JAHAT SUNGGUH MANUSIA MACAM NI. KERAJAAN BIARKAN LAGI.



 Yang BODOH dan BAGHAL tu Tam RJebat. Dari Parti mana ni ? 

KES INDONESIA, KERAJAAN MALAYSIA PULA YANG BAGHAL?






(1)

Saya sebenarnya terdiam apabila membaca hantaran Tam RJebat ini. Bukan kerana hujahnya terlalu hebat sehingga sukar dijawab, tetapi kerana saya cuba memahami bagaimana seseorang boleh menulis dengan begitu yakin, lalu menghukum pentadbiran Kerajaan Malaysia sebagai 'GAGAL lagi baghal', sedangkan kes yang dijadikan sandaran itu berlaku di Indonesia. 


Muhammad Hasbi Al Aqib yang disebut dalam hantaran tersebut bukan murid sekolah di Johor, Selangor, Kedah atau mana-mana negeri di Malaysia. Kes itu dilaporkan berlaku di Pemalang, Jawa Tengah, Indonesia. 


Jadi, saya tertanya-tanya, siapakah sebenarnya yang 'baghal' dalam cerita ini?


Jawapannya Tam RJebat. Mungkin inilah hasil Pendidikan zaman 60 tahun sebelum Kerajaan ni mentadbir. 


(2)

Lebih mengelirukan apabila hantaran itu dimulakan dengan menyebut tragedi Irene Sofea di Yong Peng, kemudian disambungkan pula dengan kisah Muhammad Hasbi Al Aqib tanpa menjelaskan bahawa kedua-duanya berlaku di dua buah negara yang berbeza. 


Pembaca yang sekadar lalu di Facebook tentu mudah mendapat gambaran seolah-olah satu lagi tragedi murid baru sahaja berlaku dalam sistem pendidikan Malaysia. Selepas emosi pembaca berjaya dibangkitkan, terus dilemparkan kesimpulan bahawa semua ini ialah 'bahana dan hasil pentadbiran kerajaan sekarang'. 


Beginilah maklumat yang tidak lengkap boleh membentuk persepsi yang salah, kemudian persepsi itu pula dijual sebagai kebenaran.


(3)

Saya tidak tahu sama ada penulis hantaran itu tidak sempat menyemak, malas menyemak atau terlalu ghairah mahu menyerang kerajaan sehingga terlupa untuk menyemak. Apa-apa pun sebabnya, perkara paling asas dalam budaya ilmu ialah tabayyun. Semak sebelum percaya, periksa sebelum berkongsi dan fahami sebelum membuat kesimpulan. 


Lebih-lebih lagi apabila kita mahu menggunakan sesuatu tragedi untuk menghukum sebuah kerajaan. Dalam dunia hari ini, untuk mengetahui lokasi sesuatu kejadian, kita tidak perlu membuka ensiklopedia setebal seribu halaman. Beberapa minit melakukan carian sudah memadai untuk mengetahui bahawa kes tersebut berlaku di Indonesia.


(4)

Inilah sebenarnya penyakit yang lebih membimbangkan daripada perbezaan politik. Malaysia sedang berhadapan dengan satu generasi muda yang sedang mencari hala tuju dalam dunia yang sangat kompleks. 


Mereka dihujani ribuan maklumat setiap hari melalui TikTok, Facebook, Instagram, Threads dan pelbagai platform lain. Dalam keadaan sebegini, orang dewasa sepatutnya menunjukkan contoh bagaimana sesuatu maklumat dinilai dengan ilmu dan kewarasan. 


Malangnya, muncul pula satu spesies manusia yang bukan sahaja enggan mencari ilmu, malah bersungguh-sungguh menyediakan dirinya untuk menjadi bodoh, kemudian membodohkan orang lain. Lebih berbahaya apabila kebodohan itu dibungkus dengan keyakinan sehingga orang lain turut mempercayainya.


(5)

Sebab itu, pendidikan hari ini tidak boleh sekadar mengajar anak-anak kita membaca, menulis dan menjawab peperiksaan. Pendidikan mesti membina manusia yang mampu berfikir, menilai sumber, membezakan fakta daripada persepsi dan tidak mudah menjadi mangsa manipulasi. 


Orang berpendidikan tidak sepatutnya membaca sesuatu yang sesuai dengan kecenderungan politiknya, lalu terus menekan butang 'kongsi'. Kalau berita itu menghentam kerajaan yang dibencinya, semuanya dianggap benar. Kalau berita itu memuji pihak yang disokongnya, semuanya diterima tanpa soal. 


Ini bukan budaya ilmu. Ini budaya membabi buta yang akhirnya melahirkan masyarakat yang mudah dipermainkan.


(6)

Saya tidak pernah mengatakan bahawa kerajaan tidak boleh dikritik. Kritiklah kerajaan sekeras-kerasnya kalau ada fakta. Kritik Menteri Pendidikan kalau ada kelemahan yang boleh dibuktikan. Kritik KPM kalau dasar tidak berfungsi. Kritik sekolah kalau berlaku kecuaian. 


Demokrasi memang memerlukan semak dan imbang. Namun, kalau mahu menghentam Kerajaan Malaysia, gunakanlah fakta mengenai Malaysia. Kalau mahu menghentam KPM, gunakan data dan kes yang berada di bawah bidang kuasa KPM. 


Jangan tragedi di Jawa Tengah, Indonesia, dibawa masuk ke Facebook Malaysia, kemudian dijadikan bukti bahawa pentadbiran Kerajaan Malaysia gagal. Itu bukan kritikan yang cerdas. Itu kecuaian intelektual yang sangat memalukan.


(7)

Lebih menyedihkan, di sebalik semua ini ada seorang kanak-kanak yang telah meninggal dunia dan sebuah keluarga yang kehilangan insan tersayang. Kes tersebut sendiri masih memerlukan proses siasatan untuk menentukan apa sebenarnya yang berlaku, termasuk kaitan antara dakwaan kekerasan dengan kematian mangsa. 


Namun, di Malaysia, tragedi itu sudah dipinjam untuk membangkitkan kemarahan politik. Inilah yang berlaku apabila politik mengatasi kemanusiaan. Kita tidak lagi membaca untuk memahami sesuatu tragedi, sebaliknya mencari tragedi yang boleh digunakan untuk mengesahkan kebencian yang sudah lama bersarang dalam kepala.


(8)

Saya paling bimbang apabila budaya sebegini meresap dalam kalangan pengundi muda. Mereka inilah yang akan menentukan kerajaan dalam pilihan raya akan datang dan mereka jugalah yang suatu hari nanti akan memimpin negara.


 Bayangkan kalau keputusan politik sebuah generasi dibentuk melalui hantaran yang tidak diperiksa faktanya, video beberapa saat yang dipotong konteksnya dan propaganda yang sengaja memainkan emosi. 


Demokrasi akhirnya tidak lagi menjadi pertandingan idea, dasar dan prestasi, sebaliknya berubah menjadi pertandingan tentang siapa yang paling berjaya membangkitkan kemarahan rakyat. Kalau rakyat boleh diyakinkan bahawa kejadian di Indonesia ialah bukti kegagalan Kerajaan Malaysia, kita sebenarnya sedang berhadapan dengan masalah literasi maklumat yang sangat serius.


(9)

Malaysia tidak akan lingkup hanya kerana ada pembangkang. Malaysia juga tidak akan lingkup hanya kerana kerajaan dikritik. Pembangkang yang baik diperlukan dalam sebuah demokrasi, malah kerajaan yang kuat juga memerlukan kritikan yang kuat. 


Namun, negara boleh rosak apabila rakyat dibiasakan dengan politik yang malas berfikir, tidak peduli akan fakta dan hanya hidup daripada kebencian. Hari ini mungkin sekadar salah negara. Esok mungkin salah angka. Lusa mungkin fitnah terhadap seseorang. 


Lama-kelamaan, masyarakat sudah tidak peduli lagi sama ada sesuatu itu benar atau palsu. Yang penting, cerita itu sedap didengar dan sesuai dengan pihak yang mahu mereka benci.


(10)

Sebab itu, jangan kita benarkan sesiapa membodohkan rakyat Malaysia, sama ada orang itu penyokong kerajaan ataupun pembangkang. Budaya ilmu tidak mempunyai warna parti. 


Kalau benar, kita terima. Kalau salah, kita betulkan. Kalau belum pasti, kita semak. Semudah itu disiplin seorang manusia yang mahu menggunakan akalnya. 


Dalam kes ini, faktanya cukup mudah: kes Muhammad Hasbi Al Aqib berlaku di Pemalang, Jawa Tengah, Indonesia, bukannya satu lagi kes yang berlaku di sekolah Malaysia. Maka, sebelum terlalu ghairah mahu menuduh kerajaan hari ini 'GAGAL lagi baghal', periksa dahulu fakta yang berada di depan mata. 


Jangan sampai kita sibuk menuduh sebuah kerajaan bodoh mengurus negara, sedangkan kita sendiri gagal melakukan perkara paling asas yang diajar oleh pendidikan, iaitu membaca, mencari, menyemak dan berfikir.


Sekian. 


Mohd Fadhli Othman






GAYA MAU ADA.


Asri Bakar


 Sebelum subuh lagi ..cameraman dah ready. Dia pun bergaya sakan. Hmmmm...tapi tu la, 4 jam jer pastu, dia berlakon kena papah bagai. Parlimen dtg tak?.





INI BUKAN BOLOS BIASA- Kes Pengkhianatan Sabotaj Dalaman Pegawai Imegresen?


 

@durianmerah8420 Subscribe Satu Malaysia Bengang Isu Dato Shuhaily KLIA


 

Saifuddin Nasution jawab isu keselamatan, saringan dan risiko di KLIA serta pintu masuk negara


 

@jasonyew_ Join Sukan menyatupadukan rakyat, namun ada


 

GEMPAK! OPERASI BERSIH DANA NEGARA: SPRM Sita Aset, Siapa Bakal Diheret Ke Mahkamah?!


 

MASA NI WALAUN LEBAI JADI KERAJAAN. LEPAS KALAH MEROYAN..

 

Spark Nauza




Baca komen... takde pulak beria mintak menteri KPT letak jawatan 


Isu macam ni.. kita salahkan diri sendiri dulu la.


Dulu ..Masa budak2 tu melepak bertengek bucu jalan.. pkl 11.00 malam pun masih berpeleseran macam pelesit...


Time tu kita pun tak tegur kan.. dah besar jadi setan.





NI SAHIH TAK GILA....PIL KUDA..


 

POLITIK...MACAM TU LA ...JANGAN DOK TAKSUB..


 

TENGOK..PMX TAK LUPA...DIA BOLEH JA NAK BUAT BUAT LUPA.


 

JUMPA DAH ...PATUT LA.


 

RAMAI CAKAP MACAM TU


 

KEH KEH KEH...

 

Ahmad Hussein.






Saya tak tahu Ustaz ini pangkat apa dalam PAS, teruk akhlak dia hingga gelar saudara beriman sebagai nama anjing(Rocky) 


Kamu jangan melampau Auzani..

Saya tak pernah gelar orang yg gemok hitam sebagai babi.. Kerana itu akhlak tak baik.. 


Ajar sikit ahli PAS kamu ni Afnan.





SEMUA SALAH FADLINA.

 


Daripada keputusan akademik, kes buli hinggalah masalah akhlak pelajar, nama Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek sering menjadi antara yang paling awal dipersalahkan apabila sesuatu berlaku di sekolah.





Namun satu hantaran yang tular mengingatkan bahawa tanggungjawab membentuk anak bukan terletak pada sekolah dan Kementerian Pendidikan semata-mata.


“Anak tak pandai, salah Fadhlina.


“Anak kena buli, salah Fadhlina.


“Anak membuli, salah Fadhlina.”


Penulis hantaran itu kemudian membangkitkan satu perkara yang kadang-kadang tenggelam apabila isu pendidikan menjadi pertikaian politik — peranan ibu bapa di rumah.


Siapa yang memberi anak kecil akses TikTok tanpa pengawasan?


Siapa yang membenarkan YouTube atau Netflix ditonton tanpa kawalan kandungan?


Dan siapa yang paling dekat untuk memantau perubahan tingkah laku anak setiap hari?


Ini tidak bermaksud KPM boleh lepas tangan.


Sekolah mesti selamat, kes buli perlu ditangani, guru memerlukan sokongan dan kelemahan sistem pendidikan tetap menjadi tanggungjawab kerajaan untuk diperbaiki.


Malah Perdana Menteri sendiri ketika bercakap mengenai masalah buli di sekolah menegaskan pendidikan bukan sekadar Matematik, Sains atau teknologi, tetapi turut melibatkan nilai kemanusiaan, disiplin dan pembentukan sahsiah.


Tetapi sekolah mempunyai murid beberapa jam sehari.


Selebihnya, pendidikan dan pembentukan anak turut berlaku di rumah serta dalam persekitaran mereka.


Sebab itu apabila berlaku sesuatu kepada generasi muda, mencari siapa yang hendak dipersalahkan mungkin mudah.


Yang lebih susah ialah bertanya:


Kerajaan dah buat apa?


Sekolah dah buat apa?


Dan kita sebagai ibu bapa pula dah buat apa?





PMQT: Penghantaran Pulang Warga Myanmar Tidak Berdasarkan Etnik – PM Anwar

 

IMG_7393

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan pada Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 6 Oktober 2026. Foto Parlimen Malaysia

KUALA LUMPUR, 6 Okt – Isu penghantaran pulang membabitkan warga Myanmar antara topik perbahasan di Dewan Rakyat susulan soalan daripada Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) yang dijawab Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Semasa sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, hari ini, Anwar mengesahkan bahawa setakat ini, tiada pelarian etnik Rohingya yang dihantar pulang ke Myanmar dalam kalangan 10,000 warga Myanmar yang dihantar pulang ke negara asal mereka.

Ini kerana, menerusi perjanjian penghantaran pulang secara sukarela dan tanpa paksaan, mereka yang dihantar pulang bukan mengikut faktor etnik, sama ada dari Rakhine, Karen atau Shan, mahupun Rohingya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan pada Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 6 Oktober 2026. Foto Parlimen Malaysia

“Dalam rekod yang kita kesan setakat ini, belum ada rakyat Rohingya yang dibawa pulang tapi ini masih lagi dalam perbincangan.

“Saya percaya Menteri Luar (Datuk Seri Mohamad Hasan) dan saya, ketika bertemu dengan Presiden, Min Aung Hlaing dalam beberapa hari ini, akan juga bangkitkan isu ini supaya dapat ditangani dengan sebaik mungkin.

“Bagi saya, mana-mana negara yang ingin bawa pulang rakyat mereka dari negara kita, itu kita alu-alukan,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan pada Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 6 Oktober 2026. Foto Parlimen Malaysia

Anwar turut menjawab persoalan Suhaizan mengenai pelan penghantaran pulang warganegara itu selepas mengadakan rundingan dengan kerajaan negara itu melibatkan beberapa kementerian dan agensi kerajaan.




PMQT: Sekolah Diingat Jangan Sorok Kes Buli Demi Jaga Imej – PM Anwar

 


IMG_7395

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan pada Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 6 Oktober 2026. Foto Parlimen Malaysia

KUALA LUMPUR, 6 Okt – Pihak sekolah diingatkan agar tidak menyembunyikan kes buli semata-mata mahu menjaga imej serta prestasinya di mata masyarakat.

Peringatan tersebut disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab soalan asal Saifuddin Abdullah (PN-Indera Mahkota) semasa Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat hari ini.

Tindakan menyembunyikan masalah itu kerana bimbang prestasi sekolah terjejas, jelas Anwar, hanya akan mengorbankan kebajikan pelajar yang mungkin mengalami tekanan dan ketakutan untuk ke sekolah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan pada Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 6 Oktober 2026. Foto Parlimen Malaysia

“Masalah ada dan kadang-kadang dilindungi kerana tak nak imej buruk, nak jaga prestasi sekolah, bagi pandangan baik.

“Padahal anak-anak merasa terdera, tertekan masuk ke sekolah. Saya setuju apa yang digesa polis, jangan sembunyikan,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Saifuddin Abdullah yang meminta pendiriannya berhubung kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail bahawa sebarang isu keselamatan di sekolah perlu dilaporkan segera tanpa cuba disembunyikan demi menjaga nama baik institusi.

“Mudah-mudahan dapat selamat negara kita daripada kes yang sangat menyentuh perasaan kita,” katanya.

Anwar juga menggesa tindakan segera dalam menangani kes buli dan penderaan juga perlu dipertingkatkan, termasuk dengan memperketat peraturan serta memperbaiki kelemahan yang dikenal pasti.

Anwar turut menekankan peranan ibu bapa dan keluarga dalam membendung kes buli serta penderaan, selain berharap kesedaran mengenai isu itu dapat terus dipertingkatkan.



PANASS!! - KOW-KOW SANUSI BALUN WAWASAN - MAI DOK AJAQ PAS | Hamzah - Tolonglah Ayoh Chik


 

PM Anwar Ibrahim jawab isu keselamatan pelajar serta prosedur keselamatan di sekolah


 

"33 BULAN JADI MENTERI KDN, KENAPA TAK SELESAI" ! HAMZAH TERUS KOYAK !


 

"KENAPA PAS TAKUT BAHAS RCI TABUNG HAJI" ! MENTERI SELAR PAS DALAM DEWAN !


 

JANGAN BURUKKAN ISU YANG TAK PAHAM


Jamzuri Ardani



 Berikut adalah penambahan hutang Kerajaan setiap tahun dari tahun 2021 - 2025: 


2021: RM100.3 bilion

2022: RM99.8 bilion

2023: RM92.9 bilion

2024: RM75.1 bilion

2025: RM73.2 bilion

Jumlah: RM441.2 bilion


Pertama, jumlah defisit semakin mengecil setiap tahun. Ini menunjukkan ianya terkawal. 


Kedua, wang tersebut jika kita rujuk kepada belanjawan yang dibentang setiap tahun adalah digunakan sebagai perbelanjaan pembangunan. Dalam kata lain, kita berhutang untuk dilaburkan dalam sektor yang produktif. 


Bagi saya ia tidak sepatutnya digunakan sebagai modal untuk memburukkan kerajaan dalam kempen politik.





CEHHHH....BENDERA PARTI PUN SANGGUP TINGGAL, NAK GUNA BENDERA BN...APA PUNYA TAK MALU.



 Jamzuri Ardani


Kona baring. Demi kuasa ... jilat licin.







PEMBUNUHAN IRENE SOFIA, MENGAPA TIDAK KEDENGARAN PENYELESAIAN SECARA ISLAM DARI MULUT PAS?


Che Ibrahim





Pas hanya mendesak pembunuhan adik Irene disiasat segera, pelakunya dikenakan hukuman yang sewajar mengikut undang undang. Sudah tidak kedengaran pelaku didesak dihukum mengikut undang undang Islam, kenapa???






NOHHHH...

 

Syam Ghaz


PHan Fiz ni ceplos Sanusi Md Nor cepat sentap, kita suruh Mb Kedah ambil tahu kes RM40 juta pengarah Syarikat yang nak buat Litar Lumba Sg Petani tak siap dah sentap dah? Sanusi tahu ke tidak? 


Kita ambik berat pun depa kalut.







