TUNJUK BUKTI KOMPONEN PH UNDI TAK PERCAYA MAHATHIR – DAP
Tunjuk bukti komponen PH undi tak percaya Mahathir – DAP
Tunjukkan bukti, atau ia hanya akan menjadikan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan sebagai tokoh yang tidak bermaruah serta gagal bertanggungjawab, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Kata Lim dakwaan dibuat PAS mengenai ada dua parti komponen dalam PH bercadang mengemukakan undi tidak percaya terhadap Dr Mahathir Mohamad adalah tuduhan palsu serta berunsur fitnah.
Saya harap Takiyuddin boleh menunjukkan bukti atas dakwaan yang berniat jahat itu.
“Sekiranya beliau gagal berbuat demikian, Takiyuddin jelas terbukti tidak bertanggungjawab, tidak bermaruah,” katanya dalam satu kenyataan petang ini.
Lim yang juga setiausaha agung DAP menambah tuduhan dibuat Takiyuddin adalah helah PAS untuk mengalih perhatian orang ramai daripada isu sebenar, iaitu amalan politik sempit mereka, selain isu parti itu menerima wang daripada Umno.
“Saya ingin menegaskan bahawa PH secara keseluruhan memberi sokongan penuh kepada kepimpinan perdana menteri dan menolak sekeras-kerasnya sebarang andaian yang mengatakan sebaliknya.
“Tidak ada satu parti komponen atau mana-mana pemimpin PH yang tidak menyatakan sokongan atau mahu undi tidak percaya dibuat ke atas kepimpinan Dr Mahathir, sama adadi dalam atau di luar mesyuarat Majlis Presiden PH,” katanya.
Sebaliknya kata Lim pihak yang jelas menentang kepemimpinan Dr Mahathir ialah PAS sendiri.
Malam tadi Takiyuddin mendakwa ada dua parti komponen dalam PH mungkin merancang untuk menyingkirkan Mahathir melalui undi tidak percaya di parlimen.
Kata Takiyuddin PAS berasa ada yang tidak kena dengan cara Mahathir bercakap mengenai sekutunya dalam PH.
Kerana itulah kata anggota parlimen Kota Bharu itu PAS memberikan ikrar untuk memberi sokongan kepada perdana menteri semasa PAS mengadakan pertemuan dengan Mahathir pada Jumaat lalu.
Lim berkata sepatutnya PAS menjawab isu pemimpin mereka yang menerima wang daripada Umno seperti didedahkan Sarawak Report.
Katanya Abdul Hadi sendiri menarik balik tindakan saman beliau terhadap Sarawak Report tanpa meminta laporan asal mengenainya dipadamkan, atau meminta portal pembocor maklumat itu meminta maaf kepada PAS.
“Sangat mendukacitakan untuk melihat apa yang tinggal dalam perjuangan PAS hari ini hanyalah pembohongan bersiri yang menyusuli skandal menerima wang daripada Umno,” katanya.
‘MALU APA BOSSKU’ HARAM?
‘Malu Apa Bossku’ haram?
Seorang pendakwah bebas menempelak penggunaan perkataan “Malu apa bossku” – sensasi Internet yang diperkenalkan bekas perdana menteri Najib Razak.
“Malu apa bossku, haram. Sesungguhnya malu itu adalah (sebahagian) daripada iman. Kau tak ada iman ke? Apa ni?
“Sahabat ajar kita malu, ulama ajar suruh kita malu.
“Tiba-tiba kau ajar ‘malu apa bossku’ dalam ketika mana kau terpalit dengan kes jenayah, kes rompakan, kes merosakkan negara,” kata Abu Syafiq.
Dia berkata demikian dalam video yang dimuat naik di Facebooknya.
Ketika berita ini ditulis, ia telah ditonton lebih 200,000 kali.
Dia bagaimanapun tidak menyebut nama Najib secara khusus.
Dalam video 56 saat itu, Abu Syafiq juga meminta pihak yang “membawa perkataan itu” supaya bertaubat.
Dalam status berasingan dia turut menghuraikan lanjut isu itu, termasuk memetik hadis Nabi Muhammad.
Kali ini dia memberikan rujukan jelas kepada Najib dengan memuatkan lakaran gambar Najib menaiki motosikal, yang sering digunakan dalam kempen Najib.
MENJAWAB FITNAH SUBKY LATIF KONONNYA NABI IBRAHIM BERBOHONG
Perkara utama yang perlu disedari bahawa para Nabi tidak pernah melakukan tindakan terkeji sehingga mencacatkan status kenabian sebagai penyampai risalah dan wahyu. Maka dengan sebab itu, ciri-ciri Nabi yang disepakati ulama adalah Siddiq (benar), Amanah, tabligh (menyampaikan) dan Fatanah (kebijaksanaan).
Berbohong merupakan sifat-sifat tercela. Justeru, mustahil para Nabi mempunyai sifat tercela. Apatah lagi, sifat tercela itu menjadikan risalah kenabian akan diragui oleh manusia. Dengan sebab itu, menuduh para Nabi berbohong adalah cara untuk menyebarkan keraguan manusia terhadap risalah yang disampaikan oleh para nabi.
Dalam al-Quran terdapat ayat yang menyatakan laknat terhadap orang yang berbohong. Antaranya – firman Allah dalam surah ali-Imram, ayat 61: “Laknat Allah terhadap orang-orang yang berbohong”, Surah al-Ghafir, ayat 28: “Sesungguhnya Allah tidak menunjuki orang-orang yang melampaui batas lagi pembohong”.
Dalam hadis pula, ada menyatakan bahawa pembohongan membawa kepada kejahatan. Sesungguhnya kejahatan itu membawa kepada neraka. Sesungguhnya seorang lelaki yang berbohong pasti akan tercatat sebagai pembohong (al-Bukhari, hadis no : 6094)
وَإِنَّ الكَذِبَ يَهْدِي إِلَى الفُجُورِ، وَإِنَّ الفُجُورَ يَهْدِي إِلَى النَّارِ، وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَكْذِبُحَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللَّهِ كَذَّابًا
Dalam hadis lain juga ada menyatakan bahawa antara ciri-ciri orang munafiq adalah berbohong. (Muslim, hadis no : 59)
آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلَاثٌ: إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ، وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ، وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ
Dari ini amat jelas bahawa amalan berbohong – bukan sekadar al-Quran dan hadis menyatakan ia sebagai amalan terlaknat, malahan ia adalah amalan yang boleh membawa kepada kejahatan – boleh membawa ke neraka. Dengan sebab itu, amat mustahil ia wujud pada diri para Nabi – termasuk Nabi Ibrahim AS. Mendakwa Nabi Ibrahim berbohong, sama seperti mengatakan Nabi Ibrahim melakukan kejahatan, melakukan amalan membawa ke neraka, melakukan amalan munafiq dan sebagainya; semua ini adalah mustahil bagi sifat bagi para Nabi.
Apatah lagi, dalam al-Quran ada ayat yang secara terang-terangan mengatakan Nabi Ibrahim adalah seorang Nabi yang sangat benar. (Surah Maryam, ayat 41)
وَاذْكُرْ فِي الْكِتَابِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّهُ كَانَ صِدِّيقًا نَبِيًّا
FAHAMI HADIS DENGAN BETUL
Pada zaman dahulu, kalangan khawarij sudah berkali-kali berhujah dengan hadis dengan pendekatan yang salah. Antara contohnya, hadis bahawa Nabi saw ada berkata, “barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka jangan dia sakiti jiran tetangganya. Barangsiapa beriman dengan Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamunya” (al-Bukhari, hadis no : 6018)
مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلاَ يُؤْذِ جَارَهُ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَاليَوْمِالآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ
Memandangkan Khawarij adalah kalangan takfiri - iaitu menghukum kafir kepada kalangan yang berbeza dengan mereka, menyebabkan mereka menafsirkan hadis nabi tanpa mengikut metode dan manhaj yang betul.
Maka dengan itu, dari hadis ini mereka terus simpulkan bahawa:
a. Tidak hormat tetamu dan menyakiti jiran adalah amalan dosa besar.
b. Pelakukan dosa besar adalah kafir, kerana hadis ini menyatakan "barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat", bermakna kalau tidak hormat tetamu dan sakiti jiran (dosa besar) adalah tidak beriman dengan Allah dan hari akhirat (kufur).
Kesalahan ini bukan pada hadis, tp pada cara pemahaman Khawarij terhadap hadis. Kesalahan disebabkan mereka literalis dalam memahami hadis tanpa menggunakan metode yang betul.
Demikian juga dalam hadis yang berkaitan dengan didakwa berbohong yang dilibatkan kepada Nabi Ibrahim. Cara pemahaman yang salah melahirkan fitnah terhadap individu Nabi Ibrahim. Ini sudah pasti bercanggah dengan prinsip dalam ajaran ahl al-Sunnah wa al-Jamaah.
HELAH DAN SINDIRAN
Berbohong boleh dimaknakan sebagai usaha memperdayakan agar si pendengar tidak mengetahui hakikat sesuatu perkara. Dengan sebab itu, helah dan sindiran tidak boleh dikatakan sebagai bohong. Ini kerana, helah (Arab : Hiyal) adalah perlakuan yang tepat dengan hakikatnya yang sebenar, sedangkan sindiran (arab : Ta’ridh) pula, maklumat tersebut sudah berada dalam pengetahuan si pendengar.
Maka dengan sebab itu, tindakan Nabi Ibrahim yang berkata kepada Namrud bahawa segala patung-patung yang runtuh itu dilakukan oleh patung yang besar, tidak boleh dikatakan Nabi Ibrahim berbohong, tetapi boleh dikatakan sebagai menyindir. Ini kerana, patung-patung itu tidak dapat berbuat apa-apa itu sudah dimaklumi kelemahannya. (tafsir Jalalain, hlmn 426)
وَفِيمَا قَبْله تَعْرِيض لَهُمْ بِأَنَّ الصَّنَم الْمَعْلُوم عَجْزه عَنْ الْفِعْل لَا يَكُون إلَهًا
Helah (arab : Hiyal) pula, seperti Nabi Ibrahim nak elak dari isteri baginda, Siti Sarah yang cantik dari direbut dari raja yang zalim; atau andai raja itu tahu bahawa itu adalah isteri Ibrahim, sudah pasti Ibrahim akan dibunuh, makanya Ibrahim pun mengajar cara untuk nak berhelah; iaitu dengan mengajar kepada siti Sarah – andai ada yang bertanya kepada siti sarah, siapa dia, maka hendaklah siti sarah beritahu bahawa dia adalah saudari Nabi Ibrahim. Dalam hadis terbabit, terang-terang dinyatakan bahawa itu bukan bohong, tetapi helah, kerana Ibrahim berkata bahawa Siti Sarah memang saudarinya – kerana dia adalah saudarinya seagama (islam) dan baginda juga berkata bahawa baginda tidak tahu atas bumi ini yang beragama islam selain mereka berdua sahaja. (Muslim, hadis no : 2371)
فَإِنَّهُ قَدِمَ أَرْضَ جَبَّارٍ وَمَعَهُ سَارَةُ، وَكَانَتْ أَحْسَنَ النَّاسِ، فَقَالَ لَهَا: إِنَّ هَذَاالْجَبَّارَ، إِنْ يَعْلَمْ أَنَّكِ امْرَأَتِي يَغْلِبْنِي عَلَيْكِ، فَإِنْ سَأَلَكِ فَأَخْبِرِيهِ أَنَّكِ أُخْتِي، فَإِنَّكِأُخْتِي فِي الْإِسْلَامِ، فَإِنِّي لَا أَعْلَمُ فِي الْأَرْضِ مُسْلِمًا غَيْرِي وَغَيْرَكِ
Justeru, dari hadis ini dijadikan hujah untuk mengatakan bahawa Nabi Ibrahim berbohong, sudah pasti bukan semata-mata memfitnah Nabi, malah kelihatan seperti mahu meragu-ragukan manusia terhadap kenabian Nabi Ibrahim.
PENUTUP
Nik Abduh ambil "dedak" UMNO. Itu cerita sebenarnya. Memandangkan sebelum ini Nik Abduh nak elak dari ketahui oleh ahli PAS dan rakyat Malaysia, maka dia berbohong. Bermakna, Nik Abduh berbohong sebab makan duit UMNO.
Dalam kes Nabi Ibrahim, baginda tidak pernah makan "dedak" Namrud. Justeru, meng agamakan pembohongan Nik Abduh dengan menggunakan hujah Nabi Ibrahim adalah satu kejahatan yang tidak boleh dimaafkan.
WAN JI WAN HUSSIN
NABI IBRAHIM TIDAK PERNAH BOHONG, MAKAN DEDAK
Nabi Ibrahim tidak pernah bohong, makan dedak
Perkara utama yang perlu disedari ialah para nabi tidak pernah melakukan tindakan terkeji sehingga mencacatkan status mereka sebagai penyampai risalah dan wahyu.
Maka dengan sebab itu ciri-ciri nabi yang disepakati ulama ialah siddiq (benar), amanah, tabligh (menyampaikan) dan fatanah (bijaksana).
Berbohong pula salah satu sifat tercela. Justeru, mustahil para nabi mempunyai sifat tercela. Apatah lagi sifat tercela itu menjadikan risalah kenabian akan diragui manusia.
Dengan sebab itu, menuduh nabi berbohong adalah cara untuk menyebarkan keraguan manusia terhadap risalah yang disampaikan oleh baginda.
Dalam al-Quran terdapat ayat yang menyatakan laknat terhadap orang yang berbohong.
Antaranya firman Allah:
- “Laknat Allah terhadap orang-orang yang berbohong” – (ayat 61, ali-Imran)
- “Sesungguhnya Allah tidak menunjuki orang-orang yang melampaui batas lagi pembohong” – (ayat 28 surah al-Ghafir)
Dalam hadis pula, Rasulullah SAW ada menyatakan bahawa amalan pembohongan membawa kepada kejahatan.
“Sesungguhnya kejahatan itu membawa kepada neraka. Sesungguhnya seorang lelaki yang berbohong pasti akan tercatat sebagai pembohong (al-Bukhari, hadis 6094)
Dalam hadis lain juga ada menyatakan bahawa antara ciri-ciri orang munafik adalah berbohong (Muslim, hadis 59).
Fahami hadis dengan betul
Justeru amat jelas bahawa amalan berbohong boleh membawa kepada kejahatan dan kejahatan itu menyebabkan pelakunya dimasukkan ke neraka.
Amaran itu dinyatakan secara jelas melalui al-Quran dan hadis.
Dengan sebab itu, amat mustahil sifat berkenaan wujud pada diri nabi – termasuk Nabi Ibrahim AS. Mendakwa Ibrahim berbohong, sama seperti mengatakan baginda melakukan kejahatan, melakukan amalan membawa ke neraka, melakukan amalan munafik dan sebagainya.
Semua itu adalah mustahil bagi sifat para nabi.
Apatah lagi dalam al-Quran ada ayat yang secara terang-terangan mengatakan Ibrahim ialah seorang nabi yang sangat benar (Surah Maryam, ayat 41).
Pada zaman dahulu, golongan Khawarij berkali-kali berhujah menggunakan hadis dengan pendekatan salah. Contohnya, hadis bahawa Nabi Muhammad ada berkata: “Barangsiapa beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka jangan dia sakiti jiran tetangganya. Barangsiapa beriman dengan Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamunya” (al-Bukhari, hadis 6018).
Memandangkan Khawarij adalah kalangan takfiri – iaitu menghukum kafir kepada pihak yang berbeza dengan mereka – justeru hadis di atas ditafsirkan tanpa mengikut metode dan manhaj yang betul.
Maka dengan itu, berdasarkan hadis tadi mereka terus menyimpulkan bahawa:
a. Tidak hormat tetamu dan menyakiti jiran adalah amalan dosa besar
b. Pelakukan dosa besar menyebabkan seseorang menjadi kafir, kerana hadis ini menyatakan “barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat”, bermakna kalau tidak hormat tetamu dan sakiti jiran (dosa besar) adalah tidak beriman dengan Allah dan hari akhirat (kufur).
Kesalahan itu bukan terletak pada hadis, tetapi pada cara pemahaman Khawarij. Ia berlaku kerana mereka literal untuk memahami hadis tersebut tanpa menggunakan metode yang betul.
Demikian juga dalam hadis berkaitan perbuatan Ibrahim yang didakwa berbohong. Cara pemahaman yang salah melahirkan fitnah terhadap baginda.
Ini sudah pasti bercanggah dengan prinsip dalam ajaran Ahli Sunnah wal-Jamaah.
Berbohong merujuk kepada usaha seseorang pelakunya memperdaya agar orang yang mendengar itu tidak mengetahui hakikat sesuatu perkara.
Dengan sebab itu, helah dan sindiran tidak boleh dikatakan sebagai bohong. Ini kerana, helah (hiyal dalam bahasa Arab) ialah perlakuan yang tepat dengan hakikat sebenar, sedangkan sindiran (ta’ridh) pula melibatkan maklumat yang sudah berada dalam pengetahuan si pendengar.
Maka tindakan Ibrahim yang berkata kepada Namrud bahawa segala patung yang runtuh itu dilakukan oleh patung yang besar tidak boleh dikatakan pembohongan.
Sebaliknya ia boleh dianggap sindiran. Ini kerana, hal keadaan patung-patung itu memang tidak dapat berbuat apa-apa sudah dimaklumi kelemahannya oleh Namrud (tafsir Jalalain, halaman 426).
Contoh helah (hiyal) pula seperti Ibrahim mahu mengelak isteri baginda – Siti Sarah yang cantik – daripada direbut raja yang zalim. Andai raja itu tahu bahawa wanita itu ialah isteri Ibrahim, sudah pasti baginda akan dibunuh.
Justeru Ibrahim pun mengajar cara untuk berhelah, iaitu dengan mengajar Siti Sarah, andai ada sesiapa mengenai siapa dia, hendaklah diberitahu bahawa dia adalah saudara Ibrahim.
Dalam hadis terbabit, terang-terang dinyatakan bahawa itu bukan bohong, tetapi helah, kerana Ibrahim berkata Siti Sarah memang saudarinya.
Siti Sarah ialah saudara seagama (Islam).
Ibrahim juga berkata bahawa baginda tidak tahu di atas bumi ini ada orang lain yang beragama Islam selain mereka berdua sahaja. (Muslim, hadis 2371)
Justeru, jika daripada hadis itu dijadikan hujah untuk mengatakan bahawa Ibrahim berbohong, pasti ia bukan sekadar fitnah, malah kelihatan seperti mahu menyebabkan manusia ragu kepada kenabian baginda.
Nik Abduh ambil ‘dedak’ Umno. Itu cerita sebenarnya. Memandangkan sebelum ini Nik Abduh mahu mengelak hal itu daripada ketahui ahli PAS dan rakyat Malaysia, maka dia berbohong.
Bermakna, Nik Abduh berbohong sebab makan duit Umno.
Dalam kes Ibrahim, baginda tidak pernah makan ‘dedak’ Namrud. Justeru, menyandarkan pembohongan Nik Abduh kepada agama dengan menggunakan hujah kisah Ibrahim adalah kejahatan yang tidak boleh dimaafkan.
__________________________________________________________________________
WAN JI WAN HUSSIN merupakan pendakwah dan pengarah akademik Saudara Research Centre. Tulisan asal rencana ini disiarkan di media sosialnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)