BNM siasat pemindahan RM10 juta oleh MB NS
Yip Ai Tsin
Nov 27, 095:44pm
Bank Negara (BNM) sedang menyiasat seorang pengurup wang tempatan yang didakwa terbabit dalam pemindahan RM10 juta ke London oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan pada 2008.BNM mengesahkannya semalam tetapi enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih berjalan."Sebagai sebahagian daripada prosedur siasatan, pihak bank akan memaklumkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan hasil siasatanya yang di luar bidangkuasa Bank Negara untuk tindakan mereka selanjutnya.
"Sebaik sahaja siasatan siap, BNM akan merujuk perkara itu kepada pejabat Peguam Negara," katanya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.Sebelum ini, pengarah strategi PKR, Tian Chua mendakwa Mohamad mungkin telah melanggar undang-undang pembankan negara kerana didakwa memindahkan RM10 juta melalui seorang pengurup wang.
Tian Chua juga mendedahkan bahawa Mohamad telah menggunakan perkhidmatan Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd untuk memindahkan wang tersebut ke London.Semalam, BNM berkata Salamath Ali telah melanggar Seksyen 30 Akta Pengurupan Wang 1998 dan lesennya telah dibatalkan pada 26 Oktober.Mohamad yang juga ADUN Rantau, menjadi sasaran pembangkang sewaktu sidang dewan undangan negeri yang sedang berjalan.Bagaimanapun, beliau enggan memberi penjelasan berhubung perkara itu.Wakil rakyat pembangkang juga menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat perkara itu. Berita asal
JAWAPANNNYA NANTI AKAN JADI BEGINI:
Pihak BNM telah melakukan sisasatan dan di dapati bahawa MB negeri Sembilan tidak menyalahi peraturan memindahkan wang kerana wang tersebut telah di tukarkan terlebih dahulu oleh pihak penggurup wang.jadi dalam soal ini MB Negeri Sembilan tidak bersalah , sebaliknya BNM mendapati bahawa penggurup wang yang bersalah kerana melanggar akta BNM...
DIMANA RUGINYA?
'Malang dan rugikan rakyat'
KUALA LUMPUR 26 Nov. - Langkah Kerajaan Selangor melarang kakitangan awam serta pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) miliknya daripada mengikuti kursus Biro Tata Negara (BTN) disifatkan sebagai malang dan merugikan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, ia menyebabkan sebahagian daripada rakyat negeri itu tidak lagi berpeluang mengetahui fakta-fakta dan hal-hal terkini kenegaraan.
Beliau berkata, sepatutnya Kerajaan Selangor tidak bertindak sedemikian kerana kursus BTN telah banyak memberi manfaat kepada rakyat terutama bagi memupuk semangat patriotisme, perpaduan serta kenegaraan.
"Bagi saya tindakan Kerajaan Selangor ini merupakan kekhuatiran politik semata-mata,'' katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau mengulas keputusan Kerajaan Selangor melarang kakitangan awam dan pelajar IPT milik negeri ini daripada mengikuti kursus Biro Tata Negara (BTN) berkuat kuasa serta-merta.
1. ALAT PROPAGANDA BN/UMNO BURUKKAN PIMPINAN PAKATAN RAKYAT
2. ALAT PIHAK TERTENTU SERANG ANWAR SECARA INDIVIDU
3. ALAT MEMPERBODOHKAN ORANG MELAYU BAHAWA ADA PARTI YANG TOLONG ORANG MELAYU DAN PARTI LAIN TAK BOLEH BUAT APA-APA.
4. RACIST

Subscribe to:
Posts (Atom)