MGF08022020_MAJLIS-MINUM-TEH-DIALOG-ASSABIQUN-KAWASAN-PANDAN_02-1
Mustafa Ali
KESTABILAN politik dan kerajaan sangat penting di saat negara menghadapi ancaman penularan wabak Covid-19 yang belum menentu bila akan reda.
Ia sekali gus menjejaskan perkembangan 
ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat.
Buat pertama kalinya dalam sejarah politik Malaysia, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin 
Yassin yang dilantik selepas PRU-14 datang dari parti yang tidak dominan dalam kerajaan.
Tun Dr. Mahathir Mohamad sewaktu dilantik menjadi Perdana Menteri ketujuh datang dari 
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang
 hanya memenangi 13 kerusi Parlimen.
Muhyiddin juga dari PPBM yang telah dibesarkan sedikit jumlah kerusinya melalui lompatan 
beberapa Ahli Parlimen UMNO ke parti 
berkenaan.
Sebagaimana Dr. Mahathir mewakili PPBM
 yang tidak dominan dalam Pakatan Harapan
 (PH), Muhyiddin dan partinya juga tidak 
dominan 
dalam Perikatan Nasional (PN).
PN adalah gabungan empat parti utama iaitu 
UMNO, Pas, GPS, PPBM dan sekumpulan Ahli Palimen yang mengikut Datuk Seri Mohamed
 Azmin Ali.
Setiap kumpulan adalah king maker dan 
penarikan diri mana-mana satu parti atau
 kumpulan akan meruntuhkan kerajaan sebagaimana penarikan diri PPBM pada 24
 Februari lalu yang menjatuhkan pentadbiran kerajaan PH.
Ini menjadikan kerajaan yang ada sekarang ini 
tidak stabil. Rakyat bukan sahaja muak, tetapi 
letih dengan keadaan yang tidak menentu seperti ini.
Parlimen akan bersidang pada Mei ini. Sidang Parlimen ini akan menguji kekentalan kerajaan
 PN pimpinan Muhyiddin.
Walaupun tidak ada satu peruntukan yang 
khusus dalam perlembagaan mengenai undi 
tidak percaya, tetapi usul percaya atau tidak percaya vote of confidence atau vote of no confidence’boleh dikemukakan dalam Parlimen sebagai usul persendirian.
Walaupun usul persendirian tidak boleh 
mendahului urusan kerajaan, selama manakah kerajaan boleh mengelakkan diri dari berdepan dengan usul ini?
Peranan Yang Dipertuan Dewan Rakyat juga 
penting dalam kes seperti ini. Pada ketika ini, 
tidak ada siapa yang tahu secara tepat berapa
 ramai ahli parlimen yang memihak kepada 
kerajaan PN dan berapa ramai yang tidak.
Tidak ada jaminan bahawa lompat melompat
 tidak akan berlaku lagi kerana fenomena frogging ini sudah hampir menjadi 
norma dalam politik demokrasi di Malaysia.
Kalau ada seorang hamba Allah yang harus 
diberi penghargaan kerana menunjukkan contoh tauladan dalam hal ini, beliau ialah Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali. No malice Tok Him.
Berbalik kepada isu kestabilan kerajaan, ia 
banyak juga bergantung kepada kebijaksanaan Muhyiddin menerajui kerajaan yang mesti 
dilakukan serentak dengan mengemudi bahtera partinya, PPBM.
PPBM sendiri tidak stabil dan Muhyiddin tidak 
boleh memandang ringan (kerana) kegagalannya menyelesaikan masalah partinya akan 
menjejaskan kerajaan.
Saya yakin, beliau memahami dan saya tidak bercadang memberikan apa-apa pandangan.
Jika ditakdirkan kerajaan yang ada sekarang 
tidak dapat bertahan lama atas apa-apa sebab sekalipun, maka Yang di-Pertuan Agong sekali 
lagi akan terpaksa memainkan peranannya.
Ada beberapa langkah yang boleh diambil oleh baginda. Antaranya, melantik seorang di kalangan ahli parlimen yang dipercayai baginda boleh mendapat sokongan majoriti dalam Parlimen 
atau membubarkan Parlimen untuk mengadakan PRU semula walaupun belum cukup tempoh lima tahun.
Apakah pilihan baginda? Pandangan umum pada ketika ini, jika kerajaan yang ada ini tidak dapat bertahan, mahu atau tidak mahu penentuan kerajaan akan diserahkan kembali kepada rakyat.
Jangkaan saya, Tuanku Yang di-Pertuan Agong
 akan memilih jalan ini.
Datuk Mustafa Ali ada Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Pas dan juga mantan Setiausaha Agung Pas.