Tamrin Tun Ghafar
Selasa - 31/03/2020
( 1 - 18 )
1. Sejak dijadikan lambang yang mewakili rakyat, khusus yang memerlukan bantuan kewangan oleh Muhyiddin Yassin semasa mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin, nama Makcik Kiah sudah menjadi sebutan ramai sehingga katanya ada yang bercadang menamakan anak perempuan yang bakal dilahirkan dengan nama Kiah atau Rokiah.
2. Pakej Rangsangan Ekonomi yang berjumlah RM250 bilion adalah merupakan pakej ketiga terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat dan China, diikuti oleh Kanada, Australia, Eropah dan Singapura.
3. Ini bukan saja membuktikan komitmen Kerajaan Perikatan Nasional ( PN ) pimpinan Muhyiddin bagi membantu rakyat yang susah akibat penularan wabak penyakit CORONAVIRUS atau COVID19 tapi yang tidak kurang penting ia juga membuktikan kepada dunia Malaysia masih punyai kedudukan kewangan atau simpinan yang begitu besar dan kukuh yang boleh dibelanjakan bila - bila masa , dan TANPA PERLU mendapat kelulusan Parlimen terlebih dahulu.
4. Sama ada nama sebenar Makcik Kiah ialah Rokiah dan sama ada beliau merupakan ibu kepada Dr. Marzuki Mohamad, orang kanan Muhyiddin sendiri, itu tidak penting.
5. Selesai sahaja Pakej Rangsangan itu diumumkan, ribuan rakyat menadah tangan menzahirkan kesyukuran mereka.
6. Suasana kesyukuran ini mengimbau kembali peristiwa di Temerloh apabila Najib, bekas Perdana Menteri ketika itu mengumumkan rancangan Felda Global Venture ( FGV ) anak syarikat FELDA mengapungkan sahamnya, manakala yang memberontak tidak setuju dengan rancangan itu dilabel sebagai 'Haram Jadah' oleh beliau.
7. Janji Najib setiap Peneroka Felda akan jadi kaya dan ada yang bakal jadi jutawan luntur apabila saham FGV menjunam jauh dari nilai pengapungan sebenar - itulah nasib malang peneroka Felda.
8. Ahli - ahli akademik dan hampir kesemua akhbar termasuk yang berbahasa Cina dan Tamil menzahirkan kegembiran mereka di muka hadapan dengan segala pujian; apa tidaknya dalam suasana ekonomi di mana 'Dapur Mula Tak Berasap' hampir majoriti rakyat akan mendapat sekurang - kurang RM4000.00 seorang; rakyat tersenyum lebar seolah - olah bermimpi berada di taman bunga.
9. Tidak ketinggalan ada juga yang mengatakan Muhyiddin 'The Best Prime Minister Since Merdeka' atau 'Perdana Menteri Yang Terhebat Sejak Merdeka'.
10. Tak sampai seminggu pun sudah ada komen - komen dan analisa dari beberapa tokoh dan penulis terkemuka berhubunan Pakej Rangsangan bagi Makcik Kiah itu.
11. A Kadir Jasin mengemukakan secara terpinci dan amat mudah difahami umum jumlah sebenar yang Makcik Kiah akan dapat iaitu HANYA RM800.00 sahaja BUKAN RM4000.00 seperti yang diumumkan oleh Muhyiddin.
11. Yang hairanya analisa Kadir DISAHkAN tidak lain tidak bukan oleh Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan yang bertanggungjawab menyediakan pakej tersebut.
12. Pengesahan atau pengakuannya semasa ditemuramah di Stesen TV baru - baru ini oleh Tengku Zafrul yang dikatakan 'Pakar Kewangan' yang dibawa khas dari CIMB ke dalam Kabinet ini sudah barang tentu menjadi tajuk perbualan umum.
13. Rakyat kini terutama kalangan B40 yang pernah mendapat bantuan Kerajaan melalui beberapa skim mula mengesyaki ada yang tak kena dengan pengumuman tersebut.
14. i. Jika Kerajaan begitu yakin mempunyai dana yang cukup mengapa pula pembayaran dicadangkan diberi secara berperingkat-peringkat:
a) pembayaran pertama pada hujung bulan April sedangkan Puasa bermula pada 24hb April ini.
b) Pembayaran kedua pada bulan Mei berkemungkinan besar selepas Hari Raya.
Rakyat kini TERLALU perlukan bantuan kewangan secepat mungkin bukannya seminggu lagi apatah lagi pada hujung bulan April dan Mei.
ii. Betulkah Kerajaan mempunyai sumber kewangan sebanyak itu ( RM250 Billion ) sedangkan Petronas yang menjadi penyumbang utama ekonomi negara kini berada dalam keadaan AMAT KRITIKAL?
iii. Ekoran penutupan kilang - kilang dan lain - lain perniagaan , sumber kewangan kedua terbesar iaitu kutipan cukai turut merosot begitu ketara sekali.
iv. Industri pelancongan sebagai salah satu sumber negara kini terjejas dengan teruk; MAS, AirAsia, Firefly dan Malindo TERPAKSA mengurangkan penerbangan, begitu juga pendapatan hotel , restoran dan lain - lain yang berkaitan.
v. Dalam masa yang sama segala hutang negara termasuk 1MDB perlu dibayar selain dari gaji kakitangan awam yang berjumlah hampir 1.2 juta serta bayaran pencen untuk pesara.
15. Rayuan dan suara - suara sumbang sudah mula kedengaran, namun rakyat masih ternanti - nanti penjelasan dari mulut Muhyiddin sendiri:
i. Apakah Makcik Kiah akan dapat RM4000. 00 atau hanya RM800.00 seperti yang disahkan oleh Tengku Zafrul - jika Muhyiddin masih mempertahankan angka yang disebut iaitu RM4000.00 maka ini bermakna Zafrol tidak sepintar yang digambarkan, justeru beliau MESTI dipecat serta merta dari Kabinet seperti juga Menteri Kesihatan 'Air Suam' yang juga telah melanggar Akta Kesihatan 1971 kerana mendedahkan nama pesakit Covid19 yang meninggal dunia.
ii. Jika Muhyiddin 'pusing' atau buat 'u- turn' ini bermakna beliau seorang Perdana Menteri yang telah menipu rakyat, maka secara gentleman atau anak jantan, beliau HARUS MELETAKKAN JAWATAN yang disandangnya kini.
16. Lebih buruk, Muhyiddin juga didapati melanggar arahan PKP daripada kerajaan pimpinannya sendiri apabila keluar membeli barangan dapur di sebuah pasaraya pada Ahad lalu bersama isterinya, sedangkan peraturan hanya membenarkan ketua keluarga saja keluar membeli-belah.
17. Itulah akibatnya apabila
' Yang Kalah Jadi
Kerajaan, Yang Menang Jadi
Pembangkang'.
18. Jangan sampai Makcik Kiah merajuk kerana akibatnya akan diterjemahkan pada PRU ke15 nanti.
Wassalam
Terima Kasih.