ANWAR BERTEMU DENGAN 18 SYARIKAT GERGASI AUSTRALIA

 











Dalam lawatan rasmi ke Australia, saya sempat bersemuka dengan 18 syarikat utama Australia semasa sesi persidangan meja bulat bersama kapten industri. 


Saya ketemu beberapa pemain utama di sini antaranya Fortescue, Lynas Rare Earths, Macquarie Group, NextDC Ltd, The Arnott’s Group dan Airtrunk. Kesempatan ini saya gunakan untuk nyatakan betapa Kerajaan Malaysia kini semakin kukuh sejak setahun lalu, sekali gus menjadi antara faktor utama menarik minat pelabur datang ke Malaysia.


Kesempatan itu juga saya gunakan bagi menzahirkan penghargaan terhadap sokongan yang ditunjukkan kepada Malaysia.


Sementelahan, saya turut memaklumkan bahawa Malaysia kekal terbuka dan menjamin peluang pelaburan yang progresif bagi pelabur-pelabur dari Australia.


Justeru, komitmen para pelabur termasuk dari Australia adalah dialu-alukan untuk meningkatkan pelaburan di Malaysia pada ketika ini dan masa mendatang, Insya-Allah.


#MalaysiaMADANI



No comments: