PAK LAH KATA TAK PERLU


Sidang khas Dewan Rakyat tidak perlu – PM


18/09/2008 6:22pm



KUALA LUMPUR 18 Sept. – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, sidang khas Dewan Rakyat tidak perlu diadakan.
Kerajaan juga jelas beliau, tiada perancangan untuk menahan Penasihat Parti Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di sini hari ini. – Utusan.

FROM ANILL NETTO BLOG


Blogger Norlaila Othman, whose husband has been detained for more than six years, and their lawyer Edmund Bon (Picture courtesy of Merah Hitam blog)


I urge all readers of this blog - brother and sister Muslims, Christians, Hindus, Buddhists, Sikhs and others - to continuing praying for the immediate release of all ISA detainees.
When we think of ISA detainees now, we think of what Raja Petra, Teresa Kok and the Hindraf Five must be going through now. But there are about 60 other detainees - and a whole lot of human suffering, including that of their families.


The full list of ISA detainees can be found here.


If you are Muslim, you might like to reflect on what Syed Ibrahim Syed Noh wrote:

PENULIS BLOG DIREMAN 2 HARI

Penulis blog Kickdefella direman\
18/09/2008 3:38pm

KOTA BHARU 18 Sept. _ Polis mendapat perintah tahanan reman ke atas penulis blog, Kickdefella, Syed Azidi Syed Aziz, 38, selama dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Sekyen 4, Akta Hasutan.
Perintah tahanan reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret Tengku Amalin Puteri Sultan Ismail.
Syed Azidi ditahan oleh polis di rumahnya di Demit dekat sini kira-kira pukul 6 petang semalam.

- Utusan

ANWAR DESAK ADAKAN SIDANG TERGEMPAR DEWAN



Pakatan Rakyat hari ini mendesak Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengadakan sidang tergempar parlimen untuk membahaskan usul undi tidak percaya terhadap pentadbiran beliau.


Sidang tergempar itu perlu diadakan selewat-lewatnya pada Selasa depan (23 September 2008).


Desakan tersebut dibuat bersesuaian dengan Peraturan 11(3) Parlimen yang membolehkan sidang tergempar itu diadakan berdasarkan keadaan politik semasa.


Surat tersebut ditandatangani oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim.


Perihal mengutuskan surat kepada Perdana Menteri itu disampaikan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media yang diadakan dua hari selepas tarikh yang diuar-uarkan oleh beliau untuk mengambil alih kerajaan pusat.


Turut hadir dalam sidang media itu adalah Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaafar, Bendahari PAS Dr Hatta Ramli, Naib Presiden KeADILan Azmin Ali, Ketua Penerangan KeADILan Tian Chua dan beberapa pemimpin lain.

PROGRAM TAUTAN KASIH RAMADHAN

DARI KETUA DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN PERMATANG PAUH


Salam Ramadhan, Dewan Muslimat PAS Kawasan Permatang Pauh pada Ramadan kali ini akan mengadakan Program Tautan Kasih Ramadhan. Program ini diadakan atas dasar kasih sayang muslimat terhadap masyarakat terutama dalam usaha membela nasib ibu-ibu tunggal. Dalam program ini sejumlah 24 keluarga ibu tunggal telah dipilih dari seluruh kawasan Permatang Pauh. Setiap ibu tunggal akan diberi sumbangan berupa wang saguhati dan hamper barangan keperluan bagi menyambut Aidil Fitri .Selain itu, setiap anak-anak mereka akan diberi wang saguhati Hari Raya .

Insya Allah program ini akan diadakan pada 20hb. September 2008 iaitu Sabtu jam 5 ptg di perkarangan Dewan Hj Zabidi, belakang Masjid Batu. Sempena majlis ini , pihak Dewan Muslimat berbesar hati mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama ibu-ibu tunggal dan anak-anak yatim.