sahaja krisis diraja itu membuka ruang, sama ada PH atau Umno akan mengambil kesempatan itu untuk masuk campur, sehingga akhirnya  Darurat ataupun pilihan raya mengejut diishtiarkan di Negeri Sembilan. 


Secara peribadi, saya tidak rasa kita perlu menunggu terlalu lama untuk melihat perkara itu berlaku. Melihat bagaimana krisis diraja di Negeri Sembilan semakin memuncak sekarang, saya rasa dalam tempoh sebulan dua ini sahaja kita mungkin akan menyaksikan episod seterusnya dalam krisis politik di Negeri Sembilan.


Jadi itulah gambaran sebenar tentang apa yang sedang berlaku di Negeri Sembilan hari ini.


#NegeriSembilan #KrisisNegeriSembilan #BarisanNasional #UMNO #PakatanHarapan #AminuddinHarun #JalaluddinAlias #therealnehruism



KEDAH DARUL MUHONG.

 





Aman Muhammad



Ramai walaun pakat tag nama aku di atas post SU Politik MB Kedah, di mana dia mendakwa tiada satu pun ladang babi berlesen di Kedah.





Aku bukan nak kata dia berbohong, tapi kalau dia berbohong pun bukanlah sesuatu perkara yang pelik.


Lagipun ajaran Presiden PAS ialah, "wajib bohong demi maslahat".


Pegawai Khas MB Kedah sebelum ni pun pernah berbohong kata ada satu kuil tidak sah di tepi lebuhraya Jitra-Bukit Kayu Hitam dapat surat kebenaran JKR.


Tapi bila aku hubungi pihak JKR, JKR sendiri yang nafi keluarkan satu dokumen pun untuk kuil tidak sah tu.


Bila kita minta pegawai khas MB Kedah tu dedahkan dokumen JKR tu, sampai ke hari ni tak mahu dedahkan.


Nampak sangat dia berbohong.


Apa-apa pun, kita umat Islam ni tiada dalil halal berbohong macam orang PAS.


Daripada cabar orang awam dedah mana ladang babi di Kedah tu, apa kata SU Politik MB Kedah pergi cabar Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia dedah di mana ladang babi di Kedah tu sendiri.


Jabatan Veterina sendiri yang keluarkan statistik, bahawa negeri Kedah ada pengeluaran babi.


Takkanlah Kedah ada pengeluaran babi tapi tiada ladang babi?


Jabatan Veterinar ni dia buat statistik berdasarkan laporan daripada kerajaan negeri juga.


Ini bermakna, kerajaan negeri Kedah yang beri data-data mengenai pengeluaran babi tu kepada Jabatan Veterinar, lalu Jabatan Veterina compile buat laporan penuh.


Jadi kepada SU Politik MB Kedah.

Usahlah bersilat lidah.

Pergilah tanya Jabatan Veterinar tu sendiri kat mana dia ambil data tu.


Sudah-sudahlah berbohong.

:)





CUKUP.


 

REGA 199 200 LITER CUKUP...GUNA BERHEMAH.


 

BINAWE PUNYA WALAUN. MASA BAGI 300 LITER MAKI KERAJAAN. PMX KENA KUAT SEKALI. BILA DENGAR BERITA TAK SAHIH..MERAUNG SAKAN. WARTAWAN TU TAK FAHAM BAHASA INGGERIS..DIA SAMA LA MACAM WALAUN....MACAM NAK KIAMAT DUNIA. LAIN KALI PI SEKOLAH DAN RAJIN KERJA KIOK.

 




Man Toba


Berita pasal kuota 200 liter konon nak turun ke 150 liter pun belum sahih lagi, puak walaun dah mula meraung macam dunia nak kiamat. 🤣






Padahal dulu masa dapat 300 liter subsidi pun tetap maki kerajaan jugak. Bila kerajaan turunkan ke 200 liter dulu, kerajaan dah jelaskan sebabnya — nak elak penyeludupan, ketirisan dan orang kaya sapu subsidi berlebihan. Tapi biasalah… ada jenis memang buat-buat tak faham.


Orang macam ni elok kita sekolahkan sikit.