INI RAKYAT MALAYSIA KOT NOHHH..MARAH SEBAB TAK DAK SIT ATAU TAK MAMPU BELI TIKET TU TAK TAU LAH...TAPI SIKAP CAM NIH....LEKEH

 




Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT)


 

[LIVE] Persidangan Dewan Rakyat | Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima | 6 Oktober 2026 | Sesi Pagi


 

6 OKTOBER 2026 - KANTA 744 PAGI


 

Krisis Negeri Sembilan: PAS dah tersadung, dah sangkut teruk


 

KIOK

 




Di Kelantan banyak kes dadah, rogol, sumbang mahram, seludup, cabul budak tahfiz dan banyak kes jenayah lain, apakah negeri Kelantan masih selamat?

LEKEH HAIHHHH.....LAIN KALI HANG MASAK, BAWA BEKAL PI TENGOK. TAKAT 50 BISING. ORANG HISAP CERUT 200 SEBATANG TAK BISING.

 




Aman Muhammad


Kalau dah miskin tu buat cara miskin, usah berlagak pergi event

orang kaya.

Guru-guru PASTi hanya dapat RM600 sebulan pun tak bising.






Kuat bohong tak apa, asalkan "Melayu-Islam" memerihtah.






 Apabila rakyat mengundi kerana sentimen "Melayu-Islam", maka rakyat akan dapat pemimpin kuat berbohong macam MB Kedah.

Kuat bohong tak apa, asalkan "Melayu-Islam" memerihtah.








TAK JAUH DAH SANUSI....SIKIT LAGI

 





Terbuktilah segala pembohongan MB Kedah selama ini mengenai projek litar lumba Sungai Petani yang kononnya sudah siap 78% pada tahun 2023.

Cuba check rm40 juta tu masuk akaun mana?




Adakah ada perintah Allah yang bercanggah dengan Adab??





 Ambo tak faham apa tuntutan perintah yang bercanggah dengan adab??

Adakah ada perintah Allah yang bercanggah dengan Adab??
Perintah yang wajib ditaati hanyalah perintah Allah, adapun perintah mahkluk yang bercanggah dengan syariat tidak wajib ditaati.



TAR SENIK KECEWA

 





Mokhtar Senik kecewa kereta F1 yang jurutera PAS berjaya hasilkan tidak dibenarkan berlumba hari ini.

"Kita tak pakai rim 7 inci," ujarnya mendengus.






Tekanan yang dirasai rakyat dalam kehidupan harian masih perlu diberi perhatian.




PuteraDaily


 Bagi Anwar Ibrahim, soal kos sara hidup bukan perkara yang boleh dianggap selesai hanya kerana beberapa bantuan sudah diberikan. Tekanan yang dirasai rakyat dalam kehidupan harian masih perlu diberi perhatian.

Sebab itu kerajaan terus mencari ruang untuk mengurangkan beban, sama ada melalui bantuan tunai, subsidi, kawalan kos mahupun program yang boleh membantu rakyat menambah pendapatan.
Anwar sendiri mengakui rakyat masih bergelut dengan kos sara hidup. Pada Ogos lalu, beliau mengumumkan enam ikhtiar segera yang menyentuh antaranya subsidi bahan api, penyelenggaraan sekolah dan pembiayaan mikro.
Pendek kata, kerja belum selesai. Hari ini mungkin satu masalah dapat dikurangkan, esok mungkin muncul pula tekanan baharu yang perlu ditangani.
Antara langkah besar ialah STR dan SARA. Bagi 2026, kerajaan memperuntukkan RM15 bilion untuk kedua-dua program tersebut dengan kira-kira sembilan juta penerima mendapat manfaat.
Pada masa sama, kerajaan cuba memastikan subsidi sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan. Prinsip yang ditekankan ialah perubahan sistem tidak sepatutnya mengabaikan kebajikan majoriti rakyat.
Anwar juga beberapa kali menyentuh bagaimana kenaikan harga yang nampak kecil boleh memberi kesan besar kepada keluarga berpendapatan rendah. Sebab itu isu kos sara hidup terus diletakkan sebagai perkara yang perlu ditangani secara serius.
Bantuan pula bukan sekadar memberi wang untuk digunakan hari ini. Kerajaan turut mahu membuka peluang kepada rakyat untuk berniaga, mendapatkan modal dan akhirnya mempunyai pendapatan sendiri yang lebih kukuh.
Sudah tentu tidak semua masalah boleh selesai dalam masa singkat. Harga barang, gaji, peluang pekerjaan, perumahan dan kos membesarkan keluarga semuanya memerlukan penyelesaian yang berterusan.
Akhirnya ukuran paling mudah tetap kehidupan rakyat. Kalau ekonomi berkembang tetapi rakyat masih terasa sempit, usaha perlu diteruskan. Sebab itulah fokus mengurangkan beban kehidupan rakyat kekal menjadi antara agenda yang terus dibawa Anwar dan pentadbirannya.






Takde parti yang boleh jadi goverment tanpa sokongan GPS-GRS.

 

Mohd Nasir




Takde parti yang boleh jadi goverment tanpa sokongan GPS-GRS. Jangan risau. PMX akan stay PM next term.. insha'Allah. Kekal PMX selamanya..!!!





DATO JO BASUH KETUA PEMBANGKANG ! YB LARUT KOYAK TERUS !


 

GEMPAK! OPERASI JERUNG BOLOS PINTU MASUK: Serbuan Bersepadu Pecahkan Kartel Rahsia!


 

Ke Mana Pergi RM314 Juta Duit Rakyat? Skandal MYEG Terbongkar!


 

PANAS! LOKE TEMPELAK FADHLI SHAARI: Isu 10 Exco N9 Tikam Belakang Tuanku Terdedah!


 

KRISIS N. SEMBILAN BAYANGI 100 HARI KERAJAAN BN-PN


 

PMQT HARI INI. ADMIN AKAN SIARKAN MELALUI YOU TUBE

 

PMQT: PM Anwar Dijangka Jawab Isu Pendatang Myanmar Di Malaysia, Keselamatan Sekolah

IMG_7361

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menghadiri sesi PMQT pada 6 Oktober 2026.

KUALA LUMPUR, 5 Okt – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan memberi penjelasan mengenai isu warga Myanmar yang berada di negara ini serta isu keselamatan pelajar di sekolah di Dewan Rakyat, esok.

Anwar dijangka menjawab kedua-dua isu dibangkitkan Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat dan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Saifuddin Abdullah itu pada sesi Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT), pada jam 10 pagi esok.

Menerusi soalan Suhaizan, Perdana Menteri dijangka memberi penjelasan penghantaran pulang dan status keberadaan warga Myanmar di negara ini, pada 29 September lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) sempena Mesyuarat Kedua, Penggal Kelima, Majlis Parlimen Kelima Belas di Bangunan Parlimen pada 7 Julai 2026.

Anwar juga akan memperincikan langkah seterusnya yang akan diambil kerajaan bagi menangani isu keberadaan warga Myanmar, termasuk pelarian dan pemohon suka, terutama etnik Rohingya yang semakin menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat (AUM), Perdana Menteri juga dijadualkan memberi penjelasan kepada soalan Saifuddin berhubung kes mengancam keselamatan pelajar di sekolah.

Menerusi soalan berkenaan, Perdana Menteri dijangka memberi penjelasan mengenai punca kes sedemikian berulang biarpun garis panduan dan prosedur keselamatan sudah ditetapkan kerajaan.

Suasana program penghantaran pulang fasa pertama melibatkan 1,476 tahanan warga Myanmar dengan menggunakan tiga kapal termasuk sebuah kapal hospital milik Tentera Laut Myanmar di Lumut pada 29 September 2026. Foto KDN

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, dijangka menyatakan status terkini berhubung pelaksanaan 17 syor penambahbaikan bagi memperkukuh kawalan keselamatan, saringan dan pengurusan risiko di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) serta pintu masuk negara.