Setakat ni SG4 𝗸𝗼𝗻𝗴𝘀𝗶 𝗸𝗲𝗸𝗮𝘆𝗮𝗮𝗻 tu aku tak nampak lagi. Sebab tengok semua sama je miskinnya. Tapi kalau 𝗸𝗼𝗻𝗴𝘀𝗶 𝗸𝗲𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵𝗮𝗻 tu jelas. Sebab tengok dia punya bodoh tu berjangkit-jangkit antara 4 negeri ni. Guane boh?
Raja Gelap II
Setakat ni SG4 𝗸𝗼𝗻𝗴𝘀𝗶 𝗸𝗲𝗸𝗮𝘆𝗮𝗮𝗻 tu aku tak nampak lagi. Sebab tengok semua sama je miskinnya. Tapi kalau 𝗸𝗼𝗻𝗴𝘀𝗶 𝗸𝗲𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵𝗮𝗻 tu jelas. Sebab tengok dia punya bodoh tu berjangkit-jangkit antara 4 negeri ni. Guane boh?
Raja Gelap II
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika melakukan tinjauan dan merasmikan Kempen Turun Harga dan Peletakan Logo Malaysia MADANI di Pasaraya MYDIN di Subang pada 27 Mac 2025. Foto Wong Chen
SUBANG, 27 Mar – Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian pelbagai pihak dalam usaha menurunkan harga barangan sempena sambutan Aidilfitri.
Perdana Menteri berkata, perkembangan itu adalah kali pertama dalam sejarah sejak beliau aktif menganggotai pentadbiran negara antara 1980-an hingga 1990-an.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, pencapaian itu didorong kerjasama pelbagai syarikat swasta, termasuk rangkaian pemborong dan peruncit halal, Mydin Mohamed Holdings Bhd (MYDIN).
Ahli Parlimen Tambun itu juga mengakui tiada kes kekurangan bekalan barangan yang berlaku menjelang sambutan Aidilfitri, tahun ini.
“Ada satu kesan yang saya hendak sebut di sini yang penting. Saya dalam kerajaan sudah jadi menteri sejak 1980-an.
“Pada 1990-an saya mempengerusikan jawatankuasa Kabinet (bagi) kawalan harga menjelang hari kebesaran seperti hari raya, raya cina (Tahun Baharu Cina) dan sebagainya.
“Tahun ini, terima kasih kepada KPDN (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta syarikat seperti MYDIN.
“Ini kali pertama dalam sejarah yang saya ingat sebelum atau menjelang hari kebesaran, harga (barangan) terkawal, tiada kekurangan barang dan dia dapat memastikan harga turun, terutama seperti telur dan pelbagai barangan lain lagi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Kempen Turun Harga dan Peletakan Logo Malaysia MADANI di Pasaraya MYDIN di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri mirudin Shari; Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali dan Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil hadir pada Sambutan Hari Peringatan Polis ke-218 di Kuala Lumpur pada 25 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR, 27 Mar – Pemberian rebat secara sekali bayar (one-off) menerusi Pelan RAHMAH bagi warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena Hari Polis ke-218 disifatkan menambah kemeriahan sambutan hari peringatan penting bagi warga Sang Saka Biru itu di seluruh negara.
Tinjauan mendapati rata-rata warga pasukan keselamatan itu amat menyambut baik serta menghargai pemberian yang akan diterima sama ada bagi pembayaran bil bulan April, Mei atau Jun tahun ini untuk pelanggan pascabayar (postpaid).
Manakala anggota yang melanggan pakej prabayar (prepaid) pula akan menerima tambah nilai prabayar minimum RM30 dan kaedah pemberian rebat adalah berbeza mengikut terma syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang digunakan.
Bagi Sharil Mastar dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah berharap insentif seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai tanda terima kasih terhadap keringat yang dicurahkan.
“Saya amat gembira dan menyokong insentif ini dan insentif-insentif lain yang dilaksanakan. Jika diteruskan, ia dapat mengurangkan beban tanggungan anggota PDRM,” katanya.
Inisiatif ini tambahnya menaikkan semangat pasukan bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Meninjau di platform media sosial pula, warganet turut mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana menghargai susah payah warga PDRM memelihara keamanan negara.
“Harap manfaat ini diberikan secara telus dan semua anggota yang layak dapat menikmatinya,” tulis Cempaka Puteh.
“Alhamdulillah. Ekonomi terurus penjawat awam pun merasa hasil #MADANIBekerja,” catat Shazz Madie.
Pada 25 Mac, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan pemberian Insentif Rebat RAHMAH dilaksanakan dengan kerjasama penyedia perkhidmatan telekomunikasi kepada anggota beruniform serta awam yang berkhidmat dengan PDRM yang akan memberi manfaat kepada lebih 127,000 orang.
Bagi anggota PRDM yang belum mengemas kini nombor telefon pelan pascarbayar atau prabayar, mereka hendaklah berbuat demikian menerusi pengurusan sumber manusia masing-masing sebelum 10 April untuk menikmati Insentif Rebat RAHMAH tersebut.
Satu laman Facebook ‘Rumah Ibadat Haram Dibina Di mana Hari Ini’ ditubuhkan oleh pelayar internet sejak beberapa hari lalu bagi mengenal pasti tapak ibadat yang dibina secara tidak sah di tanah awam dan persendirian.
Laman FB itu dibuat rentetan kontroversi melibatkan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman yang dibina di atas tanah milik Jakel Trading Sdn Bhd (Jakel).
Menurut maklumat kumpulan berkenaan, laman itu ditubuhkan sebagai ruang awam untuk membincangkan isu pembinaan struktur rumah ibadat haram dari sudut perundangan, penguatkuasaan, dan tatakelola tanah tanpa mengira bangsa, agama, atau kepercayaan.
Pentadbir menetapkan peraturan yang tidak membenarkan sebarang hantaran menghina agama, kaum atau komuniti tertentu.
Ia mengingatkan segala perkongsian dan komen perlu berlandaskan fakta dan bukti, bukan spekulasi atau fitnah, tidak menyentuh atau menghina mana-mana agama, kaum, atau komuniti serta tidak menyebar kandungan hasutan, provokasi atau menyentuh sensitiviti agama.
“Admin tidak bertanggungjawab terhadap kenyataan ahli yang melanggar undang-undang atau polisi Facebook mahupun undang-undang negara. Komen bersifat ekstrem, rasis, atau berunsur kebencian akan dipadam dan ahli akan disekat serta-merta.
“Tujuan kami ialah membina kesedaran sivik dan menuntut keadilan dalam pemeliharaan undang-undang dan keadilan sosial,” kata pentadbir halaman itu.
Laman itu kini mempunyai jumlah pengikut sebanyak 69,000 akaun.
Ahli aktif berkongsi gambar, lokasi malah koordinat GPS tapak rumah ibadat haram yang dibina secara kecil-kecilan di seluruh negara.
Pengikut laman itu turut berkongsi cara terperinci bagaimana untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan mengenai kewujudan tapak ibadat yang dibina secara haram.
Ada pengguna mendakwa terdapat tapak ibadat yang dahulunya kecil menjadi semakin besar selepas tidak ada tindakan diambil oleh pihak berkuasa.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu mengambil maklum mengenai harga telur yang kini dijual pada harga yang sangat murah.
Beliau berseloroh, mengatakan hari ini beliau dipuji tetapi jika harga makanan naik, beliau akan “dimaki” balik.
“Telur sekarang ni agak murah dan orang semua duk tulis dalam (sosial media)…duk puji Bang Mat lah. Puji sat (sekejap) kot. Esok jadi apa-apa, (harga) naik, kena maki teruk balik,” ujarnya bersahaja dalam satu klip video dikongsi di TikTok.
Hari ini Harapan Daily melaporkan harga telur di pasar raya jatuh mendadak menjelang Hari Raya Aidilfitri beberapa hari lagi.
Orang ramai berkongsi di sosial media harga terkini bekalan itu yang jatuh sekitar RM5.99 untuk sepapan telur gred C berbanding harga asal RM11.40.
Ada beberapa tempat menawarkan harga RM2.99 untuk sepapan telur gred D.
Aeon Mall Ipoh Klebang menerusi pasar rayanya turut menawarkan harga runtuh untuk sepapan telur gred B. Ia dijual pada harga RM8.50 berbanding RM12.
Che Ibrahim.
Memang patut di Kelantan takde lebuhraya, membebankan rakyat Kelantan untuk bayar tol. Takkan nak harapkan tol free sepanjang masa.
OLEH LOKMAN NOOR ADAM
Semakin hari semakin bercelaru minda rakyat, khususnya orang Melayu akibat isu pemindahan kuil di tanah milik Jakel. Hendak dialihkan salah, hendak dikekalkan akhirnya masjid tidak dapat dibina.
Pertamanya, izinkan saya mengimbau kembali kronologi kes kuil tersebut :
1) Kuil itu dikatakan sudah berada di situ 130 tahun yang lalu. Ada yang kata ianya usia pokok, bukan usia bangunan.
2) Tahun 2008, tapak asal kuil itu ditempatkan secara sementara di lokasi sekarang atas arahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk memberi laluan kepada pembangunan di kawasan tapak kuil asal.
3) Tahun 2014 pula, DBKL telah menjual tanah tersebut kepada syarikat swasta, iaitu Jakel. Tanah tersebut milik DBKL, tidak ada sebab kenapa DBKL perlu minta izin sesiapa untuk menjualnya.
Apapun, isu tersebut sudah selesai dan berlalu. Sekarang ini, tanah tersebut sudah menjadi milik Jakel. Kuil itupun hanya sebahagian kecil sahaja dari keseluruhan tanah milik Jakel.
4) Pada tahun 2020, Jakel sudah dapat kelulusan pembangunan untuk membina sebuah masjid dengan syarat perlu selesaikan dengan pihak kuil terlebih dahulu.
5) Dari tahun 2020, sampai sekarang, dah bertukar empat Perdana Menteri. Semua tidak berani nak membantu untuk selesaikan masalah ini untuk beri laluan kepada pembinaan masjid ni.
6) Tahun 2025 ini, bila PM setuju untuk hadir ke majlis pecah tanah Masjid MADANI ni, DBKL telah bantu untuk mengusahakan agar kuil dapat dipindahkan dari tanah milik Jakel tersebut ke lokasi lain.
Keputusan kerajaan, Kuil itu akan berpindah ke tanah yang telah dikenal pasti lebih kurang 50 meter dari tapak sedia ada.
Ramai orang Melayu yang bising bila pihak kuil diberi tanah gantian. Namun mereka tidak sedar, betapa besarnya rahmat yang kita dapat. Bila selesainya isu ini, akhirnya Masjid MADANI dapat dibina tanpa sebarang halangan lagi.
1. Biarkan Jakel dan kuil selesaikan di mahkamah untuk tentukan hak masing-masing. Ini akan mengambil masa yang sabmngat lama.
Jika Jakel menang di mahkamah, komuniti kuil itu mungkin akan tidak setuju dan mungkin akan berlaku ketegangan kaum.
Sebaliknya, jika pihak kuil menang sebab ada “legitimate expectation” diberikan sebelum ini, orang Melayu pula akan marah.
Jadi, kalau teruskan dengan cadangan ini, ketegangan kaum mungkin akan berlaku. Masjid tak boleh dibina secepat mungkin. Proses mahkamah pasti akan berpanjangan. Kena lalu Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.
2. Robohkan kuil tu sebab ceroboh tanah milik swasta. Inipun sama. Jika lerajaan ambil tindakan ini, akan berlaku ketegangan kaum. Masjid MADANI akhirnya tidak akan dapat dibina dengan segera.
3. Beri sebahagian tanah kerajaan untuk bina kuil ini, dan kemudiannya digazetkan tanah tersebut kepada rumah ibadat untuk kuil itu terus beroperasi seperti biasa.
Dengan kaedah ini, Masjid MADANI pun boleh dibina dengan harmoni. Tiada ketegangan kaum, masjid boleh dibina tanpa kacau ganggu, kuil boleh beroperasi di tapak baru seperti ditapak lama.
1. Adakah kuil dapat tanah percuma? Tanah yang diberikan itu adalah tanah milik kerajaan. Gazetkan untuk rumah ibadat. Tetap menjadi milik kerajaan. Kalau kita jual tanah tu pada kuil, kita tak boleh jual mahal untuk rumah ibadat.
Harga yang sangat minimum. Tapi bila dah jual, dah jadi milik dia. Suka hati dia nak buat apa, termasuk jual balik tanah tu dengan harga semasa. Sebaliknya penyelesaian Kerajaan ni menang-menanf. Semua dapat bahagian masing-masing.
2. Firdaus Wong buat tuduhan ada deal RM2 juta dengan kuil. Jangan sebarkan fitnah. Kerajaan tak bagi apa-apa pampasan pun. Yang PM sebut, Jakel yang akan berikan sedikit pampasan kepada pengurusan kuil. Itu antara Jakel dan kuil. Firdaus Wong kena minta maaf sebab sebarkan fitnah.
3. Ada yang tanya kos pemindahan dan pembinaan itu siapa akan tanggung? Kuil itu tanggung sendiri la. Mereka kena hantar pelan bangunan untuk mohon Perintah Pembangunan dari DBKL, kena lah lalu proses.
Macam Menteri Wilayah sebut, pembangunan tapak ini tertakluk kepada syarat-syarat pembangunan yang berkuatkuasa.
4. Pas cuba kaitkan isu ini dengan isu Kampung Sungai Baru. Katanya kuil diberi tapak percuma, pemilik Kg Sg Baru yang mana semua orang Melayu, ditindas macam di Palestin.
Isu ini jauh berbeza. Pas janganlah tunggang isu ini membabi-buta. Tanah itu dah jadi milik pemaju pun. Majoriti dah bersetuju. Urusan pengambilan tanah ini pun dibuat masa zaman PN memerintah (tahun 2021).
Zaman Tan Sri Annuar Musa yang mula bayar pampasan ikut nilai yang penilai berikan. Lebih 95% pampasan dah selesai sebelum Dr. Zaliha jadi Menteri Wilayah pun.
Mahathir pula bangkitkan pasal nilai pampasan. Dia ni dah 22 tahun 22 bulan jadi Perdana Menteri pun tak faham ke yang penilai bertauliah dah buat penilaian tanah. Nilai tanah ini bukan boleh main petik dari langit je.
Majoriti dah keluar dari Kg Sg Baru, tinggal beberapa orang sahaja masih tinggal disitu. Ada dua jalan penyelesaian, sama ada nak masukkan semula yang ramai (majoriti) yang sudah keluar dari situ, atau nak keluarkan yang sikit (minoriti) dari tapak tersebut?Mestilah keluarkan yang sikit.
1. Dalam isu ini, perlu lihat dengan hati terbuka dan jangan main sentimen kaum dan agama. Kita sebagai orang Islam patutnya bersatu sebab akhirnya masjid yang besar di Masjid India ini akhirnya dapat dibina. Besar rahmat yang kita akan dapat.
2. Apalah sangat sebahagian tanah hanya dengan keluasan 4,000 kaki persegi (yang tu pun masih tanah milik kerajaan) dibandingkan dengan kemungkinan ketegangan kaum dan agama berlaku.
3. Perkara yang paling utama, peletakan batu asas masjid ini dapat diteruskan, tiada ketegangan dan rusuhan akan berlaku dan semua dapat hidup dengan harmoni.
Namun apa boleh buat, walau apapun usaha baik yang kerajaan MADANI cuba laksana, penghasut tetap akan menghasut. Yang penting, kita semua kena fikir dengan waras untuk kebaikan bersama.
Berhentilah dari jadi batu api dan menyemarakkan kebencian antara kaum. Cukup-cukuplah politik melampau ini. Kan bagus akhirnya masjid siap, masyarakat india dapat lokasi rumah ibadat baru.
Seorang tukang urut dari Kelantan tergamak mengeluarkan kata kesat terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.
Lelaki berkenaan turut memaki hamun Dr Zaliha ekoran isu Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman berhampiran Jalan Masjid India di ibu negara.
Komentar dipercayai penyokong tegar pembangkang itu dikongsikan pengguna Facebook, Najib Bakar yang berharap agar mana-mana pempengaruh yang neutral dari segi fahaman politik sudi menegur perbuatan melampau itu.
“Perkara ini merupakan satu kecelakaan dan bencana kepada umat Islam tambah pula terjadi dalam bulan Ramadan.
“Cuma penat berlapar dahaga dan sia-sialah saja puasanya.
“Inilah natijah taksub politik parti agama yang melanda penduduk negeri dinamakan Serambi Mekah,” kata Najib Bakar.
Rata-rata menyifatkan pemikiran ekstremis walaun Pas semakin keterlaluan bahkan turut melibatkan penjawat awam walaupun golongan terbabit menikmati pelbagai insentif Kerajaan MADANI.
“Walaun semakin hari semakin biadab dan kurang ajar. Tadi aku jumpa sekor walaun polis menganjing Dr Zaliha jugak. Penjawat awam banyak walaun walauntit semakin banyak menetas,” tulis pengguna Facebook, Elham Mey.
Usaha pemindahan rumah ibadat bukan Islam ke tapak ganti baharu bukanlah usaha baharu yang dilaksanakan oleh kerajaan Madani.
Ada dahuluan yang telah pun dilaksanakan oleh kerajaan Perikatan Nasional.
Perkara ini disahkan oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan ketika itu Datuk Seri Dr Santhara JP yang juga pengerusi mesyuarat jawatankuasa ekskutif (MJE) rumah ibadat bukan Islam dalam surat bertarikh 14 April 2021.
Sebanyak lapan rumah ibadat bukan Islam telah menerima tawaran pendudukan sah daripada Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan di tapak ganti baharu.
Kesemua lapan rumah ibadat bukan Islam tersebut adalah kuil Hindu dan telah menerima tawaran tersebut pada 22 Disember 2020 dan 14 April 2021.
Surat tersebut masih terpampang di laman Facebook Santhara.
Ahli parlimen Shah Alam Azli Yusof menolak kemungkinan berlakunya rombakan Jemaah Menteri dalam waktu terdekat susulan spekulasi yang timbul ekoran pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP.
“Secara peribadi saya melihat tiada keperluan untuk Perdana Menteri melakukannya kerana jentera Kerajaan Madani ketika ini berfungsi dengan baik.
“Tambahan pula, Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengadakan pemilihan jawatan tertinggi, termasuk kerusi Presiden pada Mei depan.
“Bagaimanapun, saya tidak menolak kemungkinan rombakan kecil hanya akan berlaku kerana Perdana Menteri perlu melantik pengganti Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, yang bakal tamat tempoh sebagai Ahli Dewan Negara pada Disember nanti,” katanya, lapor Sinar Harian.
Mantan ahli parlimen Bangi Ong Kian Ming mendakwa rombakan akan berlaku memandangkan beberapa timbalan menteri dari DAP tidak bertanding atau tewas dalam pemilihan tersebut.
Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying gagal memperoleh kedudukan 30 teratas dalam sesi pemilihan tersebut.
Timbalan Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi M Kulasegaran mengundurkan diri dari pemilihan untuk memberi laluan kepada barisan pimpinan muda.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, didorong oleh keyakinan pelabur terhadap kestabilan politik dan dasar Malaysia yang memberangsangkan.
Pada 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4340/4410 berbanding dolar AS daripada 4.4355/4390 ketika ditutup semalam.
Menurut Bernama yang memetik data Bloomberg, ringgit Malaysia adalah keempat terbaik dalam kalangan mata wang negara sedang pesat membangun, menyusuli yen Jepun, dolar Singapura dan renminbi China luar pesisir.
Sebaliknya, mata wang negara rakan setara utama Indonesia dan Turki menghadapi penjualan ketara minggu lepas, menjejaskan sentimen merentas kelas aset.
Memetik Bernama, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ringgit kekal berdaya tahan, meningkat 0.85 peratus setakat ini bagi tahun ini selain disenaraikan sebagai mata wang keempat berprestasi terbaik di Asia.
Awal dagangan hari ini, ringgit juga diniagakan tinggi kebanyakannya berbanding beberapa mata wang utama.
Ringgit turut didagangkan tinggi kebanyakannya berbanding mata wang negara ASEAN.
Seorang bekas wakil rakyat yang didakwa menyebarkan mesej fitnah di WhatsApp kononnya Datuk Armizan Mohd Ali terlibat rasuah, memberi alasan bahawa dia hanya menghantar semula (forward) mesej yang diterimanya.
“Aku hantar saja. Forwarded many times (dikongsi banyak kali). Ada orang yang forwarded (hantar) sama aku. Cari dari mana asal cerita ni. bukan saya”.
Alasan itu diberi selepas Armizan yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memaklumkan akan memulakan tindakan undang-undang terhadap penyebar fitnah.
Dua hari lalu Armizan memaklumkan terdapat dakwaan yang disebarkan menerusi media sosial yang mengaitkan beliau dengan aktiviti rasuah.
Beliau mendapati orang yang menyebarkan fitnah itu adalah bekas wakil rakyat yang menghantar mesej tersebut kepada pelbagai pihak yang kemudiannya merujuk kepada beliau.
“Sebagai bekas penggubal undang-undang, saya yakin beliau sewajarnya arif pertanggungjawaban dari aspek perundangan bagi tindakan “aku hantar saja”.
“Beberapa laporan polis telah dibuat, saya harap ada tindakan daripada pihak berkuasa.
“Beliau juga sebut “cari dari mana asal cerita ni”. Saya harap bekas wakil rakyat dapat bantu, saya memang sedang mencari sumber fitnah dan ‘pereka watak palsu Datuk Z’,” katanya di Facebook hari ini.
Dalam pada itu Ahli Parlimen Papar itu memberi peringatan bahawa penyebaran tulisan fitnah tanpa usul periksa atau kebenarannya adalah satu kesalahan undang-undang yang boleh dikenakan tindakan di mahkamah.
Diskaun tol itu akan diberikan kepada kenderaan persendirian Kelas 1 di semua plaza tol kecuali di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar, Lebuh Raya Utara-Selatan dan Plaza Tol Tanjung Kupang Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua).
KUALA LUMPUR, 26 Mar – Kerajaan Madani mengumumkan pemberian diskaun tol sebanyak 50 peratus kepada pengguna lebuh raya sempena sambutan Aidilfitri 2025.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Kabinet yang berlangsung hari ini sebagai salah satu usaha untuk meringankan beban rakyat dan memastikan kelancaran perjalanan sepanjang musim perayaan.
“Pemberian diskaun tol ini akan dilaksanakan bermula dari pukul 12.01 tengah malam, 28 Mac 2025 (Jumaat) dan akan berakhir pada pukul 11.59 malam, 29 Mac 2025 (Sabtu).
“Implikasi kewangan yang ditanggung oleh Kerajaan Madani dianggarkan RM19.69 juta sebagai bayaran pampasan kepada syarikat konsesi tol terlibat,” katanya dalam kenyataan.
Jelasnya, diskaun tol itu akan diberikan kepada kenderaan persendirian Kelas 1 di semua plaza tol kecuali di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar, Lebuh Raya Utara-Selatan dan Plaza Tol Tanjung Kupang Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua).
Menurut Nanta, pemberian diskaun itu adalah kesinambungan kepada bantuan tol musim perayaan yang diberikan sejak 2023 bagi keempat-empat musim perayaan utama di Semenanjung Malaysia
“Ia selaras dengan teras utama Kerajaan Malaysia Madani iaitu Kesejahteraan dan Ihsan dalam membantu meringankan kos sara hidup rakyat.
“Semua pengguna lebuh raya diharap dapat memanfaatkan diskaun tol ini dengan sebaiknya dan merancang perjalanan dengan sewajarnya bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas semasa cuti panjang ini,” katanya.