BERNIAT JAHAT NI....RASANYA BOLEH DAH KOT MENTERI PENERANGAN BAGI TERANG...HILANG LAM GUA PA MENTERI ..TAKAT GAJI WARTAWAN PI JA KE PRA SEKOLAH KERAJAAN..DAK PUN TADIKA KEMAS....PASTI PUN ADA...MURAH JA....YANG KOSMO REPORT TU ANAK ORANG ADA ADA.....

 







Tajuk berita yang tak bertanggungjawab daripada Kosmo. Sengaja menimbulkan rasa tidak senang di kalangan pembaca. Menjengah ke ruangan komen, ada juga orang dungu yang malas membaca terus menyalahkan kerajaan.


Sekolah kebangsaan, sama ada menengah ataupun rendah, mana ada yuran. Kalau ada pun yuran PIBG yang ditentukan oleh ahli PIBG itu sendiri sewaktu mesyuarat tahunan mereka.


Tajuk ini sebenarnya berkenaan isu yuran bulanan taska dan tadika swasta, bukan kerajaan. Memang harga yuran tadika dan taska swasta ni tak dikawal oleh kerajaan. Macam aku kata, semua dikawal, dah macam negara komunis.


Aku tak pasti orang lain. Tapi aku sendiri yang ada 6 orang anak, dulu anak aku semuanya bersekolah di sekolah yang yurannya berpatutan. Bulanannya tak sampai RM200 pun. Yuran pendaftaran pun dalam RM800 je.


Anak-anak aku pun, umur 5 tahun baru aku hantar ke sekolah. Sebelum tu aku lebih suka mereka jadi kanak-kanak sebenar. Bangun pagi sampai malam, kerjanya cuma bermain saja.


Semuanya atas pilihan kita sendiri. Kalau rasa tak mampu, carilah tempat yang murah. Kalau tempat tu mahal, kita masih terus bayar, maka yuran akan terus naik. Itu lumrah alam.  Bila kedai atau sekolah mereka tak laku, barulah mereka turunkan harga.


Tapi orang suka pilih yang mahal. Nak tunjuk orang anak dia sekolah terbaik. Sekolah tadika anak aku yang murah tu terpaksa ditutup sebab tiada pelajar baru. Semua kejar tadika berjenama.


Kalau dah begitu kehendaknya, redha sajalah. Tak payahlah nak bising. Apa lagi salahkan kerajaan. Itu pilihan sendiri kan? Tadika Kemas dan prasekolah milik kerajaan bayar minimum. Tapi tak berminat. Jadi bayar sajalah sekolah yang mahal tu.


Berbalik kepada kisah asal, cara Kosmo ni memang sangat tak bertanggungjawab. Apa niat Kosmo buat tajuk begini, aku pun tak tahu. Tapi aku harap Kosmo bukan berniat nak timbulkan rasa marah rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


BAGUS JUGA KALAU TAK MAHU...TUMPUKAN KEMAJUAN NEGERI NEGERI PH BN...

 





Kala pembangkang berdegar² dengan naratif Tebuk Atap dan terus²an mengapikan ketidak-stabilan politik, menghakis nilai² muhibah nilai harmoni dan perpaduan, PMX pula terus mengorak langkah di persada antarabangsa konsisten dengan pendirian dan perjuangan memacu ke arah negara terbilang.


Lawatan rasmi 2 hari ke Turki selepas GCC di Arab Saudi dan kembara memeterai perjanjian pelaburan bermanfaat kepada negara, PMX dan pasukan tampaknya tidak kenal erti lelah. Malaysia berada di landasan yang tepat dengan pemimpin yang berintegriti tinggi..alhamdulillah.


Insyaallah bantuan kemanusiaan yang digerakkan kepada rakyat Palestin dengan kerjasama negara Mesir akan dipastikan sampai kepada mereka. 


Sama² kita doakan keselamatan, kejayaan dan barakah kepada Kerajaan Perpaduan terutamanya PMX Malaysia agar terus menabur bakti, mengangkat martabat Malaysia di persada dunia. 


Ya Allah perkenankanlah doa² kami..Aamiiin. 🤲❤🤲



HUBUNGAN MALAYSIA ARAB SAUDI TETAP ERAT SELAMANYA DALAM BERBAGAI BIDANG .

 







Alhamdulillah, saya telah berkesempatan melakukan kunjungan ke atas Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi Mohammed Bin Salman bin Abdulaziz Al-Saud di Istana Yamamah, Riyadh sebagai acara penutup lawatan kerja saya ke negara Semenanjung Arab tersebut. 


Perbincangan kami seputar isu dua hala melibatkan kedua-dua negara Malaysia dan Arab Saudi dalam suasana mesra dan persahabatan yang utuh. 


Saya melontar penghargaan dan menjunjung kebijaksaan Arab Saudi dalam menganjurkan Sidang Kemuncak yang mempertemukan kedua-dua rantau yakni ASEAN dan Negara-Negara Teluk (GCC) untuk kesekian kalinya menjadi platform tepat dalam memperkukuh kerjasama di lapangan politik, ekonomi, sosio-budaya dan juga keselamatan, selain memberi penekanan pada isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama. 


Kami bersetuju mempertingkat hubungan dua hala ke peringkat Perkongsian Strategik Malaysia-Arab Saudi meliputi pelbagai lapangan, termasuk penganjuran Majlis Penyelarasan Malaysia-Arab Saudi (SMCC), lapangan tenaga hijau di bawah Inisiatif Hijau Arab Saudi (SGI) dan pelaburan strategik. 


Isu penting lainnya yang disentuh ternyata isu Palestin dan kemanusiaan. Saya turut menegaskan agar kita berusaha untuk menghentikan keganasan dan pembenihan kefanatikan yang pastinya akan memburuk keadaan dan menambah kesengsaraan warga Palestin. 


Malaysia  menjemput Putera Mahkota untuk melakukan kunjungan rasmi ke Malaysia yang dijangka akan diadakan pada sekitar bulan Januari 2024 kelak, Insya-Allah. 


Saya punyai keyakinan yang tinggi bahawa hubungan istimewa Malaysia dan Arab Saudi kini telah memasuki lembaran baharu yang lebih erat dan kukuh atas dasar dan pendekatan keuntungan bersama (win-win). 


#MalaysiaMADANI



HUTANG CETAKAN AKHBAR BILA NAK BAYAR





 Terbaikkk..dah sampai masa semua orang perlu tahu. Ini isu hutang boleh masuk surga atau dak?


Kalau ada masalah dengan hutang cetakan Harak4h parti purnama yang di dakwa ikut hukum, akan terlepas tak nanti di Barzah(alam kubur) dan Akhirat?


Eloklah enta bantu saudara kita dari tergantung masuk surga kerana hutang belum langsai. Presid3n tumpang sekaki dak? Sekian...😁



PM tiba di Turkiye bincang lanjut isu Palestin


 Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Turkiye untuk bertemu presiden negara itu bagi membincangkan lebih lanjut isu keganasan Israel ke atas Palestin.


PM dijangka akan bertemu Presiden Turkiye, Recep Tayyib Erdogan sebelum menyambung lawatan ke Asia Barat bertemu Presiden Mesir.


"Alhamdulillah, saya telah selamat tiba di Istanbul, Turkiye dalam rangka lawatan kerja satu hari di sini.


"Saya dijadualkan akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Recep Tayyib Erdogan di sebelah petang bagi mendepani beberapa isu yang menjadi kepentingan bersama," kata Anwar dalam catatan di Facebooknya.

[panas] KENYATAAN PANAS DARI DS SAIFUDDIN! DEMI KEJAR KUASA POLITIK SANG...


Rakyat boleh menilai kepimpinan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang meletakkan diri "serba bersih" bagi mengejar kuasa politik, kata Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail. Jelasnya, lebih teruk lagi Abdul Hadi memperlekeh lawan dengan sehina-hinanya melalui dalil agama yang ditafsirkan secara sempit. "Tatkala pimpinan negara sedang bertungkus-lumus memulih ekonomi, membantu rakyat dan menjauhi rasuah, Abdul Hadi memilih melontar tohmahan tanpa sikap tanggungjawab. “Abdul Hadi belum pernah menunjukkan kepada rakyat idea, jawapan dan kaedah parti Islam PAS terhadap permasalahan negara.




PAKAI SERBAN LILIT PENUH KEPALA ..BELUM TENTU BOLEH PERCAYA

 


[panas] PAS MELUDAH KE MUKA SENDIRI? PENCERAHAN PADU BRO ISWARDY!

[bodoh sombong] MP PAS TUNJUK KEDANGKALAN DAN TERSANGAT MEMALUKAN DIRI!.DIA MEMANG BODO


Berdasarkan rujukan menerusi DPB, mahsul membawa maksud hasil atau pendapatan, kesenjangan pula bermaksud ketidakseimbangan, manakala sementelahan bermaksud tambahan pula dan walhasil bermaksud kesimpulannya. Anwar turut meneruskan tiga lagi penggunaan istilah bahasa Melayu yang pernah digunakan pada belanjawan sebelum ini seperti ketimbang, maha kaya dan kendatipun. Ketimbang memberi maksud berbanding, manakala mahakaya bermaksud maha kuasa dan kendatipun pula bermaksud meskipun menjadi salah satu perkataan unik yang disebut Anwar dalam pembentangan belanjawan berkenaan. Penggunaan perkataan luar kebiasaan itu sejak sekian lama menjadi identiti Anwar yang juga berkelulusan Sarjana Muda Pengajian Melayu pengkhususan Sastera di Universiti Malaya (UM).


KALAU PN BERKUASA..SAHIH RM JATUH 5.70.

 




Pada tahun 2022,zaman PN memerintah negara semua pakar ekonomi dan pakar kewangan jangka RM akan jatuh hingga rm5.50 hujung tahun 2023.


Tapi kerajaan bertukar,PMX naik dan kerajaan perpaduan tertubuh.


Alhamdulillah.walaupun RM teruk diserang tapi kejatuhan RM tidaklah sampai tahap seperti dijangka.


Bayangkan kalau PN berkuasa sekarang.kompom RM dah cecah rm5.70 sekarang.


Walaun bodoh bukan tau.jauh beza kerajaan yg bekerja dengan kerajaan mkn gaji buta.




KISAH CURI REE DI BUKIT ENGGANG


 

LAGI KISAH MY AIRLINE


 

Masanya Malaysia terima pelarian Palestin




 Malaysia seharusnya menerima pelarian Palestin sebagaimana negara ini pernah menerima pelarian daripada Syiria dan Bosnia.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Parlimen untuk Perhubungan Antarabangsa dan Perdagangan, Wong Chen, walaupun Malaysia tidak menandatangani Konvensyen Pelarian 1951 atau Protokol 1967, namun sejarahnya negara telah menerima pelarian Vietnam secara sukarela pada 1970-an, pelarian muslim Moro dan pelarian Cham pada 1980-an, pelarian Bosnia pada 1990-an, serta pada 2015 pelarian Rohingya dan pelarian Syria.



Katanya, jumlah pelarian yang akan diterima pula boleh mengambil contoh jumlah pelarian dari negara Islam sebelum ini yang diterima Malaysia.



"Jadi, jika kabinet bersetuju untuk mengambil pelarian Gaza, berapa ramai yang perlu kita ambil? Berapakah bilangan pelarian yang sesuai yang kita mampu tampung?



"Kita tidak boleh menggunakan jumah Vietnam, Moro, Cham atau Rohingya sebagai panduan, kerana ini sebahagian besarnya pelarian yang datang ke sempadan kita dari negara jiran.



"Sebaliknya, kita harus menggunakan bilangan pelarian Bosnia dan Syria sebagai panduan.



"Jadi berapakah jumlahnya? Malaysia telah menerima 350 pelarian Bosnia pada tahun 1992 dan 3,000 pelarian Syria pada tahun 2015. Jadi, saya mengatakan jika Malaysia memutuskan untuk mengambil pelarian Gaza, ia mungkin akan menjadi sekitar 1,000 hingga 2,000 orang," katanya dalam kenyataan.



Menurut Wong Chen lagi, tekanan ekonomi dalam negara tidak boleh dijadikan alasan menghalang Malaysia menerima pelarian.



Ujarnya, sebahagian penduduk Palestin adalah berpendidikan dan mereka boleh bekerja untuk menyara kehidupan.



"Jika kita memeriksa dan membawa masuk pelarian dari kelas profesional, seperti jurutera, dan membolehkan mereka bekerja di Malaysia, mereka akan dapat membayar untuk menyara hidup sendiri, malah menyumbang secara positif kepada ekonomi kita," katanya.



Bagaimanapun Ahli Parlimen Subang itu agak kecewa kerana ramai golongan terpelajar tidak memahami erti menyediakan tempat perlindungan kepada pelarian.



Katanya, ianya tidak sama seperti memberikan kewarganegaraan atau pemastautin tetap kepada pelarian tetapi memberi mereka perlindungan sementara sangat penting. Selepas perang tamat dan keadaan menjadi normal, jelasnya, pelarian akan dihantar pulang. Itulah norma antarabangsa mengenai perkara pelarian.



"Saya dapati kebanyakan komen negatif diwarnai oleh prasangka politik dan perkauman yang teruk, terutamanya terhadap rakyat Timur Tengah.



"Jika Malaysia mengambil pelarian, kita tidak akan menerima pejuang (kumpulan bersenjata) tetapi yang paling terdedah, wanita dan kanak-kanak," katanya lagi.



Hujah bersama pelarian akan ada puak bersenjata dan menjadikan Malaysia sebagai pengkalan masa hadapan bagi Wong Chen adalah prasangka semata mata dan hal itu tidak boleh dijadikan alasan menolak pelarian.



 

Usaha GPS tambah kerusi parlimen Sarawak disokong - Abang Zulkifli



 Usaha Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk mencadangkan penambahan kerusi parlimen bagi wilayah Borneo atau Sabah dan Sarawak sehingga membentuk 1/3 daripada bilangan keseluruhan kerusi Dewan Rakyat seharusnya disokong.





Bagi Ketua Cabang KEADILAN Batang Lupar, Abang Zulkifli Abang Engkeh, usaha itu kelak akan memudahkan wakil rakyat Malaysia Timur untuk memperjuangkan hak hak penduduk di Parlimen.


Katanya, kenyataan Timbalan Ketua Pemuda PBB, Fazzrudin Abdul Rahman baru baru ini yang menyentuh isu berkenaan amat bertepatan dengan keinginan rakyat Sarawak secara amnya.


"Kita mesti melihat pertambahan kerusi ini dari perspektif hak Sarawak dan Sabah yang harus ditunaikan dan dihormati oleh kepimpinan negara.


"Ketegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyelesaikan tuntutan dalam isu MA63 (Perjanjian Malaysia bagi) Sarawak harus dilihat secara menyeluruh.


"Salah satu tuntutan tersebut ialah untuk mewujudkan keadilan bagi menseimbangkan kuasa antara tiga wilayah ini dan tuntutan 1/3 (kerusi) dari jumlah itu adalah sangat wajar.


"Saya secara peribadi sangat menyokong sebarang usaha yang dilakukan oleh Sarawak dan Sabah untuk memulihkan hubungan politik, kuasa dan pentadbiran antara wilayah berdasarkan yang termaktuk dalam perjanjian pembentukan Malaysia pada 1963," katanya dalam satu kenyataan.

Abang Zulkifli Abang Engkeh

Abang Zulkifli berkata, cadangan berkenaan juga bersesuaian dengan Deklarasi Kuching yang dimeterai Komponen Pakatan Rakyat pada tahun 2010 lalu yang bersabit hal autonomi Sarawak yang terangkum dalam Laporan Suruhanjaya Cobold.


Menyentuh mengenai Pilihan Raya Kecil DUN Jepak pula, Abang Zulkifli yang juga Ahli Majlis PimpinanKEADILAN Sarawak berkata, sokongan dari segi moral perlu diberikan kepada calon GPS biar pun tiada sebarang perjanjian kerjasama bertulis di antara Pakatan Harapan dan GPS di peringkat negeri buat masa ini.


"Dalam hal PRK di Jepak, saya berpendapat, adalah wajar bagi kita memberi sokongan moral kepada calon GPS. Langkah KEADILAN tidak meletakan calon di Jepak adalah satu keputusan yang tepat.


"Kejayaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama GPS dan pasukan dalam memulihkan keadaan politik dan ekonomi negara adalah lebih penting daripada memikirkan kepentingan politik kelompok.

"Sewaktu pilihanraya di enam negeri yang berlaku di Semenanjung sebelum ini, saya pun melihat kelibat beberapa orang pimpinan GPS hadir di beberapa lokasi perhimpunan yang dianjurkan oleh PH dan UMNO," katanya lagi.