MENTAKAB MALAM INI


 

HARI KE 2 DI MOSCOW



 Memulakan hari kedua di Moscow dengan menghadiri Mesyuarat Meja Bulat bersama 24 pemain industri utama Rusia yang mewakili sektor-sektor strategik seperti makanan dan pertanian, peruncitan dan logistik, minyak dan gas, kewangan, perabot, kimia, bahan binaan serta pengurusan sisa.
















Mesyuarat ini diadakan di Hotel Metropol, sebuah mercu lagenda di Moscow yang bukan sahaja menyaksikan pelbagai detik bersejarah sejak era Tsar, malah pernah menjadi medan pertemuan tokoh-tokoh besar dunia. 


Saya tertarik melihat bagaimana warisan sastera Rusia diabadikan dengan bilik-bilik yang dinamakan sempena tokoh seperti Tolstoy, Turgenev dan Chekhov. Potret mereka turut menghiasi dinding-dinding bilik, yang mengingatkan kita bahawa kemajuan material harus berpaksikan pada jiwa, budaya dan kemanusiaan.


Dalam suasana itu, kami berdiskusi secara terbuka dan bermakna mengenai potensi kerjasama perdagangan dan pelaburan yang lebih luas dan mampan antara Malaysia dan Rusia. 


Sesi ini menjadi landasan penting untuk meneroka peluang pelaburan dan perdagangan berimpak tinggi yang bukan sahaja menguntungkan kedua-dua negara, tetapi turut membuka ruang baharu kepada perusahaan, inovasi dan pembangunan yang lebih inklusif.


Saya percaya dialog seperti ini akan terus memangkin daya saing Malaysia dalam ekonomi global yang semakin mencabar dengan berteraskan nilai MADANI yang menekankan keterbukaan, hormat dan tanggungjawab bersama dalam merangka masa depan yang lebih adil dan sejahtera.


=====


Started the second day in Moscow by attending a Roundtable Meeting with 24 leading Russian industry players, representing strategic sectors including food and agriculture, retail and logistics, oil and gas, finance, furniture, chemicals, building materials, and waste management.


The meeting was held at Hotel Metropol – a legendary landmark in Moscow that has stood witness to momentous events since the Tsarist era and has hosted some of the world’s most prominent figures.


I was struck by how proudly Russia’s literary heritage is preserved here, with rooms named after greats like Tolstoy, Turgenev, and Chekhov. Their portraits adorn the walls, reminding us that material progress must always be anchored in spirit, culture, and humanity.


In that atmosphere, we exchanged views on expanding sustainable trade and investment ties between Malaysia and Russia – exploring opportunities that promise mutual benefit while unlocking new pathways for enterprise, innovation, and inclusive growth.


I believe such dialogue will continue to enhance Malaysia’s competitiveness in an increasingly complex global economy – guided by MADANI values that emphasise openness, mutual respect, and shared responsibility in shaping a more just and prosperous future.


#MalaysiaMADANI

#MADANIBekerja



KECOH JUGA LA YA....


 Sham Ghaz



Membaca tulisan Dato Nik Amar saat Muktamar PAS Kawasan seluruh Negara tengah berlangsung, bermaksud Pas Pusat dan Negeri Negeri tengah bergolak besar sempena Muktamar Pas Pusat yang bakal tiba.









JANGAN LUPA JASA RAFIZI.

 

Norshidah Md Daud. 






Mase saat2 akhir sebelum Madey nyanyuk tua kutuk letak jawatan PM sesukati makpak dia, ramai dah jangka yg dia xkan serahkan jawatan kepada DSAI


Aku xnak cite pasal orang luar PH

Ni nk cite pasal orang dalam PH sahaja 


DSAI x dihormati langsung oleh pemimpin di dalam parti2 PH, apatah lagi d kalangan para penyokong


Time tu timbullah cadangan lantik orang lain sebagai PM

Antara nama yang naik, anak Madey, Shafie Afdal, Wan Azizah (ni yang cadang x lain x bukan, Miqdedak yang hari2 dok perli DSAI tapi alhamdulillah sekarang dah dapat jawatan dalam gov. Haktuihhhhhhhhh) 


Hari2 DSAI diperli, diperlekeh, smpaikan ada beberapa ekor ahli parti oren yang kaitkan DSAI dengan liwat & katanya PH lebih aman jika DSAI masih dalam penjara 😉

Tapi  alhamdulillah masing2 muka xtau malu kutip ghanimah lepas DSAI jadi PM 


Mase tu sape yang pertahankan DSAI?


Shamsul Iskandar Mohd Akin?

Syed Badli Shah Syed Osman?

Farhash?

Farhan?

Geng2 AMK yang menang sekarang?

Nurul Izzah sendiri x mampu nak bela bapak dia


Bukan saje DSAI diperlekeh

PKR jugak dihina 

PH hampir berpecah dah masa tu

Aku ni punya menyampah kat parti oren tu xyah cakap la

Sampai sekarang masih berdendam 


Sape yang pertahankan DSAI, PKR & PH kalau bukan kita?

Sampaila Rafizi kembali semula


Slow2 nama DSAI naik, sekaligus menaikkan nama parti & membaiki hubungan PH




MENIPU ITU SUNAT KO GHAPO?

 Che Ibrahim


Hanya kami berempat yang hadir.... Tapi bakpo dalam gambar lebih dari 4 orang??





KIOK LA AYAQ KEDAH NI.

 




INI CERITA DIA. KES AYAQ DI KEDAH.



NI SANUSI DOK SALAHKAN KERAJAAN. 



Nak berjuang jangan terpedaya dengan ‘lebai’



 



HarapandailyMay 14, 2025

Oleh NORMAN RADZUAN

Mana pejuang Melayu yang siang malam menulis menghentam kesilapan Jalur Gemilang? Macam orang kena sawan menulis pagi petang siang malam apabila bangsa Cina lakukan kesilapan.

Apabila kena bangsa sendiri, uh pun tidak, ah pun tidak, eh pun tidak. Sebab itu, saya kata mereka ini pejuang tahi kucing yang penuh rasa kebencian kepada kaum-kaum lain.

Anda masih ingat… ‘Sekadar mohon maaf bukan tiket lepas hukuman’.

Anda masih ingat, ‘Ia bukan kesilapan tetapi disengajakan.’ Anda masih ingat, ‘bangsa Cina ini memang sudah kurang ajar’.

Namun, tiba apabila orang Melayu buat, cukup sekadar minta maaf. Mudah sungguh dimaafkan, nak ketawa ke nak menyumpah?

 

Nak kata pejuang Islam pun bukan sebab mereka tidak faham ajaran Islam. Allah dah berpesan pada kita dalam al-Quran.

“Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penegak (kebenaran) kerana Allah (dan) saksi-saksi (yang bertindak) dengan adil.

“Janganlah kebencianmu terhadap suatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlakulah adil kerana (adil) itu lebih dekat kepada takwa…”

Apa itu takwa yang Allah beritahu kita? Syarat utama kelayakan ke syurga ialah takwa dan ia adalah matlamat utama kewajipan berpuasa iaitu melahirkan manusia bertakwa.

Kena ikut pesan Allah kalau nak masuk syurga, bukan pesan lebai yang kerjanya mengapi-apikan perkauman.

Sebab itu nak berjuang kena adil. Jangan terpedaya dengan lebai-lebai ini. Pakai kopiah simpan janggut tipu berjuta-juta duit bangsa sendiri konon untuk pelaburan.

Ada kuasa beri tanah ribu ekar buat ladang haram durian, pakai kopiah putih pungut buka pusat tahfiz minta derma terbang ke luar negara… Kalau jenis berpolitik jangan percayalah.

Apa nasib penduduk Ayer Kuning? Apakah keputusan air yang diambil? Masihkah ada tahi babi lagi di situ? Bagaimana nasib Abang Belon? Sudahkah dia dibawa menunaikan umrah seperti dijanjikan?

 

Kerajaan Akan Permudah Proses Mengundi Bagi Rakyat Di Luar Negara – PM Anwar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap ketika menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Persekutuan Rusia di sebuah hotel pada 13 Mei 2025. Foto Bernama

MOSCOW, 14 Mei – Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa langkah sewajarnya akan diambil bagi mempermudah proses pengundian untuk rakyat Malaysia di luar negara khususnya pelajar, sebelum pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Berucap pada majlis makan malam bersama diaspora Malaysia di Moscow malam tadi, beliau berkata perkara itu dibangkitkan sebelum ini kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Katanya, SPR adalah sebuah badan bebas dan kerajaan tidak boleh campur tangan dalam operasi SPR.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Terminal Kerajaan Lapangan Terbang Antarabangsa Vnukovo, Moscow, Russia pada 13 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar berkata, beliau secara peribadi menyokong usaha untuk memastikan semua rakyat Malaysia dapat melaksanakan hak demokrasi untuk mengundi tanpa mengira lokasi mereka.

“Saya telah bangkitkan perkara ini kepada SPR, mengapa kita tidak boleh pastikan setiap warganegara dapat melaksanakan hak mereka walau di mana juga berada,” katanya dalam sesi soal jawab pada majlis berkenaan.

Perdana Menteri berkata, kemajuan teknologi boleh membantu menjadikan proses pengundian lebih mudah diakses dan selamat, sambil menambah penggunaan pengecaman wajah dan teknologi rantaian blok (blockchain) sebagai contoh bagi mengekalkan integriti sistem.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Terminal Kerajaan Lapangan Terbang Antarabangsa Vnukovo, Moscow, Russia pada 13 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Dengan platform canggih yang ada hari ini, proses mesti lebih telus dan kukuh. Teknologi blockchain contohnya, boleh menjejak keseluruhan proses pengundian dari awal hingga akhir dan mengelak penyelewengan,” katanya.

Anwar berkata demikian sebagai menjawab soalan pelajar perubatan tahun akhir, Ahmad Hamizan Hadi Ahmad Hakimi, dari Universiti Perubatan Kursk.

Hamizan menyatakan beliau dan ramai daripada 345 pelajar Malaysia di universiti berkenaan, tidak dapat mengundi pada PRU lalu berikutan jarak jauh antara kampus dan Kedutaan Malaysia di Moscow.

Katanya, pengundian atau pendaftaran secara dalam talian juga tidak dapat dilakukan, berkemungkinan disebabkan sekatan yang menjejaskan akses internet dan platform digital di Russia.

“Rasa rugi kalau kami tidak dapat mengundi,” katanya.

Anwar mengakui kebimbangan itu sebagai isu yang sah dan perlu diberi perhatian supaya golongan muda Malaysia di luar negara tidak terpinggir daripada proses demokrasi.

“Kita akan pastikan sebelum PRU akan datang, satu proses diwujudkan untuk memudahkan pengundian.

“Jika tidak, berjuta-juta anak muda kita di luar negara boleh hilang hak untuk mengundi.

“Secara teknikal, mereka masih boleh mengundi dengan pergi ke kedutaan, tetapi proses itu tidak sepatutnya membebankan,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap ketika menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Persekutuan Rusia di sebuah hotel pada 13 Mei 2025. Foto Bernama

Lebih 100 rakyat Malaysia, termasuk pelajar dan kakitangan kedutaan, hadir pada majlis makan malam itu yang dihoskan oleh Perdana Menteri.

Turut hadir lima menteri yang mengiringi Anwar dalam lawatan rasmi ke Russia, termasuk Menteri Luar Negeri Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.




‘Kantoi’ dua penceramah jemputan kuliah di masjid rupanya pemimpin Pas Perak



Dua penceramah jemputan bagi pengajian kuliah bulanan di sebuah masjid di Kuala Kangsar rupa-rupanya merupakan pemimpin Pas Perak.


Perkara itu didedahkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim hari ini.


Beliau berkata, semakan daripada aduan seorang jemaah masjid tersebut mendapati kedua-dua pemimpin Pas berkenaan tiada tauliah mengajar Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

“Kedua-dua penceramah tersebut memegang jawatan utama dalam Badan Perhubungan Pas Perak.


“Saya telah hantar aduan kepada beberapa pegawai kanan kerajaan untuk diambil tindakan sewajarnya,” kata Hasnul.


Semakan mendapati dua penceramah terbabit adalah Fairuz Hafizh Othman dan Ibrahim Zakaria masing-masing merupakan Setiausaha dan Ketua Dewan Ulama Pas Perak sesi 2023 hingga 2025.


Mengulas lanjut, Hasnul berpendapat pihak berkuasa agama negeri sukar mengawal masalah penceramah jemputan tanpa tauliah mengajar jika sebahagian besar ahli jawatankuasa masjid dikuasai ahli-ahli Pas.


