BN Sarawak jual tanah RM300 seekar untungkan kroni, sedang rakyat terbelenggu masalah tanah




king wei

KUCHING, 16 APRIL: Kerajaan Barisan Nasional Sarawak diminta menjelaskan tentang tanah tanah kerajaan dengan keluasan 16,000 ekar yang dijual kepada syarikat swasta dipercayai kroni BN dengan harga terlampau rendah sekitar RM300 setiap ekar.
Ahli Dewan Undangan Negeri Padungan, Wong King Wei, berkata berdasarkan maklumat yang diperolehi, penjualan 16,000 ekar tanah kepada syarikat kroni BN itu berlaku dalam tempoh dua tahun Tan Sri Adenan Satem menjadi Ketua Menteri Sarawak.
Beliau mendakwa tiga syarikat yang terlibat itu ialah:
1) Genuine Formation Sdn Bhd berkeluasan 3,121.33 ekar di Lundu dengan harga RM282 seekar
2) Greenpro Farm Sdn Bhd dengan keluasan 6,765.6 ekar di Balingian berharga RM300 seekar
3) Ikrar Bumi Sdn Bhd dengan keluasan 7,002.81 ekar di Tatau, Bintulu berharga RM300 seekar
“Tindakan kerajaan BN Sarawak menjual tanah negeri dengan harga terlalu rendah ini amat menyedihkan dan menimbulkan persoalan kepada banyak pihak,” ujarnya kepada Roketkini.
Setiausaha Publisiti DAP Sarawak itu menjelaskan, penjualan tanah dengan harga RM300 seekar tidak masuk akal sama sekali kerana nilai tanah berstatus pertanian di Sarawak berharga sekitar RM3,000 hingga RM8,000 seekar dan bergantung kepada akses perhubungan jalan.
“Kita melihat tindakan Adenan menjual tanah-tanah kerajaan ini dengan murah semata-mata untuk memperkayakan lagi kroni-kroni BN,” kata beliau.
Menyifatkan BN Sarawak hanya mempertahankan ‘periuk nasi’ kroni mereka semata-mata, King Wei turut mempersoalkan sikap BN Sarawak yang tidak peduli untuk menyelesaikan masalah hak milik tanah yang sering berlaku terutamana kepada rakyat di kawasan luar bandar.
“Terlalu ramai rakyat Sarawak yang masih tiada hak milik tanah dan bergantung kepada Tanah Hak Adat (NCR), malah itupun dirampas.
“Jadi kita sangat kecewa apa yang dilakukan BN Sarawak ini jelas untuk membantu kroni-kroni mereka sahaja,” ujar beliau. – Roketkini.com

Siaran Langsung: 'Laporan PAC 1MDB: Najib - Bersubahat atau Tidak Bersalah?

Bagaimana anak muda menyambut mahathir




Bagaimana anak muda menyambut mahathir

Di temui di sekitar Jalan Genting Kelang dan Pasar Seni... yakin ia mula akan merebak.... Mahathir lawan Najib...
bullocks
A young male cow, British slang meaning "Bullshit" or "non-sense", also used to man "Bully" or "enemy", and lastly, is used as an exclamatory for mistakes.
"Ye shall offer 2 newborn bullocks..."
"That's bloody Bullocks, no such word as alouicious!"
"The Gin-- Awww bullocks!"
by Eva 02 December 08, 2003
bullshit; nonsense; balderdash
Slang from Britain that means bullshit
I can't believe they lost the game! That's such bullocks.
by Guy McDonovan Dec 2013
Lanjut klik http://chegubard.blogspot.my/2016/04/anak-muda-mahukan-perubahan-4?m=1

Rafizi dibenar bela diri, seronok nak jumpa Najib dan Rosmah di mahkamah


Rakyat gembira nak tengok PM di mahkamah kata RafiziRakyat gembira nak tengok PM di mahkamah kata Rafizi
Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli diberi kebenaran oleh mahkamah untuk membela diri dalam kes saman Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak terhadapnya.
"Seronoknya nak berjumpa Najib Razak dan Datin Seri Rosmah dari dalam kandang (saksi)," kata Rafizi dalam satu kenyataannya semalam.
Keputusan ini katanya menjadikan cita-cita rakyat Malaysia mahu melihat Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor berada di dalam kandang saksi di mahkamah dimakbulkan juga.
"Mahkamah tinggi hari ini menolak permohonan Perdana Menteri dan isteri untuk membatalkan pembelaan "fair comments" saya.
"Mahkamah seterusnya mengarahkan supaya kes saman oleh Perdana Menteri itu dibicarakan di dalam mahkamah terbuka," katanya.
Beliau seterusnya menjelaskan bagi mereka yang kurang biasa dengan undang-undang dan saman, apabila seseorang mengemukakan saman (plaintiff), dia akan membuat Penyataan Tuntutan menyenaraikan perkara apa yang hendak disaman dan kenapa perkara-perkara itu memalukannya.
Orang yang disaman (defendan) pula katanya, berhak memfailkan penyataan balas yang disebut Penyataan Pembelaan yang menerangkan kenapa apa yang diperkatakan itu bukan fitnah dan beliau berhak membuat komen tersebut.
Dalam kes saman Najib Razak keatasnya kata Rafizi, Najib dan isteri menyaman beliau.
"Kemudian beliau dan isteri memfailkan permohonan agar mahkamah membatalkan penyataan pembelaan saya supaya saya tidak dapat membela diri, mahkamah seterusnya mengarahkan supaya kes saman oleh Perdana Menteri itu dibicarakan di dalam mahkamah terbuka," terangnya.
"Alhamdulillah hari ini pihak mahkamah mengarahkan supaya ia melalui perbicaraan penuh dan saya dibenarkan membela diri dan saya sungguh seronok nak berjumpa Najib Razak dan Datin Seri Rosmah dari dalam kandang (saksi)," katanya.

RAFIZI ANCAM DEDAH NAMA INDIVIDU DIKEHENDAKI SKANDAL 1MDB

DARIPADA 'PELABURAN KEPADA SUMBANGAN' TIDAK MEMBERI APA-APA MAKNA KEPADA NAJIB

Sepanjang hari ini seronok benar golongan pemakan dedak dengan berita Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al Jubeir yang mengatakan wang yang diterima Najib Razak memang datang daripada negara itu.

"Kami sedar tentang derma itu dan ia memang benar-benar sumbangan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Dan kami juga sedar bahawa Peguam Negara Malaysia telah menjalankan siasatan teliti mengenai perkara itu dan mendapati tiada salah laku.

"Justeru, setahu kami, isu itu ditutup," katanya kepada wartawan Malaysia selepas mengadakan pertemuan dua hala dengan Najib sempena Sidang Kemuncak OIC di Turki.

Wah...seronok benar mereka, terutama Azalina Othman Said yang pantas mengatakan dengan ini bermakna semua dakwaan terhadap Najib adalah palsu belaka dan Setiausaha Akhbar Najib, Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad yang terus menyalahkan Tun Mahathir dan media-media barat serta menggesa mereka memohon maaf kepada Najib.

Sementara pemakan dedak gembira ria dengan berita  yang seolah-olah sudah menyelamatkan Najib itu, ada beberapa perkara yang boleh dipersoalkan mengenai pengakuan Adel Al Jubeir itu.

Kenapa hanya baru sekarang Adel Al Jubeir mengatakan wang yang diterima Najib itu berupa sumbangan?

Bukankah beliau juga pada Januari  lalu yang mengatakan wang yang sama adalah suatu pelaburan?

Sekarang sudah tukar kaa Ya Sheikh?

Lebih menghairankan perubahan pendirannya itu dilakukan selepas mengadakan pertemuan dengan Najib?

Kenapa sebelum ini atau sejak Januari lalu apabila mengatakan ianya pelaburan, beliau tidak pernah berkata apa-apa atau cuba mengubah pendiriannya?

Kenapa berubah pendirian selepas bertemu Najib? Kenapa tidak sebelum ini?

Malah, Gabungan Ketua-Ketua Cawangan Malaysia atau GKCM juga pernah menghantar memorandum kepada Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur pada 25 Februari lalu meminta penjelasan mengenai wang yang diterima Najib itu, tetapi mengapa tidak berjawab sehingga sekarang?

Alih-alih selepas mengadakan pertemuan dengan Najib di Turki, Adel Al Jubeir mengatakan ia berupa sumbangan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. 

Ini betul-betul pelik bin ajaib. Pasti  unta-unta di padang pasir pun turut terkejut sama dengan perubahan Adel Al Jubeir itu.

Apakah perubahan kenyataan  Adel Al Jubeir daripada pelaburan kepada sumbangan dibuat atas permintaan Najib?

Lebih menghairankan ialah apabila Adel Al Jubeir juga menyatakan Peguam Negara Malaysia sudah menjalankan siasatan dan mendapati tiada salah laku melibatkan Najib.

Ehhhh....ini dah mirip skrip yang selalu diutarakan oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan media arus perdana dalam Malaysia selama ini.

Di samping itu, kenyataan Adel Al Jubeir yang mengatakan sumbangan tersebut datangnya daripada Arab Saudi juga lebih bersifat umum. Beliau hanya mengatakan datang daripada negara itu, tetapi tidak pula menyebut ia sumbangan pemimpin, kerabat diraja atau mana-mana tokoh terkayanya.

Harap kita tidak lupa bahawa pemilik PetroSaudi, Putera Turki Abdullah Al Saud yang ada perjanjian perniagaan dengan 1MDB juga berasal daripada Arab Saudi.

Adel Al Jubeir turut tidak menyebut langsung fakta yang diumumkan oleh Peguam Negara, Apandi Ali bahawa Najib sudah memulangkan semula sebanyak RM2,030 juta kepada pendermanya atas alasan ia tidak digunakan.

Mengapa fakta itu tidak disebut oleh beliau?

Yang harus disedari ialah pengakuan Adel Al Jubeir itu sudah tidak bermakna apa-apa lagi kepada Najib berikutan isu kehilangan wang sebanyak AS$3.51 bilion atau kira-kira RM14,000 juta yang dibayar oleh 1MDB kepada syarikat palsu, Aabar BVI sudah pun diakui kebenarannya dan sedang disiasat oleh banyak pihak berkuasa di peringkat antarabangsa.

Sebagaimana yang didedahkan oleh WSJ dan Sarawak Report sebelum ini, mereka percaya wang yang masuk ke akuan peribadi Najib itu adalah berasal daripada 1MDB yang tiba-tiba hilang selepas dimasukkan ke akaun bank  Aabar BVI.

Sekarang, di mana wang tersebut terus menjadi misteri kepada seluruh dunia. Tetapi dengan penyiasatan di beberapa negara yang nampaknya mula menunjukkan perkembangan positif, kebenaran pasti akan terserlah juga akhinya.

Dengan peredaran masa, sama-samalah kita tunggu sama ada wang yang dikatakan sumbangan itu, dengan mula-mula angkanya adalah RM2,600 juta tetapi kemudian meningkat kepada RM4,200 juta, benar-benar merupakan derma atau apa jenisnya?

Ketika itu juga, mungkin Adel Al Jubeir akan menukar kenyataannya sekali lagi. Siapa yang biasa berurusan dengan Pak-Pak Arab, pasti lebih faham perangai mereka itu. (SH 15/04/2016).

AMANAH YAKIN BERI CABARAN SENGIT PRN SARAWAK

Dapatkan booklet bukti skandal balak Kelantan

Dapatkan booklet bukti skandal balak Kelantan


Setelah menanti sekian lama akhirnya berjaya dicetak booklet 24 muka surat terkandung fakta dan bukti bersangkutan skandal Balak Kelantan. Masa diambil agak lama untuk mengumpul dana sendiri sesama anggota SAMM dan sumbangan kenalan untuk mencetak 25,000 booklet ini.

5,000 telah dibawa oleh Mohd Afiq ke Kelantan malam tadi untuk edaran di Kelantan dan bagi yang lain boleh didapati secara pos. Bagi yang berminatsila klik sini.

Selepas membaca membaca booklet ini pasti semua pelik bagaimana dokumen selengkap ini tidak mampu mengheret sesiapa bukan untuk didakwa tetapi untuk siasatan pun tidak berbunyi langsung.

Memetik kenyataan Mohd Afiq yang melaporkan kes ini ke SPRM "saya disoal siasat berjam jam sebaliknya pelaku yang dilaporkan bebas sehingga hari ini...saya ingat kembali cerita teman - teman yang buat laporan terhadap kepincangan pemimpin Bn.... kini saya rasa membuat laporan kepada pemimpin Pas tak ubah seperti membuat laporan kepada pemimpin Bn yang dilindungi.."

Ingatkah kita berkenaan tuduhan rasuah menerima rasuah pergi mengerjakan haji terhadap Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat ? tanpa bahan bukti hanya laporan kosong tetapi hanya beberapa jam diperlukan untuk Pengarah SPRM mengeluarkan kenyataan termasuk Umno buat buat demonstrasi depan Pejabat MB... tetapi berbeza kes ini , bukti diberikan tetapi semua didiamkan. Adakah ini antara 'deal' hubungan baik dan apabila Hadi sedondon dengan Najib ?

Untuk pengetahuan semua bahan bukti yang dicetak ini hanya sebahagian kecil dari bukti yang wujud. Kami masih menyimpan bukti termasuk resit asal kemasukan 'wang rasuah' yang dimasukkan ke bank. Bukan sahaja pemimpin politik pegawai kerajaan juga terlibat.

Untuk mendapatkan booklet bukti skandal balak sila klik http://chegubard.blogspot.my/2016/04/dapatkan-buku-bukti-mahathir-punca.html