KINI TIBA MASANYA SAPURA DISIASAT- SPRM sahkan dua kertas siasatan dibuka terhadap Sapura

 



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka dua kertas siasatan terhadap syarikat Sapura Energy Berhad (SEB) selepas didakwa terbabit kes rasuah dan penyelewengan.



Sumber memberitahu, siasatan dibuat selepas SPRM menerima maklumat berhubung salah laku membabitkan syarikat tersebut.

Difahamkan, siasatan ini berdasarkan siasatan awal yang dibuka SPRM pada penghujung tahun 2023 yang turut melibatkan tuntutan-tuntutan yang dibuat syarikat berkenaan.

“Dua kertas siasatan ini dibuka menjurus kepada kegiatan pengubahan wang haram dan penyelewengan membabitkan tuntutan sekitar 2018 ketika syarikat itu dikenali sebagai Sapura Kencana Petroleum Berhad.


“Selain jenayah rasuah, siasatan juga akan memberi fokus kepada isu kelemahan tatakelola dan kelemahan pengurusan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan perkara itu, memaklumkan kertas siasatan dibuka mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Wang Haram Dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFPUAA) 2001.



Semalam Perdana Menteri berkata, suntikan dana kepada SEB bukan satu bentuk ‘bailout’, sebaliknya untuk membantu vendor yang terkesan akibat masalah kewangan dihadapi syarikat berkenaan.

Katanya, suntikan dana terbabit bukan diberi begitu sahaja, sebaliknya kerajaan memulakan langkah dengan menjalankan audit forensik untuk mengenal pasti masalah sebenar dihadapi syarikat itu





Manusia bernama Anwar Ibrahim ini tak takut siapa, dia buat apa dia rasa betul



Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai seorang pemimpin yang tidak pernah gentar dengan ancaman mana-mana pihak.


Setiausaha Politik Kanan Pejabat Presiden PKR, Datuk Romli Ishak berkata, sepanjang beliau mengenali bos nya itu, Anwar tidak takut kepada sesiapa kerana beliau sudah merasa duduk dalam “neraka dunia”.


Tempoh 11 tahun dipenjara membuatkan Anwar lebih berani dan tidak tunduk kepada mana-mana pihak.


“Anwar Ibrahim ni dia tidak takut sesiapa. 11 tahun duduk dalam penjara, dia dah duduk dalam neraka dunia.


“Orang yang dah duduk 11 tahun dalam penjara, bila dia keluar…tuan-tuan nak pi cabar dia? Dia tak peduli, dia tak takut siapa.

“Manusia macam ini dia tak takut siapa dah. Dia dah melalui neraka dunia yang paling teruk sebab itu dia kata, hangpa nak fitnah, fitnahlah. Nak kata apa katalah. Aku dah lalu lagi teruk daripada itu,” katanya dalam satu klip video ceramah dimuat naik di TikTok.


Romli berkata, Anwar telah melalui banyak ujian besar yang diberikan Allah SWT sebelum beliau menjadi Perdana Menteri.

Katanya, Perdana Menteri beruntung kerana mempunyai seorang isteri seperti Dr Wan Azizah yang sangat setia.


“Hari ini dia jadi Perdana Menteri pun orang tak berhenti habis bercakap. Saya cakap bos tangkap lah bos, kutip habis semua. Dia balas ‘hang nak aku jadi macam Mahathir ka’,” katanya lagi.





" SEMBOYAN KINI SEMBUNYI " - Aktivis Semboyan Yusuf Azmi buat hal, didakwa curi kenderaan

 


Nama aktivis Semboyan Malaysia, Yusuf Azmi menjadi kontroversi selepas didakwa menceroboh dan mencuri beberapa kenderaan milik sebuah syarikat kapal kurier, MV Malaysia Star.


Menurut peguam kepada pemilik kapal, Jeremy M Joseph, anak guamnya telah membuat laporan polis berikutan pencerobohan ke Fasiliti Penyimpanan yang didakwa berlaku di VV eMall, Jalan Bayu Laut, Kota Bayuemas, Pendamar Klang.


“Dengan dukacitanya, kami ingin memaklumkan kepada orang awam bahawa seorang individu yang dikenali sebagai Yusuf Azmi dan kumpulan aktivis yang dikenali sebagai Semboyan Malaysia menceroboh masuk ke dalam Fasiliti Penyimpanan itu dan mencuri sejumlah kenderaan yang belum dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


Beliau mendakwa, tindakan ini adalah satu perbuatan jenayah yang melanggar hak undang-undang pemilik kapal, dan adalah suatu tindakan yang tidak berpatutan.


“Laporan polis sudah dibuat terhadap Yusuf Azmi dan kumpulan aktivis Semboyan Malaysia,” katanya.


Katanya, susulan itu, pemilik kapal akan mengkaji semua tindakan undang-undang yang tersedia, sama ada dalam bentuk tindakan sivil ataupun jenayah.



‘Cuma Allah mampu balas budi Anwar’, Sarimah sebak dapat balik hak cipta selepas 36 tahun



Seniwati Datuk Sarimah Ahmad tidak mampu menahan air mata selepas penantiannya selama 36 tahun untuk mendapatkan kembali empat filem beliau daripada sebuah syarikat produksi, akhirnya selesai.


Dalam nada sebak, pelakon legenda tanah air berusia 83 tahun itu mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan MADANI menerusi Kementerian Komunikasi yang membantu mendapatkan semula empat filem beliau.


Dia berjaya mendapatkan filem “Dia Ibuku”, “Jejak Bertapak”, “Kabus Tengah Hari”, dan “Detik 12 Malam” yang diambil oleh syarikat produksi terlibat di bawah perjanjian tayangan pada 1989.



Beliau yang sebak juga menyuarakan hasrat untuk bertemu dengan Perdana Menteri.


“Saya mengucapkan terima kasih terutama kepada Kerajaan MADANI, khususnya kepada Perdana Menteri kita, saya tak dapat membalas budinya. Cuma Allah saja yang mampu membalas budi beliau (Anwar).


“Saya doakan beliau (Anwar) diberi kekuatan untuk menghadapi segala ujian, saya tak pernah berjumpa berdepan dengan beliau, hanya sekali itu pun kami berselisih ketika saya sedang merakam penggambaran filem,” katanya ketika ditemui di rumah anaknya semalam.

Pada program itu, Teo Nie Ching yang turut hadir telah menyerahkan sumbangan wang tunai dan keperluan asas bagi meringankan beban Sarimah yang kini pulih daripada kanser usus selepas disahkan menghidap penyakit itu pada 2022.



Hari itu dapat RM830k bagi kepada DAP, kata pembaca kepada usaha Pas buka ‘Tabung Milo’

 

Pemuda Pas kini mula menggerakkan tabung derma bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning.

Menerusi poster dikongsikan, parti itu menyasarkan bantuan orang ramai sebanyak RM50,000.


Ia turut menyertakan akaun Bank Islam bersama kod QR untuk mereka yang ingin menderma.


Poster itu mendapat perhatian ramai kerana Pas sekali lagi menggerakkan “tabung milo” yang sinonim dengan parti itu.

Pengguna Facebook membangkitkan kembali soal derma berjumlah RM830,000 dihadapi Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad yang diberikan kepada DAP.



“Sayang duit RM830,000 hari itu bagi kepada DAP. Kalau tak, boleh buat bina tahfiz,” kata Zul Asrin.

“Baik saya infaq pada pembinaan masjid atau surau. Lebih-lebih lagi di bulan puasa ini,” komen Ahmad Khairumuzamil.


Sebelum ini, tersebar surat pekeliling yang dihantar kepada pemimpin utama pusat, negeri dan sayap Pas memohon ‘derma jihad’ bagi membiayai saman Siti Mastura berjumlah RM825,000.

Kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning berlaku susulan kematian penyandangnya, shsam Shahruddin, 59, selepas rebah ketika menyertai perlawanan bola sepak di Pulau Pinang pada 22 Februari lalu.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 April sebagai tarikh penamaan calon, diikuti undi awal pada 22 April dan hari mengundi pada 26 April, melibatkan 31,897 pengundi berdaftar.




RENTASAN 1688 | PANAS!! GANGGUAN BEKALAN MINYAK MASAK BOTOL, INI PUNCANY...

AKU NAGA - HANG CICAK KOBENG AJA! | PM AJAK PN JUMPA DIJALAN | URA

14 MP UMNO BAKAL MELOMPAT BETULKAH? “KAMI BUNU4 CITA CITA PAS JADI KERAJ...

PM Anwar Lawat Bazar Ramadan Rahmah Kamunting, Santuni Peniaga

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan peniaga pada Sesi Tinjauan Mesra di Bazar Ramadan Kamunting pada 14 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

TAIPING, 14 Mar – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa berkunjung ke Bazar Ramadan Rahmah Kamunting, di sini.

Perdana Menteri tiba kira-kira jam 6 petang diiringi Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan peniaga pada Sesi Tinjauan Mesra di Bazar Ramadan Kamunting pada 14 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Turut hadir Ahli Parlimen Taiping Wong Kah Woh dan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak Datuk Kamalludin Ismail.

Anwar meluangkan masa selama kira-kira 20 minit melawat gerai-gerai sambil beramah mesra dengan penjual serta pengunjung bazar.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan peniaga pada Sesi Tinjauan Mesra di Bazar Ramadan Kamunting pada 14 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Beliau juga dengan gembira menerima juadah yang diberikan oleh peniaga-peniaga.

Sementara itu seorang peniaga air, Azri Ifwat, 31, berkata jumlah pengunjung hari ini agak luar biasa apabila ramai yang datang ke bazar untuk bertemu dengan Perdana Menteri setelah dimaklumkan melalui kumpulan WhatsApp penduduk.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan peniaga pada Sesi Tinjauan Mesra di Bazar Ramadan Kamunting pada 14 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Alhamdulillah jualan saya juga berganda hari ini, ini tahun kedua saya berniaga di sini, kedatangan pengunjung hari ini antara yang paling ramai,” katanya.

Sebanyak 172 gerai jualan terdapat di Bazar Ramadan berkenaan dan hari ini sebanyak 800 insentif e-wallet bernilai RM20 ditawarkan untuk ditebus oleh pengunjung terawal.



4 aktivis failkan saman terhadap bekas cikgu kerana memfitnah




Empat orang aktivis politik telah memulakan tindakan undang-undang terhadap seorang bekas guru kontroversi, Mohd Fadli Salleh yang didakwa membuat hantaran berbaur fitnah.

Empat aktivis itu adalah Najib Bakar; bekas Timbalan Pendakwa Raya, Liyana Marzuki; Muhammad Fairul Al Qasas dan Ustaz Abu Mishkat.


Tidak dapat dipastikan hantaran apa yang dibuat Mohd Fadhli, namun ada beberapa komen dibuat pempengaruh itu yang menuduh salah seorang plaintif sebagai “barua kafir” dan “membiarkan Islam direndahkan”.


Difahamkan ia adalah berikutan isu stesen radio Era FM didenda RM250,000 baru-baru ini.


Liyana dalam satu perkongsian di X sebentar tadi berkata, sepanjang tujuh tahun beliau menulis, tidak pernah sesiapa disaman olehnya.

Namun kali ini beliau terpanggil untuk bertindak agar menjadi pengajaran kepada orang lain juga.


“Hari ni, 4 serakan, aktivis media sosial bersama peguam sudah mulakan tindakan. Tindakan saman fitnah ke atas seorang pesara guru yang sudah berlebihan.


“Ia akan dipusing dan dimanipulasi seolah-olah kami menentang “pejuang agama”. Namun, saya percaya, golongan centrist dan majoriti senyap sudah celik mata. Siapa yang berhemah, siapa pula yang suka sengketa,” katanya.





Wakaf Mara Madani pertama kali dilancar demi martabat agenda Melayu

 


Wakaf Mara Madani yang bertujuan memartabatkan agenda bangsa Melayu dan bumiputera di negara ini dilancar secara rasmi hari ini.

Lapor Bernama, Perdana Menteri berkata, inisiatif wakaf itu akan menunjukkan bahawa orang Melayu sudah sampai ke tahap bukan sahaja menerima peluang dan peruntukan semata-mata, tetapi adalah bangsa yang bermaruah, boleh menentukan masa depan sendiri.

Sementara itu Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam ucapannya menyasarkan kutipan wakaf mencapai RM100 juta tahun ini sebagai usaha memperkukuh kebajikan dan pembangunan masyarakat.


Beliau menyeru 2.8 juta alumni Mara supaya menyumbang ke dalam program wakaf berkenaan, agar bantuan kepada golongan yang memerlukan dapat diperluaskan lagi.

Pelaksanaan Wakaf MARA MADANI (WMM) terdiri daripada 3 fasa iaitu pendanaan, pengembangan dan agihan.

• PENDANAAN : TERIMAAN DANA WAKAF DARI PEWAKAF

• Semua terimaan dana wakaf akan dikenali sebagai Mauquf.

• PENGEMBANGAN : MARA SEBAGAI PEMEGANG AMANAH

• Dana wakaf (Mauquf) yang terkumpul akan dilaburkan atau dikembangkan dalam pelaburan yang patuh syariah dan unit mauquf haruslah terpelihara.

• PENGAGIHAN : AGIHAN MANFAAT 


• Keuntungan pelaburan/ hasil pengembangan akan diagihkan mengikut % yang telah ditetapkan kepada 6 sektor yang telah dikenalpasti.



DIBAWAH PAS KELANTAN SEMAKIN MUNDUR! PARA WALAUN KOYAK CUBA PERTAHAN LEB...

Ucapan Penuh PM Anwar Ibrahim di Majlis Peluncuran Wakaf MARA MADANI

“CUMA ALLAH BOLEH BALAS BUDI ANWAR” ANTARA KATA KATA PENGARAH SENIWATI P...

ZAID IBRAHIM KATA PMX BERI ALASAN BODOH! SEDANG MENCARI POPULIRITI POLIT...

SI PENCERITA QAZAF YANG TIDAK SEDAR.



 Tengok macamana sebuah fitnah boleh beri kesan. Macam 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 𝗽𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮. Si pembuat fitnah tu sendiri dah mengaku ia 𝗰𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗮𝗱𝗮-𝗮𝗱𝗮𝗸𝗮𝗻 tapi malangnya masih ada yang 𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗹 𝗯𝗮𝘄𝗮𝗵 𝗯𝗮𝘁𝘂.





Mereka masih mainkan cerita  ini. Yang paling malang, penjaja cerita ini sebenarnya telah 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗸𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗾𝗮𝘇𝗮𝗳. Maka dia dianggap 𝗳𝗮𝘀𝗶𝗾 dan kesaksiannya tertolak selama-lamanya. Musnah iman.


Sebab itu pemfitnah 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗱𝗶𝗵𝗮𝗿𝗮𝗺𝗸𝗮𝗻. Meskipun si pemfitnah minta maaf dan menyesal, kesan fitnah tetap berjalan, kepada yang difitnah dan kepada para 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗶𝗸𝘂𝘁 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗼𝗹𝗼𝗹. Amat jelas merosakkan ummah. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



HANG NAK KATA ORANG TAK LAYAK...PERIUK NASI SAKAW DAH TAK BOLEH MAKAN DAH.


 

DIA PUNYA MELALAK DALAM DEWAN MACAM MACAM FAKTA MERAPU. TENGOK BASIKAL DIA NAIK ?

 


KALAU SANUSI CAKAP...BUKA MULUT JA MUHONG...APA DIA BUAT 2 PENGGAL JADI MB...YELLEK.



 

ORANG KALAU PERNAH MURTAD , JANGAN PERCAYA APA DIA CAKAP.


 

PMX DI BAZAAR KAMUNTING TAIPING

 



PERANGAI MACAM HARAM JADAH. DIA TAK JUMPA SAIZ DIA LA GAMAKNYA.


 Tampar budok, tumbuk budak sekolah sampai berdarah idong.


Pengerusi surau tapi perangai lahanat. Berjubah takde ciri islamik pon. Rupa rupanya walaun. Phui!!




HARAP ISMAIL SABRI TERUS SIHAT by..by.



by..by.


Bekas perdana menteri Ismail Sabri Yakob berjanji akan terus memberi kerjasama kepada pihak berkuasa berhubung siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengannya sehingga siasatan selesai.


Apa lagi yang boleh beliau ucapkan selain memberi jaminan untuk bekerjasama. Memang kena bekerjasama sampai ke akhirnya, apa lagi kalau beliau bukan sahaja dipanggil untuk menjadi saksi tetapi menjadi suspek ke atas pertuduhan itu nanti.


Sama-sama kita mendoakan semoga Ismail Sabri diberikan kesihatan oleh Allah dan kewarasan akal fikiran disepanjang kerjasama nanti. 


Yang tidak mahu kita saksi nanti kalau dia kena berulang alik ke mahkamah seperti bekas-bekas PM sebelum ini. Malu dan sedih. Trims.



SEMOGA KITA TEMUI AL QADAR. MAHAZALIM TEMUI APA?

 Selepas Sahur

SEMOGA KITA TEMUI AL QADAR



Puasa saya hari ini cukup damai dan tidak terganggu, apabila Dr Mahathir Mohamad seperti sudah menemui punca untuk melihat kebenaran itu sebagai benar apabila beliau menyokong langkah kerajaan untuk memberi suntikan sebanyak RM1.1 billion bagi membantu Sapura Energy. 


Jarang sekali, bahkan tiada langsung kedengaran Mahathir sependapat dengan Anwar Ibrahim sebelum ini. Semua kerja buat Anwar Ibrahim dilihat serba tidak kena dan salah. 


Terbaru sebelum ini Mahathir turut terheret mengkritik dan sinis kerajaan untuk meminda akta bandar (URA) dengan menyifatkan langkah itu menyebabkan Melayu di bandar akan ketepi seperti nasib Melayu di Singapura.


Namun berbeza dengan isu Sapura Energy ini, tiba-tiba sahaja beliau bertindak diluar tabiatnya sebelum ini, menyokong penuh langkah Anwar itu. Rupa-rupa Mahathir nampak kebaikan dan hikmah dengan apa dilakukan Anwar itu. Baguslah, sikap dan pendirian menyokong begitulah yang kita perlukan daripada seorang bekas PM.


Walaupun beliau berlapik dengan sokongan itu mengharap kerajaan sudah membuat kajian keperluan untuk membantu Sapura Energy, tetapi pokoknya Mahathir bersetuju kali ini. Dan Anwar menegaskan suntikan itu bukan hangus tetapi harus dibayar.


Seperti kata Anwar suntikan modal itu untuk menyelamatkan 2,000 vendor bumiputera daripada gulung tikar, kerana kalau tidak diselamatkan menyebabkan kita terpaksa bergantung kepada syarikat asing. 


Adalah wajar kalau Dr Mahathir bersikap sebaliknya kali ini. Apa yang kita nampak, Dr Mahathir masih ada kewarasan dalam melihat kerajaan Madani ini. Ternyata dia jauh lebih cerdik daripada budak-budak parlimen yang bercakap faktanya ke laut dan ke gunung. 


Walaupun puteranya ada terlibat dengan syarikat itu, namun sokongan beliau itu bukan berdasarkan itu, kerana anaknya Mukhzani sudah lama (2017) melepaskan pegangannya dalam syarikat berasaskan minyak dan gas itu.


Bukan setakat itu sahaja sebenarnya banyak benafit diperolehi Mahathir kalau dia bersikap terbuka dengan Anwar. Isu saman menyaman juga boleh diselesaikan di luar mahkamah.


Justeru, sokongan dibuat itu saya lihat ikhlas, dan waras, sekaligus Dr Mahathir dalam membela Anwar dalam soal ini turut mahu mengajar budak-budak parlimen yang hanya tahu mengkritik tetapi tidak berpegang kepada fakta.


Kita mengharap semoga Mahathir dan kita semua (termasuk Tok Dor) akan menemui al qadar pada Ramadhan kali ini. Trims.



PADAN LA.

 

Man Toba


He he he.. keno la kau.




STEVEN SIM PALING TERUK DIFITNAH

 

Dalek Awang


Sy sekadar copy paste dr grup lain







Steven Sim antara pimpinan non muslim yg paling byk menolong marhaen tanpa mengira kaum dan agama, sejak sebelum menteri


Pernah difitnah cytro pembangkang muslim  dalam isu bantuan, motor kepada seorang pemuda Food Panda hanya kerana beliau tidak mahu nama beliau diletak dalam resit pembelian tapi akhirnya pemuda itu sendiri memgesahkannya setelah teruk beliau difitnah secara berjemaah


Sejak sebelum menjadi menteri… segala bantuan kewangan yang diberi… tidak pernah sekali pon beliau mengeluh GAJI DAN ELAUN MP BELIAU TIDAK MENCUKUPI


Kerana beliau merupakan seorang Christian yang  patuh kepada agamanya dalam konsep besedekah seperti mana disebut dalam chapter Luke “. Give, and you will receive back”….  dengan terjemahan…@ setiap pemberian kamu…. akan diganti semula”


Itulah konsep yang diajar dlm islam dalam bab bersedekah…. Jadi amat pelik kalau seorang ahli parlimen muslim sendiri takut untuk bersedekah dengan alasan Gaji dan Elaunnya TIDAK MENCUKUPI


Firman Allah SWT:


وَمَا أَنفَقْتُم مِّن شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ ۖ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ


Maksudnya: “dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dialah jua sebaik-baik Pemberi rezeki.”


(Surah Saba’: 39)


TULISAN INI BUKAN UTK MEMPROMOSI AGAMA LAIN SELAIN DR ISLAM, SEMATA2  UTK MEMBERIKAN CONTOH NILAI2 MURNI YANG KITA SEMUA TERMASUK DIRI SAYA SEBAGAI DORONGAN UNTUK KITA SEMUA MELIHAT KELEBIHAN BERSEDEKAH… TERUTAMA PADA BULAN RAMADHAN




PAS PATUT HATI HATI

 

Joe DS



Walaon berangan semua negeri.. Gua takut 4 yang ada 2 3 hilang kahkah.... yela skandal-skandal dah nak meletus.. Yang dah didakwa dah nak bicara. 


Jika bersalah kalu.. Jadi BNNajib la ghuyub.. Sebab 60% pengundi penentu mana2 PRU PRN PRK adalah pengundi atas pagar.. Diorang paling anti sakau.. Penyokong parti 30-40% sahaja bukan penentu kemenangan..



LEBAI YANG TAK SABAR


 Jamzuri Ardani


Budak tu dikata memandu secara merbahaya. Lebai tu marah, dipukulnya budak tu sampai patah batang hidung. 


Memandu secara merbahaya, jika sabit kesalahan hukuman maksima penjara 7 bulan. Kesalahan mencederakan orang lain, jika sabit boleh kena penjara 7 tahun. 


Campur tolak campur tolak ... lebai tu jugak yang rugi. 


Belajarlah bersabar dan bertenang. Ia satu kemahiran yang boleh menghindarkan kita dari petaka yang besar.  


Hidup jangan ikut emosi. Baik di tempat kerja, atau dalam masjid, dalam rumahtangga, dalam perniagaan, dalam politik ... apa saja. 


Bersabar dan bertenang itu lebih baik. Walaupun mungkin bagi sesetengah orang bersabar dan bertenang tu dianggap tidak sensitif, barua, liberal, dan seumpamanya ... yakinlah bahawa bersabar dan bertenang itu selalunya adalah pilihan yang lebih baik. 


Alkisahnyer ...



TOLONG MACAM TU PUN KENA MAKI LAGI, SAJA TAK DA HATI PERUT JA.


 

BUKAN SEMUA BANGSA TAK TAHU.. ADA YANG TAHU DAN AJAR ANAK. YANG KITA BIMBANG, TAK TAHU AJAR ANAK.


 

DEMI NAK BANTU VENDOR YANG NAK. MELINGKUP


 

TANAM TINGGAI ZAMAN TOK NADOQ DULU LAIN.. PI BENDANG HARI HARI BUANG RUMPUT