SELESAI MEMBENTANGKAN BACAAN RANG UNDANG UNDANG KALI KE DUA






 Selesai membentangkan bacaan kali kedua Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 (Belanjawan 2024) di Dewan Negara hari ini. 


Saya jelaskan bahawa dokumen belanjawan ini punya visi dan kaedah untuk membimbing kita memulakan proses pemulihan dan rombakan struktur ekonomi negara, yang dibangunkan berpandu kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat serta kertas-kertas dasar utama yakni Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara, Pelan Induk Industri Baharu 2030 dan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12.


Seperti saya sering singgung, reformasi negara - baik dari segi ekonomi dan institusi - perlu dilakukan secara beransur-ansur bagi mengelak reformasi itu menyebabkan keperitan kepada rakyat. Walhasil, asas ekonomi perlu distabilkan dahulu agar rakyat tidak terbeban sebelum menstruktur semula ekonomi secara jangka panjang.


Kerana itu pada tahun ulung pentadbiran Kerajaan MADANI, tumpuan utama Kerajaan adalah untuk mengurus ekonomi sedia ada. 


Dalam pembentangan hari ini, saya maklumkan inflasi telah mereda kepada 1.8% pada Oktober 2023. Kadar pengangguran pula menurun kepada 3.4% setakat September 2023, yakni menghampiri kadar sebelum bencana wabak COVID-19. 


Kita juga berjaya meraih komitmen pelaburan dengan nilai RM347 bilion sepanjang lawatan rasmi saya dan misi perdagangan dan pelaburan yang diadakan di negara seperti China, Singapura, Jepun, Korea Selatan, UAE, Arab Saudi dan Amerika Syarikat.


Setelah mencapai kestabilan ekonomi ini, sudah tiba masa untuk kita mencambah bibit-bibit reformasi yang sudah lama kita dambakan.


Saya berharap usaha-usaha yang diperkenalkan dalam Belanjawan 2024 dan Ekonomi MADANI seperti penyasaran semula subsidi, program eMADANI dan liberalisasi visa akan mencetus proses rombakan struktur ekonomi dan institusi negara. 


Insya-Allah, Kerajaan akan mengetengahkan lebih banyak usaha reformasi pada masa hadapan.


#MalaysiaMADANI



[dewan panas] MP PAS MULAKAN SERANGAN KEPADA MP BUKIT GANTANG DI PARLIM...

ADA KHILAF JUGA.


Che Ibrahim

 

Ingat ke dalam mazhab feqah jah ada khilaf, dlm bab separuh bogel pun ada khilaf juga




SALAM 5-0: WALAUN PAS DAN MACAI BERSATU KANCING GIGI


"Saya menyeru kawan-kawan lama saya, orang UMNO lupakanlah UMNO. Apa hukumnya? Harus, mungkin juga sunat agaknya. "Tinggalkan UMNO, dapat pahala hijrah, macam zaman Rasulullah SAW, hijrah meninggalkan yang lama, zaman-zaman gelap kerana UMNO sudah hancur dibuat oleh Zahid,” katanya.





GENCATAN SENJATA 4 HARI HARUS JADI PENAMAT PERANG


 Gencatan senjata 4 hari yang dipersetujui di antara Israel dan Hamas di Gaza, Palestin seharusnya dipanjangkan kepada penamatan sepenuhnya konflik Israel – Palestin yang masuk minggu keenam.



Bagi Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz, gencatan senjata itu tidak seharusnya dilaksanakan setakat untuk bertukar tahanan perang atau tebusan, sebaliknya perlu digunakan untuk berunding bagi menamatkan pertempuran bersenjata.

Beliau juga berkata, gencatan senjata itu juga menandakan suara masyarakat antarabangsa mula berkesan dalam menekan rejim zionis mengendurkan keganasan ke atas Palestin.

“ABIM menilai gencatan senjata ini membuktikan suara masyarakat dunia mampu menjadi kuasa untuk menekan kezaliman yang dilakukan pihak Israel.

“Perjuangan warga Malaysia serta antarabangsa telah terbukti tidak sia-sia. Justeru gencatan senjata 4 hari ini perlu merangsang semangat kita untuk terus bersuara sehingga peperangan dihentikan sama sekali,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, Presiden ABIM turut memuji tindakan Qatar yang sentiasa berusaha untuk merundingkan gencatan senjata bagi memberi ruang kepada usaha bantuan kemanusiaan kepada orang awam, khususnya mereka yang melarat di beberapa hospital akibat menjadi sasaran serangan rejim Zionis.

Namun Faisal menegaskan, terdapat keperluan mendesak untuk mesyarakat antarabangsa menekan kedua dua belah pihak agar segera menamatkan peperangan.

“Memandangkan jumah kematian rakyat awam hari ini telah mencecah lebih 13,000 akibat peperangan ini, ABIM menegaskan keperluan untuk peperangan ini ditamatkan segera.

“Maka, ABIM mendesak rejim Zionis untuk tunduk kepada desakan dunia yang mahu gencatan senjata (lebih panjang dan rundingan) seperti yang diluluskan dalam Perhimpunan Agung PBB (UNGA) bertarikh 26 Oktober 2023,” katanya lagi.



SEBAB JAWATAN DALAM PAS.





 Sebenarnya lebai tak semuanya jahil. Cuma adalah seorang dua yang ilmu tak tinggi mana tapi sebab ada jawatan dalam PAS, auto jadi ustaz. Dan ada juga yang sambung belajar di Mesir ambil kursus bahasa tapi balik jadi ustaz. Itu je. Yang lain ramai yang berilmu tinggi.


Tapi masalah dengan so-called ulama ni, dorang tak larang atau betulkan walaun yang buat perkara haram. Walaupun tu perkara tu jelas salah. Contoh macam qazaf. Lebai mana ada melaung buat qazaf tapi lebai diam je bila walaun buat dosa beramai ramai. Tak tegur pun.


Yang terbaru soal Dajjal mata satu. Lebai tahu yang Dajjal tu mata dua. Cuma satu dari matanya cacat dan mungkin buta. Bukannya mata satu. Lebai tahu sangat sebab dorang belajar hadits tapi bila walaun  semua tunjuk phobia pada mata satu sampai tahap memfitnah, dia diamkan je.


Sebab apa? Sebab lebai nak tunggang. Bila walau main isu tu, walaupun salah, lebai dapat kaut laba politik, tanpa lebai tercalit dosa (kononnya). Dosa walaun dapat, untung lebai dapat. Bijak tak? Ingat dia boleh lari dari dosa subahat. Itulah sikap lebai yang walaun sanjung-sanjungkan.


Tak bertanggung jawab. Walaun jadi umpan neraka. Rela lihat ahli buat perbuatan maksiat dan berdosa, asalkan mereka untung dari segi politik. Kekadang kesian juga dengan walaun ni ditipu lebai. Tapi bila difikirkan, padan la dengan muka dorang tu. Sendiri bangang. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



KOS SARA HIDUP: ‘TIDAK BOLEH AMBIL DATA-DATA TEPI JALAN’


 

Timbalan Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) Senator Mohd Hasbie Muda mengingatkan pihak pembangkang untuk tidak menggunakan kajian atau dapatan ekonomi secara semberono dalam menghasilkan propaganda mengabui rakyat.

Katanya, bagi mengukur kadar inflasi misalnya, kajian daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) sewajarnya diambil sebagai rujukan rasmi bagi mencapai indikator yang tepat.

“Soal ekonomi kita tidak boleh ambil data-data yang dipungut di tepi jalan, sebaliknya kita harus melihat secara keseluruhan.

“Sebagai contoh, ketika Perdana Menteri mengambil alih keadaan inflasi kita ketika itu sangat tinggi (4%). Inflasi Makanan dan Minuman (7.3%).

“Tetapi sekarang kalau kita rujuk semula DOSM, inflasi turun (1.9%) dan Inflasi makanan dan minuman, jatuh kepada (3.3%) lebih daripada separuh.

“Jadi untuk mendapatkan data inflasi yang betul kita perlu keabsahan setiap maklumat daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) secara menyeluruh,” katanya .

Program tersebut turut dihadiri oleh Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden dan dikendalikan oleh moderator, Amin Idris.

Selain itu, bagi memulihkan ekonomi negara, Hasbie berkata, kerangka ekonomi MADANI dan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) serta Belanjawan 2024 adalah ikhtiar kerajaan pada ketika ini untuk memperkasakan semula kehidupan rakyat.

“Selain penurunan inflasi, kadar pengangguran masih lagi rendah.

“Ia menunjukkan bahawa kejayaan kecil kerajaan dalam menanggani perkara ini dan memberi isyarat kita berada di landasan yang betul (dalam pentadbiran),” ujarnya.



'SAYA TAK KATA KENA JILAT PM, MACAM PERANGAI WALAUN', TEGUR PMX?

RENTASAN 1495 | GEMPAR!! KONSERT DI BACHOK TERKECUALI DARIPADA ENAKMEN K...




MENARIK DALAM RENTASAN 1495
1. MENGATA DULANG PAKU SERPIH 2. MALAYSIA TIDAK IKTIRAF RAKYAT KURANG AJAR 3. HULU BAIK PANDAI MEMAKAI 4. SALAM 5-0: WALAUN PAS DAN MACAI BERSATU KANCING GIGI


[panas] SCHEME OF THING ABAHCOW! lokman adam BALUN TUN M BAPA RASUAH!

‘PAS MASA ADA KUASA SATU PUN TIDAK DIBUAT’ – YAAKOB SAPARI



Pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman diingatkan agar tidak termakan propaganda Pas mencela atau mempersoalkan setiap tindakan Kerajaan Perpaduan yang kononnya didakwa tidak Islamik serta menzalimi rakyat.

Menurut mantan Exco Selangor, Dr Yaakob Sapari, ketika Pas berkuasa mereka rekod perkhidmatan mereka lebih buruk daripada Kerajaan Perpaduan dan hanya leka dengan kedudukan sebagai menteri atau menjaga jawatan di peringkat kerajaan pusat.

Katanya, Pas tidak melakukan perkara yang sepatutnya mereka buat ketika berkuasa tetapi apabila telah hilang kuasa menuduh pemimpin kerajaan semasa tidak menjaga Islam atau tidak memberi perutukan kepada pembangkang dan sebagainya.

“Saya nak share, satu hari saya bercuti di sini. Duduk di hotel Awana Kijal (di Kemaman). Elok saya sampai (tiba) Maghrib, saya nampak kereta Menteri. Rupanya Timbalan Presiden Pas (Tuan Ibrahim), saya jumpa dia.

“Saya kata, datuk nak buat apa pun datuk buatlah ketika ada kuasa. Nak pinda akta, pindalah. Nak jadikan istilah royalti (bagi Terengganu dan Kelantan) satu yang wajib masuk dalam Perlembagaan, buatlah.

“Rupa rupanya, 33 bulan jadi kerajaan apa pun tak dibuat. Saya pernah jadi exco. Nak ubah, ubah waktu ada kuasa.

“Tetapi dia (Pas) syok jadi Menteri, apa pun tak dibuat. Bila tak ada kuasa, hari ini menjerit kenapa tak dibuat (kerajaan semasa)?” soalnya .

Tegas Yaakob, Pas tidak sewajarnya memperkecilkan program atau skim yang diperkenalkan oleh Kerajaan Perpaduan kerana usaha itu telah berjaya meringankan beban hidup rakyat.

Sedangkan, kata beliau sepanjang 33 bulan PN memerintah Kerajaan Persekutuan banyak perkara yang tidak beres dan diselesaikan oleh mereka.

“Kita (Kerajaan Perpaduan) baru genap setahun. 12 bulan. Dia 33 bulan tak buat apa apa. Saya jumpa supol dia di surau Dewan Negara. Saya kata YB nak tukar istilah, tukar sekarang. Biar perkataan dalam bajet (peruntukan) itu jelas. Tetapi apa pun tak dibuat.

“Berhimpun di KL menangis nangis berdoa RUU 355. Jadi kerajaan apa pun tak buat. Ini berhimpun lagi, apa pun tak dibuat,” kata Yaakob mempersoalkan isu hukum hudud.

Terbaharu, Pas mengajak rakyat menentang Kerajaan Perpaduan apabila ada pihak yang berani mencabar undang undang jenayah syariah di Kelantan yang hukumannya bertindih dengan undang undang sivil.

Sedangkan cabaran tersebut telah difailkan di mahkamah pada era PN memerintah, dan tidak mendapat sebarang reaksi para pemimpin Pas pada ketika itu.



 

TARIK BAKAT BAHARU PELBAGAI BIDANG SERTAI KEPIMPINAN KEADILAN




 Masa hadapan KEADILAN akan ditentukan oleh kepimpinan yang berbakat dalam menghadapi cabaran teknologi yang mengutamakan skil dan bakat seseorang di persekitaran dikuasai kecerdasan buatan.

Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli menyeru agar parti terutamanya sayap Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita KEADILAN mengumpulkan seberapa banyak anggota yang berbakat besar dalam pelbagai bidang untuk digilap dan diangkat sebagai kepimpinan parti.

“Kalau saudara saudari mengambil alih kepimpinan negara 10 tahun dari sekarang bersediakah saudara saudari? Tak ada orang bersedia sepenuhnya.

“Sebab itu saya berharap perlu diberikan perhatian yang khusus selepas ini mengenai persoalan idealisme dan persoalan talent (bakat kepimpinan)

“Bakat kepimpinan itu memerlukan kepelbagaian, memerlukan satu struktur yang sistematik.

“Manakala sebahagian dari jalan itu adalah dengan memastikan gerak kerja yang ditampilkan dari tokoh tokoh (AMK dan wanita) yang digilap (bakatnya), yang ada kesan kepada masyarakat,” kata Rafizi dalam ucapan perasmian Kongres Tahunan AMK dan Wanita KEADILAN.

Beliau berharap selepas kongres hari ini parti akan berjaya menarik lebih ramai bakat yang berbeza beza untuk mendepani kepimpinan di dalam Wanita KEADILAN dan AMK sebagaimana pada ketika parti itu bermula 25 tahun lalu.

Katanya, kepelbagaian latar belakang golongan profesional dalam KEADILAN pada waktu itu telah menjadi tarikan kepada masyarakat untuk meyakini KEADILAN sebagai parti yang mampu memerintah negeri dan negara pada dekad berikutnya.

“Supaya Parti Keadilan Rakyat ini (pada masa hadapan) mempunyai satu kumpulan kepimpinan yang melangkaui berpuluh tahun, 40 – 50 tahun akan datang, yang bersesuaian dengan cabaran dan tugas mengikut masa yang ada.

“Kalau itu kita boleh buat dalam tempoh beberapa tahun akan datang maka sumbangan saudara saudari adalah lebih besar daripada kami yang sudah sampai ke peringkat nak punch out 5 – 10 tahun lagi,” katanya.



JIKA KERAJAAN LIBERAL, TIDAK MUNGKIN BEKAS PANGLIMA ATM JADI CALON



Kerajaan Perpaduan mendapat pengiktirafan sebagai sebuah kerajaan yang membela Islam dan Melayu apabila bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor sudi menjadi calon BN.

Menurut Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, seorang askar Melayu tidak mungkin akan menyokong sebuah kerajaan yang didakwa liberal oleh Pas kerana sumpah setia mereka adalah mempertahakan Raja, tanah air dan agama Islam.

“Alhamdulillah, saya tak sangka bijaksana UMNO-BN memilih bekas Panglima ATM menjadi calon di Kemaman ini. Saya (mantan) Menteri Pertahanan sempat bersama Tan Sri Raja Affandi ini.

“Ertinya kalau kita ini tak memperjuangkan Melayu, tidak mempertahankan Islam, adakah bekas Panglima ATM sedia menjadi calon kita?

“Orang macam ini jadi calon kita tengah mereka kata Islam terancam, Islam tidak terjamin dan dia sudi jadi calon BN. Ini orang yang ada pemikiran strategis, hak Melayu, raja Melayu, ada dalam pemikiran mereka. Sebab mereka bersumpah mempertahankan kedaulatan negara.

“Sebab itu Islam terancam, Melayu terancam dengan turunnya Tan Sri jadi calon, kita harap kawan (Pas) kita tolong tutup kamus kamu itu. Kita yakin Tan Sri inshaAllah akan menang dan membawa satu ombak baru untuk menghakis mengatakan kerajaan kita ini Islam terancam, kedudukan Melayu terancam,” katanya dalam ceramah di Kemaman semalam.

Selain itu, Mohamad juga mengingatkan pengundi di Kemaman agar tidak tertipu dengan isu dimainkan Pas ketika ini mengenai cabaran ke atas undnag undang syariah Kelantan, sedangkan sewaktu mereka berkuasa 33 bulan, Rang Undang Undang 355 yang diperjuangkan tidak langsung di bawa ke Dewan Rakyat.

“Islam terancam bila tak ada kuasa, usul 355 dibawa oleh Marang. Berkali kali usul terlepas ke bawah kerana urusan kerajaan didahulukan.

“Takdir Allah mereka dapat kuasa di Sheraton Move. Masa mereka ada kuasa mereka bawa tak 355 ini? Kenapa? Bila dah hilang kuasa sekarang timbul balik.

“Sekarang berkumpul di depan mahkamah (Putrajaya). Doa bukan main panjang. Doa maki orang. Suruh Tuhan buat semua. Ya Allah musnahkan lawan kami ….,” katanya.

Oleh itu, Mohamad mengharapkan akan berlaku perubahan dengan menangnya calon BN di Kemaman dan gelombang perubahan akan melanda orang Melayu.

“Perubahan bermula di sini. Ombak di Kemaman ini akan melanda sampai ke Besut.

“Untuk di negeri Terengganu, kalau nak rampas semula dari kerajaan Pas, Umno kena kuat semua di Terengganu.

“Tetapi kalau orang Melayu tak mahu bersama Umno semula, maka kekal pemerintahan sekarang ini, perjuangan mereka berlaku bila tak ada kausa. Bila ada kuasa mereka elak apa yang mereka canangkan,” katanya lagi.


KERAJAAN ‘BUNTU’: MUHYIDDIN YANG BUNTU – ADAM ADLI


Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Adam Adli Abdul Halim menyifatkan kenyataan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai ‘buntu’ apabila mendakwa kerajaan gagal membangunkan ekonomi menerusi ucapan perhimpunan parti itu, semalam.

Jelas Adam, kerajaan pada ketika ini berjaya membawa ekonomi ke arah yang lebih baik dengan pelan dan perancangan ekonomi jelas untuk negara.

“Saya rasa dia yang buntu, kita buat semua perkara Kerangka Ekonomi Madani misal kita meletakkan perkara asas dan berstruktur.

“Oleh itu, saya melihat perkara yang cuba dibangkitkan itu hanya untuk menyedapkan hatinya sendiri,” katanya .

Sementara itu, bagi memenangkan calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, Adam Adli berkata, AMK akan turun membantu rakan komponen dalam blok Perpaduan itu.

“PRK Kemaman kita telah pun menghantar AMK Terengganu dan Kelantan turun membantu terutamanya seusai Kongres.

“Saya sendiri dan rakan-rakan daripada Pusat akan turun ke Kemaman,” ujarnya lagi.

Semalam, Muhyiddin menyatakan pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah buntu untuk memulihkan ekonomi Malaysia kerana pertumbuhan yang tidak tinggi tahun ini dan kenaikan harga barang pengguna.


DIALOQ ISLAM DAN KONFUSIANISME DI KUALA LUMPUR

 












Pagi ini saya dan Azizah menghadiri Program Dialog Islam dan Konfusianisme di Kuala Lumpur. 


Turut hadir Duta Besar Republik China ke Malaysia, TYT Ouyang Yujing; Menteri Sains, Teknologi dan Invovasi, Chang Lih Kang, serta Prof. Dato’ Dr Osman Bakar yang kini memegang Kerusi Al-Ghazali dalam Epistemologi dan Kajian Pembaharuan Peradaban di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Peradaban Islam (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).


Dialog ini adalah bertitik tolak daripada penganjuran Seminar Antarabangsa Islam dan Konfusianisme: Dialog Ketamadunan di Universiti Malaya pada 1995, yang turut saya hadiri dan sampaikan ucapan ketika itu.


Dalam ucaptama hari ini, saya zahirkan penghargaan kepada Prof. Dato Dr. Osman Bakar atas usaha panjang beliau dalam dialog seperti ini. Usaha yang berterusan penting untuk memupuk sikap menghormati perbedaan dalam jamak budaya dan latar belakang.


Saya turut singgung inisiatif menghayati kebijaksanaan Islam dan Konfusianisme, antara lain mendorong kita berusaha ke arah masa depan yang bukan sahaja maju dari segi teknologi tetapi juga dari sisi moral.


Malaysia mesti memimpin dalam menunjukkan contoh dunia yang lebih inklusif di mana dialog yang mempromosi keharmonian dapat berkembang di tengah-tengah kepelbagaian kaum, agama dan latar belakang. 


Saya turut berpeluang berinteraksi secara dalam talian dengan sahabat saya, Prof. Tu Wei Ming, Professor Emeritus dan Felow Kanan Pusat Asia, Universiti Havard, Amerika Syarikat yang sudi berkongsi hikmah dan pandangan dalam isu dialog dan peradaban.


#MalaysiaMADANI


LAGI WALAUN NAK JADI HERO



Mazlan Kembar


 Nak sgt kan, berani sgt kan uns..haa kita viralkan sampai kena tangkap 

Ni ke FB uns tu..

https://www.facebook.com/mohdshafie.arshad.50?mibextid=ZbWKwL




HINALAH JIKA MERENDAH DIRI- PMX JEMPUT MB KEDAH DAN MB PERLIS


 

KISAH PAS BERSAMA DAP


 

SETIAP KAMPUÑG AKAN DIBERI PERUNTUKAN.


 

MANA 0I ABANG SEMBOYAN


 

JAGA AKHLAK SAJA...



 ITU YG ARAU KATA SYARAT KETAT TU? NAK DISIPLINKAN PENYOKONG DARI MAKI HAMUN, BUAT FITNAH JAHAT PUN TAK MANPU BUAT? RENDAHNYA AKHLAK DAN AKAL BUDI PEMBANGANG. ISLAM JENIS APA TAKDE AKHLAK, TAKDE BATASAN MORAL??

**********

https://www.malaysiakini.com/news/688241


ULASAN | Wajarkah rundingan MP pembangkang dan kerajaan?


Amidi Abdul Manan

Diterbitkan:  Nov 28, 2023


Sekali lagi Perdana Menteri Anwar Ibrahim diserang kerana menuntut rundingan sebelum Constituents Development Fund (CDF), (Peruntukan pembangunan untuk kawasan parlimen) sebelum sebahagian CDF disalurkan menerusi pejabat ahli parlimen berkaitan.


PMX tidak meminta agar dijilat bagi memastikan peruntukan tersebut disalurkan. 


PMX hanya mahukan akhlak yang baik bagi menjamin kesejahteraan iklim politik negara.


*Jika dulu, PM9 iaitu ahli parlimen Bera, imbalan kepada penyaluran sebahagian CDF melalui pejabat ahli parlimen adalah bagi pembangkang menghentikan usaha menggugat kestabilan kerajaan, yang ketika itu hanya mempunyai majoriti tipis.*


Ia bertujuan untuk menjaga kebajikan rakyat.


*Permintaan PM9 ketika itu diraikan dan dipersetujui oleh ahli parlimen pembangkang. Hasilnya dapatlah kerajaan Keluarga Malaysia berdiri sehingga dibubarkan sendiri oleh PM9.*


*Kini, PM10 hanya mahukan pembangkang memperbaiki akhlak mereka sendiri agar dihormati oleh penyokong dan bukan penyokong, mendisiplinkan dan menegur penyokong mereka agar tidak terus menerus memfitnah dan mencerca pihak lawan.*


Gelaran ejen Zionis, peliwat dan terbaru dajal diberikan kepada PM10. 


