KWSP DAN PENCEN


 

JOM KITA DENGAR LEBAI NI BUAT LAWAK


 

PAHAM KA NET FDI DAN DOSM. ...



 

CAKAP LEBAI PAS


 

KEH..KEH..KEH...APA PUNYA LOYAR BUROK...


 

MUHYIDDIN NAFI TERLIBAT SPANCO


 

JANGAN HANYA PANDAI BERFATWA

 



Dalam perundangan, yang jadi isu tu 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮𝗽 𝘀𝗲𝘀𝘂𝗮𝘁𝘂 𝗽𝗲𝗿𝗯𝘂𝗮𝘁𝗮𝗻 𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗷𝗲𝗻𝗮𝘆𝗮𝗵 atau 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝘂𝗸𝘂𝗺 𝗷𝗲𝗻𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗶𝘁𝘂 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶?


Jenayah dan hukuman adalah dua perkara berasingan. Yang patut kita takutkan adalah bila perbuatan itu tak lagi dianggap 𝗷𝗲𝗻𝗮𝘆𝗮𝗵.


Bab hukuman itu soal yang berbeza.


Sekarang ni, mengikut perlembagaan, 𝗮𝗱𝗮 𝗸𝗲 𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗷𝗲𝗻𝗮𝘆𝗮𝗵 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗱𝗶𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮𝗽 𝗷𝗲𝗻𝗮𝘆𝗮𝗵? Cuba senaraikan kalau ada.


Hari ini, merompak masih lagi jenayah. Begitu juga merogol, membunuh, menipu (scam), rasuah, menipu timbangan dan banyak lagi.


Kesemua perbuatan ini salah di sisi Islam dan negara kita juga tak menghalalkannya. 𝗦𝗲𝘀𝗶𝗮𝗽𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗿𝗯𝘂𝗸𝘁𝗶 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗸𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝗯𝘂𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗶𝘁𝘂 𝘁𝗲𝘁𝗮𝗽 𝗹𝗮𝗴𝗶 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗵𝘂𝗸𝘂𝗺.


Tak setakat itu, perbuatan yang tak didapati bersalah menurut undang-undang persekutuan, seperti zina, masih lagi dianggap jenayah menurut undang-undang negeri.


𝗝𝗮𝗱𝗶 𝗮𝗽𝗮 𝗺𝗮𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗰𝘂𝗯𝗮 𝗛𝗮𝗱𝗶 𝗯𝗮𝗻𝗴𝗸𝗶𝘁𝗸𝗮𝗻?


Soal hukuman tu soal lain. Yang kita perlu risau adalah jika perbuatan salah ini 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗹𝗮𝗴𝗶 𝗱𝗶𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮𝗽 𝗷𝗲𝗻𝗮𝘆𝗮𝗵. Itu baru mengundang murka Allah.


Contohnya macam 𝗿𝗮𝘀𝘂𝗮𝗵 𝗺𝗮𝗵𝘂 𝗱𝗶𝘁𝗮𝗸𝗿𝗶𝗳 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗹𝗮 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗵𝗮𝗱𝗶𝗮𝗵. Ataupun 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗮𝗹𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻 wang derma diguna sebagai 𝗺𝗼𝗱𝗮𝗹 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗯𝘂𝗿𝗮𝗻.


Jika itu berlaku, maka rakyat tak boleh berdiam diri. Kerana 𝗵𝗮𝗸 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗰𝗮𝗯𝘂𝗹𝗶. Tapi selagi itu tak berlaku, tiada apa yang nak dibimbangkan sangat. Tak perlu sampai nak kata 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝘁𝗲𝗿𝗮𝗻𝗰𝗮𝗺.


Ini bukan masalah liberal. Ayat soal 𝗽𝗼𝘁𝗼𝗻𝗴 𝘁𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻, 𝘀𝗲𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶𝗻𝘆𝗮 berapa kali disebut di dalam al-Quran? Jauh lebih banyak ayat yang 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗻𝘁𝘂𝗵 𝘀𝗼𝗮𝗹 𝗮𝗸𝗵𝗹𝗮𝗸 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗸𝗲𝗿𝘁𝗶 𝗺𝘂𝗹𝗶𝗮.


Hadi sepatutnya bimbang dengan keruntuhan akhlak muslim hari ini bila 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵, 𝗮𝗱𝘂-𝗱𝗼𝗺𝗯𝗮 𝘀𝗲𝗿𝘁𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗽𝘂 dikira normal malah menjadi senjata politik termasuk di kalangan agamawan sendiri.


Lebih menakutkan apabila 𝗷𝗲𝗻𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗾𝗮𝘇𝗮𝗳 tidak lagi dianggap salah, seakan ianya bukan lagi satu dosa lalu dibiarkan berleluasa.


Sebenarnya 𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗸𝘂𝗿𝗮𝗻𝗴 dengan perlembagaan kita. 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗸𝘂𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗻𝘆𝗮 𝗱𝗮𝗸𝘄𝗮𝗵. Dan ia terjadi disebabkan oleh sebahagian daripada golongan yang gelarkan diri mereka ulama lebih banyak berpolitik daripada melakukan Islah.


Paling menakutkan apabila 𝗮𝗴𝗮𝗺𝗮 𝗱𝗶𝗷𝗮𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗻𝗷𝗮𝘁𝗮 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗮𝗹𝗮𝘁 𝘁𝘂𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 untuk mendapatkan kuasa  itu lebih jelas dimurkai oleh Allah.


Seorang ulama yang sebenar, akan lebih risaukan zina berleluasa 𝗯𝗲𝗿𝗯𝗮𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴 𝘀𝗼𝗮𝗹 𝗽𝗲𝗻𝘇𝗶𝗻𝗮 𝗱𝗶𝘀𝗲𝗯𝗮𝘁, kerana itu tandanya dakwah tak berkesan.


Nabi ﷺ mengajar kita, lebih baik tersilap 𝗺𝗲𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀𝗸𝗮𝗻 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 daripada tersilap 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝘂𝗸𝘂𝗺 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



KAMI TAK ADA LA SAMPAI NAK BERJIHAD LAWAN INFLASI.... JIHAD PANAMA....

 

Tak la semahal minyak masak sampai menggunung. Teloq pulak tak da.


Rafizi Ramli. 





Kami tak de lah umum sampai jihad lawan inflasi, tapi inflasi turun ke kadar yang terendah.


Keutamaan dlm 2023 ialah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi.


Ini membolehkan harga tidak terus melonjak (seperti zaman 33 bulan), sementara Kerajaan tumpu kepada perkara2 yg menjadi punca beban kos sara hidup:


- gaji yang naik perlahan tidak seiring dengan kos sara hidup [maka pelarasan gaji kakitangan awam & dasar gaji progresif]


- menambah kapasiti pengeluaran makanan [maka peruntukan besar untuk memodenkan pertanian, pertanian moden kecil melalui IPR]


- membaiki rantaian bekalan [maka kita secara berterusan melihat kepada rantaian bekalan padi, telur dan makanan asas lain, menggalakkan penjualan harga yang berpatutan melalui Jualan Rahmah dll]


- penyasaran subsidi kepada keluarga yang lebih memerlukan untuk mengurangkan beban mereka [maka sumbangan tunai yang lebih tinggi dan reformasi subsidi pukal yang sedang berjalan]


Sementara harga barang adalah fungsi penawaran dan permintaan, fokus Kerajaan tingkat pendapatan rakyat (bukan semata-mata melihat kepada kos barang) Insya Allah akan lebih membuahkan hasil dari JK Jihad Lawan Inflasi.



BIAQ DUIT RENDAH BANDING NAIK OPR


 Kalau aku kena pilih antara 𝗻𝗮𝗶𝗸 𝗢𝗣𝗥 atau 𝗻𝗶𝗹𝗮𝗶 𝗿𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶𝘁 𝘁𝘂𝗿𝘂𝗻, bagi aku biarlah nilai ringgit rendah dulu buat masa ni.


Aku tak sanggup kalau ansuran rumah dan kereta aku naik lagi 𝘀𝗲𝗺𝗮𝘁𝗮-𝗺𝗮𝘁𝗮 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗻𝗮𝗶𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗻𝗶𝗹𝗮𝗶 𝗿𝗶𝗻𝗴𝗴𝗷𝘁 𝗯𝗲𝗿𝗯𝗮𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴 𝗱𝗼𝗹𝗹𝗮𝗿 𝗔𝗺𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮.


Soal sebahagian 𝗯𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗶𝗺𝗽𝗼𝗿𝘁 𝗻𝗮𝗶𝗸 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 sebab nilai ringgit rendah, aku ada alternatif dengan membeli 𝗯𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗯𝘂𝗮𝘁𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁𝗮𝗻.


Tapi kalau komitmen bulanan aku naik, apa alternatif yang aku ada? 𝗧𝗮𝗸 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗻𝗮𝗸 𝗲𝗹𝗮𝗸. Nak tak nak kena bayar juga. Terganggu bajet.


Asalkan ekonomi dipacu dengan betul, rasuah berjaya dihapuskan, tiada sakau, insyaAllah 𝗻𝗶𝗹𝗮𝗶 𝗿𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶𝘁 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗽𝘂𝗹𝗶𝗵 juga nanti. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


HAPUS LESEN JUDI.. TAPI JUDI TAK SELESAI JUGA

 

Imaginasi : Mansuh kedai judi, selesai isu judi.


Ala sekurang-kurangnya aku dh buat.


Sikap pemalas sesetengah pemimpin inilah yang akan menjahanamkan negara. Ambil short cut lebih mudah. Batal lesen selesai masalah.



KENYATAAN MEDIA PM. HARGA BERAS DAN JUALAN RAHMAH HARUS DIPERBANYAKKAN LAGI DAN MELUAS UNTUK RAKYAT.




 Kenyataan Media

Perdana Menteri

23 Februari 2024


Hari ini saya telah mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) Tahun 2024 yang turut dihadiri oleh Menteri-menteri, Timbalan-timbalan Menteri, Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian berkaitan serta Gabenor Bank Negara, selain wakil industri, wakil pengguna, wakil badan bukan kerajaan (NGO) dan ahli akademik yang merupakan ahli-ahli NACCOL.


Saya tegaskan bahawa Kerajaan perlu terus memberi tumpuan penuh terhadap isu kos sara hidup yang masih membelenggu rakyat meskipun kadar inflasi semakin mereda kepada 1.5% setakat Januari 2024. 


Kendatipun bekalan dan harga Beras Putih Tempatan (BPT) dalam pasaran domestik secara umumnya terkawal, saya masih menerima aduan berhubung isu bekalan BPT yang terhad. Rakyat juga terkesan dengan kenaikan harga Beras Putih Import (BPI) di pasaran global berikutan larangan eksport yang dikenakan oleh negara pengeluar beras. Saya tegaskan betapa campur tangan Kerajaan MADANI pada ketika ini amat kritikal dan perlu diputuskan segera bagi memastikan isu bekalan dan harga makanan ruji utama rakyat ini terus kekal stabil di pasaran.


Saya turut menyinggung kepentingan mempertingkatkan penguatkuasaan bagi memastikan keberadaan beras di pasaran dan tiada pemborong atau pengilang mengaut keuntungan berlebihan atau bertindak mencampurkan kandungan BPT dan BPI untuk dijual dengan harga yang tinggi.


Mesyuarat turut mendengar penjelasan terperinci terkait cadangan pelaksanaan Beras Putih Malaysia MADANI. Pada masa sama, beberapa wakil industri dan NGO antaranya yang mewakili pesawah dan pengilang turut menyuarakan beberapa cadangan dan pandangan berhubung situasi padi dan beras negara, khususnya bagi memastikan ketersediaan beras pada harga yang munasabah kepada rakyat.


Selepas mendengar dan mengambil kira semua pandangan, mesyuarat mengambil ketetapan agar Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengetuai dan menyelaras sesi libat urus secara lebih terperinci sesegera mungkin. Libat urus ini perlu mengambil kira harga belian padi, faktor bekalan, harga beras import dunia, kemampanan bekalan beras tempatan serta kesan kepada pengguna. Saya turut mengarahkan supaya hasil libat urus ini dibentang dan dimuktamadkan dalam Mesyuarat NACCOL pada 20 Mac 2024 sebelum diangkat untuk pertimbangan Jemaah Menteri.


Dalam tempoh itu, saya mengarahkan agar program jualan murah termasuk Jualan Rahmah, Jualan Agro Madani dan lain-lain diperbanyakkan supaya rakyat dapat membeli barangan keperluan harian, termasuk beras pada harga lebih rendah berbanding pasaran. Jadual pelaksanaan jualan-jualan murah ini akan dihebahkan secara kerap.


Pada masa sama, Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) juga bersetuju untuk mempertimbangkan semula penawaran harga BPI dalam pasaran domestik supaya BPI boleh dijual pada harga lebih rendah, sekali gus mewujudkan alternatif kepada rakyat untuk mendapatkan beras dengan harga yang lebih berpatutan.


ANWAR IBRAHIM



SURAT NAK KENA SAMAN

 




1. Saya telah membaca kenyataan terbaru Puteri Azman tentang LOD yang peguam saya telah sampaikan semalam. 


2. Dalam kenyataan terbarunya beliau telah membuat laporan polis terhadap saya atas isu buli siber dan gertak ugutan yang melampau. 


3. Saya nafikan dakwaannya bahawa saya telah melakukan buli siber dan ugutan melampau terhadapnya.


4. Namun, saya tidak nafikan hak beliau untuk buat laporan polis. Kita biarkan polis menyiasat secara professional. 


5. Saya juga menerima nasihat peguam saya untuk tidak buat ulasan lanjut. 


6. Atas nasihat peguam saya juga, kausa tindakan fitnah boleh jatuh di bawah tindakan sivil dan jenayah. Saya telah laksanakan hak undang-undang sivil dengan mengemukakan LOD, manakala saya "reserve" hak saya kelak untuk tindakan di bawah undang-undang jenayah pula. 


Dr Rozaimi Ramle


P.S: Hebat juga beliau, pukul 2.16 pagi buat laporan polis ;)



PELABUR AKAN MELABUR BILA NILAI DUIT RENDAH,. INDON DUIT RENDAH TAPI INCOME RAKYAT DAH MELEBIHI MALAYSIA


 

BELI BERAS LAM USD KOT


 

BAB AYAQ NI ZAMAN DULU DULU NI. TEMBELING PALING DALAM LAM SEMENANJUNG PUN AYAQ TAK PUTUIH


 

DUIT JATUH PELABUR MASUK. AWAT DOK BELI BERAS GUNA DOLLAR KA APA?


 

FAHAM LA, DIA HILANG BANYAK FAEDAH


 

SINAR HAIRAN YANG MAKIN MELAMPAU


 

NI PULAK CEROI- DIA SEMUA BETOI, TAPI APA SATU DIA TAK BUAT


 

PERAK AKAN SETARAF NEGERI MAJU LAIN DALAM MASA MENDATANG-JOM KITA DENGAR