“Mereka ini akan mengawal pengurusan masjid terutamanya Biro Pengajian dengan menjemput ustaz-ustaz Pas yang tiada tauliah Jabatan Mufti.


“Hal ini jelas melanggari arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa dan mengingkari titah Tuanku Sultan,” tegas Hasnul lagi.




Tauliah mengajar: Ulama Pas didakwa berbohong


 


HarapandailyMay 14, 2025

Ketua Dewan Ulama Pas Perak, Ibrahim Zakaria didakwa berbohong apabila tidak menyatakan jawatan yang dipegang dalam borang memperbaharui tauliah mengajar bagi sesi 2024 hingga 2029.

Hal tersebut didedahkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim hari ini.

Ibrahim dikesan merupakan antara penceramah jemputan bagi pengajian kuliah bulanan di sebuah masjid di Kuala Kangsar.

Turut ‘kantoi’ ialah Setiausaha Badan Perhubungan Pas Perak, Fairuz Hafizh Othman.

“Saya telah menjalankan semakan rasmi dgn pihak Jabatan Mufti berkaitan status tauliah KDU (Ketua Dewan Ulama) Pas.

“Ternyata Ustaz Ibrahim tidak menyatakan jawatan yang dipegang dalam parti Pas Perak dalam borang perbaharui tauliah mengajar bagi sesi 2024-2029.


 “Manakala Ustaz Fairuz Hafiz Othman, SU PAS Perak tidak perbaharui tauliah kerana memegang jawatan utama dalam parti PAS Perak.

“Mereka ini jelas derhaka dengan Titah Tuanku Sultan Perak,” tegas Hasnul lagi.

 

(Terkini) Rafizi Ramli: Ucapan Penuh Jelajah Hidupkan Idealisme Reformas...

Rafizi Ramli: Isu Rasuah Kembali Menjadi Tumpuan Rakyat Makin Kurang Dip...

PAS PENGKHIANAT NEGARA TINDAKAN TEGAS HARUS DIKENAKAN MB TERENGGANU!

Jangan layan sebarang seruan berhimpun

NURUL LANGGAR GESAAN PRESIDEN JADI KALAU NURUL KALAH APA MAKSUDNYA?

𝗦𝗘𝗟𝗘𝗣𝗔𝗦 𝗞𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗗𝗜 𝗔𝗬𝗘𝗥 𝗞𝗨𝗡𝗜𝗡𝗚, 𝗛𝗔𝗝𝗜 𝗛𝗔𝗗𝗜 𝗟𝗘𝗣𝗔𝗦 𝗚𝗘𝗥𝗔𝗠 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗙𝗦𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗔𝗚𝗔𝗠𝗔 𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗦𝗔𝗟𝗔𝗛



✍️ Ahmad Mursi 


1.  Baca tulisan Haji Hadi, dengar pula ucapan PMX di Majlis Tilawah — terus rasa keliru.


2.  Di satu sisi, tokoh yang dipanggil “ulama”, tapi tulisannya penuh marah dan emosi kerana kalah di Ayer Kuning setelah babi ditunggang.


3.  Di satu sisi lagi, pemimpin negara yang sering dilabel buruk oleh penyokong PAS, tapi ucapan nasihatnya penuh hikmah, tenang dan menjaga akhlak.


4.  Bila PAS kalah, Haji Hadi segera tuduh pengundi “tak istiqamah dengan Islam”.


5.  Waktu PAS-DAP satu kem, sibuk juga Haji Hadi mempersuci DAP, berpelukan, genggam tangan erat-erat macam tak mahu lepas. Semuanya ada rekod.


6.  Sekarang, Haji Hadi tafsir agama secara sempit, mengelirukan, disulami dengan ayat² al-Quran untuk menyalahkan DAP dan abaikan sekutunya, GERAKAN.


7.  Haji Hadi salahkan DAP perihal ternakan babi di Perak. Dia lupa, selama hampir dua tahun Razman 'mempersucikan' ternakan babi semasa kerajaan tebuk atap di Perak.


8.  PAS tunggang isu ini untuk cetuskan api perkauman walaupun penternak babi dah berada di situ sejak 50 tahun dan penempatan baru pula dibina semakin hampir ke situ saban tahun.


𝗧𝗔𝗙𝗦𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗔𝗚𝗔𝗠𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗘𝗟𝗘𝗪𝗘𝗡𝗚


9.  Tidak dinafikan ulama kontemporari ada berpandangan, mengundi boleh menjadi wajib dalam sesetengah keadaan. 


10.  Tetapi mereka tidaklah sehingga menjadikannya 'fardu ain' secara mutlak seperti Hj Hadi. Begitu juga tiada dalil qat‘ie mewajibkan undi PAS seperti cuba digambarkan.


11.  Lebih banyak hal mudarat berlaku zaman PAS Tebuk Atap, berbanding banyak maslahat ummah dicapai di zaman Madani kini.


12.  Bila Haji Hadi kata, PAS boleh berpakat dengan bukan Islam dan lantik mereka dalam hal yang tidak berkait dengan 'dasar Islam' atau wizarah al-tanfiz, dia gunakan istilah itu dengan tidak sepenuhnya benar.


13.  Ulama klasik seperti al-Mawardi perkenal istilah wizarah al-tanfiz (pelaksana) dan wizarah al-tafwidh (pembuat dasar), bukan semata-mata berkait 'dasar Islam' tetapi dalam perkara yang lebih luas, sesuai dengan kerajaan Abbasiyah ketika itu yang dipimpin oleh umat Islam secara mutlak.


14.  Ironinya, zaman Haji Hadi tebuk atap, ramai menteri bukan Islam turut dilantik: Wee Ka Siong, Saravanan, Maximus Ongkili, Baru Bian, dll.


15.  Mereka bukan pelaksana teknikal (al-tanfiz), mereka menteri penuh yang buat dasar bersama dalam kabinet, gubal dasar kementerian masing², dan buat rang undang².


16.  Jadi, hentikanlah menyelewengkan istilah fiqh klasik untuk menipu umat Islam yang tidak mendalami bidang itu semata-mata kerana politik sempit, padahal konteks realiti negara telah berubah dengan wujudnya perlembagaan dan sistem demokrasi dalam masyarakat majmuk.


17.  Begitu juga Haji Hadi menolak DAP (tetapi menerima GERAKAN dan MCA) kononnya berpandukan ayat 9, Surah al-Mumtahanah (larangan kerjasama). 


18.  Hairannya, dia mengabaikan ayat 8 sebelumnya bahawa Allah tidak melarang kita berbuat baik dan berlaku adil kepada orang² yang prasyaratnya: (1) tidak memerangi kamu kerana agama, (2) tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman.


19.  Tiada parti politik di Malaysia yang perangi umat Islam kerana agama atau halau dari tanah air — sama ada DAP, MCA atau GERAKAN.


20.  Seharusnya Haji Hadi perlu lebih jujur dengan ilmunya tanpa membuat tafsiran agama yang terpilih dengan mengambil satu ayat dan meninggalkan ayat lain.


21.  Haji Hadi kerap menuduh UMNO itu 'sekular', dalam masa sama PAS masih bermimpi untuk berpakat dengan UMNO. Tuduhan dan label seperti ini kepada lawan politik dah berlaku sejak 40 tahun Haji Hadi terlibat dengan politik.


22.  Jika Haji Hadi katakan UMNO duduk dalam kerajaan demi mengejar jawatan dan projek, mungkin dia lupa jawatan Duta Khas bertaraf menteri dan berpencen dengan elaun besar yang dia terima waktu tebuk atap, dalam keadaan sedar dia tak mungkin dapat laksanakan tugas itu.


23.  Haji Hadi juga membawa nada takfiri halus (yang sinonim dengan kaedah politik Khawarij), apabila menganggap penyokong PH/UMNO tidak faham Islam, bertujuan menghina umat Islam yang tidak sehaluan dengan PAS.


24.  Pemikir² Islam telah banyak ingatkan, takfir politik yang anggap 'lawan politik tidak benar di sisi Islam' sangat bahaya dan menjadi pemecah-belah perpaduan umat Islam.



𝗠𝗘𝗡𝗔𝗡𝗧𝗨 𝗛𝗔𝗝𝗜 𝗛𝗔𝗗𝗜 𝗔𝗝𝗔𝗞 𝗦𝗨𝗠𝗣𝗔𝗛 𝗟𝗔𝗞𝗡𝗔𝗧, 𝗛𝗔𝗡𝗬𝗔 𝗡𝗔𝗞 𝗕𝗨𝗞𝗧𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗔 𝗜𝗞𝗛𝗟𝗔𝗦 𝗕𝗘𝗥𝗗𝗘𝗠𝗢



✍️ Ahmad Mursi 


1.  Menantu Haji Hadi, Zaharuddin, buat sumpah mubahalah (doa laknat) semata-mata nak buktikan kononnya niatnya ikhlas ajak berdemonstrasi.


2.  Hairan juga — bekas pelajar Al-Azhar, pernah jadi Ahli Majlis Syura PAS, tapi ilmunya nampak sangat cetek. 


3.  Guna sumpah laknat bukan untuk melaknat pendusta, tapi sekadar nak tunjuk dirinya ikhlas. Dia faham ke tidak konteks mubahalah yang disyariatkan?


4.  Zaman Nabi SAW, baginda berhujah soal akidah dengan Kristian Najran beberapa hari. Hanya selepas mereka berdegil, Nabi ajak mubahalah, dan akhirnya mereka takut lalu mengalah. 


5.  Hari ini, PAS gaduh isu picisan — sama ada demo buang masa atau tidak, ikhlas atau tidak — terus sibuk nak ajak sumpah laknat di Facebook.


6.  Padahal, niatnya itu urusan dia dengan Tuhan. Heret orang awam bersumpah untuk ukur keikhlasan jelas salah guna agama dan ini mempermainkan agama (istihza’ bil din).


7.  Inilah antara penyakit politik Khawarij: suka melaknat lawan politik atas isu kecil, pecahbelah ummat dengan pendekatan keras.


8.  PAS selalu memaksa orang ramai ikut tafsiran agama mereka dalam soal politik, dan kalau ada yang tak setuju, terus dilabel macam-macam. 


9.  Seolah-olah mereka sahaja ada autoriti mutlak tafsir agama demi tujuan politik.


10.  Kalau nak demonstrasi, buat sajalah. Tak perlu sampai sumpah laknat atau doa nak hancurkan rumah orang yang tak setuju dengan PAS.



TANGKAP JA.. LAIN MACAM PUNYA BATU BRONSON

 

Ahmad Mursi


Harap tindakan tegas diambil pada PAS ni.. bila kena tang orang lain, batu apinya lain macam...





BAIK BURUK PEMILIHAN SECARA BERPASUKAN


MSO


Proses pemilihan MPP Keadilan sudah memasuki hari keempat sudah hampir separuh tempoh kempen berjalan menjelang hari mengundi 25 Mei. Selepas lebih 73 jam kempen berjalan sedikit sebanyak ahli sudah dapat buat penilaian dan perbandingan serta mengenali pasti calon mana yang hendak dipilih. Orang ramai yang mengikuti kempen dari dekat juga sudah dapat merasakan kumpulan mana yang ke hadapan.


Pemilihan kali ini sama bentuk dengan pemilihan sebelum ini berjalan secara berpasukan. Ada dua kem yang sedang berebut untuk menguasai MPP waktu ini. Kem Damai dan Hiruk.


Pasukan atau team itu ada ketua masing masing, yang dijadikan ketua ialah calon timbalan presiden Rafizi Ramli dan Nurul Izzah. Kerana ia terbentuk dua puak maka pemilihan atau pertandingan kali ini panas dan meriah yang secara tidak langsung turut dirasai oleh orang ramai.  Ia mendapat perhatian kerana selepas ini Keadilan akan dipimpin oleh satu satu kem ini yang boleh menyebabkan berlaku perpecahan.


Bukan itu sahaja calon atau orang yang akan dipilih kelak dilihat akan mewarisi kepimpinan dalam parti dan berpelung untuk menjadi perdana menteri akan datang.


Keadaan seperti ini sudah wujud sebelum ini sejak pemilihan pertama 1999 - 2001 di Kemaman Terengganu. Ketika itu perebutan berlaku untuk memilih timbalan presiden diantara kumpulan bernuansakan Islam dengan sekular. Kumpulan Islam diwakilkan oleh orang haraki Abim dan Ikram manakala yang secular pula adalah yang datang berbagai kumpulan yang mendukung perjuangan reformasi. Begitu juga dalam pertandingan selepas itu, wujud dua kem apa bila timbalan presiden Syed  Husin Ali berundur membuka pertandingan di antara Khalid Ibrahim dan Azmjn Ali.


