BARISAN EXCO BARU SELANGOR? APA PAS AKAN KATA ATAU WALA PADA AZMIN?




Sekarang ni PAS dah terperangkap.
Selama ni Haji Hadi warwarkan mereka PAS taat setia dgn sesiapa yang dipilih istana.
Dan istana dah pilih Azmin Ali. Maka, kalau PAS engkar pada Azmin Ali serupa dengan 
PAS engkar pada istana.
Kalau Azmin Ali kata semua 4 exco wajib dibuang demi menjaga nama baik Pakatan 
Rakyat, maka PAS wajib wala'.
Kalau Azmin Ali kata wakil PAS dlm exco hanya 2 orang sahaja yakni Hasnul dan Saari,
 maka seluruh PAS wajib wala'
Kalau Azmin kata Raja Idris wajib dipecat dari Perangsang pun PAS wajib wala'.
Kalau Azmin Ali kata Din Ayam, Raja Idris, Sabky dsbnya wajib disiasat mengapa mereka
 mendapat ESOS pun PAS wajib wala'.
Pendeknya PAS wajib wala' pada Azmin kalau PAS tidak mahu derhaka pada Sultan.
Juga, Azmin tak perlu sokongan 13 ADUN PAS di DUN sebab dia sudah ada 30 ADUN di 
belakangnya.
Maklumat saya dapat tekanan dari pengundi2 Cina dan India mungkin memaksa MB baru 
untuk membuang kesemua exco2 PAS.
Kalau tidak bye bye kerajaan PR Selangor PRU 14 kelak
Wala' pada Presiden jgn sampai gadai parti



MB baharu Azmin dapat sokongan PAS

OLEH: Amirulmukminin


Kemelut politik Selangor yang berakhir sebaik sahaja Adun Bukit Antarabangsa  Azmin Ali mengangkat sumpah jawatan mungkin menyaksikan PAS akan kembali semula berpadu dengan Pakatan Rakyat.

Sebelum ini pun timbul spekulasi Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali mencatur agar Azmin menjadi MB Selangor. Azmin dilihat calon paling layak dan pemimpin tertinggi PAS mempunyai ruang untuk bekerjasama dengan beliau berbanding Wan Azizah.

Dispekulasikan juga wujud rundingan sulit antara pemimpin PAS dan Azmin, serta restu pemimpin PAS bagi menguatkan pertimbangan sultan Selangor untuk memilih Azmin. Mungkin rakyat Selangor sedikit hairan kerana empat exco PAS yang berkhidmat di bawah Khalid Ibrahim sejak terpecatnya bekas MB itu dari PKR tidak akan ditukar oleh Azmin. Bagitu juga sokongan padu Adun PAS Selangor yang diumumkan Mustafa Ali sebaik sahaja Azmin mengangkat sumpah jawatan.

Begitu juga lantikan politik pada zaman Khalid ke atas beberapa orang PAS di dalam GLC Selangor tidak akan terjejas. Din Ayam, abang raja Petra, Tantawi dll selamat tanpa disentuh oleh sentuhan politik Azmin.

Namun disebalik kemenangan PAS itu tugas berat bagi Azmin adalah mengembalikan sokongan rakyat Selangor ke atas Pakatan Rakyat. Tugas yang lebih berat lagi adalah memastikan Pakatan akan terus berpadu selepas ini.

Anwar mungkin akan dipenjarakan oleh kerajaan BN selepas rayuannya di Mahkamah Persekutuan didengar pada Oktober. Azmin sebagai Timbalan Presiden PKR mempunyai peranan besar apabila beliau dipercayai oleh pemimpin PAS.

Azmin boleh memastikan tragedi yang menimpa Barisan Alternatif pada 2000 apabila DAP meninggalkan gabungan itu lewat isu Negara Islam tidak akan berlaku lagi kali ini.

Bagaimanapun, sebagaimana ungkapan Naib Presiden PAS Husam Musa perlantikan Azmin di Selangor bukanlah jalan penyelesaian mudah krisis antara PAS dan PKR, Azmin perlu berhati-hati dan bijaksana memainkan peranan.

PAS daripada parti yang tidak mempunyai perancangan politik sebelum 2008 dan mengikut rentak politik Anwar kini bertukar sebagai parti ‘keras kepala’ dan mahu memaksa gabungannya mengikut dasar parti itu.

Sikap tersebut tidak disenangi oleh PKR dan DAP kerana mirip perangai pembuli Umno dalam BN. Bagaimanapun tidak seperti Umno yang mempunyai perancangan politik dinamik, PAS tetap tidak mempunyai pemimpin yang mampu merancang untuk menawan Putrajaya sebagaimana Anwar Ibrahim.

Maka ketiadaan Anwar akan dirasakan satu kehilangan besar kelak. Rakyat bukan Islam tidak akan bertolak ansur dengan Hadi yang perkauman. Begitu juga golongan yang progresif akan sinis terhadap kepimpinan ulama PAS yang tidak mendepani zaman.

Azmin mempunyai tugas berat. Selain menyempurnakan Langkah Kajang, menggunakan Selangor untuk menawan Putrajaya beliau juga perlu menjadi seorang ahli politik sehebat Anwar. Malah sekiranya PR tiada calon untuk menjadi perdana menteri maka Azmin boleh dipertimbangkan menjadi pilihan masa depan.

Tanpa menunjukkan kredibiliti beliau sebagai pemimpin penyatu maka PKR akan tenggelam di dalam percaturan politik PAS yang tidak mementingkan fakta. PR telah dilihat sebagai parti pesaing BN yang amat dinamik sebelum krisis Selangor pada Jun 2014.

Dua faktor yang melemahkan PR adalah Khalid dan kerosakan yang ditimbulkan pemimpin garis keras PAS.

Jadi, Azmin bertanggungjawab untuk memulihkan keyakinan rakyat seluruh negara. Azmin juga wajar meneruskan projek tertangguh menggunakan sedikit kewangan Selangor bagi mendanai projek penerangan menawan Putrajaya.

Sekiranya berjaya maka nama Azmin akan sebaris dengan Anwar, Hadi, Kit Siang, Guan Eng dan nama-nama besar lain. Hanya masa yang akan menentukan.