Sorakan pecat ahli keluar dewan riuhkan kongres PKR



KONGRES PKR | Hadirin yang terus berada di Kongres PKR selepas sejumlah penyokong Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali meninggalkan dewan, bersorak agar mereka yang keluar dipecat.

Ia terjadi ketika perwakilan Wilayah Persekutuan Che Zam Hamzah berucap.

Che Zam dalam ucapannya berkata dia ingin mengusulkan agar anggota parti yang meninggalkan dewan dirujuk kepada lembaga disiplin parti.

"Saya mahu mereka-mereka ini dibawa ke lembaga disiplin," kata Che Zam yang disambut tepukan gemuruh hadirin.

"Kerana mereka (yang meninggalkan dewan) tidak mematuhi peraturan parti dan tidak mematuhi kepada persefahaman PH," katanya.

Pada ketika itu, hadirin mula berdiri dan bersorak "Pecat, pecat ", sebelum diminta bertenang oleh timbalan pengerusi tetap kongres Othman Karim.

"Silakan duduk, bertenang. Pengerusi tetap juga pengerusi lembaga disiplin, mesej diterima," kata Othman.

Perwakilan Wilayah Persekutuan Che Zam Hamzah.
Che Zam dalam ucapannya sebelum itu mengecam pihak yang menurutnya berkemungkinan cuba menghalang Presiden PKR Anwar Ibrahim dari menjadi perdana menteri kelapan.

"Jangan ada sekelumit yang menghalang (Anwar jadi perdana menteri). Kita boleh berbeza pendapat, tapi menghalang, melalui pintu apa sekali pun, untuk presiden kita menjadi perdana menteri kelapan.

"...Tiada kompromi tentang itu," katanya.

"Saya sudah puas melihat penghinaan terhadap presiden kita. Enough is enough," katanya lagi yang terus disambut tepukan gemuruh hadirin yang berdiri.

Sehari sebelum kongres PKR bermula, Anwar dan Azmin berjumpa dan dilihat mencapai kata sepakat untuk berdamai.

Ketika menyampaikan ucapan dasar, kedua-dua mereka juga dilihat menyeru agar penyokong masing-masing berdamai.

Bagaimanapun, sejumlah perwakilan dilihat menghalakan kritikan kepada Azmin ketika mengambil alih pentas perbahasan, yang seterusnya menyebabkan sejumlah hadirin kongres meninggalkan dewan.

Perwakilan tinggalkan kongres, parti akan rujuk Lembaga Disiplin - Shamsul Iskandar

Perwakilan tinggalkan kongres, parti akan rujuk Lembaga Disiplin - Shamsul Iskandar




AYER KEROH: Tindakan segelintir perwakilan yang meninggalkan kongres, dipercayai kerana tidak berpuas hati akibat perbahasan yang mengkritik dan menghentam beberapa pemimpin, akan dirujuk kepada Lembaga Displin, kata Ketua Penerangannya Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin.

Bagaimanapun, beliau berkata, perkara itu akan dilaksanakan kemudian selepas berakhirnya Kongres Nasional ke-14 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

MMMMMmmmm....




Kongres Nasional PKR 2019: Ucapan Dasar Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Kalau Azmin terasa, itu masalah dia – Anwar



AYER KEROH – “Eh, itu sejarah Melayu.” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya tentang kenyataan timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa ucapan dasar presiden tidak inklusif dan menyerang ahli parti termasuk menggunakan perlambangan kisah Si Kitul.
Mengulas lanjut, Presiden PKR itu berkata, terpulang kepada Azmin untuk terasa atau sebaliknya sambil menegaskan apa yang beliau sampaikan dalam ucapan pagi tadi merupakan kenyataan sejarah dalam sulalatus salatin.
“Kalau dia terasa itu masalah dia bukan masalah saya. Itu kenyataan sejarah dalam sulalatus salatin,” katanya ketika ditemui media selepas berakhirnya perbahasan ucapan dasar presiden, hari ini.
Dalam pada itu, Anwar menafikan ucapan dasarnya menyentuh mana-mana individu secara peribadi, sehingga mengakibatkan berlakunya rasa tidak puas hati kepada sesetengah perwakilan termasuk Azmin sehingga mereka bertindak meninggal dewan.

DARI :KARTEL: KE PARTI REFORMASI ???NEGARA....mmmmmm


OLEH; HAMSINA HAMZAH


Betul ker ni?....berapa hari agaknya bertahan jika ianya jadi kenyataan. Mcm parti Selangor jer.....
TERSEBAR DLM GROUP WSAP PRO AZMIN SKRG
*SENARAI JAWATANKUASA PENAJA PARTI REFORMASI NEGARA*
Presiden: *YB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali*
Timbalan Presiden: *YB Zuraida Kamaruddin*
Naib Presiden:
1. *YB Dato' Dr. Mansor Othman*
2. *YB Dato' Sri Dr. Edmund Santhara*
3. *Chua Tian Chang*
Setiausaha Agung: *YB Dato' Mohd Rashid Hasnon*
Ketua Wanita: *YB Haniza Talha*
Ketua Pemuda: *YB Dr. Afif Bahardin*
Ahli Majlis Tertinggi:
1. *YB Dr. Daroyah Alwi*
2. *YB Azman Nasrudin*
3. *YB Azmizam Zaman Huri*
4. *YB Elizabeth Wong Keat Ping*
5. *YB Muhammad Hilman Idham*
6. *Khalid Jaafar*
7. *Zakaria Abdul Hamid*
8. *Sangetha a/p Jayakumar*
9. *Nur Hizwan Ahmad*
10. *Mohd Radzlan Jalaluddin*
Siapa berani confirm kan betul ker ni?😃

'Saya tak iktiraf kewujudan mana-mana kem dalam PKR'- Anwar

Anwar pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan dasar di Kongres Nasional PKR 2019 di sini hari ini.
A
A

MELAKA TENGAH - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan parti meraikan perbezaan pendapat namun tidak mengiktiraf kewujudan mana-mana kem.
Menurutnya, beliau tiada masalah sekiranya kepimpinan utama parti berbeza pendapat namun harus bersatu hati dalam perjuangan parti itu.
“Saya tidak iktiraf kepada (kewujudan) mana-mana kem. Ada perbezaan pendapat tidak ada salah tapi mesti bersatu. Sebelum ini saya ambil pendekatan yang sangat lembut, saya tidak kisah.
"Tapi saya ingat dalam kongres ini dan mesej yang kongres ini mahu supaya kita balik kepada landasan asal dan tekankan kepada isu sejagat," katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan dasar di Kongres Nasional PKR 2019 di sini hari ini.
Sebelum ini, PKR dilihat seolah-olah mempunyai dua kem iaitu pihak menyokong Anwar sebagai Presiden dan kem yang menyokong Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai gesaan perwakilan Sabah, Mohammad Razeff Rakimin mahu Azmin mengisytiharkan secara terbuka menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri kelapan, Anwar bagaimanapun enggan mengulas lanjut.
“Tidak pasti, saya bukan jurucakap dia,” katanya ringkas.
Semalam, dalam usul membahaskan Ucapan Dasar Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohammad Razeff mencabar Azmin agar berbuat demikian kepada semua perwakilan di kongres AMK semalam.

MANA BUKTI YANG MENGATAKAN ADA PEMIMPIN PH PERLEKEH HUDUD... MANA DIA??



Oleh : Bob Kelanang



Saya tanya soalan ni berulang kali... mana bukti yang mengatakan mana-mana pimpinan Pakatan Harapan perlekeh hudud. Mana dia?

Tapi itulah modus operandi mereka. Memaksakan naratif palsu mereka ke dalam minda masyarakat. Pembohongan di atas pembohongan. Fitnah di atas fitnah.

Kerapkali sudah dijelaskan bahawa isu berkenaan perlaksanaan hudud adalah perkara yang melibatkan perlembagaan. Isu yang melibatkan perlembagaan tidak boleh ditangani secara partisan. Ia memerlukan konsensus. Ia memerlukan suasana yang kondusif untuk melakar asas perbincangan yang bermakna.

