Komen-komen netizen pelampau. Lebih baik tak yah komen



Mohd Fairul Al- Qasas


 Komen-komen netizen pelampau.

Lebih baik tak yah komen daripada pertikaikan ibadah orang.


Solat ni wajib dalam apa jua keadaan,  kecuali semasa ABC..


"Solat tu memang kewajipan, tiada apa yang perlu dibanggakan, tapi janganlah sampai menafikan konsert itu haram.


"Apabila kita solat, ia sepatutnya mencegah kemungkaran. Jika masih melakukan kemungkaran, maknanya ada kesilapan dalam solat, jadi ayuh bersama-sama kita belajar dan perbaiki solat kita.


"Apa gunanya solat, tetapi kalah dengan godaan Coldplay iaitu satu tempat maksiat. Tempat bersolat seorang wanita seharusnya seorang diri di rumah, bukan tempat yang campur lelaki dan perempuan.


"Orang yang bersolat pun belum tentu dijamin ke syurga, jadi fikir-fikirkanlah apa yang kurangnya diri ini, teruskan bermuhasabah," ujar sebahagian warga maya.



KAMI DOK PAHANG, KAMI DOK TAHU- ITU BAHASA ENGLISH- ME NO ENGLISH....

 

Che Ibrahim


Owww maknanya apa yang Siti Norhaliza buat dianggap konsert juga... Tapi bakpo takde yang doakan kemusnahan??



Konsert Coldplay pada Rabu lalu memecah rekod, sekali gus menjadi konsert paling banyak penonton di Stadium Nasional Bukit Jalil.


Berita lanjut klik link atau di IG story:


https://www.kosmo.com.my/2023/11/25/coldplay-padam-rekod-19-tahun-siti-nurhaliza/



KALAU BAGI LAGI PN PERINTAH...BUKAN SAHAJA RASUAH,PENYELEWENGAN INILAH YANG BERLAKU..PENGURUSAN PUN LEMAH. BUKAN SIKIT.681 JUTA.


 

KELUAQ SAT NAK KENTOT.AZMIN ALI. KOYAK


 

LAGI BAKAL KENA SAMAN. 500K SAJA APA BARANG. RM 5 JUTA BARU ADA AKAI.


 

INI LAH DIA.LEBIH USTAZAH DARI USTAZAH.....MACAM BAGUS


 

WAHAI RAKYAT MALAYSIA. JANGAN ADA MANUSIA SEPERTI INI. KAKI PEMBOHONG.KEPALA BAPAK HANG- KEPALA BAPAK BUKAN MAKI TUAN TUAN. TU PUJI PUJIAN.


 

PULAK. YIDDIN TAKUT BINI PLAK

 


Muhyiddin ambil masa 3 tahun berfikir untuk letak jawatan.. Tetapi Muhyiddin hanya ambil masa 1 hari sahaja untuk membatalkan kan semula pemikiran beliau Selama 3 tahun itu..

Atas desak kan bini beliau

Muhyiddin come back is real..

Uturn Budaya Orang Bersatu pagoh

Abah takut bini

HEBAT DATUK BOTAK BUAT KERJA, SEMUA MP PN DIDAKWA SUDAH DIDEKATINYA UNTUK SOKONG ANWAR


Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mendakwa semua ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) telah dihubungi ‘Datuk Botak’ bagi memujuk mereka beralih sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Ahli Parlimen Machang itu bagaimanapun menjelaskan, individu terbabit tidak menghubungi ahli Parlimen yang mempunyai kes mahkamah.


“Semua yang ada kes mahkamah atau kena ugut LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) dan sebagainya, tidak didekati (tetapi) yang lain semua saya rasa sudah kena (dihubungi Datuk Botak).


“Macam (Tan Sri) Muhyididn tidak perlu (dihubungi), (Datuk Seri) Hamzah pun tidak, yang lain semua diintai oleh wakil yang mengaku membawa mandat daripada Perdana Menteri,” katanya pada sidang media sempena Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu di Pusat Konvensyen Ideal pada Khamis.


Dalam pada itu, Wan Ahmad Fayhsal mendakwa beberapa ahli Parlimen Pas turut dihubungi oleh ‘Datuk Botak’ dan ejen lain berkaitan perkara sama.


“Saya dengar ada ahli Parlimen Pas (dihubungi), tidak pasti (siapa) tetapi ada,” katanya.


Sebelum ini media melaporkan, beberapa ahli Parlimen PN mengesahkan ada menerima tawaran projek, peruntukan dan jawatan dengan syarat perlu menyatakan sokongan terhadap Anwar.


Rata-rata mereka dihubungi menerusi e-mel, WhatsApp dan ada yang bersua muka.


Ketika ditanya sama ada akan ada lagi ahli Parlimen PN yang bakal menyatakan sokongan terhadap Anwar, beliau berkata ‘hati manusia siapa yang tahu’.


Sementara itu, dalam perkembangan sama, Wan Ahmad Fayhsal mempertimbangkan cadangan untuk membuat aduan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengenai dakwaan berhubung Parlimen dijadikan lokasi untuk memancing ahli dewan.


“Itu cadangan yang baik, kita boleh beri peringatan kepada Speaker, saya akan bincang dengan parti dan Ketua Whip (Datuk Seri Takiyuddin Hassan).


“Tetapi susah nak minta Speaker masuk campur sebab kita tidak boleh halang orang masuk untuk jumpa dengan ahli Parlimen, pertemuan itu mungkin bermula di Parlimen dan berakhir di hotel,” ujarnya.


Sumber – https://www.sinarharian.com.my/article/636147/berita/politik/datuk-botak-sudah-hubungi-semua-ahli-parlimen-pn—wan-ahmad-fayhsal



BILA BERSATU TOLAK HASRAT MAHIADDIN UNTUK BERUNDUR, MAKA ‘SADAQALLAHUL AZIM’ SAJALAH BUAT HAMZAH


Selepas solat Jumaat semalam, tidak lama selepas Mahiaddin Md Yasin mengumumkan hasrat mahu berundur dan tidak lagi mempertahankan jawatan Presiden Bersatu pada pemilihan tahun depan, saya tiba-tiba diberikan suatu maklumat bahawa semua itu hanya sandiwara.


Kata pemberi maklumat itu, tindakan Mahiaddin itu bukan keputusan yang jujur, sebaliknya bertujuan untuk mendapatkan simpati para perwakilan, seterusnya membolehkan beliau terus kekal memimpin Bersatu.


Untuk meyakinkan saya, pemberi maklumat itu menambah, dalam ucapan perwakilan nanti, pasti akan kedengaran desakan dan rayuan agar Mahiaddin menarik balik keputusannya itu.


“Akhirnya, dalam ucapan penutup Mahiaddin, kononnya setelah mengambil kira desakan dan rayuan perwakilan, maka beliau setuju untuk menarik balik keputusannya itu.


“Ertinya beliau ada lesen besar untuk terus mempertahankan lagi jawatannya dalam pemilihan parti pada awal tahun depan,” demikian kata pemberi maklumat itu.


Disebabkan itulah jugalah, saya tidak menulis apa-apa mengenai keputusan Mahiaddin enggan mempertahankan lagi jawatannya itu kerana ingin menunggu perkembangan selanjutnya berdasarkan maklumat yang saya terima itu.


Rupa-rupanya, tidak perlu menunggu sehingga ucapan penutup, kesudahan jalan cerita sandiwara telah pun berakhir lebih awal daripada yang dijangkakan.


Hanya berdasarkan ucapan beberapa perwakilan yang merayu Mahiaddin menimbang semula keputusannya, petang semalam tiba-tiba telah diadakan mesyuarat khas MPT Bersatu berkenaan isu tersebut.


Dipengerusikan Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu atau Peja, mesyuarat khas dan tergempar Bersatu petang semalam itu mengambil keputusan menolak keinginan Mahiaddin untuk berundur.


“Mesyuarat telah sebulat suara membuat ketetapan untuk menolak hasrat Mahiaddin untuk tidak mempertahankan jawatan beliau dalam pemilihan parti tahun depan.


“MPT sebulat suara berpendirian bahawa kepimpinan Mahiaddin masih diperlukan oleh parti dan negara,” kata Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin yang sebelum ini diura-urakan mahu melawan Mahiaddin dalam pemilihan parti tahun depan.


Dengan keputusan mesyuarat itu, tersenyum lebarlah Mahiaddin kerana sandiwaranya bukan saja berjaya dipentaskan, bahkan tiket telah “sold out” lebih awal lagi.


Dalam perkembangan terbaru pagi ini, menyusul keputusan mesyuarat khas petang semalam, Perhimpunan Agung Bersatu turut membuat ketetapan sebulat suara menolak hasrat Mahiaddin daripada melepaskan jawatannya pada pemilihan tahun depan.


Juga ditolak ialah usaha mencari pengganti bagi jawatan Presiden Bersatu sebagaimana disuarakan Mahiaddin semalam.


Petang ini, dalam ucapan penutupnya, barangkali dengan nada sebak tetapi gembira di dalam hati Tuhan saja yang tahu, Mahiaddin dengan gaya negarawan ulung pasti dengan besar hati mengatakan beliau kini tiada pilihan lain melainkan terpaksa akur dengan kehendak parti yang diputuskan melalui mesyuarat khas dan juga Perhimpunan Agung berkenaan kedudukannya.


Senang cerita, kekal dan menang tidak bertanding lagilah Mahiaddin sebagai Presiden Bersatu.


Dalam masa yang sama, musnahlah impian Hamzah untuk mengambil alih teraju kepimpinan Bersatu dan paling kecewa dalam hal ini tentulah para penyokong Ketua Pembangkang itu yang selama ini mengharapkannya mampu membawa nafas baru kepada parti itu.


Bersama mandat untuk kekal lagi mengetuai Bersatu, kiranya selepas ini ada terdengar apa-apa usaha daripada Hamzah untuk bertanding juga pada pemilihan tahun depan, silap-silap jawatan Setiausaha Agung yang sekarang disandangnya pun akan segera dilucutkan.


Akhir kata “Sadaqallahul Azim” sajalah buat Hamzah. (ShahbudinHusin 25/11/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/11/25/bila-bersatu-tolak-hasrat-mahiaddin-untuk-berundur-maka-sadaqallahul-azim-buat-hamzah.html



KERJA BUAT PENUNGGANG AGAMA YANG TAK CERDIK.


W. Faudzin


 Aku simpati dengan Uqasha Senrose yang difitnah dengan gambar ini kononnya terlalu dekat dgn Us Azhar Idrus, sedangkan suasana ketika itu mereka tidak tahu.  PMX juga sering difitnah dgn hal- hal  begini oleh penunggang- penunggang agama.




KAH KAH..MEREKA MEMANG MUDAH LUPA DAN BEBAL


Nazril Iznil


 Akta Lompat Parti berkuatkuasa pada 5 Oktober 2022. Ianya tidak lagi menggunakan kaedah mengumpul Akuan Berkanun (SD) tetapi secara sokongan daripada keseluruhan parti (En Bloc).


Pilihanraya Malaysia ke-15, diadakan pada 19 Nov 2022.


Mengapakah kedua-dua pimpinan Perikatan Nasional ini terlalu BODOH untuk memahaminya?



PAKAT PAKAT SIMPAN APA PIMPINAN PAS CAKAP. SEBAB NANTI DIA AKAN ULANG SEMULA

 

Macam ni la. Bila pemimpin PAS buat kenyataan, kita pakat save. Sebab selalunya akan berguna dia masa hadapan. Selalunya PAS haramkan orang lain buat tapi masa dia buat semua halal. Guane boh?

 

Raja Gelap II 





.


STATISTIK PENGGUNAAN LRT KE KONSERT COLDPLAY




Semua stesen ke stesen Bukit Jalil

Hari biasa: 1,200 penumpang - 4,100 penumpang

Konsert Coldplay (22 Nov): 50,200 penumpang


Stesen Bukit Jalil ke semua stesen:

Hari biasa: 1,000 penumpang - 3,600 penumpang

Konsert Coldplay (22 Nov): 36,400 penumpang


Open data kat DOSM yang sedang dipamerkan oleh Kerajaan Perpaduan seperti ini membolehkan orang awam meneliti isu-isu semasa secara lebih terperinci, selain membantu kerajaan membuat dasar-dasar ekonomi secara lebih terperinci mengikut keperluan pelbagai lapisan masyarakat berlatar belakang berbeza.


Perbezaan 50,200 - 36,400 adalah sekitar 15,000 penumpang.

Dijangka 15,000 yang naik LRT ke Bukit Jalil dan tidak mengambil LRT pulang ke rumah telah give up lalu memesan e-hailing.


Dalam satu malam je, oleh kerana satu event, sekurang-kurangnya 15,000 trip Grab dipesan, seterusnya memberi manfaat ekonomi kepada 15,000 Abang Grab, di mana di antaranya termasuk golongan yang mengecam konsert Coldplay.


15,000 trip ini tidak termasuk puluhan ribu trip dari stesen LRT selepas Bukit Jalil ke kediaman masing-masing.


Kat SNBJ, peniaga-peniaga minuman dan makanan menerima sales mencecah terkumpul mencecah ratusan ribu ringgit.


75,000 berbelanja RM10 setiap seorang = RM750 ribu. 


Coldplay mencatat 75,000 kehadiran, iaitu rekod tertinggi dalam sejarah SNBJ.

SNBJ dengan 75,000 kehadiran pula, mencatat rekod kedua kat seluruh dunia, di belakang Croke Park, Dublin, Ireland pada tahun 2017 yang mencatat kehadiran 80,000 kehadiran.


Apa pun kumpulan “holier than thou” nak kecam dan meroyan, rumusannya konsert Coldplay telah memberi manfaat ekonomi. Padang rosak, trek koyak, apa pun, penganjur boleh dipertanggungjawabkan untuk membayar ganti rugi. Kontraktor dapat job, pekerja-pekerjanya dapat job.


In short, Coldplay came like kings and left like legends.


🤘🏻🤘🏻



PATUT DIA TAK MAU PERTAHANKAN KERUSI PRESIDEN.


Ahmad Murni


 Selepas 500juta untuk kerja propaganda Muhyiddin, 681juta pula dana awam HILANG..




NIK ELIN BERGAMBAR DENGAN TAKIYUDDIN. BUKAN DIA TAK TAHU..TAPI BUAT BUAT TAK TAHU.


Zunar Cartoonist Fan Club




 Rupanya Nik Elin ni ahli Muafakat Nasional yang turut disertai PAS. Siap bergambar dengan Takiyuddin lagi.

Ha ha



PEMAIN POLITIK YANG GILA KUASA

 

Mat Man


Virus ini berpunca daripada pemimpin politik yang sanggup berbalah, caci-mencaci, menabur fitnah dan memecah perpaduan rakyat demi mengejar kuasa dan kedudukan demi kepentingan diri sendiri,” Titah baginda..


Semakin hampir Baginda tuanku ditabal YDPA yg baru, makin menggelupur laaa lebai jahat penunggang agama, Ular2Mak #pas serta penganutnyaa..😁





𝟏𝟏 𝐩𝐞𝐧𝐢𝐩𝐮𝐚𝐧 𝐏𝐍-𝐏𝐚𝐬 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐤𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧 ‘𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐒𝐲𝐚𝐫𝐢𝐚𝐡’



𝐴H𝑀A𝐷 𝑀U𝑅S𝐼


𝟭. 𝗣as 𝗧𝗶𝗽𝘂: 𝗝𝗶𝗸𝗮 𝗡𝗶𝗸 𝗘𝗹𝗶𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴, 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗹𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮𝗿 𝟮𝟬 𝗸𝗲𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗝𝗲𝗻𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗦𝘆𝗮𝗿𝗶𝗮𝗵 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗱𝗶𝗵𝘂𝗸𝘂𝗺


Kesalahan-kesalahan itu ada dalam undang-undang sivil dan bertindih. Sebahagian hukumannya jauh lebih berat berganda-ganda. Tapi hukuman khas berkait orang Islam seperti minum arak dalam undang-undang syariah masih berjalan.


𝟮. 𝗣as 𝗧𝗶𝗽𝘂: 𝗞𝗲𝘀 𝗡𝗶𝗸 𝗘𝗹𝗶𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗮𝗯𝗮𝗿 𝗠𝗮𝗵𝗸𝗮𝗺𝗮𝗵 𝗦𝘆𝗮𝗿𝗶𝗮𝗵


Kes ini bukan cabar Mahkamah Syariah tapi cabar bidang kuasa DUN buat undang-undang melebihi kuasa yang diperuntukkan Perlembagaan senarai negeri.


𝟯. 𝗣as 𝗧𝗶𝗽𝘂: 𝗝𝗶𝗸𝗮 𝗡𝗶𝗸 𝗘𝗹𝗶𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴, 𝗠𝗮𝗵𝗸𝗮𝗺𝗮𝗵 𝗦𝘆𝗮𝗿𝗶𝗮𝗵 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗸𝘂𝗯𝘂𝗿


Kewujudan Mahkamah Syariah dijamin oleh Perlembagaan bahkan tidak boleh diganggu Mahkamah Sivil mengikut artikel 121(1A) Perlembagaan.


𝟰. 𝗣as 𝗧𝗶𝗽𝘂: 𝗨𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴-undang 𝗦𝘆𝗮𝗿𝗶𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗰𝗮𝗯𝗮𝗿 𝗯𝗶𝗹𝗮 k𝘂𝗮𝘀𝗮 p𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝗹𝗲𝗺𝗮𝗵


Kes Iki Putra dan Nik Elin dicabar waktu PN-Pas berkuasa 33 bulan.


𝟱. 𝗣as 𝗧𝗶𝗽𝘂: 𝗞𝗲𝘀 𝗶𝗻𝗶 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗮𝗯𝗮𝗿 𝗦𝘆𝗮𝗿𝗶𝗮𝘁 𝗽𝗮𝗱𝗮𝗵𝗮𝗹 𝗶𝘁𝘂 𝗶𝗺𝘂𝗻𝗶𝘁𝗶. 𝗢𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝘄𝗮𝗷𝗶𝗯 j𝗶𝗵𝗮𝗱 𝗺𝗲𝗹𝗮𝘄𝗮𝗻


Enekmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1 (EKJSK1) ini TAKZIR bukannya Hudud dan Qisas (EKJSK2) yang nasnya qat’iey.


Hukuman takzir ditentukan oleh pemerintah mengikut maslahah tidak seperti hudud dan qisas. Bahkan 20 kesalahan itu juga dikira jenayah di bawah undang-undang sivil.


𝟲. 𝗣as 𝗧𝗶𝗽𝘂: 𝗞𝗮𝗹𝗮𝘂 𝗡𝗶𝗸 𝗘𝗹𝗶𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴, 𝗶𝗻𝗶𝗹𝗮𝗵 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗮𝗸𝗵𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗨𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴-Undang 𝗦𝘆𝗮𝗿𝗶𝗮𝗵 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶


Kuasa Negeri kekal sebagaimana biasa. Malah, selepas kes ini, kerajaan melalui jawatankuasa yang sudah dibentuk oleh PMX akan mengesyorkan penambahbaikan pada Perlembagaan dan undang-undang.


Proses ini sudah pernah dibuat termasuk dulu pindaan 121(1A) juga atas usaha PMX.


𝟳. 𝗣as 𝗧𝗶𝗽𝘂: 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗱𝗮𝗻𝗶 𝗹𝗮𝗺𝗯𝗮𝘁 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗶𝗻𝗱𝗮𝗸 𝘁𝘂𝗯𝘂𝗵 𝗝𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮


Jawatankuasa yang dibentuk perlu perkenaan Majlis Raja-Raja yang baru bersidang Oktober 2023. Kes ini berlaku zaman PN-Pas (Iki Putra 2021) tetapi Pas tidak tubuhkan jawatankuasa pun.


𝟴. 𝗣as 𝗧𝗶𝗽𝘂: 𝗞𝗲𝘀 𝗡𝗶𝗸 𝗘𝗹𝗶𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟮 𝗳𝗮𝗶𝗹 𝗽𝗲𝘁𝗶𝘀𝘆𝗲𝗻 𝗺𝗮𝘀𝗮 𝗣𝗮𝗿𝗹𝗶𝗺𝗲𝗻 𝗱𝗮𝗵 𝗯𝘂𝗯𝗮𝗿. 𝗣𝗡-𝗣as 𝘁id𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗮𝗽𝗮. 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗣as ‘𝘁𝗮𝗸 𝘁𝗮𝘂’ 𝗽𝘂𝗻 𝗸𝗲𝘀 𝗜𝗸𝗶 𝗣𝘂𝘁𝗿𝗮 𝟮𝟬𝟮𝟭


Padahal, kes ini dah mula lama. 25/05/22 – Nik Elin failkan notis usul. 30/09/22 – Mahkamah Persekutuan benarkan. 13/10/22 – Nik Elin failkan petisyen.


Kes Iki Putra 2021 berlaku lebih awal semasa Takiyuddin Menteri Undang-Undang tetapi tiada tindakan juga. Kenapa kes penting begitu dibiarkan?


𝟵. 𝗣as 𝗧𝗶𝗽𝘂: 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗱𝗮𝗻𝗶 𝘁id𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗶𝗻𝗱𝗮𝗸 𝗽𝘂𝗻 𝗵𝗮𝗹𝗮𝗻𝗴 𝗡𝗶𝗸 𝗘𝗹𝗶𝗻


Dulu Pas pun tidak bertindak halang Iki Putra dan halang Nik Elin sebab kerajaan tidak boleh campur tangan hal mahkamah doktrin pengasingan kuasa.


Tapi kerajaan Madani melalui MAIWP terlibat sebagai Amicus Curiae turut berhujah membantu Mahkamah.


𝟭𝟬. 𝗣as 𝗧𝗶𝗽𝘂: 𝗣as 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗻𝘆𝗮 𝗷𝗮𝗴𝘂𝗵 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗵𝗸𝗮𝗺𝗮𝗵 𝗦𝘆𝗮𝗿𝗶𝗮𝗵


Semasa Undang-Undang Syariah dan Mahkamah Syariah dibangunkan, Pas masih anggap ‘Perlembagaan penjajah, dan peraturan jahilliyyah dan kafir’.


Namun, PMX sudah terlibat jauh lebih awal bantu memperkasa Mahkamah Syariah sejak 1988 pinda 121(1A) Perlembagaan.


𝟭𝟭. 𝗣as 𝗧𝗶𝗽𝘂: 𝗞𝗲𝗮𝗱𝗶𝗹𝗮𝗻 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗮𝗽𝘂𝘀


Satu kesalahan yang sama oleh orang Islam, dua hukuman berlainan. Satu ringan (syariah) dan satu berat (sivil).


Non Muslim hanya dihukum di Mahkamah Sivil dengan hukuman lebih berat. Sebab itu, proses harmonikan syariah dan sivil perlu dibuat berterusan untuk penambahbaikan dan mencapai keadilan.



AKHIRNYA BARU MUNCUL SUARA FAHMI FADZIL TENTANG DAPATAN MERDEKA CENTER…


Kerajaan mengambil maklum laporan kaji selidik Merdeka Center berhubung pentadbiran setahun Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan melihatnya daripada sudut pandang positif untuk menambah baik usaha menyelesaikan masalah, termasuk isu ekonomi.


Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dalam kenyataan berkata, kerajaan mengambil maklum laporan berkenaan walaupun ia bersifat “snap shot” atau “keratan rentas” ketika itu.


“Seperti yang disebut perdana menteri pada majlis sambutan setahun kerajaan perpaduan di Putrajaya pada 23 Nov lalu, tahun depan kerajaan akan memberi fokus kepada pembangunan ekonomi, termasuk pendapatan rakyat.


“Insya Allah, dengan dasar Ekonomi Madani, Pelan Induk Industri Baru (NIMP) 2030, usaha membanteras rasuah dan menambah baik tadbir urus kerajaan, termasuk memudah cara perniagaan dan pelaburan, hala tuju pertumbuhan ekonomi berada di landasan betul.”


Jurucakap kerajaan perpaduan itu mengulas laporan media mengenai kaji selidik Merdeka Center berhubung kadar penilaian kelulusan Anwar sebagai perdana menteri merosot daripada 68% pada Disember 2022 kepada 50%.


Semalam, Anwar dalam responsnya berkata, beliau mengambil maklum perkara itu, tetapi maklum balas itu daripada 1,200 orang, bukannya 32 juta rakyat Malaysia.


Sementara itu, Setiausaha Politik Kanan kepada perdana menteri, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, hasil kajian itu tidak menggambarkan pandangan keseluruhan rakyat Malaysia, sebaliknya hanya sekumpulan responden saja.


Katanya, rating kelulusan yang diterima Anwar itu lebih meyakinkan berbanding kerajaan sebelum ini, misalnya Dr Mahathir Mohamad kira-kira 30% dan Muhyiddin Yassin antara 30% hingga 40%.


“Pada saya, selepas setahun, kalau betul itu tinjauan mewakili seluruh rakyat Malaysia, kita ada banyak lagi ikhtiar untuk memastikan majoriti rakyat, 32 juta rakyat ini dapat dijaga dengan baik oleh kerajaan,” katanya dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam tadi.


Sumber – Bernama.


https://shahbudindotcom.net/2023/11/25/akhirnya-baru-muncul-suara-fahmi-fadzil-tentang-dapatan-merdeka-center.html



BERSATU AKAN HANCUS


 

BANJIR KAH DI KELANTAN ? KELANTAN DAPAT BANYAK PERUNTUKAN


 

NAK TEBUK ATAP LAGI


 

TALAM DUA MUKA PAS KETIKA BERSAMA DAP


 

APAKAH MARANG BERMAIN WAYANG DALAM PARLIMEN?




WAYANG PAS 


Kita bagi fakta, macam mana PAS bela undang2 syariah ketika mereka berkuasa. 


1. Kes Iki Putra diputuskan pada tahun 2021. Ketika PAS jadi Kerajaan. Mahkamah Persekutuan buat keputusan untuk ketepikan Undang2 Syariah Negeri Selangor. Apa yang PAS buat masa tu? Nadai... ada ambil tindakan kepada Iki Putra? Ada nak buat pindaan undang2? Tiada, sebab syok berkuasa. 


2. RUU 355 untuk buat Undang2 Hudud di Malaysia, mereka peramkan saja. Presiden PAS bentang tahun 2016 lagi, tapi taknak bahas dan taknak undi. Sampai lah ke hari ni. 33 bulan pun tak nampak prioriti. Banyak berdalih. Nampak sangat hanya retorik politik.


3. Cabutan judi naik ke 22 kali dari 8 kali. Ketika Pas memerintah Malaysia. Ini bab yang ironi sekali. Kalau bab kawal Judi pun fail, jatuh masa DAP lead MOF pulak lagi baik, ada hati depa nak kata depa lagi bagus nak tegakkan undang2 Islam di Malaysia? Orang lain semua fail? 


Saya bagi 3 dulu. 3 ni pun dah cukup nak tunjuk, bila PAS memerintah negara, mereka terpaling gagal buat kerja.


Bila jadi Pembangkang, baru bangkit semuanya. Islam yang nak dibela, versi mana? Kalau masa berkuasa pun judi dinaikkan, undang2 syariah pun diketepikan. 


Rakyat tak mudah lupa ya...


Sudah2 lah tunggang agama. Hanya kerana kemaruk nak berkuasa semula. 


~LM~



GOOD, BAD AND THE UGLY



24 Nov tahun lalu kita berpeluh menunggu. Siapa yang naik jadi Perdana Menteri ke-10. Pagi itu, masih lagi samar2 tindakan politikus. Apa pun boleh terjadi. Namun diakhiri di Istana Negara bila DSAI menjadi Perdana Menteri. 


Saya masih ingat hari itu, hari jadi saya yang ke-41. 5 hari tak tidur lena, apa akan jadi pada negara. Namun setelah Perdana Menteri dilantik, kita tarik nafas lega. Harapkan hanya yang terbaik. Bila semua orang politik berbaik2. 


Pejam celik, setahun sudah berlalu. Posting ini nukilan saya untuk the GOOD, BAD and the UGLY, pemerintahan PMX setahun ini. 


GOOD 


1. Ini PM yang zuhud sekali. Satu2nya PM yang bekerja tanpa gaji, dan tolak guna Mercedes. Buka pintu Seri Perdana untuk kuliah agama. Serba serbi sederhana. 


2. Barisan Menteri paling sikit yang kita pernah ada. Walaupun Kerajaan ini ada 18 parti dalamnya. Kalau ditanyakan saya, bukan kerja senang ya, nak uruskan parti politik, dengan segala tamak mereka. Kerana tiada lelongan jawatan, scheme of things untuk kuasa, makanya bab ni kita boleh puji la. 


3. Ini PM back to basic. Dia tengok isu trivia. Isu penjaja dan peniaga, isu tandas sekolah dan segala infra. Tiada lagi PM sebelum ini yang melihat kepada perkara mikro, kecuali PMX. Mungkin nampak remeh kepada lawan, tapi sangat bererti kepada rakyat terbanyak. 


4. Satu2nya PM yang ada political will untuk rasionalisasi subsidi. Walau tahu mungkin boleh buat hilang kuasa, dia bulldoze sahaja. Subsidi tidak produktif ini sekarang melemahkan negara. Beliau pikirkan anak2, taknak mereka tanggung hutang kita. Pada saya, itu lainnya. Bila pemimpin memikir generasi masa depan, dengan risiko hilang kuasa, wajib kita sokong jua. 


BAD 


1. Tidak boleh disangkal, Kerajaan ini terlalu berhati2, buat benda lambat sekali. Menteri KPDN sebuah portfolio penting sampai sekarang tak diisi. Kalau tanya di sektor korporat, ramai lagi tunggu dan lihat. Dasar dan pelaksanaan perlu segera dibuat. 6 bulan orang boleh maafkan, tapi kalau dah setahun dan beyond masih tak move, ekonomi boleh merudum. 


2. Post PRU15, saya sokong Kerajaan Unity untuk buat 2 benda, reform dan perbetulkan isu rasuah dalam negara. Namun nampaknya, kes rasuah banyak politikus saja yang kena. Bagaimana reform struktur dan institusi. Ketuanya pun tak ditukar lagi. Yang keduanya, sebab janji reformasi, yang orang lain nak buat pun tak berani. Kita ada 4 tahun dan kita nanti. 


UGLY


The Ugly masih dunia politik. Politikus bukan buat kerja nak bina negara. Ramainya, nak dapat dan kekalkan kuasa. Tebuk atap dan curi sokongan pihak lawan jadi dambaan kedua2 belah. Dunia politik masih lagi tak stabil walau Kerajaan sudah ada 2/3. Pelbagai usaha dibuat dan dicanang nak jatuhkan ia. Pemimpin2 kita jenis kalah tak berlapang dada. Ini akan menjejaskan negara. 


*************************


PMX personally pada saya, bila sudah jadi Perdana Menteri, dia nak mendaki lebih tinggi. Dia tahu masanya terhad, makanya di peringkat ASEAN dan OIC beliau perlu appear kuat. 


Kita sokong lah dia buat begitu, tapi negara kena dahulu. Kalau pasukannya kuat dan auto pilot sudah, dia nak champion peringkat serantau orang tak kisah. 


Kita tahu dia rajin, bergerak sini sana. Namun nampak macam dia lone ranger. Menteri lain tak terkejar dia. 


Adakah saya kritik ini, tunjukkan saya nak Kerajaan lain pula. Mintak simpang buat masa ini. Kita dah tobat Kerajaan tumbang banyak kali. 


Menegur bukan makna membenci. Menyokong itu bukan hanya sentiasa memuji. 


Sebagai Pengundi, setia kita kepada negara bukan kepada parti. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki



PANDANGAN MAMAT NI TERHADAP YIDDIN

Copy paste






Pendapat sy terhadap Yiddin , (pakar tayang doa selepas tebuk atap) berundur....macam nampak cara terhormat.


Bukan senang jika


1. Jadi presiden parti tebuk atap...parti bidan terjun yg tak jelas matlamat perjuangan selain utk tembolok sendiri.


2. Parti yg bukan Yiddin sendiri yg asaskan....dia tergamak buang pengasas parti....Madey.


3. Parti yg tak punya pengikut akar umbi yg  setia berjuang bermati2an  ikhlas kerana Allah demi rakyat , agama dan negara.


YB2 pun sejarahnya join Bersatu atas dasar di paksa, di ugut,  di rasuah  terang2an dgn janji scheme of things setelah Bersatu dgn kerjasama rakan buat jahat mereka Pas jadi kjaan haram.


4. Parti tanpa kuasa...tak spt Pas yg ada kuasai 4 kjaan negeri.


5. Presiden yg bank acc parti dah kena beku.


6. Presiden yg sedang berdepan dgn beberapa pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa mahkamah dan tiada siapa akan percaya jika Yiddin nak putar2 ckp  dgn salahkan kjaan Anwar konon lakukan pendakwaan terpilih2.


7. Sementara duit masih bnyk di bank...lebih baik Yiddin simpan je duit tu baik2 ....klo dah berhenti jadi presiden tak perlu guna baki duit bawah bantal utk penuhkan tembolok pengikut yg tak akan pernah puas.


Dari sudut ini Yiddin tak la bodoh.


Dia pun sedar diri...pd umur 76 tahun dgn rekod lps yg sgt buruk...sejak jadi mb lagi...jgn mimpi lah nak jadi Pm kali ke 2.


8. Dgn Pas jadi abg besar yg dah  bawa masuk Madey jadi penasihat 4 negeri maka Yiddin sudah tak lagi relevan.


Maha suci Allah yg pasti akan membalas tunai sesiapa jua yg zalim pd manusia lain....kita jgn lupa Anwar sepatutnya dah jadi pm dan bawa kebaikan pd rakyat  sejak 2020 lagi  klo bukan kerana kerja jahat org2 spt Yiddin, Eddy, Azmin di samping Madey dll.



JENIS MALAS MEMBACA..NI AKIBAT DIA

 

Mohd Fairul Al Qasas






Orang demo....

Dia pun ikut demo...


Bila tanya punca akar masalah..dia tak tahu.. 


Sebenarnya orang 'bodoh' macam ni memang sasaran mereka.


Mereka perlukan orang begini untuk dimainkan emosi dan mendapatkan sokongan politik.

OH WAHAB, SEGERALAH MUNCULKAN DIRI KE BALAI POLIS BANTU SIASATAN…


Selepas Prof Dr Mohd Agus Yusof memberi keterangan kepada pihak polis berkaitan isu “video Wahab” beberapa hari lalu, semalam giliran individu bernama Mr H pula berbuat demikian.


Mr H dinamakan sebagai dalang dalam penyebaran video tersebut yang dikatakan menjadi sebab utama Dr Agus meletakkan jawatan sebagai Ketua Pengarah J-Kom.


Baik Dr Agus atau Wahab Abdul Kadir sendiri, kedua-duanya menamakan Mr H sebagai dalang yang menyebabkan video perbualan mengasyikkan itu tersebar luas.


Ketika memberi keterangan kelada polis, Dr Agus turut menamakan individu bernama Mr H itu.


Sebelum itu, dalam polis awalnya yang terdedah kepada umum, Dr Agus turut menyebut beliau telau didatangi oleh seseorang pada 13 November lalu menunjukkan “video Wahab” itu kepadanya.


Susulan itu, beliau kemudiannya bersetuju untuk meletakkan jawatan sebagaimana dinasihati seseorang yang ditemuinya itu.


Soalnya, siapakah seseorang itu?


Dengan kehadiran Mr H memberi keterangan kepada pihak polis, bererti tugas beliau telah selesai.


Seterusnya, terserah kepada pihak polis untuk mengambil tindakan-tindakan yang seterusnya selepas ini.


Namun demikian, Wahab dilaporkan masih menghilangkan diri dan peguamnya pula memberitahu, ada dua kumpulan sedang mencarinya.


Beliau belum lagi diambil keterangannya, malah tidak pernah membuat laporan polis, meskipun kalau didengar sidang medianya bersama Dr Agus tempohari, macam-macam dakwaan diluahkannya.


Dalam hal ini, Ketua Polis Negara, Razarudin Husain sendiri semalam meminta Wahab yang merupakan Penolong Pegawai J-Kom agar tampil membantu siasatan dan membuat laporan polis berhubung kes itu.


Oh Wahab…janganlah menghilang diri  atau bersembunyi terlalu lama lagi!!!


Hadirlah segera ke balai polis untuk membantu siasatan, terutama tentang rakaman video perbualannya dengan Dr Agus itu.


Banyak soalan sedang menunggu jawapan daripadanya.


Antaranya, ada berapa banyak rakaman video perbualannya dengan Dr Agus yang sebenarnya beliau telah lakukan?


Betulkah rakaman itu dilakukan atas arahan Mr H?


Benarkan rakaman itu dilakukan tanpa suara atau suaranya telah dipadam ketika ia diserahkan kepada Mr H?


Apa topik perbualannya dengan Dr Agus, jika benar suara dalam video yang tersebar itu adalah hasil kerja suntingan?


Selain itu, apa hubungan beliau dengan Dr Agus?


Ehhh…pendeknya banyak lagilah soalan yang polis mahu tanya dan perlukan jawapan yang jujur daripada beliau.


Oleh itu, segeralah hadir ke balai polis dan jangan lagi berlama-lama menyembunyikan diri. – ShahbudinHusin 24/11/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/11/24/oh-wahab-janganlah-terlalu-lama-menghilang-diri.html



ELOK LA ...BAWA TOBAT


 Shahbudin Husin


Sempena Jumaat yang penuh barokah, saya diberitahu ramai yang mengucap syukur dengan berita ini…