SURAT NAK KENA SAMAN

 




1. Saya telah membaca kenyataan terbaru Puteri Azman tentang LOD yang peguam saya telah sampaikan semalam. 


2. Dalam kenyataan terbarunya beliau telah membuat laporan polis terhadap saya atas isu buli siber dan gertak ugutan yang melampau. 


3. Saya nafikan dakwaannya bahawa saya telah melakukan buli siber dan ugutan melampau terhadapnya.


4. Namun, saya tidak nafikan hak beliau untuk buat laporan polis. Kita biarkan polis menyiasat secara professional. 


5. Saya juga menerima nasihat peguam saya untuk tidak buat ulasan lanjut. 


6. Atas nasihat peguam saya juga, kausa tindakan fitnah boleh jatuh di bawah tindakan sivil dan jenayah. Saya telah laksanakan hak undang-undang sivil dengan mengemukakan LOD, manakala saya "reserve" hak saya kelak untuk tindakan di bawah undang-undang jenayah pula. 


Dr Rozaimi Ramle


P.S: Hebat juga beliau, pukul 2.16 pagi buat laporan polis ;)



No comments: