222 ahli parlimen perlu tampil, redakan keresahan rakyat



 

Pengampunan separa dan pengurangan denda terhadap hukuman Najib Razak telah mengundang keresahan rakyat dan menghantar isyarat salah kepada dunia bahawa Malaysia berkompromi dengan rasuah.

Rakyat mula rasa terbeban dengan implikasi pengurangan denda apabila pembayaran hutang  1MDB tetap perlu dilangsaikan sehingga 2039 sedangkan krisis ekonomi negara belum lagi pulih sepenuhnya dan ramai masih bertarung untuk ‘survival’ pada waktu ini.

 Ahli-ahli Parlimen adalah pemegang tonggak kuasa legislatif iaitu salah satu cabang kerajaan dan berhak memantau keadilan melalui peruntukan yang termaktub di dalam sistem perundangan.

Sebagai cabang yang berperanan membuat dasar dan undang-undang, ahli-ahli parlimen diberi kepercayaan oleh rakyat untuk melakukan semak dan imbang berdasarkan hak yang dibenarkan oleh Perlembagaan demi mengelakkan bahaya ‘tyranny’ dan ‘despotisme’ yang boleh mencemarkan demokrasi di negara ini.

Tanggungjawab ini harus terus berlangsung untuk merungkai kecelaruan dan kekecewaan rakyat pada hari ini; justeru, penjelasan yang konsisten dan jitu amat diperlukan.

Kuasa legislatif berfungsi untuk memperbaiki sebarang kelompongan undang-undang dengan segera agar prinsip equality before the law dapat diterjemahkan dengan lebih efisien demi kesejahteraan rakyat.

Sebagai pendukung mandat rakyat, wakil rakyat diharap bangkit dengan penuh amanah dan keprihatinan yang berpaksikan kompas moral dan etika untuk memastikan jurang ketidaksetaraan dikecilkan, perpecahan dielakkan dan  kedaulatan undang-undang negara dipertahankan habis-habisan.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran

·         Become an Aliran member

Tel: 04-658 5251 email: aliran.malaysia@yahoo.com

Nilai dan tamadun peradaban keadilan hanya dapat dinikmati oleh seluruh rakyat apabila kedaulatan undang-undang dijunjung tanpa gentar atau pilih kasih dengan kewibawaan dan ketegasan penentangan setiap ahli parlimen terhadap rasuah dan kleptokrasi melalui sistem perundangan yang diteliti, digubal, dipantau dan dihormati tanpa kompromi. – Rasuah Busters

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama

1.     Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat

2.     Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar

3.     Raikan kerencaman dan keterangkuman

4.     Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang

5.     Lawan rasuah dan kronism

 

‘HUBUNGAN DINGIN MUHYIDDIN-HADI, PN AKAN TERKUBUR’

 



Bibit hubungan dingin antara Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dan Presiden Pas Hj Hadi Awang menimbul spekulasi Perikatan Nasional (PN) bakal menghadapi masalah besar pada bulan bulan mendatang.

Memburukkan lagi masalah itu, menurut penganalisis politik, keputusan 6 Ahli Parlimen Bersatu yang secara terbuka menyokong pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim seolah olah ‘mencurah minyak ke dalam api’ kepada masalah hubungan sesama komponen PN tersebut.

Bagi Ketua Cabang KEADILAN Kuala Terengganu, Azan Ismail, hubungan dingin berkenaan adalah bibit awal perpecahan yang bakal melanda PN.

Katanya, PN mungkin mengulangi nasib Muafakat Nasional (MN) yang berkubur menjelang Pilihan Raya Umum 2022 lalu.

“Melihat keadaan politik pembangkang yang tidak stabil, bertelagah sehingga 6 Ahli Parlimen Bersatu buat pendirian menyokong Perdana Menteri secara terbuka, jadi memang (dirasakan) akan cepat terbubar gabungan (PN) itu,” katanya kepada Suara Keadilan.

Bahkan Azan juga yakin keretakan yang semakin jelas itu bakal membubarkan kerjasama Bersatu-Pas lebih cepat berbanding kerjasama bersama Semangat 46 (S46) dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang disertai Pas pada 1990an lalu.

“Saya lihat Perikatan Nasional (PN) akan terkubur lebih cepat berbanding S46 (APU), kerana mereka (APU) tidak bertelagah secara terbuka.

“Namun keadaan itu berbeza dengan PN yang sekarang ini mula bertelagah secara terbuka, dan saya yakin rakyat akan hilang kepercayaan kepada mereka. Maka lagi cepat gabungan itu terbubar,” ujarnya.

Sebelum ini, menurut sumber FMT, hubungan dua pemimpin pembangkang Hj Hadi dan Muhyiddin kian goyah terkait kegagalan Pas menampilkan Naib Presiden Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai calon perdana menteri, selepas Muhyiddin tidak meneruskan hasrat berundur pada pemilihan parti tahun lalu.

Dakwa portal itu, kedudukan blok PN semakin rapuh ekoran keputusan Hj Hadi tidak hadir ke mesyuarat PN, sebaliknya diwakili Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man.

Keadaan itu sedikit sebanyak mirip kepada situasi Muafakat Nasional (MN) yang dianggotai UMNO-Pas, apabila Hadi tidak lagi menghadiri mesyuarat yang akhirnya menguburkan kerjasama itu.




KURANG HARGA KERETA: SUASANA KEWANGAN SUDAH TIDAK MENGIZINAN



 Negara terlepas untuk melaksanakan polisi mengurangkan harga kereta melalui penurunan cukai eksais sedekad lalu.

Menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yang mula terkenal di persada politik tanah air sedekad lalu dengan kempen pengurangan harga kereta, suasana ekonomi semasa tidak lagi mengizinkan polisi berkenaan dilaksanakan.

Katanya, pada tahun 2020 atau 2011, perbelanjaan dan hutang negara tidak sebanyak sekarang yang mencecah RM1 trilion.

“Kita juga tahu cukai eksais setinggi 85% – 100% dan pada 2010 kita dapat RM11 bilion cukai kereta.

“Pada ketika itu, bila kita mula nak mengurangkan cukai eksais dan kita tumpu kepada hasil yang lain dalam keadaan sumber pendapatan dan kedudukan kewangan tidak meruncing seperti sekarang, ia (pengurangan harga kereta) boleh dilaksanakan,” katanya dalam siaran podcast bertajuk, “Yang Bakar Menteri EP 1”.

Keadaan pada waktu ini pula, kata Rafizi, tidak membolehkan dipertimbangkan polisi sedemikian rupa kerana dengan kehilangan hasil cukai eksais RM10 bilion negara tidak mampu menggantikannya dengan hasil lain.

“Dalam keadaan perbelanjaan dah dikunci, kita boleh kurangkan harga keretaa tetapi kita kena potong benda lain. Subsidi dulu RM5 – 6 bilion sekarang RM80 bilion, kita kena potong.

“(Dalam hal ini) perkara yang boleh kita struktur semula dahulu tetapi kita tak buat, jadi keputusan itu sukar untuk kita buat dalam kekangan kewangan sekarang,” katanya.

Selain itu, tegas Rafizi, pengurangan harga kereta juga tidak sesuai dengan keadaan rizab minyak negara yang tidak bertambah dan ekonomi dunia pula telah beralih arah kepada pematuhan dasar ekonomi hijau dan tenaga boleh diperbaharui dengan mengutamakan penggunakan kenderaan elektrik.

“Ke hadapan kita akan berhadapan suasana ekonomi kepatuhan perlepasan karbon, kita berdepan keadaan lebih sesuai untuk galakkan pengunaan kenderaan elektrik (EV).

“Orang tanya apa sibuk sangat kepada EV. Dia bukan semata mata perlepasan karbon dan green economy tetapi kita akan sampai satu masa yang mana kita akan mengimport petrol. Jadi kalau masa sekarang kita galak pembelian kereta murah yang melonjakkan penggunaan petrol, kita akan hadapi masalah.

“Saya rasa sebab itu bila dibandingkan sesuatu 10 – 12 tahun lepas. Apabila sesuatu perkara untuk kebaikan rakyat boleh dibuat serta merta maka jangan tangguhkan kerana konteksnya, parameter dan suasana akan berubah dari satu zaman ke satu zaman,” katanya.

