TIDAK SEPERTI PKR, UMNO TELAH TERLEPAS PELUANG TONJOL IMEJ LEBIH BAIK

Keputusan pemilihan PKR sudah hampir seminggu berlalu dan pemenang bagi jawatan-jawatan utamanya telah pun diketahui umum.

Paling menarik dan diperkatakan ramai tentunya ialah kemenangan Rafizi Ramli bagi jawatan Timbalan Presiden PKR setelah menewaskan pencabarnya, Saifuddin Nasution Ismail dengan majoriti besar serta bergaya.

Begitu pun, sehingga hari ini soal berkaitan pemilihan PKR itu masih menjadi tajuk perbualan yang menarik dalam banyak kelompok masyarakat.

Kemenangan Rafizi dan keberanian PKR mengadakan pemilihan parti di saat-saat tarikh PRU15 hanya di ambang mata rata-rata mendapat pujian dan memberi kesan yang positif kepada parti pimpinan Anwar Ibrahim itu.

Bahkan, ada sekelompok orang masjid yang berusia lewat 70-an ketika berbual-bual turut meletakkan harapan tinggi bahawa kemenangan Rafizi akan membawa sesuatu yang baik untuk masa depan negara.

Bayangkan kalau golongan tua pun menerima kemenangan Rafizi dengan keyakinan yang positif, sudah tentu generasi pertengahan dan anak-anak muda sekarang ini melihat PKR dengan mata yang lebih bercahaya lagi.

Hakikat yang tidak dinafikan di sini, pemilihan parti dan perubahan dalam kepimpinan sesebuah parti sebenarnya adalah penting dan mampu memberi imej yang lebih baik daripada sebelumnya.

Parti dan mereka yang menjadi pemimpin adalah harapan rakyat untuk membawa perubahan dan menjadikan keadaan negara ini sama ada menjadi lebih baik atau sebaliknya.

Kalau pemimpin yang menerajui sesebuah parti itu diyakini rakyat dan wibawanya tidak diragui, ia dengan sendirinya memberi harapan cerah kepada masa depan parti tersebut untuk meraih lebih sokongan dan kepercayaan.

Dalam hal ini, sementara PKR melalui pemilihannya yang baru berakhir dilihat telah berjaya memberi kesan yang sangat positif kepada masa depan parti itu dari segi penerimaan serta keyakinan rakyat, UMNO yang asyik menangguh-nangguhkan pemilihan sebaliknya terlepas peluang membina imej barunya.

Walaupun yang menjadi Perdana Menteri ketika ini adalah Ismail Sabri Yaakob yang mewakili generasi pasca merdeka yang tiada skandal dan tiada isu peribadi, malangnya beliau hanyalah Naib Presiden UMNO.

UMNO secara umumnya masih dalam genggaman kuasa Ahmad Zahid Hamidi selaku Presidennya yang banyak waktu perlu memperuntukkan masa untuk turun naik mahkamah kerana menghadapi 87 pertuduhan rasuah, salah guna kuasa dan penggubahan wang haram.

Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan pula adalah pemimpin yang gagal lantaran di bawah kepimpinannyalah UMNO dan BN Negeri Sembilan buat pertama kali dalam sejarah kalah pilihan raya serta kehilangan kuasa pada 2018 lalu.

Pemimpin yang tak serik-serik diidolakan UMNO ialah Najib Razak yang dalam PRU14 lalu, dek kerana skandal 1MDB dan isu-isu peribadi yang melingkari batang tubuhnya telah mengakibatkan BN kehilangan kuasa yang dipegang sejak merdeka.

Lebih daripada itu, sama seperti Zahid Hamidi, Najib bukan saja perlu turun naik mahkamah dalam beberapa pertuduhan yang belum selesai, beliau juga sudah disabitkan bersalah dalam kes rasuah SRC International yang kini dalam proses rayuan akhir di Mahkamah Persekutuan.

Meski demikian, dalam banyak keadaan, baik ketika PRN Melaka dan Johor baru-baru ini atau PRU15 akan datang, di sebalik Zahid Hamidi dan Mohamad atau Tok Mat adalah peneraju parti yang sah, kedudukan Najib sepertinya lebih tinggi lagi di mata sesetengah mereka yang taksub seumpama sebagai ketua umum atau pemimpin de facto bagi UMNO dan juga BN.

Sudahlah pemilihan ditangguh-tangguhkan dengan pelbagai cara yang bermakna menutup peluang untuk pemimpin baru tampil ke hadapan, bagaimanakah UMNO mampu meraih sokongan rakyat dengan pemimpin-pemimpin sedia bermasalah terus tercongok mengusai parti?

Cuba dilihat di sudut yang positif, jika pemilihan UMNO tidak ditangguhkan dan parti itu kemudian berjaya menampilkan pemimpin-pemimpin baru yang tiada isu, tiada skandal dan tiada kes mahkamah dalam barisan kepimpinan barunya, bukankah ia sesuatu yang amat positif?

Tidakkah ia sebenarnya mampu melonjakkan lagi imej dan keyakinan rakyat terhadapnya?Malangnya, dengan menangguhkan pemilihan dan meminda perlembagaan yang memberi ruang pilihan raya diadakan terlebih dahulu dan sekurang-kurangnya enam bulan kemudian barulah pemilihan parti diadakan, UMNO sebenarnya, dek kerana perangai rakus pemimpinnya sendiri, dengan sengaja melepaskan peluang keemasan untuk membina dan menonjolkan imejnya yang lebih baik. – ShahbudinHusin 02/06/2022.

DAH JUMPA DALIL...????

PRESIDEN DAN TIMBALAN PRESIDEN. SILA AMBIL PERHATIAN

  DS Anwar Ibrahim dan Sdr. Rafizi Ramli sila ambil perhatian. Dalam pemilihan kali ini, jelas Tian Chua ditolak oleh ahli Keadilan. Jika ahli parti sendiri pun tolak, apa peluang dia nak tambat hati pengundi di parlimen Batu?

Sdr. Prabakaran juga telah melakukan tugas yang baik sebagai MP. Seharusnya parlimen Batu kekal menjadi milik YB Prabakaran dalam PRU akan datang. Eloknya Tian Chua direhatkan terus dalam PRU kali ini.

Jangan tolak isyarat rakyat. Jelas rakyat, khasnya ahli Keadilan mahukan pemimpin yang berkaliber dan jelas pendirian. Jika Tian Chua dicalonkan di parlimen Batu, bagaikan mengundang kemarahan rakyat. Guane boh?

Raja Gelap

.
May be an image of 1 person and text that says "Free Malaysia Today 1d Walaupun kalah kepada Prabakaran bagi jawatan ketua bahagian Batu, namun Tian Chua yakin beliau akan kembali dinamakan sebagai calon PKR bagi kawasan Parlimen itu. i freemalaysiatoday.com Saya kalah tapi bukan dipinggirkan, kata Tian Chua"

KAH..KAH...KAH

MOHD SHAH RIM

Sumpah.. Demi Allah, aku tak nampak sumbangan Hadi Awang dan PAS pada rakyat sejak jadi Kerajaan.

01.06.2022 - FOKUS 5.45 | PANAS!! KOS SARA HIDUP RAKYAT MENINGKAT, PH BA...

Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) hari ini dalam satu kenyataan tidak bersetuju dengan cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk melaksanakan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang selama ini dilihat menekan dan menzalimi rakyat.

Khemah besar rafizi perlu bersikap pramatik,kata penganalisis

Kemah besar tiada sebarang manafaat pd rakyat. Kita dapat lihat kemah yg terdiri dari umno, pas, bersatu tak stabil langsung dah nak rebah. Ini semua cerita pasal kemah besar adalah utk tembolok sendiri.

RENTASAN 1139 | GEMPAR!! KINI MALAYSIA SUDAH KEKURANGAN JURURAWAT TERLATIH?

MENARIK DALAM RENTASAN 1139
1. INIKAH KERAJAAN KELUARGA MALAYSIA? 2. KEPANDIRAN APAKAH INI? 3. ISLAM SEMAKIN TERANCAM DI ZAMAN PN-BN MEMERINTAH

MELAYU ISLAM MEROMPAK PUN TAK APA YE

 Janji Melayu Islam

Merompak PunTak Pe..
Macam Takde Agama Je... Isshh!!!!! X3 Apa nak Jadi la Dgn Negaraku Malaysia..
0:01 / 0:50
2

HUSAM MUSA : Siapa Curi Balak Sebelah Konsensi Daulah Najah? Balak bernilai RM 5 juta siap ditebang secara curi.

Husam Musa - SILA KE LINK FB HUSAM MUSA UNTUK MENONTON VIDEO ATAU TEKAN VIDEO DIBAWAH AKAN TERUS KE LINK FB HUSAM MUSA

Siapa Curi Balak Sebelah Konsensi Daulah Najah?

Balak bernilai RM 5 juta siap ditebang secara curi.

Mengejutkan?

Tahniah pada SKUAD KHAS JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA berjaya MENYITA balak-balak berhampiran matau DAULAH NAJAH hari ini.

Semalam saya memuat naik foto-foto dan klip video timbunan balak.

Pembaca boleh melihat belum ada tape sitaan.

Kini saya paparkan foto-foto terbaru yang dirakamkan oleh Sukarelawan Save Kelantan lewat petang ini - 2 Jun 2022.

Pembaca boleh melihat dengan jelas tali sitaan di pasang ke atas timbunan-timbunan balak.

Dipercayai, balak-balak berharga mahal termasuk Merbau ini ditebang dari KOMPARTMEN 25, Hutan Simpan Kekal Nenggiri.

Betul-betul bersebelahan KOMPARTMEN 26, HUTAN DARA PERLINDUNGAN (VJR) yg kami dedahkan semalam.

Balak ini dianggar berjumlah 5,000 tan. NILAI RINGGIT DIANGGARKAN PALING KURANG - RM 5 JUTA!

Bagi membuktikan balak-balak ini berkemungkinan dicuri dari kompartmen 25 HSK Nenggiri, kami sertakan dua clip video rakaman drone yg diambil pada 30 Mei 2022 atau 3 hari yg lalu.

Ia menunjukkan dengan jelas Kompartmen 25 turut DIBERSIHKAN. Pada hal ia tidak termasuk dalam kawasan yg diluluskan kepada mana mana-mana pihak.

Kawasan diluluskan kepada Daulah Najah, seperti foto matau yg kami siar ulang hari ini, hanya meliputi Kompartmen 26, 29, 30, 40, 41, dan 64. Enam kompartmen. Tak termasuk Kompartmen 25.

Bagai mana Kompartmen 25 yg bersebelahan dengan Kompartmen 26 yang dimiliki oleh Daulah Najah ini dibalak?

Oleh siapa?

Pembalak Daulah Najah tak perasan ada orang curi balak sebelah kawasan kerja mereka?

Mereka tak buat laporan? Sehingga hampir semua balak telah ditebang.

Rakaman drone Save Kelantan mengenai pembalakan haram di kompartmen 25 dibuat pada 30 Mei 2022.

Pada waktu ini, jentera berat Daulah Najah sudah dikeluarkan.

Hanya balak yg telah dipotong tersusun di matau. Termasuk potongan balak pendek. Sila lihat foto disertakan.

Dahsyat. 'Rompakan' hasil mahsul bumi Kelantan yg memilukan.

Memandangkan balak-balak yg dipercayai dicuri ini TELAH DISITA, pihak berwajib perlu mengeluarkan kenyataan rasmi dengan segera.

Alhamdulillah squad Save Kelantan di lapangan siap sedia untuk memantau perkembangan selanjutnya.

Kami sertakan dua clip video rakaman drone bertarikh 30 Mei 2022. menunjukkan balak telah ditebang di dalam kompartmen 25. Juga rakaman video kayu-kayu pendek di matau bersebelahan kawasan kerja Daulah Najah Sdn Bhd.

Kita tunggu kenyataan pihak berwajib - Negeri dan Persekutuan.

Bersambung InsyaAllah.

Husam Musa

2 June 2022

#SaveKelantan #DEMIKELANTAN

#SelamatkanKelantan

0:00 / 2:18

+3