PEMIMPIN BERLAGAK PAKAI MERCEDES, RAKYAT AIR PUN KOTOR.TAK ADA BANTAHAN KA RAKYAT KELANTAN?
PAS Kelantan menang kerana pengundi luar yang balik mengundi.Sedangkan pengundi luar itu tinggal di negeri PH dan menyeksa rakyat Kelantan yang tinggal di Kelantan.TAK RASA NAK UBAH KAH ANDA ???DAH 2020 KOT.
TUAN HAKIM..RAMAI NAK PULANGKAN SEPARUH HASIL CURI
Milo Losong Kaw
Tuan hakim..Ramai pencuri yang nak pulangkan 1/2 wang yang mereka curi untuk dibebaskan..Boleh tak tuan hakim?Takkan anak tiri najibby seorang aje yang boleh?Lagipun mereka hanya rembat tabung masjid bukan rembat berbilion-billion
Plea Bargain Yang Menguntungkan Anak Tiri Najib.
Jumlah kewangan yang kita lihat di di photo ini tak sampai pun RM100 juta. Anak Najib telah menyerahkan kembali duit 1MDB yang dicurinya itu berjumlah RM456 juta. Menurut rekod AG kita, Masih ada sejumlah RM850 juta yang beliau belum lagi pulangkan.
Sekarang dibawah perjanjian Plea Bargain, beliau bebas dari semua pertuduhan mencuri duit 1MDB dan boleh bergerak bebas ke seluruh dunia sambil membelanjakan baki RM 850 juta yang dicurinya tanpa sebarang sekatan.
Keadilan apakah ini.? Dan paling malang, Perdana Menteri Muddin telah mengeluarkan satu kenyataan yang beliau selaku PM, tidak ada maklumat tentang hal ini.
..
MALAYSIA BELI MIG 35 ATAU SU 57 ?
Di katakan ianya dibuat ketika PH memerintah ,Namun ada juga yang menyatakan bahawa malaysia ditawarkan dengan SU57
Garis panduan asingkan anak ‘frontliners’ satu diskriminasi, perlu ditarik balik
Pada
oleh Nor Miswary Ramli
Kenyataan media Setiausaha Politik Ahli Parlimen Segambut, Nor Miswary Ramli, pada Isnin, 25 Mei 2020.
Saya merujuk kepada dokumen Panduan Pencegahan Penularan Covid-19 pasca perintah kawalan pergerakan (PKP) Bagi Keselamatan Warga Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di dalam Lampiran 12 sub-seksyen 2.1.2 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Dokumen garis panduan yang telah dikemaskini pada 22 Mei 2020 itu menyebut; “Anak-anak frontliners adalah berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan daripada ibu bapa mereka. Tempat yang paling selamat untuk anak-anak ini adalah penjagaan di rumah. Walau bagaimanapun, sekiranya anak-anak petugas frontliners dihantar ke taska, mereka perlu diasingkan daripada anak-anak yang lain”.
Mencadangkan anak-anak frontliner lebih selamat dengan penjagaan di rumah seolah-olah kerajaan tidak memahami isu sebenar (real issue) yang dihadapi oleh frontliner. Frontliner terdiri daripada mereka yang mungkin merupakan pasangan jururawat dan pegawai polis yang perlu bertugas dalam tempoh PKPB dan hanya bergantung sepenuhnya kepada taska untuk menjaga anak-anak mereka.
Memperbaharui sebuah garis panduan yang mencadangkan anak-anak frontliner diasingkan daripada kanak-kanak lain di taska adalah arahan yang tidak munasabah, keterlaluan dan berbentuk diskriminasi yang perlu segera ditarik balik. Mengasingkan anak-anak ini dengan kanak-kanak yang lain adalah seperti kita mengasingkan frontliner dengan ibu-bapa bukan frontliner yang lain.
Kita juga difahamkan bahawa kerajaan menerusi KPWKM telah mengeluarkan garis panduan bagi mengawal dan memastikan keselamatan anak-anak di taska yang berkuatkuasa mulai 4 Mei 2020 yang lalu. Tanggungjawab kerajaan ialah memastikan perlaksanaan garis panduan tersebut dipatuhi dan bukannya mengubahsuai dengan memasukkan arahan berbentuk diskriminasi ke atas anak-anak frontliner ini.
Garis panduan demi garis panduan yang dikeluarkan tanpa pemantauan dan pematuhan adalah petanda sikap acuh tidak acuh Kerajaan terhadap kebajikan dan keselamatan anak-anak di taska terutamanya anak-anak frontliner yang kita semua julang sebagai wira negara. Menjaga kebajikan anak-anak wira negara juga petanda yang kita benar-benar menghargai pengorbanan mereka.
KERAJAAN PN GELABAH BERTAHAN DENGAN MAJORITI 1 KERUSI
Kerajaan PN gelabah bertahan dengan majoriti 1 kerusi
Kerajaan ultra Melayu Perikatan Nasional (PN) disifatkan rapuh dan boleh tumbang pada bila-bila masa kerana hanya bertahan dengan kelebihan 1 kerusi di Dewan Rakyat.
Bagi Ahli parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, berpalingnya Ahli Parlimen Sri Aman, Datuk Masir Kujat pada 18 Mei lalu yang mengisytiharkan menyokong Pembangkang sebaik sahaja selesai sesi Parlimen menguatkan lagi dakwaan kerajaan Perdana Menteri (PM) Muhyiddin Yassin tidak akan bertahan lama.
Menurut Shamsul, ketika beliau menjadi salah seorang wakil Pakatan Harapan (PH) berbincang urusan tempat duduk di Dewan rakyat baru-baru ini, Speaker memberitahu bahawa kerajaan Muhyididn mendapat sokongan 113 anggota Kerajaan, 2 Bebas dan 107 Pembangkang. Dengan berundurnya Masir maka kerajaan PN tinggal 112 kerusi dan ‘cukup syarat’ semata-mata.
“PN berhadapan satu lagi tamparan apabila Ahli Parlimen Sri Aman, YB Masir membuat pengumuman beliau bukan sebahagian anggota yang menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin.
“Justeru dengan pengumuman MP Sri Aman itu kerajaan Muhyiddin tinggal 112 anggota. Saya tekankan betapa rapuhnya kerajaan ini dan mengukuhkan lagi keyakinan kita bahawa kerajaan PN membuat keputusan untuk tidak meneruskan sidang parlimen seperti biasa, ianya bukan alasan Covid 19 tetapi alasan politik.
“Kita lihat PN mempolitikkan wabak Covid. Kita yakin (penyokong PN) tidak menyokong dengan sepenuh hati kerajaan Muhyiddin. Sebab itulah mereka tidak mahu mengambil risiko dan memendekkan sidang hanya kepada titah Yang Dipertuan Agong semata-mata,” katanya dipetik Suara Keadilan.
Oleh itu, Shamsul menyeru rakyat menuntut dikembalikan kerajaan PH sebagaimana mandat yang diberi pada Pilihan Raya Umum ke 14 pada 9 Mei 2018 lalu.
“Saya mengajak rakyat yang prihatin terhadap politik negara, terutama kakitangan kerajaan pusat mahupun negeri, kita minta mereka fikirkan.
“InshaAllah kita (PH) sedang berusaha untuk mengambilalih semula kerajaan yang dipilih rakyat dalam PRU yang lalu, iaitu kerajaan PH,” katanya lagi.
MUHYIDDIN MENUTUP PENGKHIANTAN DENGAN PENGKHIANATAN
Ketika ini jika kita berbual-bual dengan penyokong dan pengampu Muhyiddin Yassin dalam Bersatu, sama ada mereka Ahli MPT, pimpinan negeri atau bahagian, rata-rata bernada suara yang sama iaitu perlunya Tun Mahathir Mohamad dipecat segera daripada parti itu.
Dengan sentimen yang sedemikian rupa, tidak mustahil dalam pemikiran Muhyiddin juga terpahat kecenderungan yang sama.
Tun Mahathir, setelah kini bukan lagi Perdana Menteri dan berbeza pendapat dengan Muhyiddin yang sekarang ini merupakan Perdana Menteri, seolah-olah dianggap tidak berguna lagi kepada Bersatu.
Anehnya, sebelum ini mereka yang sama inilah yang rata-rata mengatakan Tun Mahathir adalah merupakan nyawa sebenar kepada Bersatu.
Sejak awal Bersatu ditubuhkan sehingga berlakunya krisis dengan Muhyiddin, pandangan yang hampir mutlak ialah Tun Mahathir itu Bersatu dan Bersatu itu Tun Mahathir.
Pendeknya, jika tanpa Tun Mahathir dan hanya Muhyiddin yang menubuhkan Bersatu selepas beliau dipecat daripada UMNO dahulu, barangkali keahlian parti itu tidak sampai pun 100 orang jumlahnya.
Ternampak di sini bahawa yang sebenarnya nyawa untuk hidup mereka yang sekarang gila-gila menyokong dan mengampu Muhyiddin hanyalah semata-mata bergantung kepada siapa yang ada kuasa dan menjadi Perdana Menteri saja.
Siapa saja yang jadi Perdana Menteri dan ada kuasa, itulah ikutan mereka.
Siapa yang tiada lagi kuasa, bermusuh pula dengan Perdana Menteri, itulah juga musuh mereka.
Sebagaimana sudah banyak diulas dan ditulis oleh pelbagai pihak sebelum ini, Muhyiddin berjaya menjadi Perdana Menteri adalah semata-mata atas pengkhinatan yang sedia dilakukannya bersama kelompok-kelompok yang rakus dan telah ditolak pengundi pada PRU14 lalu.
Atas keghairahan dan ternampak peluang terbuka untuk mengambil kesempatan, Muhyiddin bukan saja mengkhianati mandat rakyat yang telah memberi kemenangan kepada PH untuk mentadbir negara sehingga tibanya tarikh PRU15, malah beliau mengkhianati PH dengan membawa keluar Bersatu daripada gabungan itu secara tidak sah.
