Posted By: Redzuan RF8 Mediaon:
[SIARAN TERTUNDA ] Sidang Nadi Rakyat I 2 Julai 2022
Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Sidang Nadi Rakyat di Hotel Crystal Crown, Petaling Jaya, Selangor
BLOG INI MENYIARKAN APA YANG DIKATAKAN KESALAHAN WARTAWAN. KALAU SEMUA LAPORAN SAMA...WARTAWAN MANA YANG SALAH PETIK KENYATAAN KAU WAHAI ZAWAWI?
Assalamualaikum
wrt wbt. Dan salam keluarga Malaysia.
Hari ini
saya sangat rasa pilu apabila ada pemberita yang tak bertanggungjawab dan tak
berpegang kepada konsep dosa dan pahala dalam pekerjaan mereka.
Isu yang
mengatakan saya memandang remeh terhadap kenaikan harga barang ada satu fitnah
yang sangat besar dan tidak sepatutnya dikeluarkan oleh mana-mana pihak
dikalangan pemimpin.
Apa yang
saya bagitahu ialah, kerajaan memandang serius terhadap kenaikan harga barang
di Negara kita dan di dunia secara umumnya. Maka antara tindakan pantas yang
diambil oleh pihak kerajaan ialah memberikan kepada rakyat B40 bantuan-bantuan
khas dan sekali gus akan mengurangkan bebanan kos sara hidup golongan tersebut.
Maka dengan adanya bantuan sebegini maka rakyat tidaklah menghadapi masalah
besar dalam kehidupan mereka.
Dengan ini
saya menafikan apa yg difitnah oleh akhbar-akhbar tempatan hari ini.
Sekian
Yb Datuk Dr.
Nik Muhammad Zawawi bin Salleh.
Tim. Menteri
MAFI II
PANAS!! RUU ANTILOMPAT PARTI BAKAL DIBENTANG PADA JULAI NANTI?
TAJUK : BICARA SEMASA (SIRI 55)
"DI MANAKAH PEMISAH ANTARA INSTITUSI KEHAKIMAN DAN POLITIK?"
HARGA FITNAH ISLAM TERANCAM DAN BY MALAY FIRST...
IBRAHIM MAT ISA
Harga yang perlu dibayar oleh seluruh orang di tanah Melayu apabila
sebahagiannya mempercayai fitnah bahawa Islam sudah terancam. Yang
dijulang jadi pemerintah yang kononnya Melayu Islam mencengkam kocek kita
sendiri melalui pemaksaan perekonomian.
SAMAN KE 2 PENDUDUK TERHADAP KERAJAAN NEGERI KELANTAN
Rumah Atas Paloh; Save Kelantan Akan Bantu Penduduk SAMAN ke 2
Kerajaan Negeri Kelantan
Dato Husam Musa menyebut ketika sesi dialog dua hala dengan
penduduk jalan atas Paloh pagi tadi.
Saman ini membabitkan janji Kerajaan Negeri Kelantan tidak ditunaikan, nilai pampasan yang tidak
setimpal dan penafian hak warga asal
teroka tanah atas Paloh sebelum Kerajaan Malaysia dibentuk.
Kerajaan Negeri pada 3 Mei 2013 berjanji nak bagi rumah apartmen
15 tingkat, berharga RM160,000 kepada 54 keluarga asal jalan atas paloh.
Sehingga kini 48 buah rumah sudah dirobohkan, penduduk hanya
dapat RM1,000 sahaja. Rumah transit di Badang PCB pun belum siap-siap.
Syam Ghaz
BUKAN SAHAJA KERJA CAP AYAM...SURUH KOMEN PUN CAP AYAM JUGA...KOMEN TU ZAMAN 80AN PUNYA KOMEN...MANA DAPAT PHD TAK TAU LA....
Kah..kah....DUTA TIMUR TENGAH DUDUK DI MARANG....WOIIIII ....PM tanggung masalah negara kerana menteri PAS ‘cap ayam’, dakwa Nur Jazlan.
PETALING JAYA: Timbalan Ketua Umno Johor Nur Jazlan Mohamed menempelak prestasi ditunjukkan menteri daripada PAS yang didakwa gagal memikul tanggungjawab dengan baik.
Beliau berkata, kelemahan kepimpinan parti itu turut menyebabkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob perlu menanggung pelbagai masalah negara.
Katanya, menteri PAS lebih bergaya dengan kedudukan dan pangkat, namun tidak kompeten dalam melakukan kerja.
“Realitinya perdana menteri memang terpaksa pikul segala masalah dan isu negara kerana barisan menteri yang ada dalam kerajaan hari ini memang tak boleh harap. Apatah lagi menteri dan timbalan menteri yang dilantik daripada kalangan pemimpin PAS. Semuanya jenis menteri cap ayam.
Ads by
“Menteri yang langsung tak ada kebolehan memimpin dan menguruskan kementerian masing-masing, tetapi berlagak mengalahkan menteri Eropah.
“Menteri daripada PAS hanya seronok dapat bergaya dengan pakaian mahal, naik kereta mewah, duduk di Putrajaya, makan gaji dan dapat layanan VVIP. Tetapi, apabila buat kerja, semuanya tak reti dan gagal,” kata bekas Ahli Parlimen Pulai itu menurut laporan Utusan Malaysia.
Nur Jazlan turut menyenaraikan beberapa contoh menteri daripada PAS yang dilihat gagal melaksanakan tanggungjawab seperti diamanahkan kepada mereka, termasuk presiden Abdul Hadi Awang.
“Abdul Hadi dilantik jadi duta khas Asia Barat tetapi ‘pejabat’ dia di negeri Pantai Timur. Pelik sungguh, bagaimana dia uruskan kerja sebagai duta. Semua duta lain buat kerja dan duduk di pejabat di negara mereka ditugaskan, tetapi duta khas yang seorang ini boleh pula duduk di Marang.
“Begitulah kualiti dan kredibiliti menteri cap ayam daripada PAS sehingga menjadi beban batu besar kepada perdana menteri. Mereka yang tak reti buat kerja, mereka yang tak cekap dan mereka yang buat silap tapi akhirnya kerajaan serta perdana menteri kena tanggung,” katanya.
Nur Jazlan memberitahu menteri PAS terbabit lebih jahil berpolitik, tetapi sebaliknya mereka pandai memanipulasi untuk nampak cerdik dan berwibawa.
“Sebab itulah saya sejak dulu lagi tak pernah percayakan pemimpin PAS. Mereka hanya tahu menangguk di air keruh dan sanggup mempergunakan sesiapa sahaja untuk kepentingan diri serta politik,” katanya.
KALAU MAT KILAU HIDUP DIA LAWAN KERAJAAN KHIANAT RAKYAT
Kalau Mat Kilau hidup dia lawan kerajaan khianat rakyat
on:
Sidang Nadi Rakyat yang bermula pagi ini di Hotel Crystal Crown, Petaling Jaya dibuka dengan ucapan menyengat Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Menurut pencetus idea Sidang Nadi Rakyat itu, kesusahan hidup rakyat ketika ini sudah sampai ke tahap tidak lagi tertanggung dan banyak demonstrasi serta flashmob akan diadakan sepanjang hujung minggu ini.
Oleh itu Sidang Nadi Rakyat, katanya, merupakan salah satu platform untuk rakyat menyuarakan rasa tidak puas hati mereka kepada pemimpin negara yang akan dicatatkan untuk dibawa ke Dewan Rakyat oleh Ahli ahli Parlimen Pakatan Harapan pada sesi Julai.
“Sebahagian menteri (BN – PN) macam musibat, rakyat diketepikan, tembolok mereka didahulukan.
“Hari ini kita bersidang dalam suasana yang memberikan kesan yang besar dan berat kepada rakyat. Hari ini banyak demonstrasi yang diatur sampai ke petang.
“Kerana tekanan pemimpin kerajaan hari ini berikan, hatta ingin bersidang pun mereka takut untuk mendengar suara rakyat.
“Kita terpaksa buat pada minit terakhir di tempat ini. Namun sidang ini akan berjalan untuk mendengar pendapat dari akar umbi
“Biar Petaling Jaya menjadi saksi Sidang Nadi Rakyat ini akan kita buat ke seluruh negara untuk mendengar sendiri pandangan rakyat. Pimpinan hari ini hadir, ahli Dewan Rakyat, Dewan Negara dan akan kita ambil catatan.
“Suara di sini kita akan bawa terus ke Dewan Rakyat,” katanya dalam ucapan pembukaan sidang.
Shamsul turut mencuit hati hadirin apabila berkata jika tokoh sejarah yang dijadikan legenda filem saat ini, Mat Kilau masih hidup maka beliau juga akan menunjukkan sikap.
“Hari ini rakyat tedesak. Saya percaya kalau Mat Kilau masih hidup beliau juga akan melawan kerajaan yang tidak mempedulikan rakyat ini.
“Kita tahu hari ini kita nampak bahawa keranan BN – PN tidak berkemampuan mengendalikan masalah ekonomi. Mesyuarat 3 kementerian sekali pun tidak mampu menurunkan 20 sen harga ayam. Saya yakin pasukan jihat ekonomi akan mejaadi pasukan raja lawak,” katanya.
Shamsul dalam pada itu mengucapkan penghargaan kepada sekretariat yang menjayakan sidang tersebut dan IDE yang membenarkan pejabat mereka digunakan untuk mesyuarat perancangan.
Beliau kesal kerana kerajaan menekan penganjuran sidang dengan membatalkan penggunaan Hotel Tabung Haji biar pun telah ditempah dan dibayar sewaannya.
ORANG GAGAL ANGGOTAI PASUKAN KHAS JIHAD TANGANI INFLASI
Orang gagal anggotai Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi
Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berbangga dengan penubuhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang kononnya akan menurunkan harga barang di pasaran.
Bagaimanapun rakyat Malaysia tidak yakin dengan tokoh tokoh yang dilantik menganggotai pasukan itu yang bukanlah muka baharu atau individu yang boleh digantungkan harapan tinggi.
Bagi aktivis KEADILAN, Zainurizzaman Moharam, pelbagai persoalan melingkari pelantikan berkenaan terutama beberapa tokoh yang memang telah diragui prestasinya dalam mengendalikan kementerian sebelum ini.
“Ketika rakyat terbeban kenaikan harga barang, PM Ismail Sabri menubuhkan satu pasukan khas bagi membantu rakyat menghadapi kemelut peningkatan kos sara hidup dinamakan sebagai Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang dianggotai lima menteri bersama Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali.
“Tahukah siapa lima menteri tersebut? Pasukan khas itu, pengerusinya Menteri Komunikasi dan Multimedia, Annuar Musa, dianggotai Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz, Ronald Kiandee (Menteri Pertanian dan Industri Makanan) Alexander Nanta Linggi (Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) juga Mustapa Mohamed (Menteri di Jabatan Perdana Menteri).
“Anuar Musa jaga wilayah pun gagal. Dia pernah janji nak naikkan harga tanah Kampung Bharu RM3,000 sekaki persegi, itu pun tak berjaya. Dia jadi Menteri Komunikasi gagal. Talian internet dan telefon masih kurang memuaskan. Siapa lagi?
“Tengku Zafrul? Janji hendak beri laptop gagal. Alexander Nanta Linggi Menteri KPDNHEP lagilah gagal. Ronald Kiandee, Menteri Pertanian pun gagal urus petani. Semua tokoh tak berguna pun,” katanya.
Dalam skop tugas pula, kata Zainurizzaman, pasukan itu diberi mandat untuk mengumpul maklumat dari pelbagai kementerian dan orang ramai bagi merangka strategi menangani inflasi.
Tugas itu katanya, dilakukan oleh KPDNHEP bersendirian ketika Pakatan Harapan mentadbir negara selama 22 bulan lalu.
Malah, kata beliau, perkataan jihad yang digunakan juga menimbulkan kelucuan kerana sebelum ini hanya Pas yang ‘sibuk’ berjihad namun setelah mendapat kuasa jihad tidak lagi kedengaran.
“Kalau nak pakai perkataan jihad Pas sudah guna lama. (Presidennya) Hadi Awang cakap pilih Pas, kos sara hidup selesai.
“Bila ayam naik salahkan peniaga kemudian salahkan ayam. Tak ada idea.
“Buatlah seribu jawatankuasa pun, kalau ketirisan, rasuah masih berleluasa masalah tak akan selesai.
“Kerajaan Ismail Sabri ada tujuh puluh lebih menteri dan timbalan menteri. Satu pun tak boleh harap. Ini kerajaan gagal,” katanya sinis.
BN TAK ADA PEMIKIRAN KE DEPAN SELESAIKAN HARGA BARANG
BN tak ada pemikiran ke depan selesaikan hara barang
Pengapungan harga telur ayam dan penarikan subsidi minyak masak botol mulai hari ini akan memicu kenaikan harga pada minggu minggu akan datang.
Menurut Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid, situasi lintang pukang yang terjadi dalam negara hari ini adalah kerana kerajaan BN – PN yang memerintah tidak ada kerangka bertindak jelas.
Hal itu, katanya, akibat rampasan kuasa yang dilakukan pada 2020 lalu dan kerajaan memerintah tanpa ada manifesto, apatah lagi polisi yang telah direncanakan untuk kawalan inflasi.
“Apa yang jelas bila rampasan kuasa oleh BN – PN mereka hilang punca. Mereka ada 70 menteri tetapi tidka ada kerangka dasar untuk menyelesaikan masalah
“Apabila subsidi ditarik pada 1 Julai, jelas kelihatan kelemahan kerajaan BN – PN. Memperlihatkan kepada kita untuk menyelesaikan masalah (kekurangan hasil) mereka tekan rakyat, biar rakyat muntah darah pun tak apa, menderita tak peduli yang mereka nak tahu ialah pendapatan.
“Sebab itu saya tak terperanjat bila Najib cadang kenakan semula GST untuk tekan lagi rakyat,” katanya.
Tegas Abdullah, rakyat Malaysia tidak wajar menghadapi situasi terburuk sebagaimana sekarang kerana negara ini mempunyai hasil yang pelbagai dari petroleum sehinggalah sumber sawit dan getah yang boleh dipasarkan ke seluruh dunia.
Katanya, dari hasil yang banyak itu harus dikembalikan kepada rakyat dalam bentuk susbsidi.
“Saya sedih pada 1 Julai ini barangan tidak lagi dikawal, apungan berlaku.
“Ada pula cadang RON 95 ditarik subsidi. Sebab orang kaya pun pakai. Sebabnya mereka ini nak jimat. Kerana M40 dan jatuh jadi B40.
“Jadi kita (kerajaan) kenalah cari penyelesaian,” ujarnya.
Beliau juga mengulas mengenai penarikan subsidi minyak masak botol.
Katanya, minyak masak paket berharga RM2.50 sukar didapati di pasar raya dan rakyat kini terpaksa membeli minyak botol.
Jika harga dinaikkan maka rakyat perlu menggunakan peruntukan untuk keperluan lain semata mata memberi minyak masak.
Abdullah juga menyifatkan kerajaan PN – BN tidak mempunyai perancangan ke hadapan untuk memperbaiki keadaan.
Beliau yang pernah mengusulkan skim bantuan pekerja sekiranya berlaku pembuangan pekerja dan mengusulkannya pada 2009 lalu kerana menjangkakan dalam 10 tahun pasti akan ada pembungan pekerja secara besar besaran, membidas kerajaan yang tidak mampu menyelesaikan masalah harga barang.
“Waktu itu saya bicara soal pekerja, apa akan berlaku kepada pekerja 10 tahun akan datang. Saya jangka akan berlaku satu gelombang besar pembuangan kerja yang melibatkan 1 juta orang.
“Saya kata persiapan itu perlu dibuat. Dan Alhamdulillah SIP, skim bantuan pekerja telah dijadikan akta dan dilaksanakan dan hampir 600,000 dibantu dengan SIP dalam Covid 19
“Kita kena ada kerangka. Esok apa yang berlaku kita kena buat study. Menteri banyak, tak kan semua menteri bengap? Kita kena tahu derita rakyat perlu diutamakan. Jangan kemaruk kuasa, jawatan.
“Rakyat perlu fikir, 10 tahun akan datang apa akan berlaku kepada kita. Pikirlah untuk masa depan anak cucu kita,” katanya lagi.
Beliau juga membidas pemimpin Pas yang sibuk dengan perjuangan Islam tetapi rakyat terus ditindas dan hal itu tidak pernah ada dalam ajaran Islam.
KERAJAAN HARUS BANTU 200 RIBU VETERAN ATM TAK BERPENCEN
Pada hari semalam Jumaat 1.7.2022 saya telah menghadiri pertemuan ramah Mesra dengan anggota Persatuan Veteran ATM Tak Berpencen Malaysia (PVATTBM) Cawangan Pasir Gudang di Taman Desa Perwira.
Di dalam pertemuan itu saya dimaklumkan terdapat lebih 100 orang pesara atau veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tak Berpencen di Pasir Gudang dan majoritinya tinggal di Taman Desa Perwira.
Saya juga dimaklumkan terdapat lebih kurang seramai 200,000 orang veteran tidak Berpencen di seluruh Malaysia.
Pesara atau veteran tidak berpencen ini telah berkhidmat pada tahun-tahun 60an, 70an, 80an pada zaman Malaysia menghadapi ancaman bersenjata dari Parti Komunis Malaya.
Rata-rata Veteran ATM tidak berpencen ini sekarang berumur warga emas iaitu lebih 60 tahun. Kebanyakannya menghadapi masalah kewangan dalam kehidupan dan masalah kesihatan.Bantuan Kebajikan dari Kerajaan amat diharapkan.
Pada masa sekarang Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM hanya memberi elaun Kos Sara Hidup secara berpilih-pilih dan amat terhad kepada pesara veteran ATM yang dikategorikan sebagai amat daif dan miskin.Elaun Kos Sara Hidup itu sebanyak RM300 sebulan.
Dalam pertemuan semalam, anggota Persatuan Veteran ATM yang tidak berpencen itu memohon perhatian Kerajaan supaya bantuan Kos Sara Hidup diberikan secara otomatik kepada semua pesara veteran.
Mereka juga berharap Kos Sara Hidup itu dinaikkan dari RM300 kepada RM500 sebulan memandangkan harga barangan keperluan Harian yang meningkat Tinggi sekarang.
Dengan Hal yang demikian, selaku Ahli Parlimen saya menyeru kepada Kerajaan supaya mendengar keluhan ratusan ribu pesara veteran tidak berpencen ATM di seluruh Malaysia.
Keamanan Negara sekarang dan kemewahan Hidup yang dinikmati sesetengah golongan Rakyat istimewa di Malaysia kini adalah hasil pengorbanan jiwa dan raga termasuk nyawa para perajurit dan tentera ATM.
Kerana itu adalah tanggungjawab Kerajaan yang berkuasa sekarang untuk menolong golongan veteran tersebut yang kebanyakannya Hidup dalam keadaan susah.
Hassan Abdul Karim
Ahli Parlimen Pasir Gudang
02.07.2022
WHY...WHY...WHY....REGA TELUR NAIK DAN KITA KURANG MAKAN TELUR
WHY KITA KURANG MAKAN AYAM
WHY KTA KURANG GUNA MINYAK SAWIT
WHY KITA KURANG MAKAN SAYUR.....
WHY..WHY...WHY.....kerajaan korup
Zunar cartoonist fan club.
BERCUKURLAH.....
Perlunya kita menjadi manusia yg berterima kasih kepada manusia lain sebagai 1 tanda kesyukuran kpd pencipta.
Malangnya semasa PH mentadbir rakyat di momokkan dengan “seksanya hidup di zaman PH”. Sekarang ini “seksa” itu di hadirkan dalam kehidupan seharian bermula 1 Julai 2022 semalam.
Lebai-lebai penunggang agama pula tampil dengan kenyataan-kenyataan bodoh. Usah di tanya la UMNO dan puak2 pengkhianat.
Persoalannya, kemana pergi semangat “mat kilau” yg melonjakkan kutipan 23 Juta itu??? Adakah kalian semua tahu, perjuangan awal tokoh-tokoh Tanah Melayu adalah MENENTANG KENAIKAN CUKAI yg melampau & menindas rakyat oleh kerajaan melayu yg cenderung kepada PENJAJAH pada masa itu!
Pengajaran penting hari ini yg mencipta sejarah kenaikan barang yg melambung, khasnya pengundi UMNO/BN/PN di PRN Johor, Melaka,Sabah & Sarawak! Kerosakan yg berlaku adalah hasil tangan-tangan anda!
Kita perlu beri tempoh kepada kerajaan UMNO/BN/PAS & Pengkhianat pada hari ini untuk menurunkan harga barang asas. Jika tidak, rakyat seluruh negara wajib turun ke jalan raya menentang kenaikan gila ini!!!
#KerajaanGagal
#Zalim
WALAU PUN JENAMA TEMPATAN DENGAN NAMA "TIMAH" , KADAR ORANG MABUK MASIH TIDAK TERBENDUNG.AZAM POLITI TAPI BUKAN UNDANG UNDANG ISLE SEBAGAIMANA YANG DIJANJI OLEH SEBUAH PARTI AGAMA DI MALAYSIA
Kes pemandu mabuk di Malaysia turun akibat azam politik, kata Wee
NEW YORK: Malaysia berjaya mengurangkan kes kemalangan jalan raya berkaitan pengambilan alkohol atau dadah disebabkan keazaman politik kerajaan sejak dua tahun lalu.
Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong berkata demikian sebagai speaker pertama dalam panel pelbagai pihak berkepentingan Mesyuarat Peringkat Tinggi (HLM) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenai keselamatan jalan raya semalam.
Beliau berkata, keazaman politik demikian adalah faktor besar dalam membantu mengurangkan tragedi jalan raya sejak era pandemik bermula.
“Perlu ada keazaman politik untuk menangani isu (kematian di jalan raya) dengan sangat serius,” katanya yang merupakan antara empat anggota panel membincangkan topik “Menggabungkan keselamatan jalan raya dalam pembangunan mampan: keazaman politik dan pendekatan menyeluruh kerajaan.”
BANGSA KU YANG TERUS DIJAJAH
Ok Melayu stop cerita Mat Kilau, org miskin sdg menangis
BILA MELAYU BERANG MINYAK MASAK NAIK
Bila ada kenaikan harga barang (inflasi), bila dikenakan cukai sana sini yg tinggi dan bermacam mcm lagi tekanan hidup yg membebankan… org Melayu merungut, marah tapi dia tak mahu tahu kenapa ia terjadi???
Mereka umpama anjing menyalak bukit. Org kecil yg menentang org besar yg berpengaruh yg tidak membawa apa2 kesan. Yg terkesan adalah diri mereka sendiri.
Ini yg dpt saya lihat begitu ramai yg merungut di wall FB dan Twitter. Begitu juga di group Whatsapp keluarga dan sahabat handai semua merungut. Yg lucu mereka merungut umpama org yg kena gastrik hanya berkata pedih ulu hati tapi terus makan cili padi. Dia tak tahu kenapa gastriknya semakin teruk dan tidak sembuh.
Beginilah nasib bangsaku yg tidak mahu ambil peduli soal politik. Politik itu jika kita tidak ambil tahu jgn ingat ia tidak memberi apa2 kesan kpd kehidupan anda. Segala yg berlaku disekeliling kita semuanya ada kaitan dgn politik.
Ada org kata “Aku tak campur politik… semua sama sahaja.” Tak sama bangsaku. Masih ingat harga minyak di zaman PH… berapa harga ketika itu?
Hanya dua tahun lebih dahulu harga minyak zaman PH RM16.99. Tapi PH difitnah macam2 kononnya bangsa Melayu tergadai… akhirnya kerajaan sifar korup ini dijatuhkan atas nama Melayu.
Naik sahaja beberapa bulan kerajaan PN harga minyak masak naik mendadak RM 29.70. Kemudian naik sahaja kerajaan BN RM 42.50…. Ia inilah kerajaan Melayu yg kononnya ingin membela org Melayu. Sekarang bagaimana percaya kata2 mulut penjual bangsa dan agama ini lagi?
Org Melayu mereka tidak tahu kenapa harga di luar kawalan. Yg mereka tahu merungut tanpa mereka sedari tangan2 merekalah yg menyumbangkan inflasi menggila ini. Kerana pemikiran hamba yg mudah dijajah bangsa sendirilah yg buat mereka merana. Hei bangsa Melayu belajarlah apa yg terjadi kpd Mat Kilau.
Antara faktor penyumbang kenaikkan harga barang kerana kerajaan gagal utk memberi subsidi utk mengawal harga tersebut. Kenapa kerajaan gagal menambah subsidi?….sebab kerajaan sudah tiada duit.
Kenapa duit kerajaan sudah tiada? Sebab kerajaan nak tanggung berbillion berpuluh jamaah Menteri. Kerajaan teruskan projek mega berbillion, pembelian kapal perang berbilion billion utk mencairkan wang rakyat utk dimasukkan ke poket2 kroni…
Lihatlah Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) FGV Holdings Berhad (FGV). Yg mereka bincangkan bukannya nasib peneroka tetapi meluluskan beratus ribu elaun2 Pengarah2 mereka.
Sebab apa mereka berani buat sb mereka tahu org Melayu ini mudah diperbodohkan. Ingat jika org Melayu ini bijak mereka berani luluskan wang rakyat sebegitu rupa. Lihat sahaja negara kita kaya tapi berhutang hingga trillion. Negara jadi miskin tapi pemimpin kaya raya.
Penyumbang lain berkait dgn faktor rasuah juga apabila minyak masak bersubsidi yg dijual dlm polibeg 1kg berlaku kekurangan kerana aktiviti penyeludupan minyak bersubsidi.
Indonesia negara yg semakin maju dan merupakan pengeluar minyak sawit terbesar di dunia telah mengambil tindakan segera utk menggantung eksport minyak masak dan minyak sawit mentah mulai 28 April lagi utk menstabilkan harga di negara itu.
Kesannya tempias terkena negara kita. Yg lucunya Malaysia antara negara pengeksport minyak sawit mentah dunia yg terbesar tapi tak boleh kawal harga minyak masak.
Beberapa minggu dulu saya nak beli minyak masak sukar didapati di pasaraya tapi bila naik sahaja harga penuh supermarket minyak masak semalam. Kerajaan pun kena game sebab ia kerajaan yg lemah dan korup.
Patut kerajaan memperkenalkan harga dua peringkat utk minyak sawit mentah bagi tujuan eksport dan domestik. Jadi harga minyak masak tempatan akn menjadi lebih murah bahkan subsidi ditanggung kerajaan akn berkurangan.
Malangnya yang subsidi kena seludup pula. …
Harga sawit hanya 12 sen sekilogram, peladang termenung
Harga sawit hanya 12 sen sekilogram, peladang termenung
Harga sawit hanya 12 sen sekilogram, peladang termenung.Harga sawit yang terus jatuh sehingga 400 rupiah (0.12 sen) sekilogram menyebabkan golongan peladang buntu dan membuat keputusan untuk berhenti menanam tanaman komoditi tersebut.
Bagi meneruskan kehidupan, mereka sanggup melakukan pelbagai kerja dan membiarkan kelapa sawit tumbuh tanpa perawatan dan pengumpulan.
Katanya, dengan harga 400 rupiah sekilogram, jumlah itu tidak cukup untuk peladang kecil-kecilan seperti dia untuk meneruskan penanaman.
Selain itu, Affandi juga tidak mampu membayar upah tenaga pekerja untuk mengumpul buah sawit yang sudah masak.
“Saya perlu membayar upah sekurang-kurangnya 200,000 rupiah (RM59) bagi setiap satu tan buah sawit yang dikumpul.
“Tapi dengan harga buah yang begitu murah ketika ini, bagaimana saya mampu untuk mengupah pekerja? Akhirnya kesemua buah yang sudah masak akan dibiarkan begitu sahaja sehingga busuk.
“Jual atau tidak, sama sahaja selagi harga terus turun,” luahnya.
Affandi juga mengakui dia pernah menjadi buruh binaan dan menoreh getah asalkan keperluan keluarganya dapat dipenuhi.
Sementara itu, sejumlah pengusaha ladang kelapa sawit turut membuat keputusan berhenti membeli tanaman komoditi itu daripada golongan peladang.
Seorang daripadanya, Ahmad Muaz memberitahu, harga yang paling tinggi mereka tawarkan untuk membeli sawit daripada peladang adalah antara 500-700 rupiah (0.15 sen-0.21 sen) sekilogram.
“Kalau beli tetapi tidak boleh dijual, apa gunanya? Maka banyak dalam kalangan kami membuat keputusan menutup perusahaan daripada menanggung kerugian yang tinggi,” katanya.
Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi dianggotai tokoh yang gagal?
Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berbangga
dengan penubuhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang kononnya akan
menurunkan harga barang di pasaran.
Bagaimanapun rakyat Malaysia tidak yakin dengan tokoh tokoh yang
dilantik menganggotai pasukan itu yang bukanlah muka baharu atau individu yang
boleh digantungkan harapan tinggi.
Bagi aktivis KEADILAN, Zainurizzaman Moharam, pelbagai persoalan
melingkari pelantikan berkenaan terutama beberapa tokoh yang memang telah
diragui prestasinya dalam mengendalikan kementerian sebelum ini.
"Ketika rakyat terbeban kenaikan harga barang, PM Ismail
Sabri menubuhkan satu pasukan khas bagi membantu rakyat menghadapi kemelut
peningkatan kos sara hidup dinamakan sebagai Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi
yang dianggotai lima menteri bersama Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali.
"Tahukah siapa lima menteri tersebut? Pasukan khas itu,
pengerusinya Menteri Komunikasi dan Multimedia, Annuar Musa, dianggotai Menteri
Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz, Ronald Kiandee (Menteri Pertanian dan
Industri Makanan) Alexander Nanta Linggi (Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan
Hal Ehwal Pengguna) juga Mustapa Mohamed (Menteri di Jabatan Perdana Menteri).
"Anuar Musa jaga wilayah pun gagal. Dia pernah janji nak
naikkan harga tanah Kampung Bharu RM3,000 sekaki persegi, itu pun tak berjaya.
Dia jadi Menteri Komunikasi gagal. Talian internet dan telefon masih kurang
memuaskan. Siapa lagi?
"Tengku Zafrul? Janji hendak beri laptop gagal. Alexander
Nanta Linggi Menteri KPDNHEP lagilah gagal. Ronald Kiandee, Menteri Pertanian
pun gagal urus petani. Semua tokoh tak berguna pun," katanya.
Dalam skop tugas pula, kata Zainurizzaman, pasukan itu diberi
mandat untuk mengumpul maklumat dari pelbagai kementerian dan orang ramai bagi
merangka strategi menangani inflasi.
Tugas itu katanya, dilakukan oleh KPDNHEP bersendirian ketika
Pakatan Harapan mentadbir negara selama 22 bulan lalu.
Malah, kata beliau, perkataan jihad yang digunakan juga
menimbulkan kelucuan kerana sebelum ini hanya Pas yang 'sibuk' berjihad namun
setelah mendapat kuasa jihad tidak lagi kedengaran.
"Kalau nak pakai perkataan jihad Pas sudah guna lama.
(Presidennya) Hadi Awang cakap pilih Pas, kos sara hidup selesai.
"Bila ayam naik salahkan peniaga kemudian salahkan ayam. Tak
ada idea.
"Buatlah seribu jawatankuasa pun, kalau ketirisan, rasuah
masih berleluasa masalah tak akan selesai.
"Kerajaan Ismail Sabri ada tujuh puluh lebih menteri dan
timbalan menteri. Satu pun tak boleh harap. Ini kerajaan gagal," katanya
sinis.
Subscribe to:
Posts (Atom)