Kita bebas memilih, kalau kita mahukan lanun, kita akan dapat lanun
Kenapa kita bermasalah dalam
politik negara kini? Sebabnya kerana kita membiarkan politik mengatur kita.
Kita yang sepatutnya mengatur politik negara tidak berbuat perkara yang
sepatutnya kita lakukan. Jika jika biarkan politik itu berdiri dengan sendirinya
maka kita akan di baham oleh kezaliman politik itu kerana politik itu adalah
berkait dengan kuasa. Sesiapa yang memegang kuasa itulah penentu kepada keadaan
politik sesebuah negara. Manusia yang bermain, lebih lagu yang memegang kuasa
itu menentukan samada politik itu hendak diputihkan atau dihitamkan.
Tidak ada yang bersih sebersih
kain putih dalam politik ini, tetapi kita boleh bercakap tentangnya secara
‘relative’ di antara dua atau lebih pihak yang berkepentingan. Tetapi bagi
pihak yang dikatakan baik itu adalah pihak yang bermain politik mengikut
undang-undang dan lebih-lebih lagi mengikut etika yang bersesuaian mengikut
keadaan latar belakang negara itu sendiri. Apa pun kita lakukan mesti ada
etikanya. Kepada mereka yang melakukan sesuatu permainan politik itu mengikut
etika yang baik maka pihak itulah yang di anggap pihak yang lebih baik dari
pihak yang lagi satu itu.
Bagi mereka yang beretika
selalunya mereka mempunyai sikap malu dan bertanggungjawab dan mereka tidak
akan melakukan sesuatu yang keterlaluan buruknya semata-mata untuk mendapatkan
kuasa atau untuk mempertahankan kuasa itu. Garisan pemisahan di antara yang
baik dan yang tidak baik inilah yang sangat susah untuk di gariskan. Perbezaan
pandangan inilah yang menjadi penyebab kenapa pihak-pihak yang bermain dengan
politik seolah-olah berada didalam keadaan berperang.
Di negara kita politik sedang
dalam keadaan yang begitu menjemukan kerana permainan politik yang tidak berada
di tahap yang selalu di alami oleh negara yang maju. Kita yang bercakap tentang
negara maju dan rakyat berpendapatan tinggi yang sedang berusaha melakukan
transformasi dalam semua bidang termasuk dalam bidang politik tidak menampakan
kematangannya walaupun sedikit. Kita masih lagi bermain politik seperti kita
berada di negara Congo atau Zimbabwe
dan banyak negara Afrika.
Di negara kita khususnya pihak
yang sedang berkuasa sebegitu lama masih bermain dengan politik yang sangat
rendah semata-mata kerana hendak mengekalkan keenakkan berkuasa seolah-olah
kuasa itu adalah hak mereka semata-mata. Bila berbohong mereka akan
melakukannya dengan terang-terangan dan mudah untuk di baca oleh pihak yang
ramai kecuali kepada mereka yang menjadi penyokong tegar mereka yang tidak
kisah pimpinan mereka itu mempunyai malu atau tidak.
Dalam pada memberikan tuduhan
yang begitu berat terhadap Pakatan Rakyat, UMNO sedang bergolak dengan perkara
yang bersifat noda dan nesta seperti apa yang kita lihat berlaku dalam isu
Deepak dan Musa Hasan. Saya bukan hendak menyebut tentang ‘political mileage’
yang di dapati oleh Pakatan Rakyat dalam isu yang disebutkan itu. Ia
melambangkan yang perkara seperti isu tanah Kementerian Pertahanan yang menjadi
isu itu adalah isu yang biasa. Sesama UMNO sendiri kita nampak betapa gilanya
isu itu dan itulah sebenarnya yang menyelubungi UMNO dan BN keseluruhannya.
Itu di Kementerian Pertahanan
sahaja. Belum lagi kita terdengar apa yang berlaku di dalam Kementerian dan
Jabatan-Jabatan Kerajaan yang lain. Perkara seperti ini berlaku di dalam setiap
Kementerian dan Jabatan dan itu sudah menjadi isu biasa. Semuanya melibatkan
kroni membina ‘empire’ kekayaan masing-masing dengan menggunakan harta benda
rakyat. Mereka bergaduh sesama sendiri kerana merebutkan harta rampasan.
Apabila sudah tidak terdapat kehendak masing-masing, maka masing-masing
membocorkan rahsia masing-masing sehinggakan membuatkan rakyat yang sedang
hendak memilih kali ini menjadi bingung dan tersedu melihat perkara yang
dilakukan oleh mereka yang berkuasa.
Kita tidak kisah samada Musa
Hasan dan Deepak itu jujur atau tidak, tetapi yang penting bagi rakyat
mengetahuinya ialah perkara yang terjadi yang di bongkarkan oleh pelaksana
pimpinan yang rasuah itu benar-benar berlaku. Siapa yang bersalah dan tidak
bersalah terpulang kepada penghakiman untuk menentukannya. Jika Raja Petra terpaksa keluar negara kerana
menulis apa yang beliau lihat benar-benar berlaku kenapa Deepak tidak dan masih belum di
ketengahkan kemuka pengadilan jika Deepak melakukan fitnah? Kenapa? Jika Deepak
tidak di ketengahkan kemuka pengadilan maka Raja Petra sepatutnya di lepaskan
dari sebarang tuduhan dan beliau sepatutnya boleh kembali ke tanah air tanpa
sebarang tuduhan terhadap beliau.
Kenapa ada pihak yang di bawa
kemuka pengadilan dan ada pula yang tidak di hadapkan ke Mahkamah sedangkan
tuduhan itu di buat secara terbuka dan memalukan Perdana Menteri sendiri. Jika
Najib ini Perdana Menteri di negara maju isu yang beliau hadapi ini
memungkinkan beliau di halau oleh rakyat atau pun Deepak dihadapkan ke mahkamah
dengan cepat dan deras. Isu yang di sebut oleh Deepak ini bukan isu kecil. Ia
melibatkan pembunuhan dan penyelewengan wang rakyat serta salah menggunakan
kuasa yang tersangat hina dan buruk.
Kita juga ingin tahu kenapa
Deepak dan Musa Hasan mengeluarkan isu secara ‘installment’ dan beransur-ansur?
Apa tujuan mereka dan kenapa pihak Najib dan Hishamudin yang sedang berkuasa
senyap sunyi tanpa tindakan untuk membersihkan nama mereka?
Saya menulis isu ini kerana saya
sendiri sudah mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa kerja noda dan dosa
politik dan ekonomi ini bukan sahaja dilakukan oleh Najib, Hishamuddin, Zahid
Hamidi tetapi ia juga membawa kecenderungan yang pemimpin-pemimpin yang lain
juga telah dan sedang melakukan dosa dan noda yang sama sahaja tarafnya.
Justeru kita bertanya, adakah
rakyat hendak membiarkan sahaja perkara seperti ini terus-terusan berlaku? Jika
BN masih menjadi kerajaan kita maka kerja-kerja yang ternoda ini akan tetap
terus berlaku dan yang menjadi mangsanya adalah rakyat. Rakyat akan terpaksa membayar
segala harta rampasan yang mereka curi dari mereka (rakyat).
Ini samalah seperti saya yang
membeli beberapa papan petai dari seorang penjual petai suatu ketika dahulu.
Saya tidak menyedari yang petai yang saya beli itu adalah petai saya sendiri yang
telah di curi oleh penjual petai itu.
Dimana-mana dalam UMNO kini,
penuh dengan pencuri-pencuri yang cepat tangan dan mereka bergaduh serta menipu
di antara satu dengan lain untuk membolot harta rakyat yang tidak tahu menahu
tentang kegiatan mereka sebelum rahsia-rahsia mereka terbongkar.
Pencuri-pencuri harta rakyat ini
terpaksa mencuri lagi untuk menutup mulut pencuri yang tidak berpuas hati itu
pula. Begitu lah perlakuan mereka terhadap rakyat jelata dan itulah sebabnya
mereka begitu liat untuk menerima demokrasi dengan semudah itu kerana demokrasi
memungkinkan mereka terpaksa berhenti dan akan berjauhan dari khazanah rakyat
yang telah mereka selongkar selama ini. Mereka mahu selongkar lagi kerana harta
rakyat negara ini masih banyak.
Kali ini pemilihan kita ialah di
antara pihak yang ketagih merampas harta benda kita dengan pihak yang mahu
menyelamatkan negara dari terjerumus ke lembah kehinaan politik dan ekonomi.
Rakyat boleh memilih satu di
antara dua itu. Semasa pilihanraya nanti undi akan di kira dan di jumlahkan.
Jika mereka yang ketagih melanun dan merompak itu mendapat mandat rakyat maka
kerja yang biasa kita dengar itu akan terus berlaku. Jika pihak yang hendak
menyelamatkan negara mendapat mandat maka ada sedikit harapan untuk kita
menyelamatkan negara dari terjerumus ke lembah kehinaan itu.
Selama 5 tahun kita akan
perhatikan peperangan dan tingkah laku mereka yang mengambilalih kuasa kerajaan
itu. Rakyat akan tetap dalam pencarian selagi sebuah kerajaan yang telus dan
jauh dari bermain dengan politik perkauman belum dapat di capai.