Memperbaharui harapan di tengah-tengah ketidakpedulian politik: Sebuah refleksi tentang perjalanan Malaysia untuk perubahan

 

Masa depan Malaysia bergantung kepada keazaman kita bersama dalam mengejar wawasan kemajuan dan keterangkuman

By

 Christopher Chong

 


BENEDICT LOPEZ

Follow us on our Malay and English WhatsApp, TelegramInstagramTiktok and Youtube channels.

Baru-baru ini, saya menghadiri perhimpunan Tahun Baru Cina dengan rakan-rakan dari zaman sekolah rendah saya.

Perbualan kami, yang pada mulanya penuh dengan kenangan nostalgia dan saling berkongsi tentang kehidupan kami sekarang, bertukar suram apabila mula bersembang tentang suasana politik semasa Malaysia.

Peralihan suasana ini mencerminkan sentimen kekecewaan yang lebih luas tentang landskap politik sekarang. Ia semakin ketara selepas pilihan raya umum 2018 serta janji-janji Pakatan Harapan yang nampaknya tidak mahu ditepati.

Sikap tidak peduli tentang politik, yang dapat dikesan dalam perbualan seharian serta di seluruh media sosial, mencerminkan kekecewaan yang mendalam terhadap reformasi cukup perlahan yang dijanjikan.

Ungkapan seperti “reformati” dan uar-uar untuk menjauhkan diri daripada terlibat dengan pilihan raya akan datang mencadangkan keputusasaan kolektif yang dialami. Ungkapan sebegitu menandakan ada godaan untuk melepaskan diri daripada tanggungjawab demokrasi kita.

Namun, adalah penting untuk menghadapi sikap tidak peduli ini. Kita perlu memahaminya sebagai antitesis kepada semangat dalam memangkin perubahan bersejarah landskap politik Malaysia. Pilihan raya umum 2018 bukan sekadar acara politik; ia adalah suar harapan – detik di mana rakyat Malaysia, merentasi spektrum, bersatu di bawah panji perubahan, mencabar kuasa rejim autoritarian yang berakar umbi.

Pencapaian penting ini digapai kerana keengganan kita untuk tunduk kepada sikap ketidakpedulian itu. Ia adalah bukti di mana wujudnya kuasa serta tindakan kolektif dalam mengejar pendemokrasian.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran

·         Become an Aliran member

Tel: 04-658 5251 email: aliran.malaysia@yahoo.com

Berdepan dengan kekecewaan yang ada sekarang, ia terlalu mudah untuk mengisytiharkan bahawa tiada apa yang berubah, dalam melihat masa kini melalui lensa yang penuh dengan kesinisan.

Namun, pandangan sebegitu mengabaikan wujudnya anjakan halus namun cukup ketara yang telah berlaku. Landskap politik pasca 2018 telah mengubah, memastikan tiada satu gabungan politik pun boleh menggunakan kuasa yang tidak terkawal seperti yang pernah dilakukan oleh Barisan Nasional.

READ MORE:  Reformati? Ayat terakhir 'SteadyAku47' Hussein Hamid sepatutnya menggerakkan kita untuk bertindak

 

Dinamik baharu ini memaksa parti politik memperoleh dan mengekalkan kepercayaan rakyat. Ia juga menandakan model tadbir urus yang lebih bertanggungjawab dan responsif.

Bukan itu sahaja. Pemansuhan hukuman mati mandatori dan pelonggaran sedikit sekatan terhadap perbezaan pendapat orang ramai menandakan perbezaan dengan masa lalu – perlahan namun pasti.

Advokasi awam dan kewaspadaan masyarakat sivil dalam memacu perubahan ini menyerlahkan evolusi demokrasi kita yang berterusan.

Jalan ke arah Malaysia yang lebih adil dibuka dengan usaha mereka yang berani untuk berharap, mencabar status quo dan membayangkan masa depan yang lebih baik.

Ia sebuah perjalanan yang memerlukan penglibatan aktif. Kita boleh melakukan ini dengan menyokong usaha masyarakat sivil, terlibat dalam wacana politik yang membina atau menuntut kebertanggungjawaban daripada pemimpin kita.

Penawar kepada sikap acuh tak acuh ini terletak pada azam kolektif kita untuk menjadi arkitek perubahan, bagi menyemai tindakan kita dengan keyakinan bahawa kemajuan, walaupun perlahan, sentiasa akan dapat dicapai.

Intipati demokrasi ada pada tindakan kolektif rakyatnya. Perubahan hanya mungkin berlaku jika kita mengambil bahagian secara aktif dalam membentuk masa depan negara kita, sama ada dengan menyokong masyarakat sivil, terlibat dalam pewacanaan atau meminta ahli politik kita untuk bertanggungjawab.

Langkah paling kritikal yang boleh kita ambil ialah untuk menolak sikap tidak peduli. Walaupun perjalanan ke arah Malaysia yang lebih baik penuh dengan cabaran dan halangan, kita mesti kekal komited dengan kepercayaan bahawa perubahan boleh dicapai.

Kita berdiri di persimpangan jalan. Kita sama ada boleh menyerah kepada rasa kekecewaan, membenarkan status quo berterusan – atau kita boleh menghidupkan semula harapan yang mendorong perubahan bersejarah pada 2018.

READ MORE:  Gubal akta penggal tetap parlimen demi agenda reformasi dan rakyat

 

Masa depan Malaysia bergantung kepada keazaman kolektif kita bersama dalam mengejar visi kemajuan dan keterangkuman.

Marilah kita bertindak bersama daripada bersikap tidak peduli dan ada berharap berbanding putus asa. Marilah kita bersama meneruskan kerja membina Malaysia dalam mencerminkan aspirasi dan nilai bersama kita yang terbaik.

Chris Chong
Editor bersama, surat berita Aliran
22 Februari 2024

Terjemahan oleh: Zikri Rahman

 

SRC MENJADI MEDIUM YANG DIMANIPULASI NAJIB – PEGUAM

 

Di bawah pengawasan Najib Razak selaku menteri kewangan, SRC International Sdn Bhd (SRC) menjadi mangsa penipuan besar-besaran oleh bekas perdana menteri itu, kata peguam syarikat terbabit.

Membacakan kenyataan pembukaan dalam perbicaraan penuh hari pertama di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, Lim Chee Wee turut memetik kata-kata Najib sendiri mengenai syarikat SRC.

Kata Lim, Najib mendakwa SRC adalah “tonggak kepada pembangunan berpanjangan ekonomi Malaysia yang mampan panjang untuk rakyat”.

Daripada menjadi wadah untuk rakyat, kata Lim, SRC kemudian menjadi mangsa penipuan berskala besar dan terancang oleh Najib melalui pelbagai salah laku sebagai perdana menteri dan menteri kewangan, penasihat emeritus SRC, bahkan selaku pengarah yang terselindung.

Kata Lim, SRC menjadi medium yang dimanipulasi oleh Najib untuk mendapatkan pinjaman sebanyak RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP).

Tabung itu, tambah Lim, merupakan dana persaraan untuk kakitangan awam negara namun digunakan untuk memperkayakan Najib sekurang-kurangnya AS$120 juta.

Dalam proses itu, kata peguam terbabit, SRC – dan kemudiannya rakyat – menanggung kerugian sekurang-kurangnya AS$1.18 bilion.

Lim berkata demikian pada hari awal perbicaraan tuntutan SRC ke atas Najib– bernilai AS$1.18 bilion – difailkan pengurusan baru syarikat itu pada 2021.

Pada asalnya SRC menamakan Najib serta enam bekas pengarah syarikat terbabit. Bagaimanapun SRC kemudian menggugurkan semua nama yang disenaraikan kecuali Najib.

SRC mendakwa Najib telah menyalahgunakan kuasanya dan memperoleh manfaat peribadi daripada dana syarikat itu selain melakukan penyelewengan.

Najib merupakan Penasihat Emeritus SRC dari 1 Mei 2012 hingga 4 Mac 2019.

SRC – yang kini dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan Diperbadankan (MoF Inc) – menuntut ganti rugi am, teladan dan tambahan selain faedah, kos serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. 

Kata Lim, kerugian yang dialami adalah besar dan berpanjangan.

“Secara kebetulan, KWAP terletak di bawah bidang kuasa defendan pertama semasa beliau menjadi menteri kewangan,” kata Lim.

Perbicaraan dijalankan di hadapan hakim Ahmad Fairuz Zainol Abidin.

Najib kini menjalani hukuman penjara enam tahun di Kajang selepas disabitkan bersalah atas tujuh pertuduhan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC bernilai RM42 juta.

Dia diperintah menjalani hukuman penjara selama 12 tahun dan denda RM210 juta sebelum Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan mengurangkan tempoh serta jumlah tersebut, masing-masing menjadi enam tahun dan RM50 juta.

 


ULANGSIAR..HELI APMM TERHEMPAS. NELAYAN SELAMATKAN.




 

BERTEMU RAKAN SEJAWAT DI AUSTRALIA.




 Dalam sela-sela lawatan rasmi pertama ke Australia, saya sempat bertemu dengan rakan sejawat saya dari Thailand, Srettha Thavisin.


Pertemuan santai itu memberi peluang kepada kami untuk bertukar pandangan mengenai kemajuan inisiatif yang dipersetujui bersama yang secara langsung akan menambah nilai kepada usaha merapatkan hubungan dua hala.


Selain itu, diskusi juga terarah kepada perkembangan terkait Kawasan Pembangunan Bersama Malaysia-Thailand (MTJDA) selain Malaysia mengulangi komitmen sebagai fasilitator dalam membantu menyelesaikan konflik di selatan negara itu.


#MalaysiaMADANI




ANWAR BERTEMU DENGAN 18 SYARIKAT GERGASI AUSTRALIA

 











Dalam lawatan rasmi ke Australia, saya sempat bersemuka dengan 18 syarikat utama Australia semasa sesi persidangan meja bulat bersama kapten industri. 


Saya ketemu beberapa pemain utama di sini antaranya Fortescue, Lynas Rare Earths, Macquarie Group, NextDC Ltd, The Arnott’s Group dan Airtrunk. Kesempatan ini saya gunakan untuk nyatakan betapa Kerajaan Malaysia kini semakin kukuh sejak setahun lalu, sekali gus menjadi antara faktor utama menarik minat pelabur datang ke Malaysia.


Kesempatan itu juga saya gunakan bagi menzahirkan penghargaan terhadap sokongan yang ditunjukkan kepada Malaysia.


Sementelahan, saya turut memaklumkan bahawa Malaysia kekal terbuka dan menjamin peluang pelaburan yang progresif bagi pelabur-pelabur dari Australia.


Justeru, komitmen para pelabur termasuk dari Australia adalah dialu-alukan untuk meningkatkan pelaburan di Malaysia pada ketika ini dan masa mendatang, Insya-Allah.


#MalaysiaMADANI



MAKLUM 5 HARI SEBELUM PERHIMPUNAN



Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Hussain mengesahkan penganjur perhimpunan aman tidak lagi perlu memohon permit penganjuran perhimpunan sebaliknya hanya perlu mengemukakan notis lima hari kepada polis.


Susulan pengumuman itu, beliau menjelaskan bahawa isu mengenai pihak polis mendesak penganjur memohon permit mungkin berlaku kekhilafan kerana segelintir ketua polis daerah sebut notis pemakluman ini sebagai permit.


PADU UNTUK PASTIKAN PENDAPATAN SEBENARNYA . BACOK TANYA MACAM BAGUS..EKONOMI KELANTAN TAK BANTU KAH..?


 

WOII MAT JARGON...WAKALIAMPUT LA WOIII


 

KALIMANTOI....KITA UPSEREYNAPETEY...


 

LEMBAGA ZAKAT KEDAH HARUS TURUN KE LAPANGAN


 Zakaria Othman


Awas Scammer

Kelmarin tersebar  kisah ni, saya minta pegawai LZNK  turun dilapangan. No rumah ini tiada  kaitan langsung dengan berita yang disiarkan. 

Saya nasihatkan;

TOLONG RUJUK JKM ATAU LZNK untuk kongsi maklumat supaya kami dapat buat siasatan. 

Sekiranya ada apa2 yang mendesak, secara tiba2, segera kita pakat bantu sampaikan info kepada kami. Terima kasih






KO NAK BAGI ANAK KO BELAJAR ATAU BERHAYA... WOIII... LAIN KALI CARI BANYAK KEDAI LA WOIIII

 


Beg sekolah apa sampai RM159.90? Aku belikan anak aku beg di 𝗦𝗽𝗼𝗿𝘁𝘀 𝗗𝗶𝗿𝗲𝗰𝘁. Harga dari RM90 - RM120. Yang dah sekolah menengah tu biasa akan ambil yang mahal sikit la.


Tapi aku pelik la kalau beg macam dalam gambar ni cecah RM160. Tapi sebenarnya 𝗮𝗱𝗮 𝗯𝗲𝗴 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝘂𝗿𝗮𝗵 sikit. Yang harga bawah RM60. Rajin cari pasti jumpa.


Begitu juga kasut. Anak-anak aku beli kasut di Mydin je. Murah dan berbaloi. Semalam pun aku pergi Mydin JB tengok 𝘱𝘦𝘯𝘤𝘪𝘭 𝘤𝘢𝘴𝘦 harga 𝘁𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗺𝗮𝗵𝗮𝗹 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗴𝗮𝗺𝗯𝗮𝗿 ni.


Cuma mungkinlah kan, beli yang harga murah 𝗸𝘂𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗴𝗮𝘆𝗮. Tak dapat nak berlagak dengan jiran atau 𝘱𝘢𝘳𝘦𝘯𝘵𝘴 lain. Itu yang tak tergamak nak beli tu.


Tapi itu masalahnya. Kalau alasan nak gaya, 𝗷𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗹𝗮 𝗯𝗶𝘀𝗶𝗻𝗴 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗺𝗮𝗵𝗮𝗹. Hadap je la. Tapi kalau risaukan kemampuan, 𝘂𝘀𝗮𝗵 𝗳𝗶𝗸𝗶𝗿 𝘁𝗲𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗴𝗮𝘆𝗮 sangat. Pilihan di tangan kita. Guane boh?