Halangan utama perlaksanaan hudud ialah apabila ada kelompok yang suka menjadikan isu ini sebagai modal politik partisan. Selagi mana isu ini dilihat DAN ambil pendekatan secara partisan, maka ia akan selamanya kekal sebagai permainan politik divisif DAN destruktif.

Situ duduk!

PKR HARUS PUNYA DEWAN SENDIRI



Menghadiri dan menyaksikan meriahnya Kongres Nasional Keadilan di MITC, Melaka hari ini mengingatkan kepada Perhimpunan Agung UMNO ketika parti itu berkuasa dahulu.
Dalam erti kata lain, betapa meriah dan ramainya pengunjung membanjiri Perhimpunan Agung UMNO dahulu, begitulah meriah dan ramai mereka di sekitar MITC, Melaka hari ini.
Bagaimanapun, tidak diketahui bagaimana suasana Perhimpunan Agung UMNO ketika ini di mana parti itu bukan lagi pemegang kuasa dalam kerajaan.
Cuma, melalui khabar kawan-kawan, dikatakan kemeriahan seperti dulu itu sudah tiada lagi ketika ini.
Di MITC ini, setiap penjuru penuh dengan para penyokong parti dan orangramai yang datang dari seluruh negara.
Untuk bergerak ke sana sini pun terpaksa berasak-asak dan mengambil sedikit masa.
Para peniaga yang menjual pelbagai cenderamata, buku, makanan, baju dan sebagainya tidak ketinggalan memeriahkan lagi suasana.
Dengan jumlah perwakilan seramai 2,600, pemerhati 1,500 dan ditambah lagi pas di saat-saat akhir sebanyak 3,000, tetamu jemputan serta media daripada seluruh dunia, dewan MITC terasa kecil jadinya.
Yang lebih mengujakan, setiap kali diteriakkan perkataan “Reformasi” atau “Lawan Tetap Lawan” di dalam dewan, mereka yang di luar dewan juga turut sama melaungkannya dengan penuh semangat.
Tidak dinafikan, kemeriahan kongres ini bukan saja kerana PKR kini sudah menjadi kerajaan dengan penampilan sebagai parti terbesar dan paling dominan dalam PH, tetapi juga disebabkan ramai yang ghairah dan bersemangat untuk memberi sokongan kepada Presiden parti itu, Anwar yang bakal mengambil alih teraju pentadbiran negara daripada Tun Mahathir pada tahun depan.
Dengan itu, cuba bayangkan bagaimana tambah meriahnya lagi Kongres Nasional PKR tahun depan setelah Anwar disahkan menjadi Perdana Menteri?
Untuk itu, demi keselesaan dan sebagai lambang kedudukan PKR sebagai parti dominan dalam PH yang menguasai kerajaan, rasanya sudah sampai masa untuk parti itu berfikir ke arah memiliki bangunan dan dewan sendiri seperti PWTC.
Lagi pun dengan usia sudah 20 penubuhannya dan sokongan pelbagai kaum juga makin mengukuh, PKR tidak harus menoleh ke belakang lagi dalam perjuangannya.
Dengan memiliki bangunan serta dewan sendiri segagah PWTC, PKR pasti lebih mampu ke depan meneruskan perjuangan, selain dapat memberi keselesaan dan kebanggaan kepada ahli dan penyokong itu daripada seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.
Lagi pula, berbanding parti-parti lain, hanya PKR yang ada cawangan dan cabang di semua 222 kawasan Parlimen dalam negara. (ShahbudinHusin 07/12/2019)

MEMALUKAN

Oleh :Miqdad Zakaria.



Ma syaa Allah.. Inilah bukti yang Allah dedahkan kepada kita semua..

Sangat memalukan..!

Hi hi..

Zuraidah 'tolak ' Buku Anwar PM8 ***




Selagi Jantung Berdenyut

Zuraidah 'tolak ' Buku Anwar PM8
***

Sori saya tidak mahu..Begitulah 'manisnya' bahasa YB Zuraidah dengan isyarat tangan sekali. 

Amboi..Kak Zu..saya sangka Kak Zu sudah berlapang dada rupanya mungkin 'ada yang tersimpan ngok ..ngek dalam hati'.

Walaupun ramai 'orang keliling' Kak Zu tersengih-tersengih melihat aksi saya dan Kak Zu..langsung tidak terkesan di hati saya.

Nota:- Saya  cuba menghadiahkan buku 
Buku Anwar PM8  kepada beliau sebentar tadi. Namun ditolak dengan 'jelingan manja'

Alahai Kak Zu...Kata udah berdamai-

***
#taksukajanganmenghina
#DSANWARPM8
#Jangantakutdenganbuku

TAHNIAH

TAHNIAH
Abg Mat kekal sebagai presiden dan Hj Sallehuddin sebagai timbalan presiden Parti Amanah Negara bagi penggal 2019-2022.

Manakala Datuk Mahfuz Omar, Datuk Seri Mujahid Yusof dan Datuk Hasanuddin Yunus pula kekal sebagai naib presiden.

Keputusan pemilihan lima jawatan tertinggi Amanah ini diumumkan oleh speaker Konvensyen Nasional Amanah 2019, Onn Jaafar.
#Konvensyen4Amanah
#Journal

SUASANA SAMA MACAM PARTI PEMERINTAH DULU

KREDIT FOTO SHAHBUDIN HUSSIN


Imej mungkin mengandungi: 6 orang, dalaman
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, orang ramai dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang ramai dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang ramai, langit dan luaran

Tarik balik kemudahan Ahli Parlimen gagal isytihar harta - Mahfuz

Tarik balik kemudahan Ahli Parlimen gagal isytihar harta - Mahfuz



Mahfuz berkata ia termasuklah peruntukan pembangunan yang diberikan kepada ahli parlimen sama ada daripada kerajaan ataupun pembangkang. - Gambar fail








SHAH ALAM: Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar pada Jumaat mencadangkan satu peruntukan baharu dalam undang-undang agar kemudahan yang disediakan kepada ahli Parlimen, kecuali elaun, ditarik balik sekiranya mereka gagal mengisytiharkan harta.

Beliau, yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia berkata, ia termasuklah peruntukan pembangunan yang diberikan kepada ahli Parlimen sama ada daripada kerajaan ataupun pembangkang.
"Sebaliknya (peruntukan pembangunan) diberikan melalui saluran lain untuk terus membangunkan kawasan yang mereka wakili kerana mereka sudah tidak mempunyai amanah dan integriti kerana gagal isytihar harta," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perasmian Konvensyen Nasional Parti Amanah Negara (Amanah) di sini, pada Jumaat.

Pada Khamis, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata, semua 139 ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) telah mengemukakan borang akuan pengisytiharan harta kepada Dewan Rakyat setelah tempoh berbuat demikian berakhir Khamis.
Mereka antara 160 ahli Parlimen yang telah menyerahkan borang akuan itu selain Barisan Nasional (BN) seramai tiga orang, Gabungan Parti Sarawak (GPS) (14); Parti Sarawak Bersatu (PSB), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) masing-masing satu.

Sementara itu, seramai 62 ahli Parlimen lagi belum berbuat demikian iaitu BN 38 orang, PAS (18), GPS (tiga), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) (satu) dan bebas dua.

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata antara kemudahan lain beliau fikirkan tidak layak dinikmati ahli Parlimen yang gagal mengisytiharkan harta ialah seperti rawatan hospital dan permit import (AP) kereta.

Ditanya sama ada beliau akan membawa perkara itu sebagai Rang Undang-undang Ahli Persendirian, Mahfuz berkata adalah terserah kepada bidang kuasa Parlimen dan menteri yang bertanggungjawab serta speaker Dewan Rakyat untuk membuat cadangan itu kepada kerajaan.

"Saya tidak bawa itu, terserah kepada pihak Parlimen, menteri yang bertanggungjawab untuk jaga Parlimen dan speaker untuk membuat cadangan kepada kerajaan.

"Tapi kalau peruntukan pembangunan saya fikir ini tidak perlu pindaan, sebab peruntukan ini dibuat di bawah bidang kuasa Perdana Menteri dan Perdana Menteri boleh tarik balik peruntukan yang boleh diberikan kepada MP (ahli parlimen) yang gagal isytihar harta," katanya.

-- BERNAMA

PERUMAHAN FELDA ERA UMNO/BN RM 692 JUTA HILANG RUMAH TIADA !!!

PERUMAHAN FELDA ERA UMNO/BN
RM 692 JUTA HILANG RUMAH TIADA !!!
Pada Isnin 02/12/2019, Laporan KETUA AUDIT NEGARA 2018 mendedahkan :
Tiada penerangan foto disediakan.



Hanya 1,498 buah rumah yang dibina FELDA. Di bawah Projek Rumah Generasi Baru Felda (PGBF) perjanjian kontraknya ialah membina 20,000 unit rumah.
Paling meragukan, 87% daripada peruntukan dana telah digunakan. Daripada 1,498 unit yang dibina, cuma 792 unit telah diserahkan. Ini bermakna, hanya 4% daripada 20,000 unit rumah telah diserahkan kepada peneroka Felda.
Ini juga bermaksud, RM757.86 juta adalah kos pembinaan 1,498 unit rumah tersebut. Oleh itu kos seunit rumah adalah RM505,914 ! Rumah bernilai setengah juta ringgit sudah tentu sebuah banglo mewah untuk keluarga peneroka !
Tetapi, golongan peneroka tidak mendapat rumah mewah sebaliknya hanya memperolehi sebuah rumah berharga dalam linkungan RM50,000.
Berdasarkan peruntukan RM870 juta untuk membina 20,000 rumah kepada peneroka Felda, kos sebenar sebuah rumah secara purata adalah lebih kurang RM43,500. Kos yang sepatutnya digunakan untuk membina 1,498 rumah PGBF hanyalah RM65 juta.
Pembinaan menunjukkan 1,498 unit rumah dibina dengan kos RM757.86 juta. Ianya bermadsud RM692 juta telah hilang dalam perlaksanaan projek tersebut !
Laporan Audit Negara 2018 juga mendedahkan bahawa syarikat pemaju projek PGBF telah dilantik secara rundingan terus, tanpa kelulusan muktamad Kementerian Kewangan.
Isa Samad, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, telah dilantik sebagai pengerusi Felda mulai 1 Januari 2011 oleh Pejabat Perdana Menteri ketika pentadbiran DS Najib Razak.
Pada Januari 2017 Shahrir Abdul Samad menggantikan Isa Samad setelah Felda rugi berbilion bertahun-tahun.
Semakin banyak terbongkar penyelewengan kewangan terhadap pelbagai entiti Melayu dilakukan oleh UMNO/BN ketika mentadbir Msia.
Skuad #JM
07/12/19
Sumber Asal << LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2018

ADAKAH INI PERBUATAN TEAM HILMAN?


Imej mungkin mengandungi: 1 orang, berdiri dan dalaman
Team Hilman mula provokasi dan pukul seorang budak Cina yang bertugas sebagai pasukan keselamatan program di pintu masuk.
Sampai koyak baju budak tu. Sebelum budak Cina ini dipukul, ada seorang lagi budak Melayu yang baru tamat sekolah ditarik dan ditahan oleh Team Hilman.
Sila rujuk video di Malaysia Gazette.
Kemudian barulah kawan2 geng baju hitam keluar dewan mempertahankan team mereka.
Game lama la Man oi.
Ini zaman baharu. Jangan terbawa2 provokasi zaman mahasiswa.

Anwar Ibrahim: Ucapan Majlis Makan Malam 20 Tahun Reformasi Di Melaka



APABILA PARTI BERTAMBAH KUAT DAN SEMAKIN RAMAI AHLI TENTULAH BERTAMBAH RAGAM DAN KARENAH




KEADILAN adalah salah satu parti yang berada di dalam kerajaan sekarang serta memiliki jumlah MP terbanyak di Parlimen.  Rekod juga menunjukkan keahlian di dalam parti reformasi ini semakin bertambah.

Apabila parti bertambah besar sudah tentu cabarannya bertambah, apatah lagi parti ini ibarat tunjang di dalam PH.  Ibarat di dalam keluarga, semakin bertambah anak maka semakin banyak ragamnya.  Jangan harapkan semua anak baik-baik dan tidak nakal.  Begitu juga parti.  Itu biasa.

Apa yang penting, apabila berlaku sesuatu yang tidak baik, bagaimana kita menguruskannya?  Merujuk kepada apa yang berlaku sewaktu kongres AMK semalam, saya amat bersetuju dengan kenyataan pantas Presiden Keadilan, Dato' Seri Anwar Ibrahim.  Beliau menegaskan, parti tidak akan berkompromi dengan sebarang perbuatan mensabotaj atau mengganggu perjalanan kongres.  Kekecuhan yang berlaku akan disiasat dan tindakan pecat dari parti akan diambil tethadap pelaku.  Bahkan, Anwar minra pihak Polis juga menyiasat kekecuhan ini jika ianya berada di bawah kawalan polis.  Ini satu penegasan yang terbaik tidak mengira siapa dan dari pihak mana.  Itu cara menangani masalah disiplin di dalam parti.

Parti Keadilan adalah parti reformasi yang lahir di jalanan.  Boleh dikatakan ini parti "anak jantan".  Anak-anak muda bergaduh itu perkara biasa tetapi parti tetap akan berusaha mendisiplinkannya.  Membiarkan ia berterusan berlaku bererti parti ini tidak bertanggungjawab.  Imej parti tidak tercalar jika berlaku sedikit pergaduhan, di padang bola pun boleh berlaku pergaduhan, tetapi imej parti akan tercemar jika kita merestui perbuatan ini dan tidak melakukan apa2. 

Puak lebai seronok memainkan isu pergaduhan sekitar 20 minit ini.  Mereka bergaduh tetapi tidaklah sampai mengkapirkan, melaknat dan memunafik harbikan di antara satu sama lain seperti berlaku di dalam muktamar lebai.  Lebai jual agama kalau mereka tidak sependapat.  Keadilan tidak sampai ke tahap itu.  Kita akui ada kelemahan dan kita bertindak tegas. 

Apa pun syukur, kejadian sekitar 20 minit tidak mengganggu perjalanan mesyuarat.  Korum cukup, perbahasan dan usul dibawa dengan baik dan akhirnya ditutup secara resminya oleh Kak Wan dengan baik. 

Hari ini dan esok, adalah yang terpenting.  Sesiapa yang ada niat untuk mengganggu kongres hari ini dan esok, elok lupakan atau tidak perlu hadir dan lebih baik teruskan kongres semburit di KL seperti yang kamu rancang dulu. 

WFAUZDIN NS


AGENDA MEMALUKAN ANWAR DAN MELEMAHKAN PKR.MUNGKIN BERULANG LAGI.



Ketegasan Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan keras, termasuk pecat keahlian, selain mahu polis bertindak sewajarnya terhadap mereka yang mencetuskan pergaduhan dalam Kongres AMK, ia adalah tindakan tepat dan harus diberikan pujian.
Ini kerana, beliau kini tidak boleh bertolak ansur lagi terhadap mana-mana pihak yang cuba melemahkan parti serta cuba memalukannya.
Setelah diperolehi bukti-bukti, pelaku dan dalang di sebalik kejadian pergaduhan itu sudah wajib dipecat dan disingkirkan daripada parti.
Hanya dengan cara begitu dapat memastikan PKR aman damai selepas ini.
Ikut logiknya, setelah Azmin Ali datang berjumpa Anwar untuk berdamai dengan menyatakan sedia hadir ke Kongres PKR serta permintaannya untuk merasmikan Kongres Wanita dan AMK ditunaikan, tidak patut ada sebarang kekecohan berlaku lagi.
Malangnya, Kongres AMK hari ini telah dicemari dengan pergaduhan yang seolah-olah sengaja dicetuskan, walhal ketika majlis perasmian malam semalam oleh Azmin yang begitu gah dengan turut ditemani oleh Zuraidah Kamaruddin dan Tian Chua, segala-galanya nampak aman dan tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini.
Kenapakah tiba-tiba hari ini berlaku pergaduhan dengan muncul pula geng baju hitam serta baju merah yang bertulis AA di sekitar Kongres AMK?
Apakah perlunya lagi provokasi seperti itu jika Azmin sudah berdamai dengan Anwar?
Susulan pergaduhan pada sebelah pagi tadi, Timbalan Ketua AMK, Hilman Idham dan penyokongnya telah mengambil keputusan tidak hadir mesyuarat pada sebelah petang atas alasan keselamatan.
Hakikatnya, soal keselamatan itu hanyalah alasan saja kerana Hilman dan penyokongnya memang sejak awal dikhabarkan merancang mahu memboikot majlis perasmian oleh Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Bermakna, meskipun perasmian telah diserahkan kepada Azmin atas kapasitinya sebagai Timbalan Presiden PKR dan Dr. Wan Azizah melakukan majlis penutup, tindakan boikot tetap juga diteruskan.
Cuma, alasan keselamatan telah dijadikan sandaran untuk melakukan pemboikotan itu.
Tidak lain, pemboikotan dan mencetuskan huru-hara itu hanyalah untuk memalukan Anwar dan menampakkan PKR sedang berpecah di mata rakyat.
Dalam hal ini, Anwar dan pimpinan PKR harus berwaspada dan siap siaga dalam Kongres Nasional PKR pada esok dan lusa.
Jika hari ini mereka boleh mencetuskan kekacauan dan pergaduhan dalam Kongres AMK, tidak mustahil ia dicetuskan pula, mungkin pada skala yang lebih besar dan ganas dalam Kongres Nasional PKR esok.
Malahan terdapat maklumat rambang yang mengatakan ada berpuluh-puluh bas daripada seluruh negara dijangka akan sampai ke Melaka malam ini atau pagi esok yang ditaja oleh pihak-pihak tertentu.
Ada kemungkinan mereka ini sengaja dihadirkan untuk mencetuskan pergaduhan dan huru-hara dengan satu tujuan berterusan sebagaimana disebut awal tadi – memalukan Anwar dan melemahkan PKR.
Jika itu berlaku, sekali lagi pemboikotan bakal terjadi di kongres esok, sama seperti di Kongres AMK, alasannya adalah keselamatan juga.
Kalau dua tindakan boikot itu berjaya dilakukan, ia sama seperti kejayaan menganjurkan kongres berasingan sebagaimana dirancang sebelum ini.
Dengan demikian, berdendanglah mereka kemudiannya dengan mengatakan Presiden PKR itu tidak layak menjadi Perdana Menteri menggantikan Tun Mahathir Mohamad kerana partinya sendiri pun tidak mampu dikawalnya.
Bukan mahu menuduh, tapi berdasarkan apa yang terjadi hari ini, ternampak bahawa perdamaian yang dihulur dua hari lalu hanyalah sandiwara saja.
Itu pun nasib baik Anwar difahamkan hanya setuju dengan permintaan untuk membenarkan Azmin merasmikan Kongres AMK dan Wanita saja, manakala dua tiga permintaan lain seperti mengubah jurucakap negeri-negeri tidak mudah dilayannya.
Maka itu, sebagai langkah tegas yang berterusan, selain pelaku yang mencetuskan pergaduhan mesti dicari, diserahkan kepada pihak polis, dihukum serta dipecat keahliannya dalam PKR, dalang besar dan dalang kecil juga jangan sesekali dilepaskan.
Tindak-tanduk mereka setelah beroleh kuasa dan dengan mudah melupai agenda reformasi yang diperjuangkan sejak 20 tahun lalu, bererti PKR bukanlah lagi tempat yang sesuai buat mereka. (ShahbudinHusin 06/12/2019)