PERUMAHAN FELDA ERA UMNO/BN RM 692 JUTA HILANG RUMAH TIADA !!!

PERUMAHAN FELDA ERA UMNO/BN
RM 692 JUTA HILANG RUMAH TIADA !!!
Pada Isnin 02/12/2019, Laporan KETUA AUDIT NEGARA 2018 mendedahkan :
Tiada penerangan foto disediakan.



Hanya 1,498 buah rumah yang dibina FELDA. Di bawah Projek Rumah Generasi Baru Felda (PGBF) perjanjian kontraknya ialah membina 20,000 unit rumah.
Paling meragukan, 87% daripada peruntukan dana telah digunakan. Daripada 1,498 unit yang dibina, cuma 792 unit telah diserahkan. Ini bermakna, hanya 4% daripada 20,000 unit rumah telah diserahkan kepada peneroka Felda.
Ini juga bermaksud, RM757.86 juta adalah kos pembinaan 1,498 unit rumah tersebut. Oleh itu kos seunit rumah adalah RM505,914 ! Rumah bernilai setengah juta ringgit sudah tentu sebuah banglo mewah untuk keluarga peneroka !
Tetapi, golongan peneroka tidak mendapat rumah mewah sebaliknya hanya memperolehi sebuah rumah berharga dalam linkungan RM50,000.
Berdasarkan peruntukan RM870 juta untuk membina 20,000 rumah kepada peneroka Felda, kos sebenar sebuah rumah secara purata adalah lebih kurang RM43,500. Kos yang sepatutnya digunakan untuk membina 1,498 rumah PGBF hanyalah RM65 juta.
Pembinaan menunjukkan 1,498 unit rumah dibina dengan kos RM757.86 juta. Ianya bermadsud RM692 juta telah hilang dalam perlaksanaan projek tersebut !
Laporan Audit Negara 2018 juga mendedahkan bahawa syarikat pemaju projek PGBF telah dilantik secara rundingan terus, tanpa kelulusan muktamad Kementerian Kewangan.
Isa Samad, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, telah dilantik sebagai pengerusi Felda mulai 1 Januari 2011 oleh Pejabat Perdana Menteri ketika pentadbiran DS Najib Razak.
Pada Januari 2017 Shahrir Abdul Samad menggantikan Isa Samad setelah Felda rugi berbilion bertahun-tahun.
Semakin banyak terbongkar penyelewengan kewangan terhadap pelbagai entiti Melayu dilakukan oleh UMNO/BN ketika mentadbir Msia.
Skuad #JM
07/12/19
Sumber Asal << LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2018

No comments: