Isu semasa: Apa sudah jadi dengan vaksin rakyat Malaysia?

NURUL & RAFIZI KEMBALI? | Cabaran Muhyiddin & Azmin

[πŸ”₯SIRI 88πŸ”₯] "POLITIK GRAND COALITION - ASAS DAN MATLAMATNYA"

(Live) Bicara Dr Mujahid: - PH Masih Ada Harapan? UMNO Boleh Harapkah? P...

JANGAN NAK JAGA LEBAI SAJA...





W.FAUDZIN

 Kalau libatkan lebai je ke kena tutup aib mereka?  Tidak.  Islam ajar semua keaiban melibatkan kesalahan peribadi manusia itu mesti ditutup tidak kira dari puak lebai atau tidak, bahkan melibatkan bukan Islam.  


Kalau kesalahan jenayah atau rasuah atau rompakan melibatkan kepentingan umum, perlu didedahkan.  Contohnya perbualan dalam whatsApp seorang menteri lebai dgn menteri kewangan tu.  


Jangan pikir nak jaga aib golongan lebai je ok.



PELIKNYA KERAJAAN MALAYSIA


Hamdan Taha

 Hari ini kes baru di lapur kan berjumlah 2018 dan paling tinggi adalah di selangor


Masuk akal tak jika masa awal lockdown kes hanya baru 100 kes sehari dan kerajaan umum pkp dan PM keluar di tv kerap kali. Ketua pengarah dapat tan sri dan di norbatkan antarq hero di dunia.


Kemudian kes pada bulan 8 dan 9 selepas pru sabah di adakan lagi pkpb dan tidak boleh rentas sempadan.


Bila kes hari hari empat angka kerajaan umum rakyat boleh bercuti...balik kampung dan rentas sempadan....


Kan ke pelik langkah langkah kerajaan malaysia ini....kes dah tak dapat di kawal maka rakyat bebas buat lah apa nak buat



ASAL DIAM SEKARANG ?


 

MATANG KA NATANG? KEH..KEH

 

Ibrahim Mat Isa

Dulu lebai politikkan duit e-wallet kata curi data peribadi untuk hancurkan politik Melayu ... yang tu matang pulak ye? 


πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚



AMANAH sambut baik komitmen PKR tumpaskan amalan ‘politik khianat’

 AMANAH sambut baik komitmen PKR tumpaskan amalan ‘politik khianat’



Kaya pun boleh korup, kata hakim kes Ku Nan.....Malunya aku...

 

Hakim kata mahkamah terima Tengku Adnan Mansor orang berada, tetapi tegaskan RM2 juta tetap jumlah besar walaupun bagi seorang jutawan. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Hakim yang mesabitkan kesalahan terhadap bekas menteri Tengku Adnan Mansor kerana menerima rasuah RM2 juta berkata, silap untuk menganggap golongan kaya tidak akan melakukan jenayah demi meraih keuntungan.

Mohamed Zaini Mazlan berkata, Tengku Adnan, atau lebih dikenali sebagai Ku Nan, ketika perbicaraannya menegaskan beliau orang berada.

Zaini berkata, beliau menerima bahawa Ku Nan bukannya berlagak apabila membuat kenyataan itu, sebaliknya untuk menegaskan bahawa RM2 juta bukanlah jumlah yang mampu menariknya.Bagaimanapun, kata hakim, pada pandangannya RM2 juta tetap jumlah yang besar sekalipun bagi seorang jutawan.

“Silap untuk menganggap orang kaya tidak mungkin melakukan kesalahan jenayah demi keuntungan kewangan,” katanya dalam penghakimannya.

Ku Nan, seorang ahli perniagaan sebelum memasuki politik, dipenjara setahun dan denda RM2 juta selepas didapati bersalah menerima rasuah RM2 juta daripada ahli perniagaan Chai Kin Kong, empat tahun lalu.

Ahli Parlimen Putrajaya itu, yang memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi ketika pembelaannya berkata, beliau tidak menerima manfaat peribadi daripada RM2 juta diberikan Chai kepada syarikatnya, Tadmansori Holdings Sdn Bhd, kerana wang itu “sumbangan politik.”

Katanya, wang itu bagi membantu UMNO dalam Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar pada 18 Jun 2016.

“Dengan rendah diri saya ingin mengatakan saya tidak perlukan RM2 juta itu untuk diri sendiri. RM2 juta umpama wang poket saja.

“Sebelum menyertai Jemaah Menteri pada 2001 atas permintaan perdana menteri ketika itu, saya ahli perniagaan berjaya dan terbabit dalam pelbagai bisnes termasuk hartanah, pembalakan, perkilangan, perdagangan, pertanian, perhotelan, haiwan ternakan, dan makanan,” katanya.

Ku Nan juga gagal meyakinkan mahkamah untuk mengadakan prosiding secara dalam kamar bagi mendedahkan jumlah aset dimiliki atas alasan perkara itu rahsia.

Zaini, dalam penghakimannya sepanjang 87 muka surat hari ini berkata, beliau tidak dapat menerima bahawa hanya Ku Nan seorang yang diberi kepercayaan untuk mengumpul dana bagi dua PRK itu, kerana kawasan terbabit bukan bawah bidang kuasanya sebagai pengerusi UMNO dan pengerusi Barisan Nasional Wilayah Persekutuan ketika itu.

“Lagipun beliau bukan bendahari (UMNO) seperti didakwa. Saya juga tidak dapat menerima keterangan Rizalman dan Zakaria…” kata hakim.

Rizalman Mokhtar, bekas pengarah jentera PRK Sungai Besar, dan ketua UMNO bahagian Simpang Renggam ketika itu, Zakaria Dullah, antara enam saksi pembelaan yang memberi keterangan.

Zaini berkata, pada pandangannya, keterangan mereka direka selepas kejadian itu dalam usaha menyokong kes pembelaan.

Menurutnya, jelas RM2 juta diberikan Chai kekal dalam akaun Tadmansori untuk manfaat tertuduh.

Katanya, tiada bukti bahawa Ku Nan mengeluarkan wang dari akaun itu untuk membiaya dua PRK berkenaan, walaupun sekiranya mahkamah menerima Rizalman serta Zakaria mendapat wang daripada tertuduh.

“Dakwaan beliau memberikan pendahuluan lebih RM2 juta untuk PRK itu sekadar alasan difikirkan kemudian.

“Jadi jelas tertuduh berselindung di sebalik Tadmansori untuk meraih hasil daripada perbuatan jenayahnya,” katanya.

AKU MELAYU YANG BENCI PENIPU. NABI KU S. A. W. SEORANG YANG JUJUR DAN KU BERIMAN DENGANNYA


Kak Ida Abdullah

Seingat saya ahli politik yang rasuah, salaguna kuasa, kaki seks, membunuh hampir semuanya dari BN dengan UMNO sebagai juara.


Kalau ada kereta besar rumah besar semua dapat projek sebab "dia orang kuat UMNO" (bisik)


Kalau hadir kursus anjuran jabatan kerajaan untuk orang biasa, yang datang semua mesti berbau UMNO, dan peserta sangat menghormati apabila berpeluang berinterasi walau mereka itu tiada pangkat dato maupun tan sri atau yb. Memadai ketua cawangan sudah dirai dengan tunduk hormat, bercakap paling sopan dan berlumba-lumba sesama peserta menarik perhatian.


Jadi apalah nak hairan jika Ku Nan merasuah untuk melangsungkan kehidupan? Dulu-dulu seingat saya gelaran tengku pun ngak ada di hadapan namanya. Mungkin kerana wang poketnya jutaan maka mendapat gelaran segera tidak sikit menjadi kehairanan.


Yang saya hairan jika ada ahli yang tiada rasuah, bersih berintegriti masih duduk bergelumang dalam kumbahan noda dan dosa UMNO tiada berkesudahan. Walau sekadar menyokong dan sanggup ambil risiko menanggung dosa sebagai pensubahat.


DI PRU15 yang terbaik, bersih dan berkilat dalam UMNO keluarlah jika masih dalam hati ada perjuangan untuk rakyat. Malah lebih baik jika humban pencuri, perasuah, kaki seks, gangster keluar dari UMNO dan bersihkan agar menjadi kebanggaan orang Melayu bermaruah. Jika tidak mampu bersih, keluarlah dan tinggalkan kumbahan dosa agar murka bala memusnahkan mereka.


Jangan lagi berdolak dalik demi rakyat, untuk rakyat, kerana rakyat setiap kali ingin menang piliharaya agar dosa dapat disambung semula. Sudah cukup UMNO berdosa, sekarang ditambah dengan penyeleweng agama di dalamnya.


Janganlah sampai Melayu dikenali dalam lipatan sejarah sebagai kaum yang tidak mengamalkan peradaban manusia, tiada etika, hanya sekadar Melayu barbaric semasa menghuni dunia!


JANGAN KHIANATI MELAYU yang berbudi bahasa, berintegriti, nilai murni yang tinggi walau bilangan kami sedikit sahaja!



Hubungan istimewa antara Mat Sabu, Mahathir dan Anwar

 

Hubungan istimewa antara Mat Sabu, Mahathir dan Anwar


Ramai yang tertanya-tanya, bagaimana bekas Timbalan Presiden Pas, Haji Mohamad Sabu yang sangat membenci Tun Dr Mahathir Mohamad tiba-tiba selepas menjadi Presiden AMANAH, beliau dilihat sangat rapat dengan bekas perdana menteri itu.

Bahkan, ada juga yang tertanya-tanya, bagaimana Mohamad boleh rapat dengan Mahathir sehingga kadang-kadang melebihi hubungan beliau dengan bekas ketuanya dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Datuk Seri Anwar Ibrahim, padahal kedua-duanya adalah pemimpin dalam Pakatan Harapan (PH) manakala Mahathir sudah berada di luar PH.

“Saya mula rapat betul dengan Mahathir apabila kami bersama dalam isu umat Islam antarabangsa. Semua tahu Mahathir ini sangat vokal dalam isu Palestin. Saya pula menjelaskan kepada beliau tentang keyakinan saya tentang isu umat Islam antarabangsa.

“Dari kata sepakat itulah, kami menganjurkan KL Summit yang menggabungkan lebih separuh umat Islam di dunia. Saya yakin, jika kerajaan kita masih kekal, KL Summit akan menjadi program tahunan kita dan memberikan hasil besar kepada dunia Islam,” kata Mohamad ketika penulis bertemu beliau baru-baru ini.

KL Summit menghimpunkan pemimpin utama dari Turki, Iran dan Qatar. Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan juga cuba untuk menyertainya namun diugut oleh Arab Saudi agar jangan berbuat demikian. Presiden Indonesia Joko Widodo juga mahu menyertainya, namun pada saat akhir hanya menghantar Naib Presiden Ma’ruf Amin kerana keletihan.

KL Summit telah diadakan pada 18 hingga 21 Disember 2019 di Kuala Lumpur Convention Centre. Ia dianggap dunia khasnya negara-negara Arab sebagai alternatif kepada Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang dikuasai Arab Saudi.

Menurut Mohamad, pandangan beliau dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tentang dunia Islam hampir sama sejak dahulu hingga sekarang.

“Saya sentiasa sama dengan Ustaz Hadi dalam isu antarabangsa tetapi untuk isu tempatan kami berbeza.

“Saya yakin, kalau Ustaz Hadi tidak ada dalam kelompoknya sekarang dan bersama kami, dia juga akan sepakat dengan saya dan Tun Mahathir,” kata Mohamad tentang bekas ketuanya itu.

Musuh politik Mohamad Sabu sentiasa menyerang beliau dengan isu Syiah. Namun, Ustaz Hadi adalah antara pembela beliau dalam isu ini.

Sejak dalam Pas lagi, musuh politik Mohamad sentiasa menyerangnya kerana hubungannya dengan pemimpin politik Iran. Namun, Ustaz Hadi menjadi pembela beliau.

“Saya rapat dengan pimpinan Iran bukan kerana Syiah mereka tetapi kerana pemikiran politik mereka. Saya yakin, Ustaz Hadi juga bersetuju dengan saya dalam isu ini,” kata Mohamad.

Kerana itulah, kata Mohamad, antara yang beliau ceritakan kepada Mahathir adalah tentang pemikiran politik pemimpin Iran ini dari zaman Shah sehingga membawa kepada kejatuhannya.

“Sebab itulah Iran kami masukkan dalam KL Summit ini,” kata Mohamad menceritakan tentang program yang beliau rancang bersama Mahathir ketika beliau menjadi Menteri Pertahanan itu.

Mohamad Sabu mula rapat dengan Mahathir apabila bersama dalam isu umat Islam antarabangsa.

Kesatuan pembangkang

Sebelum aktif dalam Pas, Mohamad rapat dengan pemimpin ABIM termasuk Anwar. Apabila berlaku masalah perbezaan pendapat dalam Pas ekoran usaha sekumpulan pemimpin Pas pimpinan Hadi mahu bersama dengan Umno, Mohamad dan rakan-rakannya menentang usaha ini kerana mereka telah bersama dengan pembangkang lain dalam Pakatan Rakyat yang dipimpin Anwar.

Ekoran itu, Mohamad dan rakan-rakannya dalam Pas telah digelar Anwariyyun atau penyokong Anwar. Ada juga yang menggelarkan mereka sebagai Erdogan sempena dengan nama Presiden Turki sekarang, Raccip Tayyib Erdogan. Ini kerana mereka (rakan-rakan Mohamad Sabu) dianggap penyokong Erdogan ketika mereka sendiri (penyokong Hadi) adalah penyokong Erbakan, bekas pemimpin Saadet Partisi yang melawan AKP.

Kerana sejarah hubungan baik antara Mohamad dengan Anwar inilah ramai yang terkejut kenapa dalam keadaan sekarang Mohamad dikaitkan oleh penyokong Anwar sebagai ‘penjilat Mahathir’.

“Sebenarnya, tidak timbul soal sokong Mahathir atau tidak sokong Anwar. Yang kami mahukan adalah kesatuan pembangkang. Anwar adalah bakal PM kami, manakala Mahathir bukanlah musuh kami,” kata Khalid Samad, orang kanan Mohamad dalam satu kenyataannya.

Menurut Khalid, pembangkang perlu bersatu untuk menghadapi Barisan Nasional (BN) yang diketuai Umno dengan Perikatan Nasional (PN) yang bersatu sekarang.

“Kalau dahulu (semasa PRU-14) kita bersama Bersatu yang solid, kini sebahagian Bersatu sudah bersama PN yang di dalamnya ada Umno dan Pas.

“Kalau kita (PH) tidak bersama dengan penyokong Mahathir dan tidak juga bersama Warisan, secara logiknya sokongan kita akan berkurang, bahkan mungkin kalah dalam PRU nanti,” kata beliau.

Sejak kebelakangan ini, penyokong Anwar dilihat mendakwa AMANAH dan DAP mahu bersama Mahathir dan meninggalkan Anwar.

Mereka yang terperangkap dengan konflik Mahathir-Anwar akan sentiasa melihat jika kamu bersama Anwar, kamu memusuhi Mahathir dan jika kamu bersama Mahathir, maka kamu memusuhi Anwar.

Mesyuarat Majlis Presiden PH baru-baru ini telah dibatalkan selepas Mohamad dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membuat kenyataan bersama meminta agar PH mewujudkan gabungan besar (grand coalition) dalam kalangan pembangkang. Kenyataan itu dikatakan punca mesyuarat itu dibatalkan.

Ia telah ditafsirkan oleh penyokong Anwar sebagai usaha AMANAH dan DAP mahu meninggalkan Anwar dan bersama Mahathir. Bahkan, ada yang mendakwa Mohamad mahu lari meninggalkan rakannya sejak sekian lama selepas merasai ‘kerajaan’ di bawah Mahathir.

Apakah itu benar? Saya tidak fikir begitu. Bagi saya, ia hanya pemikiran yang terperangkap dalam dunia “Mahathir dan Anwar” sahaja dan tidak boleh keluar dari situ.

Politik Mohamad Sabu dilihat mahu meramaikan sahabat termasuk mengekalkan sahabat yang telah sedia ada. Manakala Anwar pula sudah tidak boleh bersama Mahathir. Apakah Mohamad perlu juga bergaduh dengan Mahathir ketika Anwar bergaduh dengan Mahathir? Inilah persoalannya.

Bagi Mohamad dan partinya AMANAH, matlamat jangka pendek adalah untuk mengambil semula kerajaan yang dirampas daripada mereka. Matlamat kedua adalah memenangi PRU-15. Kedua-dua matlamat itu boleh dipenuhi dengan berkawan seramai mungkin bukan memusuhi ramai orang apatah lagi yang telah berkawan dengan kita.

Namun, mereka yang terperangkap dengan konflik Mahathir-Anwar akan sentiasa melihat jika kamu bersama Anwar, kamu memusuhi Mahathir dan jika kamu bersama Mahathir, maka kamu memusuhi Anwar.

Berkawan dengan seramai mungkin bukan memusuhi ramai orang demi memenangi PRU-15.

Sebab itu penyokong tegar Anwar sentiasa berfikir, Mohamad dan Lim Guan Eng telah mengkhianati dan tidak menghormati Anwar ketika membuat kenyataan bersama untuk menubuhkan grand coalition.

Namun, pernahkah penyokong Anwar berfikir, adakah mereka menghormati pemimpin AMANAH dan DAP ketika mereka merancang untuk mengambil alih semula kerajaan?

Adakah mereka menghormati pemimpin senior dalam AMANAH dan DAP ketika mereka mengadakan sidang media mengumumkan mereka mempunyai angka yang cukup, kuat dan meyakinkan bagi membentuk kerajaan tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada mereka sebelum mengumumkannya.

Kerjasama memerlukan kedua-dua belah pihak yang mahu bekerjasama bukan mengenepikan pihak lain ketika mulut terus berkata, kita perlu bekerjasama.

Semoga Allah melindungi kita daripada segala mara bahaya dan membawa kita kepada masa depan yang gemilang…

 

ADILKAH KERAJAAN HARI INI?

 

HAMDAN TAHA

Pagi ni saya lalu berdekatan pejabat kwsp dalam kul 9.30 pagi. Begitu ramai orang bebaris sehingga melimpah ruah. Kenapa tu saya yakin kerana ramai rakyat dalam keadaan yang memerlukan.

Ke dua saya lihat dalam iklan yang berlegar legar jualan rumah. Apabila terlalu banyak rumah berharga 2 juta ke 20 juta nak di jual itu tanda tanda ekonomi berat. Kemudian iklan rumah lelong,rumah kedai lelong dan hartanah lelong meningkat mendadak. Belum lagi kita lihat jumlah kereta akan di tarik...tu saya jangka bermula januari ke atas....

Melihat keadaan jumlah jangkitan yang semangkin hari meningkat dan di selangor juga KL ini boleh menyebabkan lockdown akan berlaku seperti mana negara negara lain. Kenapa boleh jadi begitu kerana hospital juga sekarang ini bukan lagi tempat selamat dan jumlah pekerja hospital yang di jangkiti juga tidak terkawal...

Sekarang kita berbanding negara cina kita telah berada di atas cina. Cuma saya agak kesal kerajaan saya lihat tidak serius untuk menangani jangkitan virus 19 ini. Kenapa saya kata tidak serius kerana belum ada lagi pengumuman dari PM kita melantik selain dari MKN satu kumpulan menyeluruh dari MP,rakyat biasa....dr dr bukan kerajaan,ngo dan tenaga tenaga lainnya dalam satu pasukan baru untuk membantu menangini krisis ini....atau pun di panggil kumpulan yang memberi pandangan ke dua....kerana saya penuh yakin Ketua Pengarah dan MKN sudah mula tepu dari segi ideal,pemikiran dan tindakan gerak kerja. Menteri menteri pula tidak boleh di harap kerana golongan ini tidak berlaku baik ketika negara kita berdepan virus 19 ini....

Kerajaan hari ini kekal menjadi kerajaan tetapi bersikap tidak adil pada rakyat dan negara dalam berdepan dengan virus 19....jika mereka rasa mereka dah buat semuanya....tapi bagi saya belum cukup bagus kerana kes tidak menurun tapi meningkat.....menteri kanan hanya jadi tukang lapur tampa berkesan

 

TAKKAN LAH ORANG SEBEGINI DITUDUH BAGAI.......Hadis palsu ustaz budak sufi macam tm fouzy



Image may contain: 2 people, text



NIZAM AKA

Takkanlah org selebai dan sealim ustaz budak ni nk buat kerja2 cabul dan cium pipi sesama lelaki tu..Sdangkan syurga neraka seseorg pun,dia blh tentukan.. Tambahan pula dia pnyokong tegar Pas,parti yg merupakan cabang islam bg dia..Tak caya?cuba dgr ceramah dia dlm video ini..

"Ni org buat islam molek2 dah(Pas lah tu),dibuat Amanah pula,nk lwn ulamak,sdangkan sembahyang,sedangkan gi ke mekah,lwn ulamak,mati amal ibadah Allah tak terima.Jgn dok goyang,nak try hok lain pulak,thn ni nk try oren(Amanahlah tu)pulak.Try lah try kalau nak try neraka(maknanya undi selain drp Pas,msk neraka)..

Hebat





KERAJAAN MELAYUISLE NI...BAIK NGAKU ....TAK NGAKU DOSA...MASUK NERAKA..ATAU TANAM JIRAT..CO TANYA WALAUNS.

 

Baik cepat mengaku siapa Menteri Pertahanan yang sebenarnya bertanggungjawab membeli dan meluluskan pembayaran sehingga RM6 bilion, tapi sebiji kapal perang pesisir pantai pun tak siap2 sampai sekarang....

Image may contain: 1 person, text that says "Malaysia Gazette SPROUT YOUR MIND Saya bukan Menteri Pertahanan ketika itu, kata Zahid Nizam Zain 20 December 2020 MalaysiaGazette NOOHELPA Ahmad Zahid Hamidi f KUALA LUMPUR Mana-mana pihak yang telah menyebabkan kegagalan pembekalan Kapa Tempur Pesisir Pantai (LCS) perlu member penjelasan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wand Negara (PAC)."

Pembangkang di Parlimen perlu membentuk kabinet bayangan dan mengusulkan polisi alternatif


Kegagalan pembangkang untuk menolak Rang Undang-Undang Perbekalan Belanjawan 2021 – yang sepatutnya menjadi undi tidak percaya de facto terhadap kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin – menunjukkan bahawa blok pembangkang tidak kukuh sekaligus kelemahan mereka di dalam strategi politik.

Pembangkang seharusnya menampilkan bahawa mereka mempunyai kemampuan untuk memimpin negara dan merancakkan semula ekonomi, yang merosot ekoran pandemik. Mereka perlu menunjukkan bahawa ianya akan menjadi alternatif yang lebih baik daripada kerajaan Perikatan Nasional sekarang dalam memperbaiki kehidupan rakyat Malaysia yang marhaen.

Ini boleh dilakukan dengan menampilkan kesatuan serta menubuhkan kabinet bayangan. Melalui kabinet bayangan, pembangkang boleh menunjukkan betapa berbezanya mereka secara ideologikal dari kerajaan sekarang berkenaan aspek polisi yang penting, misalannya berkaitan ekonomi, kebajikan, pendidikan, alam sekitar serta hubungan etnik.

Ini masanya untuk mereka melangkaui hal-hal berkenaan ‘kerajaan pintu belakang’. Pembangkang perlu meyakinkan rakyat bahawa ianya bersedia dan mampu untuk mentadbir negara dengan tujuan untuk memperbaiki kualiti hidup mereka. Berbanding hanya berkeras menyatakan bahawa mereka “mempunyai bilangan”, pembangkang perlu menunjukkan kepada orang ramai bahawa mereka mempunyai strategi dan polisi yang memikirkan rakyat dengan mengutamakan mereka berbanding percaturan politikal, kepentingan peribadi serta ketamakan pihak korporat.

Oleh ini, parti pembangkang di Parlimen perlu belajar dari Parti Sosialis Malaysia, di mana walaupun tidak mempunyai kerusi di Parlimen, mereka dapat memberikan analisis dan cadangan kritikal tentang isu-isu penting contohnya melalui “A National Programme to Handle the Covid-19-induced Recession” (July 2020) serta “Reducing Greenhouse Gases: A Green Alternative for Malaysia” (January 2020). Parti ini menunjukkan kesungguhan untuk membincangkan isu berkaitan nasional bersama masyarakat sivil, pembuat dasar serta pegawai kerajaan.

Demikian juga, Pembangkang di Parlimen perlu terlibat dengan pemegang taruh yang relevan dan menjelaskan kepada rakyat apa yang boleh dilakukan mereka untuk mengeluarkan negara dari kebrobokan yang ada sekarang, jika diberi peluang untuk memimpin semula negara.

26 POSTING SEHINGGA KINI.LAGI BERITA MENYUSUL


26 POSTING SEHINGGA KINI. LAGI BERITA MENYUSUL LEWAT PETANG.TERIMA KASIH KERANA SOKONGAN KEPADA WRLR.


SESUNGGUHNYA HUKUMAN TIDAK ADIL UNTUK MARHAEN......LAWAN TETAP LAWAN......


Image

Image

 

Menteri Agama kata program khatan perlu SOP, program MeleTOP?

 


Menteri Agama kata program khatan perlu SOP, program MeleTOP?

Menteri Agama kata program khatan perlu SOP, program MeleTOP?

Pihak yang ingin melaksanakan program berkhatan diingatkan supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan bagi mengekang penularan COVID-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata pemakaian pelitup muka adalah diwajibkan, selain penganjur perlu memastikan penjarakan fizikal diamalkan sepanjang program berlangsung.

Mengambil contoh program Khatan Is’aadul Usrah 2020 anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di sini hari ini, beliau berkata YADIM telah memastikan program berkhatan ini dilaksanakan dengan mengikut SOP ditetapkan.

“Program berkhatan ini dibuat dengan mengambil kira SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan (KKM)… Kita juga telah maklum semua pihak (yang ingin laksana program berkhatan) untuk sentiasa mematuhi SOP,” katanya selepas melancarkan program yang disertai oleh 16 peserta di Poliklinik Sri Putra di sini, hari ini.

Program Khatan Is’aadul Usrah 2020 dijalankan serentak di seluruh negara dengan kerjasama Pertubuhan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) khusus untuk meringankan beban ibu bapa, penjaga asnaf dan golongan B40 dalam melaksanakan tuntutan ibadah berkhatan.


Mengulas program Khatan Is’aadul Usrah 2020, Zulkifli berkata program ini membolehkan YADIM menyantuni setiap lapisan masyarakat terutama mereka yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

“Program ini bukan sahaja kita santuni anak yang berkhatan tetapi ibu bapa dan bantuan akan diberikan kepada mereka ini… Ini merupakan program yang dianjurkan setiap tahun dengan peruntukan RM30,000,” katanya.

Sementara itu, seorang peserta Amir Faizal Mohd Raffles, 38, berkata program ini secara tidak langsung dapat meringankan ibu bapa yang terkesan dengan keadaan ekonomi tidak menentu akibat pandemik COVID-19.

“Saya bersyukur kerana terpilih dalam program ini dan dapat melaksanakan ibadah khatan kepada anak Nor Muhammad Zachery… Saya berterima kasih kepada YADIM serta semua pihak yang menjayakan program ini,” katanya.





Perghh! Gempaknya majlis kahwin pemimpin Umno masa Covid19 ni

 

Perghh! Gempaknya majlis kahwin pemimpin Umno masa Covid19 ni

NORMA baharu membentuk kita menjadi lebih kreatif dalam penyelesaian masalah termasuklah menganjurkan majlis perkahwinan ketika penularan pandemik Koronavirus (Covid-19).

Hari ini, bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengadakan majlis perkahwinan anak lelakinya, Tengku Muhammed Hafiz.

Uniknya, majlis perkahwinan tersebut dianjurkan secara ‘drive-thru’ dengan menerima kehadiran tetamu secara singgah bagi menyaksikan perkahwinan Tengku Muhammed Hafiz dan Oceane Alagia di Putrajaya.

Sementara tetamu yang berada disepanjang majlis tersebut hanyalah ahli keluarga terdekat pengantin lelaki dan perempuan.

Berdasarkan kepada gambar yang dikongsikan menerusi hantaran media sosial, Facebook Tengku Adnan atau dikenali sebagai Ku Nan, pengunjung cuma perlu memandu terus ke majlis perkahwinan tersebut.

Kemudian, pengunjung pula melambai kepada pengantin dan keluarga sambil mengucap tahniah sebelum diberikan cenderahati sebagai penghargaan kerana menghadiri majlis itu.

“Alhamdulillah acara akad nikah anakanda saya Tengku Muhammed Hafiz dan Oceane Alagia telah berjalan lancar pagi tadi.

“Terima kasih pada warga Putrajaya yang meraikan acara ini dalam norma baharu.

“Majlis dibuat secara ‘Drive Thru’ di boulevard Dataran Putrajaya Presint 3. Ini bersesuaian dengan pelaksanaan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dan kita mematuhi SOP (prosedur operasi standard) yang ditetapkan sekarang ini.”

Kata Ku Nan menerusi satu hantaran dalam Facebooknya memaklumkan perkahwinan anaknya hari ini.

Menurut beliau, lebih 10,000 kenderaan singgah menyaksikan perkahwinan anaknya.

“Dalam perkiraan, saya dimaklumkan dianggarkan lebih 10,000 kenderaan Drive Thru di sini sejak pagi tadi. Alhamdulillah, saya dan keluarga amat berbesar hati.

“Terima kasih semua kerana memahami dan mematuhi semua prosedur yang dibuat dengan kehadiran secara pandu lalu sahaja tanpa perlu turun dari kenderaan.

“Saya dan keluarga amat bersyukur dan menghargai sokongan anda semua. Terima kasih,” ucapnya.

    

     




UJIAN BUAT SEORANG USTAZ "BUDAK".

 


‘Ustaz Budak’ pro Pas didakwa cabul lelaki

‘Ustaz Budak’ pro Pas didakwa cabul lelaki

Seorang pengurus madrasah, Syamsul Zaman Sukri, 32, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan di Mahkamah Majistret Kota Bharu, hari ini, atas dakwaan melakukan kelucahan melampau.

Ketika pertuduhan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan dibacakan di hadapan majistret Wan Mohamad Ibrahim Mohammad Ghulam, tertuduh kelihatan tenang dan memahami tuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Dalam kertas pertuduhan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Shahril Ramli, tertuduh didakwa mencabul seorang lelaki berusia 30 tahun.

Tertuduh yang dikenali dengan gelaran ‘Ustaz budak’ di Kelantan didakwa bertindak mencium pipi kiri, mengeselkan kemaluan pada paha mangsa dan memegang kemaluan mangsa dalam kejadian jam 1.15 pagi  di sebuah hotel di Kota Bharu, pada 16 Disember lalu.

Tertuduh tampil di kandang tertuduh dengan memakai kain pelikat dan baju-T serta diwakili peguam Siti Atikah Abd Halim yang merayu kepada mahkamah supaya memberikan ikat jamin rendah.

Peguambela berkata pendapatan tertuduh terhad dan turut menanggung enam adik-beradik serta seorang ibu orang kelainan upaya (OKU).

Menurut Siti Atikah, tertuduh juga wajar diberikan jaminan kerana dia seorang yang terlibat dengan pengurusan sebuah madrasah di Machang yang menguruskan 150 pelajar.

Sementara itu, Wan Mohamad Ibrahim memberikan jaminan terhadap tertuduh dengan nilai RM3,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah seterusnya menetapkan tarikh 21 Januari depan bagi proses serahan dokumen.

Untuk rekod, jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga tidak lebih dua tahun.



CURI COKLAT SAMA DENGAN CURI BERJUTA JUTA. TERBAIK PN.TAKBIRRRRRR...

 ImageImage

P. Pinang komited pastikan infrastruktur digital menyeluruh, berkualiti tinggi

 

Oleh B. Suffian

Pulau Pinang menjadi negeri pertama yang menguatkuasakan pemasangan infrastruktur komunikasi sebagai utiliti asas setaraf dengan bekalan air dan elektrik.

Exco Infrastruktur dan Pengangkutan Pulau Pinang, Zairil Khir Johari berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) pada 17 Disember lalu telah memutuskan agar pihak pemaju kini diwajibkan untuk menyediakan infrastruktur telekomunikasi gentian optik di dalam mana-mana bangunan atau kawasan skim pemajuan baharu di seluruh negeri tersebut.

Jelas beliau, keputusan tersebut adalah bagi menyokong penggunaan jalur lebar berkelajuan tinggi di Pulau Pinang memandangkan penggunaan wayar jenis copper tidak lagi relevan.

“Selaras dengan matlamat gagasan Penang 2030, Kerajaan Negeri Pulau Pinang terus komited memastikan penyediaan infrastruktur digital yang menyeluruh dan berkualiti tinggi bagi menampung keperluan norma baharu serta menyokong pemangkinan ekonomi digital di negeri tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Zairil, di bawah perancangan strategik Penang Connectivity Master Plan (PCMP), kerajaan negeri telah menggariskan keperluan untuk menguatkuasakan pemasangan infrastruktur komunikasi tetap sebagai salah satu infrastruktur asas yang telah diperuntukkan di bawah Undang-undang Kecil 25 dan 27 di bawah Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan.

Jelas beliau, Pulau Pinang sekali lagi menjadi peneraju dan perintis selaku negeri yang pertama di Malaysia yang melaksanakan dasar bagi mengiktiraf infrastruktur fiber gentian optik sebagai utiliti asas, setaraf dengan bekalan elektrik dan air.

Katanya, ini juga selari dengan aspirasi Kerajaan Persekutuan melalui pelaksanaan pelan infrastruktur digital iaitu Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Ujarnya, penguatkuasaan pemasangan infrastruktur komunikasi ini bukan sahaja menjadi pemboleh (enabler) utama dalam mencapai matlamat ketersediaan kelajuan gigabit ataupun Gigabit State yang pertama di Malaysia, tetapi dapat mempercepatkan proses pelaksanaan teknologi capaian 5G yang bakal direalisasikan.

“Dengan pelaksanaan dasar ini, Pulau Pinang bukan sahaja dapat membekalkan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi yang meluas kepada rakyat Pulau Pinang, tetapi juga memangkinkan sektor ekonomi digital yang disasarkan sebagai salah satu industri masa depan yang penting bagi negeri kita ini,” katanya.