Harga petrol Thailand hari ni:


- Gasohol 95 sekitar RM5.30 – RM5.50 seliter

- Diesel pun RM5 lebih


Malaysia?


- RON95 subsidi sekitar RM1.99

- Diesel Semenanjung RM3 lebih


Nampak beza dia?


Sebab tu ramai orang luar kata rakyat Malaysia sebenarnya antara paling untung bab subsidi minyak. Negara lain ikut harga pasaran dunia. Bila perang Iran meletup, harga minyak naik, rakyat sana terus terasa dekat poket.


Kat Malaysia?


Kau pergi pam isi RM100 dapat 50 liter lebih. Cuba tengok meter pam tu betul-betul. Walaupun kau bayar RM100, nilai sebenar minyak tu kadang dah cecah RM200 lebih.


Maknanya apa?


Kerajaan tengah tanggung hampir separuh kos minyak kau tu.


Benda basic macam ni pun nak kena ajar ke?


Bayangkan kalau berjuta kenderaan isi minyak setiap hari. Boleh fikir sendiri berapa ratus juta sehari kerajaan kena topup subsidi bila harga minyak dunia naik akibat perang.


Krisis ni dah lebih 2 bulan lebih berlarutan. Kalau berterusan lama-lama, berbilion duit negara habis dekat subsidi minyak semata-mata.


Lepas tu bila kerajaan cuba kawal subsidi supaya negara tak lingkup, puak pembangkang jerit “rakyat susah” konon.


Yang peliknya… masa harga minyak Thailand RM5 lebih seliter tu, tak pula depa suruh Thailand turunkan harga jadi RM1.99? 🤷‍♂️


Nak subsidi murah, nak jalan raya cantik, nak hospital baik, nak bantuan tunai, nak sekolah, nak semua benda tiptop… tapi bila kerajaan cuba urus kewangan negara secara realistik, mula melalak macam kena rompak.


Akhirnya memang betul kata orang:

Bila otak penuh politik kebencian, fakta depan mata pun dia tak nampak.



KISAH UNTA


 

Piala Dunia 2026: Mexico Kena Kecam Cuba Pendekkan Sesi Persekolahan








 Presiden Claudia Sheinbaum berkata pada 11 Mei 2026, kementerian pendidikan dan agensi kerajaan lain akan mengadakan pertemuan untuk mendapatkan pandangan ibu bapa serta menilai semula pilihan yang ada.

MEXICO CITY, 11 Mei – Mexico membatalkan rancangan untuk memendekkan tahun persekolahan menjelang Piala Dunia 2026 selepas menerima bantahan dan kecaman meluas daripada ibu bapa, badan pemikir dan pihak berkuasa tempatan, menurut sumber kerajaan kepada AFP, hari ini.

Minggu lalu, Setiausaha Pendidikan, Mario Delgado secara mengejut mengumumkan tahun persekolahan akan ditamatkan lebih awal kira-kira 40 hari iaitu pada 5 Jun, dengan alasan keputusan itu turut dipengaruhi gelombang panas.

Namun Presiden, Claudia Sheinbaum berkata semalam, kementerian pendidikan dan agensi kerajaan lain akan mengadakan pertemuan untuk mendapatkan pandangan ibu bapa serta menilai semula pilihan yang ada.

Rancangan Mexico mahu memendekkan sesi persekolahan sempena Piala Dunia 2026 dibantah keras ibu bapa menyebabkan pelan asal dikaji semula.

Beliau berkata, tahun persekolahan akan kekal berakhir seperti dijadualkan iaitu pada 15 Julai, diikuti cuti enam minggu sehingga 31 Ogos.

Piala Dunia yang dianjurkan bersama oleh Mexico, Amerika Syarikat (AS) dan Kanada akan bermula pada 11 Jun, dengan Mexico menentang Afrika Selatan di Mexico City pada aksi pembukaan.

“Matlamatnya adalah mengekalkan tempoh cuti enam minggu seperti biasa dan mungkin ada pelajar yang bermula lebih awal manakala yang lain mengikut jadual lama,” kata Sheinbaum sebelum ini.

“Keputusan ini perlu dibuat secara konsensus. Sekarang kami perlu mendengar pandangan semua pihak.”

Sebelum ini, dua negeri di Mexico sudah menolak cadangan itu.

Sekolah di negeri Jalisco hanya akan menangguhkan kelas selama empat hari ketika Guadalajara menjadi tuan rumah perlawanan Piala Dunia.

Gabenor negeri, Nuevo Leon pula mengesahkan sekolah di wilayah itu akan mengekalkan kalendar asal walaupun Monterrey menjadi antara bandar tuan rumah.

Ibu bapa turut mempersoalkan langkah itu yang menurut badan pemikir, Mexico Evalua boleh menjejaskan pembelajaran pelajar.

“Keputusan ini akan mengurangkan masa pembelajaran efektif untuk 23.4 juta pelajar,” kata laporan Mexico Evalua.

Sheinbaum pada masa sama memberi jaminan aspek keselamatan akan diperkukuh sepanjang kejohanan serta projek infrastruktur utama termasuk kerja naik taraf Stadium Azteca dan Lapangan Terbang Antarabangsa Mexico City akan disiapkan. – AFP



INI LAH KALI PERTAMA DALAM HIDUP KITA..MENDENGAR SAHABAT NABI YANG SEJAHAT MANUSIA...SIAPA BAWA NARATIF DAN FITNAH....NI LEBAI 3 SUKU NI

 



Hina Sahabat Rasulullah SAW, Pas Perlu Mohon Maaf.




BiPPA mendesak Pas memohon maaf kepada masyarakat Islam di Malaysia kerana kenyataan Nik Zawawi mencemarkan kemurnian Islam pada 12 Mei 2026.

KUALA LUMPUR, 12 Mei – Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama Keadilan (BiPPA) Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) menggesa Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Nik Muhammad Zawawi Salleh memberikan penjelasan segera berhubung kenyataan beliau yang didakwa menghina sahabat Nabi Muhammad SAW.

Pengerusinya, Amidi Abdul Manan menyifatkan kenyataan Nik Muhammad yang menggambarkan empat sahabat Rasulullah iaitu Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Usman al-Affan dan Ali Abi Talib mempunyai sejarah hidup yang keji sebelum memeluk Islam, sebagai tidak wajar selain boleh mencetuskan kekeliruan dalam kalangan masyarakat Islam.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Pasir Puteh itu dilaporkan turut mengeluarkan kenyataan mendakwa Sayidina Abu Bakar sebagai seorang ‘bapa ceti’ yang gemar memeras orang miskin semasa zaman Jahiliyah, manakala Sayidina Umar pula digambarkannya sebagai lelaki zalim serta suka berzina sebelum memeluk Islam.

Pengerusi Ulama Umno, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali (kanan) menegur kenyataan Nik Zawawi melibatkan sejarah para sahabat Nabi Muhammad SAW pada 12 Mei 2026.

“Tohmahan yang sehingga ini, kita menanti penjelasan setelah lebih 24 jam ia berlegar dalam domain komunikasi awam di Malaysia.

“BiPPA menasihatkan agar saudara Nik Zawawi mencontohi akhlak Rasulullah SAW yang tidak menyebut-nyebut perilaku yang menyimpang dari norma Islam yang dilakukan oleh para sahabat Baginda ketika masih jahiliyah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, jasa para sahabat Rasulullah SAW terlalu besar dalam memperkukuhkan Islam, malah mereka sanggup berkorban dan menempuh penderitaan demi mempertahankan agama.

“Pengorbanan dan kesetiaan para sahabat kepada Rasulullah SAW tidak pernah disangsikan, malah menjadi tonggak kepada kekuatan Islam itu sendiri,” katanya.

Tambah beliau, pihaknya mempersoalkan tindakan mengemukakan contoh yang disifatkan sebagai tidak selari dengan kemuliaan para sahabat, sedangkan al-Quran sendiri membawa mesej transformasi akhlak dan masyarakat.

“Jika tiada sebarang penjelasan maka pimpinan tertinggi Pas perlu menyatakan sikap dan pendirian terhadap isu ini.

“Pas perlu memohon maaf kepada masyarakat Islam di Malaysia kerana kenyataan saudara Nik Zawawi ini mencemarkan kemurnian Islam,” tegasnya.