Pembentukan kem itu kemudian berterusan selepas itu, yang mana hanya bertukar ketua sahaja, dari Khalid kepada Rafizi yang menengang Azmin. Nurul Izzah ketika itu bersama Rafizi. Kekosongan ditinggalkan Azmin setelah pengkhianatan, Langkah Sheraton berlaku perebutan diantara Saufuddin dengan Rafizi. Dalam pertandingan ini juga wujud dua kem tetapi tidak sehabat kem diera Khalid - Azmin.


Jadi tradisi berpuak atau kem ini berterusan sampai kini.  


Ada baik buruknya pembentukan kem dalam proses pemilihan ini. Kem yang menang nanti dapat bekerja secara satu pasukan yang mantap dan sejiwa. Berbeza dengan kalau pertandingan bersendirian. Manakala keburukannya pula, pertandingan secara berpasukan ini apabila orang berkemampuan dan berbakat tidak terpilih disebabkan tidak sepasukan.


Sebagai sebuah parti ia memerlukan kombinasi tokoh atau personal yang bijak dan komited dengan perjuangan. Apabila diadakan secara berpasukan orang yang kurang mampu juga ikut terpilih sama. Sebenar bertanding secara berpasukan ini menguntungkan mereka yang kurang mampu kerana dapat tumpang tuah. Tetapi ia merugikan parti kerana menafikan yang kompiten.  


Untuk memanfaatkan semua orang yang mampu, elok dilakukan pertandingan secara bersendirian atau berasingan kerana cara ini lebih adil dan ideal dapat menjaring semua mereka yang benar benar berwibawa berada dalam saf kepimpinan. Parti akan mendapat lebih ramai pemimpin yang benar benar berkualiti. Kalau perkara ini boleh dielakkan dimasa depan eloklah, mungkin parti boleh buat peraturan ketat. Pertandingan bebas pasukan juga lebih menyatupadukan parti.


Bahaya pertandingan berpasukan ini apabila berlaku perpecahan dan mewujudkan golongan cult dalam parti. Ia akan membentuk mereka yang akan setia gila kepada ketua, sehinggakan mereka akan mengikut dan patuh tunduk kepada ketua mereka itu walaupun tindakan dan keputusannya bertentangan dengan semangat parti. Jika ketua buat salah mereka ikut sokong atas alasan sepasukan. 


Sejarah telah membuktikan macam mana bahaya sikap berpasukan ini. Apabila Azmin Ali meninggalkan parti, 2020 untuk bersama Mahiaddin Yassin bagi menumbangkan kerajaan PH maka semua ahli parlimen seramai 10 orang yang berada dalam kumpulannya semasa kempen merebut jawatan dahulu bersamanya. Natijahnya parti hilang majoriti, kerajaan tumbang.


Jadi pertandingan secara berpasukan ini bahaya dan bukan sesuatu yang baik untuk parti. Sepatutnya parti lebih concern mengenai perkara ini. Bagaimana pun sekiranya ahli arif dan bijak menggunakan hak mereka dengan baik membuat penialaian, mereka tetap dapat menghimpun orang orang yang baik untuk dijadikan atau diharapkan sebagai pemimpin. Trims.



JANGAN SAMPAI JADI BUALAN DAN DIOEELI.



FAHMI ELIAS


 1997/8 ..

Anwar diangkat sebagai ikon anak muda kerana melawan KORUPSI,KRONISMA DAN NEPOTISMA.


2025.. NEPOTISMA KEMBALI MENCEMARI PARTINYA YANG BELIAU BINA. 


NEPOTISMA MERESAP KEDALAM PARTI YANG DIBIMBINGNYA.


BUKAN OLEH BELIAU TAPI ANASIR ANASIR JIN TANAH YANG MENGUASAI PARTI YANG MUNGKIN MASIH ADA HUBUNGAN DENGAN PETUALANG DARI HOTEL SANDAKAN .


