KEH..KEH..KEH



 INI sudah bahaya.

Kena hati-hati.

Jangan2 itu "suara syaitan"?







JANGAN CEPAT MELATAH

 




Ada yang minta aku ulas isu PLKN yang kononnya akan panggil mereka yang berumur sehingga 35 tahun. Ramai yang melatah. Mujur aku jenis ulas berita lambat sebab biasanya aku cari info sebelum ulas. Kalau tak aku pun sama melatah.


Yang dikatakan sehingga umur 35 tu, adalah apa yang terkandung dalam akta. Menurut akta, mereka yang dikerah tak boleh berumur di bawah 16 tahun dan tidak melebihi 35. Bukan kerajaan nak panggil mereka yang berumur hingga 35 tahun.


Boleh baca lanjut di https://mk.my/TIV2002.


Panggilan akan dibuat berdasarkan tahun kelahiran. Untuk tahun depan, cuma mereka yang lahir pada tahun 2007 sahaja akan dipanggil. Yang tak dapat hadir, boleh tangguhkan. Dan tangguh ni la sampai umur 35. Begitulah ceritanya.


Ini semua kes keliru je. Tapi kalau betul pun, ok juga rasanya. Sebab tengok di media sosial sekarang ni, ada ramai yang patut rasa 'kerasnya hidup'. Jenis manja, lembik, lembut, terutama geng walaun yang semuanya nak bersuap. Bagi dorang rasa.


Dah tak payah risau la. Tak adanya kena kendong anak atau kena bawak minyak urut pergi PLKN tu. Semuanya salah faham je ni. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


KAH..KAH..KAH....KEDAH KITA...


 

TEDIAAAAA....NOH AAIIIHHHH


 

BUKA SIKIT MINDA- BAHAWA BAHASA ITU BERKEMBANG DAN TIDAK JUMUT MACAM KEPALA OTAK LEBAI


 

TERBAIK DATUK SRI


 

MALUKAN TENTERA JA DIA NI


 

SEMBANG SI TAKI- KIOK LA KALAU DENGAR

 


BAGAIMANA KERETA KEBAL KEBANGGAAN ISRAEL BOLEH DIMUSNAHKAN OLEH RPG DENGAN MUDAH

 

Ibrahim Mat Isa




Artikel oleh Danny Yatom (mantan ketua Mossad) dalam akhbar Yahudi tersohor di Israel, Yedioth Ahronoth 30/10/2023.


Apa yang sedang berlaku? Adakah Tuhan Musa dan Harun telah meninggalkan kita?


"Saya tidak faham apa yang berlaku? Sebuah kereta kebal Merkava buatan Israel, kebanggaan industri Tel Aviv, berharga $170 juta, telah dimusnahkan dari muka bumi oleh RPG? Saya tidak percaya itu?"


(RPG ialah senjata ringan yg biasa digunakan oleh Mujahidin Afghanistan utk berhadapan dgn kereta kebal Soviet Union tahun 80-an).


"Adakah tank keluli yg begitu kebal boleh dimusnahkan oleh RPG?"

 

"Tanah bergegar dan kereta kebal itu meletup seolah-olah terkena bom seberat satu tan?"

 

"Saya tidak percaya itu boleh berlaku. Siapa yang berperang bersama dalam pasukan mereka? Siapa bantu mereka?"


"Ada hantukah yang mengikuti mereka lalu mereka berjaya membunuh orang Yahudi?"


"Adakah Tuhan Musa dan Harun telah meninggalkan kita?"

 

"Terdapat kuasa tersembunyi yang membantu mereka dan berperang dengan mereka."


"Sejak 7 Oktober, mereka tidak terlepas sasaran dalam serangan mereka ke atas kita di seluruh Palestin, seolah-olah mereka mempunyai satelit."


"Sungguh malang,  negara Israel sedang berada di penghujung yang semakin pasti."



TAK ADA SATU PUN BOLEH DIJADI CONTOH UNTUK DIIKUTI KERANA SEMUA DI BAWAH PN MELINGKUP



 Serius wei. Memang berjangkit. Sekarang ni Perlis pulak ada masalah air. Adoi la. PMX lepas jadi PM, banyak penambahbaikan yang dah dibuat. Tapi PN lepas ambil alih, yang elok jadi hancur. Ini tangkal apa la si lebai pakai ni? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


SEKALI NEGERI WALAUN HARGA RENDAH




Walaun bising-bising harga ayam akan naik selepas diapungkan sekali tengok negeri walau yang harga ayam paling murah. Haish walaun ni. Jenis kufur nikmat betul. 


Terima je la ayam harga RM6.40 tu walau oi. Mana nak dapat lagi yang harga RM12 sekilo. Ini zaman PMX. Bukan zaman Mahaiddin atau zaman Hadi jadi duta khas.


Walaun ni mengaku miskin tapi suka harga ayam naik. Macam orang lapar, tapi diberi makanan dia buang. Lepas tu claim diabaikan. Otak tak centre. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


Kecoh sehari ini PKR duduk dalam "Israel Liberal Grup"





1. Mereka pun bagi lah link ni.

https://liberal-international.org/members/israeli_liberal_group/


2. Jadi bila buka link ni memang lah terus ke Israel link group. 


3. Kreatif mereka dalam nak "mengisraelkan dan meyahudikan" seseorang atau sesekumpulan musuh mereka.


4. Taktik yang sama ketika mereka "meyahudikan" Wan Azizah dengan pergi ke IG Netanyahu. Walhal gambar yang dikongsikan adalah majlis umum dan rasmi anjuran USA sempena perhimpunan PBB.


5.Suka sangat lah mereka buka web-web Israel ni. Tujuan mereka jelas nak yahudikan dan israelkan musuh mereka.


6. Lawan web atau HOME rasmi Liberal International ialah ini


https://liberal-international.org/


7. Di dalamnya ada semua parti yang bersifat liberal. Mereka bergabung diperingkat antarabangsa untuk berkongsi persamaan. 

(Kemaskini - PKR bukan ahli Liberal International, PKR hanya pemerhati dalam Liberal International disahkan oleh Anwar Ibrahim dan Fahmi Fadzil ) 


8. Tidak bermaksud untuk setujui semua perkara.


9. Liberal maksudnya bebas. Contohnya Liberal dalam pendidikan. 


Contoh ayat, anak-anak sekolah bebas untuk memilih sekolah dan aliran mereka.


Nak masuk sekolah tahfiz boleh

Nak masuk sekolah agama boleh 

Nak masuk sekolah kebangsaan boleh

Nak masuk sekolah cina/Tamil boleh

Nak masuk sekolah International pun boleh.


10. Jadi dalam konsep politik, PKR mengamalkan konsep Liberal demokrasi. 


11. Bacaan lanjut pernah saya tulis disini


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=6594606707274110&id=100001745393116&mibextid=2JQ9oc


12. Sebab itu orang PKR atau mereka yang faham tak makan dengan fitnah PKR ni "Islam Liberal" dan geng Israel. 


13. Dalam PBB pun ada Israel, tapi kita tetap sertai PBB.


14. Anwar Ibrahim yang islamik dan keluarga menutup aurat, mereka tolak dan tuduh liberal.


15. Mahathir yang sekular dan keluarga tak tutup aurat, mereka lantik jadi penasihat.


Begitulah.


Terima kasih. 


Muhammad Fairul Al Qasas 

Menyampaikan berita benar.


Muhammad Fairul Al Qasas

#PKRPahang 

#MalaysiaMadani 

#KerajaanPerpaduan 

#PMX



PENGALAMAN RAFIZI KETIKA BERKEMPEN BERSAMA ALAHYARHAMAH

 





Terima berita sedih Kak Natrah (mantan Ahli Parlimen Sekijang 2018-2022) telah pulang ke rahmatullah akibat kanser.


Saya ada persahabatan yang panjang dengan Cikgu Natrah.


Saya yang meyakinkan Cikgu Natrah yang PKR boleh menang di Sekijang dan minta beliau bertanding 2018. 


Saya juga yang mohon Kak Natrah memberi laluan kepada Dr Zaleha untuk bertanding di Sekijang dalam PRU2022.


Sekijang sebelum itu kubu kuat Umno dan sangat sukar ditembusi kerana banyak Felda di sekelilingnya.


Di awal kemunculan PKR di Sekijang, tidak ramai yang berani ke depan. Sangat sukar untuk kami mencari tempat untuk berceramah.


Kak Natrah adalah seorang pesara guru besar dan rumah beliau ada kawasan lapang yang besar.


Banyak ceramah awalnya di buat di kawasan rumah allahyarhamah dan saya selalu bergurau dengan Kak Natrah mengenai pengalaman awal berkempen di Sekijang.


Setiap kali ceramah, tidak ramai yang hadir. Jadi saya akan tanya Kak Natrah - mana orangnya tak nampak pun?


Kak Natrah dengan yakin akan jawab: “nuuu ada dalam gelap tapi sebab kawasan rumah saya kan besar, susah la nak nampak”.


Sangat sukar mencari seorang Ahli Parlimen yang langsung tidak membantah apabila saya memohon untuk beliau memberi laluan kepada calon baru. Ia juga antara perkara paling sukar yang saya terpaksa lakukan sebagai Timbalan Presiden dalam PRU15 lalu: memaklumkan kawan baik yang layan saya sebagai kakak bahawa beliau perlu memberi laluan kepada calon baru.


Saya ingat di malam keputusan PRU2018 semasa saya memaklumkan kepada Sdr Anwar Ibrahim kerusi-kerusi yang PKR menang.


Antara yang beliau paling terkejut ialah kerusi Sekijang. Reaksi Sdr Anwar “Kak Natrah pun menang?” itu saya akan ingat selama-lamanya.


Takziah kepada keluarga Kak Natrah.


Doa saya agar Kak Natrah diberikan kelapangan dan kesenangan di akhirat, seperti mana allahyarhamah melapangkan dan menyenangkan rakan-rakan sepanjang beliau hidup dengan senyuman dan kasih sayang seorang kakak kepada adik-adiknya.



SIK YANG HARUS FOKUS



 Semalam saya dengar secara langsung penggulungan belanjawan 2024 oleh YAB PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim. 


Sik ada bertanya soal royalti.


PMX dah jawab.


Kemudian mungkin baru teringat hujah tambahan, PMX ulang balik soal bahasa.


Sik jerit, kenapa jawab lagi soal bahasa, sudah sudahlah, jawab lah soal royalti.


Sebenarnya PMX dah jawab soal royalti. 


Dan suka saya nak ingatkan Sik, lain kali pesan dengan kawan-kawan,  masa bahas belanjawan, bincang lah soal belanjawan. 


Ni sibuk soal bahasa

Soal kafir

Soal zionis

Soal khawarij 


Bila orang berkenaan jawab, dah cakap membazir masa.


Lain kali fokus pada tajuk semasa berbahas.


Muhammad Fairul Al Qasas 

Membawa berita benar 


#KPKualaKrau

#PeneranganPKRPahang 

#MalaysiaMadani 

#KerajaanPerpaduan 



#PMX




Pembangkang terus tergugat?

 MSO


Pembangkang terus tergugat?

SUSUPAN MALAM






Iskandar Zulkarnain

HARI ini seorang lagi ahli Parlimen menyatakan sokongan kepada perdana menteri Anwar Ibrahim.
Kali ini ahli Parlimen dari Sabah, Suhaili Abdul Rahman (Bersatu - PN) mewakili kerusi Labuan. Sebelum ini ahli Parlimen Kuala Kangsar Iskandar Zulkarnain  Abdul Khalid telah mengumumkan sokongan kepada perdana menteri Anwar Ibrahim dan kerajaan Perpaduan. 

Alasan diguna pakai Suhaili, sama dengan alasan dibuat oleh Iskandar Zulkarnain mereka menyokong kerajaan demi rakyat yang diwakilinya. Dalam erti kata lain mereka mengorbankan sokongan kepada parti demi rakyat. Kedua-dua mereka menang atas tikit Bersatu (PN).








Suhaili Ab Rahman

Iskandar Zulkranain juga merupakan ahli Parlimen Bersatu (PN). Dengan sokongan Suhaili itu kini suara menyokong kerajaan di Parlimen 149 kerusi, melebihi majoriti dua pertiga. Rupa-rupanya tindakan ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Abdul Rahman yang menarik sokongan kepada kerajaan ada hikmah tersendiri apabila ia diganti dua orang ahli Parlimen oposisi menyokong kerajaan. Tindakan Syed Saddiq nampaknya tidak diteladan oleh ahli parlimen pembangkang.

Difahamkan tindakan menyatakan sokongan kepada Anwar dan kerajaan itu tidak terhenti di situ sahaja.Selepas ini akan ada lagi ahli parlimen pembangkang akan berbuat tindakan sama. Sekurang-kurang ada dua orang lagi ahli parlimen yang sedang stand by akan mengambil langkah sama. Mereka dikatakan sedaang mempertimbangkan untuk berbuat demikian, cuma mengambil sedikit masa kerana ingin mengelak akan disalah anggap oleh parti mereka.

Difahamkan salah seorang ahli Parlimen itu dari negeri Pantai Timur dimana beliau kini dikatakan menghadapi masalah kewangan untuk memajukan kawasan mereka wakili.

Ahli parlimen yang mengambil tindakan menyokong kerajaan adalah demi kesejahteraan kawasan dan rakyat mereka wakilkan. Ia suatu tindakan bijak menunjukkan mereka meletakkan kepentingan rakyat lebih utama daripada berpolitik "bersetia" dengan gabungan yang tidak dapat memberi apa-apa bantuan untuk rakyat.

Semoga langkah diambil mereka berdua, Iskandar Zulkarnain dan Suhaili akan diikuti oleh beberapa orang lagi wakil rakyat. 

Perkembangan demikian sudah tentu menyeronok dan menyenangkan perdana menteri Anwar, dimana ia secara tidak langsung menggambarkan beliau kian mendapat sokongan dari semua pihak termasuk yang sebelum ini berpihak kepada pembangkang. Rententan itu memberi gambaran yang pembangkang kini dalam keadaan tergugat, digugat oleh ahli parlimenya sendiri.

Dari sisi lain pula mereka tidak yakin dengan dakwaan pemimpin tertinggi mereka, Mahiaddin Yassin dan Abdul Hadi Awang yang terus terusan menjual mimpi kononnya kerajaan Perpaduan akan runtuh bila-bila masa.

Sesungguhnya politik mereka berdua itu adalah politik matang dan sejahtera dan Best. [wm.kl. 9:21 am 30/10/2023]

 

BILA HARGA AYAM LEBIH MURAH DARI SUBSIDI


Takat komen tu saja hang tau...lain tak tau buat. Akhirnya hang pi menikah...sembang kencang pekena orang kampung.


Norman Radzuan

Saya hairan dgn sikap org kita… mereka ini sebenarnya tidak sedar kerana sifat taksub kpd pemimpin yg mereka anggap suci telah membutakan diri dari kebenaran.


Malas nak tulis isu ayam ini tapi tadi breakfast ada pula kawan yg saya anggap pentaksub Hadi ini satu persatu dia membebel tentang kerajaan dari subsidi itu ini… puas saya menjawab hingga lah isu ayam ini dia kena checkmate.


Saya kata tahu tak dulu subsidi utk apa? Dulu sb harga ayam melonjak naik sb harga dedak mahal. Lazim subsidi diberi waktu perayaan saja dan ia diberi kpd pengeluar agar harga tidak melambung naik.


Agak keras juga saya menjawabnya tadi sebab dlm hati masa tu rasa mcm nak duku kepala dia. 


“ Dulu harga RM 9.40 sen sekilo dan skg harga RM 7.20-RM 7.90 sekilo tanpa subsidi… kau nak harga yg mana? Kau ini ini betul la kata Za’ba bangsa subsidi.” ( nada geram). Terus dia diam mungkin dlm pemikirannya berkata betul juga.


Saya beritahu harga dedak dah murah jika beri subsidi pun pada mereka… untung byk la mereka dan bukan rakyat.


Bila zaman mereka senang sahaja jawab…harga ayam naik sb rakyat suka makan ayam. Tak mahu berusaha utk selesaikan masalah rakyat bagitahu je tak baik makan ayam.


Dgn puak ini kita kena byk membaca atau berilmu. Sebab 90% biasanya apa yg dibebel mereka sendiri tak faham. 


Mereka ini jenis Sami'na wa Atho'na yg mereka tidak sedar ayat itu hanya kpd Tuhan yg Maha esa. Kdg mereka ini jenis sami’na wa hum laa yasma’uun (kami dgr tapi namun pura2 tidak dengar).



APAKAH INI PETANDA TUN MAHATHIR AKAN JADI CALON PAS PRK KEMAMAN?



Dulu hangpa dua maki hamun macam macam. Nak kena pekena pulak dengan Mahathir.


Menerusi laman sosialnya petang tadi, Presiden Pas, Hadi Awang memaklumkan tentang kunjungan Tun Mahathir Mohamad ke kediamannya di Rusila, Terengganu.


Dalam catatannya, Hadi berkata, beliau berbesar hati dengan kesudian bekas Perdana Menteri itu berkunjung ke terataknya di Rusila.


Beliau turut mendoakan agar Tuhan mengurniakan kesihatan dan rahmat kepada Tun Mahathir.


Tidak pasti apa urusan Tun Mahathir di Terengganu, tetapi kedatangannya menziarahi Hadi di Rusila lada waktu ini segera mencetuskan khabar ia ada kaitan dengan PRK Kemaman tidak lama lagi.


Saya sebelum ini adalah yang paling awal iaitu pada 3 Oktober lalu mencadangkan agar Pas meletakkan Tun Mahathir sebagai calonnya di PRK Kemaman.


Ia sebagai susulan Pas telah melantik beliau sebagai penasihat ekonomi kepada empat negeri tadbirannya atau SG4.


Artikel bertajuk Pas Patut Calonkan Tun Mahathir Tanding di Kemaman boleh dibaca di sini – https://shahbudindotcom.net/2023/10/03/pas-patut-calonkan-tun-mahathir-tanding-di-kemaman.html


Sejak itu, isu kemungkinan Tun Mahathir bertanding di Kemaman mula menjadi bualan ramai dengan pelbagai pihak turut menulis, malah beberapa pimpinan Pas tidak terkecuali memberi reaksi berkenaan dengannya.


Begitu pun, sejak isu berkenaan timbul, Tun Mahathir tidak pernah langsung membuka mulutnya.


Untuk berkata beliau berminat tidak pernah, nak kata tak berminat pun tak pernah.


Tetapi, dengan tiba-tiba beliau sanggup datang ke Rusila untuk mengunjungi Hadi, apakah Tun Mahathir sebenarnya sedang melobi bagi dirinya sendiri untuk jadi calon Kemaman?


Jika bukan itu tujuannya, apa tujuan lain Tun Mahathir bertandang ke rumah Hadi di Rusila?


Memerhati gerak politik Tun Mahathir, beliau tidak mungkin saja-saja datang ke rumah Hadi di Rusila jika sekadar untuk bertanya khabar atau ingin berbual-bual sambil teringin nak makan keropok lekor Terengganu semata-mata.


Ia mesti ada hajat besar, dulu juga Tun Mahathir pernah mengunjungi Anwar Ibrahim di mahkamah sebelum mereka akhirnya bekerjasama untuk menjatuhkan Najib Razak.


Lagi pula selama ini, dalam banyak pertemuan kedua-duanya, ia hampir semuanya diadakan di kediaman Tun Mahathir di Kajang.


Apakah pertemuan di Rusila ini bakal mencatat sejarah buat Pas dengan bekas Perdana Menteri dua kali itu akhirnya akan dipilih sebagai calon bagi PRK Kemaman? – ShahbudinHusin 02/11/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/11/02/apakah-ini-petanda-tun-mahathir-akan-jadi-calon-pas-prk-kemaman.html



IANYA BUKAN SOAL KECEWA ATAU SOAL SAMBUTAN. PANDUAN SAMBUTAN TAK DIBERIKAN , MENENTUKAN LANGKAH LANGKAH DAN PROSEDUR TIDAK DITERANGKAN. DAN BILA GURU GURU MELEBIHI BATASAN , KEMENTERIAN PULA LEMBIK UNTUK MENGAMBIL TINDAKAN.

 

Fadhlina kecewa Minggu Solidariti Palestin dipolitikkan







Minggu Solidariti Palestin anjuran Kementerian Pendidikan telah menjadi polimik kerana dipolitikkan dan dikacau ganggu 'orang luar' tegas Menteri Pendidikan.



Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek pada penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2024 di Dewan Rakyat pada Khamis mengecam pihak yang mengkritik penganjuran program itu.



Beliau berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) hanya menyahut seruan Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung pendirian kerajaan untuk turut sama mempertahankan hak dan kebebasan rakyat Palestin selain mahu mendidik kanak-kanak tentang nilai keamanan sejagat.



Dengan nada sebak, beliau menggesa semua Ahli Parlimen memahami perkara itu dan memberi ruang agar KPM melaksanakan tanggungjawabnya dan mengutamakan proses pendidikan kemanusiaan melalui program tersebut.



"Beri ruang kepada kami untuk laksanakan tanggungjawab kami...Jangan kacau dan usik guru kami. Di sebelah sana atau sini, sama!



"Beri ruang untuk proses pendidikan ini. Faham yang penting untuk mendidik (murid) tentang kemanusiaan," katanya sambil menegaskan program tersebut bukan mahu menunjukkan pihak mana yang paling hebat dalam isu Palestin.



Sebelum ini, tular video berkaitan program di sebuah sekolah yang didakwa memaparkan unsur ekstremisme bagi menyuarakan sokongan kepada rakyat Palestin.



Video 55 saat itu menunjukkan seorang lelaki mengacukan senapang mainan ke arah pelajar sambil mengetuai sekumpulan guru mengibarkan bendera Palestin ketika perhimpunan.



Susulan itu pada 31 Okt lalu, KPM mengeluarkan arahan melarang penggunaan senjata dan unsur politik bagi penganjuran Minggu Solidariti Palestin di sekolah.



Sementara itu, Fadhlina ketika menghadiri Minggu Solidariti Palestin di sebuah sekolah di Kuala Lumpur berkata, komuniti pendidikan jelas dengan garis panduan yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk program itu.

Beliau turut menegaskan tidak timbul sebarang isu di kalangan guru dan pentadbir sekolah berkenaan garis panduan yang dikeluarkan KPM, termasuk untuk tidak menyatakan perspektif satu pihak sahaja.


KHABAR SEDIH

 


Terima khabar duka mantan Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail telah kembali ke rahmatullah.


Saya mengutuskan salam takziah kepada keluarga serta mendoakan ruh Allahyarhamah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. 


Al-Fatihah.


ANWAR IBRAHIM




ROYALTI KELANTAN KEKAL JIKA HAJI HADI TAK 'TEBOK ATAP' KERAJAAN PH DULU





1. Hari ini di Parlimen, Hj Hadi kata kerajaan Zalim sebab tak bagi Royalti Kelantan. Jom semak Fakta.

 

2. JUN2018 - Kelantan dapat Royalti minyak kali pertama dalam sejarah masa Kerajaan PH kerana itu janji Menifesto.

 

3. JULAI 2019 - Menteri Kewangan waktu itu Lim Guan Eng DAP buat bayaran Royalti RM400juta. 

 

4. NOV2019 - Nik Amar ucap terima kasih pada PH sebab bayar Royalti. JAN2020 - Kelantan beli 14 buah Mercedes.

 

5. FEB2020 - Diberi Madu, Dibalas Tuba. Hj Hadi gerakan usaha jatuhkan kerajaan PH secara Tebok Atap melalui Langkah Sheraton.

 

6. NOV2021 - Kerajaan baru Hj Hadi dan Muhyiddin umum tiada lagi Royalti Kelantan, hanya wang Ehsan. Rakyat Kelantan dikhianati.

 

7. 33 bulan Hj Hadi dan 8 Menteri PAS tak perkemas perjanjian Royalti Kelantan tapi mansuh keputusan PH.

 

8. Alasan Hj Hadi, banyak 'Kerengga' ganggu nak tumbang kerajaan sebab itu tak perkemas perjanjian Royalti.

 

9. Dua jenayah Hj Hadi, (a) Tubuh kerajaan tak ada majoriti hingga gantung parlimen dan daruratkan negara (b) Mansuh Royalti yang PH dah bagi.

 

10. Rakyat Kelantan boleh 'ludah' muka ahli parlimen PN-PAS yang konon nak jadi hero Royalti. MEREKA SEBENARNYA PENGKHIANAT.

 

Ahmad Mursi

 

AIR KEROH


 

SAMBUTAN ULANG TAHUN SULTAN PERAK

 

Anwar Ibrahim




Merafak Sembah dan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.


Mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala semoga Paduka Seri Sultan dan Raja Permaisuri serta seluruh Kerabat Diraja dianugerahkan keafiatan, sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya.


Semoga Duli Tuanku kekal qarar memerintah rakyat negeri Perak Darul Ridzuan dengan adil dan saksama.


Dirgahayu Tuanku.


ANWAR IBRAHIM



SIAPA LAHIR 1987.

 

Abd Rani Kulup.


Yang Lahir 1987 Kena pergi PLKN 




.