LEBAI YANG TAK SABAR


 Jamzuri Ardani


Budak tu dikata memandu secara merbahaya. Lebai tu marah, dipukulnya budak tu sampai patah batang hidung. 


Memandu secara merbahaya, jika sabit kesalahan hukuman maksima penjara 7 bulan. Kesalahan mencederakan orang lain, jika sabit boleh kena penjara 7 tahun. 


Campur tolak campur tolak ... lebai tu jugak yang rugi. 


Belajarlah bersabar dan bertenang. Ia satu kemahiran yang boleh menghindarkan kita dari petaka yang besar.  


Hidup jangan ikut emosi. Baik di tempat kerja, atau dalam masjid, dalam rumahtangga, dalam perniagaan, dalam politik ... apa saja. 


Bersabar dan bertenang itu lebih baik. Walaupun mungkin bagi sesetengah orang bersabar dan bertenang tu dianggap tidak sensitif, barua, liberal, dan seumpamanya ... yakinlah bahawa bersabar dan bertenang itu selalunya adalah pilihan yang lebih baik. 


Alkisahnyer ...



No comments: