HILANG CENGKAMAN BN...

 Fathi Aris Omar


Tepat jam 6 petang tadi, saya kembali menulis di Malaysiakini setelah 10 tahun berlalu: 




Keretakan pusat kuasa Putrajaya, selama ini dicengkam kuat Barisan Nasional, mencipta gejala "jung pecah, yu yang kenyang". 


Semua orang pihak mahu ambil kesempatan, semua orang tiba-tiba menjadi berani. 


Istana, birokrat, penguatkuasa, anggota keselamatan, kakitangan pihak berkuasa tempatan, kartel, orang politik, pemuka mazhab Wahhabi dan pengguna media sosial melucutkan semua ketakutan. 


Bertenggek di atas krisis demi krisis sejak puluhan tahun BN diasak, demo esok  cuba mengulangi demonstrasi anti-ICERD pada Disember 2018. 


Tetapi semua ini bukan jawapannya. Jung yang pecah tidak berganti, yu hanya berebut-rebut sisa barangan yang hanyut tenggelam. 


Persoalan Kerajaan Perpaduan dan negarawan kita (kalaulah ada!) ialah membina jung baharu yang lasak, sesuai dengan keterbukaan demokrasi tetapi bukan kebebasan yang tiada manfaat dan disia-siakan.




NI DIA KENAPA DILANTIK NAK BANTERAS RASUAH. BARU KENA PADA TEMPAT DIA.





DIA JA BUAT PASAL


 

NOHHHH... PENUNGGANG AGAMA


 

SELAMAT BERGULING.. INSYA LLAH BAIK BAIK. TAPI INGAT APA PESAN TOK GURU YA.

Lan bin Jonet


 Selamat berguling guling di dataran semoga seronok dan bahagia hendaknya wahai walanat PN LEBAI MERENG 😂😂😂😂😂





MANIFESTO LAMA DIUNGKIT. TAPI TETAP DILAKSANAKAN BILA ANWAR JADI KERAJAAN.






INI NAK JADI KETUA PEMBANGKANG. ANWAR MASUK DEWAN KO MENIKUS TAK BERANI HADAP. MINYAK LUAR TURUN JOM LA TENGOK HARGA... KO NI.. TAK JADI KERAJAAN NAK PERBODOHKAN RAKYAT. ATAU KO MEMANG BODOH KIOK?

 





WALAU PEKAT CAM NI PUN BOLEH PIKIR.. KO JA TAK PAHAM






DIA PUNYA SIDANG MEDIA NAK PEKENA PMX ATAU RAKYAT? WEIII ZAMAN INTERNET NI HUJUNG JARI JA CARI MAKLUMAT. KO NAK TIPU SAPA LA MEZAH? 




PN Nak Turun Anwar?Berapa kali dah Anwar cakap suruh usul undi tak percaya. Nombor ada?


Shukri Zainal





Sokongan Pun Tak Ada, Wayang Politik Buang Masa Saja


Gabungan NGO menyindir cubaan Perikatan Nasional yang kononnya mahu ‘menyelamatkan negara’ dengan rancangan tumbangkan Anwar. 


Realitinya? 


Sokongan pun tak cukup sekadar dendam politik basi sebab kalah PRU15 dulu.


“Kalau berani, tunggu PRU16 lah, tak payah ‘Langkah Sheraton 2.0’. Kami rakyat dah muak,” kata Gabungan NGO itu.


Mereka menegaskan rakyat lebih perlukan reformasi institusi yang betul-betul membina masa depan sistem pilihan raya yang adil, pentadbiran telus, mahkamah bebas bukan sandiwara lompat parti tengah malam yang hanya buang masa dan pecah-belahkan rakyat.


Nak tunjuk hero tumbangkan PM, tapi nombor tak ada. Nak tunjuk kuat, tapi rakyat makin bosan. 


Jadi siapa rugi? 


Masa rakyat, duit rakyat habis begitu saja.


“Kami mahu gelanggang sama rata untuk PRU16, bukan drama politik pintu belakang. Enough is enough,” kata mereka lagi.


#KekalAnwar 

#RancakkanMADANI 

#MADANIBekerja 

#TerimaKasihPMX




ANWAR IBRAHIM: BOLEH BERSEMANGAT TAPI TA


SOALAN: Bagaimana untuk mendidik rakyat agar berpolitik matang dan beradab agar tidak menjadi penyokong yang hentam kromo?

 

Ini satu cabaran, kerana jika kita dasarnya agama atau Islam, kita harus perkasa akhlak.

 

Pertama, kita boleh bersetuju atau berbeda pendapat tetapi cerca, maki hamun, fitnah orang , itu tidak dibolehkan.

 

Kedua, kita juga mesti pertahankan budaya ilmu. Maknanya, kita sokong itu apa sebabnya? Kita tak bersetuju apa alasannya? Ini kerana kalau kita sokong itu tanpa alasan, kerana upah beberapa ribu ringgit, ataupun upah jawatan. Ini bermakna sokongan kita itu tidak ada prinsip akhlak.

 

Maka oleh demikian kita harus jelaskan isu ini dan maju terus.

 

Saya tahu kerana kalau lihat dalam komen netizen itu, ada yang kadang-kadang biadab, kasar, lucah. Saya tidak peduli kerana kita ada tanggungjawab masing-masing.

 

Dalam sejarah umat manusia, kata para Rasul a.s. semuanya harus dilalui cercaan manusia. Kita lihat sejarah bukan Islam pun. Kita tengok sejarah Konfucius, hidupnya hidup penuh derita terpaksa merayau dari satu daerah ke satu daerah dicaci, dihina berdepan dengan si jahil murakkab dan juga raja-raja yang zalim.

 

Jadi ini menjadi pengajaran bagi kita. Dan kita perlu anak-anak muda faham terutamanya yang dahagakan ilmu.

 

Jangan jadi umpamanya, dalam beberapa rencana saya lihat, dia terbawa-bawa dalam isu politik padahal membaca pun kurang, kefahaman pun kurang dan fakta pun tak betul.

 

Jadi kita boleh bersemangat tapi tak perlu mencerca.

 

*Anwar Ibrahim 14 Oktober 2020*

*I S L A H M E D I A*


-----------------------------------------


Berikut sebahagian tulisan Rostam A Rahman dan juga ilustrasi Cikgu Anwar Yayasan Anda itu dari FBnya:


*TURUN DEMI DEMOKRASI: SEBUAH KELAS TAMBAHAN DARIPADA CIKGU ANWAR YAYASAN ANDA, JALAN PANTAI BARU KL.*


Dalam satu ironi politik yang lebih halus daripada rempah briyani Hameediyah Penang, Perdana Menteri Malaysia ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim,  atau PMX kepada yang gemar akronim pop, sekali lagi membuktikan bahawa politik Madani bukan sekadar retorik tetapi sebuah silibus sambungan Yayasan Anda. Ya, pada 26 Julai ini, beliau tidak hanya membenarkan demonstrasi bertemakan “Turun Anwar”, malah menyusun atur logistiknya seperti seorang guru besar menyelia Hari Sukan Sekolah.

 

Kita harus akui, ini bukan sekadar demonstrasi, ini adalah bengkel amali demokrasi terbuka.

 

Bayangkan: rakyat turun ke jalan, melaungkan “Turun! Turun!” kepada individu yang dengan tenang menyuruh polis memastikan laungan itu tidak terganggu. Bukankah ini seperti pelajar yang disuruh menulis esei ‘Kelemahan Guru Saya’… dan guru itu sendiri menyemak tatabahasa?

 

Polis pula, dalam era baharu ini, bukan lagi figura ‘abang long’ bercota dan bertopi keledar, tetapi kini berubah wajah menjadi ‘pegawai bimbingan dan kaunseling’ ( abang dan akak fasi) yang mengawal lalu lintas emosi rakyat. Tiada FRU, tiada pancutan air, tiada jamming device. Cuma barisan seragam biru yang mungkin, jika bernasib baik, menghulurkan air mineral dingin serta kata-kata perangsang: “Jangan lupa topi, bang. Panas terik ni.”

 

Cikgu Anwar dan Praktikum Reformasi

 

Untuk memahami peristiwa ini, kita harus mengingat kembali siapa Cikgu kita ini. Anwar bukan nama baharu dalam dunia demonstrasi. Reformasi 1998? Kuliah lapangan beliau. Jalan TAR? Auditorium terbuka. Kini, setelah tiga dekad, beliau bukan sahaja membenarkan pelajar-pelajar baharu mencuba gelanggang, tetapi menyediakan kemudahan prasarana, seakan-akan berkata: “Beginilah caranya kamu jerit. Jangan terlampau garang, tapi pastikan suara jelas sampai ke YouTube.”

 

Barangkali ini adalah versi Madani kepada pepatah lama: "Kalau marah sekalipun, biar bertamadun." Mungkin natijah dari bacaannya buku buku seperti Deschooling oleh Ivan Illich atau magical realisme Gabriel Marcia Marquez di zaman muda beliau……




SAPA TAK MAU JADI KERA NGAN MONYET IKUT ARAHAN TOK GURU.


 

TAJUK: *“Turun 300 ribu, Tapi Di Mana Suara 34.7 Juta Lagi?”*

Kay Hashim


Pada tanggal 26 Julai nanti sekumpulan besar rakyat Malaysia dianggarkan mencecah 300,000 orang cadang berkumpul di tengah kota bagi menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap Perdana Menteri dan hala tuju negara. 


Mereka tentunya membawa sepanduk, melaungkan slogan, dan menuntut perubahan drastik yang menurut mereka, hanya boleh berlaku jika kepimpinan tertinggi negara ditukar segera.


Tetapi dalam kehangatan jeritan dan pancaragam protes itu, muncul satu persoalan yang tidak boleh diabaikan:  

*Di mana 34.7 juta rakyat Malaysia yang lain? Apakah mereka tidak peduli? Apakah mereka takut? Atau sebenarnya mereka memilih untuk diam kerana mereka sudah cukup masak dengan permainan yang sama, skrip yang sama, hanya pelakon yang bertukar.*


*Kebisingan Bukan Sentiasa Kebenaran*


Dalam era media sosial, apa yang tular sering dianggap sebagai apa yang benar. Tetapi kebenaran bukan selalu datang dari yang paling lantang. Sejarah telah menunjukkan bahawa minoriti yang bising boleh menggegarkan dunia tetapi juga boleh menjatuhkan sistem tanpa membina semula apa-apa yang lebih baik.


300 ribu yang bakal turun itu bukan musuh negara. Mereka adalah rakyat yang kecewa, marah dan menginginkan sesuatu yang lebih baik. Tetapi kemarahan bukan lesen untuk membakarkan semua yang ada apatah lagi jika yang tinggal selepasnya hanyalah bekas luka, abu kuasa dan kekeliruan siapa sepatutnya memimpin.


*34.7 juta lagi yang tidak turun bukan semuanya selesa. Ramai yang juga marah. Tetapi mereka memilih untuk tidak menjadikan jalanan sebagai medan, dan bukan kerana takut tetapi kerana mereka tahu bahawa penyelesaian sebenar datang dari kestabilan, bukan konfrontasi.*


*Majoriti Diam, Tetapi Bukan Buta*


Apabila orang diam, jangan sangka mereka tidak tahu. Sebahagian besar daripada 34 juta rakyat itu ialah: 


 *• Penjawat awam yang masih bangun pagi menyiapkan dokumen demi negara*

 *• Guru yang masih masuk kelas dengan gaji kecil tetapi hati besar*

 *• Peniaga kecil yang cuma mahu rezeki harian tidak terganggu oleh rusuhan*

 *• Pelajar yang belajar kerana mahu masa depan, bukan hanya berdemonstrasi untuk masa kini*


Mereka memilih untuk menonton dari jauh, kerana mereka tahu bila emosi naik, akal sering rebah. Dan bila semua orang ingin menjadi pemimpin baru, tiada siapa yang benar-benar mahu memimpin tanggungjawab sebenar.


*Realiti Politik: Siapa Selepas Ini?*


Soalan yang paling mengganggu dalam seluruh polemik ini ialah: 

*Jika PM turun, siapa akan naik?* 


*Adakah kita mempunyai seorang tokoh yang benar-benar bersedia — bukan hanya dari segi populariti, tetapi dari segi pelan, pasukan, moral dan mandat?* 


Kerana Malaysia bukan pentas eksperimen. Kita sudah lihat apa terjadi bila politik terlalu sering direset:

– Pelabur lari

– Mata wang menjunam

– Dasar terbengkalai

– Institusi jadi bahan pertaruhan


Rakyat mungkin tidak fasih dalam istilah ekonomi dan makro-pentadbiran, tetapi mereka tahu: kehidupan mereka tidak akan berubah semata-mata kerana seorang pemimpin turun. 

Ia berubah apabila sistem diperbaiki, bila rasuah diperangi, dan apabila kerja dijalankan tanpa gangguan politik setiap enam bulan.


*Tanggungjawab Bukan Di Jalanan Sahaja*


*Perjuangan menuntut perubahan adalah hak rakyat. Tetapi tanggungjawab membina negara bukan terletak pada jeritan, tetapi pada tindakan.* 


*Rakyat yang benar-benar mahu perubahan tidak hanya turun ke jalan mereka juga bangkit awal pagi, ajar anak nilai, bayar cukai, dan tolak rasuah dalam hidup harian.*


Mereka tahu bahawa kestabilan bukan bererti menyerah, tetapi ruang untuk memperbaiki. 

Mereka sedar bahawa menukar perdana menteri tanpa pelan, adalah umpama menukar juruterbang ketika kapal terbang sedang melintasi ribut.


*Akhirnya, Siapa Yang Menentukan Arah Malaysia?*


*Bukan 300 ribu. Bukan juga 3 atau 4 orang pemimpin yang bercakap besar di pentas. Tetapi jutaan rakyat Malaysia yang masih memilih untuk diam, bekerja, dan berharap.Dan suara mereka harus diangkat juga bukan kerana mereka popular, tetapi kerana mereka adalah denyut sebenar nadi negara.*


*Kita Tidak Mahu Gantian, Kita Mahu Kejujuran*


*Malaysia tidak memerlukan seorang lagi ‘wajah baru’ yang hanya mahu berkuasa. Malaysia memerlukan satu pembetulan sistem yang lebih dalam, lebih ikhlas, dan lebih berani menolak populisme murahan.*


*34 juta rakyat yang tidak turun itu bukan tidak peduli mereka hanya belum yakin bahawa apa yang ada di jalanan benar-benar membawa kita ke arah negara yang lebih baik.*


*Dan bila rakyat yang diam mula bersuara, bukan dengan megafon tetapi dengan undi dan tindakan bijak saat itulah kita akan tahu, bahawa perubahan sebenar tidak bermula dengan jeritan, tetapi dengan kebijaksanaan.* 

*Wallahu'alam* 


*#kekalAnwar*




4 MB TAK BERGUNA..


 

IKUT HANG LA TAR SENIK....PENGARUH HANG BUKAN ADA DAH.


 

KEH..KEH..KEH..DULU UMNO KAPIAQ .SEKARANG DAK DAH


 

MANUPULASI ISU...

 


PILIH PENDANG.. KIOK LA


 

STANDART LEBAI PAS TANYA SOALAN.. AKHIRNYA KENA.. CAKAP DULU OTAK TAK MO GUNA


 NEGERI NAK MAJU.. USAHA SENDIRI TAK MAU.. NAK HARAP SEMUA KERAJAAN PUSAT TOLONG... MELAYU BETOI HANG NI. KIOK




ORANG BERTANYA TU TAK PAHAM PUN EKONOMI GAMAKNYA


 

DOK BIASA DAPAT BANYK.. BILA TAK DAPAT MULA LA RASA SIKIT.. ORANG LAIN 100 BELI BARANG BERSYUKUR DAH


 

TURUN MINYAK ZAMAN KENA KURUNG MEMANG LA..


 

WALAUN NI PAKAI OTAK... TAK SWKOLAH TINGGI TAK SEMWSTINYA TAK PAKAI OTAK... YANG KITA BIMBANG YANG SWMOLAH TINGGI OTAK KAT LUTUT.. TAK DAPAT BANDING MANA BAIK MANA BUROK


 

CAKAP PANDAI DOK MAKI KEPALA BAPAK BAGAI... LA HANGPA MENDAPAT.. 2 PENGGAL DAH...


 

APA ISWARDY CERITA, JOM DENGAR