RAKYAT MENANTI KENYATAAN AZMIN. BUKTI MEMINDAHKAN QURAN.

 

RMS




INI ADALAH LAKONAN KONONNYA PRIHATIN. 






Rakyat menanti kenyataan MP Gombak Azmin Ali, Tokay Minyak  Hamzah Zainuddin dan Pengerusi Bertindak Selamatkan Kg Sri Makmur.. 


Dari mana datangnya Al Quran yang ditemui bersepah kerana telah dikumpul dan dipindahkan sebelum operasi meroboh dimulakan..



TAKUT DAH USTAT TERPALING NI... WOIII... SARAWAK TAK JAUH MANA LA... SANA MUDAH JALANKAN DAKWAH...BALING BATU SEMBUNYI TANGAN. INGAT ORANG BODO MACAM KAMU KAH?


W. Faudzin


 Aku dah agak dah kompom dia belit sambil mintak maaf.  Sebelum tu dia block semua komen orang.  Tak bermaksud kata kpd PMX?  Tetapi komen dibuat di atas program PMX dan ada wajah PMX di situ. 


 Jangan ingat kalau kamu tu penolong pengetua ke guru kanan ke, kamu ingat orang lain bodoh?  Ini perangai walaun, baling batu sembunyi tangan.  Jap lagi kita pun maafkan....Sebab tu kita asyik kena buli oleh "deep state" ni..

.. 



AZMIN NAFI.. KEH.. KEH.. KEH..

 

RMS


Azmin Ali menafikan beliau ada memberi komen ketika di Kg Sri Makmur.. tu cubaan media untuk menjatuhkan saya..




TAHNIAH KOLEJ ISLAM TEKNOLOGY PULAU PINANG

 

TAHNIAH



Dr. Mohamad Sofee Razak 


Atas pelantikan sebagai


Ketua Pegawai Eksekutif

Yayasan Islam Pulau Pinang


Ikhlas Daripada

Pengerusi & Lembaga Pengarah

serta seluruh warga kerja KITAB Pulau Pinang


www.kitab.edu.my



BELAJAR AGAMA TAPI FAHAMAN KHAWARIJ.


Iswardy Morni





 Puak khawarij ni bukan mereka yang tak belajar agama. Tapi mereka adalah yang anggap agama dia sahaja betul dan orang lain Kapir.


Ni guru sekolah ni. Kalau tak nak makan duit pemimpin yang dianggap Kapir, letak jawatan jela Zuhaidi Mat Yusoff oii..


Meh kita jumpa dan debat bab ni ada berani? Belajar agama islam, tapi perangai mengalahkan iblis.



TAKTIK LAMA WALAUN. HARI ROBOH TU PATUT DAH BISING... QURAN ELOK JA...


 

KALAU NEGERI PAS YANG BUAT MEREKA DIAM.. NI DITERENGGANU SATU PULAU TERUS... TARIAN HAMPIR BOGEL


 

PENDEDAHAN MENGENAI PENGGUNAAN DIESEL. NAMPAKNYA ISU SELUDUP DIESEL RAKYAT MALAYSIA LAH BARUS SEBENAR


 

INI KES DI KELANTAN-

 

Munafik Politik.



Sham Ghaz


Tiba2 PN nak jadi hero bela rumah Kg Seri Makmur Gombak yang jelas2 duduk atas tanah yang ada Hakmilik.


Negeri Kelantan mereka (PN-PAS) tadbir mereka layan pengundi dan rakyat mereka macam takda nilai dan kain buruk!


Di Kelantan lebih 53 buah rumah dirobohkan hanya bagi pampasan RM1,000 shja di Jalan Atas Paloh, belakang Masjid Muhammadi.


Di Kelantan mereka duduk lebih 70 tahun, mereka minta hak milik dan geran dari Pjbt Tanah Kota Bharu tak dapat2, akhirnya tahun 2019 tanah tu dapat kepada GLC Kerajaan Kelantan untuk diberi kepada pemaju.



CYTRO PH AKAN AKTIF MENJELANG PRK SG BAKAP


 

ULAMA SU SAMA SEPERTI DAJJAL


 

SEPATUTNYA MENTERI MANA SEKALIPUN USAH TERLIBAT DENGAN NEPOTISME. HANNAH YEOH SEDAR ATAU TIDAK? ATAU ADAKAH SUAMI HANNAH YEOH SESAR ATAU TIDAK?. INI MENCEMARKAN KERAJAAN MADANI.

 


MENDESAK HANNAH YEOH MELETAK JAWATAN ADALAH SAMA SEPERTI DESAKAN KEPADA SHAHRIZAT DAHULU 


DAP dan penyokong-penyokong PH secara umumnya menolak gesaan pelbagai pihak agar Hannah Yeoh meletakkan jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan susulan syarikat milik bersama suaminya diberikan kontrak pengangkutan oleh kerajaan negeri Selangor.


Mereka berhujah, tiada alasan untuk Ahli Parlimen Segambut itu berbuat demikian kerana kontrak diperolehi suaminya itu bukan daripada kementerian isterinya.


Bahkan, penyokong pekat PH turut menolak saranan agar Hannah Yeoh memberi respon terhadap isu melibatkan suaminya itu.


Kata mereka, tiada keperluan lagi untuk Hannah Yeoh memberi sebarang respon (mujur menteri itu baru memberi responnya sebentar tadi) lantaran KP SPRM, Azam Baki telah pun tampil mengatakan tiada kes untuk disiasat.


Ada penyokong PH yang lagi pekat pula berkata, isu tersebut bukan isu besar dalam negara untuk kita sibuk-sibuk mengenainya.


Ayoyooo….


Tetapi, kalau dibuat perbandingan, isu suami Hannah Yeoh ini sebetulnya lebih kurang sama saja dengan kes suami Shahrizat Jalil dahulu.


Suami Hannah Yeoh memperolehi kontrak daripada kerajaan negeri Selangor, sedangkan isterinya adalah Menteri Belia dan Sukan, manakala suami Shahrizat mendapat kontrak membela lembu daripada Kementerian Pertanian, walhal isterinya ketika itu adalah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.


Meskipun perjalanan dan liku-liku dana syarikat digunakan antara kedua-duanya jauh berbeza, tetapi dari segi amalan kronisme dan nepotisme, ia tidak berbeza sama sekali.


Bahkan, Hannah Yeoh ketika era BN berkuasa dahulu begitu kuat menentang amalan memberi projek kerajaan kepada kroni dengan menyifatkannya sebagai amalan tidak bermoral.


Sebab itu, bagi yang sudah lama berjuang bersama PH, turut sebelum ini menentang amalan kronisme dan nepotisme serta pernah mendesak Shahrizat meletak jawatan, mereka harus kembali menyemak jati diri masing-masing.


Apakah pendirian mereka ketika PH jadi pembangkang dulu masih sama setelah gabungan itu mengetuai kerajaan sekarang?


Janganlah cepat emosi bila Hannah Yeoh didesak meletak jawatan kalau dalam kes Shahrizat dahulu, mereka juga lantang bersuara mendesaknya meletak jawatan.


Sebagaimana bumi ini bulat, perjalanan kehidupan juga adalah macam roda – sekejap di atas dan sekejap di bawah.


Dapat jadi kerajaan bukan bererti tidak boleh kembali jadi pembangkang semula.


Bagi yang baru berubah menjadi penyokong PH setelah gabungan itu berjaya menjadi kerajaan, janganlah pula berlebih-lebihan menyokong kerajaan sehingga bukan saja yang kelabu dikata putih, malah yang hitam pun dinyatakan putih juga.


Berpada-padalah dan jangan sampai sokongan itu membawa rebah kerana rakyat kebanyakan masih boleh berfikir dan membezakan antara hitam dengan putih.


Hakikatnya, dalam kehidupan atau perjuangan, kita tidak harus berbeza pendirian walau dalam apa keadaan sekali pun.


Kita juga tidak harus takut menyatakan sesuatu yang berbeza dengan apa yang ada dalam hati nurani kita.


Kalau hati kata ia betul, katalah di mulut sebagai betul dan kalau hati kata tak betul, jangan takut untuk bersuara mengatakan ia tidak betul – barulah kita jadi manusia yang betul.


Berbalik kepada isu suami Hannah Yeoh dan yang terbaru SPRM sendiri sudah berubah nada dengan mengatakan akan segera memulakan siasatan berikutan beberapa petunjuk baru telah diterima, ini bermakna keperluan untuk Menteri Belia dan Sukan itu meletakkan jawatan semakin menjadi kewajipan.


Bahkan, amat terpuji jika Perdana Menteri sendiri menasihatkan Hannah Yeoh agar berundur pergi.


Mengekalkan lagi beliau dalam kerajaan menunjukkan PH pimpinan Anwar Ibrahim yang mengetuai kerajaan madani sekarang tidak cukup tegas dalam perjuangan menolak amalan kronisme dan nepotisme yang didendangkan sejak lebih 25 tahun lamanya.


Jika tidak berani berbuat apa-apa, eloklah dihalalkan saja amalan kronisme dan nepotisme dalam kerajaan madani ini. – ShahbudinHusin 01Jun2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/06/01/mendesak-hannah-yeoh-meletak-jawatan-adalah-sama-seperti-desakan-kepada-shahrizat-dahulu.html



MAJLIS BERSAMA ULAMAK...



 Pagi (Sabtu) ini saya berpeluang hadir ke Seminar Penghayatan Riyadhu as-Salihin di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Shah Alam. 









Majlis ilmu ini dimurnikan lagi dengan sesi interaksi bersama mantan Mufti Agung Negara Mesir, Al-Imam al-Allamah Prof. Dr. Ali Jum’ah Muhammad al-azhari, dan Timbalan Pengerusi Majlis Tabligh Muhammadiyah yang juga seorang ulama muda Indonesia, Ustaz Dr. Adi Hidayat.


Saya turut meluncurkan buku terjemahan Ihya Ulumuddin, karya Imam al-Ghazali dan manuskrip 40 Hadith Imam Nawawi : Sebuah Huraian untuk Dunia Semasa karya Prof Dr Ali Jum’ah dan yang diterbitkan oleh Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE).


Dalam majlis ini saya, saya singgung kesedaran bahawa marcapada bergerak semakin pantas melalui penerokaan meneroka dan penemuan baru, namun kita harus tetap menjaga kepentingan tradisi ilmu dan akliah untuk dihadami agar diamal dan dihayati. 


Generasi muda yang bakal memimpin negara kelak, perlu digasak dengan kebhinekaan ilmu di dada, termasuk berkaitan agama agar dapat mendidik serta membentuk masyarakat lebih berilmu di masa hadapan.  


Saya hargai kesudian Syeikh Ali Jum’ah dan Ustaz Dr Adi Hidayat atas doa dan mutiara ilmu yang dikongsikan dalam majlis ini. 


Semoga kehadiran para alim ulama ini dapat dimanfaatkan demi kelangsungan pemerkasaan kefahaman agama.


#MalaysiaMADANI



JAHATNYA PN.


Izlin Idris


Memang celaka lah orang yang sengaja meletakkan naskah² Al quran di kawasan perobohan bagi memfitnah PBT dan memburukkan kerajaan negeri Selangor..


Benarlah bagai di dakwa penduduk situ sebelum ini bahawa naskah² Al Quran sememangnya sudah dikeluarkan dari surau lebih Awal..


Demi nak mainkan isu agama, mereka sanggup letakkan Al Quran di kawasan timbunan serpihan bangunan sedangkan pada hari merobohkan bangunan langsung tiada Al quran di dalam surau tersebut.


Begitu dahsyatnya permainan dan propaganda pembangkang 


𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔

𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗡𝗔𝗛 𝗚𝗢𝗠𝗕𝗔𝗞

𝟬𝟭 𝗝𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟰


Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) melalui pihak pemaju telah melaksanakan tindakan pengusiran dan perobohan terhadap penempatan setinggan yang menceroboh tanah hakmilik PKNS yang dikenali sebagai Kampung Sri Makmur, Mukim Batu, Daerah Gombak pada 27 Mei 2024 sehingga 28 Mei 2024 berdasarkan perintah yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 14 Mei 2024. 


Pentadbiran ini telah bertindak untuk menugaskan pegawai dan anggota penguatkuasa bagi melaksanakan tugasan bagi membantu untuk mengawal keselamatan ketika operasi berlangsung seiring bersama anggota penguatkuasa daripada Pejabat Tanah Galian Selangor (PTGS), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Polis Diraja Malaysia (PDRM), agensi penguatkuasaan dan teknikal yang lain. 


Pada 27 Mei 2024, pihak Bailif daripada Mahkamah Tinggi Shah Alam yang melaksanakan tindakan pengusiran tersebut telah dihalang oleh penceroboh daripada memasuki tapak operasi, penceroboh telah dinasihatkan agar tidak menghalang pihak pelaksana untuk melaksanakan perintah pengusiran. Anggota penguatkuasa dan pihak PDRM telah bertindak untuk membuka halangan daripada penceroboh bagi memberi laluan kepada jentera pemotongan utiliti dan jentera perobohan untuk masuk ke tapak operasi dan keadaan dapat dikawal dengan baik.


Anggota penguatkuasa yang bertugas sentiasa mengikut prosedur serta tatacara kerja yang berkuatkuasa dan dipantau oleh pegawai yang bertugas untuk memastikan keseluruhan struktur yang terlibat dengan operasi termasuk Surau untuk dikosongkan sepenuhnya. 


𝗕𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴-𝗯𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻, 𝗻𝗮𝘀𝗸𝗮𝗵 𝗔𝗹-𝗤𝘂𝗿𝗮𝗻, 𝗔𝘆𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗻 𝗞𝗮𝗹𝗶𝗺𝗮𝗵 𝗦𝘂𝗰𝗶 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗮𝗽𝗮 𝗷𝘂𝗮 𝗯𝗮𝗵𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻𝗱𝘂𝗻𝗴𝗶 𝗮𝘆𝗮𝘁-𝗮𝘆𝗮𝘁 𝘀𝘂𝗰𝗶 𝗔𝗹-𝗤𝘂𝗿𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗮𝗹𝗶𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲 𝘁𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗲𝗹𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗿𝘂𝗴𝗶𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗽𝗲𝗺𝗶𝗹𝗶𝗸 𝘀𝘁𝗿𝘂𝗸𝘁𝘂𝗿 𝘀𝗲𝗿𝘁𝗮 𝗺𝗲𝗺𝗲𝗹𝗶𝗵𝗮𝗿𝗮 𝗸𝗲𝘀𝘂𝗰𝗶𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗵𝗼𝗿𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗞𝗶𝘁𝗮𝗯 𝗦𝘂𝗰𝗶 𝗔𝗹-𝗤𝘂𝗿𝗮𝗻. 


Pihak pemaju juga telah melantik pekerja-pekerja yang memakai safety vest bagi membantu pemilik struktur untuk memindahkan baki barangan yang masih ada di dalam struktur yang terlibat. 


Sepanjang operasi berlangsung, provokasi serta halangan dapat dikawal dengan baik. Namun, terdapat juga satu (1) insiden seperti yang telah tular di media sosial baru-baru ini, di mana empat (4) orang anggota penguatkuasa telah diserang oleh pemilik struktur yang terlibat dengan perobohan. Satu (1) laporan polis telah dibuat di IPD Gombak terhadap suspek dan ianya kini di bawah tindakan pihak PDRM selanjutnya.


Pada 28 Mei 2024, pihak Bailif dan pihak pemaju telah melaporkan bahawa keseluruhan struktur yang menceroboh tapak operasi telah dirobohkan sepenuhnya dan pentadbiran ini telah menamatkan tugasan kawalan keselamatan. 


Pentadbiran ini juga ingin menasihatkan kepada orang ramai agar tidak mempercayai dakwaan palsu seperti yang telah tular dan disensasikan baru-baru ini oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.


𝗣𝗘𝗡𝗧𝗔𝗗𝗕𝗜𝗥 𝗧𝗔𝗡𝗔𝗛

𝗚𝗢𝗠𝗕𝗔𝗞


 

INI ORANG HEBAT-PELAJAR MALAYSIA PERTAMA YANG DIANUGERAHKAN IJAZAH SARJANA (MA) HADIS KULIAH ULUM ISLAMIAH UNIVERSITI AL-AZHAR


Zamri Zainal Abidin






Khamis

30 Mei 2024

9.00 Pagi


Pejabat Atase Agama Kaherah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Saudara Muhammad Asyraf Muhammad Abdul Aziz yang telah dianugerahkan Ijazah Sarjana (MA) bidang Hadis dengan pangkat Mumtaz sebentar tadi. 


Beliau yang berasal dari Kuala Kurau, Bagan Serai Perak merupakan pelajar Malaysia yang pertama berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang di peringkat MA daripada Kuliah Ulum Islamiah Bagi Pelajar Antarabangsa, Universiti Al-Azhar semenjak kuliah ini ditubuhkan dan termeterai perjanjian dengan kerajaan Malaysia pada tahun 2008.


Saudara Asyraf telah memanfaatkan masa hampir 2 tahun 6 bulan bagi menyiapkan hasil kajian yang bertajuk : 


الأحاديث والآثار الواردة في كتاب مرشد الطلاب إلى الكريم الوهاب للإمام الشيخ علي بن أحمد  المليباري الشافعي المتوفى سنة ٩٢٨ ه تخريجا و دراسة من أول باب الأمر بالمعروف والنهي عن المنكر إلى آخر الكتاب.


Turut hadir dalam majlis yang sama, Encik Mohammed Tasyreef Mohamd Tarmizi, Pegawai Atase Pendidikan Perak, Encik  Muhamad Khairul Adli Ahmad Padli, Pembantu Atase Pendidikan Perak serta mahasiswa pasca siswazah yang lain.


Syabas diucapkan!



CIKGU INI KAPIRKAN ORANG. TOYAMATMIN PUNYA CIKGU.


 Mohd Fairul Al Qasas


Aku tak risau guru jadi pembangkang. 



Yang aku risaukan ialah apabila mereka berfikiran 'khawarij'


Bermudah-mudah dalam mengkafirkan harbi yang hukumnya wajib bunuh.


Individu ini perlu disiasat dan dibersihkan dari sistem pendidikan kita.


Fadhlina Sidek 

Saifuddin Nasution Ismail


Zamri Zainal Abidin




Jangan sombong dengan hanya segulung ijazah Al-A'liyah dari Al-Azhar wahai Azhari. Jangan sekali - kali menghina pencinta ilmu dan pencinta ulama', belum tentu ilmu anda miliki setanding dengan ilmu yang dia miliki. Sedarlah jika anda bangga sebagai lulusan Al-Azhar, yang berada di sisi Anwar Ibrahim itu adalah mahaguru di Al-Azhar, bahkan pernah menjawat jawatan Mufti Diyar Mesir. Prof. Dr. Ali Jumua'h, guruku bahkan mungkin guru anda juga.


Allahul Musta'an. Astaghfirullah Al-A'dzim. 

.


CIKGU SEKOLAH TU TAK SALAH PUN.. TANPA CIKGU TAK ADA PUN PEKERJAAN LAIN. TAPI KALAU SIKAP CIKGU GINI, MEMANG MEMANDAI DAN BERLAGAK. CUBA KPM BERLAGAK SIKIT DENGAN DIA.. BELAH SARAWAK SANA BANYAK LAGI KOSONG.

 

Jamzuri Ardani




Cikgu sekolah je pun ... pandai-pandai pulak nak harbi kan orang. Rosak anak bangsa ... pastu pertikai kenapa bangsa lain tak hantar anak masuk sekolah kebangsaan. 


Kalau macam ni otak cikgu yang ngajar ... saya pun seriau nak hantar anak belajar kat sekolah yang dia ngajar.



JANGAN BERLAGAK KALAU BALIK AL AZHAR- TAMBAH KALAU JADI USTAZ SAMPUL..


Zamri Zainal Abidin


 Jangan sombong dengan hanya segulung ijazah Al-A'liyah dari Al-Azhar wahai Azhari. Jangan sekali - kali menghina pencinta ilmu dan pencinta ulama', belum tentu ilmu anda miliki setanding dengan ilmu yang dia miliki. Sedarlah jika anda bangga sebagai lulusan Al-Azhar, yang berada di sisi Anwar Ibrahim itu adalah mahaguru di Al-Azhar, bahkan pernah menjawat jawatan Mufti Diyar Mesir. Prof. Dr. Ali Jumua'h, guruku bahkan mungkin guru anda juga.




Allahul Musta'an. Astaghfirullah Al-A'dzim. 

.



KENA KE PARTI WALAUN, JADI ISU KECIK.

 


RINGKASAN BERITA SEHARI DUA INI-MSO


 Ringkasan Berita Sehari Dua Ini.


SUAMI HANNAH YEOH DISIASAT


SUAMI Hannah Yeoh yang mengusahakan perkhidmatan percuma program Transit Responsif Atas Permintaan (DRT)di negeri Selangor cuba dikaitkan dengan rasuah. Perolehan atau tawaran projek berkenaan kononnya ada elemen rasuah.


Hannah Yeoh mengalu alukan siasatan terhadap suaminya agar orang ramai tahu kedudukan sebenarnya. Memanglah bila sudah heboh maka siasatan perlu dijalan apa lagi kalau ada maklumat terbaru disebalik pemberian projek berkenaan. Tiada ada perlindungan terhadap sesiapa yang melakukan kesalahan dalam negara ini hatta suami atau isteri vvip.


***


IBUBAPA ANAK AUTISME DIREMAN


Ibubapa seorang kanak kanak autisme ditahan polis dan disaat di bawah kanun keseksaan seksyen 302. Penahanan reman dan siasatan terhadap kedua orang tua Allahyarham Zayn Ryyan itu mengejutkan. Biarlah polis selesai menjalankan siasatan dan kita tunggu hasilnya nanti.


Kebenaran itu akan menjelma apabila hilang kebatilan, ia seperti kereta apai malam meskipun lewat ia tetap akan tiba di setesen terakhir.


***


KG SETINGGAN DIROBOH


Perobohan rumah setinggan di kampung Seri Makmur Gombak telah dimanipulasikan sebagai isu politik. Macam macam cerita disebalik tindakan kerajaan Selangor meroboh dan menghalau kira kira 21 keluarga yang menduduki tanah itu secara haram sejak berpuluh tahun lalu.


Pemanipulasi isu oleh pembangkang menyebabkan tindakan untuk kesejahtraan dan pembangunan negeri itu dianggap sebagai satu penganiyaan dan kezaliman. Orang kita berpolitik kadang kadang melewati batas kebenaran dan haq. Apakah politik masih lagi relevan di negara ini?


Cerita yang direkayasa kononnya perobohan itu turut sama tidak menghirau Quran disebuah surau berkenaan. Zalim sangatlah mereka yang melakukan pemusnahan itu sekiranya dia beragama Islam sampai tidak reti menghormati kitab suci? Benarkah apa yang dinukilkan itu?


***


OKU KENA PUKUL


Isu seorang OKU kena pukul oleh pengiring seorang Raja juga jadi hangat dan mendapat perhatian berbagai pihak. Pihak yang simpati dan hendak membela OKU berkenaan, seorang pemandu e-hailing, bertindak tanpa usul periksa secara semborono menyalahkan pengiring berkenaan. 


Yang pastinya walaupun sebiji batu itu boleh mengeluarkan haba ia tidak akan boleh mengeluarkan api jika tidak ada batu atau alat kedua yang melagakannya. Si pengiring itu tentu ada alasan untuk dia guna keegoaanya sebagai pengiring Raja untuk bertindak.


Disebalik kegedebelan si pengiring itu tentu juga ada salah driver e-hailing berkenaan, cuma siapa yang salah besar dan siapa yang salah sikit, itu yang tidak dapat dipastikan. Kecacatan seseorang bukan periority dia dilihat sebagai benar.


Kehangatan isu isu berkenaan kerana sensitif rakyat negara ini dalam semua hal. Sampah pun dilihat besar dan penting. Trims.



CHE IBRAHIM JAWAB WALAUN


Che Ibrahim Mohamad






1. Mengundi adalah perkara siyasi, bukan aqidah. Berbeza politik tidak membawa kepada perbezaan  agama sebagaimana yang berlaku antara dakwah Rasulullah saw dan gerakan Abu Jahal. 


2. Penentuan kafir zimmi dan kafir harbi adalah kuasa pemerintah dan ada kaitan dengan status kewarganegaraan. Dalam Islam, seorang yang diisytiharkan sebagai harbi oleh pemerintah, maka kerakyatan atau status kewarganegaraannya akan gugur, wajib di halau keluar. 


3. Jangan permainkan istilah zimmi/harbi berdasarkan ukuran parti politik. Pandangan orang kafir dianggap harbi bila lawan Pas dan menjadi zimmi bila bersama Pas adalah pandangan karut, sesat dan menyesatkan. 


p/s ambo adalah bekas Timbalan Pendaftar KIAS yang dipecat oleh Nik Amar



AMANAH TEMERLOH AKTIF BERKHIDMAT

 






Setiausaha Amanah Kawasan Temerloh , Azharie Sulaiman menyampaikan sumbangan kepada pelajar Maahad Tahfiz Al Amin Kg Berhala Gantang Temerloh.


Semoga sumbangan ini dapat memberi manfaat kepada pelajar Maahad Tahfiz.


#proamanah 

#MalaysiaMadani



TAHNIAH PDRM

 

Che Ibrahim


Ambo tabik spring kepada ##PDRM atas kegigihan pasukannya menyiasat kes pembunuhan Zayn Rayyan sehingga kedua ibu bapanya sendiri direman. 






Amat jauh bezanya dengan kes pembunuhan waris ambo, Wan Ahmad Faris, pelajar Maahad Tahfiz Kok Lanas kira kira 10 tahun yang lalu. Cepatnya pihak polis buat kesimpulan sebagai kematian mengejut dan tidak ada apa apa tangkapan walaupun Mahkamah Koroner memutuskan kematian pelajar ini adalah disebabkan dibunuh oleh seseorang yang masih bebas.


Sehingga sekarang hati kecil ambo masih tertanya tanya siapa di sebalik pembunuhan ini sehingga tidak ada satu siasatan yang serious???



TAK BERANI NAK LAKSANAKAN. HANYA PMX TEKAD UNTUK KEBAIKAN RAKYAT

 


MANA MINYAK MASAK ? JANGAN LUPA PULAK RAKYAT ANGKAT BENDERA PUTIH. RAKYAT TAK LUPA INI.


 

PANDAI PUAK PUAK NI. SEWA BUTA BUTA PADA WARGA ASING.


 

PEMBOHONGAN PN ISU RUMAH


 

HUDUD BUKAN KEUTAMAAN.


 

PRK SG BAKAP ..DENGAR APA KATA DIA NI.JANGAN PERCAYA PUAK PUAK YANG HANYA PANDAI BERJANJI.


 

Adakah PAS hanya Sesumpah dan Tikus Hamster?





✍️ Saiful Nizam


Kita sering lihat PAS sebagai parti yang sering berubah-ubah pendirian seperti sesumpah yang menukar warna mengikut persekitaran. Ini menimbulkan persoalan, adakah PAS benar-benar mempunyai prinsip atau hanya menyesuaikan diri demi kepentingan politik semata-mata?


Selain itu, tindakan PAS yang sering lupa pendirian sebelum ini mengingatkan kita kepada tikus hamster yang mempunyai daya ingatan hanya selama 3 saat. Setiap kali isu baru timbul, pendirian lama PAS seperti dilupakan begitu sahaja.


Sangat menghairankan apabila melihat PAS dan penyokong mereka menyalahkan Kerajaan Perpaduan terkait isuu saham MAHB dan BlackRock. Kenapa mereka begitu cepat melontarkan tuduhan tanpa menyelidik fakta sebenar?


Mari kita ingatkan kembali, Tuan Guru Hadi Awang sendiri pernah berkata bahawa tidak mengapa untuk bekerjasama dengan Yahudi. Bagaimana boleh ada double standard di sini? Jika dahulu dikatakan tidak salah bekerjasama dengan Yahudi, kenapa sekarang Kerajaan Perpaduan pula dipersalahkan?


Adakah ini contoh hipokrasi yang jelas dari PAS? Rakyat perlu celik dan tidak mudah terpedaya dengan retorik politik yang tidak berasas. Kita perlukan pemimpin yang jujur dan berprinsip, bukan yang cakap tak serupa bikin.


Rakyat memerlukan pemimpin yang teguh dan konsisten dengan prinsipnya, bukan yang mudah berubah bagaikan sesumpah dan pelupa bagaikan tikus hamster.


#RakyatBijak #KekalPerpaduan



CIKGU GPK CHINI SEKOLAH KUTUK PMX DAN HILANG DARI RADAR. MINTA KPM SIASAT PERBUATAN INI.

 

HILANG LAGI









Tadi ada siapa entah buat posting tunjukkan komen ‘Zuhaidi Mat Yusoff’ kat posting Berita Harian.


Saya pun ‘ss’ komen tu dan pergi ke akaun si Zuhaidi tu dan ‘tampal’ komen dia tu.


Tak sampai 3 minit… bila cari balik akaun dia.. tak jumpa dah ( kena block) 🤣🤣🤣 

Tau Takut …



KALAU TAK BENAR, KENAPA DIBIARKAN.


La Jo Ir

 Kalau lah benar, apa yang di tulis? minta pihak berwajib ambil tindakan sewajarnya pada mereka yang terlibat membuat fitnah,, 3 kali notis telah di keluarkan dari tahun 2016, 80% penduduk adalah pati (pendatang asing) yang menyewa disetinggan tanah hak milik kerajaan negeri, boleh pergi ke page dibawah ada kenyataan dari mereka yang terlibat berada ditapak ketika runtuhan dilakukan, bukan boleh suka-suka nak robohkan, ada sop  yg perlu diikuti, bkn datang terus roboh aje..




JAGA JAGA.. PAS NAK CUNGGIT DAH

 

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, seramai 25 Ahli Parlimen dan 58 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) telah menandatangani surat menyatakan kesetiaan kepada parti tersebut.



“Terima kasih saya ucapkan kepada Jawatankuasa Khas Bersatu yang bertungkus-lumus menyempurnakan Arahan Khusus Majlis Pimpinan Tertinggi ini secara tertib dan teliti, menepati segenap lunas undang-undang.


“Adalah diperingatkan bahawa mengikut Fasal 10.4 Perlembagaan Bersatu, ketidakpatuhan wakil rakyat Bersatu terhadap apa-apa arahan dikeluarkan Majlis Pimpinan Tertinggi adalah disifatkan terhenti keahliannya dari parti secara serta-merta,” menurut kenyataan tersebut.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews



HABIS AZMIN PEGANG QURAN TU BERLAKON KA APA?

 


Ini komen yang aku jumpa. Katarnya 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗻𝗮𝘀𝗸𝗵𝗮𝗵 𝗮𝗹-𝗤𝘂𝗿𝗮𝗻 dari surau di Kg. Seri Makmur telah dibawa keluar sebelum kerja-kerja perobohan dimulakan.



Kalau komen ini benar, jadi naskhah apa yang dikutip oleh Azmin dan konco-konconya 𝗱𝗶 𝗰𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗿𝘂𝗻𝘁𝘂𝗵𝗮𝗻 𝗶𝘁𝘂? Apalah itu semua sekadar lakonan? Fitnah?


Kalau betul fitnah, memang teruk sangat rosak akhlak Azmin dan pemimpin PN. Sampaikan 𝗮𝗹-𝗤𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗽𝘂𝗻 𝗱𝗶𝗷𝗮𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵. Mana iman mereka? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.