KALAU BERSIH, JANGAN TAKUT
Mesyuarat Kabinet | Wujudkan hospital lapangan di Turkiye
Kehilangan wilayah di mana-mana negara adalah masalah besar - PM
8 FEBRUARI 2023 - SIDANG MEDIA YAB PERDANA MENTERI
Anwar dedah kos vaksin tanpa pengetahuan AG
MAKNA KATA KENA IKUT APA YANG LEBAI PAS KATA.INI BUKAN RASUAH..INI DIPINJAMKAN HELIKOPTER...PINJAM KENA BAGI BALIK...SEDEKAH PAKAI TERUS...AUUUMMMMM
PAWANG SOOD KATA....
PAS dan walaun²nya kata, kalau calun bg
duit baru la dipanggil rasuah, selain dari tu kira sedekah. Yg bagi pinjam heli
ni pun bukan calon.
KEH..KEH..KEH...LAGI BANGHAL BUAT REPORT TAK SELIDIK....
CIK NIE
Bersatu kalau nak buat report biar ler
research dulu. Dah brp kali tuan heli bgthu yang heli tu dipinjamkan semasa
berkempen. Jgn tunjuk sgt hati x bersih boleh tak??
BAHASA LINGUISTIK T AHAP GABAN - AGAK AGAK SAPA YANG BACA DAN BOLEH FAHAM DENGAN TEPAT DAN JELAS
CIK NIE
Siapa yang baca dan boleh faham memang
aku tabik spring la.. ni betul bahasa di sebalik alam ni..
KERTAS PUTIH SIASATAN MENGENAI PEMBELIAN/ URUSNIAGA TIDAK SAH PEMBELIAN VAKSIN COVID 19
PMX berkata, ini berikutan dapatan dan penemuan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, mengenai penyelewengan dan urus niaga dan kelulusan yang diberikan, tidak mengikut proses dan perolehan yang sewajarnya.
LEBIH BAIK KJ JADI CALON MB DI NS DAN AZMIN KEKAL DI SELANGOR, SETIDAK-TIDAKNYA AMALAN KEDEKUT DALAM PH TAK LAGI BERTERUSAN
Walaupun ditawarkan PN untuk bertanding di Selangor, seterusnya dinamakan sebagai calon Menteri Besar, Khairy Jamaluddin dilaporkan belum lagi membuat keputusan berhubung tawaran itu.
Dalam masa yang sama, Khairy atau KJ sendiri menyebut tentang minatnya untuk bertanding di Selangor setelah diketepikan daripada Rembau dan diletakkan bertanding di Sungai Buloh pada PRU15 lalu.
“Terdapat perbincangan dengan beberapa pihak dan terdapat juga perbincangan mengenai peranan,” katanya.
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan parti politik mana yang menawarkan jawatan itu, tetapi Pas menafikan mereka ada membuat apa-apa tawaran kepada KJ.
Sebelum ini, Azmin Ali disebut-sebut akan kembali dinamakan sebagai calon Menteri Besar Selangor pada PRN yang bakal diadakan tidak berapa lama lagi.
Begitu pun, Azmin dilaporkan tidak akan mempertahankan kerusi DUN Bukit Antarabangsa yang dipegangnya sekarang, sebaliknya akan bertanding di kawasan lain sama ada dalam Parlimen Sepang atau Hulu Langat.
Sekiranya KJ setuju bertanding atas tiket PN dan seterusnya diletakkan sebagai calon Menteri Besar, Azmin dikatakan sedia berlapang dada memberi laluan kepada bekas Menteri Kesihatan itu.
Antara sebabnya, Azmin sendiri dikatakan sedar, penonjolan nama KJ lebih memberi peluang baik kepada PN untuk merampas Selangor berbanding dirinya yang sudah pernah menjadi Menteri Besar di negeri itu sebelum ini.
Namun jika KJ tidak bertanding, sumber dalam Bersatu berkata, Azmin tetap mahu kembali sebagai Menteri Besar untuk menghidupkan kembali masa depan politiknya setelah kalah di Gombak pada PRU15 baru-baru ini.
Dalam enam PRN yang bakal diadakan sebelum Jun depan, selain Selangor, negeri lain yang menjadi sasaran untuk dirampas PN ialah Negeri Sembilan.
Kedua-dua negeri itu serta Pulau Pinang sedang ditadbir PH, manakala Kelantan, Terengganu dan Kedah memang sudah sedia ditadbir PN.
Kecuali Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan adalah dua negeri yang lebih berpotensi untuk ditawan oleh PN jika kena gaya, betul strategi dan tepat persepsi yang dimainkan.
Pulau Pinang hampir pasti tidak tergugat dan dipercayai akan kekal digenggam DAP.
Bagi tujuan itu dan agar peluang PN tampak seimbang untuk menawan kedua-dua negeri tersebut, adalah lebih baik sebenarnya jika KJ diletakkan bertanding di Negeri Sembilan dan seterusnya dinamakan sebagai calon Menteri Besar bagi negeri itu.
Lagi pun, berbanding Selangor yang sudah ada calon Menteri Besar iaitu Azmin, PN Negeri Sembilan terlihat tidak ada calon Menteri Besar yang mampu memberi lebih cabaran.
Dengan demikian, disertai pengalaman sebagai Ahli Parlimen Rembau selama tiga penggal serta pernah memegang beberapa portfolio kementerian, KJ amat sesuai untuk dinamakan sebagai calon Menteri Besar Negeri Sembilan bagi PN.
Bermakna dengan itu, Azmin boleh kembali sebagai calon Menteri Besar Selangor semula.
Dengan KJ di Negeri Sembilan dan Azmin di Selangor, walaupun menang belum seratus peratus terjamin, tetapi menamakan kedua-duanya sebagai calon Menteri Besar pasti meletakkan PN mampu memberi saingan yang sengit kepada PH.
PH pula, dengan kedua-dua pemimpin itu diletakkan sebagai calon Menteri Besar, sekurang-kurangnya kenalah bekerja dengan lebih keras lagi untuk mempertahankan dua negeri itu dan tidaklah asyik dengan seruan agar pekerja parti mesti sanggup berkorban dan bekerja tanpa mengharapkan sebarang bayaran.
Dah jadi kerajaan – di negeri dan pusat pulak tu – takkan pekerja dan pejuang parti asyik-asyik disuruh bekerja secara pro bono saja?
Dulu sebelum jadi kerajaan bolehlah kami bekerja pro bono, kata seorang pemimpin akar umbi PKR Negeri Sembilan yang sedih melihat ada pemimpin atasan partinya sendiri yang seolah-olah berbangga kerana tidak berbelanja dan bersikap kedekut kepada pengikut sendiri, walaupun mereka kini sudah berjawatan menteri. – ShahbudinHusin 08/02/2023.
STEVEN SIM BERBAKTI LAGI- SEJAK MENJADI AHLI PARLIMEN BUKIT MERTAJAM 3 PENGGAL , NAMPAK DIA BANYAK MENOLONG ORANG MELAYU LEBIH DARI BANGSA DIA SENDIRI.
Sebelum balik bertugas di KL, saya telah melawat rumah Pak
Mustafa di Bukit Mertajam. Dia sudah duduk hospital selama 2 minggu kerana
sawan akibat darah tinggi. Buat operation dah 2 kali.
Anaknya Aleya, 19 tahun ialah anak angkat saya. Dia telah minta
bantuan untuk beli barang-barang seperti katil pesakit, mesin sedut kahak,
susu, pampers pesakit untuk ayahnya.
Asalnya Aleya segan sebab dia sudah tamat persekolahan dan tidak
lagi berada dalam program Anak Angkat YB. Tapi saya bagitau dia, saya sudah
anggap semua peserta program seperti anak sendiri.
Saya ada 70 orang anak angkat di Bukit Mertajam. Melayu ada,
Cina ada, India ada. Dari Tingkatan 4 hingga Tingkatan 6 Atas. Ada yang sedang
study di uni. Semuanya saya sayang macam anak sendiri tak kira yang masih
belajar ataupun yang sudah grad dan mula bekerja.
Saya bawa Aleya untuk beli barang-barang yang diminta dan
berjanji akan menampung keperluan seperti susu dan lampin selama 6 bulan. Aleya
dan keluarga hanya fokus bantu Pak Mustafa berubat. Benda lain jangan khuatir.
Biar ayah sembuh sepenuhnya dulu. Kita sama-sama doakan.
Saya juga nasihatkan Aleya untuk sambung belajar di peringkat
lebih tinggi. Dia kini bekerja sebagai cikgu tadika dan bercita-cita nak
belajar diploma pendidikan awal kanak-kanak. Saya sokong.
Duit nak sambung belajar jangan bimbang. Kita usahakan sama-sama
nanti.
Yang penting, kita jalan teruih.
LAGI BERITA FITNAH- SAJA AMBIK ALIH MCMC...WALAU TAK BERBAYAR..SEBAB NAK HARAP DI BAYAR TAK TERBAYAR....SEBAB KALAU MENTERI ADA PUN MACAM TAK ADA..BIAR LAH WALANON TOLONG...KALAU RASA TAK MALU LA..
Gesa siasat parti lain bukti Bersatu ‘ketakutan’, kata Puad. Mana tak takut, tiba tiba 300 juta tak sampai 5 tahun penubuhan parti.
PETALING JAYA: Gesaan bekas pembantu Muhyiddin Yassin yang mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat akaun parti politik lain membuktikan Bersatu ‘ketakutan’ susulan rekod kewangannya sedang diteliti, kata pemimpin Umno.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi, berkata ia “munasabah” untuk siasatan dilakukan terhadap Bersatu memandangkan parti itu, walaupun agak baharu, dilihat mempunyai banyak wang untuk dibelanjakan pada kempen pilihan raya umum lalu.
Beliau berkata, terdapat juga dakwaan salah laku pemimpin Bersatu yang berkhidmat dalam kerajaan PN sebelum ini.
Minggu lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki, mengesahkan akaun Bersatu dibekukan mengikut undang-undang pengubahan wang haram.
Difahamkan, pembekuan akaun Bersatu itu berkaitan dengan siasatan berhubung dakwaan penyelewengan berbilion ringgit yang dimaksudkan untuk pakej rangsangan Covid-19.
Pada 3 Feb, Marzuki yang juga bekas ketua setiausaha sulit kepada Muhyiddin, menuntut SPRM melakukan siasatan terhadap perbelanjaan pilihan raya oleh PKR dan DAP, yang didakwanya berjumlah “beratus juta”
Puad ketika memberitahu FMT, berkata Marzuki tidak sepatutnya menuding jari kepada pihak lain. “Muhyiddin sendiri berkata Bersatu bersih dan menolak rasuah. Jadi, berdepanlah siasatan seperti ‘gentleman’,” katanya.
Sebelum ini, Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim, berkata rakan komponen gabungannya bersedia berdepan sebarang siasatan berhubung akaun kewangannya.
Anwar berkata, PH sentiasa menghantar penyata kewangannya kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) secara tahunan untuk diaudit.
MANA TAK DENGKI NYA.....
Mana tak lebai2 ni dengki kat PMX...
Waktu Anwar berkempen PRU15, ada yang beri
dia guna helikopter dan kereta BMW. Waktu itu, dia hanya ketua
pembangkang je pun.
Bila dia jadi PMX pula, ramai pakar
profesional sanggup jadi penasihat dan membantu beliau di kementerian kewangan
TANPA GAJI. Bahkan, anak sulung dia sendiri Nurul Izzah pun sanggup
membantunya TANPA GAJI.
Beza dengan PM abah cow atau si tompok sebelum
ini. Dia jadi PM je, berebut nak jadi Menteri dan Timbalan Menteri,
terpaksa si Tompok besarkan kabinet sampai 70 orang. Tak cukup lagi,
ramai berebut nak jawatan, lantik pula Penasihat2 bertaraf Menteri. Tak
lagi cukup, si tompok lantik pula Duta Khas bertaraf menteri. Semua tu
bukan free beb. Ada gaji, ada elaun dan berbagai keistimewaan bertaraf
menteri.
Waktu si tompok sibuk agih jawatan dan tabur
dedak kepada puak2 yang menyokong dia, waktu itu rakyat tengah bergelut antara
hidup dengan mati angkara Covid. Ekonomi tidak terurus hinggakan ramai
rakyat terpaksa kibar bendera putih untuk minta makan. Setiap hari
ratusan mati angkara Covid yang gagal ditangani dengan baik oleh kerajaan si
tompok. Kes bunuh diri tiba2 naik mendadak akibat tekanan hidup.
Menteri2, penasihat dan duta khas terus makan gaji buta. Harga barang
terus melambung, nilai ringgit jatuh teruk akibat ekonomi yang hancur.
Terlalu banyak bezanya PM kerajaan tebuk atap
jika mahu dibandingkan dengan kerajaan perpaduan yang membentuk Malaysia Madani
sekarang. Kerajaan sekarang baru berusia dua bulan lebih, tapi terpaksa
bekerja kuat mencuci "taik-taik" yang merata2 ditinggalkan oleh si
tompok dan gerombolannya. PMX bekerja siang malam tanpa cuti dan tanpa
gaji. Sikapnya itulah mendatangkan simpati kepada beberapa rakannya yang
sanggup membantu tanpa gaji juga.
Kita wajib bersyukur kerana Allah pinjamkan
seketika insan yang bernama Anwar Ibrahim ini untuk memulihkan negara kita yang
tercinta ini. Biarlah gerombolan pengkhianat itu setiap hari menfitnah
PMX dan setiap detik mereka berfikir bagaimana untuk melakukan khianat
lagi. Selagi ada iblis dan syaitan, selagi itulah akan ada para
pengkhianat.
WFAUZDIN NS
SEBUT SAJA NAMA "MARA"- LONGGOK DUIT SEBESAR GUNUNG SEKALI PUN BOLEH MELINGKUP- ELOK SANGAT SPRM SIASAT.
UiTM Holdings rugi RM157 juta, KPT alu-alukan siasat dakwaan ketirisan.
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengalu-alukan sebarang bentuk siasatan dijalankan berkenaan dakwaan ketidakcekapan dan ketirisan berhubung kerugian RM157 juta oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) Holdings yang dilaporkan media tempatan, semalam.
Memetik laporan berhubung dakwaan itu, Menteri Pendidikan Tinggi, Mohamed Khaled Nordin, berkata penekanan khusus diberikan oleh KPT dalam perkara yang melibatkan nilai-nilai integriti dan tata kelola dalam tadbir urus universiti.
Katanya, kementerian tidak akan berkompromi sekiranya berlaku sebarang pelanggaran dan ketidakpatuhan terhadap garis panduan dan undang-undang yang telah ditetapkan, sekali gus menyeru pihak-pihak berkenaan memberikan kerjasama sewajarnya.
“Selain daripada siasatan yang dijalankan, KPT akan membuat semakan dan penambahbaikan terhadap garis panduan yang telah ditetapkan berkenaan pengurusan syarikat pegangan universiti serta mengukur kepatuhan oleh syarikat-syarikat yang berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Terdahulu, laporan akhbar bertajuk “UiTM Holdings rugi RM157 juta” yang disiarkan media tempatan mendakwa jumlah itu adalah berdasarkan kepada kiraan kerugian sebelum cukai terkumpul selama empat tahun iaitu bagi tahun 2017, 2018, 2019 dan 2021.
Manakala, keuntungan sebelum cukai terkumpul yang dilaporkan bagi tahun 2011, 2013, 2014, 2015 dan 2016 adalah sekitar RM26 juta.
UiTM Holdings Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat pegangan pelaburan milik penuh UiTM yang menguruskan lapan buah syarikat berkaitan tenaga, penjagaan kesihatan, teknologi dan kreatif.
DAKWAH HARI INI.
🇹🇦🇭🇺🇰🇦🇭 🇦🇳🇩🇦
```🌈✨
Bahawa ikan yang ribuan tahun lalu menelan Nabi Yunus As itu ternyata masih hidup hingga sekarang, bahkan hingga hari kiamat.
Hal ini sudah dijelaskan dalam Al-Qur'an:
Andai Yunus itu tidak beristighfar, tentu ia akan tinggal dalam perut ikan tersebut sampai hari kebangkitan.```
*Tahukah anda*....?
```🌈✨
Bahwa janin semasa dalam kandungan perut ibunya, dia dilihatkan perjalanan hidupnya mulai dari lahir sampai mati, karena itu terkadang ketika kita berkunjung ke beberapa tempat yang baru tetapi seolah tempat tersebut sudah tidak asing bagi kita.```
*Tahukah anda*.....?
```🌈✨
Pada saat bersin, seluruh anggota tubuh kita berhenti berfungsi, seolah mati.
Ini terjadi dalam hitungan detik setelah itu berfungsi normal kembali.
Inilah kenapa dalam Islam di sunnahkan membaca``` *Alhamdulillah* ```setelah bersin, sebagai ungkapan syukur atas berfungsinya kembali seluruh anggota badan kita.```
*Tahukah anda*.....?
```🌈✨Menguap itu bukan tanda bahwa kita mengantuk, akan tetapi itu adalah pertanda bahwa tubuh kita sedang memerlukan tambahan oksigen.```
*Tahukah anda*......?
```🌈✨
Bahwa memakan Kurma dalam jumlah genap itu akan menghasilkan gula darah, kerana itu Rasulullah SAW menganjurkan kita untuk memakan kurma dalam jumlah ganjil agar berubah menjadi``` *Karbohidrat*
*Tahukah anda*......?
```🌈✨
Bahwa tepat setelah dikumandangkannya *Azan* itu adalah waktu yang paling mustajab untuk``` *Berdoa*
*Tahukah anda*......?
```🌈✨
Di mana dosa-dosa kita diletakkan ketika kita sedang *solat*?
Nabi Muhammad SAW bersabda:``` *"Sesungguhnya seorang hamba ketika menunaikan solat, dia membawa serta semua dosa-dosanya, kemudian dosa-dosa itu d taruh di atas kepala dan kedua pundaknya, maka ketika tiap kali ia Ruku'* atau *Sujud*, ```maka berjatuhanlah dosa-dosa tersebut"
Wahai orang-orang yang biasa tergesa-gesa dalam solatnya, Tenanglah dan tahanlah lebih lama waktu *Ruku* dan *Sujudmu*, agar lebih banyak lagi berguguran dosa-dosamu.```
*Tahukah anda*.......?
```🌈✨
Diceritakan ada seorang wanita solehah yang meninggal, maka tiap kali penduduk desa ziarah kubur, mereka mencium harumnya aroma bunga mawar dari dalam kuburnya.
Kemudian suaminya menjelaskan, bahwa istrinya itu semasa hidup selalu membaca Al-Qur'an Surah Al-Mulk setiap mau tidur.
Sesungguhnya dengan sering membaca surah Al-Mulk itu bisa menyelamatkan diri kita dari siksa kubur.```
*Tahukah anda*.......?
```🌈✨
Ketika kita membaca ayat Kursi tiap usai solat, maka tidak ada penghalang antara kita dan syurga kecuali Maut.```
*Tahukah anda*.......?
```🌈✨
Bahwa para Malaikat mendoakan kita ketika usai solat, kerana itu jangan terburu untuk beranjak dari posisi duduk solat kita.```
*Sekarang Anda sudah tahu dan mempunyai 3 pilihan:*
```1.
Anda biarkan tulisan ini tetap di sini saja.
2.
Malaikat berkata:
Ingatkan pada teman yang anda kenal dan kirim tulisan ini.
3.
Syaitan bicara:
Tidak usah sibuk-sibuk menyebarkan tulisan ini.
Biarkan saja disini atau kalau perlu hapus saja tulisan ini, agar tidak ada orang yang membaca tulisan ini.```
🔰☪️
*Ini adalah sebagian dari ilmu Agama*
*Silakan Share untuk agar bermanfaat pada yang lain*
*Insyaa Allah*
MEMANG ELOK LAH- YANG RAJIN FITNAH NI BANYAK WALAUN LEBAI DAN CAI -KALAU NAK BIARKAN PESEPSI BERLEGAR- MEMANG JATUH LAH KERAJAAN. SEBAB ADA MENTERI PUN TAK MAMPU LAKUKAN APA APA..NAK HARAPKAN MARHAEN JAWAB BUTA SAJA SEDANGKAN PIHAK PEMERINTAH TAK BERBUAT APA APA DAN ITU AMAT MALANG.
Kerajaan perpaduan tubuh jawatankuasa tangani fitnah, urus PRN.
KUALA LUMPUR : Sekretariat kerajaan perpaduan yang mengadakan mesyuarat pertamanya malam ini bersetuju menubuhkan tiga jawatankuasa bagi memberi pandangan mengenai dasar kerajaan dan isu berkaitan pilihan raya serta strategi.
Dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat itu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata tiga jawatankuasa itu adalah Jawatankuasa Perundingan Kerusi, Jawatankuasa Komunikasi Strategi dan Jawatankuasa Pemantauan Agenda dan Politik.
Anwar yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, Jawatankuasa Komunikasi Strategi akan berdepan komunikasi dan kenyataan fitnah melampau terhadap kerajaan.
Sebagai contoh, kata Anwar, isu pembakaran al-Quran di luar negara baru-baru menyaksikan ada beberapa tokoh agama mendakwa kerajaan tidak mengambil sebarang tindakan terhadap isu berkenaan.
“Dalam fitnah ini ada tokoh-tokoh agama yang kata kita (kerajaan) tidak berbuat apa-apa, sedangkan kita membuat kecaman keras, menteri luar juga ada memanggil Duta Sweden dan saya sendiri turut mengumumkan pengedaran sejuta naskah al-Quran,” katanya.
Katanya, Jawatankuasa Perundingan Kerusi akan menumpukan kerjasama antara parti dalam menghadapi pilihan raya negeri (PRN) dan mengukuhkan kedudukan parti-parti gabungan yang membentuk kerajaan perpaduan.
“Jawatankuasa ini akan merencanakan hal-hal PRN terutamanya dalam pembahagian kerusi untuk memastikan kita punya tapak dan kesepakatan yang kukuh antara parti termasuk Sabah dan Sarawak.
“Pengarah pilihanraya setiap parti politik yang membentuk kerajaan perpaduan akan menyertai Jawatankuasa Perundingan Kerusi ini yang akan bersidang dalam masa terdekat,” katanya.
“Pengerusi setiap jawatankuasa akan ditentukan kemudian, manakala terma bagi setiap jawatankuasa ialah memastikan setiap dasar-dasar disepakati bersama selain diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri.
“Sekretariat juga akan memberi pandangan tentang dasar kerajaan dan memastikan semua pandangan diambil kira dalam merumuskan dasar-dasar yang akan dibuat,” katanya yang memberitahu sekretariat itu akan bermesyuarat setiap bulan.
Mesyuarat malam ini dihadiri kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi dan Fadillah serta pimpinan PH, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak, Gabungan Rakyat Sabah dan Parti Warisan.
PUNYA LAMA ..TUKAR KERAJAAN BARU BERUBAH
Kesah anak anak pendalaman seksa ke sekolah sebegini dan berapa
kali di tulis oleh akhbar sebelum ini tetapi *No Action Talk Only*
Semua nya pihak
berwajib ibarat *buat pekak badak* dan Alhamdulillah YAB TPM terus melulus kan pembinaan semula jambatan tersebut.
Ini beza nya pemimpin yang ada *ehsan dan akhlq tasauf Islam*
dan itu sebab kena faham maana Malaysia MADANI itu apa?
Ini lah contoh Kerajaan Malaysia MADANI yang faham kesusahan
Rakyat Marheim.
Saya maseh ingat sebulan lepas bagaimana YAB PM telah
menyalurkan *wang saku* pada anak anak pemidato hebat dari UiTM untuk
bertanding berdebat dengan University University Seluruh Dunia di Sepanyol dan
anak anak ini tiada cukup wang poket makan minum ketika di sana dan YAB PM
mengarah kan Setpol dia Saudara Farhan Dato' Fauzii berurusan dengan saya *at
eleventh hour* untuk mengulur kan bantuan pada anak anak itu di Airport sebelum
mereka menaikki kapal terbang.
Saya sendiri lihat bagaimana anak anak ini hanya bawa 10 Euro
seorang dan berbekal kan Beras/ Sardin/ maggi untuk makanan mereka selama 10
hari .
Tahniah YAB Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan YAB PM Dato Seri
Anwar Ibrahim atas sifat *Insani dan berhati mulia*
Kami mendoa kan semoga Kerajaan Perpaduan ini terus kekal tampa
gangguan dan dapat berkhidmat pada Rakyat dan Negara serta mendapat Rahmat dari
Alllah SWt
Ikhlas
Shahbudin Embun
Penganalisis Politik
End
YAB Zahid Hamidi
YAB Anwar Ibrahim
MENATE MUNNG
Apa nak pelik kalau pemimpin bawahan samakan wanita dengan
barang, sedangkan presidennya boleh samakan manusia dengan haiwan. Puak ni
memang jenis cakap atau taip dulu baru berfikir. Guane boh?
FITNAH PULAK- CUBA TANYA MUHYIDDIN, RAZMAN DAN SANUSI....APA DEPA TAK KATA.....REPORT SPRM LA..
Sebenarnya ada video. Dalam video tu dia sebut DS Anwar dan
Zahid cipta fitnah untuk bina persepsi negatif terhadap Bersatu.
Fitnah apanya? DS Anwar kata ada ketirisan dan serahkan kepada
SPRM untuk siasat. Sekarang pun SPRM masih siasat lagi.
Yang fitnah macam Razman, tuduh DS Anwar akan benarkan LGBT.
Atau macam Mahiaddin, tuduh DS Anwar ambil upah RM15 juta sebagai penasihat
ekonomi negeri Selangor.
Fitnah ni jawapannya saman. Dua-dua pemfitnah tegar tu DS Anwar
dah pun saman. Tapi Bersatu tuduh DS Anwar fitnah, tak saman pun. Dia buat
report SPRM pulak.
Aku ok je. Report je la ke SPRM. Biar SPRM siasat. Tapi bila
suruh kemuka bukti, dia kata sebab PH banyak pasang bendera & banyak
posting di media sosial.
Bendera PH aku tengok tak banyak mana pun. Tak boleh nak lawan
bendera dan poster PN. Konten media sosial pun, yang buatnya secara suka rela.
Kebanyakan content creator PH memang dikenali sebelum PRU lagi.
Dan semua mereka memang tak berbayar pun.
Tak macam PN. Mereka guna influencer, yang kita tahu selama ni
memang berbayar bila nak buat konten. Itu bezanya.
Tapi tak apa. Aku alu-alukan buat laporan. Tapi aku harap kalau
tak betul, ada peruntukan untuk hukum mereka sebab buat laporan palsu. Buang
masa SPRM.
Dan PH pun boleh pertimbang untuk saman mereka sebab laporan
palsu ini pun merupakan fitnah juga. Guane boh?
.
HAAAAA......TU DIAAA....
Petisyen batalkan kemenangan Mas Ermieyati dari PN/Bersatu dalam
PRU lalu telah gagal dan ditolak oleh mahkamah. Walaun taknak kata PMX campur
tangan dalam keputusan mahkamah ke? Guane boh?