 

Raja Gelap II 



NOHHH...TOYAMATMIN BETOI ...


 PANAS DARI PARLIMEN. Ahli Parlimen PN, Wan Saiful hari ini meminta maaf secara terbuka kerana telah melemparkan fitnah terhadap PMX.
Apa komen anda?


DITUJUKAN KHAS PADA YANG KERAP DOK MAKI HAMUN ORANG


 

KECOH DALAM DEWAN SELANGOR


 

KEH.. KEH.. KEH... KOYAK KE TEW...


 

LAAA.... AWAT YANG DOK SAKIT HATI KE ANWAR TAK TAU.... AGONG MEMANG TAK BAGI LA KE HANGPA....


 

AHLI PARLIMEN DAN PENGEMBALA SERKAS YANG LEMAH


MSO


Ahli parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan pagi ini terselamat daripada digantung menghadiri sidang dewan selama 6 bulan apabila usul untuk menggantungnya ditarik balik. 


Usul bagi "mengnyahkan" wakil itu daripada persidangan kerana ulah buruknya, sepatutnya dikemukakan oleh Menteri Pembangunan Desa dan Wilayah Zahid Hamidi, namun ia ditarik balik disaat akhir. 


Zahid yang juga ahli parlimen Bagan Datuk menarik balik usul berkenaan apabila ditanya oleh Speaker setelah Wan Saiful yang diberi peluang untuk bercakap sebelum pembentangan usul memohon maaf kepada Perdana Menteri dan juga Yang diPertuan Agong ekoran ucapannya  yang menuduh Perdana Menteri sebagai korup dan membabitkan Yang diPertuan Agong.


Speaker Johari Abdul berkata, demi untuk negara beliau memberi peluang kepada Wan Saiful mengatakan sesuatu sebelum usul dibentang. Kesempatan itu diguna wakil Tasek Gelugor untuk memohon maaf. Disini menampakkan sudah ada kownting di antara Johari dengan Wan Saiful. 


Apa yang berlaku itu adalah baik dan demikian gambaran akan budibicara para ahli Yang Berhormat kita. Namun precedent yang ditunjukkan oleh Johari sebagai Speaker itu tidak menjamin bahawa parlimen kita berjalan lancar tanpa ada aksi-aksi dan fitnah daripada ahli dewan dimasa akan datang. 


Berbuat baik kepada mereka yang tidak tahu adat dan berterima kasih sama seperti menolong anjing terjempit. 


Satu segi Johari sebagai Speaker cuba menunjukkan dia seorang tegas dan profesional, tetapi sebaliknya apabila beberapa kali telah meralat keputusannya ia menunjukkan Johari lemah dalam mengendalikan mesyuarat dan menjamin ketertiban dalam parlimen. 


Sebelum ini beliau bukan main menyinga mengarahkan wakil Pendang agar keluar dewan selama empat hari, tetapi menarik balik arahan itu beberapa jam kemudian, apabila wakil Pendang meminta maaf setelah dicadangkan ketua pembangkang. 


Saya bimbang kalau demikian sikap Speaker yang berdolak dalih, mudah cair dan longlai, menyebabkan ia tidak dihormati dan sekaligus parlimen juga hilang rasa hormat oleh umum. 


Tindakan surung tarik Spekar itu menyebabkan parlimen kita hilang wibawa,  jadi semacam serkas, yang mana ahli parlimen umpama haiwan dan Spekaer adalah pengembala serkas yang lemah. Trims.



BUKAN KERANA SST

 





Nazri Hamdan

Tadi baru je ada orang tanya saya, bang macam mana kalau SST akan naikkan tambang bas sekolah. Jawapan saya simple sahaja. Cuba tengok balik tahun 2015. Adakah GST juga boleh naikkan tambang bas sekolah? Tolong berpijak di bumi nyata. 


Thats why gais, kalau korang nak cakap pasal harga, mana cukai yang tak naikkan harga? Semua cukai akan naikkan harga. Cuma bezanya ialah kelajuan kenaikan harga di bawah GST atau SST. Tapi dari segi kecekapan pungutan, GST is much better. Untuk tax collection naik dengan cekap, adalah mustahil inflasi tak naik.



PENDAKWAAN BERBEZA ANTARA INDIVIDU DAN ORGANISASI

 

Nik Hasyudeen


Ada perbezaan di antara pendakwaan ke atas organisasi dengan individu yang mentadbir organisasi


Banyak undang-undang berkenaan jenayah yang membolehkan kedua-dua organisasi dan individu didakwa di atas kesalahan-kesalahan yang berkaitan.


Jadi apa bezanya pendakwaan ke atas organisasi dan individu? Adakah kesannya sama?


Organisasi-organisasi seperti syarikat sendirian berhad, syarikat berhad, yayasan yang berdaftar di bawah Akta Syarikat dan koperasi adalah badan undang-undang yang boleh menyaman dan disaman di atas nama mereka.


Mereka ditadbir, diurus dan dipimpin oleh lembaga pengarah atau lembaga pemegang amanah yang bertanggungjawab membuat keputusan dan mengambil tindakan bagi menjalankan organisasi-organisasi berkenaan.


Apabila disyakki ada pelanggaran undang-undang, agensi penguatkuasa akan menjalankan siasatan bagi mendapatkan data, fakta dan bahan bukti yang bersabit dengan kes yang disiasat. Kemudian barulah mereka membuat keputusan samada mahu mendakwa atau tidak.


Sekiranya kesalahan yang didakwa membabitkan aktivti-aktiviti jenayah ahli lembaga pengarah atau ahli pemegang amanah, mereka secara individu akan didakwa dan jika didapati bersalah boleh dihukum. Pendakwaan ke atas individu-individu ini bukannya pendakwaan ke atas organisasi.


Hanya apabila organisasi yang berkenaan dikira terlibat sama seperti gagal mewujudkan sistem dan proses seperti yang dikehendaki oleh undang-undang, barulah organisasi didakwa. Ini amat jarang kerana jika organisasi didakwa dan didenda, yang membayarnya ialah dana pemegang saham atau dana yang diamanahkan, bukannya individu yang menjadi lembaga pengarah atau pemegang amanah.


Jadi, kita sebagai ahli masyarakat kena pandai membezakan pendakwaan ke atas individu yang melakukan kesalahan jenayah dengan organisasi yang diwakili oleh individu-individu berkenaan. Jika jenayah distruktur dengan menggunakan organisasi sebagai wadah, memang padanlah pendakwaan dibuat ke atas individu-individu yang menyalahgunakan wadah-wadah berkenaan.


Malah, jika ada bukti bahawa ada organisasi yang mengalami kerugian disebabkan ahli lembaga pengarah dan pemegang amanah mereka, pemegang saham dan organisasi yang terlibat boleh menyaman orang-orang yang menyebabkan kerugian itu pula. Bagi yayasan, saya belum berjumpa kes yang mana penderma dan penyumbang menyaman ahli lembaga pemegang amanah di atas kegiatan mereka yang bercanggah dengan objektif yayasan dan merugikan yayasan.


Apabila disebut kerugian, ianya bukan terhad kepada kerugian di dalam akaun untung rugi. Kerugian ini bermaksud organisasi telah membayar kos yang lebih tinggi dari apa yang sebenarnya. Jika ianya dibayar kepada badan-badan yang ada kaitan dengan ahli lembaga pengarah atau pemegang amanah mereka, itu lebih parah.


Ilmu berkenaan organisasi ini penting untuk kita maklumi agar kita tidak dipatuk oleh ular yang sama di lubang yang sama berkali-kali.




𝗧𝗘𝗡𝗚𝗢𝗞 𝗨𝗚𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗗𝗘𝗠𝗜 𝗨𝗚𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗛𝗔𝗗𝗔𝗣 𝗣𝗠𝗫






Tengok apa yg disiarkan oleh RMS. Ada lagi kutu brahak ugut atau tunjuk niat nak b*nuh PMX.


Perkara camni akan terus berleluasa sebab MenKom dan MDN tidoq. Dulu saya dah pernah cadangkan tangkapan demi tangkapan perlu dibuat supaya puak berfikrah KHAWARIJ ni takut. 


Tapi Ihsan MADANI punya pasal, lemah lembik. Apa boleh buat? Kita hadap je lah benda2 camni.


Wallahualam.


- Zus Din 

04022024




DI AUSTRALIA




 

APA YANG DIBAWA UNTUK RAKYAT ? YELLEK. KIOK



 Dah berapa hari bersidang. Apa isu rakyat yang dibawa oleh MP Pembangkang? Setakat ni 𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗮𝗱𝗮..


Yang ada, isu 𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻𝗮𝗻 𝘄𝗮𝗿𝗶𝘀𝗮𝗻. Tak menguntungkan rakyat pun. Bahkan mungkin merugikan dan memberi kesan kepada perpaduan kaum dan agama.


Yang ada, mereka kecoh PM ucap terima kasih kepada YDP Agong lama dan tahniah kepada YDP Agong baru. Kecoh sampai pembangkang 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿 𝗱𝗲𝘄𝗮𝗻.


Yang ada, cerita 𝘁𝗲𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗿𝗶 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶. Konon dipujuk sokong kerajaan sampai ditawarkan 𝗴𝘂𝗴𝘂𝗿 𝘁𝘂𝗱𝘂𝗵𝗮𝗻 serta wang RM1.7 juta. Konon tak goyang.


Isu untuk rakyat, aku tak nampak lagi. Mungkin 𝗧𝘂𝗮𝗻 𝗜𝗯𝗵𝗮𝗿𝗶𝗺 je cadangkan hapuskan tol di Karak. Tapi persoalannya, masa ada kuasa tu kenapa tak buat?


Sama macam 𝗙𝗮𝘄𝘄𝗮𝘇 tanya pasal RUU355. Siap kata tak payah sembang la. Padahal PN berkuasa 33 bulan dulu, lebih lama dari tempoh Kerajaan Perpaduan. Tapi 𝗵𝗮𝗯𝘂𝗸 𝗽𝘂𝗻 𝙩𝙖𝙧𝙖𝙠.


Inilah jenis MP yang walaun pilih. Mereka tak bawa suara rakyat pun. 𝗦𝘆𝗼𝗸 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 je. Atau sebenarnya memang 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮 𝗶𝘀𝘂 yang boleh dibawa?


Rakyat kena sedar. Inilah MP yang mereka pilih. MP yang 𝘁𝗮𝗸 𝘁𝗮𝗵𝘂 𝗮𝗽𝗮 𝘁𝘂𝗴𝗮𝘀 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 sebagai MP. Masih nak berharap pada orang macam ni? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


UKURAN YANG MENJADI LEGASI SEPANJANG ZAMAN.



Jamzuri Ardani


Beribu tahun dulu, Maharaja Rom mahu menyediakan bala tentera untuk berperang. Oleh kerana jumlah tenteranya besar, maka bekalan yang banyak perlu dibawa bersama. 


Panglima tentera mengarahkan para tukang untuk menyediakan kereta kuda yang banyak untuk mengangkut bekalan ini. 


Zaman itu tiada dokumen tender.  Tiada jadual spesifikasi teknikal.  Tukang dapat arahan, kena siapkan juga. 


Untuk membuat kereta kuda dalam kuantiti yang besar, kerja perlu dibahagi-bahagikan. Peralatan kerja yang sama dikongsi guna oleh ramai pekerja.  Ketua tukang kena hasilkan kereta kuda yang seragam. 


Oleh kerana kereta kuda ini perlu membawa beban yang berat, maka ia perlu ditarik oleh sekurang-kurangnya dua ekor kuda. Maka, lebar kereta kuda ini perlu muat untuk saiz punggung dua ekor kuda. 


Setelah disukat, ketua tukang menetapkan jarak antara tayar kereta kuda ialah 4 kaki 8 setengah inchi.  Tiada siapa tahu nama orang yang memutuskan ukuran ini. Pun begitu, ukuran yang diputuskan itu menjadi legasi sehingga hari ini. 


Apabila rel keretapi mula dibina, jarak lebarnya dibuat mengikut jarak lebar roda kereta kuda. 


Sehingga hari ini, semua rel keretapi di dunia menggunakan ukuran lebar 4 kaki 8 setengah inchi. 


Rasanya, sampai akhir dunia ini kelak, ukuran ini akan terus dikekalkan.



PADAM PULAK

 


Seperti biasa...Harakah padam berita dulu untuk kepentingan politik sekarang. 


harakahdaily.net/index.php/2022






MUDAH SUNGGUH PAS HUKUM "BERCANGGAH DENGAN ISLAM"



1. Macam Pak Mertua dia jugak (Hj Hadi). Mudah sungguh label "bercanggah dengan Islam".. GST dan SST. Alasan hukum "jadi kos dan pembeli miskin kena bayar".


2. Saya dah komen di wallnya. Tapi banyak juga komen2 yang dipadam.


3. Masa PAS jadi kerajaan, kenapa tak dihapuskan semua bentuk cukai GST dan SST kalau benar bercanggah dengan Islam?


4. Kerajaan perlu hasil untuk belanja pengurusan dan pembangunan negara. Selain menghukum haram, apa cadangan PAS untuk tambah pendapatan?


5. Apa sistem cukai yang PAS nak perkenal?


6. Atau PAS rasa menambah hutang negara lebih baik?


7. Masa PAS jadi kerajaan pusat budget defisit juga.


8. Kenapa tak dihapus cukai2 di 4 negeri PAS? Cukai pintu, cukai tanah, cukai kepala bakul. Itu semua tambah kos dan orang miskin pun kena bayar.


9. Ulamak2 PAS ni bila jadi pembangkang, teori ekonomi hebat2.. bila jadi kerajaan, tak ada apa pun. Makan gaji buta pun ada.


10. Ini bekas ahli majlis syura PAS. Cara PAS keluarkan hukum sangat meragukan.. terlalu boros dan simplistik.


Ahmad Mursi 


Sumber ps

Zaharudin Muhammad



JUTAWAN SENYAP

 

Bismillah.


Nur Fadli Bassar




Sesungguhnya ada simpanan 1 juta dalam KWSP untuk orang biasa itu benar. Tengok ni, penyata milik seorang ketua keluarga dalam circle aku, umur 45, kerja bidang IT di KL. 


Dia pergi balik kerja naik motor saja pasal tak nak sangkut dalam traffic jam. Grad umur 23 terus kerja dan macam orang lain juga ada keluarkan duit dari Akaun 2 untuk beli rumah.


Macam mana dia boleh kumpul sejuta dalam KWSP? Daripada apa yang dia bagi tau aku, semua orang boleh buat. Pertama, mesti ada kerja yang stabil dan gaji yang cukup.


Kedua, kena mencarum dalam KWSP lah. Dia carum 11% kemudian naikkan ke 12% dan 13%. Majikan dia pun mencarum juga. Berapa % bahagian majikan dia bagi, aku tak tau. 


Ketiga, dia tak sentuh duit KWSP jika tak perlu. Tengok masa PKP dulu berapa ramai terkesan. Dia steady, maka aku beranggapan dia ada simpanan kecemasan yang cukup. 


Keempat, dia tingkatkan caruman dengan cara tinggikan gaji dengan cara job hopping (boleh minta gaji lebih tinggi daripada majikan baru). Dia dah tukar majikan 8 kali.


Kelima, dia bayar zakat (wajib dan untuk cari keberkatan). Bila berkat, Tuhan tambah lagi. Dan aku assume dia ada juga buat projek sedekah jariah yang lain.


Apa tujuan aku tulis ni? Untuk beritahu yang menyimpan secara berterusan dan berdisiplin pun boleh jadi jutawan. KWSP bagi dividen 5.4% untuk 2023 jadi nanti dia dapat 54154.


Kalau dia dah pencen, maknanya tahun ni dia boleh belanja 4512 sebulan (54154 / 12), makan duit dividen je, duit pokok sejuta tu tak payah usik pun. Tenang je hidup. 


Ini baru umur 45, kalau dia pencen umur 60, boleh cecah lebih 2 juta dalam KWSP dia, ada harapan merasa pencen 10000 sebulan dan duit pokok 2 juta tu tak luak langsung.


Jutawan senyap macam ni ramai tapi mereka humble dan low profile. Kita ambil semangat mereka. Kalau belum mula lagi, malam ni pasang niat dan mimpi dulu, esok jalankan.


Wallahua'lam.



DIA NI DULU BELAJAR SILAP MATA

 



TAK FAHAM NAK ULAS

 


Ni tanda orang 𝘁𝗮𝗸 𝗳𝗮𝗵𝗮𝗺. Yang kelakar tu, dah tak faham tapi nak ulas jugak.


Orang kaya memang pandan la nak mengeluh la sebab cukai tu memang 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗮𝘀𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗮𝘆𝗮. Yang orang miskin nak mengeluh apa hal? Cukai tu tak kena banyak kat orang miskin pun.


Lagipun, hasil cukai orang kaya tu akan disalur kepada orang miskin dalam bentuk 𝗯𝗮𝗻𝘁𝘂𝗮𝗻 𝘁𝘂𝗻𝗮𝗶 dan inisiatif lain. Termasuk juga nanti subsidi bersasar.


Lainlah orang kaya. Dah la kena cukai sini sana, dah tu bantuan pun 𝘁𝗮𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁. Subsidi pun nak kena tarik. Jadi memang sesuailah orang kaya mengeluh.


Dah ko yang miskin, kena impak minimum tapi 𝗯𝗮𝗸𝗮𝗹 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗯𝗮𝗻𝘁𝘂𝗮𝗻 hasil cukai orang kaya tu nak bising pasal apa? Dok rasa diri tu kaya ke macamana?


𝘐𝘯𝘧𝘭𝘶𝘦𝘯𝘤𝘦𝘳 yang merengek cukai naik tu maknanya 𝗱𝗶𝗮 𝗸𝗮𝘆𝗮. Korang yang cukup makan je pulak nak tolong viralkan. Padahal orang tu 𝗱𝘂𝗶𝘁 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗲𝗽𝘂𝗸. Ko pulak? Sedarlah diri tu sikit bro. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗯𝗮𝗸𝗮𝗹 𝗸𝗲𝗻𝗮 𝗺𝗮𝗶𝗻 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗣𝗔𝗦


Susulan pindaan perlembagaan Bersatu, Mahiaddin kata dia akan suruh 6 MP Bersatu yang menyatakan sokongan kepada PM untuk nyatakan pendirian sekali lagi. Kalau 6 orang tu masih sokong PMX, maka kerusi mereka 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗸𝗶𝗿𝗮 𝗸𝗼𝘀𝗼𝗻𝗴.


Mahiaddin ingat dia bijak. Dia nak ugut yang 6 orang ni. Masalahnya sokongan mereka sebelum pindaan. Kalau lepas pindaan ditanya semula pun, ia tak ada beza. Jadi mereka 𝘁𝗮𝗸 𝘁𝗲𝗿𝘁𝗮𝗸𝗹𝘂𝗸 kepada pindaan itu.


Tapi aku malas nak komen pasal perlembagaan parti pengkhianat tu. Cuma tadi aku tengok berita NextStep Malaysia, 𝗠𝗮𝘁 𝗔𝗺𝗮𝗿 kata PAS akan bertanding di 𝗝𝗲𝗹𝗶 dan 𝗚𝘂𝗮 𝗠𝘂𝘀𝗮𝗻𝗴 bila kerusi itu dikosongkan nanti.


Gelak aku dengar berita tu. Kesian Mahiaddin. Dah la diabaikan oleh 6 MP dia. Kerusi Bersatu pun PAS nak ambik. Maknanya, kalau betul kerusi 6 MP tu dikira kosong, tetap 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝘁𝘂 juga yang dapat. Masuk angin keluar asap je la Bersatu ni.


Itulah padahnya bila parti tu lemah. 𝗧𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗮𝗸𝗮𝗿 𝘂𝗺𝗯𝗶. Bertanding pun guna jentera rakan. Pulak tu rakan dia tu satu dunia dah kenal jenis 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗱𝗶𝗽𝗲𝗿𝗰𝗮𝘆𝗮𝗶. Jenis khianat dan kawan makan kawan. Rasakanlah!


Inilah balasan atas pengkhianatan terhadap PH dulu. Aku tak nak kata apa melainkan 𝗽𝗮𝗱𝗮𝗻 𝗺𝘂𝗸𝗮. Jelas yang Mahiaddin ni 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮 𝗮𝘂𝗿𝗮 sebagai pemimpin. MP sendiri tak hormat, parti rakan dia pun 𝗽𝗮𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗿𝗲𝗺𝗲𝗵. Itu pun ada hati nak jadi PM lagi. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


DIA SEMUA DIA NAK HAPUS...PTPTN PUN SAMPAI LA TAK DAK BANGKAI APA PUN






 Tuan Ibharim menyebut tentang 𝙥𝙚𝙣𝙜𝙝𝙖𝙥𝙪𝙨𝙖𝙣 𝙩𝙤𝙡 hari ini. Kalau dengar ucapan dia, rasanya maksud dia tu hapuskan pondok tol. Bukan hapuskan tol. Jadi cuma dua tol yang pengguna lalui sekaligus mengurangkan kesesakan.


Aku tak bantah cadangan yang dilakukannya. Rasanya ia praktikal juga. Cumanya, kenapa dia tak cadangkan masa dia 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗸𝗮𝗯𝗶𝗻𝗲𝘁 dulu? Kalau dia cadangkan masa PN memerintah dulu, mungkin dah tutup terus dah pondok tol tu.


Ini tidak. Yang dibuat oleh kerajaan terdahulu adalah 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗻𝗷𝘂𝘁𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗺𝗽𝗼𝗵 𝗸𝗼𝗻𝘀𝗲𝘀𝗶 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 37 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻. Yang lebih hebat, ia dibuat sejurus sebelum PRU15. Apa di sebalik perjanjian tu, kita pun tak tahu. Tapi bila ia diluluskan dalam 𝘄𝗮𝗸𝘁𝘂 𝗸𝗲𝗰𝗲𝗱𝗲𝗿𝗮𝗮𝗻 begitu, pastilah menghadirkan tanda tanya. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


PBSL

 



Kerajaan Madani secara prinsip hari ini bersetuju memulakan Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) menerusi tahanan di rumah (home detention) kepada banduan yang menjalani hukuman empat tahun dan ke bawah.


Ia sebagai usaha mengurangkan kesesakan penjara khususnya libatkan penghuni penjara yang  berpenyakit kronik, warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU) dan ibu mengandung.




SST, VAT & GST NEGARA ASEAN DAN JIRAN LAIN


Malaysia SST 8%

Indonesia VAT 11%

Singapore GST 9%

Philippines VAT 12%

Thailand VAT 7%

Australia GST 10%

New Zealand GST 15%

Vietnam VAT 10%

Korea Selatan VAT 10%

Japan Consumption Tax 10%

Laos VAT 7%

Brunei GST 5%

Saudi VAT 15%


VAT - Value-added tax

GST - Goods and Service tax

SST - Sales and Service tax


Cara pencukaian berbeza. SST kena ditahap akhir jualan. GST dan VAT hampir sama iaitu kena disetiap rantaian bekalan. Ada pengecualian atau ada juga rate lebih mahal dalam produk tertentu.