Pengurangan harga kereta dijadikan mainan oleh laskar siber pembangkang terutama apabila membuka semula manifesto pilihanraya Pakatan Rakyat pada 2013. Tanpa mengambil kira perkembangan semasa laskar siber pembangkang mempersoalkan mengapakah polisi tersebut tidak dilaksanakan selepas berkuasa.



Rakyat menuntut reformasi 100% sekarang, kerajaan jangan berdalih lagi


 

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) bersama rakan-rakan dari pertubuhan masyarakat sivil, gerakan anak muda serta gerakan mahasiswa dan rakyat hari ini ingin meluahkan kekecewaan dan kemarahan berhubung perkembangan mutakhir pelaksanaan agenda reformasi di negara ini.

‘Anugerah’ perlepasan tanpa pembebasan dalam kes rasuah membabitkan para elit politik sehinggalah kepada kemuncak pengurangan hukuman terhadap bekas Perdana Menteri Najib Razak telah menyemarakkan api kemarahan rakyat.

Ditambah pula dengan kegagalan pihak kerajaan untuk bersikap telus mengenai saranan yang diajukan kepada Lembaga Pengampunan, hal ini menunjukkan bahawa hak rakyat untuk mengetahui perkara sebenar tidak dihormati.

Ini seolah memberi gambaran bahawa janji dan komitmen reformasi termasuk untuk membanteras rasuah dan pelakunya tidak lebih hanya sekadar menjadi halwa telinga semata-mata.

Situasi ini mengisyaratkan bahawa rakyat tidak lagi boleh berdiam diri membiarkan agenda reformasi institusi dan reformasi politik negara tersasar.

Susulan perkembangan terkini dalam kes Najib Razak, kekhuatiran paling utama adalah sekiranya mandat rakyat yang berbaki empat tahun untuk kerajaan sedia ada akan berlalu secara sia-sia, tanpa sebarang pelaksanaan perubahan struktural yang positif membabitkan aspek pilihan raya, agenda melawan rasuah, serta agenda reformasi institusi yang lain.

Bersih menegaskan, negara kita Malaysia kini sedang meniti tempoh genting proses transisi pendemokrasian yang mewajibkan semua pihak untuk senada merealisasikan agenda Reformasi 100% ini.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran

·         Become an Aliran member

Tel: 04-658 5251 email: aliran.malaysia@yahoo.com

Justeru, Bersih bersama rakan-rakan NGO, gerakan anak muda dan mahasiswa akan menggerakkan semula rakyat dan akar umbi untuk memberikan penerangan tentang perkembangan agenda reformasi ini menerusi beberapa tindakan dan aksi dalam masa ke hadapan.

Bersih tidak teragak-agak untuk menggerakkan rakyat turun semula ke jalanan sebagai bahasa yang mudah difahami oleh mereka yang sedang enak diulit kekuasaan tanpa menghiraukan harapan rakyat menerusi pelbagai dalih untuk tidak bersama mendukung agenda reformasi.

READ MORE:  Attorney general, why DNAA and not postponement?

 

Gerakan rakyat ini mendesak kerajaan melaksanakan agenda Reformasi 100% tanpa kompromi!

“Sekali rakyat bersuara dan bertindak, tiada tangan menahan ombak.” – Usman Awang

Hidup rakyat! Lawan korupsi! Pertahankan demokrasi!

#Reformasi100Peratus – Bersih

 

TAK KAN LAH S/U JA KENA SIASAT TANGKAP DAKWA...MESTI BOSS BOLEH JUGA NANTI TU KENA SIASAT.


 

MADE IN THAILAND...YIDDIN NAK KE BANGKOK


 

KEH..KEH..KEH...PENGIKUT TAK SEKOLAH


 

DIGELAR BAPA AYAM,,TAPI PEMINAT SANJUNG


 

HAAA..PATUT ATAIH BANGGUNAN TU...



 Hahahaha... Ye jugak kan? Elok sangat kalau buat solat hajat kat bangunan AKSB tu. Sebab masalah air ni dah berlarutan lama sangat.


Ataupun buat di mana-mana loji rawatan air pun boleh. Mana tahu lebih mustajab bila.buaf di mana masalah tu bernula.


Jalau susah sangat, buat je di masjid biar kerajaan yang layak ganti kerajaan yang ada. Itu yang paling elok. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



ASP DAN SARJAN DISYAKI MENYAMUN





Sarjan berusia 36 tahun itu ditahan pada Sabtu selepas pihak kami menerima laporan daripada mangsa yang merupakan penjawat awam pada hari yang sama, manakala pegawai berpangkat ASP berusia 42 tahun ditahan keesokannya. 


Mangsa yang berusia 34 tahun di dalam laporannya mendakwa dibawa secara paksa oleh kedua-dua suspek ke sebuah stesen minyak di Gong Badak untuk mengeluarkan RM5,000 daripada mesin ATM di situ, sebelum menyerahkan RM150 lagi kepada kedua-duanya




BILA BANYAK TELAN SEMUT-PEKERJAAN YANG MEMEMERLUKAN KEPAKARAN TINGGI SEKIRANYA TIDAK DIISI OLEH RAKYAT TEMPATAN





 Sekali lagi budak mentah ni guna perkataan jargon ad hominem. Aku tak pasti kalau dia sendiri faham apa makna ada hominem sampaikan post Nazri Hamdan pun dia nak kata ad hominem.


Isunya bila Tengku Zafrul berkata pelajar asing yang tamat pengajian di universiti di Malaysia dibenarkan untuk bekerja bagi mengisi lompong dalam bekalan tenaga mahir dalam bidang berteknologi tinggi.


Yang kena tekankan di sini, bidang berteknologi tinggi. Bukan semua bidang. Keduanya, mereka boleh bekerja hanya jika tiada orang tempatan yang boleh mengisi kekosongan jawatan tersebut.


Dia dok cerita ramai anak muda bergelut cari kerja. Mungkin betul ada yang bergelut cari kerja tapi adakah kelulusan mereka itu dari bidang yang dicari syarikat pelabur? Itu soalan yang perlu ditanya.


Ambil contoh, pekerja diperlukan dalam bidang cyber security. Contoh je ni. Tapi graduan yang menganggur sekarang ini tiada yang berkelulusan dalam bidang tersebut. Yang ada lulusan perhotelan. Apa syarikat tu nak ambil mereka bekerja?


Contoh lebih mudah, kita nak cari pemandu. Tapi calon yang datang terdiri dari tukang kebun, tukang masak, tukang rumah dan semua tak ada lesen. Boleh ke kita gajikan mereka sebagai pemandu?


Jika syarikat ini tak dapat pekerja yang mereka mahu, maka pilihan yang pelabur ini ada adalah mengambil tenaga mahir dari luar. Kos lebih tinggi. Atau, lebih mudah, pindahkan operasi ke negara jiran yang boleh sediakan bakat yang mereka perlu.


Dalam keadaan itu, kita rugi untuk jangkamasa yang panjang. Bukan kerajaan saja yang rugi. Rakyat juga akan rugi. Maka untuk mengelakkan pelabur ini dari lari, kita kena bantu mereka dapat apa mereka mahu.


Masalah kita dengan remaja kita. Ramai yang tak tahu apa tawaran kerja yang ada di luar sana. Kalau tanya anak sekolahan, cita-cita mereka tak lari dari jadi engineer, arkitek, doktor. Tak pun polis, guru, tentera. Ramai yang tak tahu kerja selain itu.


Kita boleh atasi isu ini dengan didik anak-anak tentang kerjaya baharu. Tapi itu akan memakan masa. Nak tunggu mereka tamat belajar, berapa lama masa yang diperlukan?


Di situ datang idea ini. Pelajar asing yang ambil kursus tertentu, boleh dibenarkan isi kekosongan sementara rakyat kita mula mengambil tempat di universiti. Itu pun dengan syarat, tidak ada rakyat Malaysia yang layak mengisi kekosongan tersebut.


Satu lagi masalah ialah remaja kita tak minat belajar. Bahkan ada yang terang-terangan kata SPM tak ada harga. Baik jadi influencer di media sosial. Ini masalah lagi berat. Jadi siapa yang nak kerja nanti?


Macamana anak muda kita nak belajar kalau yang jadi timbalan menteri dulu pun boleh promote mat rempit jadi ikon. Budak muda pun tengok, eh baik la jadi mat rempit, at least boleh jadi ikon nasional.


Aku pernah kata pembangkang kita ni bodoh. Kerjanya nak lawan kerajaan je. Macam tak ada cita-cita nak jadi kerajaan balik. Benda macam ni, macam subsidi bersasar, penghapusan pencen, semua ni memang perlu dan tak boleh elak.


Patutnya pembangkang sokong kerajaan. Jelaskan kepada rakyat. Biar nanti bila diorang jadi kerajaan pula, benda ni dah dilaksana. Tak payah nak fikir lagi.


Tugas pembangkang pastikan benda ni dilaksanakan dengan betul, tak ada penyelewengan. Kalau ada baru highlight dan jadikan isu. Tapi tak. Semua nak dibuat isu politik. Kan merugikan.


Nampak sangat pembangkang sekarang ni tak pandai mentadbir. Kalau PN jadi kerajaan, dengan cara yang dibuat sekarang, aku yakin 100% negara akan hancur. Sebab bodohnya sangat tak bertebing. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


TAK LAMA LAGI PENYOKONG2 NAJIB PUN AKAN BERUBAH JADI BAIK, MEREKA BIMBANG JUGA BERSATU GANTI UMNO

 

Dalam kes pengurangan hukuman yang diterima Najib Razak daripada Lembaga Pengampunan, jika kita teliti, yang paling banyak mempertikaikannya ialah penyokong-penyokong bekas Perdana Menteri itu.

Di antara mereka itu, ada yang berkedudukan dalam kerajaan serta memegang jawatan agak penting dalam UMNO Pusat.

Mereka mempertikaikan dan tidak puas hati kerana berharap Najib diberi pengampunan penuh dan boleh bebas dengan serta merta.

Tentulah harapan seterusnya agar Najib boleh kembali bertanding di Pekan supaya lebih senang untuk dicanang sebagai Perdana Menteri masa depan.

Selain membandingkan dengan pengampunan Anwar Ibrahim dulu, ada juga yang seperti menyalahkan Perdana Menteri, konon tidak membantu untuk membebaskan Najib.

Sebahagian yang lain pula menyalahkan Zahid Hamidi, juga kononnya kerana tidak memberi tekanan kepada cukup kuat kepada Anwar bagi pengampunan Najib itu.

Sepatutnya, penyokong-penyokong Najib tidak mengeluh, marah atau kecewa kerana mana pernah ada banduan selama ini yang dijatuhi hukuman 12 tahun penjara, tetapi hanya setelah setahun lebih menjalani hukuman, tempohnya sudah dikurangkan sebanyak 50 peratus, manakala dendan diberi diskaun 76 peratus.

Beli barang sewaktu mega sale pun tak dapat diskaun sebanyak itu.

Untuk itu, bersyukurlah.

Tetapi, mereka yang menyokong PH, walaupun ramai yang berasa kecewa dengan pengurangan hukuman tersebut lantaran merasakan belum masanya lagi untuk Najib diberi sama ada pengurangan hukuman, apa lagi pengampunan penuh, apa yang dikehendaki hanyalah alasan atau sebab hukuman itu dikurangkan.

Mereka secara umumnya sedar keputusan Lembaga Pengampunan adalah hak serta budi bicara Yang di-Pertuan Agong.

Cuma, kata mereka, kalau keputusan boleh dibuat, takkan memberi sebab mengapa keputusan tersebut diambil tidak boleh dijelaskan secara terbuka kepada rakyat jelata.

Begitu pun kali ini, reaksi pemimpin PKR dan Amanah agak perlahan dan hampir-hampir tidak kedengaran dalam isu Najib ini.

Jika dulu Rafizi Ramli, Saifuddin Nasution Ismail, Shamsul Iskandar Mohr Akin, Mohamad Sabu dan lain-lain – sebagai contoh – dilihat begitu sensitif dengan nama Najib dan akan tampil memberi respon jika ada sesuatu isu timbul mengenai sosok itu, kali ini ramai yang jadi rindu dengan suara mereka.

Kata seorang teman, baik hati hati betul PKR dan Amanah kali ini, boleh beri markah terpuji.

Agaknya mereka terlalu ingin menjaga hati UMNO dan takut parti itu menarik sokongan, lalu kerajaan tumbang di tengah jalan.

Ada juga yang bersuara keputusan Lembaga Pengampunan itu memperlihatkan kebijaksanaan kerajaan dalam menangani isu Najib dengan ungkapan manis – menerima mudarat kecil bagi menolak mudarat yang lebih besar.

Kononnya, jika Najib diampun penuh, pasti lebih ramai penyokong PH dan rakyat berasa marah, tetapi jika ditolak pula, UMNO akan terlebih marah.

Maka, sebagai jalan tengah kononnya, diberikanlah pengampunan separuh dari segi hukuman penjara dan pengampunan 76 peratus dalam denda.

Yang ada bersuara dalam PH hanyalah beberapa pemimpin DAP yang nampaknya kekal bertahan menolak skandal 1MDB, itu pun Anthony Loke membisu juga.

Benarkah kerajaan akan tumbang jika pengampunan Najib ditolak?

Secara matematiknya, UMNO tidak mungkin berani menarik sokongan dan keluar daripada kerajaan.

Pertama, kerana jika UMNO dan BN (30 Ahli Parlimen) berbuat demikian, kerajaan yang kini disokong 154 Ahli Parlimen sama sekali tidak tumbang.

Sebaliknya, UMNO yang akan melopong.

Lagi pula, UMNO adalah parti yang sudah biasa dengan kuasa dan menjadi kerajaan.

Tanpa berada dalam kerajaan, UMNO akan menjadi seperti lelaki yang kematian bini.

Mudah kata, tak mungkin UMNO tinggalkan kerajaan ini, lagi pun Zahid Hamidi tidak terkesan apa-apa dengan Najib tidak diberi pengampunan penuh.

Yang kedua, jika UMNO meninggalkan kerajaan, tidak mustahil yang datang mengganti ialah Bersatu.

Kalau Anwar boleh menerima enam Ahli Parlimen Bersatu yang berdada lapang memberi sokongan, tentulah tiada masalah juga untuk beliau menerima jika kesemua Ahli Parliemen parti itu sudi untuk bertandang.

Ini politik, di celah mana pun di dunia ini, yang dikejar lalah kuasa dan bagaimana untuk menjadi atau berada sebagai sebahagian daripada kerajaan.

Sebagaimana Anwar akan berusaha mengekalkan kuasa, yang lain-lain pula sentiasa mengintai ruang untuk bersama.

Silap-silap dengan Pas sekali akan meluru masuk mengukuhkan kerajaan.

Sebab itu, dalam kes Najib ini, baik Bersatu mahu pun Pas, mereka juga sama seperti PKR dan Amanah, begitu baik hati dan berkelakuan terpuji.

Tak lama lagi, penyokong-penyokong Najib pun sama, terutama yang ada sedikit sebanyak laba dan jawatan dalam kerajaan, kelakuan mereka pun jadi baik dan terpuji juga. – ShahbudinHusin 07/02/2024.

 

PM umum Yang Dipertua Dewan Negara baharu sebelum Mac




Oleh: Helmi Mohd Foad



Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu bagi menggantikan Tun Dr Wan Junaini Tuanku Jaafar akan diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat.



Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, kekosongan jawatan tersebut telah dimaklumkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini.



"Nama telah dicadangkan dan terserah kepada Perdana Menteri untuk umumkan sebelum sidang Dewan Negara yang dijadual pada pertengahan Mac ini," katanya dalam sidang akhbar pasca mesyuarat Kabinet di Putrajaya hari ini.



Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan bagaimanapun enggan mendedahkan latar belakang bakal Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu termasuk dari parti mana.

Jawatan Yang Dipertua Dewan Negara kosong apabila Wan Junaidi dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak kelapan bagi tempoh empat tahun bermula 26 Januari 2024 hingga 26 Januari 2028.



Beliau menggantikan Tun Abdul Taib Mahmud yang menyandang jawatan itu selama tiga penggal bermula 1 Mac 2014.



Berdasarkan Takwim Penggal Ketiga Parlimen Kelima Belas 2024, sidang Dewan Rakyat dijadual berlangsung pada 26 Februari ini dengan Titah Diraja daripada Istiadat Pembukaan Penggal Parlimen.



Sidang disambung pada 18 Mac dengan Usul Menjunjung Kasih dan Perbahasan Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang berjalan serentak sehingga 4 April.

 

RENTASAN 1542 | ISU PENGAMPUNAN NAJIB: INI AMARAN TERAKHIR PMX BUAT PEMI...







MENARIK DALAM RENTASAN 1542
1. ANTARA IHSAN, BELAS IHSAN DAN MERCU KEIHSANAN 2. MUDAH DIBICARAKAN TAPI TIDAK MUDAH DIAMALKAN 3. TOLONGLAH JANGAN KUAT SANGAT MENJILAT


MUHYIDDIN NAK ELAK PERBICARAANKAH MINTA PASPORT NAK PERGI BANGKOK??

[TERKINI] PENDEDAHAN TERKINI 16 MP PN BERSATU AKAN SOKONG KERAJAAN DARI ...



Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal kini mendakwa 16 ahli parlimen dari Bersatu menjelang hujung bulan ini.
“Sebelum ini, saya beritahu bahawa lebih dari 10. Kini angka tersebut telah meningkat kepada 16. Kita tunggu dan lihat samada lebih ramai akan menyokong,” kata beliau selepas program Jualan Rahmah di Changkat Jering, Perak. Ahli parlimen Tanjung Karang Datuk Dr Zulkafperi Hanapi ialah wakil rakyat Bersatu keenam yang mengisytiharkan sokongan kepada AnwaR.




HEBAT- 6 JUTA TONTONAN


 

KAYA SANGAT PUN SUSAH


 Hidup ini kaya sangat pun susah, kalau miskin pun susah. 



Apa saya notis ialah untuk hidup tenteram dan berbaraqah terutamanya di usia senja, harta dan kewangan perlu cukup, tak lebih dan tak kurang. 


Kalau lebih pun susah dan kurang pun susah. 


Bagaimana mahu tahu harta kita sudah mencukupi? 


Ianya apabila kita mudah bersedekah di mana tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanannya


Wallahua'llam.


*****************

Polis mengesahkan bahawa bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Abdul Taib Mahmud, yang didakwa diculik dari sebuah hospital oleh isterinya pada Sabtu lalu, masih berada di negara ini.


Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak, Mancha Ata, Taib kini berada di kediaman peribadinya di Kuching.


“Tun di rumahnya di Kuching,” katanya menerusi mesej pesanan ringkas, malam tadi.

Mancha turut berkata siasatan polis berhubung kejadian itu masih diteruskan, tetapi enggan mengulas lanjut.


Pada lewat petang Sabtu lalu, Taib yang dilaporkan sedang dirawat di unit rawatan rapi Pusat Pakar Perubatan Normah di Kuching, didakwa telah diculik oleh isterinya Raghad Kurdi.


Menurut laporan polis yang dibuat oleh doktor, Raghad didakwa telah mencabut peralatan perubatan yang dipasang di tubuh Taib tanpa memaklumkan kepada hospital.

Dia kemudian diletakkan di atas sebuah kerusi roda dan dibawa keluar dari hospital.


Gambar Hiasan - Taib bersama isterinya, Raghad Kurdi

Laporan polis kedua kemudiannya dibuat oleh ahli keluarga lain pada Ahad lalu berdasarkan laporan pertama itu.


Menurut laporan polis kedua, tiada seorang pun daripada adik-beradik atau empat anak Taib dimaklumkan tentang keberadaan dan keadaan kesihatannya.


Mancha dalam satu kenyataan pada Isnin mengesahkan bahawa polis sedang menyiasat laporan mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan iaitu atas kesalahan perbuatan cuai sehingga membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain.


Susulan itu, Raghad mengeluarkan kenyataan di akaun Instagramnya menafikan dia membawa Taib keluar dari hospital, bertentangan dengan nasihat doktor.


Katanya, perkara itu tidak benar dan mendakwa dia boleh membuktikannya, iaitu menerusi nota tulisan tangan jururawat.


Taib menjadi ketua menteri Sarawak sejak 1981 hingga 2014 sebelum dilantik menjadi Yang di-Pertua Negeri. Dia sepatutnya memegang jawatan itu sehingga akhir bulan ini.

Namun, tempoh perkhidmatannya dipendekkan selepas pelantikan bekas Yang di-Pertua Dewan Negara Wan Junaidi Tuanku Jaafar ke jawatan itu.


Tahun lalu, salah seorang anak Taib, Sulaiman Abdul Rahman memfailkan injunksi bagi menghalang saham dalam syarikat swasta dipindahkan ke ibu tirinya, Raghad.



JALAN JALAN DI PENANG





Joshua Woo


 Dah pi jalan-jalan kat Gurney Bay? 

Menariknya pemandangan pada waktu

 malam✨




KATA KESAT, PEMBULI CYBER...

 MENANGANI PEMBULI SIBER.





Che Ibrahim


Sudah sampai masanya pengguna pengguna FB dan lain lain media sosial menggunakan hak mereka dengan membuat laporan polis dan SKMM bagi menangani pembuli siber ini.


Akhir akhir ini semakin kuat kata kata kesat, sumbang, jelik dan lucah dengan niat untuk menyakiti hati atau menganggu orang lain dengan mudah ditulis dan disebar terutama melalui applikasi FB, whatsaap dll seolah olah ianya menjadi tabiat Dan budaya orang melayu terutama dari kalangan mereka yang mengaku terlebih Islam. 


Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 (Akta 588) telah memperuntukkan perbuatan "buli siber" ini adalah satu kesalahan dan perlukan tindakan bersama bagi menjaga kehormonian Dan ketenteraman pengguna media sosial. 


Jom kita pakat buat report polis jika pembuli siber ini menyerang status anda dengan kata kata kesat, ancaman, jelik, lucah atau seumpamanya. Jangan biarkan mereka kekal dengan kebodohan dan politik ghuluw mereka.



MIMPI TINGGAI ASAP

 

Arif Kadir Al Khatami


Korang kena ingat, dulu PAS berapi-api sebab depa pembangkang. Bila jadi kerajaan tebuk atap, api tu semua tinggal asap aje 🤣




JANGAN SUBAHAT





 Kalau korang baca senarai harta dia aje dah ambik masa lebih dari 5 minit. Tu baru baca.

SARJAN TRAFIK DISIASAT MILIKI WANG TUNAI LEBIH RM3,000 KETIKA SEKATAN JALAN RAYA




pemeriksaan dijalankan oleh pasukan Jabatan Integriti(JIPS) Bukit Aman di lokasi sekatan jalan raya berkenaan.


  Pemeriksaan dijalankan terhadap beberapa anggota trafik yang ketika itu sedang menjalankan tugas Op Alkohol kira-kira jam 2:30 pagi.

  

  Salah seorang anggota trafik terlibat didapati memiliki wang tunai berjumlah RM 3,313 selain pemeriksaan dalam sebuah kenderaan menemui sejumlah wang tunai sebanyak RM440.



PENGGUNAAN KAMERA BADAN

 



Penggunaan kamera badan dalam kalangan anggota polis jelas mendapat sokongan ramai pihak.

Anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan Unit Kereta Peronda (MPV) akan menjadi petugas barisan depan utama yang menggunakan kamera badan dalam tempoh terdekat.


Perkara itu disambut baik orang ramai yang rata-rata melihat ia sebagai satu penambah baik dalam mengukuhkan lagi integriti pihak penguatkuasaan khususnya PDRM.



BAHASA INGGERIS TERUS

 

Sekurang-kurangnya di Bangi nama rasmi masih lagi Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor...perkataan Library hanya asing di bangunan.


Terengganu nama rasmi bahasa Inggeris terus 😁.



Kejutan besar di Terengganu, Perpustakaan Awam Negeri Terengganu kini dinamakan dengan nama bahasa Inggeris, "Terengganu State Public Library / Terengganu Public Library".


Sedang kita berusaha nak memandaikan semua dalam menggunakan bahasa melayu sebaik-baiknya, ini pula jadi.


Nak tag siapa?


#KitaSelangor 

#PNBest 

#FriendsOfSelangor