JIKA NEPOTUSMA KEKAL... BERMAKNA PARTI BERADA DITEBING YANG CURAM..


JIKA KALIAN SAYANGKAN PARTI DAN PERJUANGAN NYA UNTUK MENGUBAH HALA TUJU NEGARA KEPADA YG LEBIH BAIK MAKA, KEWARASAN, KEJERNIHAN SERTA KATA DHOMIR PERLU DIPERTIMBANGKAN DENGAN SEADIL ADILNYA.


RR MUNGKIN PUNYA EGO DAN KEKURANGAN NAMUN BELIAU TIDAK GADAIKAN PRINSIP PERJUANGAN SPT SEKERAT DUA PARASIT YANG MENJADI DURI DLM DAGING PARTI


GARAPAN INI BUKAN UNTUK MENIDAKAN KEUPAYAAN NIA NAMUN BIARLAH DSAI AKHIRI KERJAYA POLITINYA DAHULU.


MENUNGGU SEPENGGAL LAGI BUKAN LAH LAMA MANA MALAH MAMPU TINGKATKAN ' WISDOM ' SEBAGAI PERSEDIAAN YG DIPERLUKAN.




MENGGUNAKAN AGAMA UNTUK TIPU?


 

Nurul Izzah nafi berselisih faham dengan Hassan Karim


 

HarapandailyMay 14, 2025

Calon Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menafikan dakwaan kononnya beliau berselisih faham dengan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim.

Anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim itu menyifatkan Hassan sebagai seorang ‘rebel’ dengan sebab.

“Beliaulah yang kritik khidmat saya semasa di PMO (Jabatan Perdana Menteri), sebelum saya berundur dan menyerah tugasan kepada En Nurhisham Hussein, ketika itu Pengarah Ekonomi & CSO KWSP.

“Dan beliau jugalah yang menyeru saya masuk gelanggang bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden PKR.

“Marah atau tidak, tidak pernah pudar rasa hormat saya kepada Pak Hassan,” tulis Izzah menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Untuk rekod, Hassan menyertai PKR selepas 2008 dengan kali pertama bertanding pada Pilihan Raya Umum 2008 di Parlimen Johor Bahru atas tiket Parti Rakyat Malaysia (PRM) tetapi tewas.

 

Mengulas lanjut, Nurul Izzah yang juga bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, PKR memperoleh bantuan kewangan daripada orang ramai ketika kempen pilihan raya umum.

“Kita raih dana daripada orang ramai, untuk kita penuhi keperluan khidmat, termasuklah wang deposit, ketika PKR susah satu ketika dahulu.

“Kopi ini sememangnya keras, namun kerasnya kita tempuhi bersama.

“Selamat menunaikan ibadah haji, Pak Hassan dan isteri. Sama-sama kita saling mendoakan,” kata Izzah lagi.

 


JANGAN PERKECIL USAHA RAFIZI SELAMA INI.



 Ketua Cabang Keadilan Selayang, Chua Wei Kiat menegaskan tidak wajar untuk mana-mana pihak memadam atau memperkecilkan peranan besar Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli dalam kejayaan Pakatan Harapan (PH) merampas Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.






Wei Kiat yang juga Timbalan Ketua Penerangan Keadilan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang berkata, Rafizi merupakan antara individu yang berani tampil ke hadapan memperkenalkan pendekatan baharu ketika landskap politik negara berada dalam keadaan sangat tidak menentu antara tahun 2015 hingga 2018.


#malaysiagazette #pemilihanPKR2025


Berita lanjut layari www.malaysiagazette.com


PAS SOKONG NURUL MENANG- INI SEBABNYA.

 


PURA PURA MOTOSIKAL ROSAK



 Berhati-hati geng.. Kepada pengguna highway PLUS dan BKE, kalau jumpa mamat ni tak payah berhenti. Modus operandi dia moto rosak atau jem, dak pun angin tayar di kempiskan.






Dia cuma nak dapatkan duit saja. Dulu dia bawa moto Kriss, ni timboi pula dengan skuter Beat.


Tadi bila aku warning dia,  moto yang jem tu boleh pula jalan 🤣, hati-hati semua jangan tertipu.. sebab ramai dah yang tertipu dengan dia ni.


Sumber: Mohd Zahir Hassan (PBPJ)



URIN SEKALI.