KEDAH DARUL MUHONG.

 





Aman Muhammad



Ramai walaun pakat tag nama aku di atas post SU Politik MB Kedah, di mana dia mendakwa tiada satu pun ladang babi berlesen di Kedah.





Aku bukan nak kata dia berbohong, tapi kalau dia berbohong pun bukanlah sesuatu perkara yang pelik.


Lagipun ajaran Presiden PAS ialah, "wajib bohong demi maslahat".


Pegawai Khas MB Kedah sebelum ni pun pernah berbohong kata ada satu kuil tidak sah di tepi lebuhraya Jitra-Bukit Kayu Hitam dapat surat kebenaran JKR.


Tapi bila aku hubungi pihak JKR, JKR sendiri yang nafi keluarkan satu dokumen pun untuk kuil tidak sah tu.


Bila kita minta pegawai khas MB Kedah tu dedahkan dokumen JKR tu, sampai ke hari ni tak mahu dedahkan.


Nampak sangat dia berbohong.


Apa-apa pun, kita umat Islam ni tiada dalil halal berbohong macam orang PAS.


Daripada cabar orang awam dedah mana ladang babi di Kedah tu, apa kata SU Politik MB Kedah pergi cabar Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia dedah di mana ladang babi di Kedah tu sendiri.


Jabatan Veterina sendiri yang keluarkan statistik, bahawa negeri Kedah ada pengeluaran babi.


Takkanlah Kedah ada pengeluaran babi tapi tiada ladang babi?


Jabatan Veterinar ni dia buat statistik berdasarkan laporan daripada kerajaan negeri juga.


Ini bermakna, kerajaan negeri Kedah yang beri data-data mengenai pengeluaran babi tu kepada Jabatan Veterinar, lalu Jabatan Veterina compile buat laporan penuh.


Jadi kepada SU Politik MB Kedah.

Usahlah bersilat lidah.

Pergilah tanya Jabatan Veterinar tu sendiri kat mana dia ambil data tu.


Sudah-sudahlah berbohong.

:)





No comments: