PN Nak Turun Anwar?Berapa kali dah Anwar cakap suruh usul undi tak percaya. Nombor ada?


Shukri Zainal





Sokongan Pun Tak Ada, Wayang Politik Buang Masa Saja


Gabungan NGO menyindir cubaan Perikatan Nasional yang kononnya mahu ‘menyelamatkan negara’ dengan rancangan tumbangkan Anwar. 


Realitinya? 


Sokongan pun tak cukup sekadar dendam politik basi sebab kalah PRU15 dulu.


“Kalau berani, tunggu PRU16 lah, tak payah ‘Langkah Sheraton 2.0’. Kami rakyat dah muak,” kata Gabungan NGO itu.


Mereka menegaskan rakyat lebih perlukan reformasi institusi yang betul-betul membina masa depan sistem pilihan raya yang adil, pentadbiran telus, mahkamah bebas bukan sandiwara lompat parti tengah malam yang hanya buang masa dan pecah-belahkan rakyat.


Nak tunjuk hero tumbangkan PM, tapi nombor tak ada. Nak tunjuk kuat, tapi rakyat makin bosan. 


Jadi siapa rugi? 


Masa rakyat, duit rakyat habis begitu saja.


“Kami mahu gelanggang sama rata untuk PRU16, bukan drama politik pintu belakang. Enough is enough,” kata mereka lagi.


#KekalAnwar 

#RancakkanMADANI 

#MADANIBekerja 

#TerimaKasihPMX




No comments: