INI LAH MANUSIA YANG TAK MENGENANG BUDI DALAM PKR. NAIK JAJA NAMA ANWAR IBRAHIM ANGKUH DAN AKHIR DIA DIPINGGIRLAN DARI PARTINYA.


 

ADUAN UNTUK DSAI.


 

BUKAN PENYOKONG PH PUN SAMA GHAIRAH MAHU BEREBUT GHANIMAH


MUNGKIN YANG MENYOKONG ADALAH MARHAEN YANG TUGASNYA HANYA MENYOKONG DAN TIDAK LAYAK UNTUK MENJADI APA APA SELAIN MENYOKONG MEMBUTA TULI.



Minggu-minggu kebelakangan ini, terutama selepas perlantikan menteri-menteri, keghairahan terbaru yang terlihat begitu menonjol ialah munculnya golongan tertentu yang tidak segan-segan menawarkan diri mahu berkhidmat dengan kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim.


Sasaran mereka bukan saja untuk mengetuai agensi tertentu yang berpengaruh di Putrajaya, malah juga syarikat-syarikat berkaitan kerajaan atau GLC dan tidak kurang pula yang ingin berkhidmat secara langsung di pejabat Perdana Menteri.


Termasuk yang sama ghairah lagi lincah untuk berebut jawatan dan ghanimah atau “harta rampasan perang” itu ialah mereka yang sebelum ini memang diketahui tidak pernah menyokong serta terang-terang menolak Anwar.


Mereka itu sebelum PRU15 lalu secara terbuka menunjukkan kecondongan kepada parti selain PH, malah dengan berani mengatakan Anwar tidak mungkin berjaya jadi Perdana Menteri.


Jika sudah begitu kecondongannya, sudah tentulah mereka terbabit juga tidak memberi undi kepada PH.


Tetapi kini mereka itulah antara yang sama ghairah menonjol-nonjolkan diri dan melobi untuk mendapatkan kedudukan mengetuai agensi tertentu kononnya dengan kemampuan, kewibawaan dan “bersihnya” diri mereka itu akan membantu Anwar menjelmakan sebuah kerajaan yang lebih baik di mata rakyat.


Untuk mengetuai agensi kerajaan tertentu, selain ia adalah hak mutlak Anwar selaku Perdana Menteri membuat pilihan, adalah penting untuk beliau menyemak dengan teliti latar belakang calon yang mahu dilantiknya itu.


Orang yang mahu dilantik itu biarlah mereka yang benar-benar berwibawa, bukan yang suka membawa-bawa atau menjaja penonjolan diri sendiri serta sekurang-sekurangnya memahami aspirasi reformasi yang mahu diusahakan dalam kerajaan.


Tidak terkecuali ingin sama merebut peluang menikmati ghanimah ialah mereka yang selama ini tidak diketahui kecondongan politiknya dan tidak pernah namanya muncul di mana-mana.


Aduhhh…agak-agaknya kalau orang lain jadi Perdana Menteri, adakah mereka akan melobi dan menonjol-nonjolkan diri juga?


Bagi jawatan lain seperti pengerusi GLC, di pejabat menteri dan sebagainya, adalah lumrah bagi mereka yang menyokong, bersama, mengundi dan setidak-tidaknya turut sama mengeluarkan peluh untuk membantu kemenangan PH serta Anwar pada PRU15 lalu untuk mengharapkan jawatan tersebut jatuh menjadi milik mereka.


Ketika UMNO dan BN menerajui kerajaan sebelum ini, itulah yang berlaku dan ia sebahagiannya membantu mengukuhkan kedudukan parti tersebut sehingga berjaya menjadi kerajaan lebih 60 tahun lamanya.


Ketika PN, Bersatu dan Pas berada dalam kerajaan, amalan yang sama turut berterusan.


Pokoknya, bukanlah sesuatu yang pelik, ganjil atau luar biasa jika kali ini penyokong PH pula menikmati jawatan serta kedudukan dalam kerajaan.


Hakikatnya, mereka yang bersusah payah, memberi sumbangan kepada kemenangan dan turut mengundi PH adalah lebih berhak memperolehi sedikit sebanyak bahagian daripada ghanimah itu, malah dengan jawatan serta kedudukan tersebut, mereka akan lebih berperanan memastikan kemenangan PH pada PRU lima tahun akan datang.


Yang tidak menyokong, tidak mengundi dan terang-terang menolak PH hendaklah duduklah diam-diam di tepi dulu buat sementara waktu.


Bagilah laluan dahulu kepada penyokong, pengundi dan mereka yang memang bersama PH untuk memperolehi apa yang sewajarnya, sesuai dengan pengorbanan dan tungkus lumus mereka selama 24 tahun ini.


Namun demikian, asas kelayakan, kemampuan dan kebolehan dalam lantikan semua jawatan itu tidaklah harus diketepikan atau diabaikan begitu saja.


Tetapi, mereka yang bersalin kulit dengan menonjol-nonjolkan diri sambil berwajah manis serta sanggup melobi secara berlebihan itu adalah mereka yang hanya mengutamakan kepentingan diri sendiri saja sebenarnya.


Mereka bukan pun ingin membantu Anwar mengisi perjuangan reformasi kerana siapa pun parti dan pemimpin yang naik, mereka sentiasa sanggup menebalkan muka untuk mengejar apa yang dihajati. – ShahbudinHusin 27/12/2022.




LANGKAH SEMENTARA IMPORT BEKALAN MAKANAN


 

WOIIII- WAKTU JADI KERAJAAN, WALAUN DAN LEBAI MAKAN GAJI BUTA


 

APA KATA DR MAZA TENTANG AGAMA .JANGAN CERCA DAN MAKI HAMUN. KAH..KAH..LEBAI PAS...


 

KAH..KAH..TAK PERNAH DENGAR PUN HAJI HADI TEGUR PM TENTANG KESALAHAN YANG DIBUAT. BETOI KE HADI ?

 


KEH..KEH..WALAUN BIASA LA- MARAH KE RAFIZI, MASA PAS PERINTAH HARGA AYAM MAHAL

 Marah ke Rafizi, masa Pas perintah harga ayam mahal


Marah ke Rafizi, masa Pas perintah harga ayam mahal

Kritikan keras yang dileparkan oleh ahli politik PN khususnya Pas terhadap kenyataan Menteri Ekonomi Mohd Rafizi Ramli agar rakyat sebagai pengguna mengurangkan makan ayam sekiranya harga terus melambung selepas kerajaan melaksanakan beberapa langkah menstabilkan harga, tidak wajar dikeluarkan.

Hal itu kerana menurut Mohd Hisyamuddin Ghazali atau lebih dikenali sebagai Sham Ghaz berkata, masalah harga barang yang diulas Rafizi pada 23 Disember lalu adalah peninggalan kerajaan yang disertai Pas.

Katanya, pemimpin Pas yang lantang seperti Ahli Parlimen (MP) Bachok, Syahir Sulaiman sepatutnya lebih bermuhasabah sebelum mengeluarkan kecaman.

“Waktu 18 MP Pas menjadi Menteri dulu, kenapa tidak diselesaikan kenaikan harga barang mendadak? Kenapa sekarang baru riuh sekampung.

“Saudara lulusan Ekonomi, saya lulusan Agribusiness, ada basic ekonomi. Tapi jika bercakap pasal ayam, telor dan pertanian tu bidang ambo (saya) lah.

“Kerajaan waktu kamu tadbir dulu tidak dapat kawal langsung kenaikan harga dedak ayam dari RM82 – RM87sebeg kepada RM135-140 sebeg masa kamu dalam Kerajaan. Malah harga anak ayam tidak letak harga syiling, naik mendadak daripada RM2.50 – RM2.80 sekor naik cecah RM3.00 – RM3.20 sekor,” katanya menjawab kecaman Syahir.

Dalam kenyataan sebelum ini Syahir memperlekehkan Kerajaan Perpaduan yang baru sebulan dibentuk dengan mempersoalkan apakah tindakan mereka terhadap monopoli, kartel dan kuota bekalan ayam juga tindakan terhadap peniaga yang menyorok bekalan.

Sedangkan kata Syam Ghaz, ketika kerajaan BN – PN memerintah alasan yang dikeluarkan waktu itu adalah kenaikan harga disebabkan perang Ukraine – Rusia dan jagung ganti kekurangan gandum dalam pasaran.

“Tapi tahun lepas (2021) waktu Pas dalam Kerajaan harga bekalan jagung sudah turun, kos transport (kapal laut) juga telah turun. Kenapa harga dedak Kerajaan gagal kawal supaya diturunkan?

“Di mana kawalan polisi, dasar dan teori elekstik yang kamu katakan perlu dikawal masa tu? Sedangkan masa kamu jadi Kerajaan pun tidak terkawal melambung inflasi kenaikan harga barang? Menteri Pertanian paling lemah masa PN

“Kerajaan dulu ambil kartel ayam jadi penasihat, harap Kerajaan sekarang janganlah ambil mereka lagi jadi penasihat bab ayam, kesian peniaga ayam bumiputera dan kecil, jika monopoli ayam tidak dikawal,” kata Syam yang sebelum ini terkenal dalam perjuangan menuntut royalti petroleum negeri Kelantan.

Sehubungan itu, pemimpin Amanah berkenaan mencadangkan agar pembangkang melihat dahulu usaha Kerajaan Perpaduan yang baru sebulan dibentuk sebelum mengkritik.

Syam juga mencadangkan agar dibentuk Lembaga Unggas yang dicadangkan ketika Pakatan Harapan sebagai pambangkang dahulu.

“Bagi kerajaan sekarang, umur baru sebulan. Biar mereka usahakan kawal sepenuhnya kartel, kawalan harga lantai dan syiling, dan reform agensi-kementerian berkaitan, terutamanya Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

“Nampaknya Lembaga Unggas yang kami cadang dulu dah kena buat untuk kawal industri ayam dari A-Z, terutamanya bab dedak, anak ayam, lesen, monopoli dan import eksport. Lembaga fokus kepada pembangunan industri ayam, dan Jabatan Veterinar fokus kepada perkhidmatan dan kesihatan,” katanya lagi.

Selain itu, Syam juga mengajak Syahir untuk berdebat lebih lanjut mengenai isu ayam sekiranya Ahli Parlimen Bachok itu berminat.



SUDAH LAH TUA KUTUK- DAH TAK RELEVEN LAGI.TAK GUNA HENTAM ANWAR.

 Tun M tidak relevan, tidak guna hengam Anwar

Tun M tidak relevan, tidak guna hentam Anwar

Kritikan bekas perdana menteri keempat dan ketujuh Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan bahawa kerelevanan Tun dalam politik negara semakin pudar.

Menurut Dr James Chin, profesor pengajian Asia, Universiti Tasmania, Australia kritikan tersebut yang naratifnya hampir sama sebagaimana 20 tahun lalu menunjukkan Tun Mahathir sendiri semakin kurang relevan dalam arus politik semasa negara

“Ini petanda Dr Mahathir semakin kurang relevan di dalam politik Malaysia. Masyarakat tidak lagi mengambil pandangannya dengan serius

“Beliau, Mukhriz dan pakatan pimpinannya – Gerakan Tanah Air kalah dan hilang deposit dalam pilihanraya umum ke-15. Beliau dan Mukhriz berada dalam keadaan sukar dari sudut politik,” katanya.

Chin menambah bahawa kenyataan Mahathir hanya mengulangi pendiriannya lamanya pada 1990-an.

Dalam wawancara dengan Berita Harian pada 25 Disember 2022, Mahathir menyatakan ketidakyakinannya terhadap Anwar untuk memimpin Malaysia keluar daripada krisis kemelesetan ekonomi dan cabaran pemulihan ekonomi pasca pandemik.

Beliau mendakwa ketidakyakinannya itu adalah berdasarkan ketidakupayaan Anwar berdepan dengan Krisis Kewangan Asia dua dekad lalu.

Tokoh politik veteran tersebut turut menyatakan bahawa persoalan moral Anwar tidak boleh lagi dijadikan isu kerana pemimpin PKR tersebut sudahpun mendapat pengampunan diraja..



HENTAM KERAJAAN, AHLI AKADEMIK PERSOAL WAN SAIFUL.MEWARISI DARI KERAJAAN TERDAHULU SEBELUM IANYA DIUBAH. KIOK PUNYA WAN SAFUL.

  Hentam kerajaan, ahli akademik persoal Wan Saiful

DAPAT GERAI BARU.


 

KENA DENGAN PARTI DIA WAHHH SEMUA BETUL


 

PEMUDA TAK ADA AKAL JANGAN LAYAN


 

ANAK MUDA HENTAM MENTERI LEBAI


 

MMMMM...PENING


 

INILAH FORMULA LEBAI SEMASA MENTADBIR NEGARA-SIAP PETIK NAMA TUHAN LAGI


 

MP MP PAS 33 BULAN JADI KERAJAAN- KERAJAAN PERIKANAN NATIONAL


 

KEH..KEH...KALAU TAK BOLEH MAKAN AYAM .......


 

PERJUANGAN AGAMA ITU HANYA DARI PUAK KITA SAHAJA


 

JIKA ANWAR TIDAK DIJATUHKAN- AKAN BERLAKU RASUAH SECARA BESAR BESARAN.ANWAR MESTI DIJATUHKAN DENGAN MENJATUHKAN ZAHID HAMIDI


 

SAYA DULUNYA PENYOKONG TEGAR PUAK LEBAI


 

APA YANG ANWAR BUAT PADA KELANTAN


 

MELAKA AKAN MENYATUPADUKAN PH DAN UMNO


 

NAMPAKNYA BOLEH MAKAN AYAM DAH


 

PENCABAR ZAHID HAMIDI KENA BUAT PENGUMUMAN SEBELUM 12 JANUARI



 Menjelang pemilihan UMNO beberapa bulan lagi, terdapat dua pendapat popular dalam parti itu ketika ini.

Satu kumpulan mahu agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan, manakala satu pihak lagi menolak sebarang cubaan untuk menyekat pertandingan.

Kata mereka, menyekat pertandingan selepas PRU berakhir lebih meletakkan UMNO sebagai parti yang tidak demokratik di mata rakyat.

Bagaimanapun, menurut Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan, perkara itu akan diputuskan ketika mesyuarat MT Khas pada 12 Jan 2023 akan datang iaitu sehari sebelum berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO atau PAU 2022.

“Belum ada sebarang keputusan mengenainya (jawatan presiden dan timbalan) sehingga hari ini. Kita tunggulah selepas mesyuarat MT nanti,” kata beliau.

PAU 2022 yang sebelum ini dijadualkan pada 21 hingga 24 Dis 2022 telah ditangguhkan kepada 11 hingga 14 Jan 2023.

Ia bermula dengan majlis taklimat presiden pada 11 Januari, diikuti perhimpunan Wanita, Pemuda dan Puteri pada 12 Januari, seterusnya Perhimpunan Agung UMNO pada 13 dan 14 Januari.

PAU 2022 pada 11 hingga 14 Januari ini tiada sebarang pertandingan, sebaliknya pemilihan UMNO akan berlangsung pada PAU2023 yang mengikut perlembagaan mesti diadakan dalam tempoh enam bulan selepas PRU berakhir.

Bermakna, pemilihan UMNO atau PAU 2023 hendaklah diadakan sebelum Jun 2023.

Sehingga ini belum dipastikan sama ada kedudukan Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO akan dicabar atau sebaliknya, begitu juga dengan Mohamad Hasan sebagai Timbalan Presiden.

Namun demikian, berdasarkan petunjuk mutakhir, termasuk cakap-cakap pelbagai pihak dalam UMNO sendiri, besar kemungkinan Hishammuddin Hussein akan bertanding merebut jawatan Presiden UMNO menentang Zahid Hamidi.

Hishammuddin sendiri, dalam hantaran video terbaru di media sosialnya turut memperlihatkan kecenderungan ke arah itu melalui iltizamnya untuk memperkemas semula keyakinan rakyat terhadap UMNO setelah mengalami keputusan terburuk pada PRU15 lalu.

Soalnya, bagaimana dengan hasrat mereka yang ingin mencabar kedudukan Zahid Hamidi itu, khususnya Hishammuddin dan kumpulannya, jika mesyuarat MT Khas pada 12 Januari nanti menetapkan tiada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO?

Untuk memastikan cita-cita pencabar Zahid Hamid itu tidak tergendala dan mengelakkan mereka berterusan “makan hati” dalam UMNO, mereka adalah dinasihatkan agar bertindak lebih pantas dalam hal ini.

Jika benar mahu bertanding dan beriltizam ingin memulihkan semula keyakinan rakyat kepada UMNO, mereka mesti mengumumkan hasrat bertanding itu sebelum 12 Januari ini.

Sebarang hasrat ingin memulihkan semula keyakinan rakyat akan terkubur dengan sendirinya jika MT UMNO pada 12 Januari membuat ketetapan tiada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden yang mana ini bermakna Zahid Hamidi akan kekal menguasai parti sehingga berlangsungnya PRU16 pada tahun 2027 akan datang.

Setidak-tidaknya dengan pengumuman lebih cepat itu mereka dapat menghalang mesyuarat MT Khas UMNO pada 12 Januari nanti daripada membuat keputusan tidak membenarkan pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.

Malah, jika mesyuarat MT Khas UMNO berani juga membuat keputusan seperti itu, nampak sangatlah Zahid Hamidi takut jawatannya daripada ditandingi.

Masalah besarnya, beranikah pula pencabar Zahid Hamidi membuat pengumuman yang cepat itu? – ShahbudinHusin 27/12/2022.



TERKENALNYA ANWAR DI INDIA DAN LUAR NEGARA-TONTON AMITABH BACHAN DALAM WHO WANT TO BE A MILLIONAIR INDIA


 

BANTU DAN SOKONGLAH ANWAR


 

MAHATHIR MINTA SAYA PULANGKAN KEPADA DIA


 

KALAU KECEWA JANGANN SAMPAI TAK MAKAN


 

BARU KELUAR DARI GUA






 

MESTI MEMBALAS DENGAN SEMISAL




 ABU MISKAT

Harus membalas kejahatan semisal

YB Tambun yang juga PM10 mengucapkan "kepala hotak dia.." dlm ucapannya ketika dalam majlis bersama 70 orang profesor Melayu itu ditujukan kpd para penfitnah yg menuduhnya akan mengiktiraf LGBT jika menang dan menjadi PM. Makian itu berpadanan, kurang jahat dan tidak lebih pun berbanding fitnah jahat yg dikenakan terhadapnya dan didiamkan sahaja oleh ramai ustaz, agamawan dan ulama.

Sedangkan Allah s.w.t. mengharuskan kata2 buruk dihamburkan oleh orang yg dizalimi terhadap orang yang menzalimi seperti dalam firmanNya: لا يحب الله الجهر من السوء من القول إلا من ظلم (Allah tidak suka kata-kata buruk dihamburkan kecuali daripada orang yang telah dizalimi)

Namun PM10 meminta maaf atas ketersasulannya selepas itu dan meminta off record serta terus beristighfar. Beliau menambah, beliau terlupa sudah menjadi PM. Padahal di kedudukannya sebagai mangsa fitnah itu, kata-kata itu bukan dosa, sebab Allah haruskan bagi mangsa kezaliman/fitnah mengeluarkan kata2 buruk terhadap penzalim/penfitnah.

Tak apalah DS Anwar, mereka mahu kamu menjadi seorang PM maksum dan tidak membalas apa2 kejahatan yang dikenakan ke atas kamu.

Ustaz dalam postingnya seperti tangkap layar di bawah mahu orang mengamalkan ajaran Islam, tetapi beliau tidak mengamalkan ajaranan Islam di situ.

Berlaku adil adalah ajaran Islam. Untuk berlaku adil, kita kena menceritakan segala sabab wurud (sebab kejadian) "kata2 kesat" itu dan juga cerita selepasnya iaitu permohonan maaf PM10 selepas terlanjur kata.

اعدلوا هو أقرب للتقوى

Tak tahu kenapa ustaz lebih suka memanggilnya YB Tambun, masih tak redha beliau menjadi PM kita?

 

ISU MENGENAI PENYOKONG KUAT PN- TOHMAHAN MERASA AMAT DUKACITA-


 

SELANGOR PERTH KA KOTA BHARU


 

POKWEE JEBON KATA REGA AYAM MULA TURUN- JANGAN JADI WALAUN BODO


 

NAZRI AZIZ KATA ANWAR TIDAK HARUS PEDULI MAHATHIR SEBAB DIA SUDAH HILANG RESPECT DARI RAKYAT


 

TAK PAYAH ACAH ACAH JADI PAKAR EKONOMI LA WEIII...ZAMAN HANGPA JADI KERAJAAN TELOQ PUN TAK LEH JAGA.


 

KAH..KAH..KAH..MAHATHIR CUKUP LAH WOIII- JANGAN SAMPAI RAKYAT PULA BANGKIT


 

KISAH NAK KENA PINDAH- MAHATHIR BOHONG ORANG MELAYU- DIBANGUNKAN SEMULA DAN MENDAPAT PERHATIAN DSAI


 

KISAH MENGANJING WALAUN BODO


 

HANGPA JANGAN DOWN- PEMBANGKANG KOT MANA PUN JAHAT


 

KISAH KAMPUNG SG BARU- KHALED SAMAD


 

JANGAN PERASAN BERSIH- ANWAR DAH NASIHAT DAH DAN TUNGGU SIASATAN


 

WALAUN SAKIT HATI

 


WALAUN: Tak percaya aku ayam satu ekor harganya cuma RM12.29.


AKU: Mampoi pi kat hang nak percaya ke tak! Hang kan bangang.. 😂




BANTUAN LAGI..

 


RM50 juta disediakan untuk bantu selenggara dan baikpulih sekolah-sekolah yang terjejas akibat banjir - YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan.


#KerajaanPerpaduan


SHAFIQ HALIM- DIA NAK JADI CALON-MANQKAQ-WAN SAIFUL BUAT APA


 

TUN MAHATHIR TAK PERNAH BERI KUASA KETIKA LANTIK ANWAR PEMANGKU PM, DEDAH NAZRI


 Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dinasihatkan agar menumpukan usaha memulihkan ekonomi negara dan tidak mengendahkan pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menegaskan, apa yang diperkatakan oleh Dr Mahathir terhadap Anwar tidak penting buat masa ini kerana Perdana Menteri mempunyai tugas besar memimpin dan memulihkan ekonomi negara.

Beliau juga menyifatkan Dr Mahathir sudah hilang sokongan akibat kekalahan teruk bersama parti pimpinannya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

“Masa beliau sudah berlalu. Cukup-cukuplah, beri peluang kepada Anwar untuk memimpin dan memulihkan ekonomi negara.
“Apa lagi beliau (Mahathir) mahu? Sudah kalah teruk dan hilang deposit di Langkawi baru-baru ini. Semua calon parti dia kalah dan hilang deposit, sudahlah, cukup. Bantu pemimpin muda pulihkan ekonomi negara.
“Saya sendiri sudah tidak percaya dan tidak yakin lagi dengan Dr Mahathir, semua orang beliau anggap tidak betul, hanya dia sahaja yang tahu mentadbir dan memerintah.
“Anwar baru sebulan lebih jadi Perdana Menteri, jangan cepat sangat nak buat penilaian, bagi lah sedikit masa untuk beliau buktikan,” katanya kepada Astro AWANI.
Mohamed Nazri juga menyanggah dakwaan Dr Mahathir bahawa ketika diberi peluang menjadi pemangku perdana menteri lebih 24 tahun yang lalu, Anwar gagal tidak dapat menangani masalah.
Beliau menjelaskan, biarpun bercuti ketika itu, namun Anwar tidak diberikan kuasa, sebaliknya Dr Mahathir masih mengawal pentadbiran.
“Saya timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu dan bercakap dengan Anwar, beliau tidak mempunyai kuasa biarpun ditugaskan sebagai pemangku perdana menteri.
“Benar Dr Mahathir bercuti di luar negara, tetapi beliau tetap mengawal pentadbiran negara dan bukannya memberi kuasa kepada orang lain.
“Semua orang tahu dan anggap Dr Mahathir sebagai diktator, beliau tidak akan beri kuasa kepada orang lain, cakap ‘beri kuasa’ itu semua menipu.
“Jadi macam mana Anwar mahu selesaikan masalah kalau tidak diberi kuasa, masih dikawal pihak lain?” katanya lagi.
Dalam temu bual eksklusif dengan Berita Harian, Dr Mahathir menyatakan kebimbangannya mengenai kemampuan Anwar untuk berdepan krisis kemelesetan ekonomi dan cabaran pemulihan pasca pandemik.
Kata Dr Mahathir, ini berdasarkan pandangannya terhadap prestasi Anwar sebagai menteri kewangan lebih 20 tahun lalu.
Sumber – https://www.astroawani.com/berita-politik/zaman-mahathir-sudah-berlalu-biar-anwar-pimpin-negara-nazri-398844?utm_source=embed-berita-


PERJUANGAN ANAK MUDA DI BUMI MATADOR DAPAT SUNTIKAN SEMANGAT PM

 

Oleh: SHAHBUDIN EMBUN

Pengerusi Biro Politik Dan Kepimpinan MPM

Cabaran kita pada hari ini ialah untuk terus melahirkan pemimpin masa hadapan berasaskan pada acuan kita sendiri, yang sentiasa memberi keutamaan kepada nilai, adat dan budaya kita.

Bukan itu sahaja mereka ini perlu memiliki keyakinan untuk mencipta nama dan mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

Begitulah antara harapan yang diletakkan pada Pasukan debat bahasa Inggeris UiTM yang telah berlepas ke Madrid , Sepanyol pada 25 Dis 2022 lalu bagi menyertai pertandingan debat antarabangsa iaitu World Universities Debating Championship (WUDC)yang akan bermula pada 28hb Disember sehingga 4 Januari 2023.

Pasukan UiTM beserta dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Malaya (UM) akan turut mengambil bahagian dalam pertandingan berprestij ini.

Pasukan debat UiTM ini diwakili oleh 8 orang pelajar dan diiringi oleh seorang pegawai UiTM akan meneruskan legasi generasi terdahulu yang pernah menyertai pertandingan debat bertaraf dunia ini.

Untuk mengharungi cabaran ini, pelbagai persiapan dan latihan secara insentif telah dibuat bagi mengharumkan nama negara nanti.

Antara usaha yang telah dilakukan ialah dengan menyertai beberapa kejohanan domestic dan antarabangsa yang mana pasukan UiTM telah memperolehi beberapa kejayaan yang boleh dibanggakan.

Dalam hal ini Pihak UiTM turut menyediakan tiket penerbangan dan kemudahan hotel serta makan minum di sepanjang pertandingan yang bakal diadakan di Universidad Rey Juan Carlos, Madrid, Sepanyol.

Pasukan ini juga telah menerima suntikan dan dorongan yang sangat bermakna apabila YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim amat berbesar hati menyampaikan sumbangan wang saku kepada pasukan ini sebagai perbelanjaan tambahan semasa di Sepanyol nanti.

Sumbangan itu telah disampaikan oleh Setiausaha Politk YAB Perdana Menteri, Saudara Farhan Fauzi sebelum mereka berlepas ke Madrid. Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli turut hadir di KLIA bagi menyuntik semangat kepada pasukan ini. .

Mungkin apa yang lebih bermakna dan akan memberikan semangat kepada anak-anak mahasiswa ini ialah ucapan selamat maju jaya dari Perdana Menteri Malaysia sendiri.

Dan sebagai rakyat Malaysia, marilah kita sama-sama mendoakan juga kejayaan anak-anak muda yang bakal menjadi pemimpin negara pada masa depan.

Buktikan Malaysia boleh di bumi Matador.

Oleh

SHAHBUDIN EMBUN

Pengerusi Biro Politik Dan Kepimpinan MPM.