Berdasarkan rakaman audio mesyuarat MPT Bersatu yang dibocorkan, adalah jelas tidak ada sebarang keputusan pernah dibuat untuk membawa keluar Bersatu daripada PH.
Apa yang diputuskan ialah setakat ada perbincangan mengenainya dengan kata akhirnya menyerahkan kepada Tun Mahathir selaku Pengerusi Bersatu untuk membuat keputusan muktamad mengenainya.
Tetapi, sementara Tun Mahathir tidak pernah memberi apa-apa kata putus mengenai hasrat Bersatu keluar PH itu, Muhyiddin sudah pun mengumumkan perkara tersebut lebih awal lagi.
Dengan itu, adalah jelas dan tanpa keraguan bahawa Muhyiddin telah melakukan pengkhianatan.
Sekarang ini dengan hasrat agar Muhyiddin dapat menguasai Bersatu serta dalam masa yang sama untuk mengenepikan Tun Mahathir yang dianggap suatu gangguan kepada Perdana Menteri, cubaan memecat beliau daripada Bersatu adalah satu lagi bentuk pengkhianatan yang seterusnya.
Beberapa tindakan Muhyiddin seperti melantik Hamzah Zainuddin sebagai Setiausaha Agung Bersatu yang baru, cubaan mengadakan mesyuarat MPT tanpa memanggil Tun Mahathir serta anaknya, Mukhriz dan menggunakan RoS untuk mengesahkan kedudukannya sebagai Pemangku Pengerusi Bersatu bagi menggantikan Tun Mahathir, semuanya adalah agenda yang boleh mengesahkan lagi tentang hasrat untuk menyisihkan bekas Perdana Menteri itu daripada Bersatu.
Dalam hal ini, Muhyiddin tidak dinafikan mempunyai kecenderungan ingin melakukan satu lagi pengkhianatan melalui usaha menyingkirkan Tun Mahathir daripada Bersatu dengan digalakkan lagi oleh penyokong dan pengampunya dalam parti itu.
Seolah-olah setelah beroleh kuasa dan ghairah untuk menutup pengkhianatan dengan terus melakukan pengkhianatan, Muhyiddin sendiri terlupa tentang peranan dan sumbangan besar Tun Mahathir dalam menghidupkan Bersatu selama ini.
Pelbagai alasan dan tohmahan dicipta bahawa Tun Mahathir telah melanggar disiplin parti yang kononnya telah pun bersetuju untuk membentuk kerajaan baru bersama Perikatan Nasional atau PN.
Namun, penyokong dan pengampu Muhyiddin terlupa agaknya bahawa sejak krisis kepimpinan parti itu bermula sejak 23 Februari lalu, Bersatu tidak pernah mengadakan sebarang mesyuarat MPT dan dengan itu sudah tentu tiada apa-apa ketetapan mesyuarat pernah diputuskan untuk Bersatu membentuk kerajaan baru bersama PN.
Jadi, siapa yang melanggar disiplin parti sebenarnya?
Setelah melakukan beberapa pengkhianatan sebelum ini, sampai bila Muhyiddin mahu terus melakukan pengkhianatan demi pengkhianatan demi mempertahankan survival kuasanya yang rapuh ini?
(Shahbudindotcom 25/05/2020)
PENGANGGURAN: WUJUDKAN KUPON MAKANAN, LEBIH BANYAK BANTUAN TUNAI
Pengangguran: Wujudkan kupon makanan, lebih banyak bantuan tunai
Oleh: Redzuan RF8 Media
Penganalisis ekonomi meramalkan gelombang pemberhentian pekerja akan melanda negara selepas cuti Hari Raya Aidilfitri dan mengharapkan pakej pemulihan ekonomi yang akan diumumkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) mampu menangani masalah berkenaan.
Semalam Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) Shamsuddin Bardan berkata, kerajaan perlu memperuntukkan lebih banyak dana kepada majikan untuk mempertahankan pekerjaan.
Bagi Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Terengganu, Azan Ismail selain membantu majikan mengekalkan pekerjaan, kerajaan juga wajar mempertimbangkan skim bantuan makanan atau pun kupon makanan bagi pekerja yang telah diberhentikan.
Katanya, pengangguran dicatat lebih tinggi pada bulan Mac ini, kira-kira 600,000 berbanding Mac tahun 2019. Tanpa bantuan segera maka keluarga yang kehilangan mata pencarian akan menderita disebabkan peluang kerja baharu amat terhad.
“Salah satu alternatif ialah beri bantuan kewangan secara langsung. Wujudkan pemberian kupon makanan atau barangan keperluan asas yang boleh ditunaikan atau ditebus kedai-kedai yang telah disubsidikan.
“Sebahagian rakyat Malaysia telah atau akan kehilangan kerja dan tiada punca pendapatan kerana wabak Covid-19. Dengan beri makanan mereka tidak akan berlapar. Bayangkan kalau mereka tak ada simpanan ataupun simpanan telah habis digunakan,” katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.
Dalam pada itu, Azan juga menyeru agar kerajaan PN menambah Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dalam pakej pemulihan ekonomi yang akan diumumkan kerana bantuan sebanyak RM1600 sebelum ini tidak mencukupi untuk isi rumah yang mempunyai anak ramai.
“Kita tengok negara lain seperti Itali, Singapura dan Jepun, kerajaannya bari RM4,980 satu kepala untuk teruskan kehidupan sepanjang PKP, tetapi kerajaan Malaysia bagi RM1,600. Itu pun bukan menyeluruh.
“Sekiranya 80 peratus rakyat tak ada pendapatan, memang mereka akan mengharapkan bantuan daripada kerajaan. Jadi itulah tanggungjawab kerajaan untuk mengeluarkan perbelanjaan bagi memastikan kelangsungan hidup rakyat
“Saya ragui kerajaan PN ini tadbir negara. Kenapa? Sebab sampai sekarang tidak didedahkan laporan audit tentang perbelanjaan kewangan berkaitan pakej ransangan ketika Covid. Dan saya tegaskan kerajaan PN sekarang lebih teruk daripada kerajaan Najib sebelum 2018,” katanya.
Selain itu, Azan juga menggesa kerajaan mengekalkan perniagaan sedia ada dalam pakej ransangan, terutama membantu sektor peruncitan.
Menurut beliau, sejak PKP dilaksanakan banyak perniagaan runcit lumpuh dan tutup. Bagi memulihkan semula ekonomi, kerajaan perlu menyuntik modal dalam perniagaan kecil dan sederhana tersebut.
“Jika tidak dibuat, ekonomi tidak akan berkembang dan penggandaan ekonomi juga tidak berlaku. Ini akan menyebabkan ekonomi kita mempunyai masalah dalam jangka masa panjang,” ulasnya lagi.
Teresa Kok selar projek RM100 juta Lembaga Getah
SEJARAH kembali berulang apabila Pengerusi Lembaga Getah Malaysia (LGM) Ahmad Nazlan Idris mengumumkan pembinaan projek “gajah putih” di kawasan parlimennya, kata Teresa Kok.
“Bekas pengerusi LGM sebelum ini yang juga Ahli Parlimen Jasin Ahmad Hamzah juga buat perkara sama dengan mengarahkan projek tidak penting bernilai RM44 juta di kawasannya di Jasin pada 2010,” kata bekas menteri industri utama itu dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Kok, projek di Jasin itu yang masih tidak siap itu menyebabkan LGM terpaksa terus mengeluarkan belanja sehingga berjuta ringgit.
“Ada contoh sama projek tidak perlu yang diluluskan lembaga pengarah yang dilantik kerajaan Barisan Nasional sebelum ini, kononnya di bawah skim pemprosesan seperti Stesen Mini Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIMINIS) di seluruh negara dan Kompleks Integrasi Penyelidikan Getah Mampan (IPC) di Kota Tinggi beberapa tahun lalu, yang menelas kos RM130 juta.
“Sehingga kini, projek-projek ini membazirkan dana awam dan projek gajah putih paling besar, iaitu IPC di Kota Tinggi masih tidak siap.
“Ini adalah jelas projek-projek yang tidak perlu dan membazir. Membazirkan dana awam kerana masih gagal disiapkan, kata ahli Parlimen Seputeh itu.
Laporan Berita Harian pada Sabtu lalu menyebut LGM akan membina sebuah Pusat Teknologi Getah Wilayah Timur yang menelan kos kira kira RM100 juta di daerah Jerantut tahun ini.
Projek diumumkan oleh Nazlan sendiri, yang jug ketua Umno Bahagian Jerantut.
“Nazlan baru dilantik sebagai pengerusi LGM kira-kira sebulan yang lalu tetapi nampaknya begitu cepat dapat kelulusan untuk membelanjakan RM100 juta dana awam untuk projek di kawasan parlimennya,” tambah Kok.
Beliau menyelar pengumuman tersebut ketika ekonomi negara tidak menentu akibat kesan wabak Covid-19. – 25 Mei, 2020.
ZAKARIA BUKAN ORANG POLITIK? MAHU TIPU SIAPA?
Apabila mantan Ketua Cabang Keadilan Bera, Sdr Zakaria Abdul Hamid dilantik mengetuai FINAS, maka ramai yang bertanya mengapa buang seorang anak seni dan diganti dengan orang politik untuk menguruskan hal ehwal perfileman, hiburan dan kesenian?
Apa kaitan kelayakan dan pengalaman Sdr Zakaria untuk menerajui FINAS? Tiada tokoh lainkah yang boleh menerajui FINAS dari kalangan anak seni atau paling kurang ada kelayakan berhubung dengan kesenian, perfileman atau hiburan? Ini persoalannya.
Seorang orang kuat Sdr Zakaria tampil membela bosnya dengan menyatakan Sdr Zakaria layak menerajui finas kerana dia telah dipecat dari parti, maka pemilihannya bukan lagi ada kaitan dengan lantikan politik. Ini melucukan dan satu hujah yang amat dangkal dari bekas Ketua Cabang Paya Besar, Sdr Albakri Salim. Albakri adalah timbalan kepada Sdr Zakaria di dalam NGO Penggerak Komuniti Negara di Pahang. Tugas beliau membela bosnya itu wajar namun berilah alasan lain yang releven.
Adakah kerana dipecat dari Keadilan, maka seseorang itu bukan lagi orang politik? Bila disebut sahaja politik, maka semestinya adalah dari Keadilan? Kamu tahu atau tidak apa itu politik? Berpolitik atau orang politik tidak semestinya ada parti. Itu kena faham dulu.
Siapa tidak kenal Sdr Zakaria, setelah dipecat dari Keadilan kerana terdapat laporan dari SPRM tentang penglibatan beliau dengan kes rasuah, beliau terus bergerak rapat dengan orang politik seperti Azmin dan Zuraidah. FINAS mahu diterajui oleh orang seperti ini? Mana maruah FINAS?
Siapa tidak tahu, Sdr Zakaria adalah orang kuat Azmin, sama juga dengan MP Indera Mahkota, YB Dato Saifudin Abdullah yang kini menjadi Menteri Komunikasi. FINAS di bawah kementerian MP Indera Mahkota yang khianat ini. Bodoh sangatlah jika kita tidak boleh fikir apa erti lantikan ini sehingga sanggup mengenepikan anak-anak seni hanya kerana mahu beri pada kroni politik?
Mahu tipu siapa sebenarnya? Jangan ingat rakyat terlalu bodoh seperti kamu yang sanggup melakukan pengkhianatan untuk kesenangan sementara.
WFAUZDIN NS
Doktor muda ini dedah kerja 16 jam lindungi orang tersayang!
KUALA LUMPUR: Seorang doktor perubatan berkongsikan pengalamannya sepanjang bertugas dalam musim wabak Covid-19 ini.
Dr Wilson Tiang memberitahu semua kakitangan dari Kementerian Kesihatan telah diaktifkan untuk mengawal virus yang sudah melanda negara ini.
“Boleh bayangkan perasaan, bila memakai suit tebal, dengan bantuan oksigen, disertakan dengan panas yang banjir peluh, selama berjam-jam untuk tengok pesakit positif.
“Dalam minda sering memainkan sama aada ‘pakaian saya pakai ni betulkah? Saya bercakap dengan pesakit positif lama sangat, akan berjangkit tak?
“Mask (Topeng) saya ini ada bocor tak? Selepas interview pesakit, juga ada etika untuk menanggalkan pakaian,” ceritanya di Facebook beliau yang dikongsi ribuan pengguna media sosial itu.
Beliau mengimbas kembali insiden terlupa memakai penutup mulut dan hidung sehingga memaksanya menahan nafas ketika menguruskan pesakit.
“Teringat lagi sekali, saya tertanggal mask saya dalam bilik pesakit. Cepat tahan nafas, cuci tangan, dan keluar dari bilik untuk menarik nafas.
“Perasaan itu sangat menakutkan, dan saya telah bekerja turut menurut selama 16 jam, letih juak,” katanya seperti dilaporkan Malaysia Dateline.
Sedekah doa
Semasa mula Dr Wilson dipanggil menyertai pasukan Covid-19, keluarganya di kampung pada awalnya melarang beliau berbuat demikian kerana bimbang risiko yang dihadapi.
“Masih ingat lagi, saya diderafkan masuk pasukan Covid-19. Lalu, saya minta izin keluarga di kampung untuk berkhidmat kepada negara.
“Masih ingat lagi, ayah berkata ‘Kalau boleh, jangan pergi, sangat bahaya’.
“Namun, anak derhaka ini degil, jawab balik, ‘Kalau bukan saya yang sihat muda ini pergi, siapa lagi?” ceritanya lagi.
Beliau juga memberitahu bagaimana pakarnya mengingatkannya awal-awal tentang situasi genting wabak Covid-19 yang disifatkan sebagai perang.
“Pertarungan ini akan menjadi panjang. Apa yang kamu lakukan ini adalah untuk mencegah penyakit ini daripada menjangkiti ibu bapa yang lebih tua dan anak-anak kecil kamu di rumah.
“Ini perang, untuk melindungi orang yang kamu sayangi,” ujarnya mengulang kembali pesanan pakar tersebut.
Sehubungan itu, Dr Wilson mengingatkan orang ramai agar bekerjasama bagi membantu memutuskan rangkaian jangkitan Covid-19.
Seluruh rakyat, serunya, diminta mematuhi arahan Kementerian Kesihatan, sabar berada di rumah dan menyedekahkan doa kepada pasukan perubatan.
ROS TIDAK HARUS CAMPUR PERTELAGAHAN BERSATU
ROS tidak harus campur pertelagahan Bersatu
Oleh: Redzuan RF8 Media
Krisis kepimpinan Bersatu tidak wajar dicampur oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Menurut seorang peguam, ROS sepatutnya mengehadkan peranannya dalam hal penguatkuasaan seperti penyerahan laporan tahunan dan akaun, bukannya berpihak kepada satu paksi dalam perbalahan dalaman
“Bersatu ialah ahli individu, dan kuasa (untuk menentukan perkara seumpama itu) perlu diserahkan kepada parti, bukannya RoS,” kata peguam hak sivil, Charles Hector Fernandez dipetik.
Perbalahan kalangan ahli, atau dalam kepimpinan parti lebih baik dirujuk ke mahkamah, bukan RoS atau menteri, untuk diselesaikan, katanya.
“Sebelum membuat keputusan akhirnya, adakah RoS memberikan Dr Mahathir ‘hak untuk didengar’? Adakah mereka memberi peluang kepada beliau untuk bercakap?
“Saya tidak dengar atau lihat sebarang laporan di mana pendaftar mengadakan pendengaran atau memanggil Dr Mahathir untuk mendengar pihaknya sebelum keputusan dibuat,” katanya dipetik The Malaysian Insight.
RoS baru-baru ini mengisytiharkan Dr Mahathir bukan lagi pengerusi Bersatu, dan perdana menteri sekarang, Muhyiddin Yassin yang juga presiden parti, akan menjalankan tugas pengerusi.
“RoS sepatutnya hanya kisahkan tentang laporan tahunan dan akaun yang perlu dihantar, sama ada sesebuah persatuan melanggar undang-undang – ia perkara pentadbiran,” kata Fernandez.
“RoS hari ini terlalu banyak kuasa, dan sebenarnya mereka tidak sepatutnya ada kuasa terhadap isu berkenaan.
“Ingat, salah satu undang-undang yang Pakatan Harapan (PH) janji untuk pinda ialah Akta Persatuan, di mana mereka gagal berbuat demikian ketika mereka masih memegang kuasa,” katanya.
Beliau berkata PH berjanji untuk meminda Akta Persatuan untuk mengeluarkan peruntukan anti “kebebasan berpersatuan”, tetapi gagal melaksanakannya.
Sementara itu, peguam perlembagaan Andrew Khoo mempersoalkan sama ada RoS ada maklumat terbaru berkenaan barisan kepimpinan Bersatu.
“Adakah RoS tahu maklumat terkini berkenaan pemilihan parti Bersatu? RoS hanya ada maklumat yang diberikan kepadanya,” katanya.
DULU SALAH DAP, SEKARANG SENYAP?
Dulu salah DAP, sekarang senyap?
Oleh: Pentadbir
Ust Abu Hafiz Salleh Huddin
Waktu ini, ujian sebenar buat pemain isu perkauman dan kerajaan PN. Ia juga muhasabah besar buat kerajaan PH dahulu bagaimana pengurusan persepsi dan media adalah sangat penting untuk diuruskan dengan baik tanpa kompromi.
Dahulu, setiap satu kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk; kerajaan, Menteri Pengangkutan dan MENTERI KDN PH dahulu disalahkan (yang hari ini adalah PM PN). Tidak kurang Menteri Agama PH berbakul dimaki hina ‘kongsi dosa’ atas hal yang sama.
Hari ini? Tiada penulis upahan di FB menyalahkan kerajaan PN, PM8, Menteri Pengangkutan PN, Menteri KDN PN termasuk Menteri Agama PN sungguhpun 2 kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk dilaporkan dalam 24 jam sebelum hari raya.
Ketika pengurusan GLC dizaman PH membuat rasionalisasi perniagaan mereka bagi meningkatkan untung atau mengurangkan kerugian lebih besar sama ada dengan melepaskan liabiliti atau menjual saham; tokoh agama, mufti, ahli politik dan pseudo juragan kapal bangsa/agama berteriak marah dan menggigil takut khazanah negara dijual kering.
Hari ini, tindakan sama berlaku. Mereka sepi sunyi. Mereka raikan ‘rahmat’ kerajaan PN yang seakan bagi mereka tidak berbuat melainkan ia dianggap petunjuk ilahi yang dipandu langit tanpa salah dan buruk dosa.
Itulah mereka. Mereka lah rupanya aktor memainkan wayang bangsa dan agama bagi menipu dan menakutkan bangsa Malaysia.
Tatkala kerajaan mandat rakyat kembali, jentera kerajaan tidak boleh lagi lesu mati. Perubahan total dan tuntas bukan pilihan tapi kemestiaan. Kelompok rasis dan penunggang agama tidak boleh lagi diberi ruang memanipulasi emosi rakyat dengan melacurkan demokrasi. Berubah dan merubah yang rosak dan lemah!
Kos £2.5juta (RM 13.3 juta) adalah real, kata bekas peguam Hadi
KOS RM13.3 juta yang perlu dibayar oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada peguamnya dalam kes saman terhadap Editor Sarawak Report adalah ‘real’ dan bukan anggaran semata-mata berdasarkan pengalaman bekas peguam beliau, Mohamed Hanipa Maidin.
Dalam tulisannya, Hanipa, bekas Menteri Undang-undang Malaysia itu berkata, kos peguam Carter Rock yang mengendalikan kes ini adalah tinggi di samping kemungkinan pendekatan yang diambil dalam mengendalikan kes ini akan menyebabkan kosnya sangat mahal.
Berikut adalah tulisan Hanipa sepenuhnya.
Isu kos £2.5juta ( RM 13.3juta ) – Nota YB Sepang
1. Saya mendengar “talkshow” antara seorang aktivis di negara ini dengan Editor Sarawak Report ( SR ). Ia berkisar isu saman kes fitnah ( a libel suit) yang difailkan oleh Presiden parti ehem ke atas editor SR itu di mahkamah di London.
2. Dari ” talkshow” itu, terpancar info baru yang didedahkan oleh editor SR tersebut tentang isu kos yang Presiden parti ehem @ duta khas PM “Kerajaan Tebuk Atap” kepada peguam beliau sendiri.
3 . Sebelum saya ulas tentang isu kos tersebut, izinkan saya membawa anda kepada perspektif sebenar kes ini dari kacamata undang-undang. InsyaAllah saya cuba gunakan bahasa semudah mungkin bagi membantu para pembaca memahami isu ini dengan betul walaupun, maaf kata, ianya tidaklah begitu mudah bagi saya.
4. Jujurnya, saya tidak tahu kenapakah parti ehem, melalui Presiden mereka, nak sangat saman editior SR tersebut berkaitan isu tuduhan SR bahawa parti ehem ( bukannya presidennya ) terima wang dari Ummo?
5. Saya yakin ramai yang tahu saya pernah menjadi penasihat undang-undang parti ehem sebelum ini dan terlibat secara langsung dalam kes fitnah yang dibawa oleh presiden parti ehem ke atas akhbar Daily Mirror di UK. Ya, Presiden parti ehem guna khidmat firma guaman yang agak mahal di London dan agak cemerlang rekod mereka dalam mengendalikan kes saman fitnah di London dan di luar London. Pada masa itu, peguam firma yang kendalikan kes itu ialah seorang anak muda bernama Adam Tudor (bukan Adam Smith – seperti yang pernah disebut oleh seorang MP parti ehem satu waktu dahulu).
6. Dalam kes saman yang difailkan oleh presiden parti ehem ke atas akhbar Daily Mirror di UK sebelum ini, ya, benar, ia dimenangi oleh Presiden parti ehem apabila akhbar Daily Mirror bersetuju selesaikan kes itu di luar mahkamah dengan setuju membayar gantirugi (maaf saya tak akan sebut jumlahnya), mohon maaf dan membuat pernyataan maaf di dalam mahkamah. Ya, saya kebetulan ada di mahkamah di UK masa itu. Ya, saya sahaja yang “liased” secara rasmi dengan peguam Adam Tudor berkenaan kes itu pada masa itu.
7. Saya tak pasti adakah “kemenangan” kes saman fitnah ke atas akhbar Daily Mirror telah meyakinkan parti ehem dan presiden mereka untuk saman editor SR-wanita yang saya kagum dengan ketabahan beliau menentang kemungkaran!
8. Andaikata andaian saya itu adalah betul- bahawa kemenangan ke atas Daily Mirror itu meyakinkan mereka untuk saman editor SR dan mereka berharap akan dapat capai kemenangan untuk kali kedua- maaf, bagi saya, ia satu KESILAPAN yang besar dan fatal! Mengapa?
9. Jawapannya mudah. Kedua-dua kes itu tak sama dari segi faktanya. Kami-para peguam-selalu kata “the facts are poles apart!”.
10. Kes saman ke atas akhbar “the Daily Mirror” adalah kes yang jelas dan secara relatif, lebih mudah untuk menang! Semasa berada dalam parti ehem saya “strongly advised” parti ehem untuk saman Daily Mirror dan kena saman di UK. Dan pihak yang hendak menyaman @ Plaintif bagi kes itu mestilah Presiden parti ehem sendiri.
11. Akhbar Daily Mirror secara jelas memfitnah Presiden parti ehem bila mereka tuduh beliau adalah pemimpin No .3 Al-Qaedah yang ditahan di Guantanamo Bay. Nama presiden parti ehem disebut secara spesifik dan jika tak silap saya ada foto sekali. Justeru, kes itu, para lawyer kata,”was crystally clear!
12. Sedikit asas kes fitnah. Jika nak saman fitnah, antara elemen yang perlu diplidkan dalam saman dan perlu juga dibuktikan adalah kata-kata fitnah itu merujuk kepada orang yang nak menyaman! . Dalam kes saman ke atas Daily Mirror, elemen itu wujud dan mudah untuk dibuktikan!
13. Tetapi, kes ke atas editor SR amat berbeza. Seperti kata editor SR tersebut “dakwaan fitnah” ( the allegation of libel) SR tidak pernah sama sekali merujuk kepada Presiden parti ehem. SR hanya sebut nama parti ehem sahaja!
14. Pada hemat saya, dalam keadaan sebegitu, saya yakin dari awal, jika kes berakhir hingga ke perbicaraan penuh (a full-fledged trial) , kebarangkalian untuk Presiden parti ehem kalah adalah amat cerah dan amat tinggi.
15. Editor SR, bagi saya, betul bila dia kata di UK, parti politik tidak boleh saman kes fitnah. Apa yang saya tahu bapa editor SR adalah mantan seorang hakim!.
16. Memandangkan di UK parti politik tidak boleh menyaman kes fitnah dan “dakwaan fitnah” kes tersebut pula hanya melibatkan parti politik dan bukannya presidennya, saman tersebut, bagi saya, akan berhadapan kesukaran yang amat sangat untuk menang dalam isu “locus standi” (a legal standing to sue). Ini, orang law kata, isu “threshold”. Jika isu ini pun dah gagal, yang lain tak perlu cakap lah.
17. Habis tu, kenapa dalam keadaan saman itu ada masalah dengan isu locus standi, masih nak saman juga? Maaf, saya kena buat spekulasi di sini, berdasarkan pada pengalaman pernah kendalikan kes saman fitnah. Saya agak-agak peguam Carter Ruck cuba guna teori “a group defamation” -parti ehem dianggap sebagai “a political group” dan presidennya adalah ahli kepada group itu, maka beliau ada locus standi untuk saman. Kes masyhur kes “Le Fanu” (based on my memory)-tuduhan fitnah ke atas factory!
18. Jika spekulasi saya itu diandaikan benar, teori itu ada risikonya jika tak berjaya. Jika kes tak dibicara, ia bawa risiko kepada pihak yang menyaman. Bagaimana?
19. Begini. Risikonya bila tiba waktu pihak yang saman terima bil guaman dari peguam dia sendiri. Ya, risiko isu kos!
Di UK, sistem pengenaan bil guaman mengikut jumlah waktu jam yang digunapakai (spent) oleh peguam. Ia dipangggil “billable hours”. Dan nilainya berbeza antara peguam junior, peguam senior, Queen Counsel, paralegal dsb. Pokoknya, ia mahal. Seandainya peguam pihak yang menyaman memilih untuk “explore” isu “group defamation”, maka, saya yakin banyak waktu telah dihabiskan untuk research, maka bil guaman, secara logik, akan meningkat!
20. Sejak dari awal saya telah menulis dan bercakap di public bahawa parti ehem tak akan teruskan saman tersebut. Terbukti betul.
21. Walaupun ada pihak tertentu dalam parti ehem yang cuba kelirukan orang ramai kononnya mereka telah menang saman di UK itu, pendedahan terbaru editor SR, orang kata “speaks for itself”. Dalam bahasa kampung, nak kata kamu menang macam mana, bicara pun tidak?
22. Bukan sahaja kes tidak pernah dibicarakan, pihak yang saman pun kena bayar pula pada Defendan -editor SR- RM 1.4 juta kerana tarik balik saman! Memang jika kita saman seseorang, lepas itu kita nak tarik balik, kita akan kena bayar kos ke pihak satu lagi melainkan pihak tersebut setuju untuk tidak minta sebarang kos.
Bayaran RM1.4 juta itu adalah contoh kos yang kena dibayar bila Presiden parti ehem tarik balik saman ke atas SR dan editornya.
23. Dalam “talkshow” itu, editor SR juga dedahkan bahawa peguam beliau “estimated” peguam Presiden parti ehem -Carter Ruck- kenakan bil guaman lebih kurang £2.5juta ( RM13.3 juta) kepada “client” atau anakguamnya -Presiden parti ehem.
24. Adakah angka RM13.3 juta itu hanya rekaan semata-mata? Dengan hormat, saya kata ia bukan rekaan. Ia “real”. Mungkin saja kosnya lebih tinggi lagi dari RM13.3 juta. والله اعلم
25. Kenapa saya kata jumlah RM13.3 juta yang mungkin Presiden parti ehem kena bayar pada peguam dia sendiri itu bukan rekaan, tapi ianya real?
Pertama, semua orang tahu saman kes di London memang telah sedia mahal.
Kedua, peguam Carter Ruck terkenal dengan mengenakan kos yang tinggi bagi mendapatkan khidmat mereka kerana firma itu dikatakan peguam terbaik bagi kes fitnah bukan sahaja di UK tapi juga di Eropah.
Ketiga, kes ini tidak dibicarakan dan Presiden parti ehem juga tidak menang. Maknanya, tak dapat sebarang gantirugi wang dari editor SR, so kos tak boleh nak tolak dari situ.
Keempat, jika spekulasi saya betul tentang teori “group defamation” yang mungkin peguam presiden parti ehem cuba kemukakan, ia ada kesan yang besar pada isu kos tersebut juga.
والله اعلم
YB Sepang.
24/5/2020
I Syawal 1441-1442
24/5/2020
I Syawal 1441-1442
Subscribe to:
Posts (Atom)