Itu belum lagi fitnah demi fitnah yang dilemparkan sehingga mempengaruhi penyokong begitu berani mengeluarkan ugutan bunuh kepada PM10.


Permintaan yang munasabah daripada seorang Islam, daripada seorang pendakwah untuk menjayakan misi Baginda Rasulullah SAW yang diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia (akhlak karimah).


Mesej yang mudah dan jelas, Berjanji memperbaiki akhlak diri dan menegur tingkah laku penyokong yang melampau, maka segala keperluan rakyat akan diikhtiarkan untuk dipenuhi.


Kegagalan pembangkang menjadi uswah hasanah (teladan yang baik) melahirkan pemikiran melampau (ghuluw) dari kalangan pengikut yang boleh mengancam keselamatan negara.


Maka atas tanggungjawab memelihara akhlak, rundingan diperlukan antara pembangkang dan wakil kerajaan yang telah ditetapkan.


AMIDI ABDUL MANAN ialah pengerusi, Jabatan Pemahaman dan Pemantapan Agama, PKR.



BIAR MAT SABU JAGA AMANAH SEPENGGAL LAGI

 

Presiden Amanah Mohamad Sabu menyerahkan kepada perwakilan dan 27 anggota jawatankuasa tertinggi organisasi untuk menentukan sama ada dia kekal mengetuai parti itu atau sebaliknya.

Katanya mengikut perlembagaan parti, seseorang ahli dibenarkan menjadi presiden hanya selama tiga penggal berturut-turut.

Dalam keadaan sekarang, katanya, dia masih dibenarkan oleh perlembagaan Amanah untuk terus mengetuai parti itu kerana baru dua penggal menjadi presiden.

“Apa pun, terserah kepada musyawarah dalam kalangan 27 ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional untuk menentukan siapa patut dilantik sebagai presiden,” katanya kepada Malaysiakini semalam.


Dalam keadaan sekarang, katanya, dia masih dibenarkan oleh perlembagaan Amanah untuk terus mengetuai parti itu kerana baru dua penggal menjadi presiden.

“Apa pun, terserah kepada musyawarah dalam kalangan 27 ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional untuk menentukan siapa patut dilantik sebagai presiden,” katanya kepada Malaysiakini semalam.


Berbeza daripada kebanyakan parti, Amanah tidak mengamalkan pemilihan jawatan utama dari peringkat tertinggi hingga ke akar umbi melalui undian langsung.

Amanah dijadual mengadakan konvensyen nasional pada 23 dan 24 Dis ini di Klang, Selangor.

Pemilihan kali ini juga menarik perhatian ramai kerana jawatan nombor dua parti masih kosong ekoran kematian penyandangnya, Salahuddin Ayub, pada 23 Julai lalu.

Kata Mohamad dia tidak berhalangan jika ada sesiapa yang mahu ke depan untuk menawarkan diri sebagai presiden baru Amanah sesuai dengan amalan demokrasi parti itu.

“Sesiapa sahaja yang berminat (menawarkan diri sebagai presiden), silakan. 


Berbeza daripada kebanyakan parti, Amanah tidak mengamalkan pemilihan jawatan utama dari peringkat tertinggi hingga ke akar umbi melalui undian langsung.

Sebaliknya perwakilan hanya memilih sejumlah calon – bagi peringkat nasional, 27 orang – dan kemudian berbincang untuk mengenal pasti siapakah antara mereka sesuai dilantik menjadi ketua serta jawatan lain.


Mohamad juga kelihatan tidak keberatan apabila ada ahli dikatakan mengeluh kerana Amanah semakin kurang menarik berbanding sekitar 2018 apabila menjadi kerajaan buat pertama kali bersama PH.

Katanya dia bersikap terbuka dengan kritikan dan teguran ahli parti.

“Memang ahli parti pun, mereka ada perasaan tak puas hati. Bagi saya, perasaan tak puas hati itu bagus,” katanya sambil tersenyum.

Pada masa sama Mohamad – yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu – mengakui tidak mudah untuk memastikan Amanah kekal mendapat tempat dan sambutan dalam kalangan masyarakat.

Sejarah juga menunjukkan banyak parti lain yang dianggotai nama besar tetap tidak mampu bertahan lama, seperti Parti Negara pimpinan Onn Jaafar dan Semangat 46 (Tengku Razaleigh Hamzah).

Mengakui penambahan ahli penting untuk kelangsungan parti, ia bukanlah penentu mutlak jatuh bangun Amanah.

“Macam Umno yang mempunyai keanggotaan 3 juta ahli, tapi ada ketikanya masih tak dapat undi daripada mereka.

“Maknanya jumlah ahli penting, tapi ia bukan ukuran kekuatan sesebuah parti,” katanya.

Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/688265



FATWA DARI DIN PAKU




 Berkat berkawan dengan lebai, Mahiaddin pun dah pandai buat fatwa sekarang. Eh sekali sunat pulak dia kata tinggalkan UMNO. Mungkin la. Tapi kalau tanya aku, baik cakap wajib tinggalkan Bersatu dan PN.


Mahiaddin cakap UMNO hancur dibuat Zahid. Tapi tak pula disenaraikan apa yang hancurnya. Kan? Sebab hancur hancur UMNO pun, sekarang ni ada dalam Kerajaan Pusat. Ada pemimpin UMNO yang jadi menteri.


Bersatu ada apa? Jangankan jawatan menteri, yang jadi MB pun tak ada. 4 negeri yang PN perintah, tak ada satu pun MB dari Bersatu. Dahlah begitu, MB Perlis tak layan surat sokongan dari Mahiaddin pun.


Malu la Presiden Bersatu yang juga Pengerusi PN dilayan macam sampah. Dah la begitu, penasihat ekonomi pun MB PAS pilih Fossil yang dah dekat seabad umurnya. Dorang lagi percaya si tua yang dah nyanyuk dari Presiden Bersatu tak malu ke?


Aku tengok menteri-menteri daripada UMNO ramai yang perform sekarang ni. Contohnya Azalina dan Zafrul. Tapi masa PN berkuasa dulu, tiada seorang pun menteri PN yang mampu buat kerja. Zero!


UMNO sampai hari ni punya akar umbi yang kuat. Ahli masih berjuta. Bandingkan dengan Bersatu. Entah ada cawangan ke tidak. Kadang rasa Bersatu ni lebih macam NGO. Bukan parti politik. Lemah!


Yang sebenarnya, ahli Bersatu yang kena tinggalkan  parti nazak tu. Tak kisah la nak masuk UMNO ke, nak masuk Keadilan ke, Amanah, DAP waima PAS sekali pun. Sebab Bersatu tu ibarat dalam ICU dah tu. Kalau cabut life line dia, mati on the dot tu.


Nampak tak Mahiaddin pun dah mula belajar ikut cara lebai. Tawarkan pahala bagai. Tau sebab apa? Sebab itu sajalah modal yang dia ada. Lebih dari itu Bersatu hanyalah bangkai bernyawa. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


Tulisan paling BODOH, makcik ni cakap.






Keluar dari mulut/ jari seorang GURU, IBU dan PEMBIMBING MASYARAKAT. Tulisnya atas profile. 


Tapi tak bagitau tang mana yang bodoh nya. Tak dibalas dengan hemah. Kalau ini perangai pembimbing masyarakat, habis lah kita semua. Ke longkang jua. Dengan bahasa kesat yang beliau guna. 


Sigh... to change the politics, we have to change the society. Ini perangai seorang guru. Nilaikan sendiri. 


Salam hormat, 

Liyana Marzuki



HADI AWANG TAK 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗠𝗢𝗩𝗘 𝗢𝗡 𝗧𝗔𝗣𝗜 𝗕𝗘𝗥𝗛𝗘𝗡𝗧𝗜𝗟𝗔𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡, 𝗦𝗧𝗢𝗣 𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗞𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗗𝗜 "𝗩𝗜𝗥𝗨𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗣𝗘𝗖𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗡𝗔𝗦𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟" (𝗩𝗣𝗡)


1) 𝗘𝗗𝗗𝗬 𝗪𝗘𝗡𝗚 𝗺𝗲𝗺𝗴 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗺𝗼𝘃𝗲 𝗼𝗻. Dia masih 𝗚𝗜𝗟𝗔 𝗻𝗮𝗸 𝘁𝗲𝗯𝘂𝗸 𝗮𝘁𝗮𝗽 𝗧𝗔𝗡𝗣𝗔 𝗮𝗱𝗮 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗟𝗨𝗔𝗡 sedikit pun. PNtaksub Eddy sememangnya dah 𝘁𝗲𝗿𝗮𝘀𝗮 𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗟𝗨𝗔𝗡 𝘆𝗴 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗲𝗻𝗴𝗸𝗮𝗸 kerana sudah hampir setahun berkali-kali mereka meratib KUNUNnya PMX dan Kerajaan Perpaduan MADANI akan tumbang rupa-rupanya hanyalah harapan palsu.


2) Dah lama kita jelaskan yg 𝗔𝗔𝗟𝗣 (𝗔𝗸𝘁𝗮 𝗔𝗻𝘁𝗶 𝗟𝗼𝗺𝗽𝗮𝘁 𝗣𝗮𝗿𝘁𝗶) sudah berkuatkuasa dan tidak ada jalan utk mereka tebuk atap. Hari ini, tanpa kemaluan Eddy Weng mengaku mereka masih memujuk UMNO. Cukup2lah, sudah2lah Eddy, sbb 𝗬𝗔𝗕 𝗗𝗮𝘁𝗼' 𝗦𝗲𝗿𝗶 𝗗𝗿. 𝗔𝗵𝗺𝗮𝗱 𝗭𝗮𝗵𝗶𝗱 𝗛𝗮𝗺𝗶𝗱𝗶 (𝗗𝗦𝗭𝗛) 𝗱𝗮𝗻 𝗨𝗠𝗡𝗢 𝘁𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗣𝗔𝗤. Dulu mereka dibuli, ditipu, digelar itik patah kaki, dihina sebagai keruh, ditikam dari belakang dan dlm keadaan luka parah ditinggalkan PA$ utk bersama PPBM, takkan UMNO lupa??


3) Kini sudah elok sangat UMNO BN bersama PH+GPS+GRS+WARISAN dll. 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗶𝗻 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝘁𝗮𝗻𝗱𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗣𝗘𝗥𝗝𝗔𝗡𝗝𝗜𝗔𝗡, 𝗚𝗣𝗦 𝗱𝗮𝗻 𝗚𝗥𝗦 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗯𝗲𝗿𝘂𝗹𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗹𝗶 𝗯𝗲𝗿𝗶𝗸𝗿𝗮𝗿 utk terus mendokong PMX dan Kerajaan Perpaduan MADANI sehingga tamat penggal. Mana mungkin mereka mahu mengambil langkah merosakkan atau bakal menyebabkan ketidakstabilan kerajaan, politik dan ekonomi Malaysia? Baginda Tuanku Raja-Raja Melayu pasti kurang senang dan murka jika org politik menjejaskan kepentingan Rakyat dan Negara hanya kerana NAFSU serakah ingin berkuasa. 


4) Bakal DYMM SPB YDPA (Tuanku Sultan Johor) sudah beri amaran keras jangan ada lagi "𝗩𝗜𝗥𝗨𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗣𝗘𝗖𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗡𝗔𝗦𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟" (𝗩𝗣𝗡). Baginda bertegas, keutamaan baginda adalah tanggungjawab menjaga kepentingan 33 juta Rakyat Malaysia 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 kepentingan politik 222 org Ahli Parlimen.


5) Peluang utk PA$ PPBM PNyakau a.k.a PERTIKAIAN Nasional 𝘀𝘂𝗱𝗮𝗵 𝗹𝗮𝗺𝗮 𝘁𝗲𝗿𝘁𝘂𝘁𝘂𝗽 𝗿𝗮𝗽𝗮𝘁, terima lah kenyataan Kerajaan hanya boleh ditukar selepas PRU16 pada 2027 nanti. Itupun jika PERTIKAIAN Nasional masih wujud. Skrg ni dah nampak retak menanti belah. PA$ dah lari dari Abah Coww, cari Atok Coww. Nampaknya Atok Coww pun kedekut tahik hidung masin lalu 𝗱𝗴𝗻 𝗪𝗔𝗝𝗔𝗛 𝗧𝗔𝗡𝗣𝗔 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗟𝗨𝗔𝗡 PA$ mengaku sedang memujuk dan menggoda UMNO. 𝗝𝗲𝗻𝗶𝘀 𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡𝗚, 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗖𝗨𝗥 𝗱𝗮𝗻 𝗦𝗨𝗡𝗗𝗔𝗟 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸, 𝗯𝗲𝗴𝗶𝘁𝘂𝗹𝗮𝗵 𝗣𝗔$.


6) Lagi kelakar bila Mat Jargon PPBM mendakwa dirinya adalah MP yg awal dipujuk utk menyokong PMX sedangkan Eddy Weng pula terus terang akui bahawa 𝗣𝗔$ 𝗺𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗹𝗮𝗴𝗶 𝗺𝗲𝗺𝘂𝗷𝘂𝗸 𝗨𝗠𝗡𝗢 utk meninggalkan PMX dan menyokong PNyakau Nasional. Logiknya apa guna PMX nak pujuk lagi MP PPBM PNyakau sedangkan beliau punya 𝗸𝗲𝗸𝘂𝗮𝘁𝗮𝗻 𝟭𝟰𝟳+𝟰 𝗠𝗣 yg menyokong beliau? Pastilah TANPA ragu walaun dan untit yakin, percaya kata-kata Eddy Weng sekaligus membuatkan dakwaan Mat Jargon dgn sendirinya dikira palsu.


7) Dalam ceramah kempen di Kemaman, seorg lebai PA$ berbohong KUNUNnya ramai MP UMNO BN tidak bersama DSZH dan bila-bila masa shj akan menyebelahi PERTIKAIAN Nasional. Berhentilah jadi tukang karut, JIKA mereka sokong sekalipun AALP menghalang mereka dari melompat. Tanpa DSZH yg kukuh mendokong PMX angan2 PA$ tidak akan berlaku kerana sokongan "enbloc" ada pada beliau selaku Pengerusi BN. Logik mudah  jika benar MP-MP UMNO BN sokong PA$ PNyakau Nasional yg Eddy Weng perlu pujuk lagi utk apa? Nampak sangat 𝗘𝗱𝗱𝘆 𝗪𝗲𝗻𝗴 𝗺𝘂𝗵𝗼𝗻𝗴 𝗱𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗯𝗯 𝗺𝗲𝗿𝗼𝘆𝗮𝗻 𝗻𝗮𝗸 𝘁𝗲𝗯𝘂𝗸 𝗮𝘁𝗮𝗽.


8.) Untuk lebih jelas, 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗗𝗮𝘁𝗼' 𝗟𝗼𝗸𝗺𝗮𝗻 𝗡𝗼𝗼𝗿 𝗔𝗱𝗮𝗺 (𝗗𝗟𝗡𝗔) 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗞𝗼𝗺𝘂𝗻𝗶𝗸𝗮𝘀𝗶 𝗨𝗠𝗡𝗢 yg telah banyak menjelaskan tentang hal ini dan apa yg diperkatakan beliau sejak setahun lalu bahawa tidak mungkin PA$ PPBM PNyakau Nasional mampu tebuk atap kerana AALP berkuatkuasa, 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗨𝗞𝗧𝗜 𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿. Tonton dan dengar video ini utk lebih kejelasan.


InsyaAllah.


- Zus Din 

25112023



KISAH KONSERT DI NEGERI ORANG DAN NEGERI SWNDIRI

 


Konsert di antara dakwah dan politik kepartian



Abu Mishkat


1. Konsert adalah sejenis pesta keramaian untuk tujuan hiburan. 




2. Islam tidak mengharamkan hiburan kerana semata-mata ia hiburan. Tiada sepatah ayat atau hadis yang sahih menyatakan hiburan itu haram. 


3. Memang ada hadis yang mengharamkan muzik, lantas ada segelintir ulama menfatwakan muzik itu haram. Namun menurut Ibn Hazm, tiada satu pun hadis yang mengharamkan muzik itu selamat daripada kritikan sanadnya - tidak sahih. 


4. Sebaliknya ada hadis sahih Rasulullah SAW melayani keinginan isterinya Aisyah RA menonton perlawanan main pedang kaum Habsyi. Aisyah kata dia meletakkan dagunya di atas bahu Rasulullah SAW sambil menonton permainan itu sehingga puas. 


5. Ada juga hadis Abu Bakr cuba menghalang orang-orang Ansar daripada menyanyi pada hari perayaan kerana memghormati kehadiran Rasulullah SAW. Namun baginda menegur Abu Bakr supaya jangan menghalang orang-orang Ansar berhibur pada hari libur. 


6. Maka hiburan semata-mata tidak haram, bahkan ia termasuk keharusan yang menjadi nikmat yang halal untuk manusia. 


7. Hiburan menjadi haram jika di dalamnya terdapat perkara haram yang jelas seperti orang Islam minum arak secara terbuka, atau percumbuan lelaki perempuan dan seumpamanya. 


8. Pergaulan bebas semata-mata perlu didefinisikan jika ia mahu dikadikan alasan pengharaman konsert. Di pasar malam, stadium, shopping mall semuanya ada pergaulan bebas. Adakah semua tempat itu wajib ditutup? 


9. Ramai ustaz/zah selebriti dan para pengikut Pas penuh yakin mengatakan konsert itu haram, khususnya konsert Coldplay. Mungkin mereka baru temui dalil haram sejak menjadi pembangkang setahun yang lalu. 


10. Mereka sangat ekstrim dalam melontarkan pendapat. Setelah mereka ekstrim mengharamkan apa yang Allah SWT diamkan (  ما سكت عنه الشارع  ), mereka juga ekstrim menghukum siapa yang tidak sependapat dengan mereka. 


11. Maka ramailah yang mendoakan hadirin konsert ditimpa bala bencana dan mati semua.  Rasulullah SAW sang empunya dakwah pun tidak pernah berdoa untuk kemusnahan umatnya. Umatnya yang cuba membunuhnya pun didoakan supaya mendapat hidayah. 


12. Hanya iblis dan syaitan yang berharap manusia mati dalam maksiat dan masuk mereka. 


13. Tiba-tiba gempar di Bachok dan Kg. Kemuchup, Machang ada konsert lebih liar daripada konsert Coldplay! 


14. Ustaz/zah selebriti masih berdiam diri dengan konsert lagu ghairah jantan dengan iringan muslimah-muslimah bertudung berjoget gedik-gedik. Mereka juga masih bisu dengan penyanyi-penyanyi wanita Siam berpakaian seperti bikini di atas pentas konsert dalam negeri Membangun Bersama Isley. 


15. Sekarang pemimpin Pas dalam kepayahan mencipta alasan demi alasan untuk mewajarkan konsert di Kelantan. 


16. Itulah akibat hukum dibuat mainan politik. Apa yang Allah tak nyatakan haram, mereka kata haram. Kesalahan mengharamkan apa yang syarak diam itu pun dah dosa besar, lebih besar daripada syirik, menurut Imam Ibn al-Qayyim dalam kitab I'lam al-Muwaqqi'in fasal Maratib al-Muharramat (tingkat-tingkat perkara haram), berdasarkan surah al-A'raf ayat 33.


17. Sekiranya ulama dan ustaz/zah dalam Pas mengaji ilmu agama bersungguh-sungguh dan keulamaan mereka terakreditasi, sudah tentu mereka tahu dalam agama ini ada perkara yang dimaafkan kerana 'Umum al-Balwa, iaitu perkara haram atau kotor sedikit yang sukar dielakkan oleh manusia. 


18. Malangnya dalam Pas ramai yang semangat politik Islamnya tinggi, tetapi ilmunya nampak terlalu simplistic dan judgemental. 


19. Tidak banyak beza mereka dengan puak Khawarij zaman dahulu, yang ibadat solat, puasa, qiamullail mereka sangat hebat, malu kita jika nak bandingkan dengan ibadat kita, tetapi kefahaman mereka terhadap ajaran al-Quran tidak melepasi anak tekak. 


20. Tuntasnya, teguran terhadap penganjuran konsert yang sepatutnya berada dalam daerah da'wah bil hikmah, telah dirosakkan oleh Pas yang berkiblat politik kepartian ala Khawarij. Akhirnya bala yang yang didoakan menimpa kepala mereka sendiri.



MALANGNYA LEBAI

 

Mohd Mukhlis Mohd Syariff


How the tables have turned. Ini aja cara nak ajar puak2 lebai yang rajin mengata kat orang lain, tapi negeri sendiri pun tak pandai tadbir. Harap ada lebai yang berani letak jawatan la ya.




SIAPA LULUS ID DIGITAL. GANG WALAUN RUPANYA

 Mohd Edi Ermishah Mohamed



Aku lukis la senang bagi walaun tengok siapa yang sebenarnya setuju laksana ID Digital ni . 


Menteri walaun juga yang setuju .



.

KAKI CLAIM


 Minda si b0d0h


Mukhlis Eddie


Tak ada gencatan senjata. tukar tawanan je pun, perang x settle lagi. Mudah bebenor walaun d kencing lebai mandi di kolah ni ...


Kaki claim...effort takde pun, 

Parlimen ponteng 365 hari ..



KERJASAMA NEGARA SEISLAM DAN SERANTAU UNTUK KEMAJUAN BERSAMA

 









Menghadiri Majlis Makan Malam Gala Forum Perniagaan Muslim Global (GMBF) di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK).


Majlis ini turut dihadiri Naib Presiden Indonesia, Bapak Prof. Dr. (H.C.) K. H. Ma’ruf Amin dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr. Abang Johari Tun Openg.


Dalam ucapan, saya menyeru negara-negara Islam untuk bekerjasama serta saling melengkapi dan bukannya bersaing secara agresif antara satu sama lain. Keadaan pascanormal yang penuh dengan kerumitan, percanggahan dan ketidaktentuan yang berlaku secara serentak bererti kerjasama ini perlu disegerakan bagi memajukan dan mengangkat pembangunan di kalangan negara-negara Islam.


Negara Islam juga boleh menjalin kerjasama bagi meneroka potensi besar pasaran halal yang turut diakui oleh negara minoriti Islam yang saya pernah lawati sama ada di Asia atau luar Asia.


Saya mengambil contoh Malaysia yang menjalinkan kerjasama rapat dengan negara jiran seperti Indonesia dan Thailand bagi merapatkan jurang pembangunan antara wilayah terutamanya di wilayah Selatan Thai. 


Langkah ini secara tidak langsung meningkatkan lagi hubungan dua hala, serta mengukuhkan peluang pelaburan dan perdagangan yang memanfaatkan rakyat terutamanya di kawasan miskin. 


Saya turut berkongsi keazaman Malaysia untuk terus menerajui pasaran halal antarabangsa dengan menyasarkan nilai eksport sebanyak RM63.1 bilion menjelang 2025.


Malaysia telahpun mengambil langkah awal dalam mengorak legasi dalam sektor kewangan Islam, dengan pewujudan institusi seperti Bank Islam Malaysia dan Lembaga Tabung Haji. Usaha ini telah membolehkan sektor kewangan Islam di Malaysia menjadi antara pasaran perbankan Islam dan pasaran modal Islam yang utama di dunia.


Saya juga telah menyatakan bahawa sebagai sebuah negeri yang turut kaya dengan pelbagai etnik, budaya dan agama, usaha negeri Sarawak dalam memastikan kesejahteraan semua pihak terus terpelihara dan menjadikan kepelbagaian sebagai satu kekuatan wajar dicontohi oleh para hadirin GMBF ini.


#MalaysiaMADANI